Sunday, May 7, 2023

Keutamaan puasa dan puasa dalam bulan

Keutamaan puasa dan puasa dalam bulan 

Ramadhan.


Segala pujian bagi Allah Subhanahuwata'ala yang memiliki segala sifat kesempurnaan yang indah. Kita bersyukur atas segala nikmat-Nya yang melimpah dan dengan syukur yang menambah pemberian dan kurnia. 


Ketahuilah bahawa puasa adalah ibadah yang paling utama, banyak sekali riwayat yang menunjukkan keutamaannya dan berita tentang keutamaannya tersebar luas di antara manusia.


Di antara keutamaan puasa adalah  Allah Subhanahuwata'ala mewajibkannya kepada semua umat manusia,


 يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ 


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. Al-Baqarah ayat 183


Jika bukan kerana pahalanya yang sangat besar nescaya Allah Subhanahuwata'ala tidak akan mewajibkannya kepada semua umat manusia.


Dan di antara keutamaan puasa di bulan Ramadhan adalah bahawa ia merupakan sebab ampunan dan penebus segala kesalahan dan dosa.  

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu‘alahiwasallam bersabda,


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


Maksudnya:"Barangsiapa yang puasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala nescaya diampuni dosanya yang terdahulu". Al-Bukhari (38), Muslim (760), at-Tirmidzi (683), Ahmad (2/241)


Maksudnya dengan kerana mengimani atau mempercayai terhadap Allah Subhanahuwata’ala, redha dengan kewajipan puasa yang ditentukan kepadanya, dan kerana mengharapkan pahala-Nya. Tidak benci terhadap kewajiban-Nya dan tidak pula meragukan pahalanya. Maka sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala mengampuni  dosanya yang terdahulu.


Dalam Sahih Muslim, dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, sesungguhnya. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


 اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ لِـمَـا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ 


Maksudnya:"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, dan Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa-dosa diantara keduanya selagi dosa-dosa besar dijauhi". Riwayat Muslim (233).


Dan di antara keutamaan puasa, adalah  bahawa pahalanya tidak terkait dengan bilangan tertentu, tetapi orang yang puasa akan diberikan pahalanya secara langsung oleh Allah Subhanahuwata’alla. Maksudnya ibadah lainnya akan kembali untuk manusia, iaitu Allah Subhanahuwata'ala telah mengkhabarkan balasan pahalanya samaada dilipat gandakan pahala amalan kebaikannya dari sepuluh hingga digandakan lebih dari itu. Dimana Ibadah puasa, Allah khususkan untuk dirinya, sehingga pahalanya tidak dinyatakan kadarnya. Ini adalah untuk menunjukkan bahawa teramat istimewanya ibadah puasa tersebut.

Hal ini adalah merujuk kepada sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam yang berikut:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  ” كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : ” إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ، وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ” .


Maksudnya:"Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Akulah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi".     Muslim (1952)


Berdasarkan Hadith ini Imam al-Munawi berkata: “Orang yang berpuasa, Aku (Allah) memberinya balasan pahala yang banyak. Aku yang menguruskan balasan pahala itu tanpa diwakilkan kepada malaikat yang paling dekat atau makhluk-makhluk lain kerana puasa itu rahsia antara-Ku dengan hamba-Ku. Ini kerana apabila ditahan dirinya daripada nafsu syahwat maka ia diberi pahala dengan pengawasan Allah Subhanahuwata'ala.” (Faidh al-Qadir: 4/250)


Ini kerana mereka yang mempunyai keimanan yang kental sahaja mampu melakukan amalan puasa, sebaliknya mereka yang imannya goyah dan mudah mengikut hawa nafsu amat sukar baginya untuk melakukan ibadat puasa.


Hadith yang agung ini menunjukkan keutamaan puasa dari berbagai sisi:


Pertama: 

Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menentukan puasa untuk diri-Nya dari semua amal ibadah. Hal itu kerana ianya mulia di sisi-Nya dan nampak keikhlasan kerana-Nya serta ia adalah rahsia di antara hamba dan Rabb-nya, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah Subhanahuwata’ala sahaja. Maka sesungguhnya orang yang berpuasa Apabila berada di tempat yang sunyi, ia boleh memakan apa yang diinginkanya namun ia tidak melakukannya. Kerana ia mengetahui bahawa ia mempunyai Rabb yang melihatnya saat ia sendirian. Dan Allah Subhanahuwata’ala mengharamkan hal itu, maka ia meninggalkannya kerana takut terhadap siksa Allah Subhanahuwata’ala dan mengharapkan pahalanya, kerana itulah Allah Subhanahuwata’ala membalas keikhlasan ini dan menentukan puasa hanya untuk-Nya berbanding ibadah lainnya. Karena inilah, Allah Subhanahuwata’ala berfirman (dalam hadith qudsi):


 يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي


Maksudnya:".....Ia meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku….". Muslim(1952)


Faedah keutamaan ini nampak jelas di hari kiamat, seperti yang dikatakan Sufyan bin Uyainah rahimahullah:  Apabila terjadi hari kiamat, Allah Subhanahuwata’ala menghisab hamba-Nya dan membayarkan semua kezalimannya yang diambil dari amal ibadahnya, sehingga apabila tidak ada yang tersisa lagi kecuali puasa, Allah Subhanahuwata’ala menanggung kezaliman yang masih tersisa dan memasukkanya ke syurga dengan puasa.


Kedua: 


Allah Subhanahuwata’ala berfirman berkenaan puasa; 


قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : ” إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ


Maksudnya:" …..Allah Subhanahuwata’ala berfirman: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Akulah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya"..... Muslim(1952)


Allah Subhanahuwata’ala menyandarkan balasan kepada Zat-Nya Yang Mulia, kerana amal ibadah dilipat gandakan pahalanya dengan bilangan, satu kebaikan dengan sepuluh kali ganda hingga mencapai tujuh ratus kali ganda, hingga gandaan yang sangat banyak. 


 كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ


Maksudnya"...Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda….". Muslim(1952)


Adapun puasa, Allah Subhanahuwata’ala menyandarkan balasannya  kepada diri-Nya tanpa terbilang, dan Dia adalah yang paling pemurah dari semua yang pemurah. Dan pemberian itu menurut kadar dan kehendak-Nya, maka pahala orang yang puasa sangat besar tanpa terhitung. 


Puasa adalah sabar kerana taat kepada Allah Subhanahuwata’ala, sabar meninggalkan yang diharamkan Allah Subhanahuwata’ala, sabar terhadap ketentuan Allah Subhanahuwata’ala yang menyakitkan berupa lapar, haus, lemah badan dan jiwa. Tergabung padanya tiga jenis sabar dan terealisasi bahawa orang yang puasa termasuk orang-orang yang sabar. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:


 اِنَّمَا يُوَفَّى الصّٰبِرُوْنَ اَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ


Maksudnya:"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas". Az-Zumar ayat 10.


Dan sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam,


صَوْمُ شَهْرِ الصَّبْرِ وَثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ صَوْمُ الدَّهْرِ


Maksudnya:"Satu bulan sabar (berpuasa Ramadhan) ditambah tiga hari puasa pada setiap bulan, sama dengan puasa satu tahun". Ahmad (8626).


Yang dimaksud dengan bulan sabar iaitu bulan Ramadhan. Lihat At-Tamhid 19/61


Ibnu Abdil Barr rahimahullah (Lihat At-Tamhid) menjelaskan,"Dalam kamus Lisanul Arab, صوم juga bermakna sabar. Subhanahuwata'ala berfirman.


إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ


Maksudnya:"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”. Al-Zumar ayat 10.


Ketiga: 


Puasa merupakan perisai, maksudnya pemelihara dan penutup orang yang puasa dari perbuatan sia-sia. Kerana itulah Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda,


لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ


Maksudnya:“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu(lalai) dan rofats(lucah)....". Riwayat Ibnu Majah dan Hakim.  At Targib wa At Tarhib no. 1082.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda.


 الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ 


Maksudnya:“Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka”. Riwayat Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dan Utsman bin Abil ‘Ash.


Yang dimaksud puasa sebagai (جُنَّةٌ) (perisai) adalah puasa akan menjadi pelindung yang akan melindungi bagi pelakunya di dunia dan juga di akhirat:


1-Adapun di dunia maka akan menjadi pelindung yang akan menghalanginya untuk mengikuti godaan syahwat yang terlarang di saat puasa. Oleh kerana itu tidak boleh bagi orang yang berpuasa untuk membalas orang yang menganiaya dirinya dengan balasan serupa, sehingga jika ada yang mencela ataupun menghina dirinya maka hendaklah dia mengatakan, “Aku sedang berpuasa.”


Dari Abu Hurairah, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ


Maksudnya:“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu(lalai) dan rofats(lucah). Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat keji padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”. Riwayat Ibnu Majah dan Hakim.  At Targib wa At Tarhib no. 1082.


2-Adapun di akhirat maka puasa menjadi perisai dari api neraka, yang akan melindungi dan menghalangi dirinya dari api neraka pada hari kiamat (Lihat Syarh Arba’in An-Nawawiyyah) 


Bersabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam.


 مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُوْمُ يَوْمًا فِي سَبِيْلِ اللَّهِ إِلاَّبَاعَدَ اللَّهُ بَذَلِكَ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِيْنَ خَرِيْفًا


Maksudnya:“Tidaklah seorang hamba yang puasa di jalan Allah kecuali akan Allah jauhkan dia (kerana puasanya) dari neraka sejauh tujuh puluh musim”.


Riwayat Bukhari 6/35, Muslim 1153 dari Abu Sa’id Al-Khudry, ini adalah lafaz Muslim. Sabda Rasulullah : “70 musim” yakni : perjalanan 70 tahun, demikian dikatakan dalam Fathul Bari 6/48].


Dan Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda.


 مَنْ صَامَ يَوْمًا فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ جَعَلَ اللَّهُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ خَنْدَقًا كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأرْض


Maksudnya:“Barangsiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah maka di antara dia dan neraka ada parit yang luasnya seperti antara langit dengan bumi”.


Dikeluarkan oleh Tirmidzi no. 1624 dari hadits Abi Umamah, Dan dikeluarkan pula oleh At-Thabrani di dalam Al-Kabir 8/260,274, 280 dari dua jalan dari Al-Qasim dari Abi Umamah.  Dari Abi Darda’, dikeluarkan oleh Ath-Thabrani di dalam Ash-Shagir 1/273.


Keempat: 


Sesungguhnya bau mulut orang yang puasa lebih wangi di sisi Allah Subhanahuwata’ala dari pada aroma minyak kesturi, kerana ia berasal dari bekas puasa, maka ia lebih wangi di sisi Allah Subhanahuwata’ala. Ini menunjukkan besarnya pahala puasa di sisi Allah Subhanahuwata’ala,  sehingga sesuatu yang tidak disukai di sisi manusia menjadi dicintai dan wangi kerana muncul dari ketaatan kepada Allah Subhanahuwata’ala dengan sebab puasa.


Dari Abu Hurairah RA, (bahawasanya) Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda.


 قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ 


Maksudnya:“Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya melainkan puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang memberi balasannya. Puasa adalah benteng/perisai, dan apabila salah seorang di antara kamu sedang melaksanakan puasa, janganlah dia berkata-kata lucah/keji dan bertengkar, jika ada orang lain yang memakinya/mencercanya atau ingin bergaduh dengannya, maka hendaklah dia mengatakan “aku berpuasa". Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesunguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi, orang yang puasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira kerana puasa yang dilakukannya” .Bukhari (4/88), Muslim (1151).Lafaz ini bagi Bukhari.


Di dalam hadith ini merupakan bimbingan bagi yang puasa, apabila seseorang mencelanya atau memusuhinya, agar ia tidak membalasnya dengan perbuatan serupa, agar tidak bertambah celaan dan permusuhan, dan supaya ia tidak lemah di hadapannya dengan berdiam diri. Tetapi ia mengkhabarkanya bahawa ia berpuasa sebagai isyarat bahawa ia tidak akan membalas dengan perbuatan serupa kerana menghormati puasa, bukan kerana tidak mampu membalas, saat itu terhentilah celaan dan permusuhan.


قال الله تعالى: وَلَا تَسْتَوِى الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۗاِدْفَعْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُ فَاِذَا الَّذِيْ بَيْنَكَ وَبَيْنَهٗ عَدَاوَةٌ كَاَنَّهٗ وَلِيٌّ حَمِيْمٌ ٣٤ وَمَا يُلَقّٰىهَآ اِلَّا الَّذِيْنَ صَبَرُوْاۚ وَمَا يُلَقّٰىهَآ اِلَّا ذُوْ حَظٍّ عَظِيْمٍ [فصلت


Maksudnya:"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia* Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar" Fushshilat ayat 34-35.


Kelima: 


Sesungguhnya bagi yang berpuasa ada dua kebahagiaan,


Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ: فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ


Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya”. Riwayat Muslim (1151)


Kebahagiaan saat berbuka dan bahagia saat bertemu Rabb-nya. Adapun kebahagiaan saat berbuka, maka ia merasa bahagia dengan nikmat Allah Subhanahuwata’ala kepadanya berupa melaksanakan ibadah puasa yang merupakan ibadah paling utama, berapa ramai manusia yang tidak dapat melaksanakannya. Dan ia bahagia dengan makanan, minuman dan menikah yang dibolehkan Allah Subhanahuwata’ala, yang sebelumnya diharamkan kepadanya disaat dia puasa. Adapun kebahagiaannya saat bertemu Rabb-nya maka ia merasa bahagia dengan puasanya saat ia memperoleh pahalanya di sisi Allah Subhanahuwata’ala secara sempurna saat ia sangat memerlukannya, saat dikatakan; Dimanakah orang-orang yang puasa supaya mereka masuk syurga dari pintu Rayyan yang tidak ada orang yang memasukinya selain mereka.


Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ" متفقٌ عليه.

التخريج:   صحيح البخاري، كتاب الصوم، باب الريان للصائمين، حديث رقم 1896.


Maksudnya:"Daripada Sahl bin Sa‘ad RA berkata, Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda: “Sesungguhnya di syurga ada satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan, iaitu pintu masuk bagi orang yang berpuasa di hari kiamat nanti. Tidak akan masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, akan diseru oleh penjaganya: ”Dimanakah orang yang berpuasa?  Maka mereka yang berpuasa pun bangun (memasukinya), tidak ada yang akan memasukinya melainkan mereka sahaja. Apabila mereka memasukinya, pintu itu akan ditutup, maka tiada siapa lagi yang akan dapat memasukinya".


(Muttafaqun ‘Alayhi, hadith riwayat al-Bukhari, no. 1896, Muslim, no. 1152,  At-Tirmizi, no. 765, An-Nasaie, no. 2237)


Keenam:


Di antara keutamaan puasa ialah ia memberi syafaat bagi yang mengerjakannya di hari kiamat. 

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، يَقُولُ الصِّيَامُ: أَيْ رَبِّ، مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ، فَشَفِّعْنِي فِيهِ، وَيَقُولُ الْقُرْآنُ: مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ، فَشَفِّعْنِي فِيهِ، قَالَ: فَيُشَفَّعَانِ


Maksudnya: “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat buat hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: “Wahai Rab!, Aku telah menahannya daripada makan dan syahwat pada siang hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya. Al-Quran pula berkata: Aku telah menahannya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya. Kemudian, keduanya memberi syafaat (kepada orang yang melakukannya).” [Riwayat Ahmad (6626) dan al-Thabarani (88)]


Apakah itu Syafa’at?


Para ulama mendefinisikan syafa’at:


ﻓﺎﻟﺸﻔﺎﻋﺔ ﻫﻲ ﺍﻟﺘﻮﺳﻂ ﻟﻠﻐﻴﺮ ﻓﻲ ﺟﻠﺐ ﺍﻟﻤﻨﻔﻌﺔ ﺃﻭ ﺩﻓﻊ ﺍﻟﻤﻀﺮﺓ


Maksudnya:“Syafaat adalah sebagai penengah/wasilah bagi yang lain untuk mendatangkan manfaat dan mencegah bahaya/madharat.”


Syafaat ini mungkin berupa syafaat di dunia ataupun syafaat di akhirat. Syafaat di dunia mungkin berupa syafa’at yang baik dam buruk sedangkan syafaat di akhirat adalah syafaat yang baik


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


مَنْ يَشْفَعْ شَفَاعَةً حَسَنَةً يَكُنْ لَهُ نَصِيبٌ مِنْهَا ۖ وَمَنْ يَشْفَعْ شَفَاعَةً سَيِّئَةً يَكُنْ لَهُ كِفْلٌ مِنْهَا


Maksudnya:“Barangsiapa yang memberikan syafa’at yang BAIK, nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) dari padanya. Dan barangsiapa memberi syafaat yang BURUK, niscaya ia akan memikul bahagian (dosa) dari padanya.” An-Nisaa’ ayat 85.


Maksud hadith mengenai syafaat oleh puasa dan Al-Quran adalah syafaat di akhirat. Saat itu, manusia sangat memerlukan syafaat dengan izin Allah kerana kesusahan yang manusia alami pada hari kiamat, seperti:


1. Matahari didekatkan pada manusia sejauh satu mil. 


2. Manusia ada yang tenggelam dengan peluhnya. 


3. Manusia ada yang diseret dan berjalan dengan wajahnya. 


4. Kejadian di padang mahsyar yang sangat lama, di mana satu hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di bumi.


Dinukilkan beberapa dalil mengenai hal ini. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


ﺇِﻧَّﻜُﻢْ ﺗُﺤْﺸَﺮُﻭْﻥَ ﺭِﺟَﺎﻻً ﻭَﺭُﻛْﺒَﺎﻧًﺎ ﻭَﺗُﺠَﺮُّﻭْﻥَ ﻋَﻠَﻰ ﻭُﺟُﻮْﻫِﻜُﻢْ


Maksudnya:“Sesungguhnya kalian akan dikumpulkan (ke Padang Mahsyar) dalam keadaan berjalan, dan (ada juga yang) berkendaraan, serta (ada juga yang) diseret di atas wajah-wajah kalian". Riwayat Tirmizi, Sahih at-Targhib wat-Tarhib  no. 3582.


Satu hari di akhirat sama dengan seribu hari di dunia. Sebagaimana yang Allah Subhanahuwata’ala sebutkan,


وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ


Maksudnya:“Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu". Al Hajj ayat 47.


Ini bermaksud, setengah(½) hari di akhirat sama dengan 500 tahun di dunia.


Adapun firman Allah Subhanahuwata’ala,


فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ


Maksudnya:“Dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun”. Al Ma’arij ayat 4. 


Ayat ini pula menunjukkan pengkhususan dari maksud umum yang disebutkan sebelumnya  atau difahami bahawa waktu tersebut begitu lama bagi orang-orang kafir. Itulah kesulitan yang dihadapi oleh orang-orang kafir,


فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ (8) فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ (9) عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ (10


Maksudnya:“Apabila ditiup sangkakala, maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit, bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah”. Al Mudatsir ayat 8-10.


Justeru itu kita sangat memerlukan syafaat di hari kiamat nanti, diantara  yang dapat memberi syafaat adalah puasa dan Al-Quran sebagaimana dalam hadith di atas.


Namunpun begitu ditekankan bahawa pada hakikatnya syafa’at ini hanya milik Allah. Sebagaimana Allah Subhanahuwata’ala telah berfirman,


ﻗُﻞ ﻟِّﻠَّﻪِ ﭐﻟﺸَّﻔَٰﻌَﺔُ ﺟَﻤِﻴﻌٗﺎۖ


Maksudnya:“Katakanlah semua syafaat hanyalah milik Allah". Az-Zumar ayat 44)


Juga firman Allah Subhanahuwata’ala, 


ﻣَﻦ ﺫَﺍ ﭐﻟَّﺬِﻱ ﻳَﺸۡﻔَﻊُ ﻋِﻨﺪَﻩُۥٓ ﺇِﻟَّﺎ ﺑِﺈِﺫۡﻧِﻪِۦۚ



Maksudnya:“Tidak ada yang memberikan syafaat disisi Allah kecuali dengan izin-Nya". Al-Baqarah ayat 255.


Puasa dan Al-Quran serta makhluk lainnya yang dapat memberi syafaat sebagaimana dalam dalil tidaklah mempunyai syafaat sebenarnya, tetapi pada hakikatnya hanya diberikan izin oleh Allah untuk memberikan syafaat. Oleh kerana itu, kita hanya boleh meminta syafaat hanya kepada Allah saja.


Saudaraku keutamaan puasa tidak akan diperolehi kecuali yang berpuasa melaksanakan adab-adabnya, maka bersungguh-sungguhlah menjalankan puasamu dan menjaga batas-batasnya. Bertaubatlah kepada Rabb-mu akan kekuranganmu dalam hal itu.



Wednesday, May 3, 2023

Persaudara Islam.

Persaudara Islam.

Menurut Islam dalam kehidupan ini, terdapat dua jenis hubungan iaitu hubungan antara manusia dan Khaliq atau penciptanya, dan hubungan antara sesama manusia ciptaan Allah. Hubungan dengan Allah biasanya disebut dengan Hablum Minallah (حَبْلٍ مِّنْ اللَّهِ) atau juga disebut Ubudiyah dan hubungan dengan sesama manusia sering disebut Hablum Minannas (حَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ).


Kedua-dua istilah ini tercantum dalam Al-Qur'an pada surat Ali Imran: 112


ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُواْ إِلاَّ بِحَبْلٍ مِّنْ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَآؤُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُواْ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الأَنبِيَاء بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ


Maksud:"Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh Para Nabi tanpa alasan yang benar. yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas."


Kedua-dua hubungan ini tersimpul tali temali dimana hubungan yang pertama mestilah menjadi landasan hubungan yang kedua yang menentukan nilai darjat hubungan itu disisi Allah. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,


وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ


Maksudnya:"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk". Ali 'Imran Ayat 103


Firman Allah di atas, menggambarkan menyatunya kedua jenis hubungan tersebut. Hubungan antara sesama manusia dan sesama umat muslim haruslah dilandasi oleh ajaran Allah. Kerana dengan berpegang teguh kepada ajaran Allah ini, manusia khususnya umat muslim tidak akan tersesat. Rasulullah menyampaikan hal ini,


تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ


Maksudnya:"Telah aku tinggalkan untuk kalian, dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang teguh dengan keduanya; Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya". Malik(1395)


Hubungan antara sesama manusia  disebut ukhuwwah basyariah atau persaudaraan sesama manusia. Persaudaraan sesama muslim di sebut ukhuwah Islamiah. Tanggungjawab Ukhuwwah basyariah pula disebut oleh Allah dalam firman-Nya,


لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ


Maksudnya:"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil". Al-Mumtahanah Ayat 8


Persaudaraan sesama muslim di sebut ukhuwah Islamiah,persaudaraan inilah yang mengikat sesama muslim untuk bersatu padu dengan kokoh. Kesatupaduan ini dilandasi oleh ajaran Allah termasuk cinta dan kasih sayang.


Tujuan utama ukhuwah Islamiah adalah untuk saling bekerjasama dan saling tolong menolong untuk berbuat kebajikan dan kebenaran dan bukan untuk bermusuhan atau melakukan perbuatan mungkar. Dengan bekerjasama dan saling tolong menolong inilah masyarakat yang penuh dengan kebajikan, kejujuran, kemakmuran dan kedamaian dapat terwujud.


Umat Muslim dalam perjalanan hidupnya mestilah selalu dinamis, mestilah selalu melihat kepada umat Muslim yang menjadi saudara seagama. Apabila diantara mereka menghadapi kesulitan maka saudara muslim datang membantu. Dalam upaya mewujudkan persaudaraan inilah setiap muslim tidak pernah statik, tidak pernah tidak berbuat apa-apa atau tidak hanya melihat dan menonton, tapi berbuat dan melakukan sesuatu. Dalam Islam hakikat hidup itu adalah perjuangan kerana itu setiap muslim mestilah menjadi pejuang untuk mewujudkan kehidupan yang penuh dengan redha Allah. Kerana itu pula setiap muslim mestilah menjaga ketenteraman, kedamaian dan keadilan, dan dilarang untuk menebarkan kerosakan, kesengsaraan dan kemungkaran di muka bumi ini.


Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


وَلَا تُفْسِدُوْا فِى الْاَرْضِ بَعْدَ اِصْلَاحِهَا وَادْعُوْهُ خَوْفًا وَّطَمَعًاۗ اِنَّ رَحْمَتَ اللّٰهِ قَرِيْبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِيْنَ


Maksudnya: "Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah diatur dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat dengan orang-orang yang berbuat baik". Al A'raf ayat 56.


Imam Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya mengatakan, melalui ayat tersebut, Allah Subhanahuwata'ala melarang perbuatan yang menimbulkan kerosakan di muka bumi dan hal-hal yang membahayakan kelestariannya sesudah Allah mengaturnya dengan bailk. Lihat Tafsir Ibnu Katsir.


Larangan berbuat kerosakan ini mencakupi semua bidang, seperti merosak pergaulan, jasmani dan rohani orang lain, kehidupan dan sumber-sumber penghidupan (pertanian, perdagangan, dan lain-lain), termasuk merosak alam sekitar.


Bumi ini telah diciptakan Allah dengan segala kelengkapannya, seperti gunung, lembah, sungai, lautan, daratan, hutan dan lain-lain, yang semuanya diuntukan untuk keperluan manusia, agar dapat diolah dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan mereka.


Fenomena kehidupan masyarakat pada abad 21 ini merupakan keterlibatan dari dinamika perubahan sosial termasuk proses globalisasi yang tak terkendali. Setengah manusia hilang sifat kemanusiaannya. Hubungan antara individu, antara kelompok, antara bangsa, antara negara, banyak dipengaruhi oleh fenomena global ini, kerana itu pertentangan, peperangan, tindakan kekerasan, perseteruan, korupsi bermaharajalela. Kesengsaraan tersebar meluas dimana-mana. Benarlah firman Allah Subhanahuwata'ala,


ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ


Maksudnya:"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)". Al-Rum Ayat 41.


Persaudaraan sesama Muslim mengandungi makna sebagai instrument perjuangan yang mulia dan sebagai strategi yang bersifat universal untuk menciptakan kemakmuran, keadilan dan kedamaian bagi manusia di alam semesta ini. Kerana itulah mengapa dalam Islam, umat Islam mestilah menjadi penguasa (khalifah) di muka bumi ini, tanpa menjadi khalifah fil ardh, tujuan yang amat mulia ini mustahil dapat diwujudkan. Firman Allah Subhanahuwata'ala,


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ


Maksudnya:"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Al-Baqarah ayat 30.


Persaudaraan Islam adalah ikatan psikologis, ikatan spiritual, ikatan kemanusiaan yang tumbuh dan berkembang amat dalam di dalam hati nurani setiap orang Islam, melekat dan terintegrasi menjadi satu kesatuan dalam berfikir, bersikap dan bertindak. Ikatan persaudaraan Islam ini muncul kerana kesamaan iman, kesamaan pola fikir, kesamaan mind set, kesamaan aspirasi, kesamaan keperluan, dan kesamaan cita-cita dan harapan dalam hidup bermasyarakat. Persaudaraan dengan demikian adalah force yang menilai keberadaan masyarakat sebagai sistem sosial, keberadaan Negara, keberadaan bangsa, keberadaan organisasi apapun. Persaudaraan ini kental dengan nilai Iman yang menjadi dasar dinamika kehidupan seseorang, kelompok, dan masyarakat.


Persaudaraan dalam Islam bersifat inclusive bukan exclusive. Ini kerana  persaudaraan Islam bersifat universal tanpa mengenal perbezaan, tanpa mengenal tempat dan waktu. Dalam kenyataan hidup bermasyarakat baik pada bertahap lokal, nasional mahupun global, persaudaraan dalam Islam itu mengandung roh dan makna yang konsisten dengan falsafah Islam bahawa Islam itu rahmat bagi alam semesta ini sebagaimana Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam sebagai tunggak pembawa rahmat seluruh alam.


وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ


Maksudnya:"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam". Al-Anbiya ayat 107.


Apabila kita teliti sirah perjalanan hidup Baginda Sallallahu'alaihiwasallam, maka kita pasti temui pelbagai kisah menarik.


Rahmat yang dibawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bukan setakat ke atas manusia semata-mata, tetapi terangkum juga makhluk tidak bernyawa sekalipun.


Benarlah bahawa Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam pembawa rahmat ke atas seluruh alam ini. Baginda Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan bukan untuk bangsa Arab di tanah kelahirannya sahaja, tetapi Baginda adalah utusan Allah buat rahmat seluruh manusia dan alam ini.


Berkat komitmen yang tinggi Baginda Sallallahu'alaihiwasallam bersama-sama sahabat pada awal penyebaran dakwah Islam, akhirnya agama Islam mula bertapak di serata benua dunia termasuk di rantau Nusantara.


Walaupun masyarakat bukan Islam khususnya di Barat berusaha mencipta pelbagai persepsi negatif terhadap agama Islam dan penganutnya, ia tetap berkembang mekar. Sehingga kini, umat Islam di seluruh dunia dianggarkan berjumlah 1.3 bilion.


وَرَأَيتَ النّاسَ يَدخُلونَ في دينِ اللَّهِ أَفواجًا


Maksudnya:"...dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong…". An-Nasr Ayat 2.


Jika manusia masuk Islam secara beramai-ramai juga sudah nikmat yang besar, tapi Allah tambah dengan memberi mereka masuk agama Islam semasa hidup Nabi Muhammad sendiri supaya baginda dapat lihat dengan mata kepala baginda sendiri janji Allah Subhanahuwata'ala.


Umat muslim tersebar luas di atas muka bumi ini. Mereka tersebar di berbagai negara, di Asia, Afrika, Amerika, Kanada, Eropa, Inggeris, dan berbagai negara lainnya. Dimanapun mereka, siapapun mereka, begitulah apabila kita mendengar bahawa di antara mereka ditimpa musibah atau bencana, atau tindakan kekerasan yang bertentangan dengan hukum, maka rasa persaudaraan kitapun bangkit dan terinspirasi, terdorong untuk berupaya dan berbuat sesuatu dengan berbagai cara guna membantu mereka agar keluar dari musibah atau bencana yang menimpa mereka. 


Persaudaraan mengandung makna kesedaran, rasa tanggung jawab, kepedulian atau solidariti untuk membantu, atas dasar kesamaan iman dan taqwa, kesamaan dan kebersamaan sebagai manusia, makhluk cipataan Allah yang paling mulia dan sempurna, rasa empati dan kasih sayang yang mendalam yang tumbuh menjadi satu keperibadian muslim yang utuh. Fikiran dan daya dihimpun dan dimobilisasikan dalam satu upaya bersama untuk melakukan sesuatu yang dapat mengeluakan mereka dari musibah dan bencana tersebut. Inilah esensi makna praktik dari nilai yang terkandung dalam persaudaraan Islam itu.



Sunday, April 30, 2023

Ramadhan dan tadabur ayat tentang Iman, puasa dan takwa pada surah al-Baqarah ayat 183.

Ramadhan dan tadabur ayat tentang Iman, puasa dan takwa pada surah al-Baqarah ayat 183.

Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Maka sudah semestinyalah di bulan Al-Qur’an ini umat Islam mengetatkan ikatan pinggang dan menyuntik motivasi diri agar lebih bersemangat untuk membaca serta merenungkan isi Al-Qur’an Al-Karim. Merenung atau mentadaburi isi kandung Al-Qur’an hendaklah mendapat perhatian yang besar dari segala aktiviti umat muslim di bulan suci ini. Hanya dengan usaha inilah umat Islam dapat mengembalikan peranan Al-Qur’an sebagai pedoman hidup dan panduan menuju jalan yang benar.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ


Maksudnya:"Bulan Ramadhan adalah bulan-bulan diturunkannya Al-Qur’an. Al-Quran adalah petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)".  Al-Baqarah ayat 185)


Usaha yang mulia ini boleh dimulai dari satu ayat yang sering dibacakan, dikumandangkan, bahkan dihafal oleh kaum muslimin, iaitu surat Al-Baqarah ayat 183, yang membahaskan tentang ibadah puasa. Ayat yang mulia tersebut berbunyi,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".Al-Baqarah ayat 183.


Ayat ini mengandungi banyak pelajaran berharga berkaitan dengan ibadah puasa. 


Mari kita sama-sama fahami hikmah yang mendalam dibalik ayat yang mulia ini.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman".


Dari lafaz ini dapat diketahui bahawa ayat ini adalah ayat madaniyyah atau diturunkan di Madinah (setelah hijrah), sedangkan yang diawali dengan yaa (يَا أَيُّهَا النَّاسُ). atau (يا بني آدم), adalah ayat makkiyyah atau diturunkan di Makkah. Lihat Al Itqan Fi Ulumil Qur’an karya Imam As-Suyuthi, 55.


Imam Ath-Thabari menyatakan bahawa maksud ayat ini adalah : “Wahai orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, membenarkan keduanya dan mengikrarkan keimanan kepada keduanya". Lihat Jami’ Al Bayan Fii Ta’wiil Al Qur’an, 3/409.


Ibnu Katsir menafsirkan ayat ini: “Firman Allah Ta’ala ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman dari umat manusia dan ini merupakan perintah untuk melaksanakan ibadah puasa". Tafsir Qur’an Al Azhim Libni Katsir, 1/497


Dari ayat ini kita melihat dengan jelas adanya kaitan antara puasa dengan keimanan seseorang. Allah Ta’ala memerintahkan puasa kepada orang-orang yang memiliki iman, dengan demikian Allah Ta’ala hanya menerima puasa dari jiwa-jiwa yang terdapat iman di dalamnya. Dan puasa juga merupakan tanda kesempurnaan keimanan seseorang.


Oleh kerana itu, apakah yang dimaksudkan dengan iman?


Iman secara bahasa ertinya percaya atau membenarkan. Sebagaimana dalam ayat Al-Qur’an:

وَمَا أَنْتَ بِمُؤْمِنٍ لَنَا وَلَوْ كُنَّا صَادِقِينَ


Maksudnya:"Dan kamu sekali-kali tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar".  Yusuf ayat 17.


Secara jelasnya Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjelaskan makna iman dalam sebuah hadith


الإيمان أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره


Maksudnya:"Iman adalah engkau mengimani Allah, mengimani Malaikat-Nya, mengimani Kitab-kitab-Nya, mengimani para Rasul-Nya, mengimani hari kiamat, mengimani qadha dan qadar, yang baik mahupun yang buruk". Muslim (102,108)


Demikianlah enam rukun yang mesti dimiliki oleh orang yang mengaku beriman. Maka orang yang  enggan mempersembahkan ibadah hanya kepada Allah semata-mata, atau menyembah sesembahan yang lain selain Allah, perlu dipertanyakan kesempurnaan imannya. Orang yang enggan mengimani Muhammad adalah Rasulullah atau meninggalkan sunnahnya, mengada-adakan ibadah yang tidak beliau tuntunkan, maka perlu dipertanyakan kesempurnaan imannya. Orang yang tidak percaya adanya Malaikat, tidak percaya datangnya kiamat, tidak percaya takdir, perlu dipertanyakan kesempurnaan imannya.


Namun jangan anda menyangka bahawa iman itu sekadar percaya di dalam hati. Imam Asy Syafi’i menjelaskan,


وكان الإجماع من الصحابة والتابعين من بعدهم ممن أدركناهم أن الإيمان قول وعمل ونية ، لا يجزئ واحد من الثلاثة بالآخر


Maksudnya:"Setahu saya, telah menjadi ijma para sahabat serta para tabi’in bahawa iman itu berupa perkataan, perbuatan, dan niat (perbuatan hati), jangan mengurangi salah satu pun dari tiga hal ini". Lihat Syarh Ushul I’tiqad Ahlis Sunnah, 4/149


Dengan demikian tidak dapat dibenarkan orang yang mengakui beriman namun enggan melaksanakan solat, enggan membayar zakat, dan amalan-amalan zahir yang lainnya. Atau wanita yang mengatakan “Walau saya tidak berjilbab, yang penting hati saya berjilbab”. Jika imannya benar, tentu hati yang ‘berjilbab’ akan ditunjukkan juga secara lahiriah, iaitu memakai jilbab dan busana muslimah dengan benar. Oleh kerana itu pula, puasa sebagai amalan zahiriah merupakan kesan dari iman.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ


Maksudnya:"Telah diwajibkan atas kamu berpuasa ”


Al Qurthubi menafsirkan ayat ini: “Sebagaimana Allah Ta’ala telah menyebutkan wajibnya qishash dan wasiat kepada orang-orang yang mukallaf pada ayat sebelumnya, Allah Ta’ala juga menyebutkan kewajipan puasa dan mewajibkannya kepada mereka. Tidak ada perselisihan pendapat mengenai wajibnya". Lihat Al Jami’ Li Ahkam Al Qur’an, 2/272


Di awal perkembangan Islam, puasa belum diwajibkan melainkan hanya dianjurkan. Sebagaimana yang  ditunjukkan oleh ayat,


فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ


Maksudnya:"Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan (puasa), maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".  Al Baqarah ayat 184.


Ibnu Katsir menjelaskan dengan panjang lebar tentang masalah ini, kemudian beliau menyatakan: “Kesimpulannya, penghapusan hukum (dianjurkannya puasa) benar adanya bagi orang yang tidak bepergian dan sihat badannya, iaitu dengan diwajibkannya puasa berdasarkan ayat:


فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ


Maksudnya:"Barangsiapa di antara kamu hadir di bulan (Ramadhan) itu, wajib baginya puasa".Al Baqarah ayat 185). Lihat Tafsir Qur’an Al Azhim Libni Katsir, 1/500


Bertahapnya kewajipan ibadah puasa ini berjalan sesuai dengan keadaan aqidah umat Islam ketika itu. Syaikh Ali Hasan Al Halabi –hafizhahullah– menyatakan: “Kewajiban puasa ditunda hingga tahun kedua Hijriah, iaitu ketika para sahabat telah mantap dalam bertauhid dan dalam mengagungkan syiar Islam. Perpindahan hukum ini dilakukan secara bertahap. Kerana awalnya mereka diberi pilihan untuk berpuasa atau tidak, namun tetap dianjurkan". Lihat Shifatu Shaumin Nabi Fii Ramadhan.


Dari hal ini terdapat sebuah pengajaran berharga bagi kita, bahawa ketaatan seorang hamba kepada Rabb-Nya adalah sebandingan dengan sejauh mana ia menerapkan tauhid.


Firman  Allah Subhanahuwata'ala,


كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ


Maksudnya:"Sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu".


Imam Al Alusi dalam tafsirnya menjelaskan: “Yang dimaksudkan dengan ‘orang-orang sebelum kamu adalah para Nabi sejak masa Nabi Adam ‘Alaihissalam sehingga sekarang, sebagaimana keumuman yang ditunjukkan dengan adanya isim maushul. Menurut Ibnu Abbas dan Mujahid, yang dimaksud di sini adalah Ahlul Kitab. Menurut Al Hasan, As Suddi, dan As Sya’bi yang dimaksud adalah kaum Nasrani.


Ayat ini menunjukkan adanya penekanan hukum, penambah semangat, serta melegakan hati lawan bicara (iaitu manusia). Kerana suatu perkara yang sulit itu jika sudah menjadi hal yang umum dilakukan orang ramai, ia akan menjadi hal yang biasa sahaja.


Adapun permisalan puasa umat Muhammad dengan umat sebelumnya, iaitu baik berupa sama-sama wajib hukumnya, atau sama waktu pelaksanaannya, atau juga sama kadarnya". Lihat Ruuhul Ma’ani Fii Tafsiir Al Qu’ran Al Azhim, 2/121


Ada beberapa riwayat yang menyatakan bahawa puasa umat sebelum umat Muhammad adalah disyariatkannya puasa tiga hari setiap bulannya, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya: “Terdapat riwayat dari Muaz, Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Atha’, Qatadah, Ad-Dhahak bin Mazahim, yang menyatakan bahawa ibadah puasa awalnya hanya diwajibkan selama tiga hari setiap bulan, kemudian hal itu di-nasakh dengan disyariatkan puasa Ramadhan. Dalam riwayat tersebut terdapat tambahan bahawa kewajiban puasa tiga hari setiap bulan sudah ada sejak zaman Nabi Nuh hingga akhirnya di-nasakh oleh Allah Subhanahuwata’ala dengan puasa Ramadhan". Lihat Tafsir Qur’an Al Azhim Libni Katsir, 1/497


Firman  Allah Subhanahuwata'ala,


لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya:"Agar kalian bertakwa".


Kata لَعَلَّ dalam Al Qur’an memiliki beberapa makna, diantaranya ta’lil (alasan) dan tarajji ‘indal mukhathab (harapan dari sisi orang diajak bicara). Dengan makna ta’lil, dapat kita ertikan bahawa alasan diwajibkannya puasa adalah agar orang yang berpuasa mencapai darjah taqwa. Dengan makna tarajji, dapat kita ertikan bahawa orang yang berpuasa berharap dengan perantaraan puasanya ia dapat menjadi orang yang bertakwa". Lihat Ad Durr Al Masun karya As Samin Al Halabi hal 138, dan Al Itqan Fii Ulumil Qur’an karya As Suyuthi hal 504


Imam At Thabari menafsirkan ayat ini: “Maksudnya adalah agar kamu bertakwa (menjauhkan diri) dari makan, minum dan berjimak dengan wanita ketika puasa". Lihat Jami’ Al Bayan Fii Ta’wiil Al Qur’an, 3/413


Imam Al Baghawi memperluas tafsiran tersebut dengan penjelasannya: “Maksudnya, mudah-mudahan kamu bertakwa kerana sebab puasa. Kerana puasa adalah wasilah menuju takwa. Sebab puasa dapat menundukkan nafsu dan mengalahkan syahwat. Sebahagian ahli tafsir juga menyatakan, maksudnya: agar kamu waspada terhadap syahwat yang muncul dari makanan, minuman dan jima". Lihat Ma’alim At Tanziil, 1/196


Dalam Tafsir Jalalain dijelaskan dengan ringkas: “Maksudnya, agar kamu bertakwa dari maksiat. Sebab puasa dapat mengalahkan syahwat yang merupakan sumber maksiat". Lihat Tafsir Al Jalalain, 1/189


Yang menjadi pertanyaan sekarang, apakah takwa itu?


Secara bahasa arab, takwa berasal dari fi’il ittaqa-yattaqi, yang artinya berhati-hati, waspada, takut. Bertakwa dari maksiat maksudnya waspada dan takut terjerumus dalam maksiat. Namun secara istilah, definisi takwa yang terindah adalah yang diungkapkan oleh Thalq Bin Habib Al’Anazi:


العَمَلُ بِطَاعَةِ اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، رَجَاءَ ثَوَابِ اللهِ، وَتَرْكِ مَعَاصِي اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، مَخَافَةَ عَذَابِ اللهِ


Maksudnya:"Taqwa adalah mengamalkan ketaatan kepada Allah dengan cahaya Allah (dalil), mengharap ampunan Allah, meninggalkan maksiat dengan cahaya Allah (dalil), dan takut terhadap adzab Allah". Lihat Siyar A’lamin Nubala, 8/175


Demikianlah sifat orang yang bertakwa. Orang yang bertakwa beribadah, bermuamalah, bergaul, mengerjakan kebaikan kerana ia teringat dalil yang menjanjikan ganjaran dari Allah Ta’ala, bukan atas dasar ikut-ikutan, tradisi, taklid buta, atau orientasi duniawi. Demikian juga orang bertakwa senantiasa takut mengerjakan hal yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya, kerana ia teringat dalil yang mengancam dengan azab yang mengerikan. Dari sini kita tahu bahawa ketakwaan tidak mungkin tercapai tanpa memiliki cahaya Allah, iaitu ilmu terhadap dalil Al-Qur’an dan sunnah Nabi Sallallahu’alaihiwasallam. Jika seseorang memenuhi kriteria ini, layaklah ia menjadi hamba yang mulia di sisinya.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ


Maksudnya:"Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu".  Al-Hujurat ayat 13.


Setelah mengetahui makna takwa, perhatian juga  penjelasan dari Syeikh Abdurrahman bin Nashir As Sa’di rahimahullah dalam tafsirnya, tentang keterkaitan antara puasa dengan ketakwaan: “Puasa itu salah satu sebab terbesar menuju ketakwaan. Kerana orang yang berpuasa telah melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangannya. Selain itu, keterkaitan yang lebih luas lagi antara puasa dan ketakwaan:


1-Orang yang berpuasa menjauhkan diri dari yang diharamkan oleh Allah berupa makan, minum jima’ dan semisalnya. Padahal jiwa manusia memiliki kecenderungan kepada semua itu. Ia meninggalkan semua itu demi mendekatkan diri kepada Allah, dan mengharap pahala dari-Nya. Ini semua merupakan bentuk takwa.


2-Orang yang berpuasa melatih dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah, dengan menjauhi hal-hal yang disukai oleh nafsunya, padahal sebenarnya ia mampu untuk makan, minum atau berjimak tanpa diketahui orang, namun ia meninggalkannya kerana sedar bahawa Allah mengawasinya.


3-Puasa itu mempersempit gerak syaitan dalam aliran darah manusia, sehingga pengaruh syaitan melemah. Akibatnya maksiat dapat dikurangi.


4-Puasa itu secara umum dapat memperbanyakan ketaatan kepada Allah, dan ini merupakan tabiat orang yang bertakwa.


5-Dengan puasa, orang kaya merasakan peritnya rasa lapar. Sehingga ia akan lebih peduli kepada orang-orang faqir yang kekurangan. Dan ini juga merupakan tabiat orang yang bertakwa". Lihat Taisir Kariimir Rahman, 1/86


Semoga puasa kita dapat menjadi saksi dihadapan Allah tentang keimanan kita kepada-Nya. Dan semoga puasa kita menghantarkan kita menuju darjah takwa, menjadi hamba yang mulia di sisi Allah Ta’ala.









  


Puasa merupakan tanda kesempurnaan keimanan seseorang.

Puasa  merupakan tanda kesempurnaan keimanan seseorang.

Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Maka sudah semestinyalah di bulan Al-Qur’an ini umat Islam mengetatkan ikat pinggang dan menyuntik motivasi diri agar lebih bersemangat untuk membaca serta merenungkan isi Al-Qur’an Al-Karim. Merenung atau mentadaburi isi kandung Al-Qur’an hendaklah mendapat perhatian yang besar dari segala aktiviti umat muslim di bulan suci ini. Hanya dengan usaha inilah umat Islam dapat mengembalikan peranan Al-Qur’an sebagai pedoman hidup dan panduan menuju jalan yang benar.


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ


Maksudnya:"Bulan Ramadhan adalah bulan-bulan diturunkannya Al-Qur’an. Al-Quran adalah petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)".  Al-Baqarah ayat 185)


Usaha yang mulia ini boleh dimulai dari satu ayat yang sering dibacakan, dikumandangkan, bahkan dihafal oleh kaum muslimin, iaitu surat Al-Baqarah ayat 183, yang membahaskan tentang ibadah puasa. Ayat yang mulia tersebut berbunyi,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".Al-Baqarah ayat 183.


Ayat ini mengandungi banyak pelajaran berharga berkaitan dengan ibadah puasa. 


Mari kita sama-sama fahami hikmah yang mendalam dibalik ayat yang mulia ini.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman".


Dari lafaz ini dapat diketahui bahawa ayat ini adalah ayat madaniyyah atau diturunkan di Madinah (setelah hijrah), sedangkan yang diawali dengan yaa (يَا أَيُّهَا النَّاسُ). atau (يا بني آدم), adalah ayat makkiyyah atau diturunkan di Makkah. Lihat Al Itqan Fi Ulumil Qur’an karya Imam As-Suyuthi, 55.


Imam Ath-Thabari menyatakan bahawa maksud ayat ini adalah : “Wahai orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, membenarkan keduanya dan mengikrarkan keimanan kepada keduanya". Lihat Jami’ Al Bayan Fii Ta’wiil Al Qur’an, 3/409.


Ibnu Katsir menafsirkan ayat ini: “Firman Allah Ta’ala ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman dari umat manusia dan ini merupakan perintah untuk melaksanakan ibadah puasa". Tafsir Qur’an Al Azhim Libni Katsir, 1/497


Dari ayat ini kita melihat dengan jelas adanya kaitan antara puasa dengan keimanan seseorang. Allah Ta’ala memerintahkan puasa kepada orang-orang yang memiliki iman, dengan demikian Allah Ta’ala hanya menerima puasa dari jiwa-jiwa yang terdapat iman di dalamnya. Dan puasa juga merupakan tanda kesempurnaan keimanan seseorang.


Oleh kerana itu, apakah yang dimaksudkan dengan iman?


Iman secara bahasa ertinya percaya atau membenarkan. Sebagaimana dalam ayat Al-Qur’an:

وَمَا أَنْتَ بِمُؤْمِنٍ لَنَا وَلَوْ كُنَّا صَادِقِينَ


Maksudnya:"Dan kamu sekali-kali tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar".  Yusuf ayat 17.


Secara jelasnya Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjelaskan makna iman dalam sebuah hadith


الإيمان أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره


Maksudnya:"Iman adalah engkau mengimani Allah, mengimani Malaikat-Nya, mengimani Kitab-kitab-Nya, mengimani para Rasul-Nya, mengimani hari kiamat, mengimani qadha dan qadar, yang baik mahupun yang buruk". Muslim (102,108)


Demikianlah enam rukun yang mesti dimiliki oleh orang yang mengaku beriman. Maka orang enggan mempersembahkan ibadah hanya kepada Allah semata-mata, atau menyembah sesembahan yang lain selain Allah, perlu dipertanyakan kesempurnaan imannya. Orang yang enggan mengimani Muhammad adalah Rasulullah atau meninggalkan sunnahnya, mengada-adakan ibadah yang tidak beliau tuntunkan, maka perlu dipertanyakan kesempurnaan imannya. Orang yang tidak percaya adanya Malaikat, tidak percaya datangnya kiamat, tidak percaya takdir, perlu dipertanyakan kesempurnaan imannya.


Namun jangan anda menyangka bahawa iman itu sekadar percaya di dalam hati. Imam Asy Syafi’i menjelaskan,


وكان الإجماع من الصحابة والتابعين من بعدهم ممن أدركناهم أن الإيمان قول وعمل ونية ، لا يجزئ واحد من الثلاثة بالآخر


Maksudnya:"Setahu saya, telah menjadi ijma para sahabat serta para tabi’in bahawa iman itu berupa perkataan, perbuatan, dan niat (perbuatan hati), jangan mengurangi salah satu pun dari tiga hal ini". Lihat Syarh Ushul I’tiqad Ahlis Sunnah, 4/149


Dengan demikian tidak dapat dibenarkan orang yang mengakui beriman namun enggan melaksanakan solat, enggan membayar zakat, dan amalan-amalan zahir yang lainnya. Atau wanita yang mengatakan “Walau saya tidak berjilbab, yang penting hati saya berjilbab”. Jika imannya benar, tentu hati yang ‘berjilbab’ akan ditunjukkan juga secara lahiriah, iaitu memakai jilbab dan busana muslimah dengan benar. Oleh kerana itu pula, puasa sebagai amalan zahiriah merupakan kesan dari iman.


Sebagaimana yang dapat difahami maksud dari sebuah hadith, bahawa kesan dari Iman itu dapat menghalang seseorang itu dari melakukan maksiat seperti berzina atau meminum arak sedangkan dia  dalam keadaan  beriman.


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ


Maksudnya: “Tidaklah seorang pengzina itu berzina sedangkan dia dalam keadaan dia beriman. Tidaklah seorang pencuri itu mencuri sedangkan dia dalam keadaan dia beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak dalam keadaan dia beriman". Al-Bukhari(5578) dan Muslim (100).


Hadith ini bermaksud sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi bahawa para ulama berselisih pendapat dalam memahami makna hadith ini. Akan tetapi, pendapat yang tepat di sisi ahli tahqiq adalah seseorang itu tidak akan melakukan maksiat dalam keadaan imamnya sempurna. Untuk itu, maksud penafian di dalam hadith ini adalah menafikan kesempurnaan sebagaimana yang disebutkan “Tidak ada ilmu melainkan yang bermanfaat dan tidak ada kehidupan melainkan kehidupan akhirat". [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 41-42/2].


Selain itu, hadith ini melarang keras orang yang melakukan dosa besar dan menakutkan mereka akan balasan yang akan dikenakan disebabkan perbuatan tersebut serta ancaman akan hilangnya iman daripadanya ketika mereka melakukan perbuatan tersebut. Ini kerana, perbuatan tersebut akan melemahkan imannya kerana iman akan terus menjadi lemah dan berkurang disebabkan oleh maksiat yang dilakukan sehingga dikhuatiri pelakunya akan terjatuh ke dalam kekufuran. [Lihat: Fath al-Mun’im, 1/212]


Imam al-Baihaqi ada memuatkan sebuah hadith ini di dalam kitabnya Syu’ab al-Iman yang membicarakan berkaitan cabang-cabang iman. Ini kerana, hadith ini menceritakan sebahagian daripada cabang-cabang iman sepertimana yang Nabi Sallallahu'alaihiwasallam sifatkan iman itu mempunyai 70 lebih atau 60 lebih cabangnya.


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pernah bersabda,


الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ


Maksudnya: Iman itu mempunyai 70 lebih atau 60 lebih cabang. Yang paling afdhalnya ialah ucapan “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ” dan yang paling rendahnya adalah membuang apa yang menyakitkan dari jalan. Dan malu itu sebahagian daripada iman. Muslim (162).


Iman akan bertambah dengan ketaatan dan akan berkurang dengan maksiat atau dosa yang dilakukan sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama. Untuk itu, kita dituntut untuk sentiasa memelihara diri kita daripada melakukan dosa-dosa atau maksiat kepada Allah agar keimanan yang ada di dalam diri kita merupakan keimanan yang sempurna. Akhirnya, semoga Allah Subhanahuwata'ala menetapkan hati, lidah dan perbuatan kita di atas keimanan serta ketaatan kepada-Nya semata-mata. ٱمين 




  

Saturday, April 29, 2023

Sejarah puasa umat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam.

Sejarah puasa umat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam.

Puasa adalah ibadah ruhiyyah yang telah ada sejak lama dahulu.  Allah Subhanahuwata'ala mewajibkannya atas banyak umat sebelum umat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam. Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya:" wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa". Al-Baqarah ayat 183.


Puasa telah dikenal oleh orang-orang zaman dahulu dari bangsa Mesir dan India. Juga dikenal oleh bangsa Yunani dan Romawi. Sesungguhnya, sejarah puasa adalah sangatlah lama, yang telah ada sejak zaman dahulu kala. Ada yang mengatakan bahawa orang-orang paganis (penyembah patung-patung) dari bangsa India masih terus melestarikan puasa sampai sekarang ini. Namun ianya sudah   tentu bukan kerana Allah, hanya bertujuan untuk menenangkan dan mencari keredhaan sesembahan-sesembahan mereka; bilamana mereka merasa bahawa mereka telah melakukan hal yang mengundang murka sesembahan-sesembahan mereka. 

Begitu pula  kaum Yahudi dan Nasrani masih terus melestarikan puasa hingga saat ini. Dan memang telah nyata pada mereka bahawa para nabi berpuasa; puasa nabi Musa alaihissalam , puasa nabi Isa alaihissalâm, dan juga para Hawariyyun pengikut setia nabi Isa alaihissalam.


Disyariatkannya ibadah ini kepada semua umat, menunjukkan bahawa ibadah ini di antara ibadah yang paling agung dalam menyucikan ruhani, membersihkan jiwa, menguatkan sentimental agama dalam hati, serta untuk melengkapi hubungan antara hamba dengan Rabbnya Subhanahuwata’ala. Kerana orang yang berpuasa, setiap kali dirinya digerakkan dan hendak dikuasai oleh keinginan syahwatnya kepada makanan, minuman dan nafsunya; ia pun akan ingat bahawa ia sedang berpuasa. Sehingga ia selalu dalam keadaan ingat kepada Allah. Dan ingat kepada Allah yang terpateri dalam hati hamba, adalah di antara faktor paling besar dalam memperbaiki diri seseorang hamba itu.


Sebagaimana hadith riwayat dari Abu Hurairah, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,



لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ


Maksudnya:“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu(lalai) dan rofats(lucah). Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat keji padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”. Riwayat Ibnu Majah dan Hakim.  At Targib wa At Tarhib no. 1082.


Sejarah puasa bagi umat ini adalah bermula apabila Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam berpuasa pada hari Asyura sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan. Bahkan Beliau Sallallahu'alaihiwasallam berpuasa Asyura di Mekkah sebelum hijrah ke Madinah. Sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam  dari Aisyah Radhiyallahu anhuma bahawa ia berkata:


كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ يَوْمًا تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِي الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُهُ فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ صَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ فَلَمَّا نَزَلَ رَمَضَانُ كَانَ مَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ لَا يَصُومُهُ


Maksudnya:"Dahulu, hari Asyura adalah hari di mana kaum Quraisy berpuasa padanya pada masa jahiliyah. Adalah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam berpuasa pada hari Asyura. Tatkala Beliau datang ke Madinah, Beliau juga berpuasa padanya, dan memerintahkan orang-orang untuk berpuasa padanya. Lalu ketika turun (wajibnya puasa) Ramadhan, barangsiapa yang mahu ia boleh berpuasa padanya, barangsiapa yang mahu ia boleh juga untuk tidak berpuasa padanya".  Al-Bukhari(3544)


Kerana itu Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


مَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ


Maksudnya:"Barangsiapa yang mahu, ia boleh berpuasa Asyura, atau ia juga boleh untuk meninggalkannya". Muslim(1897)


Walaupun begitu, puasa Asyura menurut pendapat yang rajih tidaklah diwajibkan atas Rasul Sallallahu'alaihiwasallam dan kaum Mukminin. Namun hanya sekadar puasa sunat semata. Dalilnya adalah seperti riwayat Imam Ahmad dari Ibnu Abbas Radhiyallahu anhuma ia berkata:


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَرَأَى الْيَهُودَ يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي تَصُومُونَ قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ قَالَ فَصَامَهُ مُوسَى قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ قَالَ فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَرَ بِصَوْمِهِ


Maksudnya:"Dari Ibnu Abbas, ia berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam tiba di Madinah, beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura`, lalu beliau bertanya; "Hari apa ini, sehingga kalian berpuasa?" mereka menjawab; "Ini hari yang baik, hari ini Allah menyelamatkan bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa padanya." Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian." Lalu Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pun berpuasa (pada hari tersebut) dan memerintahkan untuk berpuasa". Ahmad(2512)


Pada tahun kedua dari Hijrah, pada malam kedua dari bulan Sya’ban,  Allah Subhanahuwata'ala mewajibkan puasa atas kaum Muslimin, sebagaimana firman-Nya:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾ أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ


Maksudnya,:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. …". Al-Baqarah ayat 183-184.


Perjalanan sejarah puasa bagi Umat Nabi Muhammad dijelaskan oleh para ulama dengan panjang lebar, diantaranya seperti berikut:


Melalui frman  Allah Subhanahuwata'ala,


كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ


Maksudnya:"Sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu".


Imam Al Alusi dalam tafsirnya menjelaskan: “Yang dimaksudkan dengan ‘orang-orang sebelum kamu adalah para Nabi sejak masa Nabi Adam ‘Alaihissalam sehingga sekarang, sebagaimana keumuman yang ditunjukkan dengan adanya isim maushul. Menurut Ibnu Abbas dan Mujahid, yang dimaksud di sini adalah Ahlul Kitab. Menurut Al Hasan, As Suddi, dan As Sya’bi yang dimaksud adalah kaum Nasrani.


Ayat ini menunjukkan adanya penekanan hukum, penambah semangat, serta melegakan hati lawan bicara (iaitu manusia). Kerana suatu perkara yang sulit itu jika sudah menjadi hal yang umum dilakukan orang ramai, ia akan menjadi hal yang biasa sahaja.


Adapun permisalan puasa umat Muhammad dengan umat sebelumnya, iaitu baik berupa sama-sama wajib hukumnya, atau sama waktu pelaksanaannya, atau juga sama kadarnya". Lihat Ruuhul Ma’ani Fii Tafsiir Al Qu’ran Al Azhim, 2/121


Ada beberapa riwayat yang menyatakan bahawa puasa umat sebelum umat Muhammad adalah disyariatkannya puasa tiga hari setiap bulannya, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya: “Terdapat riwayat dari Muaz, Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Atha’, Qatadah, Ad-Dhahak bin Mazahim, yang menyatakan bahawa ibadah puasa awalnya hanya diwajibkan selama tiga hari setiap bulan, kemudian hal itu di-nasakh dengan disyariatkan puasa Ramadhan. Dalam riwayat tersebut terdapat tambahan bahawa kewajiban puasa tiga hari setiap bulan sudah ada sejak zaman Nabi Nuh hingga akhirnya di-nasakh oleh Allah Subhanahuwata’ala dengan puasa Ramadhan". Lihat Tafsir Qur’an Al Azhim Libni Katsir, 1/497


Namun, di awal perkembangan Islam, puasa belum diwajibkan melainkan hanya dianjurkan. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh ayat berikut,


فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ


Maksudnya:"Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan (puasa), maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". Al Baqarah ayat 184.


Ibnu Katsir menjelaskan dengan panjang lebar tentang masalah ini, kemudian beliau menyatakan: “Kesimpulannya, penghapusan hukum (dianjurkannya puasa) benar adanya bagi orang yang tidak sedang bepergian dan sihat badannya, iaitu dengan diwajibkannya puasa berdasarkan ayat,


فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ


Maksudnya:"Barangsiapa di antara kamu hadir di bulan (Ramadhan) itu, wajib baginya puasa". Al Baqarah ayat  185)". Lihat Tafsir Qur’an Al Azhim Libni Katsir, 1/500


Bertahapnya kewajipan ibadah puasa ini berjalan sesuai dengan keadaan aqidah umat Islam ketika itu. Syaikh Ali Hasan Al Halabi –hafizhahullah– menyatakan: “Kewajiban puasa ditunda hingga tahun kedua Hijriah, iaitu ketika para sahabat telah mantap dalam bertauhid dan dalam mengagungkan syiar Islam. Perpindahan hukum ini dilakukan secara bertahap. Kerana awalnya mereka diberi pilihan untuk berpuasa atau tidak, namun tetap dianjurkan". Lihat Shifatu Shaumin Nabi Fii Ramadhan.


Dari hal ini terdapat sebuah pengajaran berharga bagi kita, bahawa ketaatan seorang hamba kepada Rabb-Nya adalah sebandingan dengan sejauh mana ia menerapkan tauhid.




Muhasabah Diri

Muhasabah Diri Muhasabah diri (daripada perkataan Arab; محاسبة) ialah amalan menilai, menghisab, dan memeriksa kembali diri sendiri, termasu...