Monday, September 28, 2020

Azab kubur; Sebab-sebab ditimpa azab kubur dan sebab-sebab terselamat dari azab kubur.

Azab kubur; Sebab-sebab ditimpa azab kubur dan sebab-sebab terselamat dari azab kubur. 


Ketika seseorang itu meninggal dunia dan disemadikan di dalam kubur ia bukanlah bermaksud menempati peristirehatan yang terakhir, namun ianya hanya persinggahan untuk sementara waktu sahaja. Meskipun persinggahan itu boleh jadi lebih lama daripada ketika ia hidup di alam dunia.


Hidup di dalam alam kubur tiada jangka masa yang boleh dihitung. Mereka yang telah mati dari sejak zaman Nabi Adam as sehingga kini masih lagi berada di alam kubur mereka. Alam kubur adalah rumah  sementara menunggu kedatangan hari kiamat. Alam kubur boleh menjadi taman syurga bagi manusia baik dan menjadi salah satu dari lubang neraka bagi  manusia yang jahat.


إِنَّمَا القَبْرُ رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ أَوْ حُفْرَةٌ مِنْ حُفَرِ النَّارِ


Maksudnya: Sesungguhnya kubur satu taman daripada taman-taman Syurga atau satu gaung daripada gaung-gaung neraka.

Riwayat al-Tirmizi (2460) Kata Imam al-Tirmizi, hadis ini gharib.


Itulah alam kubur atau alam barzakh. Bahkan mungkin di sana, ada manusia yang tidak sempat beristirehat sama sekali, meskipun hanya sekejap masa, dimana ia terus-menerus mendapatkan seksa. Alam barzakh atau alam kubur ini pasti akan dilalui oleh setiap insan dan mereka akan tinggal di situ dari saat dia mati sehinggalah saat tibanya hari kiamat di mana dia akan dibangkitkan kembali dengan jasad yang baru.


Iaitu sebelum datangnya hari pengadilan besar yang siapapun tidak boleh lepas darinya. Hari ketika Allah akan mengadili setiap manusia sesuai dengan apa yang pernah mereka kerjakan. Hari kiamat adalah hari yang tidak pernah diharapkan kehadirannya oleh orang kafir, sebab mereka sudah mengetahui dan merasakan kedahsyatannya ketika mengalami siksa hebat di kuburnya.


Dari segi dalalahnya terdapat ayat-ayat yang menunjukkan adanya azab kubur. Ini dikuatkan lagi dengan tafsiran para ulama dan ahli tafsir. Antara ayat-ayat tersebut ialah:


Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


فَوَقَىٰهُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِ مَا مَكَرُوا۟ ۖوَحَاقَ بِـَٔالِ فِرْعَوْنَ سُوٓءُ ٱلْعَذَابِ ﴿٤٥﴾ ٱلنَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا ۖ وَيَوْمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ أَدْخِلُوٓا۟ ءَالَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ ٱلْعَذَابِ


Maksudnya: Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh), dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” 

Ghafir ayat 45-46.


Sayyid Qutub berkata: Ayat ini menyatakan bahawa mereka didedahkan kepada neraka pada waktu pagi dan petang iaitu dalam tempoh selepas mati hingga berikutnya kiamat. Mungkin azab ini ialah azab kubur kerana selepas itu al-Quran menyebut:


وَيَوْمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ أَدْخِلُوٓا۟ ءَالَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ ٱلْعَذَابِ


Maksudnya: Dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!

Ghafir ayat 46.


Ayat di atas menerangkan tentang azab sebelum hari kiamat, iaitu satu azab yang amat dahsyat. Mereka didedahkan kepada api neraka pada waktu pagi dan petang. Ketika menafsirkan ayat ini, Imam al-Qurtubi mengatakan, bahawa Mujahid, Ikrimah, Muqatil, dan Muhammad bin Ka’ab kesemua mereka mengatakan ayat ini membuktikan wujudnya azab kubur di alam dunia.


Malahan, di dalam Takmilah Adhwa' al-Bayan oleh Syeikh Atiyyah Salim, beliau mengatakan bahawa ayat ini adalah dalil yang paling jelas daripada al-Quran menunjukkan wujudnya azab kubur.


Firman Allah Subhanahuwata'ala: 


يُثَبِّتُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱلْقَوْلِ ٱلثَّابِتِ فِى ٱلْحَيَو‌ٰةِ ٱلدُّنْيَا وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ ۖ وَيُضِلُّ ٱللَّهُ ٱلظَّـٰلِمِينَ ۚ وَيَفْعَلُ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ 


Maksudnya: Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri), dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya. Ibrahim ayat 27.


Ibu Kathir ketika menafsirkan ayat ini menyebut hadis riwayat ahmad Ibn Hanbal dimana Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari siksa kubur"


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Maksudnya:"Abu Hurairah radliallahu 'anhu] berkata, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam berdo'a: "اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ" (ertinya): ("Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari suksa kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masihid Dajjal"). Al-Bukhari(1288)


Firman Allah Subhanahuwata'ala: 


سَنُعَذِّبُهُم مَّرَّتَيْنِ ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِيمٍ


Maksudnya: Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.

Al-Taubah ayat 101.


Ibnu Juraij mengatakan: Ia adalah azab dunia dan azab kubur, baru kemudian mereka dikembalikan ke azab yang besar. Lihat tafsir Ibnu Kathir. 


Firman Allah Subhanahuwata'ala: 


وَلَوْ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلظَّـٰلِمُونَ فِى غَمَرَ‌ٰتِ ٱلْمَوْتِ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ بَاسِطُوٓا۟ أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوٓا۟ أَنفُسَكُمُ ۖ ٱلْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ ٱلْهُونِ بِمَا كُنتُمْ تَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ غَيْرَ ٱلْحَقِّ وَكُنتُمْ عَنْ ءَايَـٰتِهِۦ تَسْتَكْبِرُونَ 


Maksudnya: Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan “sakaratul-maut” (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri), pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keterangan-Nya. Al-An’am ayat 93.


Dalil wujudnya azab kubur daripada ayat di atas ialah, Allah Subhanahuwata'ala memberitahu bahawa mereka akan merasakan azab yang hina pada hari tersebut. Jika sekiranya, azab yang hina tersebut merujuk kepada azab neraka, dan ditangguhkan hingga hari kiamat, nescaya tidak tepatlah firman Allah SWT dalam ayat tersebut: ”Pada hari ini kamu dibalas.” Justeru, wajar ditafsirkan dengan azab kubur. Lihat tafsir Ibnu Kathir. 


Firman Allah Subhanahuwata'ala: 


وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ أَعْمَىٰ


Maksudnya: Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

Taha ayat 124.


Al-Mawardi di dalam kitabnya al-Nukat wa al-U’yun Abu Said al-Khudri RA dan Ibn Mas’ud RA bahawa maksud ayat ini adalah azab kubur. Kehidupan sempit yang disebutkan dalam ayat di atas ditafsirkan sebagai azab kubur. Tafsirannya sebagai azab kubur, diambil melalui ayat selepasnya yang berbunyi: 


وَلَعَذَابُ ٱلْءَاخِرَةِ أَشَدُّ وَأَبْقَىٰٓ 


Maksudnya: Dan azab akhirat itu lebih dahsyat dan lebih berkekalan. 

Taha ayat 127.


Hal ini bererti kesempitan hidup pasti terjadi sebelum berlakunya azab akhirat. Justeru, kesempitan hidup sebelum akhirat boleh ditafsirkan sama ada sebagai kesempitan hidup di dunia, ataupun azab kubur di alam barzakh. 


Jika ditafsirkan kesempitan itu berlaku sewaktu kehidupan dunia, maka sudah pasti setiap orang yang berpaling dari petunjuk Allah Subhanahuwata'ala akan mendapat kehidupan yang sempit. Sedangkan realiti yang berlaku menunjukkan orang-orang kafir ada yang lebih selesa dan mewah hidupnya berbanding orang beriman.


Di antara sebab-sebab azab kubur:


1- Kekafiran dan kemunafikan


Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam 

bersabda:


 وَأَمَّا الْمُنَافِقُ وَالْكَافِرُ فَيُقَالُ لَهُ: مَا كُنْتَ تَقُوْلُ فِي هَذَا الرَّجُلِ؟ فَيَقُوْلَ : لاَ أَدْرِى، كُنْتُ أَقُوْلُ مَا يَقُوْلُ النَّاسُ. فَيُقَالُ: لاَ دَرَيْتَ وَلاَ تَلَيْتَ. وَيُضْرَبُ بِمَطَارِقَ مِنْ حَدِيْدٍ ضَرْبَةً، فَيَصِيْحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيْهِ غَيْرَ الثَّقَلَيْنِ. أخرجه البخاري في صحيحه رقم : 1374 


Maksudnya:"Adapun orang munafik dan kafir, akan ditanyakan kepadanya: “Apa yang engkau katakan tentang orang (yang diutus oleh Allah) ini?” Ia menjawab: “Tidak tahu. Dahulu aku pernah mengatakan apa yang dikatakan orang.” Maka dikatakanlah kepadanya: “Engkau tidak memahami apapun dan tidak membaca (mengikuti) Al Qur’an”. Orang itu kemudian dipukul keras dengan pemukul dari besi. Menjeritlah ia dengan satu jeritan yang didengar oleh semua yang berada di sekitarnya, kecuali jin dan manusia”. Riwayat Bukhari(1374)


Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma bahawasanya Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدَهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ، إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ، وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ فَيُقَالُ: هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Maksudnya:“Sesungguhnya apabila salah seorang di antara kamu mati maka akan dinampakkan kepadanya calon tempat tinggalnya pada waktu pagi dan petang. Bila dia termasuk calon penghuni syurga, maka dinampakkan kepadanya syurga. Bila dia termasuk calon penghuni neraka maka dinampakkan kepadanya neraka, dikatakan kepadanya: ‘Ini calon tempat tinggalmu, hingga Allah Subhanahuwata’ala membangkitkanmu pada hari kiamat’.” (Muttafaqun ‘alaih)


Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


 وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوْحِىَ إِلَىَّ وَلَمْ يُوحَى إِلَيْهِ شَىْءٌ وَمَن قَالَ سَأُنزِلُ مِثْلَ مَآأَنزَلَ اللهُ وَلَوْتَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلاَئِكَةُ بَاسِطُوا أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنفُسَكُمُ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنتُمْ عَنْ ءَايَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ {93} 


Maksudnya:“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu”. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan”.Al An’am ayat 93.


Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


فَوَقَىٰهُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِ مَا مَكَرُوا۟ ۖوَحَاقَ بِـَٔالِ فِرْعَوْنَ سُوٓءُ ٱلْعَذَابِ ﴿٤٥﴾ ٱلنَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا ۖ وَيَوْمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ أَدْخِلُوٓا۟ ءَالَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ ٱلْعَذَابِ


Maksudnya: Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh), dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” 

Ghafir ayat 45-46.


Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


وَمِمَّنْ حَوْلَكُمْ مِنَ الْأَعْرَابِ مُنَافِقُونَ ۖ وَمِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ ۖ مَرَدُوا عَلَى النِّفَاقِ لَا تَعْلَمُهُمْ ۖ نَحْنُ نَعْلَمُهُمْ ۚ سَنُعَذِّبُهُمْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِيمٍ


Maksudnya:"Di antara orang-orang Arab Badwi yang di sekelilingmu itu, ada orang-orang munafik; dan (juga) di antara penduduk Madinah. Mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka, (tetapi) Kamilah yang mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar". Al-Taubah ayat 110.


Azab kubur bagi orang-orang kafir terjadi terus-menerus dan tidak akan terhenti  kerana mereka memang berhak menerimanya. Seandainya azab tersebut terputus atau berhenti, maka kesempatan ini menjadi waktu istirahat bagi mereka. Padahal mereka bukanlah orang-orang yang berhak mendapatkan hal itu. Maka, mereka adalah golongan orang-orang yang terus-menerus dalam azab kubur sampai datangnya hari kiamat, walaupun panjang masanya.


2-Namimah dan kencing yang tidak bersih.

 

Siksa kubur yang dialami oleh orang yang namimah (menghasut dan adu domba/konflik). Sedangkan yang lain disebabkan oleh kencing yang tidak bersih.


 مَرَّ الَّنبِيُّ صلي الله عليه وسلم عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ: إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِى كَبِيْرٍ. ثُمَّ قَالَ : بَلَى، أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَسْعَى بِالنَّمِيْمَةِ، وَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَيَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ…الحـديث – متفق عليه 


Maksudnya: “Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam melalui dua kuburan. Beliau bersabda,”Sesungguhnya keduanya benar-benar sedang di azab. Dan keduanya tidak diazab dalam masalah besar,” kemudian Beliau bersabda: “Ya. Adapun salah seorang di antara mereka, dikeranakan ia berjalan dengan menebarkan namimah (adu domba/konflik). Sedangkan yang satunya lagi kerana tidak menjaga diri dari kencingnya…Riwayat Bukhari(1378)


3-Ghibah (Mengumpat) 


Dari Anas bin Malik , dia berkata: Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


لَمَّا عَرَجَ بِي رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ مَرَرْتُ بِقَوْمٍ لَهُمْ أَظْفَارٌ مِنْ نُحَاسٍ يَخْمُشُونَ وُجُوهَهُمْ وَصُدُورَهُمْ، فَقُلْتُ: مَنْ هَؤُلَاءِ يَا جِبْرِيلُ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ لُحُومَ النَّاسِ وَيَقَعُونَ فِي أَعْرَاضِهِمْ


Maksudnya:"“Tatkala Rabbku memi’rajkanku (menaikkan ke langit), aku melaluo beberapa kaum yang memiliki kuku dari tembaga, dalam keadaan mereka mencabik-cabik wajah dan dada mereka dengan kukunya. Maka aku bertanya: ‘Siapakah mereka ini wahai Jibril?’ Dia menjawab: ‘Mereka adalah orang-orang yang memakan daging (suka mengghibah) dan menjatuhkan kehormatan manusia’.”Riwayat Ahmad(533). 


4-Meninggalkan solat wajib


Banyak hadith Nabi Sallahu'alaihiwasallam telah memberikan peringatan keras kepada yang suka meninggalkan solat wajib. Diantaranya adalah sebagaimana dalam satu riwayat diceritakan bahawa Samurah bin Jundab memimpikan azab kubur. Kemudian Rasul bersabda tentang ta’wil mimpi tersebut, 


قال النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم : أَمَّا الَّذِي يُثْلَغُ رَأْسُهُ بِالْحَجَرِ، فَإِنَّهُ يَأْخُذُ الْقُرْآنَ فَيَرْفِضُهُ، وَيَنَامُ عَنْ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ


Maksudnya:"Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda, “Adapun (yang kau lihat dalam mimpi) seseorang yang diremukkan kepalanya dengan batu adalah seseorang yang mengambil Al Qur’an lalu meninggalkannya kemudian dia tidur sehingga melalaikan solat wajib”.Riwayat Bukhari. 


5-Niyahah (meratapi jenazah)


Dari Ibnu Umar Ra.  dari Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam beliau bersabda:


إِنَّ الْمَيِّتَ يُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ


Maksudnya:“Sesungguhnya maat itu akan diazab kerana ratapan keluarganya.” (Muttafaqun ‘alaih)


Dalam riwayat lain dalam Sahih Muslim:


الْمَيِّتُ يُعَذَّبُ فِي قَبْرِهِ بِمَا نِيحَ عَلَيْهِ


“Mayat itu akan diazab di kuburnya dengan sebab ratapan atasnya.”


Jumhur ulama berpendapat, hadith ini dibawa kepada pemahaman bahawa mayat yang ditimpa azab kerana ratapan keluarganya adalah orang yang berwasiat supaya diratapi, atau dia tidak berwasiat untuk tidak diratapi padahal dia tahu bahawa kebiasaan mereka adalah meratapi orang mati. Oleh ketana itu Abdullah ibnul Mubarak  berkata: “Apabila dia telah melarang mereka (keluarganya) meratapi ketika dia hidup, lalu mereka melakukannya setelah kematiannya, maka dia tidak akan ditimpa azab sedikit pun.” (Umdatul Qari’, 4/78)


6- Pendusta, tidak solat, penzina, pemakan riba


Dari Jundub bin Samurah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam mentakwil mimpi dalam sebuah hadith yang panjang:


فَأَخْبِرَانِي عَمَّا رَأَيْتُ. قَالَا: نَعَمْ، أَمَّا الَّذِي رَأَيْتَهُ يُشَقُّ شِدْقُهُ فَكَذَّابٌ يُحَدِّثُ بِالْكَذْبَةِ فَتُحْمَلُ عَنْهُ حَتَّى تَبْلُغَ الْآفَاقَ فَيُصْنَعُ بِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَالَّذِي رَأَيْتَهُ يُشْدَخُ رَأْسُهُ فَرَجُلٌ عَلَّمَهُ اللهُ الْقُرْآنَ فَنَامَ عَنْهُ بِاللَّيْلِ وَلَمْ يَعْمَلْ فِيهِ بِالنَّهَارِ يُفْعَلُ بِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَالَّذِي رَأَيْتَهُ فِي الثَّقْبِ فَهُمُ الزُّنَاةُ، وَالَّذِي رَأَيْتَهُ فِي النَّهْرِ آكِلُوا الرِّبَا


Maksudnya:“Beritahukanlah kepadaku tentang apa yang aku lihat.” Keduanya menjawab: “Ya. Adapun orang yang engkau lihat dirobek mulutnya, dia adalah pendusta. Dia berbicara dengan kedustaan lalu kedustaan itu dinukil darinya sampai tersebar luas. Maka dia disiksa dengan siksaan tersebut hingga hari kiamat. Adapun orang yang engkau lihat dipecah kepalanya, dia adalah orang yang telah Allah ajari Al-Qur’an, namun dia tidur malam (tidak solat ). Pada siang hari pun dia tidak mengamalkannya. Maka dia disiksa dengan siksaan itu hingga hari kiamat. Adapun yang engkau lihat orang yang disiksa dalam tanur, mereka adalah pezina. Adapun orang yang engkau lihat di sungai darah, dia adalah orang yang makan harta dari hasil riba". Riwayat Al-Bukhari (1386)


Amalan yang Menyelamatkan dari Azab Kubur


Setelah Allah Subhanahuwata’ala mengkhabarkan betapa dahsyatnya azab kubur dan sebab-sebab yang akan menyeret seseorang itu ke dalamnya, baik melalui firman-Nya ataupun melalui lisan Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam yang mulia, namun dengan rahmat dan keutamaan-Nya, Allah Subhanahuwata’ala juga mengkhabarkan amalan-amalan yang akan menyelamatkan seseorang itu dari azab kubur tersebut.


Sebab-sebab yang akan menyelamatkan seseorang dari azab kubur terbahagi kepada dua:


1- Sebab-sebab secara umum


a-Iaitu dengan menjauhi seluruh sebab yang akan menjerumuskan ke dalam azab kubur sebagaimana yang telah disebutkan di atas


b- Memperbaharui taubat:

Sebab yang paling bermanfaat adalah apabila seorang hamba itu duduk beberapa saat sebelum tidur untuk bermuhasabah dirinya: renungkan apa yang telah dia lakukan, baik perkara yang merugikan mahupun yang menguntungkan pada hari itu. Lantas dia senantiasa memperbarui taubatnya yang nasuha antara dirinya dengan Allah Subhanahuwata’ala, sehingga dia tidur dalam keadaan bertaubat dan berkeinginan yang kuat untuk tidak mengulanginya bila ia bangun dari tidurnya nanti. Jika dia lakukan itu setiap malam. Maka, apabila dia mati (ketika tidurnya itu), dia mati di atas taubat. Apabila dia bangun, dia bangun tidur dalam keadaan siap untuk beramal dengan senang hati, kerana Allah Subhanahuwata’ala menunda ajalnya hingga dia menghadap Rabbnya dan berhasil mendapatkan segala sesuatu yang telah luput. Tidak ada perkara yang lebih bermanfaat bagi seorang hamba daripada taubat ini. Terlebih lagi bila dia berzikir setelah itu dan melakukan sunnah-sunnah yang datang dari Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam ketika dia hendak tidur sehingga benar-benar tertidur. Maka, barangsiapa yang Allah Subhanahuwata’ala kehendaki kebaikan baginya, nescaya Allah Subhanahuwata’ala akan berikan hidayah taufik untuk dia melakukan hal itu. Dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Subhanahuwata’ala.


2-Sebab-sebab khusus; 


Di antaranya:


a- ربط (berjaga di pos perbatasan wilayah kaum muslimin) siang dan malam.


Dari Fadhalah bin Ubaid radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


كُلُّ مَيِّتٍ يُخْتَمُ عَلَى عَمَلِهِ إِلَّا الَّذِي مَاتَ مُرَابِطًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَإِنَّهُ يُنْمَى لَهُ عَمَلُهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَيَأْمَنُ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ


Maksudnya:“Setiap orang yang mati akan diakhiri/diputus amalannya, kecuali orang yang mati dalam keadaan ribath di jalan Allah Subhanahuwata’ala. Amalannya akan dikembangkan sehingga datang hari kiamat dan akan diselamatkan dari fitnah kubur". Riwayat Al-Tirmidzi dan Abu Dawud. 


b- Mati syahid


Dari Ubadah bin Ash-Shamit radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam:


لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللهِ سِتُّ خِصَالٍ: يُغْفَرُ لَهُ فِي أَوَّلِ دُفْعَةٍ مِنْ دَمِهِ، وَيُرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَيُجَارُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَيَأْمَنُ مِنَ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ، وَيُحَلَّى حُلَّةَ الْإِيمَانِ وَيُزَوَّجُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ، وَيُشَفَّعُ فِي سَبْعِينَ إِنْسَانًا مِنْ أَقَارِبِهِ


Maksudnya:“Orang yang mati syahid akan mendapatkan enam keutamaan di sisi Allah Subhanahuwata’ala: diampuni dosa-dosanya dari awal tertumpahkan darahnya, akan melihat calon tempat tinggalnya di syurga, akan diselamatkan dari azab kubur, diberi keamanan dari ketakutan yang sangat besar, diberi hiasan dengan hiasan iman, dinikahkan dengan bidadari, dan akan diberi kemampuan untuk memberi syafaat kepada 70 orang kerabatnya". Riwayat Ahmad, Al-Tirmizi, Ibnu Majah. 


c- Membaca surat Al-Mulk


Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Maka didapati padanya seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam lalu berkata:


يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.


Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda Sallallahu‘alaihiwasallam, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur. Riwayat al-Tirmizi (2890)


Syeikh al-Mubarakfuri berkata: Maksud al-mani’ah (المانعة) adalah menegah dan menyelamatkan daripda azab kubur atau sebarang maksiat yang mewajibkan hukuman azab kubur. Sedangkan yang menyelamatkan pula boleh jadi sebagai penguat kepada ucapan mani’ah (المانعة) atau ia juga sebagai menafsirkan. Dengan sebab itu ucapan selepas itu Rasulullah SAW menyebut sebagai penyelamat daripada azab kubur. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/200)


surah al-Mulk mempunyai kelebihan apabila dibaca pada setiap malam. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


إِنَّ سُورَةً فِي الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِصَاحِبِهَا حَتَّى غُفِرَ لَهُ : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ


Maksudnya: Sesungguhnya surah dalam al-Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah al-Mulk.Riwayat Ibn Majah (3786)


d- Doa mohon perlindungan kepada Allah dari siksa kubur, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Maksudnya:"Abu Hurairah radliallahu 'anhu] berkata, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam berdo'a: "اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ" (ertinya): ("Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari suksa kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masihi Al-Dajjal"). Al-Bukhari(1288)


Thursday, September 24, 2020

Himpitan kubur dan Sa’ad bin Mu’az.

Himpitan kubur dan Sa’ad bin Mu’az. 


Allah 'Azza wa Jalla berfirman:


 كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ 


Maksudnya:" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. Ali Imran ayat 185.


Allah 'Azza wa Jalla mengkhabarkan berita yang umum kepada seluruh makhluk-Nya, bahawa setiap jiwa akan merasakan kematian. Hanya Allah Yang Maha Hidup, tidak akan mati. Adapun jin, manusia, malaikat, semua akan mati. 


Kematian merupakan hakikat yang menakutkan. Dia akan mendatangi seluruh orang yang hidup dan tidak ada yang kuasa menolak mahupun menahannya. Maut merupakan ketetapan Allah 'Azza wa Jalla . Ini adalah hakikat yang sudah diketahui. Maka sepantasnya kita bersiap diri menghadapinya dengan iman sejati dan amal soleh yang murni.


Di dalam al-Qur’an terdapat isyarat-isyarat yang menunjukkan bahawa adanya azab kubur. Antaranya adalah Firman Allah 'Azza wa Jalla tentang Fir’aun dan kaumnya :


 وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ ﴿٤٥﴾ النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا ۖ وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ 


Maksudnya:"Fir’aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat. (dikatakan kepada malaikat), “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras”. Al-Mukmin ayat 45-46. 


Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang ayat ini, “Fir’aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk”, laitu tenggelam di lautan, kemudian pindah ke neraka Jahim. “Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang”, sesungguhnya roh-roh mereka dihadapkan ke neraka pada waktu pagi dan petang sampai hari kiamat. Jika hari kiamat telah terjadi roh dan jasad mereka berkumpul di neraka. Oleh kerana inilah Allah 'Azza wa Jalla berfirman (yang ertinya), “dan pada hari terjadinya kiamat. (dikatakan kepada malaikat), “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras”, iaitu kepedihannya lebih dahsyat dan siksanya lebih besar. Dan ayat ini merupakan asas yang besar dalam pengambilan dalil Ahlus Sunnah terhadap adanya siksaan barzakh di dalam kubur, iaitu firman-Nya " النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا / maksudnya:"Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang". [Tafsir surat al-Mukmin/40: 45-46] 


Imam al-Qurthubi mengatakan, “Majoriti Ulama mengatakan bahawa penampakan nereka itu terjadi di barzakh(alam kubur), dan itu merupakan dalil penetapan adanya siksa kubur”. [Fathul Bari 11/233]


Himpitan kubur pula adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh setiap manusia ketika dimasukkan ke dalam kubur.


Apa yang dimaksudkan dengan himpitan kubur? Adakah ia salah satu azab kubur? Bagi memahami apakah itu himpitan kubur. Para ulama telah memberi penjelasan kepada persoalan ini,  diantaranya:


1-Telah berkata al-Nasafi, “Himpitan kubur ini adalah seperti asal mereka. Tanah dianggap seperti ibu. Daripada ia manusia dicipta. Yang kemudiannya hilang dalam jangka masa yang panjang. Apabila mereka dikembalikan, tanah menghimpit mereka seperti mana pelukan ibu terhadap anak yang sudah lama hilang yang kemudian pulang semula kepadanya. Jika orang itu adalah orang yang taat kepada Allah, tanah akan menghimpitnya dengan penuh kelembutan. Siapa yang suka buat maksiat,tanah akan menghimpitnya dengan penuh kemarahan.”

Rujuk Hasyiah al-Sindi ‘ala al-Nasaie(4/97)


2-Orang mukmin yang sejati akan dihimpit sebentar kemudian akan dilepaskan segera. Orang mukmin yang ada buat dosa akan dihimpit dalam jangka masa yang lama kemudian baru akan dilepaskan. Manakala orang kafir akan sentiasa dihimpit.Rujuk Faidh al-Qadir (2/167)


Juga pandangan al-Munawi di dalam Faidh al-Qadir, mengatakan bahawa Para Nabi, Rasul-rasul dikecualikan dari himpitan ini. 


4-Imam al-Ramli pernah ditanya. Adakah ia berlaku sebelum atau selepas soalan para malaikat?. Beliau kemudiannya menukilkan ucapan daripada Abu Qasim al-sa’di bahawa himpitan kubur tidak dikecuali pada sesiapapun sama ada yang soleh atau yang ingkar.Yang membezakan adalah bagi orang kafir, mereka secara berterusan dihimpit. Manakala orang Muslim pula akan dihimpit pada awal mereka dimasukkan ke dalam kubur kemudian akan dilepaskan dengan segera. Rujuk Fatawa al-Ramli (6/33)


Ini merujuk kepada hadith berikut:


 فَيُقَالُ لِلأَرْضِ : الْتَئِمِي عَلَيْهِ ، فَتَلْتَئِمُ عَلَيْهِ ، فَتَخْتَلِفُ فِيهَا أَضْلاعُهُ ، فَلا يَزَالُ فِيهَا مُعَذَّبًا حَتَّى يَبْعَثَهُ اللَّهُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ


Maksudnya:.....” Dikatakan kepada bumi, “Himpitlah dia, maka dihimpitlah jenazah tersebut sampai tulang rusuknya berserakan, dan ia akan selalu merasakan azab sampai Allah bangkitkan dari tempat tidurnya tersebut.” Riwayat Tirmizi (1071). Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan.


Terdapat sejumlah hadith yang dengan jelas menyatakan tentang adanya  himpitan kubur. Antaranya:


Kata Imam Ahmad : Yahya(Yahya Bin Said al-Qattan) telah menceritakan kepada kami : Daripada Syu’bah : Sa’ad Bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami. Ibnu Jaafar juga menceritakan kepada kami : Syubah telah menceritakan kepada kami daripada Sa’ad Bin Ibrahim daripada Nafi’. Ibnu Jaafar berkata : daripada seseorang daripada Aisyah. Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda :


إِنَّ لِلْقَبْرِ ضَغْطَةً وَلَوْ كَانَ أَحَدٌ نَاجِيًا مِنْهَا نَجَا مِنْهَا سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ


Maksudnya :” Sesungguhnya bagi kubur itu ada himpitan. Kalau ada seseorang yang terselamat dari himpitan tersebut sudah pasti yang terselamat adalah Sa’ad Bin Muaz".Riwayat Imam Ahmad (24283) di dalam Musnad


Ketika mana Sa’ad Bin Mu’az meninggal dunia, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda :


هَذَا الَّذِي تَحَرَّكَ لَهُ الْعَرْشُ وَفُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَشَهِدَهُ سَبْعُونَ أَلْفًا مِنْ الْمَلَائِكَةِ لَقَدْ ضُمَّ ضَمَّةً ثُمَّ فُرِّجَ عَنْهُ


Maksudnya :” Inilah yang menyebabkan bergeraknya arasy dan dibuka baginya pintu-pintu langit serta disaksikan oleh 70,000 malaikat. Dia telah dihimpit (di dalam kubur) kemudian dilepaskan daripadanya". Riwayat al-Nasaie (2054) di dalam Sunan al-Kubra. 


Daripada Ibn ‘Abbas R.anhuma, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda ketika Baginda Sallahu'alaihiwasallam duduk di kubur Sa’ad bin Mu’az saat pengkebumiannya:


لَوْ نَجَا أَحَدٌ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ لَنَجَا سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ، وَلَقَدْ ضُمَّ ضَمَّةً ثُمَّ رُخِّيَ عَنْهُ


Maksudnya: “Seandainya seseorang terselamat dari himpitan kubur, maka Sa’ad bin Mu’az telah selamat. Dia telah dihimpit kemudian dilepaskan daripadanya.” [Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir (10827)]


Daripada Aisyah R.anha, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّ لِلْقَبْرِ ضَغْطَةً، لَوْ كَانَ أَحَدٌ نَاجِيًا مِنْهَا نَجَا سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ


Maksudnya: “Sesungguhnya kubur memiliki himpitan, jika seseorang itu terselamat daripadanya, maka Sa’ad ibn Mu’az juga terselamat.” [Riwayat Ahmad (24663)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menyatakan hadith ini adalah sahih]


Antara makna yang boleh difahami daripada kedua hadith di atas, ia menunjukkan bahawa Allah Subhanahuwata'ala telah menetapkan himpitan kubur buat setiap orang yang meninggal dunia. Jika seseorang itu terselamat daripadanya maka itu merupakan kelebihan baginya di sisi Allah dan dekatnya hubungan si mati dengan Allah Subhanahuwata'ala. Untuk itu, Sa’ad bin Mu’az merupakan salah seorang yang terselamat daripada himpitan tersebut.


Siapakah Sa’ad bin Mu’az? 


Nama beliau ialah Abu Umar Sa’ad bin Mu’az bin al-Nu’man bin Imri’ al-Qais bin Yazid bin Abd al-Ashhal bin Jashm bin al-Harith bin al-Khazraj bin Amru bin Malik bin al-Aus al-Ansari al-Ausi al-Ashahli al-Madani. Ibunya Kabshah binti Rafi’ telah memeluk Islam dan ibunya sempat bertemu Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam.


Sa’ad telah memeluk Islam di tangan Mus’ab bin Umair RA ketika Nabi Sallahu'alaihiwasallam mengutusnya sebelum Baginda Sallahu'alaihiwasallam berhijrah ke Madinah untuk mengajar umat Islam di sana perkara-perkara berkaitan agama mereka. Sa’ad bin Mu’az telah wafat pada tahun peperangan al-Khandaq disebabkan kecederaan yang dialami ketika peperangan al-Khandaq. [Lihat: Tahzib al-Asma’ Wa al-Lughat, 214-215/1]


Sa’ad bin Mu’az telah wafat pada tahun kelima hijrah dan ketika itu ‘Arash bergegar disebabkan kematian Sa’ad bin Mu’az. Hal ini dinyatakan di dalam hadith yang sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA, beliau mendengar Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


اهْتَزَّ العَرْشُ لِمَوْتِ سَعْدِ بْنِ مُعَاذٍ


Maksudnya: “Bergegar ‘Arash ketika kematian Sa’ad bin Mu’az”. Riwayat al-Bukhari (3803)


Para ulama’ menyatakan hadith ini menunjukkan bahawa para malaikat bergembira dengan kedatangan Sa’ad bin Mu’az melihat kepada kedudukannya. Di dalam riwayat yang lain, ada diceritakan berkaitan kematian Sa’ad bin Mu’az dan perkara tersebut merupakan di antara kelebihan serta kemulian yang terdapat pada beliau:


Daripada Anas bin Malik RA berkata, apabila diusung jenazah Sa’ad bin Mu’az maka berkata orang munafiq: “Alangkah ringannya jenazahnya ini. Dan ini adalah akibat penghakimannya terhadap Bani Quraizah”. Maka perkara ini sampai kepada Nabi Sallahu'alaihiwasallam. Lalu Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّ المَلَائِكَةَ كَانَتْ تَحْمِلُهُ


Maksud: “Sesungguhnya para malaikat yang mengusung jenazahnya.” [Riwayat al-Tirmizi (3849)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih gharib]


Hadith-hadith tersebut menunjukkan akan ketinggian kedudukan Sa’ad bin Mu’az di dalam Islam setelah beliau menempuh berbagai ujian semata-mata untuk meninggikan agama Allah serta menyelamatkan Baginda Sallahu'alaihiwasallam.


Sa’ad bin Mu’az merupakan salah seorang sahabat yang mulia dan agung. Untuk itu, Allah Subhanahuwata'ala telah memberinya penghormatan serta kemuliaan yang amat luar biasa sehingga ‘Arash Allah Subhanahuwata'ala bergegar pada hari kewafatannya.


Diantara faktor yang menyebabkan berlakunya himpitan kubur yang keras adalah:


1- Akibat daripada melakukan maksiat atau kesalahan, lalu membiarkan kesalahan itu berpanjangan dan menangguhkan waktu untuk bertaubat. 


2- Kurangnya rasa bersyukur kepada Allah. Jarang sekali kita menyebut الحمد لله, contohnya dalam keadaan sejurus selepas bangun daripada tidur jarang sekali kita bersyukur kerana masih hidup pada hari itu, atau jarang sekali memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan nikmat dan kehidupan serta dikurniakan pasangan hidup yang baik.


Kesimpulannya bahawa himpitan kubur itu adalah satu peristiwa yang akan dilalui oleh semua orang ketika masuk ke dalam kubur. Moga-moga himpitan tersebut tidak menjadi azab bagi kita. Akhir kalam, perbanyakkan membaca doa :


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ


Maksudnya :” Ya Allah, Aku berlindung dengan-Mu dari azab kubur Dan aku berlindung dari fitnah al-Masih Dajjal. Juga aku berlindung dengan-Mu dari fitnah ketika hidup dan juga ketika mati.”

Wednesday, September 23, 2020

Malam pertama di Alam kubur (Barzakh)

Malam pertama di Alam kubur (Barzakh) 


Malam pertama di alam kubur atau dalam bahasa Arab disebut  لَیلَةُ الدَّفن adalah malam pertama mayat dikuburkan.


Sebagaimana suasana malam pertama dialam kubur, tentu tidak seindah pasangan pengantin baru saat menikmati malam pertama di hotel mewah lima bintang. Segala kenikmatan duniawi tersebut hilang saat menjalani malam pertama di alam kubur.


Nikmat bersama anak dan keluarga dengan penuh keceriaan. Hidup dalam kesenangan dan kesihatan terjamin, tertawa melihat tingkah laku anak-anak yang lucu demikian pula kita ditertawakan oleh anak-anak. Namun, tiba-tiba disergap oleh suatu malam, malam saat kita dijemput oleh kematian. Dan datangnya sakaratul maut itu benar, itulah yang kita selalu lari dari membahaskannya.


Malam itulah, malam pertama kita berada dalam alam kubur, sendiri dicengkam oleh kesunyian, tanpa anak dan isteri juga sahabat karib, yang ada hanyalah amal.


Inilah malah pertama, dimana anak menjadi yatim dan isteri menjadi janda, atau suami menjadi duda. Malam pertama yang menggantikan tidur dari tempat yang empuk menuju dinginnya tanah berselimut kain kafan الله اكبر. 


Inilah malam yang mengusir jasad kita dari rumah mewah nan megah, menempati liang lahat yang gelap dan sempit. Kelmarin malam kita masih berpesta ria, makan dan minum bersama-sama sahabat karib. Tiba-tiba kita masuk pada malam pertama dimana tubuh kita menjadi santapan cacing-cacing tanah dan serangga.


Pada malam ini, kita baru sadar bahawa ternyata harta, keluarga, jawatan yang kita bekerja keras untuk mendapatnya sampai lalai mengingat Allah Subhanahuwata'ala tidak ada sedikitpun dari semua itu menemani dan membela kita, sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala, 

  

   أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ. حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ .كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ


Maksudnya:"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,sampai kamu masuk ke dalam kubur.Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), Al-Takasur Ayat 1-3.


Kematian datang dengan tiba-tiba, dia datang tepat waktu tidak bergeser barang sedetik pun serta akan merenggut nyawa dengan paksa, melenyapkan segala nikmatnya dunia, tidak pernah memilah tua, muda, kaya, miskin, sihat mahupun sakit. Allah Ta’ala berfirman, 


اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ


Maksudnya:"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir". Az Zumar ayat 42.


Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Maksudnya:"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya. Al-A'raf ayat 34.


Inilah malam pada episode pertama dari alam akhirat. Kuburan boleh menjadi taman syurga, sebaliknya boleh juga menjadi satu lubang diantara lubang neraka.


إِنَّمَا القَبْرُ رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ أَوْ حُفْرَةٌ مِنْ حُفَرِ النَّارِ


Maksudnya: Sesungguhnya kubur satu taman daripada taman-taman Syurga atau satu gaung daripada gaung-gaung neraka.

Riwayat al-Tirmizi (2460) Kata Imam al-Tirmizi, hadis ini gharib.


Maut datang untuk mengeluarkan manusia dari rotasi kehidupan yang selama ini dijalaninya. Rumah yang kokoh dan megah tidak akan mampu membentengi datangnya sang pencabut nyawa. Tompokan wang deposit di Bank tidak akan mampu menyogok atau menyuap Malaikatulmaut untuk mengundurkan waktu kematian kita.


Inilah realiti kematian, justeru itu,  siapkah kita untuk menyongsong malam pertama di alam kubur tanpa memperdulikan . pesanan Rasulullah Sallalahu'alaiwasallam Yang bermaksud:"Bahawa orang yang paling cerdas diantara kamu adalah orang yang sering mengingat mati dan mempersiapkan bekal setelah kematiannya." 

Sebagaimana hadith berikut, 


 عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ قَالَ وَمَعْنَى قَوْلِهِ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ يَقُولُ حَاسَبَ نَفْسَهُ فِي الدُّنْيَا قَبْلَ أَنْ يُحَاسَبَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيُرْوَى عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيَّنُوا لِلْعَرْضِ الْأَكْبَرِ وَإِنَّمَا يَخِفُّ الْحِسَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ فِي الدُّنْيَا وَيُرْوَى عَنْ مَيْمُونِ بْنِ مِهْرَانَ قَالَ لَا يَكُونُ الْعَبْدُ تَقِيًّا حَتَّى يُحَاسِبَ نَفْسَهُ كَمَا يُحَاسِبُ شَرِيكَهُ مِنْ أَيْنَ مَطْعَمُهُ وَمَلْبَسُهُ


Maksudnya:"Dari Syaddad bin Aus dari Nabi ﷺ beliau bersabda, "Orang yang cerdik adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang bodoh adalah orang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan angan kepada Allah." Dia berkata, Hadith ini hasan, dia berkata, Maksud sabda Nabi "Orang yang mempersiapkan diri" dia berkata, iaitu orang yang selalu menghisab dirinya pada waktu di dunia sebelum di hisab pada hari kiamat. Dan telah diriwayatkan dari Umar bin Al Khattab dia berkata, hisablah (hitunglah) diri kalian sebelum kalian dihitung dan persiapkanlah untuk hari semua dihadapkan (kepada Rabb Yang Mahaagung), hisab (perhitungan) akan ringan pada hari kiamat bagi orang yang selalu menghisab dirinya ketika di dunia." Dan telah diriwayatkan dari Maimun bin Mihran dia berkata, Seorang hamba tidak akan bertakwa hingga dia menghisab dirinya sebagaimana dia menghisab temannya dari mana dia mendapatkan makan dan pakaiannya." Riwayat Tirmizi (2383)


Ketahuilah, setelah jiwa keluar dari raga seseorang, kemudian jasadnya dikebumikan di liang kubur, maka seluruh manusia akan meninggalkannya sendirian di dalam tempat yang asing dan amat menakutkan. Ketakutan ini digambarkan oleh Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam, 


هَانِئًا مَوْلَى عُثْمَانَ قَالَ كَانَ عُثْمَانُ إِذَا وَقَفَ عَلَى قَبْرٍ بَكَى حَتَّى يَبُلَّ لِحْيَتَهُ فَقِيلَ لَهُ تُذْكَرُ الْجَنَّةُ وَالنَّارُ فَلَا تَبْكِي وَتَبْكِي مِنْ هَذَا فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الْآخِرَةِ فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ قَالَ وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا رَأَيْتُ مَنْظَرًا قَطُّ إِلَّا الْقَبْرُ أَفْظَعُ مِنْهُ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ هِشَامِ بْنِ يُوسُفَ


Maksudnya:" Hani` hamba 'Utsman, berkata, 'Utsman menangis bila berdiri di atas kubur hingga janggotnya basah. Dikatakan padanya: Syurga dan neraka disebutkan tapi aku tidak menangis sementara kau menangis kerana ini. 'Utsman berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya kubur adalah tempat akhirat pertama, bila seseorang selamat darinya maka setelahnya lebih mudah dan bila tidak selamat darinya maka setelahnya lebih sulit." 'Utsman berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Aku tidak melihat suatu pemandang pun melainkan perkuburan lebih mengerikan." Berkata Abu Isa: Hadith ini hasan gharib, kami hanya mengetahuinya dari hadith Hisyam bin Yusuf. Riwayat Tirmizi(2230),  Ibn Majah(4257), Ahmad(425)


Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang manusia akan berakhir di dalam kubur. Al-Rifa’i berkata: “ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan: “Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”


Umar bin Abdul Aziz pernah  berkata kepada beberapa orang sahabatnya di dalam satu majlis, Wahai fulan! engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar di dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.


Umar bin Abdul Aziz pernah  berkata berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Tuhanku.  Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. 


Fasa ini disebut dengan alam barzakh (persinggahan). Ia akan melalui malam-malamnya yang panjang di dalam kubur hingga datang ketentuan Allah untuk membangkitkannya dan mengeluarkannya dari tempat tersebut.


Kebaikan atau amal soleh yang dikerjakan selama di dunia menjadi penyebab terangnya alam kubur. Namun, ada kalanya kubur seseorang terasa gelap kerana kurangnya amal-amal solehnya.


Sebagaimana Rasulullah bersabda tentang kubur seorang wanita berkulit hitam yang bertugas membersihkan masjid, wanita itu meninggal, kemudian beliau mensolatkan wanita itu di atas kuburnya.


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ امْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَتْ تَقُمُّ الْمَسْجِدَ أَوْ شَابًّا فَفَقَدَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَ عَنْهَا أَوْ عَنْهُ فَقَالُوا مَاتَ قَالَ أَفَلَا كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي قَالَ فَكَأَنَّهُمْ صَغَّرُوا أَمْرَهَا أَوْ أَمْرَهُ فَقَالَ دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ فَدَلُّوهُ فَصَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ قَالَ إِنَّ هَذِهِ الْقُبُورَ مَمْلُوءَةٌ ظُلْمَةً عَلَى أَهْلِهَا وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُنَوِّرُهَا لَهُمْ بِصَلَاتِي عَلَيْهِمْ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah bahwa seorang wanita berkulit hitam atau seorang pemuda biasanya menyapu Masjid. Suatu ketika Rasulullah ﷺ kehilangan orang itu, sehingga beliau pun menanyakannya. Para sahabat menjawab, "Orang itu telah meninggal." Beliau bersabda, "Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku?" Sepertinya mereka menganggap remeh urusan kematiannya. Beliau pun bersabda, "Tunjukkanlah kepadaku di mana letak kuburannya." Maka para sahabat pun menunjukkan kuburannya, dan akhirnya beliau menshalatkannya. Ssetelah itu, beliau bersabda, "Sesungguhnya kuburan-kuburan ini telah dipenuhi kegelapan bagi penghuninya. Dan Allah benar-benar akan memberikan mereka cahaya karena shalat aku kerjakan atas mereka." Muslim (1588), Ahmad(8676).


Justetu itu,  sebelum datangnya maut, kewajipan kita di dunia adalah mengusahakan amal-amal soleh yang boleh membawa kepada kebahagiaan di alam barzakh, dan akhirat. Semua amal soleh secara umum menjadi sebab terangnya kubur.Ini masuk dalam keumuman makna firman Allah Subhanahu wa Ta’ala. 


يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَىٰ نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Maksudnya:"(Iaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar".Al-Hadid ayat 12.


Disebutkan dalam hadith sahih, “Solat adalah cahaya, sedekah merupakan bukti nyata, sabar itu sinar, dan Al-Qur’an adalah pembelamu atau penuntutmu,


عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَآَنِ أَوْ تَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالصَّلَاةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَايِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا


Maksudnya:"Dari Abu Malik al-Asy'ari dia berkata, ‘Rasulullah ﷺ bersabda, "Bersuci adalah setengah dari iman,ucapan 'الْحَمْدُ لِلَّهِ ' memenuhi timbangan, dan ucapan 'سُبْحَانَ' dan ''الْحَمْدُ لِلَّهِ' keduanya memenuhi ruang antara langit dan bumi, solat adalah cahaya, sedekah adalah petunjuk, kesabaran adalah sinar, dan Al-Qur’an adalah manfaat bagimu (kelak) atau hujjah bagimu. Setiap manusia berangkat di pagi hari, maka ada yang menjual dirinya (untuk taat atau maksiat) sehingga membebaskannya (dari azab) atau (hawa nafsunya) akan membinasakannya." Riwayat Muslim(223), Tirmizi(2439), al-Nasai(2394), Ibn Majah(276)


Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam mengingatkan tentang solat pada suatu hari, kemudian berkata,


مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا، وَبُرْهَانًا، وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ، وَلَا بُرْهَانٌ، وَلَا نَجَاةٌ ، وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ، وَفِرْعَوْنَ، وَهَامَانَ، وَأُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ


Maksudnya:“Siapa saja yang menjaga solat maka dia akan mendapatkan cahaya, petunjuk dan keselamatan pada hari kiamat. Sedangkan siapa saja yang tidak menjaga solat, dia tidak akan mendapatkan cahaya, petunjuk dan keselamatan. Dan pada hari kiamat nanti, dia akan dikumpulkan bersama dengan Qarun, Fir’aun, Haman, dan Ubay bin Khalaf.” Riwayat Ahmad 2: 169 dengan sanad yang hasan. 


Melazimi serta dalam mengaji Al-Qur’an dan belajar ilmu syar’i boleh dijadikan sarana untuk terangnya kubur. Ini tidak lepas dari sifat Al-Qur’an sebagai cahaya, sebagaimana firman Allah Subhanahuwata’ala, 


يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمْ بُرْهَانٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُبِينًا


Maksudnya:"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu. (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Quran). (Al Qur’an)".Al-Nisa’ ayat 174.


يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِمَّا كُنْتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ ۚ قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ


Maksudnya:"Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan". Al-Maidah ayat 15.


Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan. Ini kerana, ilmu merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan samada perkara tersebut baik atau tidak, sah atau batal dalam aqidah dan ibadah. Selain itu, Allah Subhanahuwata'ala juga akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:


يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ


Maksudnya: “Supaya Allah Subhanahuwata'ala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]


Berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala ini, ia menunjukkan akan wujudnya ganjaran di akhirat dan karamah (kemuliaan) di dunia. Maka dengan itu, diangkat orang yang beriman daripada orang yang tidak beriman dan orang yang alim daripada orang yang bukan alim. Telah berkata Ibn Mas’ud RA bahawa Allah Subhanahuwata'ala telah memuji ulama’ di dalam ayat ini iaitu Allah Subhanahuwata'ala mengangkat orang-orang beriman yang diberi ilmu di atas orang-orang beriman yang tidak diberikan ilmu dengan beberapa darjat. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi,17/299]


Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُه


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam telah bersabda: Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya. Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca Al Qur’an dan saling mempelajari di antara mereka, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, mereka akan diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya. Barang siapa yang ketinggalan amalnya (untuk masuk syurga), maka nasabnya (keturunannya)  tidak akan boleh meninggikannya untuk masuk syurga).’ Rieayat Muslim (4867). 


Boikot sebagai jihad harta yang merupakan bahagian jihad fi sabilillah ( جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ) menurut perspektif Islam.

Boikot sebagai jihad harta yang merupakan bahagian jihad fi sabilillah  ( جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ) menurut perspektif Islam. Secara umumnya...