Thursday, September 29, 2022

Rahmat kelahiran Rasul dan kemanisan iman.

 


Rahmat kelahiran Rasul dan kemanisan iman.


Kelahiran Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam adalah rahmat yang dianugerahkan kepada manusia dan memperingati kelahiran Baginda adalah satu bentuk mensyukuri nikmat serta dapat mendekatkan kembali umat ini kepada baginda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ….


"….Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan". Al-Maidah ayat 15


Imam at-Tobari ketika menjelaskan ayat ini menyatakan cahaya yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini ialah Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam.


Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam adalah cahaya seluruh alam bagi mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya tauhid dan rahmat Islam yang menyinari alam hingga berlakunya saat kiamat.


Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam berkenaan hari beliau dilahirkan,


و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا مَهْدِيُّ بْنُ مَيْمُونٍ عَنْ غَيْلَانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَعْبَدٍ الزِّمَّانِيِّ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ الِاثْنَيْنِ فَقَالَ فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ


Maksudnya:"Dan telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Mahdi telah menceritakan kepada kami Mahdi bin Maimun dari Ghailan dari Abdullah bin Ma'bad Az Zimani dari Abu Qatadah Al Anshari radliallahu 'anhu, bahwa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pernah ditanya mengenai puasa pada hari isnin, maka beliau pun menjawab: "Di hari itulah saya dilahirkan, dan pada hari itu pula, wahyu diturunkan atasku". Riwayat Muslim(1978)


Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam adalah cahaya yang menjadi rahmat bagi seluruh alam. Sebagaimana sabda baginda Sallallahu'alaihiwasallam,


عن أبي هريرة عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال : ” إنما أنا رحمةٌ مُهداةٌ


Maksudnya:"Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam baginda bersabda: Sesungguhnya aku hanyalah rahmat yang dianugerahkan". Riwayat al-Hakim(2345)


Hal ini telah ditegaskan oleh Allah Subhanahuwata'ala melalui firman-Nya:


وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ


Maksudnya:"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam". Al-Anbiya Ayat 107.


Ayat ini memberi isyarat bahawa Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutus untuk membawa mesej rahmat meliputi semua makhluk, manusia, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lainnya.


Sayyid Quthub berkata: “Allah Subhanahuwata'ala telah mengutuskan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam sebagai rahmat kepada seluruh manusia agar baginda memimpin manusia ke jalan hidayah. Dan tiada yang menerima hidayah itu melainkan golongan manusia yang mempunyai kesediaan untuk menerimanya walaupun rahmat itu merangkumi orang yang beriman dan mereka yang tidak beriman.


Allah Subhanahuwata'ala memerintahkan kita sebagai umat Islam agar bergembira ketika mendapatkan rahmat dari Allah Subhanahuwata'ala,


قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ


Maksudnya:"Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". Surah Yunus:58


Justeru itu, cuba sama-sama kita fikirkan apakah rahmat terbesar dari Allah Subhanahuwata'ala yang diturunkan kepada kita dan juga alam semesta ini seluruhnya?


Tadabburilah firman Allah Subhanahuwata'ala berikut sebagai jawapannya,


وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ


Maksudnya:"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam".al-Anbiya:107


Sudah tentulah rahmat terbesar dan teragung yang Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepada kita adalah kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam, sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala di dalam Surat Al-Anbiya ayat 107 diatas.


Oleh kerana itu, bergembiralah dan bersyukurlah dengan kelahiran dan perutusan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam atau Maulidnya pada setiap saat, iaitu tanpa terikat dengan batasan waktu dan tempat. Maulid Nabi dapat dilakukan dimanapun dan bila masapun, tidak terikat oleh waktu mahupun tempat yang tertentu, iaitu sebanyak sedutan dan hembusan nafas. Ini kerana Nabi Sallallahu'alaihiwasallam adalah ikutan dan contoh suri tauladan yang terbaik dalam semua aspek kehidupan. Baik dari sudut aqidah,ibadah,muamalah ekonomi dan kekeluargaan,sosial kemasyarakatan dan juga politik kenegaraan.Sebagaimana anjuran dari Allah Subhanahuwata'ala,


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا


Maksudnya:"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah". Al-Ahzab ayat 21


Perhatikanlah ketika Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ditanya oleh para sahabatnya tentang puasa di hari isnin, beliau Sallallahu'alaihiwasallam tidak menyatakan tentang kemulian puasa pada hari isnin, akan tetapi beliau Sallallahu'alaihiwasallam menjawab, bahawa hari isnin adalah hari dimana beliau Sallallahu'alaihiwasallam dilahirkan.


حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا مَهْدِيُّ بْنُ مَيْمُونٍ عَنْ غَيْلَانَ بْنِ جَرِيرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَعْبَدٍ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ قَالَ  سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الِاثْنَيْنِ فَقَالَ فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ


Maksudnya:"Telah menceritakan kepada kami 'Abdur Rahman bin Mahdi telah menceritakan kepada kami Mahdi bin Maimun dari Ghailan bin Jarir dari 'Abdullah bin Ma'bad dari Abu Qatadah berkata; Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari isnin, beliau bersabda; pada hari itu aku dilahirkan dan wahyu diturunkan". Riwayat Ahmad(21508)


Justeru itu maka dapatlah kita mengetahui bahwasanya Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ingin menekankan kepada para sahabat bahawa hari isnin adalah mulia kerana dirinya, sehingga beliau Sallallahu'alaihiwasallam pun bergembira atas hari tersebut dan bersyukur kepada Allah Subhanahuwata'ala atas segala nikmat yang diberkan kepadanya dengan cara berpuasa. Perhatikan firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut,


إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ .فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ. إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأبْتَرُ


Maksudnya:"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah.Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus". Al-Kautsar ayat 1-3


Kejayaan dan kemuliaan seluruh jin dan manusia ialah apabila mereka dapat membawa dalam kehidupan mereka ajaran yang dibawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ini. Tanpa diragukan lagi bahawa diri Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam itu sendiri adalah insan pilihan istimewa yang juga nikmat yang dikurniakan Allah Subhanahuwata'ala kepada kita semua.


Tanpa iman, seseorang itu akan hina di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Maka antara ikatan keimanan yang dituntut ke atas diri seseorang ialah ikatan yang diikat secara langsung dengan diri Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.


Firman Allah Subhanahuwata‘ala:


قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ


Maksudnya:"Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik". At-Taubah ayat 24.


Imam Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata dalam menafsirkan ayat di atas:


Apabila semua perkara dan urusan di atas lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah maka tunggulah datangnya bencana dan azab daripada Allah yang akan menimpa kamu. Lihat Mukhtasar Ibnu Kathir oleh Syeikh Nasib Ar-Rifa’i.


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ


Maksudnya:"Dari Anas Bin Malik berkata, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, "Tidak (sempurna) iman seseorang kalian sehingga aku (Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam) lebih dicintai daripada orang tuanya, anaknya dan manusia semuanya". Ahmad (12349)


Abdullah bin Hisyam ra, berkata:


كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِدٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلاَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ، حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ. فَقَالَ لَهُ عَمَرُ: فَإِنَّهُ اْلآنَ، وَاللهِ، َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اْلآنَ يَا عُمَرُ.


Maksudnya:"Kami mengiringi Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, dan beliau menggandeng tangan ‘Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu anhu. Kemudian ‘Umar berkata kepada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam: ‘Wahai Rasulullah, sungguh engkau sangat aku cintai melebihi apa pun selain diriku.’ Maka Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menjawab: ‘Tidak, demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, hingga aku sangat engkau cintai melebihi dirimu.’ Lalu ‘Umar berkata kepada beliau: ‘Sungguh sekaranglah saatnya, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku.’ Maka Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: ‘Sekarang (engkau benar), wahai ‘Umar". Riwayat Bukhari(6142).


Menyedari peri pentingnya mencintai Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam maka ulama umat ini sejak daripada generasi sahabat sehingga hari ini sentiasa berusaha dengan pelbagai cara bagi mencapai maksud supaya diri baginda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam itu benar-benar dapat dicintai dengan sesebenar cinta. Contohnya, Saidina Hasan bin Thabit RA adalah tokoh sahabat yang  diberi gelaran sebagai 'Penyair Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam' apabila beliau banyak mengarang syair dan qasidah yang memuji Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam serta mempertahankan agama Islam. Syair dan qasidah ini adalah satu wasilah atau cara untuk mencapai maksud yang sebenar iaitu cinta yang sejati kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.


Perhatian yang tinggi bagi mencapai maksud ini telah menggerakkan ulama ummah untuk berinovasi dalam usaha menanam dan menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ini. Antara inovasi yang dilakukan ialah mereka membukukan kompilasi hadith dan riwayat  mengenai perjalanan hidup Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sehingga lahir kitab dan bidang ilmu sirah. Begitu juga mereka sudah menghimpunkan hadith yang khusus berkenaan syamail (perihal fizikal dan sifat) diri Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. Ini semua inovasi yang dilakukan bagi memastikan generasi seterusnya umat ini terus kenal dan cinta kepada baginda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.


Maka antara inovasi yang diadakan ialah sambutan Maulidur Rasul Sallallahu'alaihiwasallam. Terutama pada abad ke-7 Putera Muzafar al-Diin Abi Sa'ad Kawakbri sudah mewartakan sambutan ini sebagai acara sambutan negara. Inisiatif ini hakikatnya adalah salah satu wasilah bagi menyuburkan cinta umat ini kepada baginda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. Ramai ulama yang menyokong inisiatif ini seperti Imam Jalaluddin as-Sayuti,Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan dan ulama masa kini Syeikh Atiah Saqr, Syeikh Dr  Yusuf al-Qardhawi.


Pengisian sambutan Maulidur Rasul ini selalunya berkisar kepada pembacaan sirah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, tausiah, qasidah, selawat, ceramah dan lain-lain. Semua ini merujuk kepada membawa umat ini kembali dekat kepada peribadi, kecintaan dan kemuliaan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sesuai dengan maksud memuliakan baginda yang disebutkan Allah sebagai sifat orang yang beriman,


فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ ۙ أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Maksudnya'"Maka orang yang beriman kepadanya memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang beruntung". Al-A'raaf auat 157.


Adakah sambutan Maulidur Rasul ini boleh membawa umat ini seolah-olah memuja dan mendewakan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam? Sudah tentu perkara sebegini jauh daripada kemungkinan berlaku apabila sambutan ini dilakukan sesuai dengan apa yang digariskan ulama. Sudah mencecah 700 tahun sambutan ini dijalankan, belum pernah berlaku sehingga Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam didewakan. Sangat perlu dibezakan antara mencintai dan memuliakan dengan mendewakan.


Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksudnya:"Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Ali ‘Imran ayat 31


Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


Maksudnya:"…Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” Al-Hasyr: 7


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَخُذُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Apa-apa yang aku larang maka jauhilah, dan apa-apa yang aku perintahkan maka laksankanlah semampu kalian". Ahmad(8310)


Buah daripada Mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam pula akan mendatangkan rasa manisnya iman.


Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَانِ، مَنْ كَانَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ ِللهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ، كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ.


Maksudnya:"Ada tiga perkara yang apabila perkara tersebut ada pada seseorang, maka ia akan mendapatkan manisnya iman, yaitu (1) hendaknya Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari selain keduanya. (2) Apabila ia mencintai seseorang, ia hanya mencintainya kerana Allah. (3) Ia tidak suka untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagai-mana ia tidak mau untuk dilemparkan ke dalam api.” Riwayat Bukhari dan Muslim.


Erti manisnya iman, sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama’, adalah merasakan lazatnya segala ketaatan dan bersedia menderita kerana din (agama) serta mengutamakan itu semua daripada seluruh materi dunia (kenikmatan dan harta benda dunia). Lihat Fathul Bari 1/61.


Orang yang mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam akan tinggal bersama baginda di akhirat kelak.


عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَتَى قِيَامُ السَّاعَةِ فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الصَّلَاةِ فَلَمَّا قَضَى صَلَاتَهُ قَالَ أَيْنَ السَّائِلُ عَنْ قِيَامِ السَّاعَةِ فَقَالَ الرَّجُلُ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَعْدَدْتُ لَهَا كَبِيرَ صَلَاةٍ وَلَا صَوْمٍ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ وَأَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ فَمَا رَأَيْتُ فَرِحَ الْمُسْلِمُونَ بَعْدَ الْإِسْلَامِ فَرَحَهُمْ بِهَذَا


Maksudnya:"Dari Anas,ia berkata: Seseorang mendatangi Rasulullah Sallallahu'alahiwasallam lalu bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah kiamat terjadi? Lalu nabi Sallallahu'alahiwasallam berdiri untuk solat, selesai solat Rasulullah Sallallahu'alahiwasallam bertanya: "Mana si penanya tentang hari kiamat tadi?" orang itu menjawab: Saya wahai Rasulullah. Rasulullah Sallallahu'alahiwasallam bertanya: "Apa yang telah kau persiapkan untuknya?" orang itu menjawab: Aku tidak menyiapkan sekian banyak solat dan puasa untuknya, hanya saja aku mencintai Allah dan rasul-Nya. Rasulullah Sallallahu'alahiwasallam bersabda: "Seseorang bersama orang yang ia cintai dan engkau bersama orang yang kau cintai." Aku tidak mengetahui kebahagian kaum muslimin setelah Islam seperti kegembiraan mereka kerana hal ini". Tirmizi (2307)


Anas Radiallahuanhu berkata: Kami tidak bergembira setelah masuk Islam lebih daripada mendengar sabda baginda: Sesungguhnya kamu bersama orang yang kamu cintai.

Anas Radiallahuanhu berkata: Saya mencintai Allah, Rasul-Nya, Abu Bakar dan Umar, dengan harapan saya dapat berkumpul bersama mereka walau pun saya tidak beramal seperti mereka.


Oleh itu cintailah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dengan penuh jiwa dan raga serta ambillah dan amalkanlah segala ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda Sallallahu'alaihiwasallam untuk kita,


Semoga sambutan Maulidur Rasul  benar-benar dapat menambahkan cinta kita kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, mendorong kita mengikuti segala ajarannya, menyemarakkan semangat kita menghidupkan sunahnya dan mengukuhkan himmah kita untuk menyebarkan agama yang diturunkan kepada baginda ini.

Wednesday, September 21, 2022

Kerugian Hakiki

Kerugian Hakiki

Kerugian yang dialami oleh seseorang di dunia ini bukanlah kerugian hakiki, bukan kerugian yang akan mendatangkan penderitaan abadi dan  bukanlah kerugian yang disebutkan oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam firman-Nya,


فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُمْ مِنْ دُونِهِ ۗ قُلْ إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ أَلَا ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ


Maksudnya:"Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yang kamu kehendaki selain Dia. Katakanlah: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat". Ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata". Az-Zumar ayat 15


Kerugian yang disebutkan dalam ayat di atas itulah kerugian yang hakiki, kerugian yang akan menyebabkan penyesalan yang kekal. Kerugian pada hari kiamat, iaitu kerugian disaat kebaikan dan keburukan manusia ditimbang dengan timbangan teradil.


Kerugian pada hari kiamat adalah akibat dari perbuatan manusia selama hidup di dunia. Jika kesempatan hidup ini boleh kita munafaatkan dengan baik dan semaksimal yang mungkin sebagaimana  seorang usahawan yang memunafaatkan modal usahanya yang sangat terbatas untuk meraih keuntungan yang sebanyak-banyaknya, maka إن شاء الله kita akan terselamatkan dari kerugian tersebut.


Kerugian terburuk yang menimpa seseorang adalah kerugian yang menimpa agamanya, kerana kerugian ini akan menyebabkan penderitaan abadi di akhirat. Kerugian yang menimpa agama seseorang merupakan musibah terburuk bagi seseorang. Oleh kerana itu, diantara do’a Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah :


… وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِي دِيْنِنَا


Maksudnya:"Janganlah Engkau menjadikan musibah pada agama kami…".

Riwayat Tirmizi (3502)


Apatahlagi jika musibah pada agama ini sehingga menyeret seseorang itu ke lembah kemurtadan – نعوذبالله


Diantara ciri orang yang menderita kerugian dengan kerugian hakiki adalah ia melalaikan kesempatan beramal soleh  dalam kehidupannya. Dia membiarkan kesempatan itu berlalu begitu saja, sehingga akhirnya di saat kematian tiba, amal kabaikan yang pernah dilakukannya masih sedikit, sementara keburukannya menggunung. Jika demikian keadaannya, timbangan keburukannya akan mengalahkan timbangan kebaikannya. Orang seperti ini termasuk yang merugi, sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,


وَالْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ ۚ فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿٨﴾ وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَٰئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ بِمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَظْلِمُونَ


Maksudnya:"Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan barangsiapa ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri". Al-A’raf ayat 8-9.


Diantara tanda-tanda orang merugi lainnya adalah sering mengingkari janji, membuat kerosakan di muka bumi dengan menyebarkan syubhat dan membangkitkan nafsu syahwat. Allah Subhanahuwata'ala berfirman 


الَّذِينَ يَنْقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ


Maksudnya:"(iaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi". Al-Baqarah 27.


Sebahagian ahli tafsir berpendapat bahawa pengertian (العهد) atau perjanjian yang telah dilanggar oleh orang-orang fasik itu, iaitu wasiat dan perintah Allah Ta’ala yang disampaikan kepada makhluk-Nya agar senantiasa mentaati-Nya dan menjauhi larangan-Nya melalui kandungan kitab-kitab-Nya dan sabda rasul-rasul-Nya. Pelanggaran terhadap hal itu, iaitu pengabaian terhadap pengamalannya.


Menurut Ibnu Jarir, (الخاسر) iaitu mereka yang mengurangi perolehan rahmat bagi diri mereka sendiri dengan cara berbuat maksiat kepada Allah Ta’ala sebagaimana orang merugi dalam perniagaan tersebut. Demikian halnya dengan orang-orang munafik dan orang-orang kafir merugi, kerana Allah Ta’ala mengharamkan bagi mereka rahmat-Nya yang sengaja diciptakan bagi hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya pada hari kiamat kelak mereka sangat memerlukan rahmat Allah Ta’ala tersebut.


Orang yang tunduk dan taat kepada orang-orang kafir serta memberikan kesetiaan kepada mereka juga diantara ciri orang yang rugi. Al-Qur’an dengan tegas telah mengingatkan terhadap perbuatan yang menyebabkan akibat buruk ini. Kerana orang-orang kafir itu akan berusaha membuat kita seperti mereka. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi". Ali Imran ayat 149


Allah Subhanahuwata'ala memperingatkan hamba-hamba-Nya yang beriman terhadap sikap mentaati orang-orang kafir dan orang-orang munafik, kerana sesungguhnya taat kepada mereka dapat mengakibatkan kehancuran dan kehinaan di dunia dan akhirat. Lihat Tafsir Ibnu Katsir.


Ayat ini mengingatkan bahawa mengikuti orang-orang kafir akan mengakibatkan kerugian bahkan kegagalan. Mentaati dan tunduk pada saranan orang-orang yang kafir yang bertentangan dengan tuntunan Allah dan Rasul-Nya, "nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang", iaitu murtad. Jika hal itu kamu lakukan maka kamu akan kembali menjadi orang yang rugi di dunia dan akhirat.


Termasuk orang-orang yang merugi pada hari Kiamat adalah orang yang hanya beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala di saat dia mendapatkan anugerah kebaikan, disaat hidupnya mendapat kesenangan, bahagia dan makmur atau juga dia hanya beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala disaat apa yang dilakukan itu boleh mendatangkan keuntungan atau kebaikan duniawi kepadanya. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍ ۖ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ ۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ


Maksudnya:"“Dan di antara manusia ada orang yang beribadah kepada Allah dengan berada di tepi (tidak dengan penuh keyakinan); Maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. yang demikian itu adalah kerugian yang nyata. Al-Hajj ayat 11


Termasuk merugi juga iaitu orang-orang yang dilalaikan oleh harta dan keluarga mereka sehingga terhalang untuk beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala. Allah Subhanahuwata'ala berfirman :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. barangsiapa yang berbuat demikian Maka mereka Itulah orang-orang yang merugi". Al-Munafiqun ayat 9


Masih banyak lagi ayat-ayat al-Qur’an yang menyebutkan kata merugi dan hal-hal yang menyebabkan kerugian. Ini semua dalam rangka mengingatkan manusia agar tidak tertimpa kerugian yang mengakibatkan penderitaan yang tidak terperikan akibatnya dalam kehidupan akhirat.


Allah Subhanahuwata'ala juga menyatakan cara dan langkah-langkah yang boleh ditempuh untuk menghindari kerugian dan meraih keuntungan.


Allah Subhanahuwata'ala menunjukkan suatu perniagaan yang akan mendatangkan keuntungan serta dijamin tidak akan tersentuh kerugian. Allah Subhanahuwata'ala berfirman :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿١٠﴾ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih ? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui". Ash-Shaff ayat 10-11


Allah Subhanahuwata'ala juga berfirman :


إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ


Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi". Fathir ayat 29



وَالْعَصْرِ . إِنَّ الْإِنسٰنَ لَفِى خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ الصّٰلِحٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟بِالصَّبْرِ


Maksudnya:"Demi masa.Sungguhnya, manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan(beramal soleh) serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. Al ‘Ashr Ayat 1-3


Tiga ayat dari surah Al ‘Ashr menerangkan kepada kita tentang cara-cara untuk berjaya dalam kehidupan dan selamat di dunia dan akhirat. Imam al-Shafie berkata tentang surah ini,"Seandainya manusia merenungi surah ini, nescaya surah ini telah mencukupkan mereka".


Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian, baik di dunia mahupun akhirat, akibat hawa nafsu yang menyelubungi dirinya.


Surah al-Asr mengajar kita untuk peka dan perihatin dengan masa agar kita mengisinya dengan sebaik mungkin. Masa kita terhad dan sudah ditetapkan. Allah memberi satu masa yang tetap kepada kita. Daripada mula kita dilahirkan sehingga saat kita menghembus nafas terakhir, kita tidak mampu atau berupaya untuk mengubah masa tersebut walau sesaat pun, sama ada untuk mempercepatkan atau melambatkannya


Semua manusia rugi, kecuali orang-orang yang beriman dengan sebenarnya dan mengerjakan kebajikan sesuai dengan ketentuan syariat dengan penuh keikhlasan, serta saling menasihati satu sama lain dengan baik dan bijaksana untuk memegang teguh kebenaran sebagaimana diajarkan oleh agama dan saling menasihati untuk kesabaran dalam melaksanakan kewajipan agama, menjauhi larangan, menghadapi musibah, dan menjalani kehidupan.


Amal ibadah dan amal jariah itu adalah semua yang maaruf dan yang baik yang mampu kita lakukan. Yang diperkenan serta diredhai-Nya. Daripada senyuman kita kepada orang lain, beratur mengikut giliran, tutur kata dan tindak-tanduk kita, sifat hemah dan ihsan kita terhadap orang lain, cara kita menghormati hak orang lain, membantu fakir miskin atau menolong orang dalam kesusahan dan sebagainya.


Barangsiapa melalaikan dan mengabaikan cara atau petunjuk yang diberikan oleh Allah Subhanahuwata'ala tersebut, kerugian pasti tidak akan terelakkan dan dia akan merasakan penyesalan yang tiada taranya. Dia akan menyesali perilakunya yang telah menyia-nyiakan kesempatan beramal yang tidak akan  kembali lagi. Dia akan menyesali dirinya, sendiri sebagaimana Allah Subhanahuwata'ala berfirman tentang mereka ini :


حَتَّىٰ إِذَا جَاءَتْهُمُ السَّاعَةُ بَغْتَةً قَالُوا يَا حَسْرَتَنَا عَلَىٰ مَا فَرَّطْنَا فِيهَا وَهُمْ يَحْمِلُونَ أَوْزَارَهُمْ عَلَىٰ ظُهُورِهِمْ ۚ أَلَا سَاءَ مَا يَزِرُونَ


Maksudnya:"Sehingga apabila kiamat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata, “Alangkah besarnya penyesalan kami, terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu!”, sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Ingatlah, amat buruklah apa yang mereka pikul itu". Al-An’am ayat 31


Semoga kita semua senantiasa berada dalam hidayah Allah Subhanahuwata'ala dan senantiasa mendapatkan taufiq dari Allah Subhanahuwata'ala untuk beramal sesuai dengan aturan yang ditetapkan oleh Allah Subhanahuwata'ala.





Thursday, September 15, 2022

Jauhilah perbuatan zalim

Jauhilah perbuatan zalim

Kata zalim berasal dari bahasa Arab, dengan huruf ظ ل م  yang bermaksud gelap.

Al-Qur’an menggunakan kata ظُلْمٌ selain itu juga digunakan kata بَغْيٌ, yang ertinya sama dengan zalim iaitu melanggar hak orang lain.

Namun pengertian zalim lebih luas maknanya berbanding بَغْيٌ, ianya bergantung pada kalimat yang disandarkannya.


Dalam hadith Qudsi Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menyebutkan bahawa Allah berfirman,


إِنِّي حَرَّمْتُ عَلَى نَفْسِي الظُّلْمَ وَعَلَى عِبَادِي فَلَا تَظَالَمُوا


Maksudnya:"Wahai hamba Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku, lalu Aku mengharamkannya atas kalian semua, maka janganlah kalian saling menzalimi". Muslim (2557)


Setiap Muslim diajarkan agar tidak melakukan perbuatan zalim atau aniaya kepada orang lain dan terhadap dirinya sendiri. Bahkan Allah Subhanahuwata'ala menjanjikan  azab bagi orang yang zalim.


Hal ini sebagaimana yang ditegaskan dalam firman-Nya pada surat Al-Furqan ayat ke-19,


  وَمَنْ يَظْلِمْ مِنْكُمْ نُذِقْهُ عَذَابًا كَبِيرًا  


Maksudnya:"Barangsiapa di antara kamu yang berbuat zalim, nescaya kami rasakan kepadanya azab yang besar". 


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pula bersabda :


اِتَّقُوا اَلظُّلْمَ فَإِنَّ اَلظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ


Maksudnya:“Jauhilah perbuatan zalim, kerana sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat”. Muslim (2587)


Orang yang zalim  di waktu merasakan azab Allah,


لَا تَرْكُضُوا وَارْجِعُوا إِلَىٰ مَا أُتْرِفْتُمْ فِيهِ وَمَسَاكِنِكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْأَلُونَ


Maksudnya:"Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kamu kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu (yang baik), supaya kamu ditanya". Al-Anbiya ayat 13.


Kemudian berkatalah para Malaikat pembawa azab kepada mereka dengan nada mengejek, ("Janganlah kalian lari tergesa-gesa, kembalilah kalian kepada kemewahan yang telah kalian rasakan) kepada nikmat yang telah diberikan kepada kalian (dan kepada tempat-tempat kediaman kalian, supaya kalian ditanya") tentang sesuatu dari keduniaan milik kalian, sebagaimana biasanya. Lihat Tafsir Jalalyn


وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


Maksudnya:"Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaan-Nya". Al-Anfal ayat 25


Kezaliman itu berbagai bentuk di antaranya adalah syirik. Kalimat zalim juga digunakan untuk melambangkan sifat kejam, bengis, tidak berperikemanusiaan, suka melihat orang lain dalam penderitaan dan kesengsaraan, melakukan kemungkaran, penganiayaan, kemusnahan harta benda, ketidakadilan dan banyak lagi pengertian yang dapat diambil dari sifat zalim tersebut. Yang mana pada dasarnya sifat ini merupakan sifat yang keji dan hina, dan sangat bertentangan dengan akhlak dan fitrah manusia, yang seharusnya menggunakan akal untuk melakukan kebaikan.


Kezaliman kerana menyembah selain dari Allah,


وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ


Maksudnya:"Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)". Al-Baqarah Ayat 165


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ{ وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ }قَالَ أَصْحَابُهُ وَأَيُّنَا لَمْ يَظْلِمْ فَنَزَلَتْ{ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ }


Maksudnya:"Dari Abdullah radliallahu 'anhu dia berkata; Tatkala turun ayat; "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman… (Al An'am: 82). Para sahabat berkata; 'Mana ada di antara kita yang tidak pernah berbuat zalim? lalu turunlah ayat: "sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". Riwayat Bukhari(4263)


Kezaliman kerana sifat keangkuhan dan perbuatan kekufuran.


وَدَخَلَ جَنَّتَهُ وَهُوَ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ قَالَ مَا أَظُنُّ أَنْ تَبِيدَ هَٰذِهِ أَبَدًا


Maksudnya:"Dan dia memasuki kebunnya sedang dia zalim terhadap dirinya sendiri; ia berkata: "Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya". Al Kahfi 35


Kezaliman kerana menceroboh hak orang lain,


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam  bersabda,



مَنْ اقْتَطَعَ شِبْرًا مِنْ الْأَرْضِ ظُلْمًا طَوَّقَهُ اللَّهُ إِيَّاهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ سَبْعِ أَرَضِينَ


Maksudnya:"Barangsiapa menzalimi (menceroboh) tanah orang lain seluas satu jengkal maka tanah itu akan dikalungkan dilehernya sebanyak tujuh lapis bumi” Riwayat Bukhari (2453) dan Muslim (1612)


Islam sangat menentang sebarang jenis kezaliman samada ia daripada diri sendiri atau terhadap orang lain.

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasaalam bersabda:


اُنْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُوْمًا


Maksudnya: “Bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi”. Riwayat al-Bukhari (2263, 2264 dan 2438)


Sebab Wurud Hadith


Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim daripada Jabir bin Abdillah, beliau berkata: Telah bergaduh atau berkelahi dua orang budak. Seorang daripada al-Muhajirin dan seorang lagi daripada al-Ansar. Telah berkata budak daripada al-Muhajirin: “Pembelaan untuk Muhajirin”, manakala telah berkata budak daripada al-Ansar: Pembelaan untuk al-Ansar”. Lalu Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam keluar dan bersabda: “Tidak, melainkan jika dua hamba ini memukul pada yang lain”. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda lagi: “Tidak mengapa, bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi. Adapun yang zalim itu, bantulah dia dengan cara menegahnya dan yang dizalimi pula bantulah dia (daripada kezaliman)”. [Lihat: al-Luma’ fi Asbab Wurud al-Hadith, 121]


Ada tiga jenis kezaliman, sebagaimana  dijelaskan dalam hadith dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


الظلمُ ثلاثةٌ ، فظُلمٌ لا يغفرُهُ اللهُ ، وظلمٌ يغفرُهُ ، وظلمٌ لا يتركُهُ ، فأمّا الظلمُ الذي لا يغفرُهُ اللهُ فالشِّركُ ، قال اللهُ : إِنَّ الْشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ ، وأمّا الظلمُ الذي يغفرُهُ اللَّهُ فَظُلْمُ العبادِ أنفسُهمْ فيما بينهُمْ وبينَ ربِّهمْ ، وأمّا الظلمُ الّذي لا يتركُهُ اللهُ فظُلمُ العبادِ بعضُهمْ بعضًا حتى يَدِينَ لبعضِهِمْ من بعضٍ


Maksudnya:"Kezaliman ada tiga: kezaliman yang tidak Allah ampuni, kezaliman yang Allah ampuni dan kezaliman yang tidak mungkin dibiarkan oleh Allah.


Adapun kezaliman yang tidak Allah ampuni, itu adalah kesyirikan. Allah berfirman: kesyirikan adalah kezaliman yang paling besar(Luqman ayat 13).


Adapun kezaliman yang Allah ampuni adalah kezaliman seorang hamba pada dirinya sendiri, iaitu antara ia dengan Allah.


Adapun kezaliman yang tidak mungkin dibiarkan oleh Allah adalah kezaliman hamba pada orang lain sehingga kezaliman tersebut terbayar". Riwayat Abu Daud Ath Thayalisi [2223], Abu Nu’aim dalam Al Hilyah [6/ 309],

   

Dalam hadith di atas ada tiga kategori kezaliman yang dilarang oleh Allah Subhanahuwata'ala: 


1- Kezaliman hamba kepada Rabb-nya


Kezaliman manusia kepada Penciptanya adalah dengan berbuat kufur kepada Allah atau berbuat syirik.


Seperti firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surat al-Baqarah ayat 254:


  وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ 


Maksudnya:"Dan orang-orang kafir itulah orang-orang zalim."


Ayat lain dalam Al-quran juga menyebut kezaliman seorang mahluk juga dinamai dengan berbuat syirik atau menyegutukan Allah dengan zat lain. Allah berfirman dalam surah Luqman ayat 13,


 إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 


Maksudnya:"Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar." 


إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا


Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". Al-Nisa ayat 48.


2. Kezaliman kepada sesama manusia


Menzalimi atau berbuat aniaya kepada sesama manusia adalah merupakan perbuatan yang dibenci Allah Subhanahuwata'ala. Menzalimi orang lain, iaitu menyia-nyiakan atau tidak menunaikan hak orang lain yang wajib ditunaikan. Perbuatan seperti menceroboh kehormatan orang lain, menyakiti tubuh atau hati orang lain sehingga mengambil harta orang tanpa alasan yang benar adalah perilaku yang dimurkai Allah. 


Kezaliman yang tidak akan dibiarkan oleh Allah, iaitu perbuatan hamba-hamba-Nya di antara sesama mereka, kerana ianya pasti akan ditun­tut di akhirat kelak oleh mereka yang dizalimi.

Allah menyebut akan mengambil amalan orang yang berbuat zalim dan diberikan kepada orang yang dizalimi. Bahkan akan menimpakan dosa orang yang dizalimi kepada orang yang menzalimi. 

Nabi Sallallahu'alaihiwasallam  bersabda,


مَنْ كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لِأَخِيهِ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ شَيْءٍ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ الْيَوْمَ قَبْلَ أَنْ لَا يَكُونَ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ إِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ


Maksudnya:"Barangsiapa menzalimi saudaranya berkaitan dengan kehormatan dirinya atau lainnya maka hendaklah ia segera meminta dihalalkan(atau minta maaf), sebelum tiba saatnya tidak berguna dinar ataupun dirham, sehingga -saat itu- amal soleh orang yang berbuat zalim tersebut akan dikurangi setimpal dengan kezalimannya. Jika ia tidak memiliki amal soleh maka kesalahan –dosa- orang yang ia zalimi akan dibebankan kepadanya". Riwayat Bukhari (2449)


Sebagaimana dalam hadith di atas setiap kezaliman yang dilakukan oleh setiap orang akan diberikan balasan oleh Allah Subhanahuwata'ala. Dalam hal ini bererti Allah akan menegakkan keadilan bagi siapa saja tanpa kecuali.


Oleh itu, ketika merasa telah berbuat zalim hendaklah segera memohon untuk dimaafkan atau dihalalkan kepada yang terzalimi. 


Namun sebaliknya akan menjadi sulit  ketika perbuatan zalim tersebut tidak disedarinya, maka hal ini pasti tidak akan ada permohonan maaf. Akibatnya adalah ianya akan ditegakkan keadilan di akhirat kelak .


Oleh sebab itu kewaspadaan dalam hal ini sangat penting kerana akibatnya sangat dahysat, iaitu ketika berhadapan dengan keadilan Allah Subhanahuwata'ala di akhirat kelak.


Metode penegakan keadilan sebagaimana penjelasan hadith di atas adalah pahala yang dimiliki akan diberikan kepada yang dizaliminya. Dan jika telah habis pahala itu dan perkara yang dizalimi itu masih ada, maka dosa orang yang dizalimi itu akan diberikan padanya, sehingga pahala amal baiknya habis dan malah dosanya semakin banyak.


Dengan demikian yang terzalimi sewaktu di dunia akan merasai keberuntungan yang sangat besar, kerana pahalanya akan bertambah atau dosanya akan berkurang. Sehingga dengan keadaan demikian dengan rahmat Allah dapat menghantarkannya untuk masuk ke dalam syurga.


3. Zalim terhadap diri sendiri


Kezaliman terhadap  diri sendiri adalah ketika seorang hamba tidak taat kepada ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Yakni tidak taat dalam rangka menunaikan ibadah kepada Allah. Di samping itu ketidaksesuaian sikap hidup terhadap ketentuan Allah dan Rasul-Nya merupakan bentuk kezaliman pada diri sendiri.


Menzalimi diri sendiri, iaitu dengan berbuat dosa dan maksiat. Kezaliman seorang hamba adalah dengan mengotori dirinya dengan berbagai bentuk dosa, pelanggaran dan keburukan berupa kemaksiatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah berfirman dalam Al-quran surah al-Baqarah ayat 57,

 وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ  


Maksudnya:"Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." 


إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ النَّاسَ شَيْئًا وَلَٰكِنَّ النَّاسَ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ


Maksud:"Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri". Yunus ayat 44.


Tiga perbuatan zalim ini hendaknya dijauhi oleh setiap Muslim agar terhindar dari kemurkaan Allah Subhanahuwata'ala.  





Thursday, September 8, 2022

Islam Agama Yang Mudah (الإسلام دين اليسر)

Islam Agama Yang Mudah (الإسلام دين اليسر)

Agama Islam memiliki banyak kemudahan.

Islam juga adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia.  Ertinya, seluruh ajarannya sesuai dengan kemampuan umat manusia untuk menjalankannya.

Firman Allah Subhanahuwata'ala,


مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ


Maksudnya:"Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;" Ta Ha Ayat 2


Seluruh ajaran Islam telah terbukti dapat dilaksanakan oleh manusia, sebagaimana telah diamalkan dengan baik oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, para sahahat, tabi’in, salafus soleh, dan orang-orang soleh hingga kini.


Hanya hawa nafsu dan kuatnya godaan syaitan yang membuat manusia   mengabaikan ajaran Islam. Ketidak fahaman tentang ajaran Islam juga boleh menjadi sumber atau faktor tidak diamalkannya ajaran Islam.


Jika manusia merasa susah dalam hidupnya, maka boleh dipastikan kerana ia tidak mematuhi petunjuk Islam. Yang menjadikan Islam terasa berat dan susah adalah diri manusia itu sendiri, lebih tegasnya adalah kerana runtunan hawa nafsunya.


Namun disebalik mudahnya ajaran Islam, jika seseorang Muslim itu mempersulitkan diri dalam melaksanakan tugas-tugas keagamaan dan menjauhi kemudahannya, maka ia akan tewas. Ertinya dia tidak akan mampu melakukannya dan akan terputus darinya.


Di dalam Sahih Bukhari terdapat sebuah hadith yang melarang perbuatan menyukarkan dalam perkara agama kerana sikap atau sifat itu akan membuatkan seseorang itu tewas dengan dirinya sendiri.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ


Maksudnya:" Dari Abu Hurairah bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallamlam bersabda: "Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulit agama kecuali dia akan dikalahkan (semakin berat dan sulit). Maka berlakulah lurus kalian, mendekatlah (kepada yang benar) dan berilah khabar gembira dan minta tolonglah dengan Al Ghadwah (saat pagi hari- berangkat di awal pagi) dan ar-ruhah (saat petang hari- berangkat setelah zohor) dan sesuatu dari ad-duljah (sedikit dari waktu malam-berangkat di waktu malam) ". Al-Bukhari(38)


Maksud kosa kata:


أَبْشِرُوْا :Bergembiralah. Yakni bergembiralah dengan pahala amalan yang dilakukan secara berkesinambungan, meskipun sedikit


اَلْغَدْوَةُ : Menurut bahasa ertinya berjalan di pagi hari. Al-Jauhari berkata, “Kata al-ghadwatu ertinya waktu antara solat Subuh hingga terbit matahari.


اَلرَّوْحَةُ : Melakukan perjalanan setelah matahari tergelincir.


اَلدُّلْجَةُ : Melakukan perjalanan di akhir malam.


اَلْقَصْدَ : Jagalah kesederhanaan. Dibaca manshub pada kedua huruf Ungkapan ini merupakan anjuran, iaitu anjuran agar kita mengambil perkara yang pertengahan". 

Lihat:Fat-hul-Bâri (I/94-95), Ibnu Hajar al-‘Asqalani


Imam Ibn Hajar berkata hadith ini menunjukkan tanda antara tanda-tanda kenabian. Ini kerana, apabila melihat kepada manusia sebelum daripada kita bahawa setiap yang melampau dalam agama pasti akan terhenti. Selain itu, ini tidak menunjukkan halangan dalam mencari kesempurnaan di dalam beribadah kerana itu merupakan perkara yang terpuji. Bahkan, hadith ini melarang bersikap melampau yang boleh membawa kepada lesu (malas) atau berlebih-lebih dalam perkara yang sunat sehingga membawa kepada meninggalkan yang afdhal atau mengeluarkan perkara yang fardhu itu daripada waktunya (terlepas waktu). [Lihat: Fath al-Bari, 94/1]


Terdapat beberapa hadith yang menunjukkan larangan untuk seseorang itu bersifat melampau dalam beragama. Antaranya adalah:


Daripada Abdillah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallamlam bersabda sebanyak tiga kali:

هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ


Maksudnya: “’Musnahlah golongan yang melampau”. Riwayat Muslim (2670)

 

Imam al-Nawawi ketika menafsirkan maksud “الْمُتَنَطِّعُونَ” ialah mereka yang terlalu teliti, melampau dan melepasi had atau batasan dalam perkataan dan perbuatan mereka. Lihat: al-Minhaj, 220/16.


Allah Subhanahuwata'ala  berfirman :


يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ


Maksudnya:"…Allâh menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu…". al-Baqarah ayat 185.


Allah Subhanahuwata'ala  berfirman,


مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ


Maksudnya:"…Allâh Azza wa Jalla tidak ingin menyulitkan kamu…”. al-Maidah ayat 6.


Allah Subhanahuwata'ala  berfirman,


وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ 


Maksudnya"…dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama…". al-Hajj ayat 78.


Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


إِنَّ خَيْرَ دِينِكُمْ أَيْسَرُهُ، إِنَّ خَيْرَ دِينِكُمْ أَيْسَرُهُ


Maksudnya:"Sesungguhnya sebaik-baik agama kalian adalah yang paling mudah, sesungguhnya sebaik-baik agama kalian adalah yang paling mudah'. Riwayat Ahmad Ahmad (III/479)


Semua syari’at Islam itu mudah, baik dalam perkara aqidah, ibadah, akhlak, muamalah, dan lainnya. Ini kerana dasar aqidah yang kembali kepada iman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir, dan taqdir yang baik mahupun buruk. Semua ini adalah aqidah yang benar yang dapat menenteramkan hati, menghantar orang yang meyakininya menuju tujuan yang paling mulia dan tuntutan yang paling utama.


Akhlak-akhlaknya dan amalan-amalannya merupakan akhlak yang paling sempurna dan amalan yang paling baik. Dengannya kebaikan agama, dunia dan akhirat boleh diraih. Dan jika ianya luput, maka luputlah kebaikan itu semuanya. Semuanya mudah dan sederhana. Setiap mukallaf (orang yang dibebani perintah syari’at) akan merasa bahawa dia mampu melakukan hal itu tanpa ada kesulitan yang melampaui kemampuannya.


Di antara prinsip Islam adalah عدم الحرج (meniadakan kesulitan). Oleh kerana itu, Islam meringankan hukum-hukumnya untuk memudahkan manusia dengan beberapa cara, di antaranya:


1-Pengguguran kewajipan dalam keadaan tertentu, misalnya tidak wajibnya melakukan ibadah haji bagi yang tidak mampu atau tidak aman.


2-Pengurangan kadar dari yang telah ditentukan, seperti mengqasar solat bagi orang yang sedang melakukan perjalanan.


3-Penukaran kewajipan yang satu dengan yang lainnya. Misalnya, kewajipan wudhu dan mandi diganti dengan tayammum ketika tidak boleh menggunakan air.


4-Mendahulukan, iaitu mengerjakan sesuatu sebelum waktu yang telah ditentukan secara umum (asal), seperti jamak taqdim, melaksanakan solat Asar di waktu Zuhur kerana bermusafir.


5-Menangguhkan, iaitu mengerjakan sesuatu setelah tamat waktu asalnya, seperti jama’ takhir, misalnya melaksanakan shalat Zuhur di waktu Asar kerana bermusafir.


6-Perubahan, iaitu bentuk perbuatan berubah-ubah sesuai dengan situasi yang dihadapi, seperti dalam solat khauf (ketika perang). Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


فَإنْ خِفْتُمْ فَرِجَالاً أَوْ رُكْبَاناً فَإِذَا أَمِنتُمْ فَاذْكُرُواْ اللّهَ كَمَا عَلَّمَكُم مَّا لَمْ تَكُونُواْ تَعْلَمُونَ


Maksudnya:"Jika kamu dalam Keadaan takut (bahaya), maka solatlah sambil berjalan atau berkendaraan. kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah Allah (solatlah)”. Al Baqarah ayat 239.


Demikian juga ketika sakit yang membuat seseorang tidak sanggup berdiri, Dri Imran bin Husain bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ


Maksudnya:"Solatlah sambil berdiri. Jika tidak sanggup, maka sambil duduk. Jika tidak sanggup, maka sambil berbaring".  Riwayat Bukhari.


Sifat الإنصف (bersederhana atau adil) dalam setiap perkara adalah amat dituntut. Ini kerana, sikap melampau atau terlalu memudahkan akan memberi kesan yang buruk kepada agama serta sesiapa sahaja yang bersifat dengannya. Marilah sama-sama kita merenungi sebuah hadith:


Daripada Aisyah RA berkata:

 

مَا خُيِّرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ أَمْرَيْنِ، أَحَدُهُمَا أَيْسَرُ مِنَ الْآخَرِ، إِلَّا اخْتَارَ أَيْسَرَهُمَا، مَا لَمْ يَكُنْ إِثْمًا، فَإِنْ كَانَ إِثْمًا، كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ


Maksudnya: “Apabila Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallamlam disuruh memilih di antara dua perkara, nescaya Baginda Sallallahu‘alaihiwasallam akan memilih yang lebih mudah di antara keduanya selama mana  ia tidak berdosa. Adapun jika ia adalah berdosa, maka Baginda Sallallahu'alaihiwasallamlam adalah orang yang paling utama meninggalkannya”. Riwayat Muslim (2327)

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...