Wednesday, October 26, 2022

Fitnah Syubhat

Fitnah Syubhat

Menurut bahasa (etimologi), kata fitnah adalah bentuk tunggal(mufrad) dari kata fitan; bererti  musibah, cobaan dan ujian. Makna kata ini berasal dari perkataan: فَتَنْتُ الْفِضَّةَ وَالذَّهَبَ, ertinya aku uji perak dan emas dengan api agar dapat dibezakan antara yang buruk dan yang baik. Lihat Lisanul Arab (XIII/317).


Menurut istilah (terminologi), kata fitnah disebutkan berulang dalam al-Qur’an pada 72 ayat, dan seluruh maknanya berkisar pada ketiga makna di atas.


Fitnah syubhat adalah fitnah pada pemahaman, keyakinan, aliran, juga pemikiran yang menyimpang.


Fitnah syubhat adalah kerana lemahnya pengetahuan dan sedikitnya ilmu, apalagi jika diiringi dengan buruknya niat serta dituruti hawa nafsu, maka itulah fitnah dan musibah yang besar.


Allah Subhanahuwata'ala  berfirman,


إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَمَا تَهْوَى الْأَنْفُسُ


“… Mereka hanya mengikuti sangkaan, dan apa yang diingini oleh keinginannya …". An-Najm ayat 23


Allah Subhanahuwata'ala telah mengkhabarkan bahawa mengikuti hawa nafsu akan menyesatkan seseorang dari jalan Allah Subhanahuwata'ala. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ


Maksudnya:"(Allah berfirman), ‘Wahai Daud! Sesungguhnya engkau Kami jadikan khalifah (penguasa) di bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu, kerana akan menyesatkan engkau dari jalan Allah. Sungguh, orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari  perhitungan". Shad ayat 26


Di hujung dari fitnah ini adalah kekufuran dan kemunafikan. Fitnah syubhat yang menyebabkan al-haq menjadi tersamar bagi mereka dengan kebatilan, petunjuk tersamarkan dengan kesesatan. Asal atau akar dari semua fitnah itu adalah perbuatan mendahulukan akal daripada syari’at.


Fitnah atau penyakit syubhat adalah sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allâh Subhanahuwata’ala :


فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا


Maksudnya:“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah penyakitnya oleh Allâh...” Al-Baqarah ayat 10.


Qatadah, Mujahid, dan lain-lain rahimahumullaah menafsirkan, “Di hatinya ada penyakit, iaitu penyakit syak (keragu-raguan)". Lihat Tafsir Ibni Katsir(1/180)


Hati yang sakit akan terganggu oleh syubhat walau sekecil apapun dan tidak akan mampu membentangi syubhat yang mendatanginya. Sementara hati yang sihat dan kuat, meskipun sering didatangi fitnah syubhat, namun ia mampu menghalaunya dengan pertolongan Allah 'Azza wa Jalla dan dengan kekuatan iman dan kesihatannya.


Fitnah syubhat adalah fitnah kesesatan, maksiat, bid’ah dholalah, kezaliman, kejahilan, keyakinan yang bathil, pemikiran dan pemahaman yang sesat, aliran-aliran yang sesat dan sebagainya.


Ketika manusia dihadapkan pada fitnah   syubhat, maka hati manusia akan terbahagi menjadi dua jenis:


Pertama, 

Hati yang ketika datang fitnah terus menyerapnya seperti kapas yang menyerap air, sehingga muncul titik hitam pada hatinya. Ia terus menyerap setiap fitnah yang datang kepadanya sehingga menjadi hitam. Bila sudah hitam ia akan berhadapan dengan dua malapetaka yang sangat bahaya:


1-Tidak dapat membezakan mana yang ma’ruf (baik) dan mana yang munkar (buruk).

Terkadang penyakit ini semakin parah sehingga ia menganggap yang ma’ruf adalah munkar dan yang munkar adalah ma’ruf. Yang sunnah dianggap bid’ah dan yang bid’ah dianggap sunnah. Yang benar dianggap salah dan yang salah dianggap benar.


Ibnu Mas’ud Radhiyallahu anhu berkata :


هَـلَـكَ مَنْ لَـمْ يَعْرِفْ قَلْبُـهُ الْـمَعْرُوْفَ وَيُنْـكِرْ قَلْبُـهُ الْـمُنْـكَـرَ.


Maksudnya:"Binasalah orang yang hatinya tidak mengetahui yang ma’ruf dan tidak mengingkari kemungkaran". Atsar sahih: Riwayat ath-Thabrani dalam al-Mu’jamul Kabîr (IX/no. 8564).


2-Menjadikan hawa nafsu sebagai sumber hukum yang lebih tinggi daripada apa yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam , selalu tunduk kepada hawa nafsu dan mengikuti kemahuannya.


Kedua,

Hati putih yang telah disinari oleh cahaya iman yang terang benderang. Jika hati semacam ini ditawari fitnah, ia akan mengingkari dan menolaknya sehingga sinarnya menjadi lebih kuat dan lebih terang.


Hati sangatlah mudah untuk berubah. Boleh jadi, di pagi hari seseorang masih dalam keadaan beriman, namun petang harinya berubah kafir, atau petang hari ia beriman tapi di pagi harinya ia berubah kafir. Di pagi hari ia masih mengikuti Sunnah, namun di petang harinya ia meninggalkan Sunnah. Di pagi hari ia memulai dengan amal-amal ketaatan namun di petang hari ia bermaksiat. Pagi hari ia memanfaatkan waktu dengan amal-amal yang bermanfaat, namun di petang harinya ia mengerjakan hal-hal yang sia-sia.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


بَادِرُوْا بِالْأَعْمَـالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْـمُظْلِمِ ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا ، أَوْ يُمْسِي مُـؤْمِنًـا وَيُصْبِحُ كَافِرًا ،  يَبِيْعُ دِيْنَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا.


Maksudnya:"Bersegeralah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kedatangan  fitnah-fitnah itu yang seperti potongan malam yang gelap; di pagi hari seseorang dalam keadaan beriman dan di petang hari menjadi kafir, atau di petang hari dalam keadaan beriman dan di pagi hari menjadi kafir kerana ia menjual agamanya dengan keuntungan duniawi yang sedikit". Riwayat Muslim (118,186).


Inilah hati yang selalu berbolak-balik,Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam mewasiatkan kepada ummatnya untuk memperbanyak permohonan kepada Allah agar diberikan ketetapan hati.


Dari Anas bin Malik Radhiyallahu anhu, ia berkata, “Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam sering mengucapkan :


يَـا مُـقَـلِـّبَ الْـقُـلُـوْبِ ، ثَـبّـِتْ قَـلْبِـيْ عَلَـىٰ دِيْـنِـكَ


Ya Allah, Yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu.


Anas melanjutkan, “Wahai Rasulullah ! Kami telah beriman kepadamu dan kepada apa (ajaran) yang engkau bawa. Masihkah ada yang membuatmu khawatir atas kami?” Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam menjawab :


نَـعَمْ ، إِنَّ الْـقُـلُوْبَ بَـيْـنَ أُصْبُـعَـيْـنِ مِنْ أَصَابِعِ اللّٰـهِ يُـقَلِـّبُـهَـا كَـيْـفَ يَـشَاءُ.


Maksudnya:"Benar (ada yang aku khawatirkan kepada kalian), sesungguhnya hati-hati itu berada di antara dua jari dari jari-jemari Allah, dimana Dia membolak-balikkan hati itu sekehendak-Nya". Riwayat Tirmizi(2140)


Al-Qur-an as-Sunnah adalah penawar dari penyakit  syubhat. Sebab, al-Qur’an Dan as-Sunnah mengandungi bukti-bukti dan dalil-dalil mutlak yang boleh membezakan antara haq (benar) dan batil sehingga penyakit-penyakit syubhat yang merosak ilmu, keyakinan, dan pemahaman boleh hilang. Kerana itu, seseorang boleh melihat segala sesuatu sesuai dengan dalil dari al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman yang benar.


Allah Subhanahuwata'ala berfirman :


وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا


Malsudnya:"Dan Kami turunkan dari al-Qur’an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Sedangkan bagi orang  yang zalim (al-Qur’an) itu hanya akan menambah kerugian”. Al-Isra ayat 82.


Wednesday, October 19, 2022

Jauhi dari Zina

Jauhi dari Zina Dari segi bahasa (etimologi), zina mempunyai beberapa pengertian, diantaranya: فجور (kekejian/maksiat) dan ضيق (penyempitan). Ada yang mengatakan “زنا زناءن”, ertinya masuk dan sempit. Kata ini juga digunakan sebagai sebutan untuk perbuatan selain persetubuhan dengan wanita yang bukan isterinya. Menurut istilah syarak, zina adalah menyetubuhi wanita di kemaluan tanpa akad nikah yang sah. Zina juga digunakan sebagai kata yang mengandung erti menyetubuhi wanita tanpa akad syar’i. Inilah yang dimaksud oleh keumuman nas yang menyinggung tentang zina. Allah 'Azza wa Jalla berfirman, وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا Maksudnya:"Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk". al-Isra ayat 32. Zina adalah jalan yang paling keji. Zina adalah perbuatan yang kotor, moral yang paling buruk, serta akhlak yang paling rendah dan buruk. Zina adalah suatu perbuatan yang sangat memalukan, menjijikkan dan moral yang paling rosak. Allah Subhanahuwata'ala menyebutkan وَلَا تَقْرَبُوا الِـزّنَـى yang bermaksud "dan janganlah kamu mendekati zina". Akan tetapi Allah tidak berfirman, وَلَا تَـزْنُـوْا “Jangan berzina!”. Ini kerana Allah Subhanahuwata'ala hendak menutup rapat jalan-jalan yang membawa kepada perbuatan zina. Allah Subhanahuwata'ala melarang mendekati jalan-jalan menuju zina, walau apapun bentuknya. Semua jalan atau sebab yang membawa kepada perzinaan wajib ditutup dan dilarang. Misalnya dengan menonton tayangan yang membuka aurat, membaca majalah-majalah atau buku-buku porno, khalwat (berduaan laki-laki dan perempuan yang bukan mahram), dating, berdua-duaan seorang lelaki di rumah bersama pembantu perempuannya atau bentuk-bentuk khalwat lain walaupun pada asalnya berniat baik seperti menghantarkan seorang wanita ke tempat tertentu, sering menelefon dengan perempuan atau sebaliknya, ber'chatting', facebook, dan beragam sarana lainnya yang akhirnya akan menjerumuskan manusia kepada perzinaan. Kemudiannya Allah Subhanahiwata'ala menyebutkan, إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا Maksudnya:"(Zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk" Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah dalam Tafsirnya menyatakan bahawa yang dimaksud dengan lafazh ‘فَاحِشَةً’ adalah ‘ذنبا عظيما’, iaitu dosa yang besar. Allah Subhanahuwata'ala berfirman : وَذَرُوا ظَاهِرَ الْإِثْمِ وَبَاطِنَهُ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَكْسِبُونَ الْإِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانُوا يَقْتَرِفُونَ Maksudnya:"Dan tinggalkanlah dosa yang terlihat ataupun yang tersembunyi. Sungguh, orang-orang yang mengerjakan (perbuatan) dosa kelak akan diberi balasan sesuai dengan apa yang mereka kerjakan". Al-An’am ayat 120 Maksud dari firman Allah Subhanahuwata'ala وَذَرُوا ظَاهِرَ الْإِثْمِ وَبَاطِنَهُ , yang bermaksud:“tinggalkanlah dosa yang terlihat ataupun yang tersembunyi”, Yakni perbuatan maksiat, baik yang dilakukan secara terang-terangan ataupun sembunyi-sembunyi. Sebahagian ahli tafsir menafsirkan bahawa “dosa yang nampak” maksudnya berzina dengan pelacur. Dan yang “tersembunyi” maksudnya berzina dengan kekasih atau teman wanita.Dikatakan oleh Ikrimah bahawa “dosa yang nampak” adalah menikahi mahram (misalnya, menikahi kakak atau adik perempuan, atau ibu). Lihat Tafsîr Ibni Katsir, III/323. Agama Islam secara tegas melarang perzinaan. Zina adalah perbuatan keji atau kotor yang membawa kepada kebinasaan. Zina merupakan perbuatan yang benar-benar keji dan koto, dan hal ini diakui oleh setiap orang yang berakal. Perbuatan zina menurunkan kadar keimanan seorang muslim, sehingga seperti akan keluar dari hatinya. Rasulullâh Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, إِذَا زَنَى الرَّجُلُ خَرَجَ مِنْهُ الْإِيْمَـانُ كَانَ عَلَيْهِ كَالظُّـلَّـةِ ، فَإِذَا انْقَلَعَ رَجَعَ إِلَيْهِ الْإِيْمَـانُ Maksudnya:"Apabila seseorang berzina maka imannya akan keluar di atasnya seolah-olah sebuah naungan. Jika ia kembali (bertaubat), maka imannya akan kembali". Riwayat Abu Daud (4690) Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhu mengatakan: يُنْزَعُ مِنْهُ نُوْرُ الْإِيْمَانِ فِيْ الزِّنَا Maksudnya:"Dicabut nur (cahaya) keimanan dalam perbuatan zina". Diriwayatkan oleh al-Bukhari, lihat Fat-hul-Bari, XII/58. Rasulullâh Sallallahu'alaihiwasallam juga bersabda, لَا يَـزْنِـيْ الزَّانِـيْ حِيْـنَ يَـزْنِـيْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ ، وَلَا يَسْـرِقُ السَّارِقُ حِيْـنَ يَسْـرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ ، وَلَا يَشْرَبُ الْـخَمْرَ حِيْـنَ يَشْـرَبُـهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ ، وَلَا يَـنْـتَهِبُ نُـهْبَـةً ذَاتَ شَرَفٍ يَـرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِـيْـهَا أَبْصَارَهُمْ حِيْـنَ يَـنْـتَهِبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ Maksudnya:"Tidaklah berzina seorang pezina, ketika berzina ia dalam keadaan beriman, tidaklah seorang pencuri, ketika ia mencuri dalam beriman, tidaklah seorang peminum khamr, ketika ia meminumnya ia dalam keadaan beriman, tidaklah seorang yang menjarah suatu jarahan yang berharga yang disaksikan oleh manusia, ketika ia menjarahnya dalam keadaan beriman". Riwayat Bukhari (2475, 5578, 6772) Penzina ghairu al-muhsan yang tsabit dengan kesalahan zina akan dihukum hadd. Sebagaimana umum dari firman Allah Subhanahuwata'ala, الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan". Al-Nur ayat 2 Penzina muhsan yang tsabit dengan kesalahan zina akan dihukum hadd. Sebagaimana umum dari sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ أَشْهَدُ لَسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ إِذَا زَنَيَا فَارْجُمُوهُمَا الْبَتَّةَ Maksudnya:"Dari Zaid bin Tsabit, ia berkata; aku bersaksi telah mendengar Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Orang laki-laki dan perempuan tua apabila berzina, maka rajamlah dia". Riwayat Darimi(2220) Zina tidak hanya terbatas pada kemaluan, namun pandangan, pembicaraan, dan pendengaran juga disebut zina sebab semua itu dapat mengundang zina yang sebenarnya. Oleh kerana itu, Baginda Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda: فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُـمَـا النَّظَرُ ، وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُـمَـا الْاِسْتِمَـاعُ ، وَالـِلّسَانُ زِنَاهُ الْـكَلَامُ ، وَالْيَـدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ ، وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْـخُطَى ، وَالْقَلْبُ يَـهْوَى وَيَتَمَنَّى ، وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَ يُـكَـذِّبُـهُ Maksudnya:" ….. Zina kedua mata adalah melihat, zina kedua telinga adalah mendengar, zina lisan adalah berbicara, zina tangan adalah dengan meraba atau memegang , zina kaki adalah melangkah, dan zina hati adalah menginginkan dan berangan-angan, lalu semua itu dibenarkan (direalisasikan) atau didustakan (tidak direalisasikan) oleh kemaluannya". Riwayat Al-Bukhari (6243), Muslim(2657) Lelaki dan wanita mesti menundukkan pandangan, firman Allah Subhanahuwata'ala, قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ Maksudnya:"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Al-Nur ayat 30. وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Maksudnya:"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. Al-Nur ayat 31. Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah iblis. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, النَّظْرَةُ سَهْمٌ مَسْمُوْمٌ مِنْ سِهَامِ إِبْلِيْسَ، فَمَنْ غَضَّ بَصَرَهُ عَنْ مَحَاسِنِ امْرَأَةٍ لله أَوْرَثَ الله قَلْبَهُ حَلاَوَةً إِلىَ يَوْمِ يَلْقَاهُ Maksudnya:"Pandangan merupakan anak panah beracun dari anak-anak panah iblis. Maka barang siapa yang menahan pandangannya dari kecantikan seorang wanita kerana Allah, nescaya Allah akan mewariskan rasa manis dalam hatinya sampai hari pertemuan dengan-Nya". Riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak,V:313. Bila seseorang sering memandang wanita maka boleh merubah hatinya, akalnya, ibadahnya, dan lain-lainnya. Sesungguhnya perbuatan zina selalu diawali dengan pandangan, pembicaraan, dan sentuhan.


Thursday, October 13, 2022

Malu menurut perspektif Islam

Malu menurut perspektif Islam

Istilah malu atau dalam bahasa Arab الحياؤ yang berasal dari perkataan الحياةُ (hidup). Hujan disebut kehidupan kerana dengan adanya hujan bumi dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup. 


وَالَّذِي نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَنْشَرْنَا بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا ۚ كَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ


Maksudnya:"Dan Yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur)". Al-Zukhruf ayat 11


Begitu juga dengan malu iaitu disebut sebagai kehidupan dunia dan akhirat. Oleh itu, mereka yang tidak mempunyai sifat malu dianggap mati didunia dan akan menderita di akhirat.


Malu adalah akhlak atau perangai yang mendorong seseorang untuk meninggalkan perbuatan-perbuatan yang buruk dan tercela, sehingga mampu menghalangi seseorang dari melakukan dosa dan maksiat serta mencegah sikap melalaikan hak orang lain.


Ini kerana itu, malu adalah merupakan kunci kepada kebaikan, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


اَلْـحَيَاءُ خَيْرٌ كُلُّهُ.


Maksudnya:“Malu itu kebaikan seluruhnya.” Muslim (37,60)


Malu adalah satu kata yang mencakup perbuatan menjauhi segala apa yang dibenci. 

Lihat hal. 53 dari Kitab Raudhatul Uqala wa Nuzhatul Fudhala (Taman orang-orang yang berakal dan temasyanya orang-orang yang mempunyai keutamaan) karya Abu Hatim Muhammad ibnu Hibban al Busty rahimahullah(L270 H - w354 H /965M)


Al-Junaid rahimahullah berkata, “Rasa malu iaitu melihat kenikmatan dan kelalaian sehingga menimbulkan suatu keadaan yang disebut dengan malu. Hakikat malu ialah sikap yang memotivasi untuk meninggalkan keburukan dan mencegah sikap menyia-nyiakan hak pemiliknya". Lihat Fathul Bari (X/522) tentang definisi malu.


Jenis Sifat Malu:


1- Malu الجَبْلةُ :الطبيعةُ, iaitu malu yang bersifat semulajadi. Contoh malu yang bersifat fitrah ini ialah malu untuk telanjang. Sebagai contoh; Nabi Adam dan Siti Hawa a.s pada awal lagi mereka malu untuk mendedahkan aurat masing-masing lantas apabila terdedah cepat-cepat mereka tutup dengan daun anggota tertentu.


فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ ۚ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ ۖ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَنْ تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُلْ لَكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُبِينٌ


Malsudnya:"Maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?". Al-A’raf Ayat 22


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


اَلْـحَيَاءُ لاَ يَأْتِيْ إلاَّ بِخَيْرٍ.


Maksudnya:“Malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan”. Bukhari(6117)


2- Malu كسب, iaitu malu yang diusahakan. Pada asalnya malu bukanlah bersifat diusahakan namun untuk menyempurnakannya ia boleh diusahakan. Contohnya hasil usaha dan kajian yang membentuk sifat makrifatullah, iaitu menjadikan seseorang itu malu kerana takut akan keesaan Allah Subhanahuwata'ala. Malu إيمانِ ini dapat mencegah seseorang itu daripada membuat dosa.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ


Maksudnya : Dan orang-orang yang bermuhajadah pada jalan Kami (Allah) pasti Kami akan tunjukkan (hidayahkan) kepada mereka jalan-jalan (yang membawa kepada mengenal dan mencapai keredaan) Kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya". Al-`Ankabut 69.


Malu yang diusahakan juga merupakan asas yang kuat untuk membentuk iman yang utuh. Allah Subhanahuwata'ala mengkhususkan sifat malu ini kepada manusia agar mereka terhindar dari keburukan dan kehinaan agar mereka tidak sama seperti binatang yang menerkam segala yang diingininya tanpa rasa malu.


Contohnya ialah apa yang dialami oleh Abu Sufyan ketika bersama Heraklius ketika ia ditanya tentang Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam , Abu Sufyan berkata,


فَوَ اللهِ ، لَوْ لاَ الْـحَيَاءُ مِنْ أَنْ يَأْثِرُوْا عَلَيَّ كَذِبًا لَكَذَبْتُ عَلَيْهِ.


Maksudnya:“Demi Allah Azza wa Jalla , kalau bukan ketana rasa malu yang menjadikan aku khawatir dituduh oleh mereka sebagai pendusta, nescaya aku akan berbohong kepadanya (tentang Rasulullah Sallallahu‘alaihwasallam)". Bukhari(67)


Diantara keutamaan Iman:


1- Malu adalah salah satu daripada cabang-cabang Iman:


Sifat malu merupakan salah satu daripada sifat yang terpuji dan ia merupakan salah satu daripada cabang-cabang iman sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith yang sahih, antaranya,


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


وَالحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ


Maksudnya: “Malu itu adalah sebahagian daripada keimanan". Bukhari (9)


Syeikh Mustafa al-Bugha ketika memberikan ta’liq pada hadith ini, beliau mengatakan bahawa malu itu adalah satu sifat yang di dalam diri manusia dan sifat terebut akan mendorong manusia untuk melakukan perkara-perkara terpuji serta meninggalkan apa yang dicela dan mengaibkan.


2-Malu sebagai pencegah tuannya dari melakukan maksiat.


Ada seorang Sahabat Radhiyallahu anhu yang mengecam saudaranya dalam masalah malu dan ia berkata kepadanya, “Sungguh, malu telah merugikanmu.” Kemudian Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


دَعْهُ ، فَإِنَّ الْـحَيَاءَ مِنَ الإيْمَـانِ.


Maksudnya:"Biarkan dia, kerana malu termasuk iman". Bukhari(24,6118)


Abu ‘Ubaid al-Harawi  rahimahullah berkata, “Maknanya, bahawa orang itu berhenti dari perbuatan maksiatnya kerana rasa malunya, sehingga rasa malu itu seperti iman yang mencegah antara dia dengan perbuatan maksiat".Fathul Bâri (X/522).


3-Malu pada hakikatnya tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan.


Malu mengajak tuannya agar menghias diri dengan  sifat mulia dan menjauhkan diri dari sifat-sifat yang hina.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


اَلْـحَيَاءُ لاَ يَأْتِيْ إِلاَّ بِخَيْـرٍ.


Maksudnya:"Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata".Muttafaq ‘alaihi


Dalam riwayat Muslim menyebutkan,


اَلْـحَيَاءُ خَيْرٌ كُلُّهُ.


Maksudnya:"Malu itu kebaikan seluruhnya". Muslim (35), Abu Daud ( 4676),


4-Allah Subhanahuwata'ala cinta kepada orang-orang yang malu.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ حَيِيٌّ سِتِّيْرٌ يُـحِبُّ الْـحَيَاءَ وَالسِّتْرَ ، فَإِذَا اغْتَسَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَتِرْ.


Maksudnya"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla Maha Pemalu, Maha Menutupi, Dia mencintai rasa malu dan ketertutupan. Apabila salah seorang dari kalian mandi, maka hendaklah dia menutup diri". Abu Daud(4012)


5-Malu adalah akhlak Islam.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


إِنَّ لِكُلِّ دِيْنٍ خُلُقًا وَخَلُقُ اْلإِسْلاَمِ الْـحَيَاءُ.


Maksudnya"Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu". Ibnu Majah(4181)


6-Malu akan menghantarkan seseorang ke Syurga.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


اَلْـحَيَاءُ مِنَ اْلإِيْمَانِ وَ َاْلإِيْمَانُ فِـي الْـجَنَّةِ ، وَالْبَذَاءُ مِنَ الْـجَفَاءِ وَالْـجَفَاءُ فِـي النَّارِ.


Maksudnya:"Malu adalah bahagian dari iman, sedang iman tempatnya di Syurga dan perkataan kotor adalah bahagian dari tabiat kasar, sedang tabiat kasar tempatnya di Neraka". Ahmad (11/501)


7-Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam adalah sosok insan yang sangat pemalu


Allah Subhanahuwata'ala berfirman :


 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَنْ يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَىٰ طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ وَلَٰكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا وَلَا مُسْتَأْنِسِينَ لِحَدِيثٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكُمْ كَانَ يُؤْذِي النَّبِيَّ فَيَسْتَحْيِي مِنْكُمْ ۖ وَاللَّهُ لَا يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali bila kamu diizinkan untuk Makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu diundang Maka masuklah dan bila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa asyik memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi lalu Nabi malu kepadamu (untuk menyuruh kamu keluar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar". Al-Ahzab ayat 53.


Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu anhu berkata,


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَشَدَّ حَيَاءً مِنَ الْعَذْرَاءِ فِـيْ خِدْرِهَا.


Maksudnya:Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam lebih pemalu daripada gadis yang dikurung di kamarnya". Bukhari(6119)


8-Malu adalah akhlak para Malaikat.

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


أَلاَ أَسْتَحْيِ مِنْ رُجُلٍ تَسْتَحْيِ مِنْهُ الْـمَلاَ ئِكَةُ.


Maksudnya:“Apakah aku tidak patut merasa malu terhadap seseorang, padahal para Malaikat merasa malu kepadanya". Muslim(2401)


Sifat malu termasuk di dalam sifat-sifat yang terpuji dan ia merupakan lambang kesempurnaan seseorang itu. Akan tetapi, di dalam konteks pelajaran atau bertanya berkaitan sesuatu perkara yang melibatkan urusan agama, maka sifat malu itu perlu diketepikan kerana agama menuntut sedemikian melainkan sekiranya terdapat keuzuran sehingga menyebabkan kita terpaksa mewakilkan seseorang untuk bertanya. 


Ummul Mukminin ‘Aisyah  radhiyallâhu ‘anha pernah berkata tentang sifat para wanita Anshar,


نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ اْلأَنْصَارِ ، لَـمْ يَمْنَعْهُنَّ الْـحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِـي الدِّيْنِ.


Maksudnys:"Sebaik-baik wanita adalah wanita Anshar. Rasa malu tidak menghalangi mereka untuk memperdalam ilmu Agama". Riwayat Bukhari dalam kitab al-‘Ilmu bab al-Haya’ fil ‘Ilmi secara mu’allaq.


Para wanita Anshar  selalu bertanya kepada Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam jika ada permasalahan agama yang masih rumit bagi mereka. Rasa malu tidak menghalangi mereka demi menimba ilmu yang bermanfaat.


Malu yang menyebabkan seseorang itu menyia-nyiakan hak bukanlah malu yang disyari’atkan bahkan ianya adalah malu yang dicela,di sana terdapat kata-kata daripada tokoh Tabi’in yang terkenal iaitu Imam Mujahid iaitu:


لَا يَنَالُ الْعِلْمَ حَيِيٌّ وَلَا مُسْتَكْبِرٌ


Maksudnya: “Ilmu tidak akan diperolehi bagi orang malu dan juga orang yang sombong". Ibnu ‘Abdil Barr dalam al-Jami’ bayanil ‘Ilmi wa Fadhlihi (I/534-535, no. 879).


Di antara sifat malu yang tercela adalah malu untuk menuntut ilmu syar’i, malu mengaji, malu membaca Al-Qur-an, malu melakukan amar ma’ruf nahi munkar yang menjadi kewajipan seorang Muslim, malu untuk solat berjamaah di masjid bersama kaum muslimin, malu memakai pakaian Muslimah yang syar’i, malu mencari nafkah yang  halal untuk keluarganya bagi laki-laki, dan seumpamanya. Sifat malu seperti ini tercela kerana akan menghalanginya memperoleh kebaikan yang sangat besar.


Sesungguhnya, apabila seseorang itu bertambah kuat rasa malunya maka ia akan melindungi kehormatannya, mengubur sedalam-dalam keburukkannya, dan menyebarkan kebaikan-kebaikannya.


Sebaliknya pula sesiapa yang hilang rasa malunya, pasti hilang pula kebahagiaannya; siapa yang hilang kebahagiaannya, pasti akan hina dan dibenci oleh manusia; siapa yang dibenci manusia pasti ia akan disakiti; siapa yang disakiti pasti akan bersedih; siapa yang bersedih pasti memikirkannya; siapa yang fikirannya tertimpa ujian, maka sebahagian besar ucapannya menjadi dosa baginya dan tidak mendatangkan pahala. 


Sesungguhnya, tidak ada ubat bagi orang yang tidak memiliki rasa malu, tidak ada rasa malu bagi orang yang tidak memiliki sifat setia dan tidak ada kesetiaan bagi orang yang tidak memiliki kawan. Siapa yang sedikit rasa malunya, ia akan berbuat sekehendaknya dan mengucapkan apa saja yang disukainya.


عَنْ أَبِي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِي الْبَدْرِي رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى، إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ.  


Maksudnya:"Dari Abu Masud ‘Uqbah bin ‘Amr al-Anshari al-Badri radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, ‘Sesungguhnya salah satu perkara  yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah, ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu".  Bukhari (3483, 3484, 6120).


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِذَا أَرَادَ أَنْ يُهْلِكَ عَبْدًا نَزَعَ مِنْهُ الْحَيَاءَ فَإِذَا نَزَعَ مِنْهُ الْحَيَاءَ لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا مَقِيتًا مُمَقَّتًا فَإِذَا لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا مَقِيتًا مُمَقَّتًا نُزِعَتْ مِنْهُ الْأَمَانَةُ فَإِذَا نُزِعَتْ مِنْهُ الْأَمَانَةُ لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا خَائِنًا مُخَوَّنًا فَإِذَا لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا خَائِنًا مُخَوَّنًا نُزِعَتْ مِنْهُ الرَّحْمَةُ فَإِذَا نُزِعَتْ مِنْهُ الرَّحْمَةُ لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا رَجِيمًا مُلَعَّنًا فَإِذَا لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا رَجِيمًا مُلَعَّنًا نُزِعَتْ مِنْهُ رِبْقَةُ الْإِسْلَامِ


Maksudnya:"Daripada Ibnu Umar, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: Sesungguhnya apabila Allah hendak membinasakan seorang hamba maka Allah akan mencabut rasa malu darinya, apabila rasa malu sudah dicabut darinya maka dia akan selalu bertemu dengan orang yang memuakkan dan suka menebar kebencian.


Apabila ia sudah sering bertemu dengan orang seperti itu, maka sifat amanah pada dirinya akan hilang. Apabila sifat amanah telah dicabut darinya, maka dia akan selalu bertemu dengan orang yang suka berkhianat (menipu) dan dikhianati (ditipu).


Jika dia sudah sering bertemu dengan orang seperti itu maka akan dicabut darinya sifat kasih sayang, dan apabila dicabut darinya sifat kasih sayang maka dia akan selalu bertemu dengan orang yang terlaknat. Dan apabila dia sudah sering bertemu dengan orang yang terlaknat, maka ikatan Islam akan terlepas daripadanya". Ibnu Majah  (4044)


Bermula dari rasa malu yang dicabut, ia boleh sahaja melarat kepada perkara yang lebih besar dari itu.


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menyebut:


إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَافْعَلْ مَا شِئْتَ


Maksudnya:"Sesungguhnya di antara perkara yang didapatkan manusia dari perkataan para Nabi ialah; ‘Jika kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu mahu”.Bukhari (3224).


Lawan dari malu adalah tidak tahu malu (muka tembok), ia adalah perangai yang membawa tuannya melakukan keburukan dan tenggelam di dalamnya serta tidak malu melakukan maksiat secara terang-terangan. Padahal Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,

كُلُّ أُمَّـتِيْ مُعَافًى إِلاَّ الْـمُجَاهِرِيْنَ.


Maksudnya:"Setiap umatku pasti dimaafkan, kecuali orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan.” Bukhari (6096)

Wednesday, October 5, 2022

Mengingati mati mengidupkan hati

Mengingati mati mengidupkan hati

Nabi Sallallahu'alaihiwasallam banyak membicarakan tentang kematian kepada para sahabat, sehingga keadaan hati mereka hidup.

Keadaan ini sangat berbeza dengan realiti zaman sekarang. Berapa banyak acara yang dibuat dan usaha yang dirancang untuk mengalih perhatian manusia dari kematian. Padahal kita sangat memerlukannya untuk menyedarkan kita dari kelalaian dan melembutkan hati yang sudah mengeras. 

Jika kita mahu menjawab dengan jujur, siapakah yang lebih memerlukan  pembicaraan tentang kematian, kita ataupun para sahabat Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam? Jawabnya, sudah tentulah kita.


Kematian adalah suatu peristiwa atau kejadian yang amat mengerikan. Peristiwa yang memutuskan seluruh kesenangan dan mengubur seluruh angan-angan. Kematian bererti berpisah dengan orang-orang yang dicintai. Kematian memutus kesempatan beramal, dan menghantarkan ke gerbang hisab.


Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam telah menasihati kita dengan nasihat yang menyentuh hati. Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :


أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ : الْمَوْتَ , فَإِنَّهُ لَمْ يَذْكُرْهُ أَحَدٌ فِيْ ضِيْقٍ مِنَ الْعَيْشِ إِلاَّ وَسَّعَهُ عَلَيْهِ , وَلاَ ذَكَرَهُ فِيْ سَعَةٍ إِلاَّ ضَيَّقَهَا عَلَيْهِ


Maksudnya:"Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu kematian. Kerana kematian itu, jika diingat oleh orang yang sedang dalam kesusahan hidup, maka akan dapat meringankan kesusahannya. Dan jika diingat oleh orang yang sedang senang, maka akan dapat membatasi kebahagiaannya itu". . Riwayat ath-Thabrani dan al-Hakim


Mengingat kematian juga dapat menghidupkan hati. Orang yang benar-benar malu terhadap Allah Subhanahuwata'ala tidak akan melalaikan kematian serta tidak akan meremehkan persiapan menghadapi kematian. Sebagaimana disebutkan dalam hadith,


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَحْيُوا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ قَالَ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَسْتَحْيِي وَالْحَمْدُ لِلَّهِ قَالَ لَيْسَ ذَاكَ وَلَكِنَّ الِاسْتِحْيَاءَ مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ أَنْ تَحْفَظَ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى وَلْتَذْكُرْ الْمَوْتَ وَالْبِلَى وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ تَرَكَ زِينَةَ الدُّنْيَا فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ اسْتَحْيَا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ


Maksudnya:"Dari ‘Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda: “Hendaklah kamu benar-benar malu kepada Allah!”. Kami mengatakan, “Wahai Rasulullah, al-hamdulillah kami malu (kepada Allah)”. Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, “Bukan begitu (sebagaimana yang kamu sangka). Tetapi (yang dimaksudkan) benar-benar malu kepada Allah adalah engkau menjaga kepala dan isinya, menjaga perut dan apa yang berhubungan dengannya; dan hendaklah engkau mengingat kematian dan kebinasaan. Dan barangsiapa menghendaki akhirat, dia meninggalkan perhiasan dunia. Barangsiapa telah melakukan itu, bererti dia telah benar-benar malu kepada Allah Azza wa Jalla". Riwayat Tirmizi (2458); Ahmad (3662).


Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam tidak membiarkan kesempatan berlalu begitu saja. Bila ada kesempatan, Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam akan mengingatkan para sahabatnya tentang kematian dan berbagai rentetan persistiwa yang akan mengiringinya.


عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي جِنَازَةٍ فَجَلَسَ عَلَى شَفِيرِ الْقَبْرِ فَبَكَى حَتَّى بَلَّ الثَّرَى ثُمَّ قَالَ يَا إِخْوَانِي لِمِثْلِ هَذَا فَأَعِدُّوا


Maksudnya:"Dari al-Bara’ Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Kami bersama Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam pada (penguburan) suatu jenazah, lalu Beliau Sallallahu‘alaihiwasallamam duduk pada tepi kubur, kemudian beliau menangis sehingga tanah menjadi basah, lalu beliau bersabda: “Wahai saudara-saudaraku! Bersiap-siaplah untuk yang seperti ini !”. Riwayat Ibnu Mâjah (4190)


Ziarah kubur, menyaksikan jenazah, melihat orang sakarat, merenungkan peristiwa sakaratul maut, merenung wajah mayat setelah matinya, akan mengekang jiwa dari berbagai kesenangannya serta akan mengusir kegembiraan hati.


Orang yang mempersiapkan diri menghadapi kematian, dia akan beramal dengan bersungguh-sungguh dan memendekkan angan-angan. Orang yang hidup dengan sentiasa mewaspadai akhir kehidupannya, dia akan menjalani kehidupan dengan mempersiapkan diri, sehingga ketika kematian menjelang, dia tidak menyesal atau kalau pun menyesal tetapi tidak keterlaluan.


Kehidupan di dunia ini terbatas waktunya dan pasti akan berakhir. Orang-orang soleh akan mati, begitu juga orang-orang jahat. Orang-orang bertaqwa akan meninggal, begitu juga yang bergelumang dengan dosa.


Para pahlawan dan mujahid, para penakut dan orang yang lari meninggalkan medan jihad, semua akan mati. Orang-orang mulia yang hidup untuk akhirat dan orang-orang tamak yang hidupnya hanya untuk kesenangan dunia, semuannya tidak akan luput dari kematian.


Orang-orang yang memiliki cita-cita tinggi atau hidup hanya untuk syahwat dan perut, semuanya pasti dicabut nyawanya.


Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ


Maksudnya:"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati". Ali Imran ayat 185.


Semua makhluk yang bernyawa akan mengalami kematian. Ia merupakan hakikat, namun manusia selalu berusaha untuk lari darinya. Kematian merupakan hakikat yang boleh menundukkan:


-Keangkuhan orang-orang yang bersombong

-Penentangan orang-orang yang menyimpang.

-Kezaliman para thagut yang mengangkat dirinya sebagai tuhan yang harus ditaati.


Kematian merupakan hakikat yang akan dialami oleh semua yang bernyawa, bahkan para Nabi dan Rasul. Allah berfirman.


وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِنْ قَبْلِكَ الْخُلْدَ ۖ أَفَإِنْ مِتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ


Maksudnya:"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad); Maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?". Al-Anbiya’ ayat 34


Kematian merupakan realiti yang terdengar sepanjang zaman dan di setiap tempat. Dia terdengar di telinga Dan masuk ke pemikiran semua orang yang berakal dan mengetuk hati semua orang yang hidup. Dia membisikan bahawa semua orang akan mati, kecuali Zat yang memiliki kemuliaan dan keperkasaan.


كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ


Maksudnya:"Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Al-Qashash ayat 88


Kematian merupakan realiti yang tidak mungkin dapat dihindari. Allah Subhanahuwata’ala berfirman.


قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ


Maksudnya"Katakanlah, “Sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. Al-Jum’ah ayat 8


Kematian itu pasti akan menemui kamu, walaupun di mana saja kamu berada. Orang-orang kuat,orang muda, orang cerdas dan genius, pemimpin,pembesar,orang fakir dan rakyat jelata semua akan mati

Orang yang menangis kerana kematian orang yang dicintai, dia juga akan membuat orang lain menangis ketika mana dia mati. Semua pembawa berita kematian, dia juga akan diberitakan kematiannya. Semua harta simpanan akan binasa. Semua yang disebut-sebut akan dilupakan.


Tidak ada yang kekal selain Allah.Jika ada orang yang merasa tinggi, maka Allâh Subhanahuwata’ala lebih tinggi.


كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ.وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ


Maksudnya:"Semua yang ada di bumi itu akan binasa.Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan". Al-Rahman ayat 26-27


Orang yang hidup pasti akan mati dan orang yang mati akan hilang dari kehidupan. Semua yang akan datang pasti akan tiba waktunya. Kehidupan yang hakiki akan dimulai setelah kematian. Persiapkanlah segala sesuatu untuk bekal menjalani kehidupan yang sebenarnya. Amal kebaikan, itulah bekal menghadap Allah Azzawajalla.


مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ


Maksudnya:"Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allâh itu, pasti datang. Al-Ankabut 5



Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...