Sunday, February 28, 2021

Vaksin Covic 19 moga hidup kembali ceria آمين

Vaksin Covic 19 moga hidup kembali ceria آمين

Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Maksudnya:"Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu". Al-Baqarah ayat 29


Ilmu pengubatan berserta segala media dan perkaranya termasuk cara pelaksanaannya diciptakan oleh Allah Subhanahuwata'ala tidak hanya untuk kaum Muslimin, tetapi untuk kepentingan seluruh umat manusia. Ingatlah Islam adalah agama dan ideologi yang sempurna, dibawa oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bukan hanya kepada orang sihat, tapi juga kepada yang sakit. Kepercayaan terhadap berbagai jenis ubat (madu, habatussauda, zaitun dan lain-lain) serta metod pengubatan (al-Quran, berbekam, ruqyah dan lain-lain) yang telah diajar oleh Rasulullah  Sallallahu'alaihiwasallam sebagai metod terbaik untuk mengatasi berbagai macam  penyakit. 


Faktanya, kenyataan  yang harus disedari oleh  manusia, apabila Allah Subhanahuwata'ala dan Rasul-Nya secara jelas  dan tegas menetapkan suatu penjelasan, termasuk dalam memberikan petunjuk pengubatan. Bukan sahaja petunjuk tentang kehidupan dan tata cara  ibadat kepada Allah Subhanahuwata'ala, tetapi juga memberikan banyak  petunjuk praktis yang dapat digunakan untuk menjaga keselamatan lahir dan batin, termasuk berkaitan dengan terapi, pengurusan penyakit atau pengubatan secara holistik. Petunjuk praktis dan kaedah medik tersebut sangat banyak dicontohkan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dan diajarkan kepada para sahabatnya. Bagi kaum Muslimin, dapat mengembangkan menjadi suatu sistem dan metod pengubatan yang tiada tandingan, di situlah akan  terlihat hubungan erat antara sistem pengubatan Ilahi dengan sistem pengubatan manusia. 

Namun, tentu semua jenis pengubatan dan ubat-ubatan tersebut  hanya terasa khasiatnya bila disertai dengan keyakinan terhadap janji Allah mengenai penyakit dan ubat melalui lidah Nabi Sallallahu'alaihiwasallam. Dinyatakan oleh Ibnu Qayyim: “Bahawa keyakinan adalah doa.” Dengan pengubatan yang tepat, dos yang sesuai disertai doa dan keyakinan (spiritual healing), tidak ada penyakit tidak boleh diubati, kecuali penyakit membawa kepada kematian.


Keyakinan terhadapn janji Allah Subhanahuwata'ala yang akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan. Sebagaimana yang disebut oleh hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً


Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawa".[Riwayat al-Bukhari (5678).


Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّ اللهَ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ، خَلَقَ الدَّوَاءَ، فَتَدَاوَوْا


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu”. Riwayat Ahmad (12596)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]


Meneliti kepada lafaz-lafaz hadith berkaitan penyakit dan ubat , maka dapat diketahui bahawa yang dimaksudkan dengan diturunkan di dalam hadith ini ialah diturunkan ilmu berkaitan penyakit tersebut melalui Jibril kepada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam atau ia difahami dengan diturunkan kemampuan untuk menghasilkan ubat. Hadith-hadith ini juga menunjukkan keterikatan dalam perubatan ini hanya dengan perkara yang halal sahaja. Maka dengan itu, tidak dibenarkan bagi seseorang itu untuk berubat dengan perkara-perkara yang haram sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani. [Lihat: Fath al-Bari, 10/135]


Dimana keterikatan antara dalil ubat dan dalil kitab tidak dibenarkan untuk  berubat dengan perkara yang haram atau kotor adalah:


Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلَا تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram.” [Riwayat Abu Daud (3874)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]


Manakala di dalam sebuah hadith yang lain pula:


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الدَّوَاءِ الْخَبِيثِ


Maksudnya: “ Nabi melarang daripada berubat dengan ubat yang kotor.” [Riwayat Ahmad (8048)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah hasan]


Di dalam kitab al-Majmu’ dinyatakan bahawa larangan tersebut (berubat dengan yang haram dan najis) ialah jika tidak ada keperluan untuk menggunakan ubat-ubatan yang haram dan najis kerana masih terdapat ubat yang suci. [Lihat: al-Majmu’, 9/58].


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ


بسم الله الشافي. بسم الله الكافي.بسم الله المعافي

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم


Dari Usman bin Affan R.A., 


وَعَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – : (( مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ : بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ ، ثَلاثَ مَرَّاتٍ ، إِلاَّ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ )) . رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ وَالتِّرْمِذِيُّ ، وَقَالَ : (( حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ ))


Maksudnya:" Dari ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, “Tidaklah seorang hamba mengucapkan setiap pagi dari setiap harinya dan setiap petang dari setiap malamnya kalimat: بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ (dengan nama Allah Yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan di bumi dan tidak juga di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka tidak akan ada sesuatu pun yang akan membahayakannya". Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Tirmizi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih). Abu Daud (5088); Tirmidzi(3388); Ibnu Majah (3388). 





Sunday, February 21, 2021

Gelapnya kubur dan amalan-amalan yang menyelamatkan dari Azab dan gelapnya kubur.

Gelapnya kubur dan amalan-amalan yang menyelamatkan dari Azab dan gelapnya kubur. 


Gelapnya alam kubur, sebagaimana dinyatakan hadith berikut; 


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ امْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَتْ تَقُمُّ الْمَسْجِدَ – أَوْ شَابًّا – فَفَقَدَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَ عَنْهَا – أَوْ عَنْهُ – فَقَالُوا مَاتَ. قَالَ « أَفَلاَ كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِى ». قَالَ فَكَأَنَّهُمْ صَغَّرُوا أَمْرَهَا – أَوْ أَمْرَهُ – فَقَالَ « دُلُّونِى عَلَى قَبْرِهِ ». فَدَلُّوهُ فَصَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ قَالَ « إِنَّ هَذِهِ الْقُبُورَ مَمْلُوءَةٌ ظُلْمَةً عَلَى أَهْلِهَا وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُنَوِّرُهَا لَهُمْ بِصَلاَتِى عَلَيْهِمْ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahawa seorang wanita hitam atau seorang pemuda- biasanya menyapu masjid Nabawi pada masa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam tidak mendapatinya sehingga beliau Sallallahu‘alaihiwasallam menanyakannya. Para sahabat menjawab, ‘Dia telah meninggal’. Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam berkata, ‘Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku?’ Abu Hurairah berkata, ‘Seolah-olah mereka menganggap remeh urusan kematiannya". Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, ‘Tunjukkan kuburnya kepadaku’. Lalu mereka menunjukkannya, beliau pun kemudian mensolati wanita itu, lalu bersabda, “Sesungguhnya kuburan-kuburan ini dipenuhi kegelapan bagi para penghuninya, dan sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menyinarinya bagi mereka dengan solatku terhadap mereka". Riwayat Bukhari (458) dan Muslim (956).


Ibnu Hajar menjelaskan dalam Fathul Bari (2/99), hadith wanita kulit hitam ini tidak diragukan lagi (dikuatkan oleh banyak riwayat). Ia diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan juga Baihaqi. Baihaqi menamakan wanita itu dengan Ummu Mahjan.


Antara Amalan-Amalan Penghalang Daripada Azab Kubur


Beberapa amalan yang boleh kita sama-sama praktikkan bersumberkan daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih agar sama-sama dapat kita perolehi manfaat seterusnya mengamalkannya. Antara amalan-amalan tersebut ialah:


1-Iman & Beramal Soleh


Beriman dan juga beramal soleh adalah antara wasilah yang paling utama untuk menghindari azab kubur. Firman Allah Subhanahuwata'ala:


يُثَبِّتُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱلۡقَوۡلِ ٱلثَّابِتِ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِۖ وَيُضِلُّ ٱللَّهُ ٱلظَّٰلِمِينَۚ وَيَفۡعَلُ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ 


Maksudnya: Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya".Ibrahim ayat 27.


Al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah di dalam tafsirnya, Tafsir al-Quran al-‘Azim menukilkan kata-kata Sufyan al-Thauri Rahimahullah yang mana beliau mengatakan bahawa ayat di atas berkaitan dengan azab kubur. Lihat Ibn Kathir. Tafsir al-Quran al-‘Azim. Dar Tayyibah, (4/496)


Allah Subhanahuwata'ala menetapkan pendirian orang yang beriman dengan hati yang sempurna iaitu mereka yang melazimi amal perbuatan yang membuahkan hasil (amal soleh) dan Allah Subhanahuwata'ala menetapkan mereka pada kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Apabila matinya mereka di pengakhiran, akan tetap di atas Islam dan memperoleh husnul khatimah dan di dalam kubur, ketika di soal oleh dua malaikat, dapat menjawabnya dengan jawapan yang sahih. 

Lihat Abd al-Rahman al-Sa’di. Tafseer al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan. Muassasah al-Risalah, hlm. 425.


2-Menjaga Sempadan (al-Ribat) Pada Jalan Allah Subhanahuwata'ala. 


Iaitu mereka yang berterusan menjaga sempadan pada jalan Allah Subhanahuwata'ala dan bersabar di atasnya. Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Fadalah bin ‘Ubaid RA bahawasanya Rasulullah Sallahuala'ihiwasallam telah bersabda:


كُلُّ الْمَيِّتِ يُخْتَمُ عَلَى عَمَلِهِ، إِلاَّ الْمُرَابِطَ فَإِنَّهُ يَنْمُو لَهُ عَمَلُهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَيُؤَمَّنُ مِنْ فَتَّانِ الْقَبْرِ


Maksudnya: Setiap yang mati, maka amalannya telah ditutupi kecuali bagi al-Murabit (orang yang menjaga sempadan di jalan Allah Subhanahuwata'ala). Sesungguhnya amalannya akan terus bertambah sehingga hari akhirat dan selamat dari fitnah kubur.

Riwayat Abu Daud (2500) & Al-Tirmizi (1621). Status: Sahih


3-Melazimi Bacaan Surah al-Mulk


Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma yang mana beliau meriwayatkan:


ضَرَبَ بَعْضُ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم خِبَاءَهُ عَلَى قَبْرٍ وَهُوَ لاَ يَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ حَتَّى خَتَمَهَا فَأَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكُ حَتَّى خَتَمَهَا ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏هِيَ الْمَانِعَةُ هِيَ الْمُنْجِيَةُ تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ


Maksudnya: Telah mendirikan khemah sebahagian sahabat Nabi Sallahuala'ihiwasallam di atas kubur dan mereka tidak mengetahui yang terdapatnya kubur di situ dan mereka mendengar ada seseorang (daripada kubur) membaca Surah al-Mulk (Tabarakallah Biyadihi al-Mulk) sehingga tamat. Kemudian lelaki tersebut datang kepada Nabi Sallahuala'ihiwasallam seraya berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah mendirikan khemah di atas kubur yang aku tidak mengetahui akannya dan aku terdengar di dalamnya seseorang membaca Surah al-Mulk sehingga tamat. Maka Rasulullah Sallahuala'ihiwasallam berkata: “Ia (Surah al-Mulk) adalah penghalang, penyelamat daripada azab kubur”.Riwayat Al-Tirmizi (2890)


4-Doa Yang Diajarkan Oleh Nabi Subhanahuwata'ala


Terdapat juga doa yang boleh dijadikan amalan bagi kita yang mana doa ini telah dibacakan oleh Nabi Sallahuala'ihiwasallam dalam memohon agar diri Baginda dilindungi dari fitnah dan azab kubur. Doa Nabi Sallahuala'ihiwasallam tersebut adalah:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon perlindungan kepadamu daripada azab kubur, daripada azab api neraka, daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah masih al-Dajjal”.

Riwayat Al-Bukhari (1377)


Doa ini boleh diamalkan bahkan terdapat banyak lagi riwayat yang sama maknanya dengan doa di atas.


Abu Laist As-Samarqandi mengatakan dalam Tanbihul Ghafilin, barangsiapa yang ingin selamat dari azab kubur hendaknya ia melakukan empat hal ini, kerana itulah yang kelak akan menjadi penerang dalam kubur.


Pertama: Menjaga solat lima waktu. Solat merupakan amalan pertama yang akan diperhitungkan pada hari kiamat. Dalam sebuah hadith dikatakan, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ : قاَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ ، فَإنْ صَلُحَتْ ، فَقَدْ أفْلَحَ وأَنْجَحَ ، وَإنْ فَسَدَتْ ، فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنِ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ ، قَالَ الرَّبُ عَزَّ وَجَلَّ اُنْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ ، فَيُكَمَّلُ مِنْهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ تَكُونُ سَائِرُ أعْمَالِهِ عَلَى هَذَا. رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ.


Maksudnya:"Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Sallahuala'ihiwasallam bersabda, “Sesungguhnya amal yang pertama kali dihisab pada seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Maka, jika solatnya baik, sungguh ia telah beruntung dan berhasil. Dan jika solatnya rosak, sungguh ia telah gagal dan rugi. Jika berkurang sedikit dari solat wajibnya, maka Allah Ta’ala berfirman, ‘Lihatlah apakah hamba-Ku memiliki solat sunat.’ Maka disempurnakanlah apa yang kurang dari solat wajibnya. Kemudian begitu pula dengan seluruh amalnya”. Riwayat al-Tirmizi (413), Ahmad (8017), Abu Daud (864) dan Ibn Majah (1425).


Allah Subhanahuwata'ala telah menyebut di dalam al-Quran tentang kedudukan penghuni neraka yang tidak mengerjakan solat. Firman Allah Subhanahuwata'ala:


مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (٤٢) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (٤٣) وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ (٤٤) وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ (٤٥) وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ (٤٦) حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ (٤٧) فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ


Maksudnya: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat; Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini. Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu". Al-Mudassir ayat 42-48.


Kedua: Sedekah. Setiap insan dianjurkan sedekah menurut kemampuan masing-masing. Sedekah tidak semestinya hanya dengan material. Sedekah boleh dijelmakan dalam bentuk apapun, seperti menolong, mengajarkan ilmu agama, membuang duri di jalan dan  sebagainya. Selain itu sedekah yang manfaatnya terus mengalir bagi orang-orang yang hidup setelah matinya akan menjadi amal jariyah tersendiri dan penerang dalam kubur bagi dimati. Dalam sebuah hadith Nabi bersabda, 


Antara fadhilat sedekah ialah, firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ


Maksudnya: "Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan". Al-Baqarah ayat 265.


Ibn Kathir berkata: Firman Allah Subhanahuwata'ala “كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ” (seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi) Maksudnya seperti sebuah kebun di dataran tinggi. Demikian menurut jumhur ulama'. Rabwah bermaksud tanah tinggi. Ibn Abbas dan al-Dahhak menambah, padanya mengalir sungai-sungai. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/328)


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah Sallahuala'ihiwasallam telah bersabda:


إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏


Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." 

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)


Bentuk-bentuk Sedekah Jariyah


Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi Sallahuala'ihiwasallam bersabda:


إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ


Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:


1-Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.

2-Anak soleh yang dia tinggalkan.

3-Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.

4-Masjid yang dibina.

5-Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina

6-Sungai yang dia alirkan.

7-Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.


Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”


Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.


Ketiga:Membaca Al-quran. Perbanyaklah membaca Al-quran sebab ia akan menjadi penolong di hari kiamat. Ia akan datang sebagai penerang di alam kubur sekaligus penghalang dari api neraka. Nabi Sallahuala'ihiwasallam bersabda, 


اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلاَ تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ


Maksudnya : “ Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah Al-Zahrawan iaitu Al-Baqarah dan Ali Imran kerana keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari ataupun seperti burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya membacanya ada berkat dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir tidak akan mampu menandinginya".Riwayat Muslim (1910)


Keempat: Banyak membaca tasbih. Dalam riwayat Imam Thabari, Nabi mengatakan bahawa tasbih dapat meringankan panasnya siksa kubur. Selain itu, bertasbih dapat membuat  timbangan amal di hari kiamat menjadi berat. Nabi bersabda


Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,


كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ


Maksydnya“Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar-Rahman iaitu “سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agong)". Riwayat Bukhari  (6682) dan Muslim (2694)





Sunday, February 14, 2021

Tujuan khusus keberadaan manusia di bumi.

Tujuan khusus keberadaan manusia di bumi. 

1-Menjadi pemakmur bumi. 


Tujuan khusus kita di dunia ini ialah menjadi pemakmur bumi sebagai khalifah sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah Subhanahuwata'ala, 


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ


Maksudnya:"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Al-Baqarah ayat 30.


Menurut ulama tafsir, yang dimaksudkan dengan khalifah ialah Adam a. s. dan zuriatnya, bukan Adam a. s.  sahaja. 


Mengikut pendapat yang paling kuat, khalifah itu ialah khalifah daripada Allah Subhanahuwata'ala, bukan daripada jin atau makhluk yang lain. 


Khalifah bermaksud sesiapa yang menggantikan tempat pihak yang lain atau menjadi penggantinya dalam pelaksanaan hukum-hakam. Allah Subhanahuwata'ala menjadikan seorang khalifah daripada-Nya dalam mengimarahkan bumi serta melaksanakan hukum dengan adil antara makhluk-makhluk-Nya. Tafsir Ibn Kathir, hlm. 109. Al-Tafsir al-Munir, jil. 1,hlm. 136.


Bagi melayakkan manusia untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi,  Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan potensi-potensi aksl, jiwa, dan jasmani serta mengutuskan rasul-Nya untuk memberi petunjuk kepada selurus-lurus jalan kebahagian di dunia dan akhirat. 


وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Maksudnya:"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur". Al-Nahl ayat 78.


اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ قَرَارًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ ۖ فَتَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ


Maksudnya:"Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam. Ghafir/Al-Mu’min Ayat 64.


الَّذِي خَلَقَ فَسَوَّىٰ


Maksudnya:"ang menciptakan, dan menyempurnakan (penciptaan-Nya), Al-A'laa ayat 2.


لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ


Maksudnya:"sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". Al-Tin ayat 4.


هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا


Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.Al-Fath ayat 28.


Justeru itu, kita seperti insan lain, memikul amanah sebagai khalifah kepada Allah Subhanahuwata'ala. Sesungguhnya ilmu dengan disipinnya akan menaikkan martabat kita jika dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. 


Sebenarnya tugas memakmurkan bumi ini bukan terletak pada Adam a. s. sahaja,  malahan anak cucunya, termasuk diri kita, wajib melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dengan kekhalifahan yang sama dengannya. 


Maka urusan kekhalifahan itu tercermin pada penunaian amanah Allah Subhanahuwata'ala dalam perancangan dan pembangunan bagi memakmurkan bumi ini berdasarkan syariat-Nya. Firman Allah Subhanahuwata'ala.,


...هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا…


Maksudnya:"...Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya…., Hud ayat 61.


Ayat di atas bermaksud Allah Subhanahuwata'ala menjadikan kamu pemakmur (pembangun)  yang memakmurkan bumi Dan mengeksploitasikan dengan mengusahakan pertanian, perusahaan, pembinaaan dan galian. Maka keadaan bumi boleh menerima pengimarahan yang bermunafaat untuk manusia. Al-Tafsir al-Munir jil. 6,hlm. 416.


2-Menjadi ahli keluarga penyayang


Tujuan keberadaan seseorang manusia dalam keluarga ialah menjadi ahli keluarga penyayang dalam rangka mewujudkan keluarga sakinah, 


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ


Maksudnya:"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. Al-Rum ayat 21


Dalam kata sakinah mengandungi erti kata tenang, terhormat, aman penuh kasih sayang,mantap dan beroleh pembelaan.ini terhasil daripada kerjasama antara pasangan lelaki dengan perempuan yang saling bertolongan untuk menanggung bebanan hidup. Lalu keluarga itu sentiasa  berada pada asas paling kukuh dan sistem paling sempurna. Lisan al-'Arab jil.13,hlm.213. Al-Tafsir  al-Munir jil.11,hlm.75.


وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ


Maksudnya:"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". Al-Taubah ayat 71.


Dari sini dapat kita fahami keluarga sakinah adalah suatu keadaan yang sangat ideal dalam kehidupan berkeluarga. Sesuatu yang ideal jarang terjadi. Justeru, sakinah tidak terjadi secara mendadak tetapi disokong oleh tiang-tiang penguat yang kukuh, yang memerlukan perjuangan dan waktu pengorbanan terlebih dahulu. 


Kekuarga sakinah adalah merupakan sebahagian (subsistem)  dalam sistem sosial menurut al-Quran, bukanlah seperti sebuah bangunan yang berdiri diatas tanah kosong tanpa asas yang kukuh. Justeru, keluarga sakinan seharusnya menjadi saranan utama setiap keluarga. 


3-Menjadi pembangun masyarakat


Setelah membentuk keluarga dan hidup berkeluarga, seseorang manusia itu perlu bermasyarakat dalam kehidupan sososl dengan menjadi pembangun masyarakat. 


Manusia adalah makhluk sosial sudah tentu menganggap hubungan sosial sangatlah penting dan harus ada interaksi sosial dalam kehidupan ini. 


Sesubgguhnya kehidupan sosial berasaskan wahyu akan mendapat keberkatan dan kemakmuran. 


وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ


Maksudnya:"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya". Al-'Araf ayat 96.


Keberkatan tercermin pada turunnya hujan dan adanya tumbuh-tumbuhan dan berakhirnya kemarau serta kekeringan. Tafsir al-Baghawi. Jil. 3,hlm. 260.


4-Menjadi pembela keamanan sejagat. 


Tujuan manusia berada di dunia ini adalah sebagai pembela keamanan sejagat,  sekalipun itu merupakan sesuatu yang bukan mudah. Ini akan terkaksana dengan kerjasama dan saling tolong-menolong dengan orang lain dalam perkara-perkara yang baik, terutamanya dalam merealisasikan keadilan Dan membenteras kezaliman yang berbagai-bagi bentuk dalam pelbagai bidang kehidupan. 


Hasrat murni dalam pergaulan dan hubungan antarabangsa ini selaras dengan tujuan pengutusan Nabi Muhammmad Sallahu'alaihiwasallam, 


وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ



Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam". Al-Anbiya ayat 107.


Ungkapan رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ (...untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam)  bermaksud rahmat untuk semua manusia. Al-Jami' li Ahkam al-Quran. Jil. 14,hlm. 302 oleh al-Qurtubi. 



 

Friday, February 12, 2021

Bulan Rajab termasuk di dalam bulan-bulan Haram

Bulan Rajab termasuk di dalam bulan-bulan Haram. 

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam. Tambahan pula, Allah Subhanahuwata'ala juga berfirman berkaitan bulan Haram ini di dalam surah al-Taubah:


Firman Allah Subhanahuwata'ala:


إنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ


Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”. [al-Taubah:36]


Al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain.

[Tafsir Ibn Kathir, 4:130

Definisi Bulan Haram


Bulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab. Hal ini disebut di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ


Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah Subhanahuwata'ala menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”. [Riwayat al-Bukhari (4054)]


Antara makna hadith ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani bahawa bulan-bulan ini kembali kepada asalnya serta menghapuskan al-Nasi’ (penangguhan). Telah berkata al-Khattabi bahawa mereka (orang jahiliyyah) berselisih di antara bulan-bulan dalam satu tahun pada menghalalkan, mengharamkan, menpercepatkan, melambatkan berdasarkan sebab-sebab yang datang kepada mereka. Antaranya, bagi mempercepatkan peperangan maka mereka menghalalkan bulan haram kemudian mereka mengharamkannya pada bulan yang lain iaitu selain daripada bulan haram. [Lihat: Fath al-Bari, 325/8]


Definisi Rejab


Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya. Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان). [Lihat: Mukhtar al-Shihah, 118] Di samping itu, Rejab merupakan bulan ke tujuh daripada Tahun Hijri dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya. Bulan ini datang selepas daripada Jumadi al-Akhir dan selepasnya adalah Sya’ban.


Kabilah Bani Mudhar


Syeikh Mustafa al-Bugho mengatakan Rejab Mudhor ini dinisbahkan kepada Bani Mudhor kerana kabilah ini amat menjaga akan pengharaman bulan tersebut berbanding bulan-bulan lain ketika menta’liqkan hadith ini di dalam Sahih al-Bukhari.


Fatwa Ulama’-Ulama’ Berkaitan Puasa Rejab


Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah [Lihat: al-Mausu’ah al-Kuwaitiyyah, 95/28] mengatakan bahawa jumhur ulama’ daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah dan al-Syafieyyah mengatakan sunat berpuasa pada bulan-bulan Haram. Ini kerana, mereka berdalilkan dengan sebuah hadith daripada Imam Muslim:


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

أَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ، وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، صِيَامُ شَهْرِ اللهِ الْمُحَرَّمِ


Maksudnya: “Sebaik-baik solat selepas daripada solat fardhu adalah solat malam dan sebaik-baik puasa selepas daripada Ramadhan adalah puasa pada  bulan Allah al-Muharram”. [Riwayat Muslim (1163)]


Akan tetapi, mereka mengatakan berpuasa pada bulan Rejab sahaja adalah makruh berdalilkan dengan sebuah hadith di dalam Sunan Ibn Majah:


Daripada Abdullah bin Abbas RA berkata:

 

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ رَجَبٍ


Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW melarang berpuasa pada bulan Rejab”. [Riwayat Ibn Majah (1743)][Imam al-Syaukani [Lihat: Nail al-Authar 293/4 ]mengatakan hadith ini terdapat dua orang perawi yang dhaif iaitu Zaid bin Abd al-Hamid dan Daud bin Atha’][Hadith ini adalah dhaif jiddan (teramat lemah)]


Ini kerana, jika seseorang itu berpuasa pada bulan Rejab sahaja maka ia menunjukkan seakan-akan mereka ini menghidupkan syiar (lambang) golongan Jahiliyyah pada masa lalu yang memuliakan bulan ini. Walaupun begitu, larangan atau pemakruhan ini akan hilang jika seseoang itu berbuka pada salah satu hari daripada bulan tersebut (tidak berpuasa penuh) atau berpuasa pada bulan yang lain daripada tahun tersebut dan tidak semestinya terus selepas daripada Rejab.


Pendapat para ulama’ berkaitan kelebihan bulan Rejab, Antaranya ialah:


Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]


Imam al-Syaukani pula berkata: “Tidak ada disebut berkaitan amalan pada bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan juga yang dhaif (dhaif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat dhaif”. [al-Sail al-Jarrar, 297]


Imam Ibn Rejab berkata: “Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang khusus daripada Nabi Sallahu'alaihiwasallam dan juga tidak ada yang khusus daripada sahabat Baginda Sallahu'alaihiwasallam”. [Faidh al-Qadhir, 210/4]


Hadith-Hadith Tidak Sahih Berkaitan Bulan Rejab


Antara hadith-hadith yang tidak sahih berkaitan bulan Rejab:


Dikatakan bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

فَضْلُ شَهْرِ رَجَبٍ عَلَى الشُّهُورِ كَفَضْلِ الْقُرْآنِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ


Maksudnya: “Kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain adalah seperti kelebihan al-Qur’an berbanding semua jenis kalam”.


Hadith ini palsu dan ini juga merupakan pendapat Imam Ibn Hajar di dalam al-Tabyin. [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 85/2]


Dikatakan bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

لَا تَغْفَلُوا عَنْ أَوَّلِ جُمُعَةٍ مِنْ رَجَبٍ فَإِنَّهَا لَيْلَةٌ تُسَمِّيهَا المَلَائِكَةُ الرَّغَائِب


Maksudnya: “Janganlah kamu lalai pada Jumaat yang pertama daripada bulan Rejab kerana sesungguhnya terdapat padanya satu malam yang dinamakan oleh malaikat sebagai al-Raghaib”.


Hadith ini dusta keseluruhannya menurut Ibn al-Qayyim. [Lihat: al-Manar al-Munif, 95]


Dikatakan bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

إِنَّ فِيْ الجَنَّةِ نَهْرًا يُقَالُ لَهُ رَجَب مَاؤُهُ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ وَأَحْلَى مِنَ العَسَلِ، مَنْ صَامَ يَوْمًا مِنْ رَجَب سَقَاهُ اللهُ مِنْ ذَلِكَ النَّهْرِ


Maksudnya: “Bahawasanya di dalam syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai tersebut”.


Hadith ini bathil menurut Imam al-Zahabi. [Lihat: Mizan al-Mu’tadil, 189/4]


Dikatakan bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

مَنْ صَامَ أَوَّلَ يَوْمٍ مِنْ رَجَبٍ يَعْدِلُ ذَلِكَ بِصِيَامِ سَنَةٍ ، وَمَنْ صَامَ سَبْعَةَ أَيَّامٍ أُغْلِقَ عَنْهُ سَبْعَةُ أَبْوَابِ النَّارِ ، وَمَنْ صَامَ مِنْ رَجَبٍ عَشْرَةَ أَيَّامٍ نَادَىْ مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ سَلْ تُعْطَهْ


Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari pertama bulan Rejab umpama berpuasa setahun, barangsiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka dan barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab sepuluh hari diseru daripada penyeru dari langit bahawa mintalah lalu diberikan (apa yang diminta)”.


Hadith ini bathil dan tiada asal baginya menurut Imam al-Syaukani. [Lihat: al-Fath al-Rabbani, 3212/6]


Daripada Salman al-Farisi RA, bahawa dikatakan Nabi Sallahu'alaihiwasallam pernah bersabda:

 


فِي رَجَبٍ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ مَنْ صَامَ ذَلِكَ الْيَوْمَ ، وَقَامَ تِلْكَ اللَّيْلَةَ كَانَ كَمَنْ صَامَ مِنَ الدَّهْرِ مِائَةَ سَنَةٍ ، وَقَامَ مِائَةَ سَنَةٍ ، وَهُوَ لِثَلاثٍ بَقِينَ مِنْ رَجَبٍ ، وَفِيهِ بُعِثَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Maksudnya: “Dalam bulan Rejab terdapat hari dan malam yang mana berpuasa pada hari tersebut dan mendirikan malamnya (Qiyamullail) adalah seperti seseorang yang berpuasa setahun selama 100 tahun dan berqiyamullail selama 100 tahun. Hari tersebut adalah 3 hari terakhir daripada bulan Rejab dan padanya juga dibangkitkan Muhammad Sallahu'alaihiwasallam.”


riwayat Salman al-Farisi RA tersebut ada diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman dan Fadhail al-Awqat. Akan tetapi, Imam al-Baihaqi menyatakan bahawa sanad hadith tersebut adalah dhaif.


Adapun berkaitan status hadith ini adalah munkar sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalni bahawa hadith ini teramat munkar. [Lihat: Tabyin al-‘Ajab, 31] Tambahanpula, Syeikh Ibn Arraq al-Kinani menyatakan di dalam sanad terdapat perawi yang didhaifkan oleh Ibn Ma’in dan . [Lihat: Tanzih al-Syariah, 161/2]


Kesimpulan dari apa yang dinyatakan oleh Para Ulama:

Bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadith-hadith yang sahih seperti amal ibadat tertentu.


Tujuan umum keberadaan Manusia di dunia.

Tujuan umum keberadaan Manusia di dunia. 


Pengetahuan dan pemahaman kita tentang tujuan besar keberadaan kita sebagai manusia di dunia ini adalah sesuatu yang cukup penting untuk kita berusaha ke arah itu. 


Tujuan umum penciptaan manusia dan keberadaan kita di dunia ini adalah untuk menyembah atau beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala sebagaimana penegasan-Nya, 


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ


Maksudnya:"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku". Al-Zariyaat ayat 56.


Hal ini berasaskan penciptaan jin Dan manusia oleh Allah Subhanahuwata'ala dibataskan atau dikhususkan supaya mereka hanya beribadah kepada-Nya semata-mata, tidak kepada orang lain. Ini bermaksud mereka tidak boleh mensyrikkan(mempersekutukan)  Allah Subhanahuwata'ala di dalam ibadah. Lihat Tafsir al-Tahrir wal al-Tanwir jil. 27 hlm. 26 oleh Ibn 'Ashur dan Jami' al-Bayaan Fi Tafsir al-Quran jil. 4 hlm. 197 oleh Ash-Syirazi. 


Firman Allah  Subhanahuwata'ala, 


فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا


Maksudnya:"...Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya". Al-Kahf ayat 110.


Ibadah dari segi bahasa bermaksud ketaatan, kepatuhan, kerendahan diri kepada orang lain. Ibn Manzur, Lisan al-'Arabi, jil. 3,hlm. 273.


Ulama merumuskan bahawa ibadah dalam Islam merupakan satu kata yang merangkumi apa jua yang dikasihi dan diredai Allah Subhanahuwata'ala segenap perkataan dan perbuatan serta amalan zahir dan batin. Al-Qardhawi, al-'Ibadah fi al-Islam, hlm. 30.


Berdasarkan tujuan kewujudan kita di dunia ini sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, Allah Subhanahuwata'ala telah memerintahkan kita beribadah kepada-Nya, 


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya:" Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa". Al-Baqarah ayat 21.


Allah Subhanahuwata'ala  memerintahkan semua manusia, termasuk Musyrikin Makkah dan manusia lain, agar beribadah kepada-Nya sahaja. Makna  ibadah ialah tunduk, patuh dan merendah diri. 


Ibadah yang dimaksudkan di sini ialah tauhid kepada Allah dan beriltizam menatuhi syarat-syarat agama,  disamping tidak menyembah patung atau berhala. Hal ini demikian kerana Dialah yang menjadikan semua manusia, mentadbir urusan mereka, memberikan apa sahaja yang diperlukan oleh mereka seperti petunjuk ke arah hidayah dan ilmu pengetahuan. 


Beribadah akan membuahkan hasil yang amat berguna, iaitu membawa kepada ketakwaan,  dapat meraih kemenangan, kejayaan dan petunjuk dan mencapai darjat kesempurnaan. Al-Tafsir al-Munir jil. 1,hlm. 105. 


Firman Allah  Subhanahuwata'ala, 


وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ ۚ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Maksudnya:"Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)". Al-Nahl ayat 36.


Allah  Subhanahuwata'ala menjelaskan tujuan perutusan rasul-rasul bagi semua umat ialah satu,  iaitu mengajak manusia hanya beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala sahaja dan meninggalkan ibadah kepada aghut dengan maksud meninggalkan sesuatu yang disembah selain dari Allah Subhanahuwata'ala seperu berhala, bintang, syaitan, tukang nujum dan sesiapa sahaja yang menyeru kepada kesesatan. Al-Tafsir al-Munir jil. 7,hlm. 448. 


Boikot sebagai jihad harta yang merupakan bahagian jihad fi sabilillah ( جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ) menurut perspektif Islam.

Boikot sebagai jihad harta yang merupakan bahagian jihad fi sabilillah  ( جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ) menurut perspektif Islam. Secara umumnya...