Thursday, April 30, 2020

Dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa

Dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa

Dimulai dengan firman Allah Subhanahuwata'ala,

يَوْمَ يَأْتِ لَا تَكَلَّمُ نَفْسٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ فَمِنْهُمْ شَقِيٌّ وَسَعِيدٌ

Maksudnya: "Di kala datang hari itu, tidak ada seorangpun yang berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia". (Hud ayat 105)

Orang-orang yang kelak menghadap Allah dengan membawa tauhid, iman, islam, ketaatan, amal saleh dan hati yang selamat, ia akan mendapat kebahagiaan dan pahala yang tidak akan pernah putus.

Tidak ada seorang manusia yang inginkan kedukaan bahkan semua manusia menginginkan kegembiraan, namunpun begitu hanya sedikit sahaja yang mendapat kegembiraan sejati. Kebanyakan manusia terjerumus dalam kegembiraan palsu yang penghujungnya adalah kesengsaraan. Kegembiraan hakiki itu hanyalah daripada Allah Subhanahuwata'ala. Melalui ibadah puasa, Allah Subhanahuwata'ala berjanji melalui lisan Rasul-Nya akan mengurniakan dua kegembiraan kepada orang yang berpuasa. Terdapat banyak hadith yang menyebutkan tentang kelebihan tersebut. Antaranya ialah hadith:

عن أبي هريرة رضي الله عنه، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ. متفق عليه.
-أخرجه البخاري في صحيحه، كتاب الصوم، باب هل يقول إني صائم إذا ستم، حديث رقم 1904.

Maksudnya:"Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: “Bagi orang yang berpuasa (dengan menjaga Sunnah dan adabnya) akan mendapatkan dua kegembiraan yang dia akan bergembira dengan keduanya; (pertama) apabila berbuka dia bergembira (dapat melaksanakan puasa) dan (kedua) apabila berjumpa dengan Rabbnya, dia bergembira disebabkan ibadah puasanya itu.” (Hadith riwayat Bukhari, 1904)

Di dalam hadith di atas, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam menyebutkan bahawa orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa dan ketika dia bertemu Allah Subhanahuwata'ala di akhirat kelak.

Para ulama’ telah memberi syarahan terhadap maksud dua kegembiraan tersebut. Diantaranya ialah:

Kegembiraan pertama ialah kegembiraan ketika berbuka puasa. Ini kerana tabiat dan fitrah manusia cenderung kepada perkara syahwat daripada makan, minum, jima’ dan sebagainya. Oleh itu, apabila ia dilarang pada sesuatu masa kemudian ia dibolehkan semula selepas daripada itu, maka ia akan menimbulkan kegembiraan apabila dia boleh kembali melakukannya. Khususnya bagi orang yang sangat merasa kesusahan dan kekangan dalam menjalani ibadah puasa tersebut. (Rujuk Lathaif al-Ma’arif Fiima Lil Mawasim al-‘Amm Min al-Wazhaif: 215)

Kegembiraan kedua ialah kegembiraan ketika bertemu Tuhannya yang bermaksud iaitu ganjaran balasan kebaikan yang diperolehnya daripada ibadah puasa yang dilaksanakan ketika dia bertemu Allah Subhanahuwata'ala di akhirat kelak. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّـهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(l-Muzammil ayat 20)

Begitu juga firman Allah Subhanahuwata'ala:

يَوْمَ تَجِدُ كُلُّ نَفْسٍ مَّا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مُّحْضَرًا

Maksudnya: (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia dibentangkan (kepadanya dalam surat-surat amalnya). (Ali Imran ayat 30)

Oleh kerana itu, apabila orang yang berpuasa  melihat ganjaran yang akan diperolehinya daripada Allah Subhanahuwata'ala, maka dia merasa gembira dengan puasa yang telah dilaksanakannya itu dengan sebaik-baiknya. (Rujuk Lathaif al-Ma’arif Fiima Lil Mawasim al-‘Amm Min al-Wazhaif: 216-217)

Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kegembiraan di dunia dan di akhirat. Kegembiraan di dunia bagi seseorang yang berpuasa ialah apabila disaat ia berbuka puasa, dimana diwaktu itu ia dapat makan dan minum sedangkan perbuatan itu dilarang sama sekali semasa sedang berpuasa.
Hal ini adalah merupakan fitrah manusia, yang apabila telah lama tidak dapat makan makanan atau meneguk minuman, sudah tentu ia akan bergembira bila dapat makan atau dapat minum, apatahlagi bila perutnya dalam keadaan lapar dan kerongkongannya dalam keadaan sangat dahaga. Justeru itu tidak tidak aneh jika ada doa seperti  berikut,

ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ

Maksudnya:"Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.)” (Riwayat Abu Daud,2357 )

Manakala kegembiraan di akhirat kelak, dimana dia akan mendapat ganjaran yang besar yang disimpan oleh Allah Subhanahuwata'ala untuknya, maka dia akan bergembira dengan apa yang diperolehinya itu. 
Kegembiraan akan menyaksiakan dan mendapat pahala dan ganjaran puasa yang Allah Subhanahuwata'ala khususkan padanya dan Dia sendiri yang akan memberi ganjaran kepada orang yang berpuasa. Allah berfirman dalam hadis qudsi:

   إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ 

Maksudnya: ".....Kecuali puasa.Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya".  (Riwayat Muslim,1952)

Orang-orang beriman kelak akan berbahagia disaat melihat wajah Tuhannya. Dan ini adalah kenikmatan tertinggi di akhirat. Wajah mereka berseri-seri melihat kepada Tuhannya. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ

Maksudnya:"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri". (Al-Qiyamah ayat 22)

إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

Maksudnya:"Kepada Tuhannyalah mereka melihat".(Al-Qiyamah ayat 23)

Wednesday, April 29, 2020

Misteri Puasa: Pahala Puasa hanya Allah Sendiri yang akan membalas dan Menganjarinya. إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ


Misteri Puasa: Pahala Puasa hanya Allah Sendiri yang akan membalas dan Menganjarinya. إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ 

Ibadah puasa adalah satu ibadah yang misteri, yang mana Allah telah membezakannya dengan ibadah-ibadah yang lain . Sehinggakan Allah merahsiakan kadar jumlah pahala atau ganjaran yang akan diberikan kepada orang yang berpuasa. 

Sebagai seorang Muslim, sudah pasti ia telah mengetahui bahawa puasa itu memiliki keistimewaan yang tersendiri jika dibandingkan dengan ibadah-ibadah yang lain. Ibadah lainnya akan kembali untuk manusia, iaitu maksudnya Allah Subhanahuwata'ala telah mengkhabarkan balasan pahalanya samaada dilipat gandakan pahala amalan kebaikannya dari sepuluh hingga digandakan lebih dari itu. Namun Allah Subhanahuwata' tidak nyatakan hal yang sama untuk ibadah puasa. Dimana Ibadah puasa, Allah khususkan untuk dirinya, sehingga pahalanya tidak dinyatakan kadarnya. Ini adalah untuk menunjukkan bahawa teramat istimewanya ibadah puasa tersebut. 

Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali mencatat di dalam Lathoif al-Maarif:

يكون استثناء الصوم من الأعمال المضاعفة فتكون العمال كلها تضاعف بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف إلا الصيام فإنه لا ينحصر تضعيفه في هذا العدد بل يضاعفه الله عز و جل أضعافا كثيرة بغير حصر عدد

Maksudnya:"Amalan puasa terkecuali daripada amal-amal yang dilipat gandakan. Kesemua amalan yang lain digandakan pahalanya sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya pahala puasa tidaklah dibataskan gandaan pahalanya, bahkan Allah akan menggandakan pahalanya dengan gandaan yang banyak tanpa ada batasan".

Hal ini adalah merujuk kepada sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam yang berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  ” كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : ” إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ، وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ” .

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Akulah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi.  (Riwayat Muslim,1952)

Berdasarkan Hadith ini Imam al-Munawi berkata: “Orang yang berpuasa, Aku (Allah) memberinya balasan pahala yang banyak. Aku yang menguruskan balasan pahala itu tanpa diwakilkan kepada malaikat yang paling dekat atau makhluk-makhluk lain kerana puasa itu rahsia antara-Ku dengan hamba-Ku. Ini kerana apabila ditahan dirinya daripada nafsu syahwat maka ia diberi pahala dengan pengawasan Allah Subhanahuwata'ala.” (Faidh al-Qadir: 4/250)

Ini kerana mereka yang mempunyai keimanan yang kental sahaja mampu melakukan amalan puasa, sebaliknya mereka yang goyah dan mudah mengikut hawa nafsu amat sukar baginya untuk melakukan ibadat puasa.

Ada beberapa  pendapat Ulama berkaitan firman Allah Subhanahuwata'ala pada kalimah:
  إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ Maksudnya: 
"Kecuali puasa.Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya".

Diantara pendapatnya ialah:

Pendapat yang pertama: Puasa Itu adalah Rahsia antara seseorang yang berpuasa dengan Allah Subhanahuwata'ala.

Puasa adalah merupakan amalan batin yang pada hakikatnya tidak diketahui melainkan Allah Subhanahuwata'ala yang Maha Mengetahui dan orang yang berpuasa itu sendiri sahaja. Ia merupakan ibadah yang berbentuk niat dalam hati dan berbeza dengan semua amalan lain yang boleh dilihat oleh mata orang lain dan tidak lepas daripada syirik, riya’, ujub serta takkabur. Manakala puasa, ia lebih pada amalan yang bersifat rahsia antara seorang hamba dengan Rabb-nya.

Imam Ibnu Rajab berkata:

إن الصيام سر بين العبد و ربه لا يطلع عليه غيره لأنه مركب من نية باطنة لا يطلع عليها إلا الله و ترك لتناول الشهوات التي يستخفي بتناولها في العادة …….

Maksudnya:"Puasa itu adalah rahsia antara seorang hamba dengan tuhannya. Tiada seorang pun tahu yang dia berpuasa atau tidak kerana ia bergantung kepada niat hatinya. Tiada yang mengetahui kecuali Allah. Seorang hamba itu (apabila berpuasa) dia meninggalkan kehendak nafsu syahwatnya yang mana kebiasaannya dia secara sembunyi-sembunyi melakukannya".

 فإن من ترك ما تدعوه نفسه إليه لله عز و جل حيث لا يطلع عليه غير من أمره و نهاه دل على صحة إيمانه و الله تعالى يحب من عباده أن يعاملوه سرا بينهم و بينه

Maksudnya:"Sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan kehendak nafsunya kerana Allah, bukan kerana yang lain. melainkan kerana suruhan dan larangan Allah. Ia menunjukkan betapa murninya keimanan dia dan Allah cinta kepada hamba-hambaNya yang bergaul denganNya secara rahsia antara mereka dan Allah".

و أهل محبته يحبون أن يعاملوه سرا بينهم و بينه بحيث لا يطلع على معاملتهم إياه سواه حتى كان بعضهم يود لو تمكن من عبادة لا تشعر بها الملائكة الحفظة

Maksudnya:"Orang yang mencintai Allah suka agar hubungan cintanya berlaku secara rahsia antara mereka dengan yang mana tiada seorang pun yang mengetahui tentang hubungan mereka.  Sehingga sebahagian mereka suka jika ibadah mereka tidak diketahui oleh malaikat yang mencatat amalan".

Ibnu Abdil Barr menjelaskan, makna ungkapan bagi kalimah:
  إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ Maksudnya: 
"Kecuali puasa.Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya".
Adalah bahawa ibadah puasa seseorang itu tidak terlihat melalui perkataan ataupun perbuatannya kerana dia merupakan amalan hati yang tidak diketahui, kecuali oleh Allah.

Pendapat yang Kedua: Puasa itu adalah Sabar

Puasa Ramadhan bukan hanya dapat mendidik umat Islam agar menahan diri daripada makan dan minum tetapi juga turut menahan diri mereka daripada melakukan perbuatan mungkar seperti menipu, bertengkar, mengeluarkan kata-kata buruk dan sia-sia.

Ketika menjalani ibadah puasa, seseorang itu dilarang makan atau minum kerana ianya akan membatalkan puasa, namun dalam keadaan tidak berpuasa ianya adalah dibenarkan.

Dimana puasa adalah satu ibadah yang melatih seseorang itu menjadi seorang yang sedia tunduk patuh kepada larangan dan hanya orang yang bersikap sabar sahaja yang dapat menerima larangan. Justeru itu, hal-hal yang berkaitan dengan larangan-larangan Allah Subhanahuwata'ala kepada orang yang berpuasa adalah merupakan suatu pendekatan ke arah menjadikan seseorang itu menjadi orang yang bersabar. Atau dalam maksud yang lain, puasa adalah sebagai medan latihan bagi memupuk kesabaran, kejujuran serta sikap bertolak ansur.

Balasan terhadap orang yang bersabar Ada dinyatakan oleh Allah Subhanahuwata'ala di dalam firman-Nya,

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya:"Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas". (Az-Zumar ayat 10)

Terdapat hadith yang menjadi isyarat bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam ada menghubungkan Ibadah puasa dengan Sabar, diantara hadithnya ialah,

عَنْ رَجُلٍ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ ، قَالَ : عَدَّهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَدِي أَوْ فِي يَدِهِ ، التَّسْبِيحُ نِصْفُ الْمِيزَانِ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ يَمْلَؤُهُ ، وَالتَّكْبِيرُ يَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ، وَالصَّوْمُ نِصْفُ الصَّبْرِ ، وَالطُّهُورُ نِصْفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya:"Seorang lelaki daripada Bani Sulaim berkata: Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam mengira-ngira dengan tangannya; Tasbih( سبحان الله ) itu separuh daripada timbangan mizan, الحمد لله pula memenuhi timbangan itu, Takbir ( الله اكبر ) pula mengisi apa yang ada antara langit dan bumi. Puasa itu separuh daripada kesabaran. Bersuci itu separuh keimanan. [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat (Doa), hadis no: 3465, hadis hasan]

Juga, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

الطَّاعِمُ الشَّاكِرُ بِمَنْزِلَةِ الصَّائِمِ الصَّابِرِ

Maksudnya: “Orang makan yang bersyukur sama kedudukannya seperti orang berpuasa yang sabar.” [Riwayat al-Tirmizi (2486) dan Ibn Majah (1764)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menghukum hadith ini sebagai hasan].

Syeikh al-Talidi berkata apa yang dimaksudkan dengan orang yang makan di dalam hadith ini adalah orang yang jarang berpuasa. Adapun yang dimaksudkan dengan bersyukur pula adalah orang yang mendirikan hak-hak ketika makan seperti memuji Allah Subhanahuwata'ala serta menggunakan kekuatan yang ada pada jalan ketaatan kepada Allah Subhanahuwata'ala. Dengan itu, dia akan mendapatkan pahala daripada Allah Subhanahuwata'ala. Tambahan pula, yang difahami daripada maksud kedudukan adalah pada ganjaran yang akan diperolehi. Selain itu, maksud orang yang berpuasa pula adalah seseorang yang selalu berpuasa dan jarang sekali tidak berpuasa serta mereka bersabar dengan kelaparan, dahaga dan sebagainya. Di samping itu juga, hadith ini juga menunjukkan kelebihan orang kaya yang bersyukur dengan orang miskin yang bersabar. [Lihat: Jawahir al-Bihar, 1/473]

Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali Ada mencatat di dalam Lathoif al-Maarif:

والصبر ثلاثة أنواع : صبر على طاعة الله و صبر عن محارم الله و صبر على أقدار الله المؤلمة .وتجتمع الثلاثة في الصوم فإن فيه صبرا على طاعة الله و صبرا عما حرم الله على الصائم من الشهوات و صبرا على ما يحصل للصائم فيه من ألم الجوع و العطش و ضعف النفس و البدن و هذا الألم الناشىء من أعمال الطاعات يثاب عليه صاحبه

Maksudnya:"Sabar itu ada tiga jenis: (Pertama) Sabar dalam mentaati Allah. (Kedua) Sabar daripada melakukan perkara yang Allah haramkan. (Ketiga) Sabar atas segala musibah yang mendatang. Ketiga-tiga jenis sabar ini berkumpul dalam ibadah puasa. Dalam ibadah puasa terdapat kesabaran dalam mentaati Allah, sabar dalam menghadapi perkara yang Allah haramkan ke atas orang berpuasa daripada nafsu syahwatnya, dan bersabar atas apa yang akan menimpa seseorang yang berpuasa seperti kelaparan, dahaga, lemahnya tubuh badan. Semua penderitaan ini yang berpunca daripada ketaatan kepada Allah akan membuahkan pahala kepada pelakunya".

Pendapat yang Ketiga: Kafarah terhadap dosa orang yang melakukan kezaliman tidak akan menghapuskan Pahala Puasa. 

Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra merekodkan ulasan Al-Imam Sufyan bin Uyainah kepada hadith di atas pada kalimah:
  إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ Maksudnya: 
"Kecuali puasa.Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya".
Dimana ada seorang lelaki telah bertanya kepada al-Imam Sufyan bin ‘Uyainah:

"يَا أَبَا مُحَمَّدٍ! فِيمَا يَرْوِيهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ : كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ".

(Wahai Abu Muhammad! Terangkan kepada aku tentang hadith Nabi Sallahu'alaihiwasallam daripada Tuhannya ‘Azza Wajalla: “Setiap amal anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Sesungguhnya ia milik aku dan akulah yang akan membalasnya”.

فَقَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ : هَذَا مِنْ أَجْوَدِ الأَحَادِيثِ وَأَحْكَمِهَا، إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ يُحَاسِبُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَبْدَهُ ، وَيُؤَدِّي مَا عَلَيْهِ مِنَ الْمَظَالِمِ مِنْ سَائِرِ عَمَلِهِ حَتَّى لا يَبْقَى إِلا الصَّوْمُ فَيَتَحَمَّلُ اللَّهُ عَنْهُ مَا بَقِيَ عَلَيْهِ مِنَ الْمَظَالِمِ ، وَيُدْخِلُهُ بِالصَّوْمِ الْجَنَّةَ .

Maksudnya:"(Al-Imam Ibn ‘Uyainah menjawab: “Ini merupakan hadith yang paling baik dan penuh hikmah kandungannya. Apabila berlakunya hari kiamat, Allah ‘Azza Wajalla akan menghisab setiap amalan hambanya. Setiap kezaliman akan disempurnakan pembalasannya dengan semua amalan pelaku kezaliman itu akan  dijadikan kafarah kepada dosa kezalimannya sehinggalah tidak tinggal sedikit pun daripada amalannya kecuali puasa. Lalu Allah ‘Azza Wajalla menghapuskan dosa yang berbaki daripada kezaliman tersebut dengan sebab amalan puasa. Lalu pelaku kezaliman itu dimasukkan ke dalam syurga kerana pahala puasa tadi".

Al-Imam Ibn Rajab pula berkata:

و أما على الرواية الثالثة : فالإستثناء يعود إلى التكفير بالأعمال.

Maksudnya:"Pengecualian puasa daripada ibadah-ibadah lain adalah berbalik kepada persoalan kafarah kepada dosa-dosa yang dilakukan".

Imam Ibn Rajab menyatakan dalam kitabnya ‘Lataif al-Ma’arif” ada menyatakan:

“أن الصيام لله عز و جل فلا سبيل لأحد إلى أخذ أجره من الصيام بل أجره مدخر لصاحبه”

(Sesungguhnya puasa adalah milik Allah ‘Azza Wajalla. Tidak ada jalan bagi seseorang pun untuk merampas pahala puasa. Bahkan pahala puasa itu akan kekal bersama pemiliknya).

Gandaan pahala puasa tanpa batas di atas pada hakikatnya adalah umum untuk semua jenis puasa samaada puasa di dalam bulan Ramadhan atau pun puasa di luar bulan Ramadhan. Justeru itu, jika berpuasa di luar Ramadhan digandakan pahala tanpa batas, tanpa ragu lagi, pahala puasa Ramadhan akan jadi  berganda-ganda lebih besar.


Sunday, April 26, 2020

Ramadhan Bulan al-Qur'an (شهر القرآن) dan keharusan bertadarus serta majlis khatam al-Quran.

Ramadhan Bulan al-Qur'an (شهر القرآن) dan keharusan bertadarus serta majlis khatam al-Quran. 

Ramadhan Bulan al-Qur'an (شهر القرآن) dan satu-satunya bulan yang disebut dalam al-Qur'an melalui firman-Nya; Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Qur'an menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk,  sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala, 

شَهْرُرَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ ١٨٥

Maksudnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk  dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah dia berbuka  kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” (Al-Baqarah ayat 185)

Al-Qur'an yang mulia telah diturunkan kepada manusia yang paling mulia iaitu Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam, kepada umat yang paling mulia, iaitu umat Baginda Sallahu'alaihiwasallam dan di bulan yang paling mulia, iaitu bulan Ramadhan dan orang yang membacanya adalah orang yang mulia.

Membudayakan pembacaan al-Qur'an adalah suatu amalan yang sangat dituntut. Allah Subhanahuwata'ala menjanjikan kepada orang yang membaca al-Qur'an ini dengan pelbagai ganjaran dan darjat yang tinggi. Antaranya hadith yang diriwayatkan daripada Abu Musa, Baginda Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَالأُتْرُجَّةِ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا طَيِّبٌ، وَالَّذِي لاَ يَقْرَأُ كَالتَّمْرَةِ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَلاَ رِيحَ لَهَا، وَمَثَلُ الْفَاجِرِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الرَّيْحَانَةِ، رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ، وَمَثَلُ الْفَاجِرِ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ، طَعْمُهَا مُرٌّ وَلاَ رِيحَ لَهَا ‏"‏‏.

‏Maksudnya: “Perumpamaan orang yang beriman yang membaca al-Qur'an ialah seperti buah Utrujah (buah limau) , yang baik rasanya dan baik baunya. Dan perumpamaan orang yang beriman yang tidak membaca Al-Qur'an adalah seperti buah tamar (kurma), mempunyai rasa yang baik tetapi tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur'an ialah seperti buah Raihana (kemangi), yang baik baunya tetapi pahit rasanya. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur'an adalah seperti buah Hanzalah (labu pahit), pahit rasanya dan tiada apa-apa bau. " (Riwayat al-Bukhari,7560)

Selain solat tarawikh, dua perkara penting yang perlu diambil perhatian dengan kedatangan Ramadhan dan tidak boleh terlepas begitu sahaja oleh setiap muslim ialah membaca al-Qur'an dan mencari lailatul al-Qadr.

Umum mengetahui bahawa membaca al-Qur'an adalah sebaik ibadat untuk taqarrub kepada Allah Subhanahuwata'ala. Ganjaran yang Allah Subhanahuwata'ala beri kepada pembaca kalam-Nya ini ialah setiap huruf dikurniakan satu kebaikan yang digandakan kepada 10. Sebagaimana hadith Nabi Sallahu'alaiwasallam yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud. Sabda Nabi Sallahu'alaiwasallam :

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya :” Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Qur'an maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Riwayat al-Tirmizi (2910).Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan. 

Kelebihan membaca al-Qur'an  dapat juga dilihat menerusi ayat-ayat al-Qur'an diantaranya adalah firman Allah Subhanahuwata'ala:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّـهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَـٰرَةً لَّن تَبُورَ

Maksudnya :” Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” (Surah al-Fatir ayat 29)

Ini bermakna orang yang membaca al-Qur'an tidak akan mengalami kerugian bahkan akan mendapat dan merasa keuntungan yang banyak.

Sudah tentu jika dipadukan kelebihan ini dan kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan akan memberi satu kepuasaan kepada mereka yang merebut peluang untuk membaca al-Qur'an di bulan Ramadhan.

Kerana pada bulan yang mulia ini juga, Malaikat Jibril diutus secara khusus oleh Allah Ta’ala untuk mengulang bacaan Al-Qur’an Nabi Sallahu'alaiwasallam secara utuh. Abu Hurairah radhiallahu anhu, dalam salah satu riwayatnya mengatakan:

أَنَّ جِبْرِيْلَ كَانَ يُعْرِضُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ كُلَّ عَامٍ مَرَّةً ، فَعرضَ عَلَيْهِ مَرَّتَيْنِ فِي الْعَامِ الَّذِي قُبِضَ فِيْهِ

Maksudnya:“Sesungguhnya Jibril mengulang kembali Al-Qur'an kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam sekali dalam setahun. Pada tahun wafatnya beliau, Dia mengulangnya dua kali.” (Riwayat Bukhari, 4614)

Dalam Al-Jami Fi Gharibil Hadith, Ibnu Atsir berkata, “Maksudnya adalah bahawa dia mengulang kembali seluruh Al-Qur'an yang pernah diturunkan.” (Al-Jami Fi Gharibil Hadits, 4/64)

Bacaan al-Qur'an secara tadarus dinamakan sebagai (قراءة الإدارة). Ianya merujuk kepada kaedah membaca al-Qu'ran beramai-ramai secara bergilir-gilir iaitu seseorang membaca al-Qur'an di dalam sesuatu kumpulan dan disemak oleh ahli kumpulan yang lain untuk diperbaiki bacaan dan penguasaan tajwid secara amali kemudian dia memberhentikan bacaan. Seterusnya bacaan tersebut disambung pula oleh ahli kumpulan yang lainnya sehinggalah akhir majlis. Bacaan al-Qur'an secara bertadarus sepertimana yang disebutkan di atas hukumnya adalah harus sepertimana yang dipilih oleh Imam Malik, Imam al-Nawawi dan Ibn Taimiyyah. Manakala menurut pendapat yang muktamad di dalam Mazhab Hanbali, hukumnya adalah makruh  (Rujuk: فيض الرحمن, 460-461). 

Bacaan al-Qur'an secara berkumpulan ini bersesuaian dengan hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Baginda Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya: “Tidaklah suatu kaum berkumpul diantara rumah-rumah Allah sambil membaca Kitabullah, dan saling mempelajari diantara mereka. Kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, dan diberikan rahmat serta malaikat akan menaunginya. Dan mereka akan diingat disisi Allah”. (Riwayat Muslim,2699)

Keazaman yang kuat untuk khatam al-Qur'an perlu ada samaada di dalam bulan Ramadhan atau di bulan-bulan yang lain dan lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan. 

Jika kita menelusuri petunjuk dari para salaf, maka kita akan dapati bahawa mereka berlomba-lomba untuk mengkhatamkan bacaan al-Qur’an. Banyak riwayat yang menyebutkan besarnya perhatian mereka terhadap Al-Qur'an apabila menjelang datangnya bulan Ramadhan. Diantaranya ialah; 

Ibrahim An-Nakhai berkata, “Al-Aswad mengkhatamkan Al-Qur'an di bulan Ramadan setiap dua malam sekali.” (As-Siyar, 4/51)

Qatadah biasanya mengkhatamkan Al-Qur'an dalam tujuh hari. Jika telah datang bulan Ramadan, beliau mengkhatamkannya dalam tiga hari. Jika telah masuk sepuluh hari terakhir, beliau mengkhatamkannya dalam sehari.” (As-Siyar, 5/276)

Sedangkan Mujahid mengkhatamkan Al-Qur'an di bulan Ramadan setiap malam (At-Tibyan, An-Nawawi, hal. 74)

Mujahid berkata, “Ali Al-Azdi biasanya mengkhatamkan Al-Qur'an di bulan Ramadan setiap malam.” (Tahzibul Kamal, 2/983)

Rabi’ bin Sulaiman berkata, “Asy-Syafii biasanya mengkhatamkan Al-Qur'an dalam bulan Ramadan sebanyak 60 kali.” (Siyar A’lam Nubala, 10/36)

Riwayat-riwayat di atas menunjukkan betapa besarnya perhatian para ulama terhadap al-Qur’an. Terlebih lagi ketika memasuki bulan Ramadhan. Seolah-olah gambarannya bahawa mereka ingin menunjukkan kepada kita bagaimana seorang mukmin mesti memiliki komitmen untuk mengkhatamkan bacaan al-Qur’an pada bulan yang agung tersebut. 

Khatam berasal dari kalimah bahasa arab (ختم) yang bererti menutup (Rujuk: Kamus al-Ma’ani), maka khatam Al-Qur'an bermaksud menghabiskan bacaan Al-Qur'an 30 juzuk samada secara bacaan atau melalui hafazan.

Justeru itu, bila difahami dari konsep khatam al-Qur'an yang sebenarnya,  maka khatam secara bertadarus ini hanya sesuai diistilahkan sebagai khatam secara kumpulan@jamaah. 
Namun dari segi pengistilahan sebenar, cara itu tidaklah dikirakan sebagai khatam secara individu. Hal ini kerana khatam yang sebenar adalah apabila seseorang membaca al-Qur'an secara tertib (susunan) mushaf bermula daripada Surah al-Fatihah sehingga Surah al-Nas (Rujuk: 137-  معجم علوم القرءان). Malah kelebihan mengkhatamkan al-Quran secara individu juga berbeza berbanding mengkhatamkan al-Qur'an secara berkumpulan. Bilamana setiap ahli kumpulan akan mendapat pahala berdasarkan bacaan yang telah dilakukannya. 

Hal ini sesuai dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim (1/472), sabda Nabi Sallahu'alaihiwasallam;
أجرُك على قَدْرِ نصَبِك
“Ganjaranmu adalah berdasarkan kepada kadar keletihanmu.”

Disebutkan dalam kaedah fiqh;

مَا كَانَ أَكْثَرَ فِعْلًا ، كَانَ أَكْثَرَ فَضْلًا (قاعدة التاسعة العشر,الأشباه والنظائر:    143)

“Apa yang lebih banyak perbuatan maka lebih banyak kelebihan.”

Justeru itu, tidaklah salah menggalakkan umat Islam agar membaca al-Qur'an sekalipun hanya beberapa helaian dalam khatam secara kumpulan@jamaah ini kerana masing-masing akan memperolehi ganjaran berdasarkan kadar ayat yang dibacakan. Bahkan, tadarus sebegini juga merupakan peluang terbaik untuk pembaca al-Qur'an dapat saling menegur serta memperbaiki kesalahan masing-masing, dan bukan sekadar membaca untuk khatam semata-mata.

Harus pula mengadakan Majlis Khatam Al-Qur'an yang mana ia juga akan termasuk dalam majlis zikir apabila atucara di dalamnya mengandungi bacaan al-Qur'an secara berjemaah serta juga dibacakan beberapa zikir-zikir tertentu dan doa mengikut kaifiat yang telah dinyatakan oleh para ulama’ dalam kitab-kitab mereka. Majlis seperti ini adalah majkis zikir sebagaimana disebut di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Baginda Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya: “Tidaklah suatu kaum berkumpul diantara rumah-rumah Allah sambil membaca Kitabullah, dan saling mempelajari diantara mereka. Kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, dan diberikan rahmat serta malaikat akan menaunginya. Dan mereka akan diingat disisi Allah.” (Riwayat Muslim,2699)

Juga di rujuk kepada athar para salaf yang terdahulu.
Daripada al-Hakam, ia berkata:

بَعَثَ إِلَيَّ مُجَاهِدٌ قَالَ: إِنَّمَا دَعَوْنَاكَ أَنَّا أَرَدْنَا أَنْ نَخْتِمَ الْقُرْآنَ وَإِنَّهُ بَلَغَنَا أَنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ عِنْدَ خَتْمِ الْقُرْآنِ ، قَالَ: فَدَعَوْا بِدَعَوَاتٍ

Maksudnya: “Telah diutuskan Mujahid kepadaku.” Telah berkata: “Kami memanggilmu kerana kami ingin mengkhatamkan al Qur'an dan bahawa sesungguhnya doa adalah mustajab pada saat khatam al-Quran.” (Riwayat al-Darimi,3525)

Daripada Anas bin Malik RA:

كَانَ أَنَسٌ إِذَا خَتَمَ الْقُرْآنَ، جَمَعَ وَلَدَهُ وَأَهْلَ بَيْتِهِ فَدَعَا لَهُمْ

Maksudnya: “Adapun Anas apabila beliau mengkhatamkan al-Qur'an, beliau akan menghimpunkan anaknya serta ahli keluarganya lalu berdoa bersama mereka.” [Riwayat al-Darimi (3517)]




Saturday, April 25, 2020

Natijah Puasa adalah Takwa (Bahasa Arab: التقوى‎, at-taqwa)

Natijah Puasa adalah Takwa (Bahasa Arab: التقوى‎, at-taqwa) 

Puasa Ramadhan adalah salah satu daripada rukun-rukun Islam yang lima. Ianya merupakan ibadah yang telah difardhukan oleh Allah Subhanahuwata'ala. Maksud Ibadah ialah tuntutan ke atas seseorang hamba bagi melaksanakannya sebagai memenuhi perintah Allah Subhanahuwata'ala dan menunaikannya tanpa melihat apa-apa natijah yang mungkin dihasilkan daripada ibadah tersebut. Namun Allah Subhanahuwata'ala Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, apabila menfardhukan sesuatu ibadah kepada hamba-Nya pasti ada kelebihan dan ganjaran yang dijanjikan. Antara kelebihan puasa dibulan ramadhan adalah sebagai Natijah kepada Taqwa:

Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala, 

  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (Al-Baqarah, ayat 183)

Ibadah puasa adalah ibadah rohaniah dan jasadiah. Apabila ibadah puasa dilaksanakan dengan menjaga Sunnah dan adab berpuasa maka hasil daripadanya akan membentuk seseorang itu kepada seorang hamba yang benar-benar bertaqwa di sisi Allah Subhanahuwata'ala.

Amalan pada bulan Ramadhan adalah berbentuk multidimensi dan satu pakej lengkap untuk mencapai matlamat takwa. Itulah hakikat sebenar ibadat puasa yang dilaksanakan.

Justeru itu,  Ramadhan bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan minum serta melakukan perkara yang membatalkan puasa semata-mata. Namun ia adalah merupakan satu wasilah (jalan) bagi mencapai ketakwaan dengan memelihara unsur sosial dan rohani yang meliputi proses pengislahan, pembersihan dan pembinaan diri dengan melaksanakan perintah Allah Subhanahuwata'ala.

Ianya adalah bagi memastikan umat Islam mendapat manfaat puasa sepenuhnya. ibadat puasa menyediakan jiwa seseorang untuk bertakwa kepada Allah Subhanahuwata'ala dengan meninggalkan keinginannya semata-mata kerana patuh kepada perintah Allah Subhanahuwata'ala.

Dengan itu, akan terdidiklah jiwa orang yang berpuasa untuk meninggalkan keinginannya dengan penuh kesabaran.

Al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhan mempunyai 140 ayat yang berhubung kait dengan takwa.

Terdapat ayat yang menjelaskan mengenai perintah takwa, keutamaan takwa, sifat orang bertakwa, cara atau jalan menuju takwa dan ganjaran untuk orang bertakwa.

Bagaimanapun, ayat yang paling banyak diterangkan ialah mengenai keutamaan dan ganjaran yang akan diperoleh oleh orang bertakwa.

Ini menunjukkan martabat takwa adalah elemen sangat penting bagi manusia sehinggakan Allah Subhanahuwata'ala menjanjikan banyak ganjaran dan kenikmatan bagi orang yang mencapai martabat itu. Sepertimana firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut, 

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam syurga dan kenikmatan".(Al-Thur ayat 17)

Para ulama rahimahullah telah menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan Takwa (Bahasa Arab: التقوى‎, at-taqwá) . Di antaranya:

1-Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”

2-Abdullah bin Mas’ud R.A mengatakan: “Takwa adalah kamu sentiasa mengingati Allah Subhanahuwata'ala dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari.”

3-Imam Ar-Raghib Al-Asfahani mendenifisikan : “Takwa yaitu menjaga jiwa dari perbuatan yang membuatnya berdosa, dan itu dengan meninggalkan apa yang dilarang, dan menjadi sempurna dengan meninggalkan sebahagian yang dihalalkan” (Lihat:Al-Mufradat Fi Gharibil Qur’an, hal 531) 

4-Imam al-Nawawi mendenifisikan takwa dengan “Menta’ati perintah dan larangan-Nya”. Maksudnya menjaga diri dari kemurkaan dan azab Allah Subhanahu wa Ta’ala (Tahriru AlFazhil Tanbih, hal 322 )

5-Imam Al-Jurjani “ Takwa iaitu menjaga diri dari siksa Allah dengan menta’ati-Nya. Yakni menjaga diri dari pekerjaan yang mengakibatkan siksa, baik dengan melakukan perbuatan atau meninggalkannya” (Kitabut Ta’rifat, hl.68)

6-Ibn Ataillah Rahimahullah berkata: “Takwa terbahagi kepada dua, iaitu zahir dan batin. Zahirnya ialah dengan menjaga had dan batasan serta batinnya pula dengan niat dan ikhlas.”

Berdasarkan takrifan di atas, dapat disimpulkan bahawa takwa boleh menjadikan seseorang malakukan amar ma’ruf dan nahi munkar, di samping taqarrub kepada Allah Subhanahuwata'ala dengan amalan sunat. Justeru itu barangsiapa yang tidak menjaga dirinya dari perbuatan dosa, bererti dia bukanlah orang yang bertaqwa. Maka orang yang melihat dengan kedua matanya apa yang diharamkan Allah, atau mendengarkan dengan kedua telinganya apa yang dimurkai Allah, atau mengambil dengan kedua tangannya apa yang tidak diredhai Allah, atau berjalan ke tempat yang dikutuk Allah, bererti ia tidak menjaga dirinya dari dosa. 

Jadi, orang yang membangkang perintah Allah serta melakukan apa yang dilarang-Nya, dia bukan termasuk orang-orang yang bertaqwa.Orang yang menceburkan diri kedalam maksiat sehingga ia sesuai untuk mendapat murka dan siksa dari Allah Subhanahuwata'ala, maka ia telah mengelurakan dirinya dari barisan orang-orang yang bertaqwa.

Kepentingan takwa amat jelas apabila dinyatakan bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala, 

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya:"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". (Al-Hujurat ayat 13)

Imam Al-Thobari rahimahullah berkata, “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu –wahai manusia- adalah yang paling tinggi takwanya pada Allah, iaitu dengan menunaikan berbagai kewajipan dan menjauhi maksiat. Bukanlah yang paling mulia dilihat dari rumahnya yang megah atau berasal dari keturunan yang mulia.” (Rujuk: Tafsir Al- Thobari, 21:386)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata,  “Sesungguhnya kamu boleh mulia dengan takwa dan bukan dilihat dari keturunan kamu” (Rujuk: Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 13: 169)

Sahabat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata,

كرم الدنيا الغنى، وكرم الآخرة التقوى.

“Mulianya seseorang di dunia adalah kerana kaya. Namun mulianya seseorang di akhirat kerana takwanya.” Demikian dinukil dalam tafsir Al Baghowi. (Rujuk: Ma’alimut Tanzil, 7: 348)

Kata Al Alusi, ayat ini berisi larangan untuk saling berbangga dengan keturunan. Al-Alusi rahimahulah berkata, “Sesungguhnya yang paling mulia dan paling tinggi derajatnya di antara kamu di sisi Allah di dunia mahupun di akhirat adalah yang paling bertakwa. Jika kamu ingin saling berbangga, saling berbanggalah dengan takwa kamu.” (Rujuk: Ruhul Ma’ani, 19: 290)

Dalam tafsir Al Bahr Al Muhith disebutkan, “Sesungguhnya Allah menjadikan kamu sebagaimana yang disebutkan dalam ayat (iaitu ada yang berasal dari bukan Arab dan ada yang Arab). Hal ini bertujuan supaya kamu saling mengenal satu dan lainnya walau beza keturunan. Janganlah kamu mendakwa berasal dari keturunan yang lain. Jangan pula kamu berbangga dengan mulianya nasab bapa atau datuk kamu. Salinglah mendakwa siapa yang paling mulia dengan takwa.” (Rujuk: Tafsir Al Bahr Al Muhith (10: 116))

Muhammad bin ‘Ali Al-Syaukani rahimahullah berkata, “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertakwa. Yang bertakwa itulah yang berhak menyandang kemuliaan, iaitu lebih mulia dari orang yang tidak memiliki sifat takwa. Dialah yang paling mulia dan tinggi kedudukannya (di sisi Allah). Jadi, tuntutlah kamu dengan saling berbangga pada nasab kamu yang mulia, maka itu bukan menunjukkan kemuliaan. Hal itu tidak menunjukkan seseorang lebih mulia dan memiliki kedudukan utama (di sisi Allah).” (Rujuk: Fathul Qodir, 7: 20)

Dalam tafsir Al Jalalyin disebutkan, “Janganlah kamu saling berbangga dengan tingginya nasab kamu. Seharusnya kamu saling berbangga manakah di antara kamu yang paling bertakwa.” (Rujuk: Tafsir Al-Jalalyin,528)

Friday, April 24, 2020

Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa


Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa 

Puasa Ramadhan adalah salah satu daripada rukun-rukun Islam yang lima. Ianya merupakan ibadah yang telah difardhukan oleh Allah Subhanahuwata'ala. Maksud Ibadah ialah tuntutan ke atas seseorang hamba bagi melaksanakannya sebagai memenuhi perintah Allah Subhanahuwata'ala dan menunaikannya tanpa melihat apa-apa natijah yang mungkin dihasilkan daripada ibadah tersebut. Namun Allah Subhanahuwata'ala Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, apabila menfardhukan sesuatu ibadah kepada hamba-Nya pasti ada kelebihan dan ganjaran yang dijanjikan. Antara kelebihannya adalah sebagai penghapus dosa:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: “Barang siapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. Riwayat Bukhari, 37. 

Pengajaran:

1. Berpuasa di atas dasar keimanan ialah melaksanakan ibadat puasa dengan menyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah.

2. Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas, menyempurnakan ibadat puasa dengan memelihara perkara yang boleh merosakkan puasa dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.

3. Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu (dosa kecil). Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتْ الْكَبَائِرُ

Solat lima waktu yang didirikan, satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar”.(Riwayat Ahmad,8830). Sahih

Puasa adalah pintu segala ibadah kerana dengan berpuasa Allah Subhanahuwata'ala akan mengampuni dosa-dosa seseorang hamba. Justeru itu, ibadat Puasa yang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan menjadi instrumen menghapuskan dosa-dosa yang lalu.

Apabila dosa-dosanya diampunkan maka ianya  menjadikan hati bercahaya dan cahaya itu akan menimbulkan keghairahan untuk melakukan setiap amal ibadah yang lain dengan bersungguh-sungguh. Namun, ulama mengingatkan bahawa hanya dosa-dosa kecil sahaja yang terhapus dan dosa-dosa besar tidak akan terhapus melainkan dengan hanya bertaubat kepada Allah Subhanahuwata'ala dengan sebenar-benar taubat, 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan تَوْبَةً نَصُوحًا (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu". At-Tahrim Ayat 8.

Puasa Ramadhan yang berkualiti (6 langkah)

Puasa Ramadhan yang berkualiti (6 langkah) Puasa Ramadhan adalah ibadah khusus yang akan dinilai secara langsung oleh Allah Subhanahuwata...