Thursday, December 31, 2020

Muhasabah diri menyambut tahun baru dan hukum menyambut tahun baru.

Muhasabah diri menyambut tahun baru dan hukum menyambut tahun baru. 

Antara amalan yang menjadi perhiasan mukmin dalam menelusuri pentas kehidupan penuh onak duri ialah muhasabah diri. Ia bermaksud menilai dan merenung kembali terhadap apa yang berlaku sama ada manis atau pahit dan detik suka duka dalam diari kehidupan. Nostalgia itu boleh dijadikan pengajaran dan iktibar sebelum mengorak langkah serta menyusun jejak melewati titian hidup seterusnya.


Apabila ditinjau dalam al-Quran, terdapat ayat suci yang menyeru setiap orang beriman agar sentiasa bermuhasabah setiap masa dan ketika. Firman Allah Subhanahuwata'ala: 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Al-Hasyr ayat 18


Allah Subhanahuwata'ala menekankan perintah amalan bermuhasabah dimulai dan diakhiri dengan kalimah takwa. Ini menunjukkan ia perlu berpaksikan piawaian takwa kepada-Nya. Dengan erti kata lain, sejauh manakah peristiwa lalu dan nostalgia silam berupaya menjana serta mempertingkatkan kadar ketakwaan-Nya.


Muhasabah sewajarnya dijadikan amalan seharian wajib bukan hanya setiap awal atau akhir tahun. Ini kerana tiada seorang pun terlepas daripada melakukan kesilapan atau sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah Subhanahuwata'ala sama ada sengaja atau tidak dan besar mahupun kecil.


Sebagai manusia, seseorang itu sudah pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, dosa, dan maksiat. Inilah hakikat dan lumrah seorang manusia yang penuh dengan kekurangan, kelemahan, dan ketidaksempurnaan. Banyak nas-nas yang secara jelas menerangkan berkenaan hakikat ini. Di antaranya adalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.anh bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ


Maksudnya: Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.

Riwayat Ibn Majah (4392)


Berdasarkan hadith di atas, dapat difahami bahawa kesemua anak Adam itu disifatkan sebagai seorang yang berbuat kesalahan. Sekalipun bukan semua kesalahan itu dikira dan dinilai sebagai satu dosa, akan tetapi berdasarkan kepada siyaaq (konteks) hadith secara keseluruhan, perkataan al-khata’ di dalam hadith ini jelas membawa maksud berdosa. Ini kerana, ayat selepasnya menyatakan bahawa sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat. Umum mengetahui bahawa perbuatan dosalah yang berhajat dan memerlukan kepada taubat dan pengampunan Tuhan. Seakan yang ingin disampaikan oleh hadith di atas adalah, semua anak Adam itu berbuat dosa dan sebaik-baik mereka yang berbuat dosa adalah golongan yang bertaubat kepada Allah Subhabahuwata'ala.


Allah Subhabahuwata'ala akan mengampunkan dosa orang yang bertaubat dengan sebab diri-Nya bersifat dengan sifat al-Ghaffar (Maha Pengampun) dan kerana itulah Allah Subhabahuwata'ala berfirman:


اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّاراً


Maksudnya: Beristighfarlah kamu semua kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia itu Maha Pengampun. Surah Nuh ayat 10


Dalam kita menyambut Tahun Baru, marilah sama-sama kita mengubah ke arah yang lebih baik dalam lainnya dengan menghadirkan diri ke masjid dan kelas-kelas pengajian agama untuk belajar tentang solat, berzikir bersolat dan berdoa serta bermunajat agar tahun baru yang mendatang ini lebih diberkati dan juga sebagai titik perubahan buat kita ke arah yang lebih baik. Elakkan sama sekali aktiviti-aktiviti yang membazirkan masa, maksiat dan juga meniru cara orang-orang yang lalai ketika menyambut tahun baru. Ingatlah bahawasanya waktu yang kita miliki ini amat terhad dan terbatas. Marilah kita isikannya dengan perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang akan dipahalakan oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam mizan hasanat kita kelak. Ingatlah juga firman Allah Subhanahuwata'ala:


يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٞ وَلَا بَنُونَ إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٖ سَلِيمٖ


Maksudnya: “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,”Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); Al-Syu’ara’ ayat 88-89.


Hukum menyambut tahun baru masihi


Secara ringkasnya Ulama' terbahagi kepada dua pendapat dalam menghukum terhadap sambutan tahun baru masihi:


Pertama: Pendapat yang mengatakan haram bagi menyambut tahun baru masihi. Dalil yang digunakan adalah berdasarkan sabda Nabi Sallahu'alaihiwasallam, Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ


Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” [Riwayat Abu Daud (4031), Ahmad (5114) (5115) (5667), Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (19401), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (8327), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1154) dan al-Bazzar dalam Musnadnya (2966)]


Imam al-Hafiz Ibn Kathir menyatakan bahawa: Hadith ini menunjukkan larangan keras dan amaran bagi sesiapa yang menyerupai orang kafir pada ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan lain-lain perkara yang tidak disyariatkan serta ditetapkan ke atas kita. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 1/87]


Al-Imam al-San’ani menyebut: “Hadith ini menunjukkan sesiapa yang menyerupai atau meniru orang yang fasiq, orang kafir, atau pembuat bidaah maka dia adalah daripada kalangan mereka (sama seperti mereka). Di mana dia meniru apa yang khusus bagi mereka seperti pakaian, tunggangan atau gerak-geri mereka.” [Lihat: Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram, 4/175]


Tasyabbuh itu juga berlaku dalam perkara-perkara dalaman bersifat i’tiqad, iradat (kemahuan dan kehendak) dan perkara-perkara luar dari segi perkataan, perbuatan yang boleh menjadi ibadat dan adat. [Faydh al-Qadir. Al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 6/104]


Kebiasaan sambutan tahun baru ini dimonopoli oleh golongan bukan Islam yang mana kita ketahui di dalam sambutan tersebut berlakunya perkara-perkara mungkar seperti pembaziran, meminum arak, ikhtilat(bercampur gaul antara lelaki dan perempuan), konsert nyanyian dan sebagainya. Ianya menjadi adat kebiasaan bagi golongan ini dan setiap hadirnya tahun baru, maka perkara-perkara mungkar ini akan berulang.


Berdasarkan hadith inilah, sebahagian ulama’ mengharamkan umat Islam dari menyambut dan juga menyertai majlis-majlis sambutan tahun baru yang mana pertamanya adalah meniru golongan kuffar dan yang keduanya dengan melihat perkara-perkara mungkar yang terdapat pada sambutan tersebut.


Kedua: Pendapat yang mengatakan harus bagi menyambut tahun baru. Ianya berdasarkan bahawa kalendar Gregorian yang digunakan pada masa kini, meskipun bukan ciptaan Islam, penerimaan terhadap kalendar moden ini tiada bersangkut paut dengan agama malah masyarakat awam tidak lagi mengetahui dan mengambil endah tentang asal-usulnya dan kaitannya dengan mana-mana agama. Oleh itu, penggunaan kalendar moden ini lebih kepada adat dan kebiasaan yang berlaku.


Sebagaimana berdasarkan kaedah fiqhiyyah ,Imam al-Suyuthi yang berkata:


الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَة


Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus. Rujuk Al-Asybaah wal-Nazhair, Al-Suyuthi (1/133).


Mengikut Mazhab Syafie yang mengharuskan hukum sesuatu perkara sehinggalah datang dalil mewajibkan dan mengharamkan perkara tersebut. Sebagaimana kaedah penuh yang disebutkan oleh Imam al-Suyuthi adalah:


الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ


Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).


Hal ini telah dinyatakan dalam sebuah hadis Nabi Sallallahu'alaihiwasallam:


مَا أَحَلَّ اللهُ في كتابِهِ فَهُو حَلاَلٌ وَمَا حَرَّمَ فَهُوَ حَرَامٌ وَمَا سَكَتَ عَنهُ فَهُوَ عَفْوٌ فَاقْبَلُوا مِنَ اللهِ عَافِيَتُهُ فَإِنَّ اللهَ لَم يَكُن لِيَنْسَى شَيئًا وَتَلاَ )وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا(


Maksudnya: “Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah Subhanahuwata'ala di dalam kitab-Nya, maka ianya adalah halal dan apa sahaja yang diharamkan-Nya, maka ianya pula adalah haram. Dan apa sahaja yang didiamkan-Nya, maka ianya itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafannya itu daripada Allah Subhanahuwata'ala, kerana sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala tidak lupa barang sedikitpun. Kemudian Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam membaca daripada firman Allah Subhanahuwata'ala: Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa.” (Surah Maryam: 64).


Riwayat al-Hakim dan beliau mensahihkannya begitu juga dikeluarkan oleh al-Bazzar.


Menerusi sebuah riwayat daripada Salman al-Farisi RA, katanya: “Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pernah ditanya tentang hukum minyak sapi, keju dan keldai liar, lalu Baginda Sallallahu'alaihiwasallam menjawab:


الْحَلاَلُ مَا أَحَلَّ اللهُ في كِتَابِهِ وَالْحَرَامُ مَا حَرَّمَ اللهُ فِي كِتَابِهِ وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ مِمَّا عَفَا لَكُمْ


Maksudnya: “Yang halal itu ialah sesuatu yang dihalalkan Allah Subhanahuwata'ala di dalam Kitab-Nya dan yang haram itu sesuatu yang diharamkan Allah Subhanahuwata'ala di dalam Kitab-Nya. Dan mana-mana yang didiamkan-Nya sahaja, maka ianya termasuk apa yang dimaafkan buat kamu.”

Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam enggan menjawab persoalan tentang bahagian-bahagian yang kecil ini. Malah Baginda Sallallahu'alaihiwasallam menyerahkan perkara ini kepada mereka untuk menentukannya, sesuai dengan cara-cara yang dapat dirujuk tentang cara mengenal perkara yang halal dan haram. Oleh itu, memadailah mereka mengenal apa yang diharamkan oleh Allah Subhanahuwata'ala dan yang lain bolehlah dianggap halal dan baik.


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّ اللهَ فَرَضَ فَرَائضَ فَلاَ تُضَيِّعُوهَا وَحَدَّ حُدُودًا فَلاَ تَعتَدُوهَا وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلاَ تَنتَهِكُوهَا وَسَكَتَ عَن أَشيَاءَ رَحْمَةً بِكُم غَيرَ نِسيَانٍ فَلاَ تَبْحَثُوا عَنهَا


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka janganlah kamu mensia-siakannya dan Allah Subhanahuwata'ala telah membataskan beberapa batasan, maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia mengharamkan pula beberapa barangan, maka janganlah membuatnya, dan Dia berdiam atas beberapa barangan sebagai tanda rahmat-Nya ke atas kamu, bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu mengungkitnya.”

Riwayat al-Daraqutni dan dihasankan oleh al-Nawawi


Firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ


Maksudnya: Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atas kamu. Surah al-An’am ayat 119.


Berdasarkan kaedah fiqhiyyah yang disebutkan sebagai:


العَادَةُ مُحَكّمَةٌ


Maksudnya: Adat (yang tidak bercanggah dengan syara’) boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan. [Lihat al-Suyuti, al-Ashbah wa al-Naza’ir. hlm.89]


Dan juga dalam satu kaedah fiqhiyyah yang lain ada menyebut:


إِنّما تُعْتَبَرُ العادَةَ إِذَا اطَّرَدَت أَو غَلَبَت


Maksudnya: Sesungguhnya (sesuatu itu) diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan atau dilakukan oleh majoriti.[Lihat Ali Ahmad al-Nadwi, Al-Qawa’id al-Fiqhiyyah. Hlm. 65]


Munurut kaedah ini,  Islam  menerima sesuatu adat setempat yang mana jika tidak bercanggah dengan syara’, maka ianya boleh diterima dan dijadikan sebagai satu hukum. 


Bagi pendapat ini meskipun hukumnya diharuskan, namun perlulah menurut garis panduan yang sewajarnya agar tidak berlaku perkara-perkara kemungkaran. Antara yang perlu diberikan perhatian adalah seperti berikut:


Sambutan Tahun Baru mestilah disambut dengan asas ianya adalah uruf dan adat kebiasaan dan bukannya dianggap sebagai upacara keagamaan.Tidak berlaku percampuran di antara lelaki dan perempuan.Tidak dihidangkan arak dalam majlis sambutan tersebut.Tidak diadakan program-program yang melalaikan.


Justeru itu,  sebagai satu inisiatif sambutan tersebut  perlulah difikirkan program-program yang baik dan dapat mendidik jiwa masyarakat yang menyertai sambutan tersebut. Juga tidak berlakunya pembaziran.


اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ


Maksudnya:"Tuhanku, aku meminta ampun atas perbuatanku di tahun ini yang termasuk Kau larang-dedangkan aku belum sempat bertaubat, perbuatanku yang Kau maklumi kerana kemurahan-Mu. Sementara Kau mampu menyiksaku, dan perbuatan (dosa) yang Kau perintahkan untuk taubat-sedangkan aku mengabaikannya yang bererti mendurhakai-Mu.


Kerananya aku memohon ampun kepada-Mu. Ampunilah aku. Tuhanku, aku berharap Kau menerima perbuatanku yang Kau redai di tahun ini dan perbuatanku yang terjanjikan pahala-Mu. Janganlah hampakan harapanku. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.

Monday, December 28, 2020

Budaya meniru ( التشبه) menurut perspektif Islam. Seperti perayaan atau pakaian.

Budaya meniru ( التشبه) menurut perspektif Islam. Seperti perayaan atau pakaian. 


Kalimah al-tashabbuh( التشبه )menurut istilah syarak ialah menyerupai mana-mana golongan kafir dari sudut akidah, ibadah, adat atau apa sahaja tingkahlaku yang merupakan ciri hidup mereka. Termasuklah di dalamnya amalan meniru kaum Muslimin yang fasiq dan jahil serta al-A’rab (orang Arab badwi) yang tidak sempurna agama mereka.


Secara umum dapat di fahami bahawa Sesuatu perkara yang bukannya menunjukkan ciri-ciri orang kafir dan bukan akidah mereka, bukan adat mereka, bukan ibadah mereka dan tidak bertentangan dengan nas atau dalil syarak serta tidak menimbulkan kerosakan akibat daripadanya, maka perkara tersebut tidaklah tergolong di dalam istilah al-tashabbuh( التشبه ).


Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ


Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” [Riwayat Abu Daud (4031), Ahmad (5114) (5115) (5667), Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (19401), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (8327), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1154) dan al-Bazzar dalam Musnadnya (2966)]


Imam al-Hafiz Ibn Kathir menyatakan bahawa: Hadith ini menunjukkan larangan keras dan amaran bagi sesiapa yang menyerupai orang kafir pada ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan lain-lain perkara yang tidak disyariatkan serta ditetapkan ke atas kita. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 1/87]


Al-Imam al-San’ani menyebut: “Hadith ini menunjukkan sesiapa yang menyerupai atau meniru orang yang fasiq, orang kafir, atau pembuat bidaah maka dia adalah daripada kalangan mereka (sama seperti mereka). Di mana dia meniru apa yang khusus bagi mereka seperti pakaian, tunggangan atau gerak-geri mereka.” [Lihat: Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram, 4/175]


Golongan kafir:

Istilah golongan kafir ialah kaum Musyrikin, Yahudi, Nasrani, Majusi, al-Sabi’ah, mulhid dan lain-lain. kita di larang meniru segala perkara yang merupakan ciri-ciri khusus golongan kafir, baik di dalam ibadah, adat dan pakaian.


Menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.


Dapat difahami daripada syarah Imam Ibn Hajar al-Haytami  didalam kitabnya: Bahawa al-tasyabbuh bil kuffar atau “menyerupai kaum kafir” itu ada dua jenis: ada yang diharamkan dan ada yang diharuskan. Yang diharamkan dalam Islam ialah apabila kita meniru atau menyerupai amalan-amalan atau perbuatan yang melibatkan amalan khusus ajaran agama bukan Islam, dan meninggikan syiar agama mereka. Sekiranya kita meniru amalan-amalan agama bukan Islam tersebut dan redha dengannya, maka ia boleh membawa kepada kafir, manakala sekiranya kita tidak meredhainya tetapi masih meniru amalan tersebut, maka ia tetap berdosa dan haram. Adapun dalam hal-hal yang bukan khusus melibatkan amalan agama orang bukan Islam, maka ia diharuskan . Lihat Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Makki (wafat 974H) dalam kitabnya al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra dalam bab al-Riddah (Murtad).Tokoh hadith dan imam dalam Mazhab Shafie,


Kata al-Imam al-Munawi: “Jika puak fasiq atau kaki berfoya mengkhususkan sesuatu pakaian, maka dilarang untuk seseorang memakainya kerana mungkin boleh menyebabkan orang yang tidak tahu berburuk sangka bahawa dia dalam kalangan mereka (fasik dan kaki berfoya), lalu berdosa yang berburuk sangka dan juga yang disangka buruk disebabkan dia punca sangkaan tersebut” (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/135. Beirut: Dar al-Kurub al-‘Ilmiyyah). 

Maka, perbuatan anak-anak muda atau selain yang meniru pakaian atau gaya artis atau kumpulan yang dianggap serong oleh masyarakat itu menyumbang kepada dosa.


Setiap pakaian yang memberi gambaran kepada orang lain bahawa si pemakainya adalah kafir atau menunjukkan bahawa ia adalah fasiq (tidak menjaga agama, yakni suka melakukan maksiat), maka ia termasuk dalam pengertian meniru orang kafir atau golongan fasiq. Contohnya; memakai pakaian yang mempunyai lambing salib atau lambang-lambang agama lain. Saidina ‘Ali menceritakan; aku pernah mendengar Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda;


إِيَّاكُمْ وَلُبُوس الرُّهْبَان ، فَإِنَّهُ مَنْ تَزَيَّا بِهِمْ أَوْ تَشَبَّهَ فَلَيْسَ مِنِّي


Maksudnya:“Jauhilah kamu dari memakai pakaian para Rahib. Sesiapa memakai pakaian seperti mereka atau menyerupai mereka, dia bukanlah dariku” . (Riwayat Imam al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Ausat. Menurut Imam Ibnu Hajar; sanadnya adalah La Ba’sa Bihi. Lihat; Fathul-Bari, bab al-Baranis)


Manusia ini cenderung menyerupai pihak yang mereka suka atau sayangi. Orang baik cenderung meniru cara orang yang baik. Demikianlah sebaliknya. Kecenderungan kita untuk meniru gaya atau gaya sesuatu pihak, memberi gambaran tentang apa yang tersirat dalam jiwa kita.


Semoga Allah menyelamatkan kita daripada menyerupai ahli maksiat dan golongan yang derhaka kepada Allah, sebaliknya menjadikan kita di dalam golongan yang meniru atau menyerupai orang-orang yang berjaya. Dengan itu, mudah-mudahan kita akan berjaya seperti mereka. Benarlah kata pujangga yang terkenal, Imam al-Sahrawardi:


فَتَشَبّهوا إِن لَم تَكُونوا مِثلَهُم, إِنَّ التَّشَبّه بِالكِرامِ فَلاحُ


Maksudnya: Tirulah sekalipun kamu tidak setara dengan mereka. Ini kerana meniru orang-orang yang berjaya pasti mendapat kemenangan.

Saturday, December 26, 2020

Kita adalah manusia dan di ajarkan ilmu serta diamanahkan dengan tiga tugas.

Kita adalah manusia dan di ajarkan ilmu serta diamanahkan dengan tiga tugas. 


Firman Allah Subhanahuwata'ala,  


لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ


Maksudnya:"sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". Al-Tin ayat 4.


Al-Quran telah menyebutkan bahawa sekurang-kurang empat perkataan yang membawa maksud manusia,  iaitu bani adam(بني آدم), basyar(بشرٌ), insan(ٌإنسان) dan naas(ناسٌ).


Bani adam(بني آدم), bersifat persejarahan(historis disebut di dalam surah al-A'raf ayat 31,


يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ


Maksudnya:"Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan".


Basyar(بشرٌ) pula bersifat biologis atau kewujudan yang bersifat fisiologi kebendaan bagi insan yang menunjukkan jenisnya sebagai manusia bukan jin atau selainnya,  sebagaimana yang disebut di dalam surah al-Rum ayat 20,


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ إِذَا أَنْتُمْ بَشَرٌ تَنْتَشِرُونَ


Maksudnya:"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak".


Insan(ٌإنسان) yang bersifat intelektual atau bermaksud makhluk yang berakal sebagaimana yang disebut di dalam surah al-Ahqaf ayat 15,


وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ


Maksudnya:"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".


Naas(ناسٌ) jama' bagi insan(ٌإنسان) yang bersifat sosiologi. Naas(ناسٌ) mempunyai berbagai makna, antaranya "semua manusia" , sebagaimana disebut di dalam surah al-Baqarah ayat 21,


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya:"Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa. 


Telah berfirman Allah Subhanahuwata'ala,  


لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ


Maksudnya:"sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". Al-Tin ayat 4.


Manusia ialah makhluk yang diciptakan dengan bentuk yang sebaik-baiknya, sama ada dari segi bentuk fizikal dan kemampuan jiwa serta akalnya,  diajar menulis dengan perantaraan pena Dan tulisan,  lalu manusia dapat memahami kaitan nisbah antara segala Yang dikonsepsikan. Allah Subhanahuwata'ala dalam al-Quran, 


اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ.الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ


Maksudnya:"Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam".

Al-'Alaq Ayat 3-4


Namunpun begitu Ilmu Allah Subhanahuwata'ala amat luas dan mustahil untuk kita kuasai semuanya. Perkara itu dijelaskan Allah Subhanahuwata'ala dalam al-Quran, 


قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا


Maksudnya"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". Al-Kahf Ayat 109


Kadang-kadang kita rasa tahu semua perkara. Mungkin ada yang berasa bangga kerana mengetahui sesuatu perkara yang tidak diketahui orang lain.

Memang benar kita dikurniakan Allah Subhanahuwata'ala dengan pengetahuan mengenai beberapa perkara. Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam al-Quran


وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا


Maksudnya:"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit". Al-Isra' Ayat 85


Ilmu manusia sangat terbatas,  manusia belajar dari tidak tahu, diperoleh dengan jalan usaha(kasbu), kemudian pengetahuan manusia berkembang mengikut zaman,  kemampuan yang ada pada manusia mengikut zaman,  kemampuan yang ada pada manusia ini tidak lain hanyalah hasil kurnian Allah Subhanahuwata'ala. Atas kurniaan itu dan syatat-syaratnya manusia menjadi mukalaf lalu dipertaggungjawabkan dengan tiga tugas utama manusia sebagaimana hamba Allah yang menjadi penghuni di muka bumi ini, iaitu:


Pertama:Ibadah atau mengabdikan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala dalam segala aspek kehidupan,


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ


Maksudnya:"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. Al-Zariyat Ayat 56.


Maksud pengabdian kepada Allah Subhanahuwata'ala adalah luas, bukan semata-mata dalam ibadah-ibadah khusus seperti melaksanakan ibadat solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya, tetapi mencakupi aspek dalam mengatur uruskan kehidupan harian, hidup berkeluarga, bermasyarakat, bermuamalat, berpolitik, termasuk pendidikan, ekonomi, perundangan dan sebagainya mesti di atas landasan dan makna mengabdikan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala. 


Kedua: Tugas sebagai khalifah Allah Subhanahuwata'ala. Firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ


Maksudnya:"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".Al-Baqarah ayat 30.


Dalam Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan maksud “khalifah” dalam ayat ini: Khalifah ialah seorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di bumi dengan berdasarkan wahyu dan syariat Allah, supaya kehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan-tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredhaan Allah Subhanahuwata'ala.


Kisah Nabi Daud AS di dalam Al-Quran merupakan iktibar dan pengajaran kepada umat manusia akhir zaman tentang tugas seorang khalifah, firman Allah Subhanahuwata'ala:


يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ


Maksudnya:"Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”. (Surah Saad, ayat 26)


Pengajaran daripada ayat ini kepada umat Islam zaman ini, sebagai khalifah kita terikat dengan hukum dan syariat Islam yang mencakup semua perkara seperti aqidah, syariat, akhlak, kehidupan dan sebagainya.


Ketiga: Tugas untuk memakmurkan dunia. Manusia tidak diciptakan saja-saja atau sia-sia, tetapi Allah Subhanahuwata'ala menciptakan manusia dengan tugas besar untuk memakmurkan dunia, sebagaimana firman-Nya:


وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ


Maksudnya:"Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Soleh. Soleh berkata: "Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, karena itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)". Hud ayat 61.


Dalam Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan maksud ayat ini: Yakni berusaha supaya ramai penduduknya, banyak hasil mahsulnya dan sejahtera hidup padanya.


Inilah tugas dan tanggungjawab manusia dalam memakmur dan juga membangunkan dunia selaras dengan maqasid syariah, demi memelihara dan menjaga lima perkara asas dalam kehidupan manusia, iaitu menjaga agama, akal, jiwa, nasab dan harta. Melalui ayat ini juga para Ulama menerangkan maksud kalimah “اسْتَعْمَرَ” yakni memakmurkan itu, ialah perintah supaya manusia melaksana dan menegakkan segala tanggungjawab yang diletakkan di atas diri manusia.


Para ulama juga menggariskan makna memakmurkan dunia ini kepada tiga tanggungjawab besar, iaitu tanggungjawab kepada agama, tanggungjawab kepada masyarakat dan tanggungjawab kepada manusia. Islam meletakkan tanggungjawab kepada agama itu merupakan suatu yang paling utama dan penting dalam hidup manusia. Ini bermakna agama adalah perkara asas dalam mengurus dan memakmurkan hidup di dunia, sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam, sebagaimana hadith yang diriwayat oleh Mu’az bin Jabal RA, Rasulullah bersabda:


رأسُ الأَمرِ الإِسلامُ، وعَمُودُهُ الصلاةُ، وذُرْوَةٌ سَنَامِهِ الجِهَادُ في سَبِيلِ اللهِ


Maksudnya:“Pokok segala perkara/urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya(atapnya) adalah jihad fi sabilillah". Riwayat Al-Tirmizi. 











Friday, December 25, 2020

Cinta Allah (مَحبةُ الله)

Cinta Allah (مَحبةُ الله) 

Termasuk di antara pokok akidah Islam yang paling agung adalah الخوف (rasa takut), الرجاء (rasa penuh harap) dan rasa cinta kepada Allah Subhanahuwata’ala (المحبة).

Ibadah pula tertegak atas tiga teras atau rukun iaitu محبة , رجاء  خوف  kepada Allah Subhanahuwata'ala. 


Cinta Allah (مَحبةُ الله) bermaksud cinta Allah Subhanahuwata'ala yang tiada tandingan dengan penuh keikhlasan kepada-Nya dan beriltizam dengan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya serta mengikut Rasul-Nya Sallahu'alaihiwasallam dalam perkara kecil dan besar. Hal ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahuwata'ala, 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. Al-Maidah ayat 54.


Allah Subhanahuwata'ala pun kasihkan mereka (يُحِبُّهُمْ) bermaksud Dia memberi mereka sebaik-baik balasan atas ketaatan mereka,  memuliakan,  memuji dan meredhai mereka. Mereka kasihkan Allah Subhanahuwata'ala (يُحِبُّونَهُ) dengan mengikut suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya,  mentaati-Nya dan mencari keredhaan-Nya serta menjauhi apa-apa yang menyebabkan kemarahan dan seksa-Nya. Lihat Tafsir al-Munir. Jil. 2,hlm. 586.


Teras cinta ini ialah teras ibadah yang terpenting.  Maka seseorang hamba wajib mencintai Allah Subhanahuwata'ala dan mencintai segala bentuk ketaatan yang Allah kasihi Dan membenci segala maksiat Yang Allah Subhanahuwata'ala benci. Cinta kepada Allah (مَحبةُ الله) ialah matlamat yang paling tinggi daripada beberapa maqam(tingkatan) yang lain seperti Syauq(rindu),  uns(jinak)  dan redha. Lihat Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, hlm. 322.


Apabila cinta kepada Allah (مَحبةُ الله) kukuh pada hati hamba,  anggota-anggota badannya terdorong untuk mentaati Allah Subhanahuwata'ala dan menjauhi maksiat-Nya,  malah ia rasa lazat ketika melakukan sesuatu kerana beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala, 


Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ


Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” [Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)].


Hati atau jantung ini merupakan salah satu organ yang penting di dalam badan manusia yang mana ia menjadi faktor utama baik atau rosaknya sesuatu jasad seseorang itu.


Allah Subhanahuwata'ala berfirman, 


مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Maksudnya:"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. An-Nahl Ayat 97


Mwnurut Tafsir Ibnu Katsir: Ini merupakan janji dari Allah Subhanahuwata’ala bagi orang yang mengerjakan amal soleh, iaitu amal yang mengikuti Kitab Allah Subhanahuwata’ala (al-Qur’an) dan Sunnah Nabi-Nya, Muhammad Sallahu'alaihiwasallam, baik laki-laki mahupun perempuan yang hatinya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.


Amal yang diperintahkan itu telah disyari’atkan dari sisi Allah, iaitu Dia akan memberinya kehidupan yang baik di dunia dan akan memberikan balasan di akhirat kelak dengan balasan yang lebih baik daripada amalnya. Kehidupan yang baik itu mencakup seluruh bentuk ketenangan, bagaimanapun wujudnya.


Diantara kurniaan Allah atas hamba-hamba-Nya yang mahu beribadah di dunia ini adalah kelazatan, kenikmatan, kebahagiaan dan kenyamanan hati yang dirasakan oleh mereka di saat beribadah dan beramal soleh.


Nabi Sallahu'alaihiwasallam juga menjelaskan, bahawa ketaatan memiliki rasa yang lazat yang akan dirasai oleh seseorang mukmin.

Tiga Ciri Mendapat Kemanisan Iman, 


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ


Maksudnya:"Dari Anas bin Malik dari Nabi Sallahu'alaihiwasallam, baginda bersabda: “Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka”. Riwayat Bukhari No15.


Hamba yang mencintai Allah Subhanahuwata'ala mendapat kasih Ilahi dan keampunan sebagaimana ternyata dalam firman Allah Subhanahuwata'ala, 


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksudnya:"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ali Imran ayat 31.


Antara perkara yang mengukuh cinta hamba kepada Allah Subhanahuwata'ala adalah:


1- Mengenali Allah Subhanahuwata'ala dengan sekenal-kenalnya melalui sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang Agung. 


2- Melakukan perkara-perkara wajib dan menjauhi perkara-perkara haram. 


3- Memperbanyakkan amalan sunat seperrti tilawah dan tadabbur al-Qu'ran serta membantu orang-orang Yang memerlukan bantuan seperti ibubapa dan fakir miskin. 


4- Memikirkan nikmat Allah Subhanahuwata'ala yang dikurniakan kepada diri dan masyarakat. 


Antara hamba yang dikasihi Allah Subhanahuwata'ala:


1- Orang yang bertakwa (الْمُتَّقِينَ)


بَلَىٰ مَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ وَاتَّقَىٰ فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ


Maksudnya:"(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa. Ali 'Imran ayat 76.


2- Orang yang bertaubat (التَّوَّابِينَ)


وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ


Maksudnya:"Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haid itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri". Al Baqarah ayat 222


3- Orang yang membersihkan diri (الْمُتَطَهِّرِينَ)

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ


Maksudnya:"Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haid itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri". Al Baqarah ayat 222.


4- Orang yang berbuat baik (الْمُحْسِنِينَ)


وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ


Maksudnya:"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. Al-Baqarah ayat 195


5-Orang yang sabar (الصَّابِرِينَ)


وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ


Maksudnya:"Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar". Ali Imran ayat 146.


6- Orang yang bertawakkal (الْمُتَوَكِّلِينَ)


فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ


Maksudnya:"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya". Ali Imran ayat 159.


7- Orang yang adil (الْمُقْسِطِينَ)


سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ ۚ فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ ۖ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا ۖ وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ


Maksudnya:"Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram. Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka maka mereka tidak akan memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil". Al-Maidah ayat 42.

Thursday, December 24, 2020

Harap Kepada Allah (رجاءُ الله)

Harap Kepada Allah (رجاءُ الله)

Termasuk di antara pokok akidah Islam yang paling agung adalah الخوف (rasa takut), الرجاء (rasa penuh harap) dan rasa cinta kepada Allah Subhanahuwta’ala (المحبة).

Ibadah pula tertegak atas tiga teras atau rukun iaitu محبة , رجاء  خوف  kepada Allah Subhanahuwata'ala. 


Imam Ibn Qudamah menjelaskan mafhum atau erti harapan, katanya, "Rasa tenang dalam penantian terhadap suatu perkara yang dicintai tetapi hal ini akan terwujud dengan disertai adanya sebab yang mewujudkannya. Adapun jika tanpa adanya sebab,  maka hal ini bukanlah rasa harap tetapi sekadar angan-angan kerana merupakan penantian tanpa sebab. Lihat Mukhtasar Minhaj al-Qasidin,  hlm. 282.


Hal ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahuwata'ala, 


قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا


Maksudnya:"Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". Al-Kahfi ayat 110.


Menurut Tafsir Ibn Kathsir, 

فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ (“Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Rabbnya,”) yakni, pahala dan balasan-Nya yang baik; فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا (“Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh.”) Yakni yang sesuai dengan syari’at Allah.

وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (“Dan janganlah ia menyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabbnya.”) Itulah perbuatan yang dimaksudkan untuk mencari keredhaan Allah semata, yang tiada sekutu bagi-Nya.

Kedua hal tersebut merupakan rukun amal yang maqbul (diterima). Iaitu harus benar-benar tulus kerana Allah dan harus sesuai dengan syari’at Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam.

Ibnu Abi Hatim telah meriwayatkan dari Thawus, ia menceritakan, ada seseorang yang bertanya: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku bersikap dengan beberapa sikap, yang kukehendaki hanyalah keredhaan Allah, aku ingin agar tempatku diperlihatkan.” Maka Rasulullah tidak memberikan jawapan sama sekali sehingga turun ayat ini:

فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (“Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia menyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabbnya.”) Demikianlah yang dikemukakan oleh Mujahid dan beberapa ulama lainnya.


Orang yang beriman dengan Tuhannya yang berharap akan melihat-Nya dan mengharapkan ganjaran-Nya serta takutkan seksa-Nya,  wajiblah mengerjakan amal soleh yang diredhai kerana Allah Subhanahuwata'ala dan janganlah mempersekutukan Alah Subhanahuwata'ala dengan sesiapa pun dalam beribadah kepada-Nya. Lihat Tafsir al-Munir, jil. 8,hlm. 337.


Hal ini bermakna, Muslim beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala kerana gemarkan ganjaran-Nya dan bertaubat kepada-Nya ketika jatuh dalam lembah dosa kerana mengharapkan keampunan-Nya serta berharap untuk menemui Allah Subhanahuwata'ala. 


Harapan ialah ketajaman hati yang memandu diri kepada Allah yang Maha Agong dan rasa tenang meneruskan peralanan kepada-Nya dengan kesedaran tentang kemurahan-Nya,  dan mengharapkan rahmat serta keampunan-Nya. Jika roh harapan tergendala, sudah tentu ubudiyyah hati dan anggota juga tergendala. Harapan itu ialah tanda mahabbah Allah Subhanahuwata'ala dan rasa takut kepada-Nya. Mahabbah menjadi pendorong perbuatan perbuatan dan amalan/kerja


Harapan ialah satu keadaan yang membuka jalan usaha bersungguh-sungguh (mujahadah)  dalam melakukan amalan/kerja Dan sentiasa berada dalam ketaatan, walaupun dalam keadaan yang berubah-rubah. Selalunya harapan dipuji kerana harapan menjadi pendorong amalan/kerja, manakala putus asa pula dicela kerana menjadi faktor menjauh daripada amalan/kerja. Lihat Mukhtasar Minhaj al-Qasidin,  hlm. 284.


Seorang mukmin, dia takut (خوف) terhadap ancaman, azab dan hukuman dari Allah Subhanahuwata’ala. Namun di sisi lain, dia juga mengharapkan (رجاء) kemurahan rahmat, kasih sayang dan ampunan Allah Subhanahuwata’ala. Dua hal ini haruslah digabungkan secara seimbang. Hal ini sebagaimana firman Allah Subhanahuwta’ala ketika menceritakan para nabi-Nya,


فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ


Maksudnya:"Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepada nya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada Kami. Al-Anbiya’ ayat 90.


Yang dimaksud dengan رغبا adalah rasa penuh harap (الرجاء).


Sedangkan yang dimaksud dengan رهبا adalah rasa takut (الخوف).


Allah Subhanahuwata’ala juga berfirman,


أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ ۚ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا


Maksudnya:"Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah) dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti".Al-Isra’ ayat 57.


Allah Subhanahuwata’ala juga berfirman,


أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ


Maksudnya:"(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran".  Az-Zumar [39]: 9)


Kedua hal ini (الخوف dan الرجاء) wajiblah disertai dengan rasa cinta kepada Allah Subhanahuwata’ala (المحبة). Oleh kerana itu, seorang mukmin wajib menggabungkan tiga hal ini: mencintai Allah ta’ala, takut terhadap azab dan siksaan Allah Subhanahuwata’ala dan mengharapkan kasih sayang, rahmat, pahala dan keampunan Allah Subhanahuwata’ala.


Kesimpulannya, Allah Subhanahuwata'ala itu Mahaluas kurniaan-Nya. Sekecil apa pun kebaikan yang kita lakukan, Allah Subhanahuwata'ala akan membalasnya dengan yang lebih baik dan lebih banyak dari apa yang kita lakukan, baik di dunia maupun di akhirat kelak.


Sebesar dan sebanyak apa pun dosa kita kepada Allah Subhanahuwata'ala, jika kita bertaubat kepada-Nya, Allah Subhanahuwata'ala akan mengampuninya. Kerananya, salah satu hal yang harus kita tumbuhkan di dalam diri kita ketika berinteraksi dengan Allah Subhanahuwata'ala adalah sifat raja/رجاءُ, yakni mengharap akan kurnia dan rahmat-Nya.


Raja/رجاءُ itu hendaklah disertai dengan usaha yang sungguh-sungguh dan tawakal. Oleh kerana itulah, para ulama sepakat bahawa raja tidak dianggap sah kecuali disertai dengan usaha.


Mengharap (raja/رجاءُ) terletak di saat dan setelah seseorang melakukan ikhtiar atau usaha. Hal ini dapat difahami dari firman Allah Subhanahuwata'ala yang termaktub dalam Al-quran surah al-Baqarah ayat 218, 


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Menurut Tafsir al-Jalalyn: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan keimanan yang mendorong mereka untuk berhijrah demi membela agama dan berjuang menjunjung tinggi kalimat Allah, akan selalu mengharapkan menanti pahala yang besar dari Allah, meskipun mereka tidak sempurna dalam mengerjakan beberapa hal.


Kerana Allah Maha Pengampun dosa, Maha Penyayang, yang menyayangi hamba-Nya dengan memberi petunjuk dan pahala.


Orang yang senantiasa berharap akan keluasan kurniaan Allah Subhanahuwata'ala (raja) adalah orang yang selalu membukakan pintu harapan baginya. Cirinya, hatinya selalu mengharapkan kesempurnaan nikmat Allah dan kesempurnaan ampunan-Nya.








Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...