Sunday, July 25, 2021

Menangislah wahai mata bila mengenangkan dosa-dosa.

Menangislah wahai mata bila mengenangkan dosa-dosa. 

Menangis itu sebenarnya fitrah buat manusia. Bukan ketika menghadapi situasi sedih atau takut sahaja manusia mudah mengalirkan air mata, adakalanya ketika gembira  juga mereka akan menangis.


Menangis itu indah, sihat, dan simbol kejujuran. Pada saat yang tepat, menangislah sepuas-puasnya dan nikmatilah kerana tidak selamanya orang boleh menangis. Orang-orang yang suka menangis sering kali dilabel sebagai orang cengeng. Cengeng terhadap Sang Khalik adalah positif dan cengeng terhadap makhluk adalah negatif.


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ


Maksudnya:"Dari Ibnu Abbas ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka; mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang tidak tidur untuk berjaga di jalan Allah". Riwayat Tirmizi(1563)


Jika air mata kerinduan terhadap Allah tidak lagi terurai, apatahlagi jika air mata selalu kering di atas tumpukan dosa dan maksiat, kita perlu segera melakukan muhasabah diri, apakah mata kita sudah mulai bersahabat dengan syurga atau neraka.


Allah Subhanahuwata'ala memuji orang yang menangis, 


وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا 


Maksudnya:"Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu". Al-Isra' Ayat 109


Ciri-ciri orang yang beruntung ialah ketika mereka hadir di bumi ini terus menangis, sementara orang-orang yang di sekelilingnya tertawa dengan penuh kegembiraan. Jika meninggal dunia, ia tersenyum, sementara orang-orang di sekelilingnya menangis kerana sedih ditinggalkan.


Menjadi satu nikmat buat seorang hamba apabila dapat menitiskan air mata kerana takutkan Allah Subhanahuwata'ala  serta mengenangkan dosa-dosa yang pernah dilakukannya.


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ


Maksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu.

Riwayat Ahmad (18006)


Terdapat insan yang apabila dia melakukan dosa, dia tersangat menyesal. Dia bertaubat dan sentiasa merasa hina diri di hadapan Allah Yang Maha Agung. Terasa kesalahan itu mengikuti setiap langkahnya. Malu kepada Allah meliputi perasaannya. Segala ibadah yang dia lakukan dirasakan kerdil dan kecil. Dia bertungkus lumus membaiki diri lebih dari keadaannya sebelumnya. 


Sepanjang usia kita ini, pernahkah kita menangis kerana mengenangkan dosa serta berasa takut kepada Allah Subhanahuwata'ala?


Seandainya tidak pernah atau kita terlalu sukar untuk menangis, itu menandakan hati kita terlalu kotor dan keras.


أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ


Maksudnya:"Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu(keras) hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata". Az-Zumar ayat 22


Syeikh Ibn A'toillah Assakandari membicarakan hikmahnya dengan menyebut: "Sebahagian daripada tanda matinya hati adalah tidak merasa sedih kerana meninggalkan amalan kewajipan atau kebaikan dan tidak menyesal atas sesuatu pelanggaran dosa."


Tangisan paling istimewa seorang hamba adalah datangnya daripada hati yang benar-benar mengagungkan Allah Subhanahuwata'ala.


Allah Subhanahuwata'ala memuji hamba-Nya yang suka menangis kerana takut kepadanya menerusi firman-Nya 


قُلْ آمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا ۚ إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا. وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا. وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا


Maksudnya:"Katakanlah: "Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud,dan mereka berkata: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu". Al-Isra’ ayat 107-109.


Ternyata air mata yang tumpah  itu bukan perkara sia-sia. Kita perlu mendidik diri kita supaya menangis kerana mengingati Allah Subhanahuwata'ala.


Ketika umat manusia dikumpulkan di Padang Mahsyar kelak, semuanya berada dalam keadaan gusar dan terlalu takut menanti saat amalan mereka diperlihatkan serta dihitung.


Jika kita sentiasa memikirkan hal sedemikian pastinya akan melahirkan rasa gerun di hati.


Ia juga mampu membuatkan kita menangis lalu memohon kepada Allah Subhanahuwata'ala supaya melepaskan kita daripada segala azab seksaan itu.


Sahabat Nabi Sallallahu'alaihiwasallam juga sangat mudah terkesan dengan nasihat dan mereka juga mudah menangis kerana takutkan Allah Subhanahuwata'ala.


Daripada Anas RA,  katanya  Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam memberi satu khutbah yang belum pernah aku mendengar khutbah sepertinya sebelum ini. 


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَطَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُطْبَةً مَا سَمِعْتُ مِثْلَهَا قَطُّ قَالَ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا قَالَ فَغَطَّى أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُجُوهَهُمْ لَهُمْ


Maksudnya:"Dari Anas radhiallahu'anhu dia berkata; Rasulullah ﷺ berkhutbah dengan khutbah yang belum pernah aku dengar sebelumnya, beliau berkata, "Seandainya kalian dapat mengetahui apa yang aku ketahui, maka kalian pasti akan sedikit tertawa dan banyak menangis. Anas berkata; Para sahabat Rasulullah ﷺ menutupi kepala mereka dan mereka pun terserang sakit sengau hidung(menangis teresak-esak". Riwayat Bukhari (4255)


Maka, jika  kita benar-benar mengetahui tugasan dan tanggungjawab yang perlu dipikul di dunia ini cukup berat dan tidak mahu juga diri tergolong dalam golongan bermasalah di akhirat kelak,  sudah pasti kita akan sering menangis.


Menangis  itu dibenarkan, malah digalakkan terutamanya kerana  menyesal atas dosa dan maksiat yang dilakukan untuk  melahirkan rasa kesyukuran serta ketika timbul rasa khusyuk dalam beribadat.


Apabila dia melihat orang lain dia merasa betapa mereka lebih mulia daripadanya di sisi Allah kerana dia seorang yang berdosa. Segala kesombongan dalam jiwanya dikikis apabila dia mengenangkan dosa-dosanya itu. Mungkin orang lain tidak tahu tentang dosanya, namun dia sendiri tahu dan Allah Maha Mengetahui. Betapa dia bersyukur kerana Allah menutupkan keaibannya, ataupun memberikan ruang untuk dia terus hidup sekalipun dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Maka kalau demikianlah keadaan, dosa-dosanya itu membawanya ke syurga dengan izin Allah.

Thursday, July 22, 2021

Berkorban adalah ibadah yang agung dan ibadah korban sebagai penyucian jiwa.

Berkorban adalah ibadah yang agung dan ibadah korban sebagai penyucian jiwa. 


Berkorban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS kepada anaknya Nabi Ismail AS bagi memenuhi perintah Allah Subhanahuwata'ala. Rentetan daripada peristiwa inilah disyariatkan untuk kita melaksanakan ibadah korban.


Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa ibadah korban ada dinyatakan di dalam al-Qur'an dan terdapatnya tuntutan melakukan korban yang dibalas dengan pahala sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Di antaranya adalah firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ


Maksudnya: Dan bacakanlah ke atas mereka itu berkenaan berita dua anak Nabi Adam dengan kebenaran, ketika mana keduanya melaksanakan ibadah korban, lalu diterima korban salah seorangnya dan tidak diterima korban yang satu lagi. (Qabil) berkata: Nescaya aku akan membunuh kamu. Sesungguhnya Allah hanya menerima dari kalangan orang yang bertakwa.

Surah Al-Maidah (27)


Menurut tafsiran para ulama terhadap ayat ini, ia sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Kathir Rahimahullah daripada Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash R.anhuma beliau berkata: Sesungguhnya dua anak Adam yang melaksanakan korban lalu diterima korban salah seorang dari mereka dan tidak diterima korban dari yang satu lagi. Salah seorangnya (Qabil) adalah merupakan pemilik kebun dan yang satu lagi merupakan pemilik kambing. Keduanya diperintahkan untuk melakukan korban. Pemilik kambing mempersembahkan kambing paling bernilai, paling gemuk, dan yang terbaik yang dimilikinya. Manakala pemilik kebun mmempersembahkan hasil tanamannya yang paling buruk dan tidak elok. Lalu Allah Subhanahuwata'ala menerima korban pemilik kambing dan tidak menerima korban pemilik kebun tersebut. Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim, Ibn Kathir (3/82).


Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakan ibadah ini. Ini kerana, ibadah korban merupakan sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala:


فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ


Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)”. Al-Kauthar 108:2


Ibadah korban adalah termasuk di dalam tuntutan ke atas umat Islam. Perintah ini datang sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam yang bersabda:


 إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا


Maksudnya: Apabila telah masuknya sepuluh (hari terawal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kamu hendak melakukan ibadah korban maka janganlah dia memotong rambutnya serta kukunya.

Riwayat Muslim (1977)


Hadith di atas memberikan isyarat bahawa hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat dan bukan wajib. Ini kerana, perlaksanaan ibadah ini disifatkan sebagai memenuhi muraad (kehendak dan kemahuan) seseorang itu. Justeru, jika seseorang mahu melaksanakannya maka dia telah melakukan suatu perbuatan sunnah yang sangat digalakkan.


Untuk itu, di sana terdapat beberapa buah hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan berkorban. Antaranya:


Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا


Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah Subhanahuwata'ala sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]


Makna Hadith


Hadith ini menunjukkan ibadah yang paling afdhal untuk dilaksanakan pada hari raya aidiladha adalah dengan menumpahkan darah korban. Ini kerana, ia akan datang pada hari akhirat sepertimana ia di dunia tanpa terdapat kekurangan padanya agar setiap daripada anggota itu terdapat padanya ganjaran (pahala) dan ia juga akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 5/61]. Al-Mubarakfuri menilai hadith ini sebagai hasan sebagaimana yang dinyatakan ketika mensyarahkan hadith ini.


Di akhir hadith ini pula terdapat perintah agar kita membersihkan jiwa atau diri kita dengan melaksanakan ibadah ini kerana padanya disediakan ganjaran dan pahala yang cukup besar oleh Allah Subhanahuwata'ala.


Penyucian jiwa atau Tazkiyah al-Nafs menurut Imam al-Ghazali adalah sebagai satu proses penyucian jiwa daripada kekejian dan kekotoran yang berpunca daripada akhlak yang tercela. Dengan itu, ia merupakan salah satu cara untuk mendapatkan kekuatan dan ketahanan diri yang mantap bagi melawan musuh-musuh batin ini dengan cara memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala.




Sunday, July 18, 2021

Takut dan Harap pada Allah Yang hanya dengan كُن فَيَكُونُ (Kun Fayakun)

Takut dan Harap pada Allah Yang hanya dengan كُن فَيَكُونُ (Kun Fayakun) 


Kun Fayakun merupakan kalimat yang berbentuk perintah dan larangan. Kalimat tersebut juga menunjukkan kedahsyatan kehendak Allah Subhanahuwata'ala.


Itulah kuasa mutlak Allah yang kita sendiri amat takut jika ia terjadi ke atas kita. Bila manusia hidup dalam kemurkaan Allah, membuat kerosakan di atas muka bumi ini, tiada apa yang paling ditakuti melainkan bila Allah berkata - "Kun Fayakun", maka apa lagi daya kita hendak melawannya?


Renungkanlah. Muhasabah diri semula. Pernah kah kita mencabar hukum hakam Allah? Apakah kita tidak lagi menghormati suruhannya, mana yang halal atau mana yang haram? 


Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat di dalam surah tertentu yang menekankan tentang Kun Fayakun. Ayat yang jelas dalam firman Allah Subhanahuwata'ala ini adalah sebagai peringatan kepada kita agar jangan melakukan sesuatu dengan sembarangan, jangan meragui, jangan bongkak dan jangan tinggi hati, jangan. melakukan perkara kurafat kerana Dia boleh berkehendak apa sahaja, pada masa-Nya dan di mana saja. Maha suci Allah Yang Berkuasa atas segalanya.


Kun Fayakun - Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia mengkhendaki sesuatu. Dia hanya berkata, "Jadilah! Maka jadilah sesuatu itu." 


إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ. فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ


Maksudnya:"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.

Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan". Yasin ayat 82-83.


Begitulah jika Allah mengkehendaki, maka akan terjadi segala sesuatu. Seperti juga dengan wabak Corona Virus (COVID-19) yang melanda seluruh dunia khususnya di Malaysia, merupakan salah satu tanda qudrat(kekuasaan) dan iradat Allah.


Maka hendaklah kita yakin akan kekuasaan Allah yang akan menyembuhkan dan mengembalikan keadaan kepada asal, bahkan lebih baik lagi.


Tugas kita adalah memperbanyakkan istighfar memohon ampun kepada-Nya, dan memohon sesungguhnya agar Allah mengasihani kita semua dan menghapuskan wabak ini dengan seberapa segera. Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk patuh pada arahan ulil amri (pihak berkuasa) serta mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Ini juga bahagian dari ibadah dan jihad.


Berbaik kepada ayat 82 dari surah Yasin, 

"Urusan Allah Subhanahuwata'ala dalam menciptakan dan menghendaki sesuatu adalah dengan bertitah kepada sesuatu itu, “كن” (jadilah), maka terjadilah seketika itu juga tanpa bergantung kepada sesuatu yang lain”. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 23/58).


Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ


Maksudnya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi”.

Yasin ayat 82.


Ayat yang dibaca ini merupakan isti’arah tamsiliyyah dalam Balagah, iaitu “أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ” di mana dibandingkan kecepatan ta’thir qudratullah dan kejadiannya pada sesuatu makhluk dengan perintah yang ditaati tanpa tawaquf dan tegahan. Jika Dia kehendaki sesuatu sudah pasti akan ada yang terjadi tanpa lambat dan ta’khir. Ini termasuk dalam lata’if al-isti’arah. (Lihat Talkhis al-Bayan fi Majazat al-Quran oleh al-Syarif al-Radhib, 1/192)


Sama ada sesuatu itu langit atau bumi, lalat atau semut, semuanya sama sahaja di hadapan kalimat “kun” (كن), dan semuanya akan terus muncul ke alam al-wujud. Di sana tiada yang mudah dan tiada yang payah, tiada yang dekat dan tiada yang jauh. Sebaik sahaja wujudnya iradat Allah untuk menciptakan sesuatu, sudah cukup untuk mewujudkannya biar pun apa sahaja sesuatu itu. Allah hanya mendekatkan gambaran urusan-urusan penciptaan itu kepada manusia supaya mereka dapat memahaminya dengan ukuran manusia yang terbatas. (Lihat Tafsir fi Zilal al-Quran, 13/395)


Menurut Syeikh Tahir Ibn ‘Asyur, beliau berkat: Kenyataan ini merupakan sehebat-hebat istidlal dan kata pemutus. Demikian itu kerana ia menjelaskan apa yang sebelumnya sebagaimana yang dijelaskan sejumlah natijah daripada dua jumlah qiyas. Maka natijahnya, apabila Allah menghendaki sesuatu, maka tertakluklah kudrat-Nya dengan menjadikannya dengan perintah takwini yang diibaratkan daripada bahasa yang paling pendek iaitu (كن) kun untuk menggambarkan kejadian.


Beliau memahami kata amr dalam maksud keadaan. Menurutnya makna ini lebih tepat dengan konteks keraguan kaum musyrikin atas kuasa Allah menghidupkan kembali tulang belulang yang telah hancur. Maknanya menurut beliau, “Tiada keadaan bagi Allah saat Dia hendak menciptakan suatu ciptaan, kecuali ketetapan-Nya untuk mencipta sesuatu itu. Potongan ayat di atas melukiskan ketetapan-Nya itu di mana sesuatu yang hendak Dia wujudkan langsung terjadi – melukiskannya – dengan kata (كن) kun. Ini untuk menjelaskan bahawa untuk mewujudkannya, Dia tidak menggunakan tangan, tidak juga alat atau mengolah atau mengadun suatu bahan seperti yang dilakukan oleh pekerja. Ini kerana kaum Musyrikin menyangka bahawa hari Kebangkitan tidak dapat terjadi kerana bahan untuk menjadikannya tidak ada lagi. (Lihat Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, 11/79)


Allah Subhanahuwata'ala menciptakan langit dan bumi dengan mengucapkan kalimat كُنْ فَيَكُونُ (Kun Fayakun).


وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۖ وَيَوْمَ يَقُولُ كُنْ فَيَكُونُ ۚ قَوْلُهُ الْحَقُّ ۚ وَلَهُ الْمُلْكُ يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ ۚ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۚ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ


Maksudnya:"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nya-lah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui". Al-An'am ayat 73.


Selain itu disebutkan pada surah Ali- Imran ayat 59 bahwa Allah menciptakan nabi Adam yang berasal dari tanah. Allah berfirman, "كُنْ فَيَكُونُ (Kun Fayakun) maka jadilah (seorang manusia) jadilah dia.


إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ ۖ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ


Maksudnya:"Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia".Ali- Imran ayat 59.


Keajaiban كُنْ فَيَكُونُ (Kun Fayakun) juga dirasakan oleh Maryam ibunda nabi Isa. Pada saat itu, dirinya belum pernah disentuh oleh lelaki manapun, namun kerana kehendak Allah, dirinya mengandung dan melahirkan nabi Isa.


قَالَتْ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ ۖ قَالَ كَذَٰلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ إِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ


Maksudnya:"Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun". Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.". Ali Imran ayat 47.


Mengimani kepada Qudratullah dan Iradatullah, dengan memahami konsep “كن فيكون”, maka Sunnatullah telah menetapkannya yang dilaksanakan berdasarkan ilmu-Nya.


Allah Subhanahuwata'ala menutup surah Yasin dengan menggarisbawahi hubungan antara semua ciptaan Allah dari yang terbesar hingga yang terkecil, yang merupakan hubungan ketundukan dan kepemilikan. Makanya tepatlah Allah menyebut pada ayat akhirnya:


فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ


Maksudnya: Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan. Yasin ayat 83.

Saturday, July 17, 2021

Jangan salah memilih teman: Sahabat yang baik bukan semata untuk manfaat semasa di dunia sahaja akan tetapi demi manfaat yang abadi di akhirat kelak.

Jangan salah memilih teman: Sahabat yang baik bukan semata untuk manfaat semasa di dunia sahaja akan tetapi demi manfaat yang abadi di akhirat kelak. 


Dimulakan penulisan ini dengan Firman Allah Subhanahuwata'ala


وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا


Maksudnya:"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya". Al-Nisa ayat 69


Memilih teman atau kawan memang perlu berhati-hati. Salah memilih teman dalam pergaulan boleh menjerumaskan kita pada maksiat dan dosa.


Allah Subhanahuwata'ala menyuruh Nabi Sallallahu'alaihiwasallam untuk memilih kawan dan begitu juga Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menyuruh umatnya agar memilih kawan. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-kahfi ayat 28,


وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا


Maksudnya:"Dan bersabarlah ( jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat) kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas". Al-Kahfi ayat 28.


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menyuruh kita mencari sahabat yang baik bukan semata untuk manfaat semasa di dunia sahaja akan tetapi demi manfaat yang abadi di akhirat kelak. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari R.A beliau berkata bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda :


‏ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ، وَكِيرِ الْحَدَّادِ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ، أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ، وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً


Maksudnya : Perumpamaan seorang individu yang baik (yang duduk bersama dengan kita) dan juga individu yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan juga tukang besi. Duduk bersama penjual minyak wangi sama ada kamu akan membelinya atau kamu dapat menikmati bauan wanginya. Manakala duduk bersama tukang besi pula sama ada menyebabkan terpercik api ke badan atau baju kamu, atau kamu mendapati bauan yang busuk darinya". Riwayat Al-Bukhari (2101)


Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam syarahan beliau ke atas hadith ini berkata :


وَفِي الْحَدِيثِ النَّهْيُ عَنْ مُجَالَسَةِ مَنْ يُتَأَذَّى بِمُجَالَسَتِهِ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالتَّرْغِيبُ فِي مُجَالَسَةِ مِنْ يُنْتَفَعُ بِمُجَالَسَتِهِ فِيهِمَا


Maksudnya : Pada hadith ini terdapatnya larangan bermajlis dengan mereka yang memberi gangguan (atau menyakiti) menerusi majlis bersamanya sama ada gangguan itu pada agama atau pada dunia seseorang. Begitu juga (hadith ini) menganjurkan supaya duduk bersama dengan mereka yang kita mendapat manfaat dari mereka dalam urusan agama dan juga urusan dunia.

Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (4/324)


Sementara itu Iman Syafie berkata, “Jika engkau punya sahabat yang selalu membantumu dalam dalam mentaati Allah Subhanahuwata'ala, maka engkau peganglah dia erat-erat, jangan sekali-kali engkau lepaskan dia. Kerana mencari sahabat baik itu susah, tetapi melepasnya sangat mudah sekali.”


Memilih teman yang baik adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap remeh. Kerana itu, Islam mengajarkan kita agar  tidak salah dalam memilihnya. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ


Daru Abu Hurairah berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Seseorang itu akan mengikuti agama temannya, kerananya hendaklah salah seorang diantara kalian mencermati kepada siapa ia berteman". Riwayat Tirmizi 2300.


Sudah dapat dipastikan, bahawa seorang teman memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap temannya. Teman boleh mempengaruhi agama, pandangan hidup, kebiasaan dan sifat-sifat seseorang itu. 


Sifat manusia adalah cepat terpengaruh dengan teman pergaulannya. Malah manusia boleh terpengaruh bahkan dengan seekor binatang ternak yang menjadi teman hariannya. 


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :


 الْفَخْرُ وَالْخُيَلاَءُ فِي الْفَدَّادِينَ أَهْلِ الْوَبَرِ وَالسَّكِينَةُ فِي أَهْلِ الْغَنَمِ 


Maksudnya:"Kesombongan dan keangkuhan terdapat pada orang-orang yang meninggikan suara di kalangan pengembala unta. Dan ketenangan terdapat pada pengembala kambing". Riwayat Bukhari (3499) dan Muslim (187)


Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam mengkhabarkan bahawa pegembala unta akan berpengaruh serta timbulnya kesombongan dan keangkuhan dan mengembalakan kambing berpengaruh serta timbulnya sifat ketenangan. 


Jika dengan haiwan saja, makhluk yang tidak mempunyai akal dan kita tidak tahu apa maksud dari suara yang dikeluarkannya, namun manusia boleh terpengaruh dengan haiwan-haiwan tersebut yang menjadi teman hariannya.


Maka bagaimana pula dengan orang yang boleh berbicara dengan anda, faham perkataan anda, bahkan terkadang membohongi dan mengajak anda untuk memenuhi hawa nafsunya serta memperdayai anda dengan syahwat? Bukankan orang itu akan lebih berpengaruh?


Sebenarnya, sangat mudah mengetahui bagaimana cerminan diri anda. Cukup dengan melihat bersama siapa saja anda sering bergaul, seperti itulah cerminan diri Anda. Kenyataan ini telah dipaparkan oleh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :


 الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ (أخيه) الْمُؤْمِنِ 


Maksudnya:"Seorang mukmin cerminan dari saudaranya yang mukmin". Riwayat Bukhari ( 239) dan Abu Daud (4918)


Kalau seorang biasa berkumpul dengan seseorang yang hobinya berjudi,hisap dadah, berzina maka kurang lebih dia seperti itu juga. Begitu pula sebaliknya, kalau dia biasa berkumpul dengan orang yang rajin solat berjamaah, maka kurang lebih dia seperti itu.


Setelah mengetahui betapa pentingnya memilih teman yang baik, diantara sifat dan karakter orang yang semestinya dijadikan sebagai teman dan sahabat karib adalah sebagai berikut:


1. Berakidah Lurus. 

Ini menjadi syarat mutlak dalam memilih teman. Dia semestinya beragama Islam dan berakidah Ahlus sunnah wal jama’ah.


2. Bermanhaj Lurus


Syarat ini menjadi sifat mutlak yang kedua. Justeru kerana, Islam melarang berteman dengan ahlul-bid’ah dan ahlul-hawa’. 

Antaranya firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 


Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa". Al-An’am ayat 153


3.Taat Beribadah Dan Menjauhi Perbuatan Maksiat 


Allah Azza wa Jalla berfirman, 


 وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ 


Malsudnya"Sabarkanlah dirimu bersama orang-orang yang berdoa kepada Allah, pada waktu pagi dan petang, (yang mereka itu) menginginkan wajah-Nya al-Kahfi ayat 28.


4. Berakhlak Terpuji Dan Bertutur Kata Baik. 


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, 


 أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا 


Maksudnya:"Mukmin yang paling sempurna imannya adalah mukmin yang paling baik akhlaknya".

Riwayat Abu Daud (4682) dan at-Tirmizi 1163). 


5. Teman Yang Suka Menasihati Dalam Kebaikan. 


Teman yang baik tentu tidak senang jika kawannya sendiri terjatuh dalam perbuatan dosa. Jika anda memiliki teman, tetapi tidak pernah menegur dan tidak memperdulikan diri anda ketika melakukan kesalahan, maka perlu dipertanyakan landasan persahabatan yang mengikat anda berdua. Ia bukan seorang teman? 


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


 لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ 


Maksudnya:"Tidak sempurna iman salah seorang dari kalian sampai dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri".

Riwayat al-Bukhari (13), Muslim (40) , an-Nasa’i (5031), at-Tirmidzi (2515) dan Ibnu Majah (66)


6. Zuhud Terhadap Dunia Dan Tidak Bercita-cita Mengejar Kedudukan. 


Teman yang baik tentu tidak akan menyibukkan saudaranya dengan hal-hal yang bersifat keduniawian, seperti sibuk membicarakan model-model handphone, kereta mewah keluaran terbaru dan barang-barang konsumtif (gaya hidup yang boros) yang menjadi dambaan kaum hedonis.


فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوكَ


Maksudnya:"Rasulullah ﷺ bersabda, "Berlakulah zuhud dalam urusan dunia niscaya kamu akan dicintai Allah, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki orang lain niscaya kamu akan dicintai orang-orang". Riwayat Ibnu Majah (5092)


7. Banyak Ilmu atau Dapat berkongsi Ilmu dengannya. 


Tidak salah lagi, berteman dengan orang-orang yang mempunyai dan mengamalkan ilmu agama akan memberi pengaruh positif yang besar pada diri kita.


8. Berpakaian Yang Islami 


Teman yang baik selalu memperhatikan pakaiannya, baik dari segi syariat, kebersihan dan kerapiannya


عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَآنِي سَيِّئَ الْهَيْئَةِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَلْ لَكَ مِنْ شَيْءٍ قَالَ نَعَمْ مِنْ كُلِّ الْمَالِ قَدْ آتَانِي اللَّهُ فَقَالَ إِذَا كَانَ لَكَ مَالٌ فَلْيُرَ عَلَيْكَ


Maksudnya:"Dari Abu Al Ahwash dari Bapaknya ia berkata, "Aku masuk menemui Rasulullah ﷺ, lalu beliau melihatku dalam keadaan yang kurang rapi (seperti pengemis). Nabi ﷺ kemudian bersabda, "Apakah kamu mempunyai harta?" ia menjawab, "Ya, semua harta telah Allah berikan kepadaku." Beliau lantas bersabda, "Jika engkau mempunyai harta hendaklah engkau perlihatkan pada dirimu". Riwayat (5199)


9. Ia Selalu Menjaga Kewibawaan Dan Kehormatan Dirinya Dari Hal-hal Yang Tidak Layak Menurut Pandangan Masyarakat. 


Teman yang baik selalu memelihara dirinya dari perkara-perkara tersebut, meskipun merupakan hal-hal yang diperbolehkan dalam agama dan bukan maksiat. 

Seandainya suatu daerah menganggap bahawa main snooker adalah permainan tercela (sebuah aib bagi orang yang ikut bermain), maka tidak sepatutnya bergaul dengan orang-orang yang suka bermain permainan itu. 

Betapa indah ucapan Imam Syâfi’i rahimahullah :


 لَوْ أَنَّ اْلمَاءَ اْلبَارِدَ يَثْلَمُ مِنْ مُرُوْءَتِيْ شَيْئًا مَا شَرِبْتُ اْلمَاءَ إلاَّ حَارًّا 


Maksudnya:"Seandainya air yang dingin merusak kewibawaanku (kehormatanku), maka saya tidak akan minum air kecuali yang panas saja". Manâqib asy-Syâfi’I, Imam ar-Râzy hlm. 85.


10. Teman Yang Yidak Banyak Bergurau Dan Meninggalkan Hal-hal Yang Tak Bermanfaat. 


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


 مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ 


Maksudnya:"Di antara ciri baiknya keislaman seseorang, dia meninggalkan hal-hal yang tak bermanfaat baginya". Riwayat al-Tirmizi (2317) dan Ibnu Majah (3976)


Memang kelihatan agak sukar untuk mendapatkan teman ideal yang sesuai dengan paparan di atas. Akan tetapi, dengan izin Allah Subhanahuwata'ala serta  dengan usaha yang kuat serta doa kepada Allah, kita akan menemukan orang-orang seperti itu.


Biar kita cerewet dalam memilih teman, agar kita berbahagia di dunia dan juga di akhirat. Imam al-Ghazali menerangkan teman yang baik dan juga teman yang jahat:


Pertama:

Pilih kawan yang berakal. Jangan pilih kawan yang bodoh kerana akan jadi musuh dan menyakitkan hati. 


Kedua:

Pilih kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat kerana nanti akan dirangsang oleh nafsu jahatnya itu. 


Ketiga:

Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat. 


Keempat:

Pilih kawan yang sederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan jadi racun berbisa bagi sifat pemurah. 


Kelima:

Pilih kawan yang cakap benar. Jangan pilih kawan yang selalu cakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa. 


Keterangan di atas membawa maksud, kawan boleh mempengaruhi perjalanan hidup kita di dunia ini. Jika kawan yang baik, maka baiklah perangai. Dan jika kawan yang jahat maka jahatlah perangai kita. 


Al Imam As-Syafie pernah mengatakan, “Aku mencintai orang-orang soleh, walaupun aku bukan termasuk di antara meraka, semoga bersama mereka, aku berharap akan mendapatkan syafaatnya kelak. Dan aku membenci kepada para pelaku maksiat dan dosa walaupun aku tidak berbeza dengan mereka. Aku membenci orang yang membuang-buang usianya dalam kesia-siaan walaupun aku sendiri adalah orang yang banyak menyia-nyiakan usia”.


Marilah kita menjadi seorang sahabat yang baik di sisi Allah dan di sisi manusia sehingga mati, yang menjadi seperti cermin kepada yang lain dan agar mendapat naungan Allah Subhanahuwata'ala pada hari kiamat kelak seperti di dalam Hadith Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam berikut yang bermaksud, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ……..

وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ


Dari Abu Hurairah dari Nabi ﷺ bersabda, "Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya;............

dua orang yang saling mencintai karena Allah; mereka tidak bertemu kecuali karena Allah dan berpisah karena Allah… Riwayat Bukhari(620)


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam mengajarkan kepada kita sebuah doa agar terhindar dari teman yang jahat dan pengkhianat.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


اَللَّهُـمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ يَوْمِ السُّوْءِ، وَمِنْ لَيْلَةِ السُّوْءِ، وَمِنْ سَاعَةِ السُّوْءِ، وَمِنْ صَاحِبِ السُّوْءِ، وَمِنْ جَارِ السُّوْءِ فِيْ دَارِ الْـمُقَامَةِ


Maksudnya:“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hari yang buruk, malam yang buruk, waktu yang buruk, teman yang jahat dan tetangga yang jahat di tempat tinggal tetapku”. Riwayat At-Thabrani dalam al-Kabir-nya (14227) dengan isnad yang sahih.

Saturday, July 10, 2021

Ibadah Qurban dan hukumnya.

Ibadah Qurban dan hukumnya.

Dalam bulan Zulhijjah seluruh umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidiladha dan kita dituntut untuk membesarkannya dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih

Di samping itu juga, antara ibadah yang sangat dituntut ialah melaksanakan ibadah korban (bagi yang berkemampuan) iaitu berkorban dengan menyembelih binatang ternak seperti unta, kambing, kerbau atau lembu pada waktu yang tertentu.


Adapun maksud waktu yang tertentu untuk menyembelih binatang korban itu ialah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu selepas naik matahari pada Hari Raya Adha (setelah selesai sembahyang sunat Hari Raya Adha pada sepuluh Zulhijjah) sehingga terbenam matahari akhir hari tashrik iaitu hari ketiga belas Zulhijjah.


Allah Subhanahuwataala telah berfirman:


فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ


Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). 

Surah al-Kauthar ayat 2


Ibadah korban yang khusus untuk Rasulullah Salallahualaihiwasallam pula hukumnya adalah wajib. Hal ini berdasarkan kepada sabda Baginda Salallahualaihiwasallam, salah satu darinya adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi; 


أُمِرْتُ بِالنَّحْرِ وَهُوَ سُنَّةٌ لَكُمْ  


Maksudnya:“Aku diperintahkan (diwajibkan) untuk berkorban, dan hal itu merupakan sunnah bagi kalian” (Hadith Riwayat Al-Tirmizi). 


Justeru itu, berdasarkan hadith di atas hukum melaksanakan ibadah korban ini adalah sunat Muakkad (sangat dituntut) bagi setiap muslim yang berkemampuan. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/478)


Kesunnahan dalam hal ini adalah sunat kifayah jika ada dalam satu keluarga itu salah seorang dari mereka telah menjalankan ibadah korban maka gugurlah tuntutan sunat kifayat bagi pihak yang lain, tetapi jika hanya dia seorang sahaja maka hukumnya adalah sunat ‘ain. Syarat untuk melaksakan ibadah korban ini adalah ditujukan kepada orang muslim yang merdeka, sudah baligh, berakal dan mampu.


 وَالْاُضْحِيَة- ....(سُنَّةٌ) مُؤَكَّدَةٌ فِيحَقِّنَاعَلَى الْكِفَايَةِ إِنْ تَعَدَّدَ أَهْلُ الْبَيْتِ فَإِذَا فَعَلَهَا وَاحِدٌ مِنْ أَهْلِ الْبَيْتِ كَفَى عَنِ الْجَمِيعِ وَإِلَّا فَسُنَّةُ عَيْنٍ وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ اَلْحُرُّ اَلْبَالِغُ اَلْعَاقِلُ اَلْمُسْتَطِيعُ 


“Hukum berkorban adalah sunat muakkad yang bersifat kifayah apabila jumlahnya dalam satu keluarga yang ramai, maka jika salah seorang dari mereka sudah menjalankannya maka sudah mencukupi untuk kesemuanya jika tidak maka menjadi sunat ain. Sedangkan mukhatab (orang yang terkena khitab) adalah orang islam yang merdeka, sudah baligh, berakal dan mampu” (Muhammad al-Khathib asy-Syarbini, al-Iqna’ fi Halli Alfazhi Abi asy-Syuja’, Bairut-Maktab al-Buhuts wa ad-Dirasat, tt, juz, 2, h. 588)


Di dalam sebuah hadith , Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda:


إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَهْلِهِ لَيْسَ مِنَ النُّسُكِ فِي شَىْءٍ


Maksudnya: “Perkara pertama yang kami mulakan pada hari ini, ( hari raya ) ialah kami bersembahyang. Kemudian kami pulang dan menyembelih korban. Oleh itu, sesiapa yang melakukan perkara tersebut maka dia telah melaksanakan sunah kami. Dan sesiapa telah menyembelih sebelum itu, maka ia adalah daging untuk ahli keluarganya, bukan untuk ibadat korban sedikit pun”.

Riwayat Bukhari (965) dan Muslim (1961)


Makna perkataan: “Sesiapa yang telah menyembelih sebelum itu” ialah sebelum masuk waktu sembahyang hari raya dan sebelum berlalu waktu sekadar yang sempat didirikan sembahyang.


Pengarang al-Fiqh al-Manhaji berkata: “Waktunya bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) iaitu sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah. Kemudian berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada akhir hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijah. Waktu afdhal untuk menyembelih ialah selepas selesai solat sunat hari raya”.


Jubair bin Mut’im RA meriwayatkan, katanya:


وَكُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ ذَبْحٌ


Maksudnya: “Setiap Hari Tasyrik adalah sembelihan (waktu untuk menyembelih)”.


Riwayat al-Imam Ahmad di dalam Musnadnya (16751).Dhaif


1-Bermulanya waktu sembelihan itu selepas timbulnya matahari pada hari sembelihan iaitu hari ke-10 Zulhijjah, sehinggalah berakhirnya hari tasyriq dan ini menjadikan waktu sembelihan korban itu selama 4 hari. Iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.


2-Justeru itu sesiapa yang melakukan sembelihan sebelum waktu yang disebutkan di atas, maka sembelihannya itu tidak dikira sebagai korban. Ianya hanyalah dikira sebagai sedekah sahaja (iaitu sembelihan untuk mendapat daging semata-mata).


3-Sekiranya seseorang itu telah bernazar untuk melakukan sembelihan namun telah berakhirnya hari tasyriq, maka wajib ke atasnya untuk melakukan sembelihan tersebut dan ianya di kira sebagai qadha’ dan qadha’ tidak gugur dengan berlalunya waktu.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...