Keutamaan puasa dan puasa dalam bulan
Ramadhan.
Segala pujian bagi Allah Subhanahuwata'ala yang memiliki segala sifat kesempurnaan yang indah. Kita bersyukur atas segala nikmat-Nya yang melimpah dan dengan syukur yang menambah pemberian dan kurnia.
Ketahuilah bahawa puasa adalah ibadah yang paling utama, banyak sekali riwayat yang menunjukkan keutamaannya dan berita tentang keutamaannya tersebar luas di antara manusia.
Di antara keutamaan puasa adalah Allah Subhanahuwata'ala mewajibkannya kepada semua umat manusia,
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ
Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. Al-Baqarah ayat 183
Jika bukan kerana pahalanya yang sangat besar nescaya Allah Subhanahuwata'ala tidak akan mewajibkannya kepada semua umat manusia.
Dan di antara keutamaan puasa di bulan Ramadhan adalah bahawa ia merupakan sebab ampunan dan penebus segala kesalahan dan dosa.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu‘alahiwasallam bersabda,
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya:"Barangsiapa yang puasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala nescaya diampuni dosanya yang terdahulu". Al-Bukhari (38), Muslim (760), at-Tirmidzi (683), Ahmad (2/241)
Maksudnya dengan kerana mengimani atau mempercayai terhadap Allah Subhanahuwata’ala, redha dengan kewajipan puasa yang ditentukan kepadanya, dan kerana mengharapkan pahala-Nya. Tidak benci terhadap kewajiban-Nya dan tidak pula meragukan pahalanya. Maka sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala mengampuni dosanya yang terdahulu.
Dalam Sahih Muslim, dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, sesungguhnya. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,
اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ لِـمَـا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ
Maksudnya:"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, dan Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa-dosa diantara keduanya selagi dosa-dosa besar dijauhi". Riwayat Muslim (233).
Dan di antara keutamaan puasa, adalah bahawa pahalanya tidak terkait dengan bilangan tertentu, tetapi orang yang puasa akan diberikan pahalanya secara langsung oleh Allah Subhanahuwata’alla. Maksudnya ibadah lainnya akan kembali untuk manusia, iaitu Allah Subhanahuwata'ala telah mengkhabarkan balasan pahalanya samaada dilipat gandakan pahala amalan kebaikannya dari sepuluh hingga digandakan lebih dari itu. Dimana Ibadah puasa, Allah khususkan untuk dirinya, sehingga pahalanya tidak dinyatakan kadarnya. Ini adalah untuk menunjukkan bahawa teramat istimewanya ibadah puasa tersebut.
Hal ini adalah merujuk kepada sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam yang berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : ” إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ، وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ” .
Maksudnya:"Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Akulah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi". Muslim (1952)
Berdasarkan Hadith ini Imam al-Munawi berkata: “Orang yang berpuasa, Aku (Allah) memberinya balasan pahala yang banyak. Aku yang menguruskan balasan pahala itu tanpa diwakilkan kepada malaikat yang paling dekat atau makhluk-makhluk lain kerana puasa itu rahsia antara-Ku dengan hamba-Ku. Ini kerana apabila ditahan dirinya daripada nafsu syahwat maka ia diberi pahala dengan pengawasan Allah Subhanahuwata'ala.” (Faidh al-Qadir: 4/250)
Ini kerana mereka yang mempunyai keimanan yang kental sahaja mampu melakukan amalan puasa, sebaliknya mereka yang imannya goyah dan mudah mengikut hawa nafsu amat sukar baginya untuk melakukan ibadat puasa.
Hadith yang agung ini menunjukkan keutamaan puasa dari berbagai sisi:
Pertama:
Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menentukan puasa untuk diri-Nya dari semua amal ibadah. Hal itu kerana ianya mulia di sisi-Nya dan nampak keikhlasan kerana-Nya serta ia adalah rahsia di antara hamba dan Rabb-nya, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah Subhanahuwata’ala sahaja. Maka sesungguhnya orang yang berpuasa Apabila berada di tempat yang sunyi, ia boleh memakan apa yang diinginkanya namun ia tidak melakukannya. Kerana ia mengetahui bahawa ia mempunyai Rabb yang melihatnya saat ia sendirian. Dan Allah Subhanahuwata’ala mengharamkan hal itu, maka ia meninggalkannya kerana takut terhadap siksa Allah Subhanahuwata’ala dan mengharapkan pahalanya, kerana itulah Allah Subhanahuwata’ala membalas keikhlasan ini dan menentukan puasa hanya untuk-Nya berbanding ibadah lainnya. Karena inilah, Allah Subhanahuwata’ala berfirman (dalam hadith qudsi):
يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي
Maksudnya:".....Ia meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku….". Muslim(1952)
Faedah keutamaan ini nampak jelas di hari kiamat, seperti yang dikatakan Sufyan bin Uyainah rahimahullah: Apabila terjadi hari kiamat, Allah Subhanahuwata’ala menghisab hamba-Nya dan membayarkan semua kezalimannya yang diambil dari amal ibadahnya, sehingga apabila tidak ada yang tersisa lagi kecuali puasa, Allah Subhanahuwata’ala menanggung kezaliman yang masih tersisa dan memasukkanya ke syurga dengan puasa.
Kedua:
Allah Subhanahuwata’ala berfirman berkenaan puasa;
قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : ” إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ
Maksudnya:" …..Allah Subhanahuwata’ala berfirman: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Akulah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya"..... Muslim(1952)
Allah Subhanahuwata’ala menyandarkan balasan kepada Zat-Nya Yang Mulia, kerana amal ibadah dilipat gandakan pahalanya dengan bilangan, satu kebaikan dengan sepuluh kali ganda hingga mencapai tujuh ratus kali ganda, hingga gandaan yang sangat banyak.
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ
Maksudnya"...Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda….". Muslim(1952)
Adapun puasa, Allah Subhanahuwata’ala menyandarkan balasannya kepada diri-Nya tanpa terbilang, dan Dia adalah yang paling pemurah dari semua yang pemurah. Dan pemberian itu menurut kadar dan kehendak-Nya, maka pahala orang yang puasa sangat besar tanpa terhitung.
Puasa adalah sabar kerana taat kepada Allah Subhanahuwata’ala, sabar meninggalkan yang diharamkan Allah Subhanahuwata’ala, sabar terhadap ketentuan Allah Subhanahuwata’ala yang menyakitkan berupa lapar, haus, lemah badan dan jiwa. Tergabung padanya tiga jenis sabar dan terealisasi bahawa orang yang puasa termasuk orang-orang yang sabar. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:
اِنَّمَا يُوَفَّى الصّٰبِرُوْنَ اَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Maksudnya:"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas". Az-Zumar ayat 10.
Dan sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam,
صَوْمُ شَهْرِ الصَّبْرِ وَثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ صَوْمُ الدَّهْرِ
Maksudnya:"Satu bulan sabar (berpuasa Ramadhan) ditambah tiga hari puasa pada setiap bulan, sama dengan puasa satu tahun". Ahmad (8626).
Yang dimaksud dengan bulan sabar iaitu bulan Ramadhan. Lihat At-Tamhid 19/61
Ibnu Abdil Barr rahimahullah (Lihat At-Tamhid) menjelaskan,"Dalam kamus Lisanul Arab, صوم juga bermakna sabar. Subhanahuwata'ala berfirman.
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Maksudnya:"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”. Al-Zumar ayat 10.
Ketiga:
Puasa merupakan perisai, maksudnya pemelihara dan penutup orang yang puasa dari perbuatan sia-sia. Kerana itulah Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda,
لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ
Maksudnya:“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu(lalai) dan rofats(lucah)....". Riwayat Ibnu Majah dan Hakim. At Targib wa At Tarhib no. 1082.
Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda.
الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ
Maksudnya:“Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka”. Riwayat Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dan Utsman bin Abil ‘Ash.
Yang dimaksud puasa sebagai (جُنَّةٌ) (perisai) adalah puasa akan menjadi pelindung yang akan melindungi bagi pelakunya di dunia dan juga di akhirat:
1-Adapun di dunia maka akan menjadi pelindung yang akan menghalanginya untuk mengikuti godaan syahwat yang terlarang di saat puasa. Oleh kerana itu tidak boleh bagi orang yang berpuasa untuk membalas orang yang menganiaya dirinya dengan balasan serupa, sehingga jika ada yang mencela ataupun menghina dirinya maka hendaklah dia mengatakan, “Aku sedang berpuasa.”
Dari Abu Hurairah, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,
لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ
Maksudnya:“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu(lalai) dan rofats(lucah). Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat keji padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”. Riwayat Ibnu Majah dan Hakim. At Targib wa At Tarhib no. 1082.
2-Adapun di akhirat maka puasa menjadi perisai dari api neraka, yang akan melindungi dan menghalangi dirinya dari api neraka pada hari kiamat (Lihat Syarh Arba’in An-Nawawiyyah)
Bersabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam.
مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُوْمُ يَوْمًا فِي سَبِيْلِ اللَّهِ إِلاَّبَاعَدَ اللَّهُ بَذَلِكَ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِيْنَ خَرِيْفًا
Maksudnya:“Tidaklah seorang hamba yang puasa di jalan Allah kecuali akan Allah jauhkan dia (kerana puasanya) dari neraka sejauh tujuh puluh musim”.
Riwayat Bukhari 6/35, Muslim 1153 dari Abu Sa’id Al-Khudry, ini adalah lafaz Muslim. Sabda Rasulullah : “70 musim” yakni : perjalanan 70 tahun, demikian dikatakan dalam Fathul Bari 6/48].
Dan Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda.
مَنْ صَامَ يَوْمًا فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ جَعَلَ اللَّهُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ خَنْدَقًا كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأرْض
Maksudnya:“Barangsiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah maka di antara dia dan neraka ada parit yang luasnya seperti antara langit dengan bumi”.
Dikeluarkan oleh Tirmidzi no. 1624 dari hadits Abi Umamah, Dan dikeluarkan pula oleh At-Thabrani di dalam Al-Kabir 8/260,274, 280 dari dua jalan dari Al-Qasim dari Abi Umamah. Dari Abi Darda’, dikeluarkan oleh Ath-Thabrani di dalam Ash-Shagir 1/273.
Keempat:
Sesungguhnya bau mulut orang yang puasa lebih wangi di sisi Allah Subhanahuwata’ala dari pada aroma minyak kesturi, kerana ia berasal dari bekas puasa, maka ia lebih wangi di sisi Allah Subhanahuwata’ala. Ini menunjukkan besarnya pahala puasa di sisi Allah Subhanahuwata’ala, sehingga sesuatu yang tidak disukai di sisi manusia menjadi dicintai dan wangi kerana muncul dari ketaatan kepada Allah Subhanahuwata’ala dengan sebab puasa.
Dari Abu Hurairah RA, (bahawasanya) Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda.
قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ
Maksudnya:“Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya melainkan puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang memberi balasannya. Puasa adalah benteng/perisai, dan apabila salah seorang di antara kamu sedang melaksanakan puasa, janganlah dia berkata-kata lucah/keji dan bertengkar, jika ada orang lain yang memakinya/mencercanya atau ingin bergaduh dengannya, maka hendaklah dia mengatakan “aku berpuasa". Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesunguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi, orang yang puasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira kerana puasa yang dilakukannya” .Bukhari (4/88), Muslim (1151).Lafaz ini bagi Bukhari.
Di dalam hadith ini merupakan bimbingan bagi yang puasa, apabila seseorang mencelanya atau memusuhinya, agar ia tidak membalasnya dengan perbuatan serupa, agar tidak bertambah celaan dan permusuhan, dan supaya ia tidak lemah di hadapannya dengan berdiam diri. Tetapi ia mengkhabarkanya bahawa ia berpuasa sebagai isyarat bahawa ia tidak akan membalas dengan perbuatan serupa kerana menghormati puasa, bukan kerana tidak mampu membalas, saat itu terhentilah celaan dan permusuhan.
قال الله تعالى: وَلَا تَسْتَوِى الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۗاِدْفَعْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُ فَاِذَا الَّذِيْ بَيْنَكَ وَبَيْنَهٗ عَدَاوَةٌ كَاَنَّهٗ وَلِيٌّ حَمِيْمٌ ٣٤ وَمَا يُلَقّٰىهَآ اِلَّا الَّذِيْنَ صَبَرُوْاۚ وَمَا يُلَقّٰىهَآ اِلَّا ذُوْ حَظٍّ عَظِيْمٍ [فصلت
Maksudnya:"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia* Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar" Fushshilat ayat 34-35.
Kelima:
Sesungguhnya bagi yang berpuasa ada dua kebahagiaan,
Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ: فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ
Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya”. Riwayat Muslim (1151)
Kebahagiaan saat berbuka dan bahagia saat bertemu Rabb-nya. Adapun kebahagiaan saat berbuka, maka ia merasa bahagia dengan nikmat Allah Subhanahuwata’ala kepadanya berupa melaksanakan ibadah puasa yang merupakan ibadah paling utama, berapa ramai manusia yang tidak dapat melaksanakannya. Dan ia bahagia dengan makanan, minuman dan menikah yang dibolehkan Allah Subhanahuwata’ala, yang sebelumnya diharamkan kepadanya disaat dia puasa. Adapun kebahagiaannya saat bertemu Rabb-nya maka ia merasa bahagia dengan puasanya saat ia memperoleh pahalanya di sisi Allah Subhanahuwata’ala secara sempurna saat ia sangat memerlukannya, saat dikatakan; Dimanakah orang-orang yang puasa supaya mereka masuk syurga dari pintu Rayyan yang tidak ada orang yang memasukinya selain mereka.
Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ" متفقٌ عليه.
التخريج: صحيح البخاري، كتاب الصوم، باب الريان للصائمين، حديث رقم 1896.
Maksudnya:"Daripada Sahl bin Sa‘ad RA berkata, Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda: “Sesungguhnya di syurga ada satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan, iaitu pintu masuk bagi orang yang berpuasa di hari kiamat nanti. Tidak akan masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, akan diseru oleh penjaganya: ”Dimanakah orang yang berpuasa? Maka mereka yang berpuasa pun bangun (memasukinya), tidak ada yang akan memasukinya melainkan mereka sahaja. Apabila mereka memasukinya, pintu itu akan ditutup, maka tiada siapa lagi yang akan dapat memasukinya".
(Muttafaqun ‘Alayhi, hadith riwayat al-Bukhari, no. 1896, Muslim, no. 1152, At-Tirmizi, no. 765, An-Nasaie, no. 2237)
Keenam:
Di antara keutamaan puasa ialah ia memberi syafaat bagi yang mengerjakannya di hari kiamat.
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، يَقُولُ الصِّيَامُ: أَيْ رَبِّ، مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ، فَشَفِّعْنِي فِيهِ، وَيَقُولُ الْقُرْآنُ: مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ، فَشَفِّعْنِي فِيهِ، قَالَ: فَيُشَفَّعَانِ
Maksudnya: “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat buat hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: “Wahai Rab!, Aku telah menahannya daripada makan dan syahwat pada siang hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya. Al-Quran pula berkata: Aku telah menahannya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya. Kemudian, keduanya memberi syafaat (kepada orang yang melakukannya).” [Riwayat Ahmad (6626) dan al-Thabarani (88)]
Apakah itu Syafa’at?
Para ulama mendefinisikan syafa’at:
ﻓﺎﻟﺸﻔﺎﻋﺔ ﻫﻲ ﺍﻟﺘﻮﺳﻂ ﻟﻠﻐﻴﺮ ﻓﻲ ﺟﻠﺐ ﺍﻟﻤﻨﻔﻌﺔ ﺃﻭ ﺩﻓﻊ ﺍﻟﻤﻀﺮﺓ
Maksudnya:“Syafaat adalah sebagai penengah/wasilah bagi yang lain untuk mendatangkan manfaat dan mencegah bahaya/madharat.”
Syafaat ini mungkin berupa syafaat di dunia ataupun syafaat di akhirat. Syafaat di dunia mungkin berupa syafa’at yang baik dam buruk sedangkan syafaat di akhirat adalah syafaat yang baik
Allah Subhanahuwata’ala berfirman,
مَنْ يَشْفَعْ شَفَاعَةً حَسَنَةً يَكُنْ لَهُ نَصِيبٌ مِنْهَا ۖ وَمَنْ يَشْفَعْ شَفَاعَةً سَيِّئَةً يَكُنْ لَهُ كِفْلٌ مِنْهَا
Maksudnya:“Barangsiapa yang memberikan syafa’at yang BAIK, nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) dari padanya. Dan barangsiapa memberi syafaat yang BURUK, niscaya ia akan memikul bahagian (dosa) dari padanya.” An-Nisaa’ ayat 85.
Maksud hadith mengenai syafaat oleh puasa dan Al-Quran adalah syafaat di akhirat. Saat itu, manusia sangat memerlukan syafaat dengan izin Allah kerana kesusahan yang manusia alami pada hari kiamat, seperti:
1. Matahari didekatkan pada manusia sejauh satu mil.
2. Manusia ada yang tenggelam dengan peluhnya.
3. Manusia ada yang diseret dan berjalan dengan wajahnya.
4. Kejadian di padang mahsyar yang sangat lama, di mana satu hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di bumi.
Dinukilkan beberapa dalil mengenai hal ini. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,
ﺇِﻧَّﻜُﻢْ ﺗُﺤْﺸَﺮُﻭْﻥَ ﺭِﺟَﺎﻻً ﻭَﺭُﻛْﺒَﺎﻧًﺎ ﻭَﺗُﺠَﺮُّﻭْﻥَ ﻋَﻠَﻰ ﻭُﺟُﻮْﻫِﻜُﻢْ
Maksudnya:“Sesungguhnya kalian akan dikumpulkan (ke Padang Mahsyar) dalam keadaan berjalan, dan (ada juga yang) berkendaraan, serta (ada juga yang) diseret di atas wajah-wajah kalian". Riwayat Tirmizi, Sahih at-Targhib wat-Tarhib no. 3582.
Satu hari di akhirat sama dengan seribu hari di dunia. Sebagaimana yang Allah Subhanahuwata’ala sebutkan,
وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
Maksudnya:“Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu". Al Hajj ayat 47.
Ini bermaksud, setengah(½) hari di akhirat sama dengan 500 tahun di dunia.
Adapun firman Allah Subhanahuwata’ala,
فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
Maksudnya:“Dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun”. Al Ma’arij ayat 4.
Ayat ini pula menunjukkan pengkhususan dari maksud umum yang disebutkan sebelumnya atau difahami bahawa waktu tersebut begitu lama bagi orang-orang kafir. Itulah kesulitan yang dihadapi oleh orang-orang kafir,
فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ (8) فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ (9) عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ (10
Maksudnya:“Apabila ditiup sangkakala, maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit, bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah”. Al Mudatsir ayat 8-10.
Justeru itu kita sangat memerlukan syafaat di hari kiamat nanti, diantara yang dapat memberi syafaat adalah puasa dan Al-Quran sebagaimana dalam hadith di atas.
Namunpun begitu ditekankan bahawa pada hakikatnya syafa’at ini hanya milik Allah. Sebagaimana Allah Subhanahuwata’ala telah berfirman,
ﻗُﻞ ﻟِّﻠَّﻪِ ﭐﻟﺸَّﻔَٰﻌَﺔُ ﺟَﻤِﻴﻌٗﺎۖ
Maksudnya:“Katakanlah semua syafaat hanyalah milik Allah". Az-Zumar ayat 44)
Juga firman Allah Subhanahuwata’ala,
ﻣَﻦ ﺫَﺍ ﭐﻟَّﺬِﻱ ﻳَﺸۡﻔَﻊُ ﻋِﻨﺪَﻩُۥٓ ﺇِﻟَّﺎ ﺑِﺈِﺫۡﻧِﻪِۦۚ
Maksudnya:“Tidak ada yang memberikan syafaat disisi Allah kecuali dengan izin-Nya". Al-Baqarah ayat 255.
Puasa dan Al-Quran serta makhluk lainnya yang dapat memberi syafaat sebagaimana dalam dalil tidaklah mempunyai syafaat sebenarnya, tetapi pada hakikatnya hanya diberikan izin oleh Allah untuk memberikan syafaat. Oleh kerana itu, kita hanya boleh meminta syafaat hanya kepada Allah saja.
Saudaraku keutamaan puasa tidak akan diperolehi kecuali yang berpuasa melaksanakan adab-adabnya, maka bersungguh-sungguhlah menjalankan puasamu dan menjaga batas-batasnya. Bertaubatlah kepada Rabb-mu akan kekuranganmu dalam hal itu.
No comments:
Post a Comment