Sunday, May 31, 2020

Hukum makan minum atau melakukan perkara yang membatalkan puasa dengan terlupa di siang hari bulan Ramadhan. Hukum tersalah bersahur dan tersalah berbuka puasa sebelum waktu.

Hukum makan minum atau melakukan perkara yang membatalkan puasa dengan terlupa di siang hari bulan Ramadhan. Hukum tersalah bersahur dan tersalah berbuka puasa sebelum waktu.

Puasa atau didalam bahasa Arab disebut صيام atau juga disebut صوم.

Puasa dari sudut bahasa sering diertikan dengan:
 الإِمْسَاكُ وَالكُفِّ عَنِ الشَّيْءِ 
Maksudnya:"menahan diri dan meninggalkan dari melakukan sesuatu". 
Puasa dari sudut istilah pula diertikan:
الإْمْسَاكُ عَنِ الْمُفْطِرِ عَلَى وَجْهٍ مَخْصُوصٍ

Maksudnya:”Menahan diri dari segala yang membatalkannya dengan cara tertentu”.

Cara tertentu yang dimaksudkan dalam definisi diatas diperincikan di dalam kitab-kitab fiqh  dengan memberikan penjelasan tentang tata cara berpuasa yang benar dengan merujuk kepada dalil-dalil.

Atau juga,

Puasa dari sudut bahasa bermaksud menahan diri. Manakala dari sudut syarak pula, menahan diri daripada perkara yang membatalkan dengan cara yang tertentu daripada terbit sehingga terbenamnya matahari. (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 294)

Sebagaimana dalilnya:

فَكُلِي وَٱشۡرَبِي وَقَرِّي عَيۡنٗاۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ ٱلۡبَشَرِ أَحَدٗا فَقُولِيٓ إِنِّي نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَٰنِ صَوۡمٗا فَلَنۡ أُكَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ إِنسِيّٗا

Maksudnya:"Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini". Maryam ayat 26.

Allah Subhanahuwata'ala mensyariatkan ibadah puasa kepada umat Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam seperti yang telah disyariatkan kepada umat-umat sebelumnya. 
Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan juga ahlikitab yang sezaman dengan Nabi. 
Akan tetapi kewajiban berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat‐umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu saja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khususnya difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hal ini berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala di dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.
Al-Baqarah ayat 183.

Penetapan mula berpuasa di bulan Ramadhan ialah dengan melihat anak bulan Ramadhan. Jika tidak kelihatan anak bulan Ramadham maka dicukupkan 30 hari bulan Sya’ban.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

صُوْمُوْا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوْا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوْا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلاَثِيْنَ يَوْمًا

Maksudnya:"Berpuasalah kamu apabila melihat hilal (anak bulan), dan berbukalah kamu (untuk ber’Iidul Fitri) apabila melihat hilal. Dan jika hilal itu tertutup daripada (penglihatan) kamu, maka sempurnakanlah (genapkanlah) bilangan bulan Sya’ban itu 30 hari. Riwayat Bukhari. 

Disebalik kewajipan berpuasa di dalam Bulan Ramadhan. Dengan kemurahan-Nya, Allah Subhanahuwata'ala memberi kelonggaran dan keringanan kepada golongan yang tertentu untuk berbuka puasa. Allah Subhanahuwata'ala berfirman dalam al-Quran:

فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ

Maksudnya: Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.
Al-Baqarah ayat 185

Ibn Kathir menafsirkan ayat ini bahawa orang yang sakit dan orang yang dalam bermusafir tidak perlu berpuasa. Ini kerana jika dia berpuasa itu akan menyebabkan kesulitan dan kesusahan baginya, bahkan dia perlu berbuka puasa dan mengqadakan puasa yang ditinggalkan tersebut pada hari yang lain. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 2:184)

Hukum makan minum dan melakukan perkara yang membatalkan puasa dengan sebab lupa, tidak sengaja atau dipaksa.

Tidak batal puasa bagi sesiapa yang melakukan perkara yang membatalkan puasa dalam keadaan beliau tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka dalam keadaan ini hendaklah dia menyempurnakan puasanya sehingga waktu berbuka.

Hal ini adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِيْ عَنْ أُمَّتِي : الْخَطَأُ وَالنِّسْيَانُ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala memaafkan terhadap umatku kerana aku; segala apa yang tersalah, lupa dan dipaksa. Riwayat Ibn Majah: (2043)

Diriwayatkan juga oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

مَن نسِي وَهُوَ صَائِمٌ فأكَلَ أَوْ شَرِبَ، فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ؛ فَإِنّمَا أَطْعَمَهُ اللهُ وَسَقَاهُ

Maksudnya: Barangsiapa yang terlupa bahawa dia sedang berpuasa kemudian dia makan dan minum, maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala telah memberikan makan dan minum kepadanya.
Riwayat al-Bukhari (1831) dan Muslim (1155)

Hukum orang yang ragu-ragu tentang waktu bersahur:

Hukum orang yang ragu-ragu tentang waktu  bersahur berdasarkan ijtihadnya sahaja. Dalam keadaan ini, para ulama’ menyatakan:

Harus hukumnya untuk meneruskan makan bagi orang berasa ragu-ragu bahawa waktu sahur telah tamat, berdasar ijtihadnya atau diberitahu oleh seorang yang adil. Ini kerana kaedah fiqh menyebutkan bahawa asal hukum adalah berkekalannya waktu malam. (Rujuk Ithaf al-Anam bi Ahkam al-Siyam: 106)

Namun jika sekiranya selepas itu dia mendapati bahawa dia tersalah bersahur dengan makan dan minum selepas azan Subuh , maka dalam keadaan dia yakin bahawa dia telah tersilap, maka batal puasanya dan hendaklah dia mengqadanya pada hari yang lain. Ini berdasarkan kaedah fiqh:

لَا عِبْرَةَ بِالظّنّ البَيّن خَطَؤُهُ

Maksudnya: Tidak diambil kira dengan dugaan-dugaan yang sudah jelas kesalahannya. (Rujuk Ithaf al-Anam bi Ahkam al-Siyam: 106-107)

Selain itu, orang yang tersalah bersahur selepas waktu Subuh hendaklah menahan diri daripada makan dan minum serta semua perkara yang membatalkan puasa sehinggalah waktu berbuka puasa. (Rujuk Sullam al-Raja Syarh Safinat al-Naja: 59)

Kesimpulannya:
Tidak batal puasa dan harus hukumnya bagi seseorang yang meneruskan makan dan minum dalam keadaan dia ragu-ragu bahawa telah tamat waktu sahur. Namun jika sekiranya jelas kepadanya bahawa dia tersalah dengan makan selepas habis waktu sahur, maka batal puasanya dan hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain. Kedua-dua situasi ini berdasarkan kaedah fiqh:

الأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ

Maksudnya: Asal hukum itu kekal sesuatu mengikut apa yang sebelumnya.

Hukum orang yang ragu-ragu tentang waktu berbuka:

Perkara utama yang perlu difahami adalah Firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut,

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

Maksudnya: “…dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);…”  al-Baqarah ayat 187

Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, 2/321 berkata: “Allah jadikan sebutan malam sebagai tempat atau waktu untuk makan, minum, berjima’. Sedangkan siang hari sebagai waktu untuk berpuasa.”

Hukum orang yang ragu-ragu tentang waktu berbuka, kemudian dia berbuka puasa berdasarkan ijtihadnya sahaja. Dalam keadaan ini, para ulama’ menyatakan:

Haram hukumnya bagi orang yang berasa ragu-ragu masuk waktu berbuka untuk makan pada akhir hari waktu siang dengan keadaan dia berijtihad dan menyangka bahawa sudah masuk waktu malam. Ini kerana kaedah fiqh menyatakan bahawa asal hukum adalah berkekalannya waktu siang.

Namun jika sekiranya selepas itu dia mendapati bahawa dia tersalah berbuka puasa sebelum masuk waktu Maghrib, dalam keadaan dia yakin bahawa dia telah tersilap, maka batal puasanya dan hendaklah dia mengqadanya pada hari yang lain. Ini berdasarkan kaedah fiqh:

لَا عِبْرَةَ بِالظّنّ البَيّن خَطَؤُهُ

Maksudnya: Tidak diambil kira dengan dugaan-dugaan yang sudah jelas kesalahannya. (Rujuk Ithaf al-Anam bi Ahkam al-Siyam: 106-107)

Imam al-Nawawi menjelaskan:

وَلَوْ أَكَلَ ظَانًّا غُرُوبَ الشَّمْسِ، فَبَانَتْ طَالِعَةً، أَوْ ظَنَّ أَنَّ الْفَجْرَ لَمْ يَطْلُعْ، فَبَانَ طَالِعًا، أَفْطَرَ عَلَى الصَّحِيحِ الْمَنْصُوصِ، وَبِهِ قَطَعَ الْجُمْهُورُ.

Maksudnya: “Sekiranya, seseorang makan kerana menyangka tenggelamnya matahari, ternyata belum tenggelam atau menyangka fajar belum timbul, ternyata telah timbul, dikira batal puasanya atas nas yang sahih dan ianya diputuskan oleh jumhur ulama’.” (Lihat Raudhah al-Talibin, 2/363)

Kesimpulannya:
Batal puasa bagi seseorang yang syak masuk waktu berbuka dan haram baginya makan kecuali setelah dia yakin dan berijtihad bahawa waktu telah masuk.

Saturday, May 30, 2020

Siapakah yang wajib memikul tanggungjawab menjaga Ibu bapa yang uzur, samaada anak lelaki atau anak perempuan?

Siapakah yang wajib memikul tanggungjawab menjaga Ibu bapa yang uzur, samaada anak lelaki atau anak perempuan?

Seseorang yang sempat bersama atau berbakti kepada kedua ibu bapanya adalah merupakan orang yang sangat bertuah dan beruntung. Ini kerana, Nabi Sallahu'alaihiwasallam pernah menyatakan orang yang hina adalah orang yang sempat bersama ibu bapanya tetapi kesempatan yang ada itu tidak membolehkan dia untuk dimasukkan ke dalam syurga.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ‏‏مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏‏

Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” Riwayat Muslim (2551)

Nabi Sallahualaihiwasallam pernah bersabda tentang orang yang dilaknat,

قال : رغم أنف عبد أو بعد أدرك و الديه أو أحدهما لم يدخله الجنة

Maksudnya:"Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat seorang hamba yang mengetahui kedua orang tuanya masih hidup, namun itu tidak membuatnya masuk Jannah (kerana tidak berbakti kepada mereka berdua),’

Sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari Abi Hurairah R.A:

أن رسول الله صلى الله عليه و سلم رقي المنبر فقال : آمين آمين آمين فقيل له  يارسول الله ما كنت تصنع هذا ؟ ! فقال : قال لي جبريل : أرغم الله أنف عبد أو بعد دخل رمضان فلم يغفر له فقلت : آمين ثم قال : رغم أنف عبد أو بعد أدرك و الديه أو أحدهما لم يدخله الجنة فقلت : آمين ثم قال : رغم أنف عبد أو بعد ذكرت عنده فلم يصل عليك فقلت : آمين

Maksudnya: "Bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam naik mimbar lalu beliau mengucapkan, ‘Amin … amin … amin.’ Para sahabat bertanya, ‘Kenapa engkau berkata demikian, wahai Rasulullah?’ Kemudian, beliau bersabda, ‘Baru saja Jibril berkata kepadaku, ‘Allah melaknat seorang hamba yang melalui Ramadhan tanpa mendapatkan keampunan,’ maka kukatakan, ‘Amin.’ Kemudian, Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat seorang hamba yang mengetahui kedua orang tuanya masih hidup, namun itu tidak membuatnya masuk Jannah (kerana tidak berbakti kepada mereka berdua),’ maka aku berkata, ‘Amin.’ Kemudian, Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat seorang hamba yang tidak bersalawat ketika disebut namamu,’ maka kukatakan, ‘Amin".Hadis ini dinilai sahih oleh Al-Mundziri

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda:

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يَبِرَّهُمَا فَمَاتَ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ

Maksudnya: Ketika Nabi Sallahualaihiwasallam menaiki mimbar, Baginda Sallahualaihiwasallam bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda Sallahualaihiwasallam ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah Subhanahuwata'ala. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa sempat dengan kedua orang tuanya tetapi tidak berlaku baik kepada meraka. Kemudian dia meninggal maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah Subhanahuwata'ala. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa yang disebut kepadanya dan dia tidak berselawat kepadaku, maka dia akan dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah Subhanahuwata'ala. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”.  [Lihat: al-Targhib wa al-Tarhib, 2/57]

Berdasarkan hadith ini, sebagai pengajaran ada tiga perkara yang perlu diambil ingatan :

1-Orang yang bertemu bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah Subhanahuwata'ala.
2-Orang yang tidak berlaku baik kepada kedua orang tuanya sehingga dia meninggal.
3-Orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam apabila disebut kepadanya.

Pada asasnya, hubungan dan tanggungjawab seseorang anak kepada ibu bapa, sama ada lelaki atau perempuan, tidak terputus apabila mereka berkahwin. Seorang anak itu, sama ada lelaki atau perempuan, wajib berbuat baik kepada ibu bapa, mentaati dan mengelakkan diri daripada melukakan hati mereka. Firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Maksudnya: “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”
Surah Al-Nisa’ ayat 36.

Hak dan tanggungjawab anak kepada ibu bapa itu begitu penting, sehingga diletakkan selepas tanggungjawab kepada Allah Subhanahuwata'ala di dalam al-Quran. Tanggungjawab itu begitu penting sehingga terdapat hadith-hadith Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam yang menerangkan keutamaan apabila bertembung antara kasih sayang kepada pasangan dengan ketaatan kepada ibu bapa, hendaklah diutamakan yang kedua, iaitu kepada ibu bapa.

Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim al-Khalil AS dan Nabi Ismail AS, dimana peristiwa ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (no. 3364),iaitu dalam sebuah hadith yang panjang daripada Ibn Abbas R.Anhuma. Dan disini sebutkan hanya keratan darinya:

فَجَاءَ إِبْرَاهِيمُ بَعْدَمَا تَزَوَّجَ إِسْمَاعِيلُ يُطَالِعُ تَرِكَتَهُ، فَلَمْ يَجِدْ إِسْمَاعِيلَ، فَسَأَلَ امْرَأَتَهُ عَنْهُ فَقَالَتْ: خَرَجَ يَبْتَغِي لَنَا، ثُمَّ سَأَلَهَا عَنْ عَيْشِهِمْ وَهَيْئَتِهِمْ، فَقَالَتْ نَحْنُ بِشَرٍّ، نَحْنُ فِي ضِيقٍ وَشِدَّةٍ، فَشَكَتْ إِلَيْهِ، قَالَ: فَإِذَا جَاءَ زَوْجُكِ فَاقْرَئِي عَلَيْهِ السَّلاَمَ، وَقُولِي لَهُ يُغَيِّرْ عَتَبَةَ بَابِهِ، فَلَمَّا جَاءَ إِسْمَاعِيلُ كَأَنَّهُ آنَسَ شَيْئًا، فَقَالَ: هَلْ جَاءَكُمْ مِنْ أَحَدٍ؟ قَالَتْ: نَعَمْ، جَاءَنَا شَيْخٌ كَذَا وَكَذَا، فَسَأَلَنَا عَنْكَ فَأَخْبَرْتُهُ، وَسَأَلَنِي كَيْفَ عَيْشُنَا، فَأَخْبَرْتُهُ أَنَّا فِي جَهْدٍ وَشِدَّةٍ، قَالَ: فَهَلْ أَوْصَاكِ بِشَيْءٍ؟ قَالَتْ: نَعَمْ، أَمَرَنِي أَنْ أَقْرَأَ عَلَيْكَ السَّلاَمَ، وَيَقُولُ غَيِّرْ عَتَبَةَ بَابِكَ، قَالَ: ذَاكِ أَبِي، وَقَدْ أَمَرَنِي أَنْ أُفَارِقَكِ، الحَقِي بِأَهْلِكِ، فَطَلَّقَهَا، وَتَزَوَّجَ مِنْهُمْ أُخْرَى، فَلَبِثَ عَنْهُمْ إِبْرَاهِيمُ مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ أَتَاهُمْ بَعْدُ فَلَمْ يَجِدْهُ، فَدَخَلَ عَلَى [ص:144] امْرَأَتِهِ فَسَأَلَهَا عَنْهُ، فَقَالَتْ: خَرَجَ يَبْتَغِي لَنَا، قَالَ: كَيْفَ أَنْتُمْ؟ وَسَأَلَهَا عَنْ عَيْشِهِمْ وَهَيْئَتِهِمْ، فَقَالَتْ: نَحْنُ بِخَيْرٍ وَسَعَةٍ، وَأَثْنَتْ عَلَى اللَّهِ، فَقَالَ: مَا طَعَامُكُمْ؟ قَالَتِ اللَّحْمُ، قَالَ فَمَا شَرَابُكُمْ؟ قَالَتِ المَاءُ. قَالَ: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي اللَّحْمِ وَالمَاءِ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ يَوْمَئِذٍ حَبٌّ، وَلَوْ كَانَ لَهُمْ دَعَا لَهُمْ فِيهِ». قَالَ: فَهُمَا لاَ يَخْلُو عَلَيْهِمَا أَحَدٌ بِغَيْرِ مَكَّةَ إِلَّا لَمْ يُوَافِقَاهُ، قَالَ: فَإِذَا جَاءَ زَوْجُكِ فَاقْرَئِي عَلَيْهِ السَّلاَمَ، وَمُرِيهِ يُثْبِتُ عَتَبَةَ بَابِهِ، فَلَمَّا جَاءَ إِسْمَاعِيلُ قَالَ: هَلْ أَتَاكُمْ مِنْ أَحَدٍ؟ قَالَتْ: نَعَمْ، أَتَانَا شَيْخٌ حَسَنُ الهَيْئَةِ، وَأَثْنَتْ عَلَيْهِ، فَسَأَلَنِي عَنْكَ فَأَخْبَرْتُهُ، فَسَأَلَنِي كَيْفَ عَيْشُنَا فَأَخْبَرْتُهُ أَنَّا بِخَيْرٍ، قَالَ: فَأَوْصَاكِ بِشَيْءٍ، قَالَتْ: نَعَمْ، هُوَ يَقْرَأُ عَلَيْكَ السَّلاَمَ، وَيَأْمُرُكَ أَنْ تُثْبِتَ عَتَبَةَ بَابِكَ، قَالَ: ذَاكِ أَبِي وَأَنْتِ العَتَبَةُ، أَمَرَنِي أَنْ أُمْسِكَكِ

Maksudnya: “Ibrahim datang setelah Isma'il bernikah untuk mencari tahu apa yang telah ditinggalkannya namun dia tidak menemukan Isma'il. Ibrahim bertanya tentang Isma'il kepada isterinya Isma'il. Isterinya menjawab; "Dia sedang pergi mencari nafkah untuk kami. Lalu Ibrahim bertanya tentang kehidupan dan keadaan mereka. Isteri Isma'il menjawab; "Kami mengalami banyak keburukan dan hidup kami sempit dan penuh penderitaan yang berat". Isteri Isma'il mengadukan kehidupan yang dijalaninya bersama suaminya kepada Ibrahim. Ibrahim berkata; "Nanti apabila suami kamu datang sampaikan salam dariku dan katakan kepadanya agar mengubah daun pintu rumahnya". Ketika Isma'il datang dia merasakan sesuatu lalu dia bertanya kepada isterinya; "Apakah ada orang yang datang kepadamu?". Isterinya menjawab; "Ya. Tadi ada orang tua begini begini keadaannya datang kepada kami dan dia menanyakan kamu lalu aku terangkan dan dia bertanya kepadaku tentang keadaan kehidupan kita maka aku terangkan bahwa aku hidup dalam kepayahan dan penderitaan". Isma'il bertanya; "Apakah orang itu ada memberi pesan kepadamu tentang sesuatu?". Isterinya menjawab; "Ya. Dia memerintahkan aku agar aku menyampaikan salam darinya kepadamu dan berpesan agar kamu mengubah daun pintu rumah kamu". Isma'il berkata; "Dialah ayahku dan sungguh dia telah memerintahkan aku untuk menceraikan kamu maka itu kembalilah kamu kepada keluargamu". Maka Isma'il menceraikan isterinya. Kemudian Isma'il menikah lagi dengan seorang wanita lain dari kalangan penduduk itu lalu Ibrahim pergi lagi meninggalkan mereka dalam kurun waktu yang dikehendaki Allah dan setelah itu datang kembali untuk menemui mereka namun dia tidak mendapatkan Isma'il hingga akhirnya dia mendatangi isteri Isma'il lalu bertanya kepadanya tentang Isma'il. Isterinya menjawab; "Dia sedang pergi mencari nafkah untuk kami. Lalu Ibrahim bertanya lagi; "Bagaimana keadaan kalian". Dia bertanya kepada isterinya Isma'il tentang kehidupan dan keadaan hidup mereka. Isterinya menjawab; "Kami selalu dalam keadaan baik-baik saja dan cukup". Isteri Isma'il memuji Allah. Ibrahim bertanya; 'Apa makanan kalian? '. Isteri Isma'il menjawab; "Daging". Ibrahim bertanya lagi; "Apa minuman kalian? '. Isteri Isma'il menjawab; "Air". Maka Ibrahim berdo'a: "Ya Allah, berkahilah mereka dalam daging dan air mereka". Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Saat itu tidak ada biji-bijian di Makkah dan seandainya ada tentu Ibrahim sudah mendo'akannya". Dia berkata; "Dan dari doa Ibrahim tentang daging dan air itulah, tidak ada seorangpun selain penduduk Makkah yang mengeluh bila yang mereka dapati hanya daging dan air". Ibrahim selanjutnya berkata; "Jika nanti suamimu datang, sampaikan salam dariku kepadanya dan perintahkanlah dia agar memperkokoh daun pintu rumahnya". Ketika Isma'il datang, dia berkata: "Apakah ada orang yang datang kepadamu?". Isterinya menjawab; "Ya. Tadi ada orang tua dengan penampilan sangat baik datang kepada kami". Isterinya mengagumi Ibrahim. Dia bertanya kepadaku tentang kamu maka aku terangkan lalu dia bertanya kepadaku tentang keadaan hidup kita maka aku jawab bahawa aku dalam keadaan baik-baik saja".". Isma'il bertanya; "Apakah orang itu ada memberi pesan kepadamu tentang sesuatu?". Isterinya menjawab; "Ya. Dia memerintahkan aku agar aku menyampaikan salam darinya kepadamu dan berpesan agar kamu mempertahankan daun pintu rumah kamu". Isma'il berkata; "Dialah ayahku dan daun pintu yang dimaksud adalah kamu. Dia memerintahkanku untuk mempertahankan kamu".

Sebagaimana juga kisah Umar dan anaknya Abdulllah dalam hal perkahwinan anaknya, 

Daripada Hamzah bin Abdullah bin Umar, daripada ayahnya, yang berkata: “Pernah aku berkahwin dengan seorang perempuan, tetapi Umar tidak menyukainya. Lantas beliau berkata kepadaku: “Engkau ceraikanlah dia.” Aku enggan, lalu Umar berjumpa Rasulullah ﷺ berkata: “Waha Rasulullah! Sesungguh Abdullah bin Umar berkahwin dengan wanita yang aku tidak suka. Lalu aku suruhnya bercerai darinya tetapi dia enggan.” Maka bersabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam:

يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ طَلِّقِ امْرَأَتَكَ وَأَطِعْ أَبَاكَ

Maksudnya: “Wahai Abdullah bin Umar! Ceraikanlah isterimu dan taatilah ayahmu.”

Riwayat al-Hakim (2798) dalam al-Mustadrak; RIwayat al-Nasaie (5631); Abu Daud (5138); al-Tirmidzi (1189) dan lain-lain. Berkata al-Tirmidzi hadis ini hasan sahih. Al-Dzahabi: “atas syarat-syarat al-Bukhari dan Muslim.”

Menurut Syeikh Ahmad Hutaibah (ulama daripada Iskandariah, Mesir) dalam Syarh Riyadhussolihin (14/13), yang ditanya adakah hadis ini memberikan kuasa mutlak kepada ibu untuk meminta anaknya menceraikan pasangannya?, maka beliau menjawab:
“Tidak, ibu dan bapanya tidak seperti Umar al-Khattab. Beliau mencintai Allah Azza wa Jalla, dan beliau mencintai sesiapa kerana Allah Subhanahuwata'ala. Jika beliau membenci nescaya bencinya kerana Allah Subhanahuwata'ala. Oleh itu, siapa yang (ibu bapanya) berkeperibadian seperti Umar, maka hendaklah ditaati dalam urusan ini.

Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibubapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka. Diantaranya adalah firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” Surah al-Isra’ ayat 23.

Syeikh al-Maraghi berkata, Allah Subhanahuwata'ala benar-benar mewasiatkan tentang tanggungjawab terhadap kedua-dua ibubapa secara serius, sehingga sesiapa sahaja yang derhaka terhadap mereka akan meremang bulu romanya serta ngeri mendengarnya. Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah Subhanahuwata'ala dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 8/3932]

Islam membahagikan tanggungjawab anak terhadap  kedua ibu bapa kepada dua bahagian:

1) Tanggungjawab semasa kedua ibubapa masih hidup:

i- Berlaku baik kepada kedua ibu bapa dengan sebaik mungkin dan tidak meninggikan suara di hadapan mereka. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala sebagaimana yang telah:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Al-Isra’ ayat 23

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

ii- Membantu kedua ibubapa dari sudut kemampuan setakat yang mampu. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Sallahu'alaihiwallam:

إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ، وَإِنَّ وَلَدَ الرَّجُلِ مِنْ كَسْبِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang adalah berasal daripada usahanya dan sesungguhnya anak seseorang adalah berasal daripada usahanya.” [Riwayat al-Nasa’ie (4449)]

Di dalam hadith yang lain pula, Nabi Sallahu'alaihiwallam bersabda:

إِذَا أَعْطَى اللهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ

Maksudnya: “Apabila Allah Subhanahuwata'ala memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya.” Riwayat Muslim (1822)

Imam Ibn al-Munzir telah menyatakan bahawa telah berlaku ijma’ di atas kewajipan diambil sebahagian daripada harta atau pendapatan anak untuk dinafkahkan kepada ibubapa yang tidak mempunyai pendapatan atau harta. [Lihat: al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 74/41]

iii- Taat kepada kedua ibubapa dan tidak sesekali menderhakai mereka. Adapun berkaitan perintah taat dan tidak sesekali menderhakai ibubapa boleh dilihat pada firman Allah Subhanahuwata'ala di dalam surah al-Isra’ telah:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Al-Isra’ ayat 23

iv- Sentiasa berdoa kepada mereka. Perkara ini juga jelas berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwallam bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.” Riwayat Muslim (1631)

2) Tanggungjawab selepas kematian kedua ibubapa:

i-Tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah Subhanahuwata'ala seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya. Di antara dalilnya adalah, daripada Ibn Abbas R.anhuma:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ، أَفَأَقْضِيهِ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى

Maksudnya: Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadhan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha’ puasa bagi pihaknya? Rasulullah Sallahu'alaihiwallam bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk tunaikan.” [Riwayat al-Bukhari (1953)]

Langsaikan hutang-hutang ibubapa yang telah pergi kepada manusia setakat yang mampu.

ii- Sentiasa berdoa kepada kedua ibubapa. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus berdasarkan kepada hadith yang kami nyatakan di atas. Tambahan pula, al-Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibubapanya melalui firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

al-Isra’ ayat 24

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

iii- Menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibubapa. Agama kita amat menganjurkan setiap umatnya untuk menyambung pertalian silaturrahim dengan sesiapa sahaja dan bukan sahaja sesama ahli keluarga sahaja. Ini berdasarkan kepada umum nas, daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwallam bersabda:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.” [Riwayat al-Bukhari (5986)]

iv- Bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka. Hal ini juga ada dinyatakan di dalam sebuah hadith. Daripada Ibn Abbas RA bahawa Sa’ad pernah bertanya Rasulullah Sallahu'alaihiwallam:

إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَلَمْ تُوصِ، أَفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan belum sempat dia berwasiat. Maka bolehkah aku bersedekah untuknya? Baginda Sallahu'alaihiwallam menjawab: Ya.” [Riwayat al-Nasa’ie (3654)]

v-Tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibubapa yang telah pergi dengan baik.

Ibubapa merupakan anugerah yang istimewa buat setiap insan. Justeru itu, menjadi kewajipan setiap anak untuk menjaga kedua ibubapa mereka dan memberi khidmat yang terbaik. Ini kerana, dosa orang yang menderhakai kedua ibubapa akan dipercepatkan oleh Allah Subhanahuwata'ala di dunia lagi. Rasulullah Sallahu'alaihiwallam pernah bersabda:

كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ

Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” Riwayat al-Hakim (7263)

Friday, May 29, 2020

Apakah ibu mertua tiri dikira sebagai mahram kepada menantu lelaki? Dan juga hukum hakam antara mereka berdua.

Apakah ibu mertua tiri dikira sebagai mahram kepada menantu lelaki? Dan juga hukum hakam antara mereka berdua.

Maksud Ibu mertua tiri adalah apabila bapa mertua ada isteri lain selain daripada ibu mertua (Ibu isteri), samaada dengan cara poligami atau bapa mertua kahwin baru setelah ibu mertuanya meninggal.

Ibu mertua tiri kepada menantu tidaklah dikira sebagai mahram. Atau dalam erti kata lain bahawa Ibu mertua tiri adalah ajnabi kepada menantu lelakinya.

Oleh kerana itu,menantu lelaki tidak boleh bersalaman dengan ibu mertua tiri tanpa berlapik begitu juga semua hukum-hakam dengan bukan mahram terpakai antara menantu dengan ibu mertua tiri.

Kata penulis kitab Asna al-Mathalib dalam feqh al-Syafi’eyyah:

وَعَوْرَةُ الْحُرَّةِ فِي الصَّلَاةِ وَعِنْدَ الْأَجْنَبِيِّ) وَلَوْ خَارِجَهَا (جَمِيعُ بَدَنِهَا إلَّا الْوَجْهَ، وَالْكَفَّيْنِ) ظَهْرًا وَبَطْنًا

Maksudnya: Aurat wanita yang merdeka di dalam solat dan juga di hadapan ajnabi (lelaki yang bukan mahram) demikian juga (aurat mereka) di luar solat adalah keseluruhan badan mereka melainkan muka dan dua tapak tangan zahir dan batin. Rujuk Asna al-Mathalib (1/176)

Hal ini berdasarkan firman Allah Subhanahuwata"ala:

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ

Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam.”
Surah al-Nur ayat  31.

Perkataan perhiasan di dalam ayat itu bermaksud tempat perhiasan tersebut, iaitu bahagian anggota atas pusat dan bawah lutut.”

Ini bererti wajib seorang perempuan itu menutup keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki-lelaki bukan mahram dan tidak diwajibkan hal tersebut di hadapan mahram.

Manakala bagi lelaki pula, auratnya dengan perempuan bukan mahram adalah antara pusat hingga lutut. Tidak boleh untuk seorang perempuan itu melihat kepada aurat orang lelaki antara dua kawasan tersebut serta tidak boleh juga melihat kepada selain aurat lelaki tanpa sebarang sebab berdasarkan nas yang menyuruh supaya menundukkan pandangan kepada orang perempuan dan demikian juga orang lelaki.

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :

أما علمت أن الفخذ عورة ؟

“Apakah kamu tidak tahu bahwa sesungguhnya paha itu aurat ?” Riwayat Abu Dawud(4014) .Sahih.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam telah melalui Jarhad dalam keadaan paha Jarhad tersingkap ( kainya ). Maka Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :

إن الفخذ عورة

Maksudnya'“Sesungguhnya paha itu aurat”. Riwayat Al-Tirmidzi (2793).Sahih

Seperti yang disebut didalam kitab al-Iqna, 

والعورة ما بين السرة والركبة، أما السرة والركبة فليسا من العورة وإن وجب ستر بعضهما لان ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب.

Maksudnya:"Aurat ialah apa yang ada antara pusat dan lutut. Adapun pusat dan lutut bukanlah aurat. Akan tetapi ia wajib ditutup sebahagiannya kerana apa-apa yang perkara wajib tidak menjadi sempurna melainkan dengannya, maka hal itu jua menjadi wajib". [Al-Iqna].

Ini juga berdasarkan qaedah fiqh: 

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Maksudnya: "Jika suatu perkara yang wajib tidak sempurna melainkan dengan perkara yang lain, maka perkara yang lain itu turut menjadi wajib, Dalam kes ini, apa-apa di antara pusat dan lutut tidak akan sempurna melainkan jika pusat dan lutut turut ditutup. (Rujuk Al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 205)

Imam Al Qurthubi Rahimahullah berkata: 

أجمع المسلمون على أن السوأتين عورة من الرجل والمرأة، وأن المرأة كلها عورة، إلا وجهها ويديها فإنهم اختلفوا فيهما. وقال أكثر العلماء في الرجل: من سرته إلى ركبته عورة، لا يجوز أن ترى. 

Maksudnya:“Kaum muslimin telah ijma’ (sepakat) bahwa kemaluan adalah aurat wajib di tutup baik laki-laki dan wanita, dan wanita seluruh tubuhnya aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangannya, mereka berselisih tentang wajah dan kedua telapak tangan itu. Kebanyakan ulama mengatakan bahawa aurat laki-laki adalah dari pusat ke lutut, dan tidak boleh terlihat.”

Imam Al Qurthubi, Jami’ Li Ahkam Al Qur’an, Juz. 12, Hal. 237,

Sebaliknya pula, Ibu mertua yang merupakan mahram kepada menantu adalah ibu kandung kepada isterinya. Sebagaimana yang dimaksudkan dari ayat berikut 

وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ
Maksudnya: “Dan ibu-ibu isteri kamu,”
al-Nisa’ ayat ke-23 

Ayat yang lengkapnya berbunyi,

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya:"Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Al-Nisa ayat 23.






Thursday, May 28, 2020

Hukum solat bagi pesakit Covid-19 yang di"koma"kan kerana menggunakan Alat ventilators. Juga perbezaan antara gila,tidur dan pengsan.

Hukum solat bagi pesakit Covid-19 yang di"koma"kan kerana menggunakan Alat ventilators. Juga perbezaan antara gila,tidur dan pengsan.

Takrif Coronavirus (Covid 19)

Coronavirus (Covid 19) Secara umumnya,adalah suatu keluarga besar virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang meliputi demam selesema sehinggalah penyakit serius seperti Severe Acute Respratory Syndrime Cronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory Coronavirus (MERS-CoV).

Covid-19 adalah merupakan salah satu ahli daripada Keluarga Coronaviridae, yang boleh diklasifikasi bawah sub-keluarga Orthocoronaviridae. Virus-virus ini adalah daripada keluarga yang sama virus SARS (Severe acute respiratory syndrome) dan MERS-CoV (Middle Eastern respiratory syndrome).Novel coronavirus(nCoV) atau Covid-19 adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan.

Ventilator untuk pesakit Covid-19.

Umum mengetahui virus COVID-19 menyebabkan kerosakan pada paru-paru, justeru, penggunaan ventilator memberi masa buat pesakit bagi melawan jangkitan tersebut untuk pulih.

Terdapat beberapa jenis ventilator, antaranya adalah ventilator mekanikal dan non-invasive ventilation.

Ventilator mekanikal memerlukan pesakit untuk "diintubasi" bagi memasukkan tiub yang menyalurkan oksigen melalui mulut ke dalam saluran pernafasan pesakit manakala non-invasive ventilation melibatkan peralatan seperti topeng oksigen.

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 80 peratus pesakit COVID-19 boleh sembuh tanpa memerlukan rawatan hospital.

Walaubagaimanapun, satu daripada enam pesakit mengalami kesukaran bernafas dan gejala teruk. Dalam kes kritikal, virus merosakkan paru-paru, menyebabkan sistem imun mengembangkan salur darah untuk membenarkan sel imun memasuki paru-paru.

Namun, reaksi ini turut membolehkan bendalir memasuki organ tersebut, menyukarkan pernafasan lantas merendahkan kadar oksigen dalam badan.

Bagi meningkatkan kadar oksigen, mesin ventilator digunakan untuk menekan udara beroksigen tinggi ke dalam paru-paru.

Mesin ini juga membantu melembapkan serta menghangatkan udara yang disalurkan agar serasi dengan suhu badan pesakit.

Ventilator untuk pesakit Covid-19, kaedah memasukkan gas melalui kerongkong hingga pangkal paru-paru dan kekal di situ sehingga pesakit SEMBUH atau MATI. Pesakit meniarap sambil tiub dimasukkan melalui mulut sehingga kerongkong. Tiub disambung kepada mesin paru-paru untuk pernafasan selama 2-3 minggu.

Pesakit *TIDAK* dapat bercakap atau makan atau kencing atau berak atau bergerak. Seolah-olah Nyawa pesakit bergantung kepada mesin; sama seperti KOMA. Ubat pelali dan ubat tidur diberi untuk menahan sakit

Bagi pesakit muda, setelah 20 hari, berat badan menurun, otot berkurangan, mulut dan tekak sakit, dan berkemungkinan terdapat kesan sampingan pernafasan dan jantung

"Covid-19 bukan demam selsema"

Untuk makan tiub disambung terus ke perut, minum melalui tiub di hidung, ubat melalui tiub ke saluran darah, beg dilekatkan pada punggong untuk berak cair, tiub dari pundi kencing, wayar pada dada dan tangan untuk tekanan darah dan jantung, sekumpulan jururawat untuk membetulkan kedudukan tangan dan kaki, terlantar di atas tilam berisi air ais untuk menurunkan suhu yg kini melebihi 104 darjah. 

1-[Lihat: "https://www.ceriasihat.com › bagaim...
Bagaimanakah ventilator berperanan dalam menyelamatkan pesakit COVID …]

2-[Lihat: *Mengapa mereka yg berumur lebih dari 60 tahun MESTI duduk di rumah & jangan bahayakan diri*
*Di tulis oleh jururawat yg bekerja dgn* *_ventilators_* Terjemahan oleh Net Biz"]

Catatan:

Respirator atau ventilator. Alat ini banyak jenisnya. Ketika doktor memeriksa bahawa pernafasan pesakit telah berhenti atau ditegakkan prognosa(113), bahawa pesakitnya mungkin dapat bernafas kembali, maka akan dipasang selang kateter ke trachea dan dihubungkan ke ventilator. Ada jenis ventilator yang dioperasikan dengan tangan, seperti ambulatoir. Alat ini biasanya tersedia di kotak P3K yang dibawa oleh perawat dan doktor. Bahkan ada di kabin pesawat dan alat transportasi yang lain. Ada pula ventilator yang bekerja dengan elektrik atau bateri.
Ventilator tidak mengambil alih fungsi sistem pernafasan, melainkan membantunya saja. Seperti  bennett respirator.(114)Alat ini digunakan secara khusus untuk penyakit emphysema, asma kronis, dan radang bronchial yang akut(acute). Namun sebahagian besar ventilator adalah jenis yang mengambil alih sistem pernapasan. Ia menggerakkan paru-paru dengan gerakan yang mirip dengan menarik nafas dan membuang nafas secara normal. 
Ventilator juga digunapakai pada operasi yang memerlukan kewaspadaan penuh. Ketika pesakit kehilangan kesedaran maka doktor terus memasukkan selang ke trachea dengan cara memasang guedel dan tracheal tube di mulut pesakit, sehingga dapat bernafas dengan normal selama operasi hingga beberapa jam.(115)
Dalam keadaan yang sangat kritikal dimana terjadi penyumbatan pada larynx(tenggorokan), maka terkadang doktor melakukan tracheostomy, lalu 
memasukkan selang terus dari belahan tersebut untuk membantu pernafasan. (116)

 Rujukan:
112-Klasifikasi alat-alat tersebut ialah menurut Dr. Muh}ammad ‘Ali> al-Ba>rr, seorang 
faqi>h yang juga pakar dalam bidang kedokteran, anggota Majma‘. Lihat: ‘Ali> al-Ba>rr, 
Ajhizah al-In‘a>sh, Majallah Majma ‘ al-Fiqh, vol.II, j.I, 436-438.

113-Ramalan perjalanan penyakit, apakah semakin memburuk, ragu-ragu ke arah 
buruk, meragukan, ragu-ragu ke arah baik, atau semakin baik.

114-Bennett ventilator merupakan salah satu jenis ventilator mekanik, yaitu 
ventilator yang sebagian atau seluruhnya dilaksanakan dengan bantuan mekanis.

115-Alat yang dipasang pada rongga mulut pesakit yang dilakukan anestesi(ubat bius) umum. 
Alat ini ditemukan oleh Guedel pada 1934 yang pertama kalinya memperkenalkan nafas yang terkendali (controled respiration) dalam dunia anestesi. Oleh kerananya masaalah pneumothorak pada keadaan thoracotomi yang berpuluh tahun menjadi kesulitan bagi ahli bedah dan anestesi kini telah dapat diatasi dengan pernafasan terkendali (controled respiration)

116-Trakheostomi adalah tindakan pembedahan dengan membuat memotong pada dinding anterior trachea untuk memasukkan paip trakheostomi (tracheostomy tube), sehingga udara 
dapat masuk ke paru-paru dan pesakit dapat bernafas melalui paip tersebut.
Trakheostomi adalah prosedur 'life-saving procedur' yang hanya dilakukan ketika semua pilihan 'airway management' tidak mungkin dilaksanakan. Prosedur ini dilakukan ketika pemasangan paip endotrakheal(endotracheal tube) melalui hidung mahupun mulut tidak mungkin atau sulit dilakukan. 
Lihat: Black, Jacobs, Medical Surgical Nursing Clinical Management for Continuity of Care
(Pensylvania: WB. Sauders Company, 4th ed., 1997), 1067.

Hukum Syariah berkaitan dengan Orang koma atau orang yang hilang Kesadaran.

Apakah yang dimaksudkan dengan koma?

Istilah koma membawa maksud keadaan tidak sedarkan diri untuk beberapa lama (biasanya akibat kemalangan atau sesuatu penyakit). (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)

Koma adalah tingkatan paling dalam ketika seseorang tidak sadarkan diri. Penderita yang mengalami koma tidak dapat memberi response atau tindak balas terhadap lingkungannya sama sekali.  

Penderita koma tidak akan dapat melakukan gerakan, mengeluarkan suara, apatahlagi membuka mata, meskipun sudah dicubit. Berzeda dengan pengsan, yang hanya terjadi sementara, penderita koma mengalami penurunan kesadaran untuk waktu yang lama.

Koma terjadi kerana kerosakan salah satu bahagian otak, baik sementara mahupun kekal. Penyebab kerosakan otak ini sangat beragam, contohnya stroke, cedera berat di kepala, infeksi, atau tumor. Identifikasi penyebab koma sangat penting bagi doktor untuk menentukan langkah pengobatannya.

Orang yang koma atau seseorang yang telah hilang kesedarannya atau hilang akalnya, sehingga ia kehilangan kemampuannya. Ini seperti halnya dengan seorang bayi yang masih kecil, atau orang yang gila. Masing-masing dari keduanya tidak memiliki akal fikiran, sehingga ia tidak memiliki kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan sengaja, dan tidak terkena tanggung jawab syariah (pahala dan dosa) pada ucapan mahupun perbuatannya. Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda, di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu‘anhu, bahawa Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda:

رُفِعَ القَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَشِبَّ، وَعَنِ المعْتُوهِ حَتَّى يَعْقِلَ

Maksudnya: “Diangkat pena daripada tiga golongan: Orang yang tidur sehingga dia bangun, daripada bayi sehingga dia remaja (baligh) dan daripada orang yang cacat mental sehingga dia berakal.”
Riwayat al-Tirmizi (1423) dan Ahmad (956)

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri, ungkapan “المَعْتُوهِ” ialah dengan maksud gila atau yang seumpama dengannya. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/570)

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu‘anhu, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda,

إِذَا رَقَدَ أَحَدُكُمْ عَنِ الصَّلاَةِ أَوْ غَفَلَ عَنْهَا فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَقُولُ أَقِمِ الصَّلاَةَ لِذِكْرِى

Apabila kalian ketiduran atau kelupaan hingga tidak shalat, hendaknya dia kerjakan shalat itu ketika dia ingat. Karena Allah berfirman (yang artinya), ‘Tegakkanlah shalat ketika mengingat-Ku.’ Riwayat Ahmad (13247), Muslim (1601)

Fiman Allah Subhanahuwata'ala:

لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya.
Surah al-Baqarah ayat 286.

Syeikh al-Maraghi berkata: Allah Subhanahuwata'ala tidak membebankan hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka kerjakan. Bahkan sifat kemurahan-Nya memberikan kemudahan kepada mereka. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/672)

Para ulama’ mengqiyaskan bagi setiap orang yang hilang akal mereka dengan orang yang gila sama ada dalam tempoh masa yang sekejap atau lama. Jika dia sembuh dan berbaki masa untuknya solat (bertakbir) maka wajib baginya solat. Akan tetapi, tidak wajib dia mengqadha’kan solat dalam tempoh tersebut (hilang akal). (Lihat al-Mu'tamad fi al-Fiqh al-Shafi'i, 1/155) 

Imam al-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya al-Majmu’: “Sesiapa yang hilang akalnya dengan sebab yang tidak diharamkan (Syarak) seperti menjadi gila atau koma/pengsan atau hilang akal dengan sebab sakit atau meminum suatu ubat kerana keperluan atau dipaksa meminum suatu minuman yang memabukkan hingga hilang akalnya, tidak wajib solat atasnya dan bila dia tersedar, tidak diwajibkan qadha solat atasnya sama ada singkat atau lama tempoh gila dan pengsannya itu. Inilah yang menjadi mazhab kami (mazhab Syafi’ie). (Lihat al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, 3/6)

Pada umumnya, Hukum orang yang koma dalam "tempoh yang lama", tidak perlu qadha' solatnya kerana dalam tempoh tersebut akalnya dikira tiada. Ini kerana salah satu daripada perkara yang mewajibkan solat adalah berakal. Untuk itu, tidak wajib solat bagi orang yang gila, pengsan, mabuk dan seumpamanya kerana pada waktu itu akal mereka telah hilang.

Jika sekiranya keadaan tersebut bukan dalam tempoh yang panjang, maka dia perlu qadha'. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan:

أَنَّ عَمَّارًا أُغْمِيَ عَلَيْهِ ثَلَاثًا ، ثُمَّ أَفَاقَ فَقَالَ : هَلْ صَلَّيْتُ ؟ قَالُوا : مَا صَلَّيْتَ مُنْذُ ثَلَاثٍ ، ثُمَّ تَوَضَّأَ وَصَلَّى تِلْكَ الثَّلَاثَ

Maksudnya: Bahawa 'Ammar pernah pengsan selama tiga malam. Apabila terjaga, beliau bertanya: Adakah aku telah solat? Mereka menjawab: “Kamu tidak solat sejak tiga malam.” Kemudian beliau berwuduk dan sembahyang qadha tiga malam tersebut.

Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (2/268)

Daripada Imran bin Husain dan Samurah bin Jundub R.Anhuma, juga diriwayatkan seumpamanya. Dan tiada sebarang khilaf, maka ia seolah-olah ijma'. (Lihat al-Mughni, 1/240 dan al-Majmu', 3/8)

Hukum Qadha' solat bagi orang koma berdasarkan pandangan mazhab:

Dalam hal ini secara umumnya para ulama' telah berkhilaf kepada beberapa pendapat:

i-Mazhab Maliki dan Syafi'i berpendapat, tidak perlu qadha' kerana ia tidak termasuk dalam mukallaf, dalam keadaan pengsan atau koma:

a) Malikiyah berpendapat, orang yang pengsan sama sekali tidak wajib mengqadha solatnya, berapapun tempoh waktunnya. Orang yang pengsan disamakan dengan orang yang hilang akal. Sementara orang yang hilang akal, tidak terkena kewajipan syariat. Dalilnya adalah hadith Ali bin Abi Thalib RA, di atas.

Imam Ibnu Abdil Bar (w. 463 H) mengatakan,

ولا يقضي المغمى شيئا من الصلوات لأنه ذاهب العقل ومن ذهب عقله عليه في وقت صلاة يدرك منها ركعة لزمه فليس بمخاطب فإن افاق المغمى عليه في وقت صلاة يدرك منها ركعه لزمه قضاءها

Orang yang pengsan, tidak wajib mengqadha solatnya. kerana dia hilang akal. Orang yang hilang akal, selama rentang waktu solat, berarti dia tidak terkena kewajipan solat. Jika orang yang pengsan sedar, boleh mendirikan satu rakaat sebelum waktu solat berakhir, dia wajib mengqadhanya. (al-Kafi fi Fiqh Ahli al-Madinah, 1/237).

b) Syafiiyah sependapat dengan Malikiyah, orang yang pengsan tidak wajib qadha solat, selama manapun dia pingsan.

Imam Al-Nawawi mengatakan,

من زال عقله بسبب غير محرم كمن جن أو أغمى عليه أو زال عقله بمرض أو بشرب دواء لحاجة أو اكره علي شرب مسكر فزال عقله فلا صلاة عليه وإذا أفاق فلا قضاء عليه بلا خلاف للحديث سواء قل زمن الجنون والاغماء ام كثر هذا مذهبنا

Maksudnya:"Sesiapa yang hilang akalnya dengan sebab yang tidak diharamkan (Syarak) seperti menjadi gila atau koma/pengsan atau hilang akal dengan sebab sakit atau meminum suatu ubat kerana keperluan atau dipaksa meminum suatu minuman yang memabukkan hingga hilang akalnya, tidak wajib solat atasnya dan bila dia tersedar, tidak diwajibkan qadha solat atasnya sama ada singkat atau lama tempoh gila dan pengsannya itu. Inilah yang menjadi mazhab kami (mazhab Syafi’ie). – (al-Majmu’, 3/6).
Ini adalah berdasarkan hadith (Ali bin Abi Thalib RA)di atas.

2- Mazhab Hanbali berpendapat, perlu qadha'.

Mazhab hanbali, orang yang pengsan wajib qadha', seberapa lama pun pengsannya. Analogi orang yang pengsan itu lebih dekat kepada orang tidur dari pada orang gila. Sehingga orang pengsan dihukumkan sebagaimana orang tidur. Sebagaimana ditegaskan dalam hadith Anas bin Malik, orang yang tidur wajib mengqadha solatnya,

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,

إِذَا رَقَدَ أَحَدُكُمْ عَنِ الصَّلاَةِ أَوْ غَفَلَ عَنْهَا فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَقُولُ أَقِمِ الصَّلاَةَ لِذِكْرِى

Maksudnya:"Apabila kamu ketiduran atau terlupa hingga tidak solat, hendaklah dia kerjakan solat itu ketika dia ingat. Kerana Allah berfirman (yang ertinya), ‘Tegakkanlah solat ketika mengingat-Ku.’ Riwayat Ahmad (13247), Muslim (1601), dan yang lainnya).

Dalam kitab al-Inshaf dinyatakan,

وأما المغمى عليه فالصحيح من المذهب: وجوبها عليه مطلقا نص عليه في رواية صالح وبن منصور وأبي طالب وبكر بن محمد كالنائم وعليه جماهير الأصحاب

Maksudnya:"Orang yang pengsan, pendapat yang kuat dalam mazhab hambali, wajib mengqadhanya secara mutlak. Ditegaskan Imam Ahmad menurut riwayat Sholeh, Ibnu Manshur, Abu Thalib, dan Bakr bin Muhammad, sebagaimana orang tidur. Ini merupakan pendapat majoriti mazhab hanbali.

Lebih lanjut, dalam hal ini dinyatakan,

وأما إذا زال عقله بشرب دواء يعني مباحا فالصحيح من المذهب: وجوب الصلاة عليه وعليه جماهير الأصحاب

Maksudnya:Ketika orang tidak sedar, kerana minum ubat yang hukumnya mubah, pendapat yang kuat dalam mazhab hanbali, wajibnya qadha' solat. Dan ini pendapat majoriti ulama hambali. (al-Inshaf, 1/277).

3- Hanafiyah berpendapat, perlu qadha' jika tidak melebihi enam waktu solat. (Lihat al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 11/110)

Justeru itu, jika pengsannya melebihi sehari semalam, tidak wajib qadha'. Sebaliknya, jika kurang dari sehari semalam, wajib qadha'. Orang yang pengsan kurang dari sehari semalam, disamakan dengan orang yang tidur. Dia tidak berdosa meninggalkan solat selama pengsan, namun wajib qadha'.

Dalam  kitab Multaqa al-Abhur dinyatakan,

ومن أغميَّ عليه أو جن يوماً وليلة قضى ما فات وإن زاد ساعة لا يقضي وعند محمد يقضي ما لم يدخل وقت سادسة

Maksudnya:"Orang yang penggsan atau tidak sedar sehari semalam, wajib mengqadha' solat yang dia tinggalkan. Jika pengsannya lebih dari itu, sekalipun hanya lebih 1 jam, tidak wajib mengqadha' solat. Namun menurut Muhammad bin Hasan (murid senior Abu Hanifah), orang pengsan wajib qadha solat, selama belum masuk waktu solat keenam. (Multaqa al-Abhur, 1/231).

Yang dimaksud sebelum waktu solat keenam adalah pengsan selama lebih dari 24 jam, sehingga meninggalkan 5 waktu solat, namun dia sedar sebelum masuk waktu solat berikutnya.

Dari keterangan di atas, maka dapat difahami bahawa  terdapat 3 keadaan manusia dalam pandangan Islam berkaitan dengan akal:

1- Gila: 
Tidak ada beban syariat (bukan mukallaf) dan tidak memiliki niat. Sehingga amalnya tidak sah dan jika sedar tidak ada kewajipan qadha.

2-Tidur: 
Ada beban syariat, kerana masih mukallaf. Hanya saja, selama tidur, tidak ada kewajipan baginya. Ketika bangun, dia wajib mengganti ibadah wajib yang dia tinggalkan.

3- Pengsan: 
Keadaan yang ketiga ini tidak disebutkan di dalam dalil, sehingga ulama'   berkhilaf pada persoalan pengsan. Sehingga dalam hal ini ulama terbahagi kepada dua pendapat:
i- Pendapat pertama:
Mengqiyaskan pengsan lebih  keadaan gila yang hilang akal. Golongan ini berpendapat orang yang pengsan adalah lebih dekat kepada gila yang telah hilang kesedarannya atau hilang akalnya, sehingga ia kehilangan kemampuannya.
ii- Pendapat kedua:
Mengqiyaskan pengsan kepada  keadaan tidur yang belum hilang akal. Golongan ini berpendapat pengsan lebih dekat dengan keadaan tidur. Kerana orang yang pengsan, tidak kita sebut hilang akal. Sehingga tidak boleh dianalogikan dengan orang gila. Sehingga dia lebih tepat jika digolongkan dengan orang tidur.

Tadaburilah dari Ibrah Kisah Ashabul Kahfi ( أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang ditidurkan oleh Allah Subhanahuwata'ala di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

Maksudnya:"Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) الرَّقِيمِ itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan". Al-Kahfi ayat 9.

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya:"(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".Al-Kahfi ayat 10

فَضَرَبْنَا عَلَىٰ آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا

Maksudnya:"Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu".Al-Kahfi ayat 11

ثُمَّ بَعَثْنَاهُمْ لِنَعْلَمَ أَيُّ الْحِزْبَيْنِ أَحْصَىٰ لِمَا لَبِثُوا أَمَدًا

Maksudnya:"Kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan itu] yang lebih tepat dalam menghitung berapa lama mereka tinggal (dalam gua itu)". Al-Kahfi ayat 12.

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Maksudnya:"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk". Al-Kahfi ayat 12.




Boikot sebagai jihad harta yang merupakan bahagian jihad fi sabilillah ( جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ) menurut perspektif Islam.

Boikot sebagai jihad harta yang merupakan bahagian jihad fi sabilillah  ( جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ) menurut perspektif Islam. Secara umumnya...