Monday, March 30, 2020

Etika dan adab ketika bersin diantara pencegahan jangkitan kuman kepada orang lain. (Coronavirus/Covid-19)

Etika dan adab ketika bersin diantara pencegahan 
jangkitan kuman kepada orang lain. (Coronavirus/Covid-19)

Agama Islam amat menitik beratkan kehidupan umatnya dengan menetapkan garis panduan serta mengatur segala perihal kehidupan dari sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara. 
Bersin pula adalah merupakan anugerah Allah Subhanahuwata'ala kepada sekalian makhluknya 
sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala :

وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ

Maksudnya: “Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya)”. (An Nahl: 53)

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala menyukai bersin dan membenci menguap. Riwayat al-Bukhari (6226)

Allah Subhanahuwata'ala menyukai orang yang bersin kerana dengan bersin itu dapat mengeluarkan penyakit dari tubuh badannya. Sebagaimana yang dimaksudkan oleh,
"Imam Ibnu Hajar, dimana beliau telah menaqalkan pandangan Khattabi dengan menyebut bahawa maksud Allah Subhanahuwata'ala menyukai orang yang bersin kerana bersin dapat meringankan badan dan membuka liang-liang roma. (Lihat Fath al-Bari li Ibnu Hajar, 10/607)" 

Dan diantara perkara yang diajar oleh Islam kepada umatnya ialah etika dan adab ketika bersin.
Agar bersin yang kita lakukan boleh mendatang pahala di sisi Allah Subhanahuwata'ala, maka hendaklah kita memperhatikan adab-adab yang diajarkan oleh Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam tatkala kita sedang bersin. Berikut ini adalah adab-adab yang harus kita perhatikan ketika bersin. Semoga Allah Subhanahuwata'ala memberikan pertolongan kepada kita untuk mengamalkannya.

Pertama : Meletakkan Tangan Atau Baju ke Mulut Ketika Bersin

Salah satu akhlaq mulia yang dicontohkan kepada umatnya oleh Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam ketika bersin adalah menutup mulut dengan tangan atau baju. Hal ini sebagaimana yang biasa dilakukan oleh Rasullullah Sallallahu‘alaihiwasallam tatkala beliau Sallallahu‘alaihiwasallam bersin.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ بِثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ

Maksudnya: Bahawasanya apabila Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersin, baginda menutup wajah dengan tangan atau kainnya sambil merendahkan suaranya.Riwayat al-Tirmizi (2745)

Dalam kitab Faid al-Qadir menaqalkan pandangan al-Turibishti menyebut ini merupakan sebahagian daripada adab di antara orang yang duduk di sampingnya. Apabila seseorang itu bersin ia akan menyebabkan ketidakselesaan manusia mendengarnya dan melihatnya. (Lihat Faid al-Qadir, 5/149)

Di antara hikmahnya, kadangkala ketika seseorang itu bersin maka akan terkeluarlah air liur dari mulutnya sehingga dapat menggangu orang yang ada disebelahnya. Menutup muka dengan tangan atau kain serta mengalihkan muka ke arah yang tidak mempunyai orang ramai atau makanan. Hal ini bertujuan mengelak jangkitan kuman kepada orang lain atau mungkin menjadi sebab tersebarnya penyakit.
Justeru itu, maka tidak sepatutnya bagi seorang muslim menyakiti saudaranya atau membuat mereka lari.

Kedua : Memperlahankan Suara Ketika Bersin

Hal ini sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam ,

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ بِثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ

Maksudnya: Bahawasanya apabila Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersin, baginda menutup wajah dengan tangan atau kainnya sambil merendahkan suaranya.Riwayat al-Tirmizi (2745)

Dalam hadith yang lain ada disebutkan,

إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ كَفَّيْهِ عَلَى وَجْهِهِ وَلْيَخْفِضْ صَوْتَهُ

Maksudnya: “Apabila salah seorang dari kalian bersin hendaklah ia meletakkan tangannya ke wajahnya dan mengecilkan suaranya.” (Diriwayatkan oleh al-Hakim, IV/264 dan beliau mensahihkannya. Disepakati pula oleh az-Zahabi, dan al-Baihaqi dalam asy-Syu’ab, no. 9353). 

Berapa ramai orang yang terganggu atau terkejut dengan sebab kuatnya suara bersin. Kerana itu, saranan merendahkan suara ketika bersin supaya tidak mengganggu sahabat yang berdekatan dengannya. Maka kerana itulah sudah semistinya setiap muslim menahan suaranya ketika bersin sehingga tidak mengganggu atau mengejutkan orang-orang yang ada di sekitarnya.

Ketiga : Memuji Allah Ta’ala Ketika Bersin

Termasuk di antara hak sesama muslim yang menjadi kewajiban kita adalah mendoakan mereka ketika bersin dan ketika bersin tersebut mereka pula memuji Allah Subhanahuwata'ala. Ini sepertimana saranan dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam:

إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ‏.‏ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ‏.‏ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ‏.‏ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu bersin, maka hendaklah ia menyebut الْحَمْدُ لِلَّهِ‏. Dan menjawab bagi saudara atau sahabatnya يَرْحَمُكَ اللَّهُ‏. Maka apabila seseorang menyebut kepadanya (orang yang bersin) يَرْحَمُكَ اللَّهُ‏ maka hendaklah menyebut يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ. Riwayat al-Bukhari (6224)

Selain itu, di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub, sabda Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam:

إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَلْيَقُلِ الَّذِي يَرُدُّ عَلَيْهِ يَرْحَمُكَ اللَّهُ وَلْيَقُلْ هُوَ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُم

Maksudnya: Apabila bersin salah seorang daripada kamu, maka sebutlah الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ Dan kemudian jawablah saudara yang mendengarinya يَرْحَمُكَ اللَّهُ. Dan hendaklah ia (orang yang bersin) membalas يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُم .Riwayat al-Tirmizi (2960)

Ini jelas bahawa saranan Baginda Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam kepada umatnya berkenaan adab ketika bersin supaya menyebut kalimah Tahmid (الْحَمْدُ لِلَّهِ) dan kepada yang mendengarnya mengucapkan kalimah Tasymit (يَرْحَمُكَ اللَّهُ) iaitu mendoakan kepada sahabat yang bersin itu dengan doa kebaikan ke atasnya.

Imam Ibnu Hajar menaqalkan pandangan Imam Nawawi dengan menyatakan bahawa para ulama bersepakat ke atas sunnatnya menyebut lafaz Tahmid (الْحَمْدُ لِلَّهِ) iaitu seperti yang dinaqalkan oleh Ibnu Battal dan yang lain tanpa menambah kalimah الْحَمْدُ لِلَّهِ / Alhamdulillah ( الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ )
seperti hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah RA. (Lihat Fath al-Bari li Ibnu Hajar, 10/600)

Keempat : Tidak Perlu Mendoakan Orang Yang Bersin Tiga Kali Berturut-Turut

Demikianlah sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam. Hadis yang diriwayatkan oleh Ilyas bin Salamah daripada bapanya menyebut, sabda Nabi Sallallahu‘alaihiwasallamam:

يُشَمَّتُ الْعَاطِسُ ثَلاَثًا فَمَا زَادَ فَهُوَ مَزْكُومٌ

Maksudnya: يُشَمَّتُ (menyebut يَرْحَمُكَ اللَّهُ) kepada orang yang bersin sebanyak tiga kali. Dan sekiranya ia lebih daripada itu, maka ia selsema.
Riwayat Ibnu Majah (3714)

Dalam Hadith yang lain Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:

شَمِّتْ أَخَاكَ ثَلاَثًا فَمَا زَادَ فَهُوَ زُكَامٌ

Maksudnya: “Do’akanlah saudaramu yang bersin tiga kali dan bila lebih dari itu berarti ia sedang sakit.” (Riwayat Abu Daud,5034 dan al-Baihaqi dalam Syu’abul Iiman, 7/32)

Ada seorang lelaki bersin di hadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wa salla. Maka Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam berkata, “يَرْحَمُكَ اللَّهُ.” Kemudian ia bersin lagi, maka Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:

اَلرَّجُلُ مَزْكُوْمٌ

Maksudnya:“Laki-laki ini sedang sakit.” (Riwayat Muslim, 2993)

Ibnu Daqiq al-A’id menyebut daripada sebahagian ulamak Syafi’eyyah menyatakan diulangi kalimah al-Tasymit apabila bersin seseorang itu berulang kali, melainkan mengetahui bahawa dia mengidap selsema maka doakan ia akan kesembuhan penyakit itu. Dan ini difahamkan bahawa gugurlah saranan untuk bertasymit sekiranya mengetahui akan seseorang itu bersin disebabkan selsema.
(Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 12/25-32; Fath al-Bari, 10/606

Saturday, March 28, 2020

Rindunya hendak ke Masjid untuk solat berjamaah serta mengimarahkannya.الله اكبر

Rindunya hendak ke Masjid untuk solat  berjamaah serta mengimarahkannya.الله اكبر

Rindu kepada masjid merupakan kerinduan untuk selalu melakukan ibadah di tempat tersebut, rindu melakukan solat berjamaah lima waktu, rindu melakukan i’tikaf, rindu berkumpul dengan orang-orang saleh dalam menyelenggarakan aktiviti dakwah dan sebagainya.

Masjid merupakan pusat aktiviti umat Islam, baik sebagai tempat ibadah mahupun dalam menyelenggarakan kegiatan-kegiatan dakwah. Rasulullah saat pertama kali hijrah ke Madinah, tempat yang pertama kali dibangunkan adalah masjid, iaitu Masjid Quba. Begitu pentingnya masjid di dalam pandangan Islam sehingga Rasulullah mengutamakan pembangunan tempat ibadah yang satu ini.

لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا ۚ لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا ۚ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Maksudnya:"Janganlah kamu bersolat dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih". At-Taubah,108

Dan pula Firman Allah Subhanahuwata'ala,

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Maksudnya: Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan sollat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. At-Taubah,18.

Memakmurkan masjid tidak hanya sebatas membangunkan masjid secara fizikal semata-mata. Justeru itu, Barang siapa yang pergi ke masjid untuk solat, bertasbih, membaca, duduk di dalam halaqah ilmu, menunggu untuk solat atau membaca al-Quran termasuk di dalam orang yang memakmurkan masjid.

Pada zaman Nabi Sallahu'alaihiwasallam masjid menjadi pusat dakwah, pusat pentadbiran, tempat penyebaran dakwah dan juga suasana negara  tercermin melalui institusi masjid ini. Ini adalah menunjukkan bahawa masjid memiliki kedudukan yang amat penting di dalam Islam.

Pelbagai urusan penting yang telah dilakukan oleh Nabi Sallahu'alaihiwasallam di masjid ada diantaranya seperti  menyambut duta dan utusan dari pelbagai negara di masjid, menemui para sahabat di masjid, menyampaikan ilmu di masjid dan tentera bergerak untuk ke medan perang  dari masjid dan berbagai lagi urusan. Semua ini menunjukkan masjid adalah pusat kehidupan Islam dan pusat seluruh kegiatan Islam.

Begitu juga masjid memiliki kedudukan dan kehormatan yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala, sebagaimana firman-Nya,

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ ٱللَّهُ أَن تُرۡفَعَ وَيُذۡكَرَ فِيهَا ٱسۡمُهُۥ يُسَبِّحُ لَهُۥ فِيهَا بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأٓصَالِ

Maksudnya: Pada rumah-rumah (masjid-masjid) yang Allah telah mengizinkan supaya diangkat dan disebutkan nama-Nya di dalamnya. Di situ juga tempat Allah Subhanahuwata'ala disucikan pada waktu pagi dan petang. Surah al-Nur (36)

Imam al-Hafiz Ibn Kathir Rahimahullah menukilkan pendapat Ibn Abbas R.anhuma ketika menafsirkan ayat ini yang mana beliau berkata: Allah Subhanahuwata'ala melarang perbuatan lagha (sesuatu yang sia-sia dan melalaikan) di dalamnya. Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim, Ibn Kathir (6/62).

Di dalam Bahasa Arab Masjid adalah  merupakan اسم المكان (kata nama tempat) yang mana berasal dari perkataan سجد yang membawa maksud sujud.
Justeru itu Masjid dari sudut bahasa adalah tempat untuk sujud. Masjid dari sudut istilah pula ialah bangunan yang dibina untuk menunaikan solat di dalamnya kerana Allah Subhanahuwata'ala, beribadat kepada-Nya dengan ikhlas. 
Masjid juga adalah dikhususkan uruf pada tempat yang didirikan solat lima (5) waktu dan tidaklah termasuk musolla tempat berkumpul untuk solat-solat tertentu seperti solat sunat hari raya, istisqa’ dan selainnya. Tidak diberikan hukum masjid baginya seperti mana juga madrasah dan juga ribat. (Lihat I’lam al-Saajid bi Ahkam al-Masaajid oleh Al-Imam Al-Zarkasyi).

Dari petunjuk hadith pula ternyata begitu tinggi pahala bagi orang-orang yang sentiasa beribadat atau pun solat di masjid. Oleh yang demikian orang-orang yang sentiasa pergi ke masjid dan memakmurkannya  dengan solat, zikir, membaca al-Quran ataupun duduk dalam majlis-majlis Ilmu merupakan bukti-bukti dari keimanan. Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Abi Sa’id RA, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam:

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ المَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالإِيمَانِ

Maksudnya: “Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 11651 dan 11725, al-Tirmizi, no. Hadith 3093 dan Ibn Majah, no. Hadith 802][Imam al-Tirmizi mengatakan hukum hadith ini Hasan Gharib]

Allah Subhanahuwata'ala menyediakan pahala pada setiap langkah bagi sesiapa yang menuju ke masjid sama ada pada waktu pagi atau petang 
Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى المَسْجِدِ وَرَاحَ، أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنَ الجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang pergi di waktu pagi ke masjid atau di waktu petang, Allah menyediakan baginya suatu tempat setiap kali dia pergi di waktu pagi dan petang”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 662 dan Muslim, no. Hadith 285]

Allah Sallahu'alaihiwasallam juga menyediakan rahmat-Nya bagi sesiapa yang berjalan  menuju ke masjid khususnya dalam kegelapan malam.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

بَشِّرْ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. [Riwayat Abu Daud, no Hadith 474, al-Tirmizi, no Hadith 207 dan Ibn Majah, no. Hadith 773][Sahih]

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

الْمَشَّاؤُونَ إِلَى الْمَسَاجِدِ فِي الظُّلَمِ، أُولَئِكَ الْخَوَّاضُونَ فِي رَحْمَةِ اللَّهِ

Maksudnya: “Orang-orang yang banyak berjalan ke masjid ketika gelap, mereka adalah orang-orang menceburkan diri dalam rahmat Allah”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 771][al-Dhimyathi mengatakan sanad hadith ini cacat]

Akhir kalam, marilah sama-sama Kita berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” [Riwayat Abu Daud (1554)]

آمين

Thursday, March 26, 2020

Solat hajat agar Allah hilangkan wabak CoronaVirus (Covid-19) آمين

Solat hajat agar Allah hilangkan wabak CoronaVirus  (Covid-19) آمين

Mendirikan solat adalah antara sebaik-baik jalan untuk meminta pertolongan daripada Allah Subhanahuwata'ala selain sifat sabar. Ini kerana dalam solat itu terkumpul berbagai-bagai bentuk ibadah rohani dan jasmani; iaitu kebersihan, menutup aurat, menghadap qiblat, ikhlas, membaca Al-Qur’an, mengucap syahadah, salawat ke atas Nabi Sallahu'alaihiwasallam dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ 

Maksudnya:"Dan minta tolonglah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya itu sulit dilakukan kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.  al-Baqarah ayat 45)

Adapun solat yang sunat dikerjakan apabila hendak meminta pertolongan daripada Allah Subhanahuwata'ala atau meminta dikabulkan sesuatu hajat adalah solat Hajat.

Daripada Abdullah Ibn Abi Awfa Al-Aslami R.anh beliau berkata: Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam pada suatu hari telah keluar menuju ke arah kami lalu bersabda:

‏ مَنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِهِ فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لْيَقُلْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي ثُمَّ يَسْأَلُ اللَّهَ مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ مَا شَاءَ فَإِنَّهُ يُقَدَّرُ

Maksudnya: Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي

Maksudnya: Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.

Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan. Riwayat Ibn Majah (1384)

Status hadith di atas diperselisihkan oleh para ulama' dan dari itu dalil yang dijadikan hujah dalam isu ini diperselisihi status hukumnya.

Oleh kerana itu ulama' berbeza pendapat berkenaan hukum solat hajat:
1-Sebahagian ulama' berpendapat bahawa hadith tersebut dhaif, dan tidak boleh untuk dijadikan hujah ke atas pensyariatan solat hajat. 
2-Sebahagian ulama' pula berpandangan bahawa hadith tersebut boleh dikuatkan dengan syawahidnya, diantaranya ialah firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut,

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ 

Maksudnya:"Dan minta tolonglah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya itu sulit dilakukan kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.  al-Baqarah ayat 45)

Dan mereka juga berhujah dengan  menyatakan bahawa solat hajat ini termasuk di bawah fadhail al a’maal yang boleh menggunakan hadith dhaif sekiranya ia tergolong di bawah asal yang thabit.

Berdasarkan hadith di atas, ada beberapa  catatan penting berkenaan tatacara solat hajat:

1-Hendaklah berwuduk dahulu serta  meraikan perkara-perkara wajib dan sunat semasa berwuduk.

2-Menunaikan solat dua rakaat. Inilah solat yang dimaksudkan sebagai solat sunat hajat. 

3- Dalam Hadith ini juga tidak dinyatakan bacaan surah tertentu pada kedua-dua rakaat. Justeru itu, dibolehkan untuk membaca mana-mana surah yang mudah untuk dibaca di dalam solat.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahuwata'ala,

...فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ ۚ…..

Maksudnya:"...karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Al-Muzzammil, 20

4-Kemudian diikuti dengan bacaan doa yang diajarkan di dalam hadis di atas, Namunpun begitu tidak pula dinyatakan bilakah waktunya ia dibaca, sama ada di dalam solat atau di luar solat. 
Justeru itu, jika  doa ini dibacakan di dalam solat, iaitu semasa sedang sujud. Ini kerana adalah sempena meraikan dan beramal dengan hadith Nabi Sallahu'alaihiwasallam yang menyatakan Bahawa sujud disifatkan oleh Nabi Sallahu'alaihiwasallam sebagai keadaan yang  paling hampir antara seorang hamba itu dengan tuhannya, maka perbanyakkanlah doa semasa sujud.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda,

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ العَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ ، فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

Maksudnya:“Keadaan seorang hamba paling dekat dengan Rabbnya adalah ketika ia sedang bersujud, maka perbanyaklah berdoa saat itu.” Riwayat Muslim,  482

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda,

فَأمَّا الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا فِيهِ الرَّبَّ – عَزَّ وَجَلَّ – ، وَأمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا فِي الدُّعَاءِ ، فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ

Maksudnya:“Adapun ketika rukuk, maka agungkanlah Allah. Sedangkan ketika sujud, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, maka doa tersebut pasti dikabulkan untuk kalian.” Riwayat Muslim, 479.

Kesimpulannya:
Berdasarkan dari pandangan Jumhur fuqaha, maka boleh untuk dilakukan solat hajat, ini kerana ia termasuk di dalam bab fadhail al a’maal.

Monday, March 23, 2020

Nukilan COVID-19

Nukilan COVID-19

Jika hari ini kita disaring dan esok didapati positif C-19, 

Maka percayalah...tanpa kita sedari….Bahawa;

Hari ini adalah merupakan hari terakhir kita bersama anak isteri dan hari terakhir bersama keluarga.

Ketika dikuarantin diwad tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat, 2 minggu kesunyian di hospital bertemankan nurse dan doktor, hari berganti berlalu, hanya mampu merasa makanan hospital, hanya mampu menatap wajah doktor, nurse dan makcik cleaner, tanpa jemu nurse membuat saringan kesihatan diri kita, tanpa boleh dilawati oleh ahli keluarga.Rindu pasti meruntun jiwa, terbayang wajah orang yang disayangi,

Selepas itu kesihatan makin merosot, kita dimasukkan ke ICU dengan bantuan pernafasan, maka percayalah, tiada seorang pun ahli keluarga yang boleh melawat.

Hari berganti hari kesihatan terus merosot, hanya mampu terbayang wajah ibu ayah anak dan isteri, maka percayalah kini sudah 3 minggu kita tidak menatap wajah anak isteri ibu mahupun ayah.

Bila saat nazak menjelma, maka percayalah tiada seorang pun ahli keluarga boleh bersama kita, membisikkan syahadah dan zikrullah, hanya kelihatan doktor dan nurse sedaya upaya memberi bantuan terakhir, 

Jika ditakdirkan Allah lebih menyayangi kita dan kita akan pergi meninggalkan keluarga dan dunia ini, maka percayalah tiada seorang pun dari ahli keluarga yang boleh memandikan jenazah kita, hanya ditayammum oleh pihak hospital dan dibalut plastik tebal, dan ditanah perkuburan, percayalah masih lagi tiada seorang pun ahli keluarga boleh mengangkat jenazah dan mengebumikan kita,
Semuanya diuruskan oleh pihak hospital dengan prosedur yang ketat, perginya terlalu pantas dan tidak di sangka, ketika mana takdir telah menentukan, ahli keluarga hanya mampu berdoa dari jauh...dan pada ketika ini, yang mampu kita berharap hanya:

"Ya Allah! Ampunkan saya dari segala salah silap samada yang disengajakan ataupun tidak, dalam sedar atau tidak.🥺🥺🥺 Ampunkan....... semoga Allah izinkan kita bertemu di jannahNya".

Muhasabah diri

"BERSAMALAH KELUARGA, PLEASE STAY AT HOME"

Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” [Riwayat Abu Daud (1554)]

آمين

Hukum menyembelih Ikan

Hukum menyembelih Ikan

Ikan adalah merupakan makanan bersumber protein yang halal dimakan selain ayam, kambing, dan lembu. Bahkan ikan yang mati adalah halal dimakan menurut ajaran Islam.Mengenai perkara ini Nabi Sallahu'alaihiwasallam ada bersabda :

أُحِلَّت لنا ميتتانِ ودمانِ الميتتانِ الحوتُ والجرادُ والدَّمانِ الكبدُ والطِّحالُ

Maksudnya : “Dihalalkan buat kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dua jenis bangkai itu ialah ikan dan belalang, manakala dua jenis darah itu ialah hati dan limpa.” Riwayat Ahmad (5690) dan Ibn Majah (3314)

Al-Khatib al-Syirbini telah menukilkan bahawa telah berlaku ijma’ mengenai halalnya bangkai ikan dan belalang. Selain itu juga, kerana pada adat kebiasaan kedua-dua haiwan itu tidak mungkin boleh disembelih, maka telah gugur (kewajipan) sembelihan tersebut. Oleh itu, sama ada kedua-duanya mati secara bersebab atau tidak, dan sama ada (dijumpai mati) dalam keadaan terapung (atas air) ataupun tenggelam (ia adalah halal). (Lihat Mughni al-Muhtaj, 6/98-99)

Binatang buruan laut adalah halal dalam keadaan apa pun, demikian pula binatang buruan darat kecuali dalam keadaan ihram. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala :

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ ۖ وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ الْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًا ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Maksudnya:"Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah kepada Allah Yang kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan” (Al-Maidah, 96)

Tetapi ada beberapa jenis ikan yang mampu hidup lebih lama di luar air seperti ikan keli,ikan haruan dan sebagainya. Dan sudah tentu ikan tidak boleh dimatikan dengan disembelih seperti ayam, kambing, atau lambu. Oleh kerana itu, ikan yang mati dengan cara apapun, tetap halal untuk dimakan dan tidak perlu untuk disembelih.

Namun jika kita mendapatkan ikan yang masih hidup, dan ingin segera untuk  dimasak, maka adab yang disyariatkan adalah mematikan ikan ini dengan cara yang paling cepat untuk menghilangkan nyawanya, ini adalah sebahagian dari  adab indah yang telah diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam melalui sabdanya:

إنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإحْسانَ على كُلِّ شيءٍ، فَإِذا قَتَلْتُمْ فأحْسِنُوا القِتْلَةَ، وإذا ذَبَحْتُمْ فأحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada setiap sesuatu. Apabila kamu semua hendak mematikan (haiwan), matikanlah dengan cara yang terbaik. Apabila hendak menyembelih, sembelihlah dengan cara yang terbaik. Hendaklah kamu  menajamkan pisau dan mengistirehatkan sembelihannya.” Riwayat Muslim (1955)

Menurut Imam al-Mawardi, 
"Bahawa adapun ikan tidak wajib menyembelihnya sekalipun ia boleh disembelih dan dapat hidup lama (luar air) selepas ditangkap. Justeru itu:
1- Diharuskan untuk menunggunya sehingga mati (dengan sendirinya) dan tidak makruh berbuat demikian. 
2- Begitu juga, diharuskan untuk menyegerakan penyembelihannya (mematikannya)  dan juga tidak makruh berbuat demikian".
(Lihat al-Hawi al-Kabir, 15/63)

Imam al-Nawawi juga ada mencatit dalam kitabnya: 

قَالَ أَصْحَابُنَا وَيُكْرَهُ ذَبْحُ السَّمَكِ إلَّا أَنْ يَكُونَ كَبِيرًا يَطُولُ بَقَاؤُهُ فَوَجْهَانِ أَصَحُّهُمَا يُسْتَحَبُّ ذَبْحُهُ رَاحَةً لَهُ وَالثَّانِي يُسْتَحَبُّ تَرْكُهُ لِيَمُوتَ بِنَفْسِه

Maksudnya : “Ulama-ulama kami (mazhab Syafie) berkata bahawa dimakruhkan untuk menyembelih ikan melainkan ikan itu besar serta dapat hidup lama (di luar air). Ada dua pendapat mengenai ini. 1-Pendapat yang paling sahih ialah disunatkan untuk menyembelih ikan itu bagi merehatkannya (mematikannya). 
2-Manakala pendapat yang kedua pula disunatkan untuk membiarkannya agar mati dengan sendirinya.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/72)

Oleh kerana itu, pada bahagian manakah yang perlu disembelih?

Menurut Syeikh al-Bujairami, sembelihan tersebut berlaku pada bahagian hujungnya :

فَيُسَنُّ ذَبْحُهَا أَيْ مِنْ الذَّيْلِ لِأَنَّهُ أَصْفَى لِلدَّمِ

Maksudnya : “Disunatkan untuk menyembelih ikan iaitu pada bahagian hujungnya (ekornya) kerana ia adalah lebih bersih kerana lebih banyak darah (yang keluar darinya).” (Lihat Hasyiah al-Bujairami, 4/326)

Oleh itu, sembelihan pada ikan besar adalah bermaksud mematikannya (membunuhnya). Ia bertujuan untuk membersihkannya dengan cara mengalirkan darah keluar daripada ikan besar tersebut bagi menyegerakan matinya.

Menurut Syeikh Sulaiman al-Jamal pula bahawa :

فَيُسَنُّ ذَبْحُهَا أَيْ مِنْ ذَيْلِهَا مَا لَمْ تَكُنْ عَلَى صُورَةِ حَيَوَانٍ يُذْبَحُ وَإِلَّا فَتُذْبَحُ مِنْ رَقَبَتِهَا... فَالْمُرَادُ بِالذَّبْحِ الْقَتْلُ

Maksudnya : “Disunatkan menyembelih ikan iaitu pada bahagian hujungnya (ekornya) selagimana mana ikan tersebut tidak menyerupai haiwan yang disembelih (menurut kebiasaan), dan sekiranya tidak (yakni bentuknya seperti haiwan yang disembelih) maka ia akan disembelih pada bahagian lehernya… Sembelihan yang dimaksudkan di sini ialah mematikannya (membunuhnya).” (Lihat Hasyiah al-Jamal, 5/269-270)

Maksud ,

…...مَا لَمْ تَكُنْ عَلَى صُورَةِ حَيَوَانٍ…….
"...Sekiranya tidak bentuknya seperti haiwan..."

Iaitu maksudnya:
Jika ikan yang menyerupai keldai atau manusia. Maka, hendaklah penyembelihan itu pada lehernya atau bahagian lubbah (sekitar pangkal leher) sebagaimana haiwan-haiwan darat yang lain. (Lihat Hasyiah al-Jamal, 5/239)

Kesimpulannya

Dari perbahasan diatas, maka disunatkan untuk menyembelih ikan besar yang mana lambat mati bagi menyegerakan matinya (merehatkannya). Dan cara sembelihannya tidak terhad hanya kepada bahagian hujungnya (yakni ekornya) sahaja. Tetapi mana-mana bahagian yang dapat mengeluarkan darahnya (dengan banyak) dan menyegerakan matinya adalah lebih baik dan utama seperti bahagian hujungnya atau lain-lain. Ini adalah bertepatan dengan saranan agama sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim agar berlaku ihsan kepada haiwan,

 فأحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Akan tetapi, makruh hukumnya menyembelih ikan yang kecil kerana perkara tersebut adalah sia-sia dan bersusah payah tanpa faedah. 

Sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Khatib al-Syirbini, "Bahawa disunatkan untuk menyembelih ikan besar yang mana dapat hidup lama di luar air (lambat mati) bagi merehatkannya (mematikannya), dan makruh hukumnya menyembelih ikan kecil kerana ia adalah perbuatan yang sia-sia dan bersusah payah tanpa sebarang faedah". (Lihat Mughni al-Muhtaj, 6/99)

Boikot sebagai jihad harta yang merupakan bahagian jihad fi sabilillah ( جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ) menurut perspektif Islam.

Boikot sebagai jihad harta yang merupakan bahagian jihad fi sabilillah  ( جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ) menurut perspektif Islam. Secara umumnya...