Thursday, June 25, 2020

Hukum berbilang jumaat di satu daerah/ تَعَدُّدِ الْجُمْعَةِ فِيْ بَلَدٍ وَاحِدٍ. (Hukum mengerjakan solat Jumaat di dua masjid atau lebih di dalam satu kampung atau desa atau di penempatan Muslim.

Hukum  berbilang jumaat di satu daerah/ تَعَدُّدِ الْجُمْعَةِ فِيْ بَلَدٍ وَاحِدٍ. (Hukum mengerjakan solat Jumaat di dua masjid atau lebih di dalam satu kampung atau desa atau di penempatan Muslim. 

Firman Allah Subhanahuwata'ala ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah al-Jumu‘ah ayat 9.

Ayat di atas adalah merupakan antara dalil pensyariatan dan kewajipan solat Jumaat. Solat Jumaat adalah sebagai ritual mingguan yang rutin bagi Muslim yang mukallaf, menjadi penopang syiar yang efektif dalam membentuk sebuah tradisi jama’i, iaitu kenginan untuk berpegang kepada tali Allah dalam rangka berjuang mengangkat panji-panji Islam.

Solat Jumaat ini dibebankan secara wajib (taklif) bagi muslim  laki-laki, baligh, berakal, merdeka, bermastautin dengan tanpa ada udzur syar'i. Taklif ini menurut mazhab Syafi'i adalah fardu ain/kewajiban individu. Secara konkrit, perintah dalam  ayat “فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ” (maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah) jelas menunjukkan kewajipan. Kerana tujuan dari bersegera dalam ayat itu diperintahkan sebagai kewajipan, maja tujuannya pun. menjadi wajib. Ertinya kerana tujuan dari bersegera kepada solat Jumaat, bererti solat Jumaat juga menjadi wajib.

Selain itu, solat Jumaat juga adalah antara beberapa kelebihan yang dikurniakan khusus kepada umat Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam supaya mereka mendapat kemuliaan hari Jumaat tersebut. [Lihat : al-Fiqh al-Manhaji (1/198)] Hal ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah RA, dia mendengar Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda :

نَحْنُ الآخِرُونَ السَّابِقُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا، ثُمَّ هَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِى فُرِضَ عَلَيْهِمْ فَاخْتَلَفُوا فِيهِ، فَهَدَانَا اللَّهُ، فَالنَّاسُ لَنَا فِيهِ تَبَعٌ، الْيَهُودُ غَدًا وَالنَّصَارَى بَعْدَ غَدٍ

Maksudnya : “Kita adalah umat yang terakhir (lahir ke dunia) dan umat yang terdahulu (menikmati kelebihan, ganjaran dan masuk syurga) pada hari kiamat walaupun mereka (umat terdahulu) diberikan kitab (syariat samawi) sebelum kita. Hari Jumaat ialah hari yang telah difardhukan atas mereka (untuk mendampingkan diri kepada Allah) tetapi mereka telah mempertikaikannya. Lalu Allah memberi petunjuk kepada kita sedangkan mereka menerima hari-hari berikutnya, iaitu Yahudi pada hari Sabtu dan Nasrani pula pada hari Ahad.” [HR al-Bukhari (876) dan Muslim (855)]

Ada empat syarat sah solat Jumaat, satu darinya adalah:

1-Solat Jumaat hendaklah didirikan di dalam kawasan binaan, sama ada di bandar atau di kariah yang mempunyai penduduk yang bermustautin tidak kurang daripada 40 orang lelaki yang cukup syarat-syarat wajib mendirikan Jumaat.
[Lihat : al-Fiqh al-Manhaji (1/202-203)]

Juga menurut pendapat yang kuat dalam mazhab Syafi’ei, tidak diperbolehkan mendirikan dua jumaat atau lebih dalam satu kampung atau desa tanpa ada hajat. 

Imam al-Syirbini (الشربيني) menyebutkan salah satu alasan mazhab ini;

لِأَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْخُلَفَاءُ الرَّاشِدِينَ لَمْ يُقِيمُوا سِوَى جُمُعَةٍ وَاحِدَةٍ ، وَلِأَنَّ الِاقْتِصَارَ عَلَى وَاحِدَةٍ أَفْضَى إلَى الْمَقْصُودِ مِنْ إظْهَارِ شِعَارِ الِاجْتِمَاعِ وَاتِّفَاقِ الْكَلِمَةِ

Maksudnya:“Kerana Nabi Saliahu'alaihiwasallam dan para khulafa rasyidin tidak pernah melaksanakan solat jumaat kecuali satu jemaah saja. Dan itu juga kerana menyatukan jamaah pada satu jumaat lebih nyata mencapai maksud jumaat yang merupakan syiar dan persatuan umat” (Mughni al-Muhtaj 1/281)

Dr. Wahbah al-Zuhaili ada menyebutkan bahawa :

أن الجمعة تتطلب الاجتماع

Maksudnya : “Sesungguhnya solat Jumaat menuntut kepada perhimpunan manusia.” (Lihat Mausu’ah al-Fiqh al-Islami wa al-Qadhaya al-Mu’asirah, 2/249) 

Diantara dalil yang dipakai oleh mazhab Syafi'ei adalah bahawa ketika Nabi Sallahu'alaihiwasallam hidup di Madinah dahulu, apabila tiba hari jumaat, semua orang berbondong-bondong datang ke masjid Nabawi untuk melaksanakan solat jumaat.

Sayyidah A’isyah pernah berkata:

كَانَ النَّاسُ يَنْتَابُونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ مِنْ مَنَازِلِهِمْ وَالْعَوَالِيِّ

Maksudnya:"Manusia (muslim) ketika hari jumaat berdoyong-doyong (ke masjid Nabawi untuk solat jumaat) dari rumah-rumah mereka dan ‘awali (pemukiman yang jaraknya sekitar 3 mil)”. Riwayat al-Bukhari.

Padahal ketika itu, solat berjamaah tidak hanya dilakukan di masjid Nabawi, tetapi ada juga  dilaksanakan tempat-tempat sahabat atau di dusun-dusun sahabat lain. Yang menjadi Imam adalah tokoh-tokoh dari kalangan para sahabat yang ‘Alim dan Faqih seperti Mu’adz bin Jabal yang masyhur dengan cerita kaumnya yang marah kerana beliau pada suatu ketika pernah menjadi Imam kepada kaumnya namun dengan membaca bacaan terlalu panjang. Atau juga Amr bin Salamah (Riwayat al-Bukhari) yang menjadi Imam ketika beliau masih sangat kecil kerana hanya beliau satu-satunya yang paling banyak hafalan Qur’an di antara para warga dusunnya ketika itu. 
Namunpun begitu apabila tiba hari jumaat, semua orang dan para sahabat yang ada mempunyai jamaah solat sendiri tadi tidak mengadakan solat jumaat seperti solat 5 waktu ditempat mereka masing-masing, akan tetapi mereka berkumpul dan berjalan bersama menuju ke masjid Nabawi untuk mengadakan solat Jumaat. Ini yang menjadi sandaran dalil bahawa solat jumaat itu wajib disatukan dan difokuskan dalam satu tempat, tidak terpisah-pisah.

Oleh kerana itu, mazhab Syafi'ie berpendapat bila terdapat dua jumaat dalam satu kampung atau desa, maka yang sah adalah jumaat yang pertama kali melakukan takbiratul ihram, sedangkan jumaat yang kedua tidak sah. Dan apabila takbiratul ihramnya bersamaan, maka kedua jumaat tersebut tidak sah.

Walaupun begitu, mungkin pendapat mazhab Imam al-Syafi’i ini agak sulit dilaksanakan apabila berhadapan dengan masyaqqah (keberatan) bagi mereka seandainya mereka dituntut untuk melakukan Jumaat hanya di satu tempat atau disatu masjid sahaja.

Kadang-kadang berlaku disesetangah kampung atau desa atau penempatan yang padat dengan penduduk Muslim. Sehingga disesetengah tempat, rumah berhimpitan diantara satu sama lain, sehingga sulit untuk menentukan satu kampung dengan yang lain. Masjid pula hanya boleh menampung ratusan orang saja, sedang dalam satu waktu di daerah tertentu, jumlah orang yang ada boleh mencapai ribuan, kalau dipaksakan juga solat jumaat di satu tempat, tentu akan menyulitkan. Masjid pula jika  dipaksakan untuk memenuhkan jamaah yang ramai maka sudah pastinya saf-saf solat akan melebar ke jalan-jalan raya.

Juga didapati di beberapa daerah, jarak rumah sebahagian penduduknya dengan tempat pelaksanaan Jumaat terlampau jauh, kerana luasnya daerah tersebut. Hal ini menimbulkan masyaqqah (keberatan) bagi mereka seandainya mereka dituntut untuk melakukan Jumaat di satu tempat.

Justeru itu,bolehkah bagi sebahagian penduduk tersebut mendirikan Jumaat kedua kerana mapsyaqqah(keberkatan) tersebut? 

Jikalau dalam keadaan seperti ini, apakah masih dikatakan bahawa salah satu jumaat di kampung tersebut batal dan tidak sah kerana ada jumaat lain dalam satu kampung tersebut? 

Imam al-Syirbini mempunyai jawapannya, beliau mengatakan;

إلَّا إنْ كَثُرَ أَهْلُهُ أَيْ : أَهْلُ مَحَلِّهَا ( وَعَسُرَ اجْتِمَاعُهُمْ بِمَكَانٍ ) وَاحِدٍ فَيَجُوزُ تَعَدُّدُهَا لِلْحَاجَةِ بِحَسَبِهَا ؛ لِأَنَّ الشَّافِعِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ دَخَلَ بَغْدَادَ وَأَهْلُهَا يُقِيمُونَ بِهَا جُمُعَتَيْنِ وَقِيلَ ثَلَاثًا فَلَمْ يُنْكِرْ عَلَيْهِمْ

Maksudnya:“kecuali kalau banyak jumlah penduduknya sehingga sulit untuk berkumpul dalam satu tempat. Maka boleh untuk dilaksanakan jumaat dalam 2 tempat atau lebih dengan hajat itu; kerana Imam al-Syafi’i ketika berada di Baghdad mendapati pendudukunya melaksanakan solat Jumaat 2 bahkan 3 kali dan beliau tidak mengingkarinya” (Mughni al-Muhtaj 1/281)   

Berdasarkan dari kenyataan Imam al-Syirbini, maka jelaslah bahawa pendapat mazhab Syafi'i tentang wajibnya satu jumaat dalam satu kampung ternyata tidak mutlak. Dengan ertinya kewajipan itu dilaksanakan jika memang memungkinkan keadaan dan tempatnya pula. Jikalau tidak memungkinkan, maka tidak mengapa untuk mengadakan solat jumaat berulang atau berbilang-bilang tempat dalam satu kampung.

Dalam hal ini, Abu Yahya Zakariya bin Syaraf Al-Nawawi yang lebih dikenal dengan Imam al-Nawawi menulis dalam kitab 
 روضة الطالبين وعمدة المفتين dalam "كتاب صلاة الجمعة" :

الشرط الثالث : أن لا يسبق الجمعة ، ولا يقارنها أخرى . قال الشافعي - رحمه الله - : ولا يجمع في مصر - وإن عظم ، وكثرت مساجده - إلا في موضع واحد . وأما بغداد ، فقد دخلها الشافعي - رحمه الله - وهم يقيمون الجمعة في موضعين . وقيل : في ثلاثة ، فلم ينكر عليهم . واختلف أصحابنا في أمرها على أوجه . أصحها : أنه إنما جازت الزيادة فيها على جمعة ، لأنها بلدة كبيرة يشق اجتماعهم في موضع واحد ، فعلى هذا تجوز الزيادة على الجمعة الواحدة في جميع البلاد ، إذا كثر الناس وعسر اجتماعهم ، وبهذا قال أبو العباس ، وأبو إسحاق ، وهو الذي اختاره أكثر أصحابنا تصريحا وتعريضا . وممن رجحه : القاضي ابن كج ، والحناطي - بالحاء المهملة المفتوحة ، وتشديد النون - والقاضي الروياني ، والغزالي 
Maksudnya: "Saat berada di Baghdad Imam Syafi'ei tidak mengingkari adanya kenyataan bahawa solat Jumaat di sana dilakukan di dua atau tiga tempat yang berbeza sekaligus. Para ulama mazhab Syafi'ei menafsiri sikap Imam Syafi'ei dalam soal Baghdad tersebut dengan beragam pendapat:

Pertama dan yang paling sah, kerana Baghdad merupakan kota besar yang sulit mengumpulkan jamaah dalam satu tempat. Dalam keadaan ini maka boleh mengadakan lebih dari satu Jumaat  di satu kota/desa. Ini adalah pendapat Abul Abbas, Abu Ishaq dan menjadi pandangan maoriti ulama Syafi'ei dan sudah ditarjih oleh Qadhi Ibnu Kajj, Hannati, Qadhi Rauyani dan Imam Ghazali. 

Selaras pula dengan kaedah fiqh,

الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيرَ

Maksudnya:" Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan"

Dalil sandaran daripada Al-Quran, diantaranya adalah firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah al-Baqarah ayat 185,
                                                       
 يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ 

Maksudnya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Maksud kaedah:

"Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah Subhanahuwata'ala, maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi.Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu. 
Contohnya: Orang yang sakit dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring.

Adapun pandangan lain ulama Mazhab Syafi'ei dalam menafsiri sikap Imam Syafi'ei dalam soal Jumaat lebih dari satu di Baghdad adalah sebagai berikut:

والثاني : إنما جازت الزيادة فيها ، لأن نهرها يحول بين جانبيها فيجعلها كبلدتين . قاله أبو الطيب ابن سلمة . وعلى هذا لا يقام في كل جانب إلا جمعة . فكل بلد حال بين جانبيه نهر يحوج إلى السباحة ، فهو كبغداد . واعترض عليه ، بأنه لو كان الجانبان كبلدين ، لقصر من عبر من أحدهما إلى الآخر ، والتزم ابن سلمة المسألة ، وجوز القصر . والثالث : إنما جازت الزيادة ، لأنها كانت قرى متفرقة ، ثم اتصلت الأبنية ، فأجري عليها حكمها القديم ، فعلى هذا يجوز تعدد الجمعة في كل بلد هذا شأنه . واعترض عليه أبو حامد بما اعترض على الثاني . ويجاب بما أجيب في الثاني . وأشار إلى هذا الجواب صاحب " التقريب " . والرابع : أن الزيادة لا تجوز بحال ، وإنما لم ينكر الشافعي ، لأن المسألة اجتهادية ، وليس لمجتهد أن ينكر على المجتهدين . وهذا ظاهر نص الشافعي - رحمه الله - المتقدم . واقتصر عليه الشيخ أبو حامد وطبقته ، لكن المختار عند الأكثرين ما قدمناه

Maksudnya: 
Kedua, bolehnya solat jumaat di dua masjid di Baghdad kerana sungainya berada di antara dua sisi sehingga terkesan seperti dua kota/tempat seperti dikatakan oleh Abu Tayyib Ibnu Salamah. Oleh karena itu, maka tidak ditempati dalam setiap sisi kecuali satu jumaat. Maka setiap kota yang terdapat sungai di antara dua sisinya, maka itu seperti Baghdad (ertinya boleh dua masjid dan dua jumaat). Pendapat ini ditentang: bahawa kalau dua sisi itu seperti dua kota/desa nescaya orang yang menyeberang sungai dari satu sisi ke sisi yang lain boleh mengqashar solat. Ibnu Salamah mengesahkan hal itu dan boleh mengqashar solat.

Ketiga, Bolehnya lebih dari satu jumaat dan satu masjid kerana Baghdad dahulunya adalah terdiri dari beberapa desa yang terpisah lalu tersambung oleh sejumlah bangunan lalu Imam Syafi'ei memperlakukan hukum Qaul Qadim oleh kerana itu boleh dilakukannya jumaat lebih dari satu dalam setiap kota. Pandangan ini ditentang oleh Abu Hamid (al Ghazali) sebagaimana pada hujah kedua. Dan dijawab sebagaimana jawapan kedua. Secara tersirat jawapan ini ditunjukkan oleh pengarang kitab At Taqrib. 

Keempat, lebih satu jumaat dalam satu kota tidak boleh. Bahawa Imam Syafi'ei tidak mengingkari adanya dua Jumaat karana ini masalah ijtihad. Tidak boleh seorang mujtahid mengingkari pendapat mujtahid lain.

Kesimpulannya:

Pendapat yang asah (الأصح) dalam mazhab Syafi'ei adalah dibolehkan solat berbilang jumaat di satu daerah ( تَعَدُّدِ الْجُمْعَةِ فِيْ بَلَدٍ وَاحِدٍ) kerana ada kesulitan untuk berkumpul  ( عُسْرَ الإجْتِمَاعِ ). 
Ulama' mazhab Syafi'ei menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan kesulitan untuk berkumpul itu ada tiga :

1- Jamaah terlalu ramai sehingga masjid tidak mungkin menampung kesemua jamaah solat Jumaat. ضَيِّقُ المكان (Tempat/Masjid sempit)
2- Adanya permusuhan antara dua golongan dengan syarat-syaratnya. عداوة (adanya permusuhan)
3- Jarak batas daerah dengan daerah lain berjauhan sehingga suara azan tidak terdengar. أَطْرَافِ الْبَلَدِ ( Jauhnya pinggir-pinggir negeri)

Di dalam kitab Shulh al-Jama’atain bi Jawaz Ta’addud al-Jum’atain karya Ahmad Khatib al-Minangkabawi ada menyebut,

 إِذَا عَرَفْتَ أَنَّ أَصْلَ مَذْهَبِ الشَّافِعِيِّ عَدَمُ جَوَازِ تَعَدُّدِ الْجُمْعَةِ فِيْ بَلَدٍ وَاحِدٍ وَأَنَّ جَوَازَ تَعَدُّدِهِ أَخَذَهُ اْلأَصْحَابُ مِنْ سُكُوْتِ الشَّافِعِيِّ عَلَى تَعَدُّدِ الْجُمْعَةِ فِيْ بَغْدَادَ وَحَمَّلُوْا الْجَوَازَ عَلَى مَا إِذَا حَصَلَتِ الْمَشَقَّةُ فِي الاجْتِمَاعِ كَالْمَشَقَّةِ الَّتِيْ حَصَلَتْ بِبَغْدَادَ وَلَمْ يُضْبِطُوْهَا بِضَابِطٍ لَمْ يَخْتَلِفْ فَجَاءَ الْعُلَمَاءُ وَمَنْ بَعْدَهُمْ وَضَبَطَهَا كُلُّ عَالِمٍ مِنْهُمْ بِمَا ظَهَرَ لَهُ

 وَبَنَى الشَّعْرَانِيُّ أَنَّ مَنْعَ التَّعَدُّدَ لِأَجْلِ خَوْفِ الْفِتْنَةِ وَقَدْ زَالَ. فَبَقِيَ جَوَازُ التَّعَدُّدِ عَلَى اْلأَصْلِ فِيْ إِقَامَةِ الْجُمْعَةِ وَقَالَ أَنَّ هَذَا هُوَ مُرَادُ الشَّارِعِ وَاسْتَدَلَّ عَلَيْهِ بِأَنَّهُ لَوْ كَانَ التَّعَدُّدُ مَنْهِيًّا بِذَاتِهِ لَوَرَدَ فِيْهِ حَدِيْثٌ وَلَوْ وَاحِدًا وَالْحَالُ أَنَّهُ لَمْ يَرِدْ فِيْهِ شَيْءٌ فَدَلَّ ذَلِكَ عَلَى أَنَّ سُكُوْتَ النَّبِيِّ كَانَ لِأَجْلِ التَّوْسِعَةِ عَلَى أُمَّتِهِ

Maksudnya:“Jika Anda tahu, bahawa dasar mazhab Syafi’ei tidak memperbolehkan solat Jumaat lebih dari satu di satu daerah. Namun kebolehannya telah diambil oleh para Ashhab dari diamnya Imam Syafi’ei atas jumaat lebih dari satu di kota Baghdad, dan para Ashhab memahami kebolehannya pada situasi para jamaah sulit berkumpul, seperti kesulitan yang terjadi di Baghdad, mereka pun tidak memberi ketentuan kesulitan itu yang tidak (pula) diperselisihkan, lalu muncul para ulama dan generasi sesudahnya, dan setiap ulama menentukan kesulitan tersebut sesuai dengan pemahaman mereka.

As-Sya’rani menyatakan bahawa pencegahan jumaat lebih dari satu adalah kerana kekhawatiran tertentu dan hal itu sudah hilang. Kebolehan jumaat lebih dari satu itu juga berdasarkan hukum asal tentang pelaksanaan solat Jumaat. Beliau berkata: “Inilah maksud (Nabi Sallahualaihiwasallam.) pembawa syari’ah.” Beliau berhujah, bahawa bila pendirian solat Jumaat lebih dari satu itu dilarang secara zatnya, nescaya akan terdapat hadith yang menerangkannya, meskipun hanya satu. Sementara tidak ada satupun hadith yang menyatakan begitu. Maka hal itu menunjukkan bahawa diamnya Nabi Sallahu'alaihiwasallam. Itu bertujuan memberi kelonggaran kepada umatnya.”

Dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin karya Abdurrahman bin Muhammad Ba’lawi menyebutkan bahawa,

 وَالْحَاصِلُ مِنْ كَلَامِ الْأَئِمَّةِ أَنَّ أَسْبَابَ جَوَازِ تَعَدُّدِهَا ثَلَاثَةٌ ضَيِّقُ مَحَلِّ الصَّلَاةِ بِحَيْثُ لَا يَسَعُ اْلُمجْتَمِعِينَ لَهَا غَالِبًا وَالْقِتَالُ بَيْنَ الْفِئَتَيْنِ بِشَرْطِهِ وَبُعْدُ أَطْرَافِ الْبَلَدِ بِأَنْ كَانَ بِمَحَلٍّ لَا يُسْمَعُ مِنْهُ النِّدَاءِ أَوْ بِمَحَلٍّ لَوْ خَرَجَ مِنْهُ بَعْدَ الْفَجْرِ لَمْ يُدْرِكْهَا إِذْ لَا يَلْزَمُهُ السَّعْيُ إِلَيْهَا إِلَّا بَعْدَ الْفَجْرِ

Maksudnyanya; “Dan kesimpulan pendapat para imam adalah boleh mendirikan jumaat lebih dari satu tempat kerana tiga sebab. (i) Tempat solat Jumaat yang sempit, yakni tidak cukup menampung para jamaah Jumaat secara umum. (ii) Pertikaian antara dua kelompok masyarakat dengan syaratnya. (iii) Jauhnya hujung desa, iaitu bila seseorang berada di satu tempat (hujung desa) tidak boleh mendengar azan, atau di tempat yang bila ia pergi dari situ setelah waktu fajar ia tidak akan menemui solat Jumaat, sebab ia tidak wajib pergi jumaat melainkan setelah fajar.”

Faktor jauhnya jarak menuju tempat jumaat; jauhnya tempat adakalanya disebabkan seseorang berada pada sebuah tempat yang tidak dapat terdengar azan Jumaat di tempat tersebut, atau berada pada tempat yang seandainya ia berangkat dari tempat tersebut setelah terbit fajar, maka tidak dapat menemui Jumaat.

Sayyid Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur menegaskan: 

والحاصل من كلام الأئمة أن أسباب جواز تعددها ثلاثة ضيق محل الصلاة بحيث لا يسع المجتمعين لها غالباً، والقتال بين الفئتين بشرطه، وبعد أطراف البلد بأن كان بمحل لا يسمع منه النداء، أو بمحل لو خرج منه بعد الفجر لم يدركها، إذ لا يلزمه السعي إليها إلا بعد الفجر اهـ 

Maksudnya:“Kesimpulan dari kenyataan para imam, sebab-sebab diperbolehkannya berbilangnya Jumaat ada tiga. Pertama, sempitnya tempat solat, dengan sekira tidak dapat menampung jamaah Jumaat menurut keumumannya. Kedua, pertikaian di antara kedua kubu sesuai dengan syaratnya. Ketiga, jauhnya sisi kampung atau desa, dengan sekira berada pada tempat yang tidak terdengar azan atau di tempat yang seandainya seseorang keluar dari tempat tersebut setelah fajar, ia tidak akan menemui Jumaat, sebab tidak wajib baginya menuju tempat Jumaat, kecuali setelah terbit fajar subuh.” (Sayyid Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur, Bughyah al-Mustarsyidin, Beirut-Dar al-Fikr, 1995, halaman 51) 

Berkata guru besar ulama mazhab Syafi’ei, Syaikhul Islam Zakariyya al-Anshari,

  فإن كانوا أقل من أربعين أو أهل خيام مثلا ونداء بلد الجمعة يبلغهم لزمتهم وإن لم يبلغهم فلا لخبر الجمعة على من سمع النداء رواه أبو داود بإسناد ضعيف لكن ذكر له البيهقي شاهدا بإسناد جيد

Maksudnya: “Bila mereka kurang dari 40 orang atau statusnya penduduk perkemahan, sementara azan tempat berlangsungnya Jumaat sampai pada mereka, maka wajib bagi mereka untuk jumaat (ke daerah tetangga tersebut), bila tidak terdengar azan, maka tidak wajib Jumaat. Kerana hadith Nabi, sollat Jumat wajib atas orang yang mendengar azan. Hadith riwayat Abu Daud dengan sanad yang lemah, namun Imam al-Baihaqi menyebutkan dalil pendokung bagi hadith tersebut dengan sanad yang baik (hasan).” (Zakariyya al-Anshari, Asna al-Mathalib, juz 1, halaman 263). 

Hadith yang dimaksudkan adalah, sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam :

مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ فَلَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ اتِّبَاعِهِ عُذْرٌ قَالُوا: وَمَا الْعُذْرُ؟ قَالَ: خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang mendengar orang yang melaungkan azan maka tidaklah yang keuzuran menghalangnya dari mengikutinya (hadir solat berjamaah)”. Para sahabat bertanya : “Apa maksud uzur ?”. Jawab Rasulullah SAW: “Ketakutan atau sakit.”

Riwayat Abu Daud (551) dan al-Daraqutni (1/420)






Tuesday, June 23, 2020

Hukum mencabut atau meracun rumput dan pokok atas kubur.

Hukum mencabut atau meracun rumput dan pokok  atas kubur.

Asal zirah kubur adalah dituntut dalam Islam. Ia adalah sunat mengikut pendapat yang sahih. Ini berdasarkan kepada nas yang banyak walaupun pada awalnya Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam melarang daripada menziarahi kubur tetapi diizinkannya bahkan menyuruhnya pula. Ini berdasarkan hadith

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: “Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah.” Riwayat Muslim

Dalam riwayat yang lain pula menunjukkan illah atau sebab ziarah kubur untuk mengingati kematian. Dalam hadis Nabi Sallahu'alaihiwasallam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah R.A dia berkata: "Nabi Sallahu'alaihiwasallam menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya: "Aku meminta izin daripada Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian". Riwayat Muslim

Begitu juga Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi Sallahu'alaihiwasallam:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة

Maksudnya: "Adalah aku dahulunya menghalang kamu daripasa menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat."
Riwayat Ibn Majah

Menurut Syeikh Athiyyah Saqr yang  merupakan salah seorang ulama yang terkenal di Azhar dengan kealimannya. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar. Beliau berkata: "Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat".

Di sini jelaslah bahawa dengan menziarahi kubur sudah pasti akan membawa keinsafan dan juga semangat untuk beribadat bagi persiapan menuju alam akhirat.

Amalan ziarah kubur pula sudah menjadi tradisi serta bahagian daripada kehidupan bagi masyarakat muslim . 
Selain melakukan ritual ziarah, para penziarah biasanya juga akan membersihkan kubur dengan mencabut rerumput serta memungut dedaunan dan kadang-kadang ada juga yang meracun rumput di atas kubur agar kubur nampak bersih.

Bagaimanakah pandangan para ulama terhadap hal mencabut atau membunuh rumput dengan cara meracun dan sebagainya dan juga membunuh pokok yang ada di atas kubur agar kubur nampak bersih ? 

Perbahasan dikalangan para ulama' adalah berkisar kepada hadith berikut,

حَدَّثَنَا يَحْيَى حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ طَاوُسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ مَرَّ بِقَبْرَيْنِ يُعَذَّبَانِ فَقَالَ إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ أَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً فَشَقَّهَا بِنِصْفَيْنِ ثُمَّ غَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا فَقَالَ لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا

Maksudnya:"Telah menceritakan kepada kami Yahya telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dari Al A'masy dari Mujahid dari Thawus dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata, dari Nabi Sallahu'alaihiwasallam bahwasanya Beliau berjalan melewati dua kuburan yang penghuninya sedang disiksa, lalu Beliau bersabda: "Keduanya sungguh sedang disiksa, dan tidaklah keduanya disiksa disebabkan kerana berbuat dosa besar. Yang satu disiksa kerana tidak bersuci setelah kencing sedang yang satunya lagi kerana selalu mengadu domba" Kemudian Beliau mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah daunnya lalu membelahnya menjadi dua bahagian kemudian menancapkannya pada masing-masing kuburan tersebut. Mereka bertanya: "Kenapa anda melakukan ini?". Nabi Sallahu'alaihiwasallam menjawab: "Semoga diringankan (siksanya) selama batang pohon ini basah". Riwayat al-Bukhari (1361) dan Muslim (292)

Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata dalam Fath al-Bari (1/320):

i-Al-Maziri berkata: Hadith ini memiliki kemungkinan bahawa Baginda diwahyukan berkenaan azab akan diringankan ke atas mereka berdua selama tempoh tersebut. Berkata Ibn Hajar: “Justeru, mungkin ini untuk mencari ilat.”
ii-Imam al-Qurtubi mengomentar: “Jika turun wahyu, nescaya tidaklah digunakan huruf al-tarajji (yakni semoga)…Terdapat pendapat bahawa baginda memberi syafaat kepada mereka berdua, seperti mana dalam hadith Jabir, kerana zahirnya kisah tentang hal ini hanya satu.”

Catitan:
Huruf al-Tarajji (لعل) 
هو طلب الممكن المرعوب فيه
"Tarajji adalah mengharapkan sesuatu yang diinginkan yang mungkin terjadi"

Misalnya:
لعل الأستاذ أحمد حاضر
"Semoga Ustaz Ahmad hadir"

Misalnya:

لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا

"Kamu tidak mengetahui semoga setelah itu, Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru". Al-Thalaq ayat 1

iii-Imam al-Nawawi merajihkan kisahnya hanya satu sahaja, tetapi Ibn Hajar mengkritiknya.
iv-Al-Khattabi berkata: “Hadith ini berkemungkinan maksudnya bahawa Baginda Sallahu'alaihiwasallam berdoa untuk kedua-duanya supaya diringankan azab selama mana masih terdapat kesegaran padanya, bukan pada pelepah itu ada suatu makna (fungsi) khusus, dan bukan juga pada benda yang masih lembab itu ada suatu makna yang mengatasi benda yang sudah kering.” v-Berkata Ibn Hajar: “Mungkin makna itu ialah benda itu bertasbih selama mana masih lembab, lalu terhasillah peringanan azab dengan berkat tasbih itu. Justeru, makna ini boleh diletakkan pada setiap benda yang mempunyai kelembapan, daripada jenis tumbuhan, atau selainnya, dan boleh juga diletakkan pada perkara yang mempunyai keberkatan seperti zikir, membaca al-Quran, bahkan itu lebih utama.”
vi-Al-Tibi berkata: “Hikmah pada peletakan dua pelepah itu selama mana kedua-duanya masih lembab bahawa ia akan menghalang azab memiliki kemungkinan bahawa itu tidak diketahui oleh kita seperti bilangan malaikat Zabaniah.” Oleh itu, Al-Khattabi, dan ulama yang mengikutinya, mengingkari perbuatan orang ramai yang meletakkan pelepah tamar di atas kubur kerana mengikut hadith ini. Berkata al-Tortusyi: Ini kerana hal demikian hanya khusus dengan keberkatan pada tangan Baginda ﷺ. vii-Al-Qadhi Iyadh juga berkata: Ini kerana Baginda meletakkan ilat pada menancap kedua-dua pelepah itu di atas kubur berdasarkan perkara yang ghaib, daripada sabda baginda bahawa “kedua-duanya sedang diseksa”.
viii-Ibn Hajar menjawab: “Tidak semestinya kalau kita tidak tahu sama ada seseorang itu diazab atau tidak maka kita tidak boleh mendatangkan sebab untuk meringankan azab daripada seseorang itu jika dia diazab, seperti mana kita tidak tahu seseorang itu dirahmati atau tidak, maka kita tidak dihalang untuk mendoakannya untuk mendapat rahmat. Tiada dalam konteks hadith, apa-apa yang boleh memastikan bahawa baginda meletakkan dengan tangannya yang mulia secara langsung, bahkan ada kemungkinan baginda menyuruh orang lain untuk meletakkan [Rujuk juga Umdah al-Qari (3/121) oleh Syeikh Badruddin al-Aini]. Ini dikuatkan dengan perbuatan Buraidah bin al-Husaib, seorang sahabat baginda yang berwasiat agar diletakkan di atas kuburnya dua pelepah tamar…itu yang lebih utama untuk diikuti daripada selainnya.”

Berkata Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim (3/202):

“Adapun perbuatan baginda Sallahu'alaihiwasallam meletakkan dua pelepah tamar di atas kubur, maka berkata para ulama, hal itu berkemungkinan kerana baginda Sallahu'alaihiwasallam memohon syafaat bagi mereka berdua lalu dimustajabkan syafaatnya Sallahu'alaihiwasallam dengan diringankan azab daripada mereka berdua sehingga dua pelepah itu kering. Imam Muslim telah menyebutkan pada akhir kitab tentang suatu hadith yang panjang yakni hadis Jabir tentang dua orang pemilik kubur “aku suka agar dengan syafaatku, akan diangkat azab keduanya selama kedua dahan itu masih basah.” Dikatakan, berkemungkinan baginda Sallahu'alaihiwasallam mendoakan kedua-duanya selama waktu tersebut. Dikatakan juga, kerana keadaan kedua-dua pelepah itu bertasbih selama mana masih lembab dan benda yang kering tidak bertasbih. Inilah pendapat ramai ulama, atau majoriti ahli tafsir pada firman Allah Taala:

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ [وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ ]وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Maksudnya: “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Surah al-Isra ayat 44.

Para ulama berkata “dan tiada sesuatupun” bermaksud yang hidup. Mereka berkata lagi kehidupan setiap benda itu bergantung kepada keadaannya. Maka hidupnya kayu selama mana belum kering, batu selama mana tidak pecah. Para muhaqqiq dari kalangan ahli tafsir berpendapat bahawa hal itu boleh pada makna umum. Dan mereka berbeza pendapat, apakah tasbih tersebut tasbih secara hakikat atau sebagai bukti adanya Pencipta, maka jadilah ia yang bertasbih dan mensucikan pada bentuk kejadiannya. Para muhaqqiq dari kalangan ahli tafsir memilih bahawa itu adalah tasbih yang sebenarnya, secara hakikat.  Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman:

وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۗ

Maksudnya: “dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah…” Surah al-Baqarah ayat 74.

Apabila akal fikiran tidak sampai pada memahami perbezaan makna pada masalah tersebut, dan terdapat nas yang menjelaskan, maka wajib kembali kepada nas. Para ulama juga mengatakan sunat untuk membaca al-Quran di sisi kubur berdasarkan hadith ini kerana jika diharapkan peringanan azab daripada tasbih pelepah nescaya bacaan al-Quran lebih utama.”

Manakala hadith Jabir bin Abdillah RA yang dimaksudkan oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dan Imam al-Nawawi di atas adalah seperti berikut, 

حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ وَتَقَارَبَا فِي لَفْظِ الْحَدِيثِ وَالسِّيَاقُ لِهَارُونَ قَالَا حَدَّثَنَا حَاتِمُ بْنُ إِسْمَعِيلَ عَنْ يَعْقُوبَ بْنِ مُجَاهِدٍ أَبِي حَزْرَةَ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ
خَرَجْتُ أَنَا وَأَبِي نَطْلُبُ الْعِلْمَ فِي هَذَا الْحَيِّ مِنْ الْأَنْصَارِ قَبْلَ أَنْ يَهْلِكُوا فَكَانَ أَوَّلُ مَنْ لَقِينَا أَبَا الْيَسَرِ صَاحِبَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعَهُ غُلَامٌ لَهُ مَعَهُ ضِمَامَةٌ مِنْ صُحُفٍ وَعَلَى أَبِي الْيَسَرِ بُرْدَةٌ وَمَعَافِرِيَّ وَعَلَى غُلَامِهِ بُرْدَةٌ وَمَعَافِرِيَّ فَقَالَ لَهُ أَبِي يَا عَمِّ إِنِّي أَرَى فِي وَجْهِكَ سَفْعَةً مِنْ غَضَبٍ قَالَ أَجَلْ كَانَ لِي عَلَى فُلَانِ ابْنِ فُلَانٍ الْحَرَامِيِّ مَالٌ فَأَتَيْتُ أَهْلَهُ فَسَلَّمْتُ فَقُلْتُ ثَمَّ هُوَ قَالُوا لَا فَخَرَجَ عَلَيَّ ابْنٌ لَهُ جَفْرٌ فَقُلْتُ لَهُ أَيْنَ أَبُوكَ قَالَ سَمِعَ صَوْتَكَ فَدَخَلَ أَرِيكَةَ أُمِّي فَقُلْتُ اخْرُجْ إِلَيَّ فَقَدْ عَلِمْتُ أَيْنَ أَنْتَ فَخَرَجَ فَقُلْتُ مَا حَمَلَكَ عَلَى أَنْ اخْتَبَأْتَ مِنِّي قَالَ أَنَا وَاللَّهِ أُحَدِّثُكَ ثُمَّ لَا أَكْذِبُكَ خَشِيتُ وَاللَّهِ أَنْ أُحَدِّثَكَ فَأَكْذِبَكَ وَأَنْ أَعِدَكَ فَأُخْلِفَكَ وَكُنْتَ صَاحِبَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكُنْتُ وَاللَّهِ مُعْسِرًا قَالَ قُلْتُ آللَّهِ قَالَ اللَّهِ قُلْتُ آللَّهِ قَالَ اللَّهِ قُلْتُ آللَّهِ قَالَ اللَّهِ قَالَ فَأَتَى بِصَحِيفَتِهِ فَمَحَاهَا بِيَدِهِ فَقَالَ إِنْ وَجَدْتَ قَضَاءً فَاقْضِنِي وَإِلَّا أَنْتَ فِي حِلٍّ فَأَشْهَدُ بَصَرُ عَيْنَيَّ هَاتَيْنِ وَوَضَعَ إِصْبَعَيْهِ عَلَى عَيْنَيْهِ وَسَمْعُ أُذُنَيَّ هَاتَيْنِ وَوَعَاهُ قَلْبِي هَذَا وَأَشَارَ إِلَى مَنَاطِ قَلْبِهِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا أَوْ وَضَعَ عَنْهُ أَظَلَّهُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ قَالَ فَقُلْتُ لَهُ أَنَا يَا عَمِّ لَوْ أَنَّكَ أَخَذْتَ بُرْدَةَ غُلَامِكَ وَأَعْطَيْتَهُ مَعَافِرِيَّكَ وَأَخَذْتَ مَعَافِرِيَّهُ وَأَعْطَيْتَهُ بُرْدَتَكَ فَكَانَتْ عَلَيْكَ حُلَّةٌ وَعَلَيْهِ حُلَّةٌ فَمَسَحَ رَأْسِي وَقَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ فِيهِ يَا ابْنَ أَخِي بَصَرُ عَيْنَيَّ هَاتَيْنِ وَسَمْعُ أُذُنَيَّ هَاتَيْنِ وَوَعَاهُ قَلْبِي هَذَا وَأَشَارَ إِلَى مَنَاطِ قَلْبِهِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ أَطْعِمُوهُمْ مِمَّا تَأْكُلُونَ وَأَلْبِسُوهُمْ مِمَّا تَلْبَسُونَ وَكَانَ أَنْ أَعْطَيْتُهُ مِنْ مَتَاعِ الدُّنْيَا أَهْوَنَ عَلَيَّ مِنْ أَنْ يَأْخُذَ مِنْ حَسَنَاتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ مَضَيْنَا حَتَّى أَتَيْنَا جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ فِي مَسْجِدِهِ وَهُوَ يُصَلِّي فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ مُشْتَمِلًا بِهِ فَتَخَطَّيْتُ الْقَوْمَ حَتَّى جَلَسْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ فَقُلْتُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ أَتُصَلِّي فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَرِدَاؤُكَ إِلَى جَنْبِكَ قَالَ فَقَالَ بِيَدِهِ فِي صَدْرِي هَكَذَا وَفَرَّقَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ وَقَوَّسَهَا أَرَدْتُ أَنْ يَدْخُلَ عَلَيَّ الْأَحْمَقُ مِثْلُكَ فَيَرَانِي كَيْفَ أَصْنَعُ فَيَصْنَعُ مِثْلَهُ أَتَانَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَسْجِدِنَا هَذَا وَفِي يَدِهِ عُرْجُونُ ابْنِ طَابٍ فَرَأَى فِي قِبْلَةِ الْمَسْجِدِ نُخَامَةً فَحَكَّهَا بِالْعُرْجُونِ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا فَقَالَ أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنْ يُعْرِضَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ فَخَشَعْنَا ثُمَّ قَالَ أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنْ يُعْرِضَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ فَخَشَعْنَا ثُمَّ قَالَ أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنْ يُعْرِضَ اللَّهُ عَنْهُ قُلْنَا لَا أَيُّنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ يُصَلِّي فَإِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قِبَلَ وَجْهِهِ فَلَا يَبْصُقَنَّ قِبَلَ وَجْهِهِ وَلَا عَنْ يَمِينِهِ وَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ تَحْتَ رِجْلِهِ الْيُسْرَى فَإِنْ عَجِلَتْ بِهِ بَادِرَةٌ فَلْيَقُلْ بِثَوْبِهِ هَكَذَا ثُمَّ طَوَى ثَوْبَهُ بَعْضَهُ عَلَى بَعْضٍ فَقَالَ أَرُونِي عَبِيرًا فَقَامَ فَتًى مِنْ الْحَيِّ يَشْتَدُّ إِلَى أَهْلِهِ فَجَاءَ بِخَلُوقٍ فِي رَاحَتِهِ فَأَخَذَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَهُ عَلَى رَأْسِ الْعُرْجُونِ ثُمَّ لَطَخَ بِهِ عَلَى أَثَرِ النُّخَامَةِ فَقَالَ جَابِرٌ فَمِنْ هُنَاكَ جَعَلْتُمْ الْخَلُوقَ فِي مَسَاجِدِكُمْ سِرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةِ بَطْنِ بُوَاطٍ وَهُوَ يَطْلُبُ الْمَجْدِيَّ بْنَ عَمْرٍو الْجُهَنِيَّ وَكَانَ النَّاضِحُ يَعْقُبُهُ مِنَّا الْخَمْسَةُ وَالسِّتَّةُ وَالسَّبْعَةُ فَدَارَتْ عُقْبَةُ رَجُلٍ مِنْ الْأَنْصَارِ عَلَى نَاضِحٍ لَهُ فَأَنَاخَهُ فَرَكِبَهُ ثُمَّ بَعَثَهُ فَتَلَدَّنَ عَلَيْهِ بَعْضَ التَّلَدُّنِ فَقَالَ لَهُ شَأْ لَعَنَكَ اللَّهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ هَذَا اللَّاعِنُ بَعِيرَهُ قَالَ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ انْزِلْ عَنْهُ فَلَا تَصْحَبْنَا بِمَلْعُونٍ لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ وَلَا تَدْعُوا عَلَى أَوْلَادِكُمْ وَلَا تَدْعُوا عَلَى أَمْوَالِكُمْ لَا تُوَافِقُوا مِنْ اللَّهِ سَاعَةً يُسْأَلُ فِيهَا عَطَاءٌ فَيَسْتَجِيبُ لَكُمْ سِرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى إِذَا كَانَتْ عُشَيْشِيَةٌ وَدَنَوْنَا مَاءً مِنْ مِيَاهِ الْعَرَبِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ رَجُلٌ يَتَقَدَّمُنَا فَيَمْدُرُ الْحَوْضَ فَيَشْرَبُ وَيَسْقِينَا قَالَ جَابِرٌ فَقُمْتُ فَقُلْتُ هَذَا رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ رَجُلٍ مَعَ جَابِرٍ فَقَامَ جَبَّارُ بْنُ صَخْرٍ فَانْطَلَقْنَا إِلَى الْبِئْرِ فَنَزَعْنَا فِي الْحَوْضِ سَجْلًا أَوْ سَجْلَيْنِ ثُمَّ مَدَرْنَاهُ ثُمَّ نَزَعْنَا فِيهِ حَتَّى أَفْهَقْنَاهُ فَكَانَ أَوَّلَ طَالِعٍ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَتَأْذَنَانِ قُلْنَا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَشْرَعَ نَاقَتَهُ فَشَرِبَتْ شَنَقَ لَهَا فَشَجَتْ فَبَالَتْ ثُمَّ عَدَلَ بِهَا فَأَنَاخَهَا ثُمَّ جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْحَوْضِ فَتَوَضَّأَ مِنْهُ ثُمَّ قُمْتُ فَتَوَضَّأْتُ مِنْ مُتَوَضَّإِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَهَبَ جَبَّارُ بْنُ صَخْرٍ يَقْضِي حَاجَتَهُ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيُصَلِّيَ وَكَانَتْ عَلَيَّ بُرْدَةٌ ذَهَبْتُ أَنْ أُخَالِفَ بَيْنَ طَرَفَيْهَا فَلَمْ تَبْلُغْ لِي وَكَانَتْ لَهَا ذَبَاذِبُ فَنَكَّسْتُهَا ثُمَّ خَالَفْتُ بَيْنَ طَرَفَيْهَا ثُمَّ تَوَاقَصْتُ عَلَيْهَا ثُمَّ جِئْتُ حَتَّى قُمْتُ عَنْ يَسَارِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخَذَ بِيَدِي فَأَدَارَنِي حَتَّى أَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ ثُمَّ جَاءَ جَبَّارُ بْنُ صَخْرٍ فَتَوَضَّأَ ثُمَّ جَاءَ فَقَامَ عَنْ يَسَارِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدَيْنَا جَمِيعًا فَدَفَعَنَا حَتَّى أَقَامَنَا خَلْفَهُ فَجَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْمُقُنِي وَأَنَا لَا أَشْعُرُ ثُمَّ فَطِنْتُ بِهِ فَقَالَ هَكَذَا بِيَدِهِ يَعْنِي شُدَّ وَسَطَكَ فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَا جَابِرُ قُلْتُ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا كَانَ وَاسِعًا فَخَالِفْ بَيْنَ طَرَفَيْهِ وَإِذَا كَانَ ضَيِّقًا فَاشْدُدْهُ عَلَى حَقْوِكَ سِرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ قُوتُ كُلِّ رَجُلٍ مِنَّا فِي كُلِّ يَوْمٍ تَمْرَةً فَكَانَ يَمَصُّهَا ثُمَّ يَصُرُّهَا فِي ثَوْبِهِ وَكُنَّا نَخْتَبِطُ بِقِسِيِّنَا وَنَأْكُلُ حَتَّى قَرِحَتْ أَشْدَاقُنَا فَأُقْسِمُ أُخْطِئَهَا رَجُلٌ مِنَّا يَوْمًا فَانْطَلَقْنَا بِهِ نَنْعَشُهُ فَشَهِدْنَا أَنَّهُ لَمْ يُعْطَهَا فَأُعْطِيَهَا فَقَامَ فَأَخَذَهَا سِرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى نَزَلْنَا وَادِيًا أَفْيَحَ فَذَهَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْضِي حَاجَتَهُ فَاتَّبَعْتُهُ بِإِدَاوَةٍ مِنْ مَاءٍ فَنَظَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَرَ شَيْئًا يَسْتَتِرُ بِهِ فَإِذَا شَجَرَتَانِ بِشَاطِئِ الْوَادِي فَانْطَلَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى إِحْدَاهُمَا فَأَخَذَ بِغُصْنٍ مِنْ أَغْصَانِهَا فَقَالَ انْقَادِي عَلَيَّ بِإِذْنِ اللَّهِ فَانْقَادَتْ مَعَهُ كَالْبَعِيرِ الْمَخْشُوشِ الَّذِي يُصَانِعُ قَائِدَهُ حَتَّى أَتَى الشَّجَرَةَ الْأُخْرَى فَأَخَذَ بِغُصْنٍ مِنْ أَغْصَانِهَا فَقَالَ انْقَادِي عَلَيَّ بِإِذْنِ اللَّهِ فَانْقَادَتْ مَعَهُ كَذَلِكَ حَتَّى إِذَا كَانَ بِالْمَنْصَفِ مِمَّا بَيْنَهُمَا لَأَمَ بَيْنَهُمَا يَعْنِي جَمَعَهُمَا فَقَالَ الْتَئِمَا عَلَيَّ بِإِذْنِ اللَّهِ فَالْتَأَمَتَا قَالَ جَابِرٌ فَخَرَجْتُ أُحْضِرُ مَخَافَةَ أَنْ يُحِسَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقُرْبِي فَيَبْتَعِدَ وَقَالَ مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ فَيَتَبَعَّدَ فَجَلَسْتُ أُحَدِّثُ نَفْسِي فَحَانَتْ مِنِّي لَفْتَةٌ فَإِذَا أَنَا بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُقْبِلًا وَإِذَا الشَّجَرَتَانِ قَدْ افْتَرَقَتَا فَقَامَتْ كُلُّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا عَلَى سَاقٍ فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَفَ وَقْفَةً فَقَالَ بِرَأْسِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ أَبُو إِسْمَعِيلَ بِرَأْسِهِ يَمِينًا وَشِمَالًا ثُمَّ أَقْبَلَ فَ

Di ringkaskan maksud hadith di atas,  Sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam kepada Jabir:

فَانْطَلِقْ إِلَى الشَّجَرَتَيْنِ فَاقْطَعْ مِنْ كُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا غُصْنًا، فَأَقْبِلْ بِهِمَا، حَتَّى إِذَا قُمْتَ مَقَامِي فَأَرْسِلْ غُصْنًا عَنْ يَمِينِكَ وَغُصْنًا عَنْ يَسَارِكَ

Maksudnya: "Pergilah kamu kedua-dua pohon itu lalu potonglah dahan masing-masingnya dan bawalah kemari. Apabila kau telah berada ditempatku berdiri, lepaskan satu dahan dari sebelah kananmu dan dahan lain dari sebelah kirimu."

Jabir berkata: “Aku berdiri lalu aku mengambil batu, aku memecahnya lalu aku menajamkannya hingga tajam, setelah itu aku mendatangi kedua-dua pohon itu, aku potong dahan masing-masing dari kedua-dua pohon itu. Aku kembali dengan menyeretnya hingga aku berdiri ditempat Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam berdiri. Aku melepas satu dahan dari sebelah kananku dan satu dahan lain dari sebelah kiriku, setelah itu aku menemui Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam, aku berkata: Aku sudah melakukannya, wahai Rasulullah, lalu untuk apa itu? Baginda menjawab:

إِنِّي مَرَرْتُ بِقَبْرَيْنِ يُعَذَّبَانِ، فَأَحْبَبْتُ، بِشَفَاعَتِي، أَنْ يُرَفَّهَ عَنْهُمَا، مَا دَامَ الْغُصْنَانِ رَطْبَيْنِ

Maksudnya: "Aku melintasi dua kuburan yang (penghuninya) tengah diazab, aku suka, dengan syafaatku, untuk meringankan keduanya selama kedua-dua dahan itu masih basah." Riwayat Muslim (3012)

Hukum mencabut rumput atau pokok di atas perkuburan.

Kesimpulan yang dapat difahami dari perbahasan oleh para ulama' dalam mazhab Syafi'ei maka:

1- Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh sendiri tanpa pemilik, maka hukumnya kembali kepada hukum haram mencabutnya secara mutlak.  
2- Tumbuh-tumbuhan yang diletakkan di atas kubur tidak boleh dicabut melainkan oleh pemiliknya, melainkan jika sudah kering. 
3- Bahkan dalam konteks pemiliknya, dia tidak boleh mengambil tumbuhan itu secara total kerana akan menghakis hak mayat. Namun diperbolehkan dengan syarat meninggalkan sebahagian untuk mayat.

Adapun di dalam mazhab Hanafi, mencabut pelepah atau tumbuhan di atas kubur adalah dimakruhkan jika masih segar atau basah dan mubah jika telah kering.

Perincian perbahasan para ulama' dalam mazhab Syafi'ei dan Hanafi adalah seperti berikut:

Qalyubi mengatakan dalam kitabnya sebagai berikut :

وَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ مَالِكِهِ أَخْذُهُ مَا دَامَ رَطْبًا لِتَعَلُّقِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِهِ، وَإِذَا جَفَّ جَازَ لِكُلِّ أَحَدٍ أَخْذُهُ، وَلَوْ كَانَ مَنْ وَقَفَ عَلَيْهِ لِجَرَيَانِ الْعَادَةِ بِهِ

Maksudnya:“Tidak boleh atas bukan pemilik dahan kurma itu mengambilnya selama ia masih basah kerana masih tersangkut hak mayat padanya dan apabila sudah kering, maka dibolehkan mengambilnya bagi siapa saja, meskipun diwaqafkan kayu tersebut atas mayat tersebut, kerana berlaku adat dengan demikian.Qalyubi, Hasyiah al-Qalyubi wa ‘Amirah, Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyah.

Hal ini disebutkan dalam Fath al-Mu’in:

يسن وضع جريدة خضراء على القبر للاتباع ولأنه يخفف عنه ببركة تسبيحها وقيس بها ما اعتيد من طرح نحو الريحان الرطب ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم, وفي الثانية من تفويت حق الميت بارتياح الملائكة النازلين

Maksudnya:“Disunahkan menaruh pelepah kurma yang masih segar di atas kuburan dalam rangka mengikuti apa yang dilakukan Nabi Sallahu'alaihiwasallam, kerana hal itu mayat akan diringankan dari siksa atas berkat tasbih pelepah kurma tersebut, begitu pula tanaman sejenis kemangi. Dan haram mengambilnya selagi belum kering, kerana termasuk menghalangi mayat mengambil manfaat dan haknya, berupa diringankan siksanya dan dikunjungi malaikat”

Dalam mengomentari perkataan pengarang Fathul Mu’in di atas, pengarang I’anah al-Thalibin,Sayyid Bakr Syaththa menjelaskan sebagai berikut :

(قوله: ويحرم أخذ شئ منهما) أي من الجريدة الخضراء، ومن نحو الريحان الرطب.وظاهره أنه يحرم ذلك مطلقا، أي على مالكه وغيره. وفي النهاية: ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه، فقيد ذلك بغير مالكه. وفصل ابن قاسم بين أن يكون قليلا كخوصة أو خوصتين، فلا يجوز لمالكه أخذه، لتعلق حق الميت به، وأن يكون كثيرا فيجوز له أخذه.

Maksudnya:“(Perkataan pengarang : Haram mengambil sesuatu dari keduanya), yakni pelepah kurma yang masih basah dan tumbuh-tumbuhan harum yang masih basah. Zahirnya haram demikian itu secara mutlaq, yakni atas pemiliknya dan lainnya. Namun Al-Ramli di dalam kitab al-Nihayah menyebutkan, terlarang atas bukan pemiliknya mengambilnya dari atas kuburan sebelum kering, dengan dikaitkan yang demikian itu dengan bukan pemiliknya. Ibnu Qasim membezakan antara yang sedikit seperti sehelai atau dua helai daun, maka tidak boleh sipemilik mengambilnya dan antara yang banyak, maka boleh mengambilnya.”Al-Bakry al-Damyathi , I’anah al-Thalibin, Thaha Putra, Semarang, Juz. II, Hal. 119-120

Ibnu Hajar al-Haitamy mengatakan :

وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ كَمَا بَحَثَ لِمَا فِيهِ مِنْ تَفْوِيتِ حَقِّ الْمَيِّتِ وَظَاهِرُهُ أَنَّهُ لَا حُرْمَةَ فِي أَخْذِ يَابِسٍ أَعْرَضَ عَنْهُ لِفَوَاتِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِيُبْسِهِ

Maksudnya:“Haram mengambil itu (dahan kurma) sebagaimana pembahasannya , kerana menghilangkan hak mayat . Zahirnya tidak diharamkan mengambil yang sudah kering yang sudah dibiarkannya kerana telah hilang hak mayat dengan sebab keringnya.” Ibnu Hajar al-Haitamy, Tuhfah al-Muhtaj, (dicetak pada hamisy Hawasyi al-Syrawani), Mathba’ah Mushtafa Muhammad, Mesir, Juz. III, Hal. 197

Syarwani dalam mengomentari perkataan al-Haitamy di atas, menjelaskan sebagai berikut :

وَ (قَوْلُهُ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ) أَيْ عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ نِهَايَةٌ وَمُغْنِي قَالَ ع ش قَوْلُهُ م ر مِنْ الْأَشْيَاءِ الرَّطْبَةُ يَدْخُلُ فِي ذَلِكَ الْبِرْسِيمِ وَنَحْوِهِ مِنْ جَمِيعِ النَّبَاتَاتِ الرَّطْبَةِ وَقَوْلُهُ م ر عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ أَيْ أَمَّا مَالِكُهُ فَإِنْ كَانَ الْمَوْضُوعُ مِمَّا يُعْرَضُ عَنْهُ عَادَةً حَرُمَ عَلَيْهِ أَخْذُهُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ وَإِنْ كَانَ كَثِيرًا لَا يُعْرَضُ عَنْ مِثْلِهِ عَادَةً لَمْ يَحْرُمْ سم عَلَى الْمَنْهَجِ

Maksudnya:“(Dan perkataan pengarang : Haram mengambil itu) yakni atas bukan pemiliknya, demikian kitab Nihayah dan Mughni. Ali Syibran al-Malusi mengatakan, perkataan al-Ramli : “dari sesuatu yang basah” meletakkan الْبِرْسِيمِ (sejenis herba seperti klover, halba dan alfafa),termasuk rumput-rumput dan yang seumpama dengannya berupa semua tumbuh-tumbuhan yang basah dan perkataan al-Ramli : “atas bukan pemiliknya” yakni adapun pemiliknya jika yang diletak itu sesuatu yang dibiarkan (tidak dipeduli orang) pada kebiasaan, maka haram atasnya mengambilnya, kerana itu menjadi hak mayat dan jika banyak yang tidak dibiarkan yang sebanding dengannya pada kebiasaan, maka tidak haram mengambilnya, demikian Ibnu Qasim ‘ala Minhaj.” Syarwani, Hawasyi al-Syrawani ‘ala Tufah al-Muhtaj, Mathba’ah Mushtafa Muhammad, Mesir, Juz. III, Hal. 197

Khatib Syarbaini mengatakan :

وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِهِ لِأَنَّ صَاحِبَهُ لَمْ يُعْرِضْ عَنْهُ إلَّا عِنْدَ يُبْسِهِ لِزَوَالِ نَفْعِهِ الَّذِي كَانَ فِيهِ وَقْتَ رُطُوبَتِهِ وَهُوَ الِاسْتِغْفَارُ

Maksudnya:“Tidak boleh atas selain pemilik dahan kurma itu mengambilnya dari atas kubur sebelum keringnya, karena pemiliknya belum membiarkannya kecuali sesudah kering dengan sebab hilang manfaatnya yang ada sewaktu basah, yakni istighfar.” Khatib Syarbaini, al-Iqna’, (dicetak dalam Hasyiah al-Bujairumi ‘ala al-Khatib), Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Juz. II, Hal. 570

Al-Bujarumi mengatakan :

وَحَاصِلُهُ أَنَّهُ إنْ كَانَ الشَّيْءُ الْأَخْضَرُ قَلِيلًا كَخُوصَةٍ أَوْ خُوصَتَيْنِ مَثَلًا لَا يَجُوزُ لَهُ أَخْذُهُ وَهُوَ أَخْضَرُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ فَحُرِّمَ أَخْذُهُ، أَمَّا إذَا كَانَ كَثِيرًا فَإِنَّهُ يَجُوزُ الْأَخْذُ مِنْهُ؛ فَيَجُوزُ لِمَنْ وَضَعَ خُوصًا كَثِيرًا مَثَلًا عَلَى قَبْرٍ الْأَخْذُ مِنْهُ لِيَضَعَهُ عَلَى قَبْرٍ آخَرَ وَهَكَذَا، وَهَذَا كُلُّهُ فِيمَا إذَا كَانَ الْخُوصُ مَثَلًا أَخْضَرَ لَمْ يَيْبَسْ وَكَانَ الْآخِذُ لَهُ مَالِكَهُ.

Maksudnya:“Kesimpulannya, apabila sesuatu yang basah itu sedikit seperti sehelai daun atau dua helai, maka tidak boleh atas pemiliknya mengambilnya, sedangkan sesuatu itu masih basah, karena masih menjadi hak mayat, karena itu haram mengambilnya. Adapun apabila banyak, maka dibolehkan. Karena itu, dibolehkan bagi orang-orang yang meletakkan semisal helai yang banyak atas kubur mengambilnya untuk meletaknya atas kuburan yang lain dan seterusnya. Ini semua dalam hal semisal helai daun itu masih basah dan tidak kering serta yang mengambilnya adalah pemiliknya.” Al-Bujarumi, Hasyiah al-Bujairumi ‘ala al-Khatib, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Juz. II, Hal. 570-571

Dalam hal ini, rumput hukumnya sama dengan pelepah kurma, sebagaimana disebutkan Syaikh ‘Ali Syabromallisi dalam catatan kakinya atas Nihayah:

وينبغي أنه لو نبت عليه حشيش اكتفي به عن وضع الجريدة

Maksudnya:“Semestinya jika di atas kuburan sudah tumbuh rumput, hal ini sudah cukup, tidak perlu meletakkan pelepah kurma”.

Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa dalam masalah ini rumput sama hukumnya dengan pelepah kurma, demikian menurut Mazhab Syafi’i. 

Sedangkan dalam Mazhab Hanafi, mencabut tumbuh-tumbuhan di atas kuburan hukumnya makruh, salah satunya disebutkan oleh Al-Khadimi dalam Bariqah Mahmudiyyah:

ويكره قطع الحطب والحشيش من المقبرة فإن كان يابسا فلا بأس به لأنه ما دام رطبا يسبح فيؤنس الميت

Maksudnya:“Makruh hukumnya memotong kayu dan rumput kuburan kecuali sudah kering, karena tumbuhan membaca tasbih selagi masih basah yang mana hal ini membuat mayat senang”.

Namun begitu meletakkan atau menanam pokok di atas kuburan tertakluk kepada syaratnya, yakni pokok itu tidak boleh berpotensi atau secara hakiki mengganggu mayat;

Disebut dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin (hlm. 202): “Meletakkan tumbuhan yang hijau di atas kubur dianggap baik oleh sebahagian ulama tetapi ditentang oleh al-Khattabi, adapun menanam tumbuhan di atas kubur dan menyiramnya, jika hal itu boleh menyampaikan bahagian pokok yang segar atau akar kepada mayat maka diharamkan, jika tidak sampai, maka dimakruhkan dengan kemakruhan yang bersangatan. Terdapat juga pendapat yang mengatakan hukumnya juga haram.”

Rujuk Bughyah al-Mustarsyidin (hlm. 202)

Boikot sebagai jihad harta yang merupakan bahagian jihad fi sabilillah ( جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ) menurut perspektif Islam.

Boikot sebagai jihad harta yang merupakan bahagian jihad fi sabilillah  ( جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ) menurut perspektif Islam. Secara umumnya...