Thursday, February 23, 2023

Sekecil mana kebaikan akan menerima ganjaran.

Sekecil mana kebaikan akan menerima ganjaran.

Muslim yang melakukan kebaikan pasti akan menerima ganjaran daripada Allah Subhanahuwata'ala. 

Walaupun begitu pandangan manusia terhadap sesuatu amalan kebaikan adalah berbeza-beza. Ada yang memandang sesuatu amalan itu sangat kecil jika dibandingkan dengan amalan lain yang baginya lebih besar. Namunpun begitu, hakikat pandangan manusia tidak boleh dijadikan asas dalam menentukan nilai amalan di sisi Allah Subhanahuwata'ala.


Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh manusia akan dinilai dan akan dibalas di sisi-Nya. Sama ada ia kecil mahupun besar, penilaian daripada Allah Subhanahuwata'ala adalah yang paling adil untuk manusia.


فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ * وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ


Maksudnya:"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula". Az Zalzalah ayat 7-8.


Wasiat berharga yang disampaikan oleh Lukman Al-Hakim kepada anaknya bahawa setiap kejahatan dan kebaikan walaupun sangat kecil serta tersembunyi, pasti akan dibalas oleh Allah pada hari kiamat. Begitu pula nasehat beliau menunjukkan betapa luasnya ilmu Allah. Sehingga kita wajib menyakini bahawa Allah akan selalu mengawasi kita di mana saja kita berada.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ


Maksudnya:"(Luqman berkata): “Wahai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui". Luqman ayat 16.


Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Ini adalah wasiat yang amat berharga yang Allah ceritakan tentang Lukman Al Hakim supaya setiap orang boleh mencontohinya … Kezaliman dan dosa apa pun walau seberat biji sawi, pasti Allah akan mendatangkan balasannya pada hari kiamat ketika setiap amalan ditimbang. Jika amalan tersebut baik, maka balasan yang diperoleh pun baik. Jika buruk, maka balasan yang diperoleh pun buruk". Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 11: 55.


Ayat di atas serupa dengan ayat di atas,


وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ


Maksudnya:"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan".  Al Anbiya’ ayat  47.


Dalam usaha melakukan kebaikan, jangan sesekali memandang remeh terhadap amalan kebaikan yang dilihat kecil oleh mata kasar. Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala menilai amalan yang dilakukan oleh seseorang hamba dengan pandangan rahmat-Nya. Keadaan setiap orang berbeza-beza ketika melakukan kebaikan.


Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ


Maksudnya:"Dari Abu Dzar, Rasulullah bersabda: Jangan sekali-kali kalian menganggap remeh suatu kebajikan meskipun hanya berupa keceriaan wajah ketika bertemu dengan kawanmu".  Muslim (4760)


Setiap amal baik walaupun kecil, tetap mendapat ganjaran di sisi Allah. Berwajah ceria atau senyum apabila bertemu sahabat adalah antara amal kebaikan yang dituntut. Sikap ceria, senyum, gembira dan bertutur dengan kata-kata yang baik ketika berinteraksi dengan orang lain adalah suatu tuntutan akhlak Islam. Penampilan wajah yang ceria ketika bertemu dapat mewujudkan ikatan ukhuwah sesama muslim.


Jangan memandang remeh perkara yang mungkin kecil tetapi memberi kesan dan ganjaran yang besar. Ada orang mungkin hanya mampu bersedekah dengan hanya RM1 daripada keseluruhan duit yang ada padanya bernilai RM10. Perbuatan terbabit tidak boleh dilihat kecil atau disamakan dengan orang yang juga bersedekah dengan RM1 daripada ribuan wang yang dimilikinya. Pastinya nilaian ganjaran yang diberikan oleh Allah Subhanahuwata’ala juga melihat kepada niat dan keadaan seseorang ketika melakukan kebaikan. Keadaan setiap insan berbeza-beza ketika melakukan kebaikan mengikut kemampuan masing-masing.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ وَجَدَ غُصْنَ شَوْكٍ عَلَى الطَّرِيقِ فَأَخَّرَهُ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ……


Maksudnya:"Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Ketika seorang laki-laki berjalan pada suatu jalan dan menemukan dahan berduri lalu ia membuangnya maka Allah menyanjungnya/menyukai perbuatanya dan mengampuni dosanya…..". Bukhari(615)


Ada dalam kalangan hamba Allah Subhanahuwata'ala yang mendapat ganjaran yang luar biasa daripada amalannya yang mungkin dilihat sebagai biasa-biasa sahaja.


Penjelasan yang diberikan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam tersebut menunjukkan bahawa Allah Subhanahuwata’ala dengan rahmat-Nya berkuasa untuk menentukan ganjaran yang selayaknya atas usaha hamba-Nya yang melakukan kebaikan. Setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang Muslim akan diberi ganjaran oleh Allah Subhanahuwata’ala dan tidak sesekali dipersiakan.


Ada orang yang mampu mengeluarkan sedikit daripada rezekinya untuk disumbangkan kepada saudara seagama yang memerlukan bantuan kewangan. Ada juga orang yang mampu berdoa supaya saudaranya diberi perlindungan oleh Allah Subhanahuwata’ala dan terselamat daripada serangan musuh Islam.


Semua bentuk kebaikan yang dilakukan orang Islam akan diberi ganjaran selayaknya oleh Allah Subhanahuwata’ala. Justeru, tidak boleh ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang merendah-rendahkan usaha saudaranya dalam melakukan kebaikan. Asalkan perbuatan baik yang dilakukan berasaskan niat murni serta dengan rasa ikhlas kepada Allah Subhanahuwata’ala, pasti ia akan menjadi sebab dikurniakan ganjaran istimewa oleh-Nya.


Dalam hadith lain, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَتْ شَجَرَةٌ فِي طَرِيقِ النَّاسِ تُؤْذِي النَّاسَ فَأَتَاهَا رَجُلٌ فَعَزَلَهَا عَنْ طَرِيقِ النَّاسِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَدْ رَأَيْتُهُ يَتَقَلَّبُ فِي ظِلِّهَا فِي الْجَنَّةِ


Maksudnya:"Dari Anas bin Malik berkata: ada sebatang pohon pada suatu jalan yang mengganggu manusia. Seorang laki-laki mendatanginya dan menyingkirkannya dari jalan itu. kata (Anas bin Malik) Radhiyallahu'anhu, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam lantas bersabda: "Sungguh saya melihat orang itu membolak-balikkan badannya di bawah naungan pohon tersebut di syurga". Ahmad (12112).


Buatlah kebaikan sebanyak-banyaknya meskipun ia membabitkan amalan yang dilihat kecil oleh sesetengah orang. Ini kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui amalan yang manakah akan diterima oleh Allah Subhanahuwatsla'ala sebagai amalan terbaik untuk dirinya.


Setiap Muslim yang melakukan kebaikan pasti akan diberikan ganjaran sebaiknya oleh Allah Subhanahuwata'ala. Ada kalanya kita merasakan apa yang dilakukan itulah yang paling terbaik, sedangkan orang lain juga sebenarnya sedang melakukan kebaikan yang sama menerusi amalan yang berbeza.


Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggesa kita melakukan kebaikan. Kebaikan itu pula tidak dihadkan kepada amalan-amalan tertentu sahaja, sebaliknya Allah Subhanahuwata'ala mengiktiraf semua jenis kebaikan selagimana ia dibenarkan oleh syarak. Peluang untuk melakukan kebaikan dan amal soleh juga terbuka kepada sama ada lelaki ataupun perempuan.


Ini dijelaskan oleh Allah Subhanahuwatala'ala menerusi firman-Nya,


مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Maksudnya:" Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan". Al-Nahl Ayat 97.


Malah, Allah Subhanahuwatala'ala juga berkuasa untuk mengampuni setiap hamba-Nya yang melakukan kesilapan dengan syarat mereka bertaubat dan melakukan amal soleh. Justeru, dapat difahami bahawa amalan soleh boleh menjadi sebab segala rekod kejahatan digantikan dengan kebaikan. Semuanya atas rahmat dan kasih sayang Allah Subhanahuwatala'ala.


Firman Allah Subhanahuwatala'ala,


يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَانًا إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَٰئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا


Maksudnya:"(yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina. Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Al-Furqan Ayat 69- 70.


 

Sunday, February 19, 2023

Fitrah kemanusiaan yang mengiktiraf kewujudan Tuhan (Allah).

Fitrah kemanusiaan yang mengiktiraf kewujudan Tuhan (Allah).

Hakikatnya, di dalam diri setiap  manusia telah wujud fitrah kemanusiaan yang mengiktiraf kewujudan Tuhan sebagai zat yang wajib disembah dan dirujuk. walaupun pada zahirnya dia dilihat sebagai tidak mengenali Tuhannya sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَإِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُونَ إِلَّا إِيَّاهُ ۖ فَلَمَّا نَجَّاكُمْ إِلَى الْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ ۚ وَكَانَ الْإِنْسَانُ كَفُورًا


Maksudnya:"Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih". Al-Isra' Ayat 67.


Manusia juga pada hakikatnya diciptakan dengan fitrah semula jadi yang suci dan murni untuk mentauhidkan Allah Subhanahuwata'ala. Sebagaimana firman-Nya dalam al-Quran Surah al-A'raf ayat 172,


وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ


Maksudnya:"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)".


Begitu juga Sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menceritakan setiap yang dilahirkan itu adalah dalam keadaan fitrah,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ


Maksudnya: Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua ibubapanyalah yang mencorakkanya menjadi yahudi atau nasrani atau majusi".  Bukhari 1385.


Namunpun begitu sebahagian manusia ada yang mengingkari fitrah kemanusiaan dalam diri mereka serta menolak kebenaran  ajaran Islam walaupun selepas menerima bukti dan keterangan yang disampaikan oleh nabi dan rasul.  Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَمِنْهُمْ مَنْ يُؤْمِنُ بِهِ وَمِنْهُمْ مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهِ ۚ وَرَبُّكَ أَعْلَمُ بِالْمُفْسِدِينَ


Maksudnya:"Di antara mereka ada orang-orang yang beriman kepada Al Quran, dan di antaranya ada (pula) orang-orang yang tidak beriman kepadanya. Tuhanmu lebih mengetahui tentang orang-orang yang berbuat kerosakan".  Yunus Ayat 40


Berhubung dengan keadaan mengenali atau tidak mengenali seorang hamba terhadap Tuhannya, maka orang beriman telah menerima fitrah kemanusiaan yang Allah tanamkan dalam dirinya dengan ikhlas, serta mereka lebih mampu memiliki kedamaian di hatinya atau dianugerahi perasaan tersebut kerana itulah yang paling utamanya.


Orang beriman menerima dengan reda perjalanan hidup yang sesuai dengan fitrahnya sebagai seorang manusia. Fitrah manusia merasa lapar dan kenyang, dahaga dan segar, sakit dan sihat, kecewa dan gembira dan sebagainya. Dia akur dan ikhlas menerima keadaan yang dialami. 


Sebaliknya, bagi manusia yang menolak fitrah ini, dia hanya mahu menerima keadaan yang menyenangkan dirinya dan enggan untuk menerima perasaan yang tidak selesa bagi dirinya. 


Apabila seseorang manusia menerima fitrah ini, dia sebenarnya mengenali dirinya, asal usul kewujudannya dengan rasa insaf dan mengetahui tujuan hidupnya. Selanjutnya, dia mengetahui tugas dan kewajipannya terhadap Pencipta yang menjadikannya. Semuanya ini memberi maksud bahawa dia mengenali Allah Subhanahuwata'ala sebagai Penciptanya.


Maka, kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki tidak akan berlaku kepada manusia yang tidak mengenal dirinya dan tidak mengenal Tuhannya. Allah Subhanahuwata'ala telah berfirman yang seiringan dengan hal ini,


وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ


Maksudnya:"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik”. Al-Hasyr Ayat 19.


Di sebalik keadaan tersebut, orang yang beriman lebih bebas dari keraguan yang menyiksakan hati dan dirinya. Dia mempunyai keyakinan yang teguh terhadap pengiktirafannya terhadap Allah Subhanahuwata'ala sebagai Tuhan yang wajib disembah. Dia meyakini bahawa Allah Subhanahuwata'ala telah mencipta dan membentuk manusia dengan rupa yang baik dan sempurna, mulia dan memiliki ciri-ciri yang istimewa. Kesempurnaan yang dimiliki oleh manusia ini telah melayakkan manusia untuk menjadi khalifah yang bertanggungjawab untuk mengurus, mentadbir, memimpin dan memakmurkan bumi ini. Mukmin yang beriman menerima watikah ini berserta dengan hukum yang diturunkan kepadanya. Maka, dia akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh keimanan, dengan pegangan yang ampuh dalam hidup yang penuh cubaan dan kecurigaan ini. Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِنْ مَنِيٍّ يُمْنَىٰ. ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ. فَجَعَلَ مِنْهُ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنْثَىٰ


Maksudnya:"Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim). Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya. Lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang: laki-laki dan perempuan". Al-Qiyamah Ayat 39


Lanjutan dari perkara ini, orang yang beriman mengetahui antara kebaikan dan kejahatan; antara keadilan dan kezaliman; antara yang hak dengan yang batil; antara yang mengelirukan dengan yang nyata. Suka dan duka pada orang beriman adalah suatu fitrah yang datang silih berganti dan bukan sebagai noktah dalam penghidupan. Dia akan menganggapnya hanya sebagai suatu titik permulaan atau sekadar perhentian sementara. Orang yang beriman mendatangi hidup pada hari ini adalah suatu kerjaya, untuk mencapai keselesaan dan kebahagiaan dalam kehidupan mendatang, yang lebih meyakinkan dan kekal. Dia amat meyakini kehidupan dunia akan datang yang setiap orang akan menerima balasan usahanya, dan tidak disisihkan walau barang secebis.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan". Al-Nahl ayat 97


Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ


Maksudnya:" Dari Abu Dzar, Rasulullah bersabda: Jangan sekali-kali kalian menganggap remeh suatu kebajikan meskipun hanya berupa keceriaan wajah ketika bertemu dengan kawanmu”. Muslim (4760)


Bagi orang yang beriman juga, dia meyakini bahawa penciptaan dirinya bukanlah suatu perkara yang sia-sia. Penciptaan setiap manusia itu sendiri merupakan suatu nikmat yang tiada terperi dan kewajipannya pula adalah untuk menegakkan hukum dan keadilan di tengah umat manusia.


Namun demikian, bagi mereka yang tidak beriman, sentiasa diselimuti kegelapan batin, kehairanan dan berada dalam keadaan yang ragu. Persepsi mereka terhadap kehidupan sangat kabur, mencemaskan dan menakutkan. Keadaan ini akan mengakibatkan kegelisahan yang berulang-ulang dan semakin menebal. Pendirian golongan ini juga tidak tetap, tidak tegas dan tidak meyakinkan.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثاً وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ


Maksudnya:"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” Al Mukminun ayat 115.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


أَيَحْسَبُ الْإِنسَانُ أَن يُتْرَكَ سُدًى


Maksudnya:"Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan sia-sia begitu saja?". (Al Qiyamah ayat 36.


Keterangan ayat: (mereka mengira) tidak diperintah dan tidak dilarang, tidak diberi pahala dan tidak disiksa. Ini merupakan persangkaan yang batil dan menyangka bahawa Allah tidak (mencipta) sesuai dengan hikmah.


Keadaan mereka yang tidak meyakinkan, tidak akan berubah selagi mereka tidak mengusahakan diri mereka untuk mencapai keimanan. Allah Subhanahuwata'ala,


وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ. قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنْتُ بَصِيرًا. قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَىٰ


Maksudnya:"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta"(124). Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"(125).Allah berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan"(126). Taha ayat 124-126.


Pendirian yang meyakinkan dan tegas sebagaimana pendirian tegas orang-orang yang beriman hanya lahir apabila manusia menjadikan al-Qur’an sebagai sumber kehidupan dan sunnah Rasulullah sebagai mekanismenya. Sebagaimana Allah Subhanahuwata'ala,


قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ. يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ


Maksudnya:"....Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan.Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus". Al-Ma'idah Ayat 15-16


Mereka yang jelas dengan jalan yang bakal ditempuhi tidak akan merasa gentar dengan apa yang bakal mereka lalui. Kebimbangan tidak wujud di dalam hati mereka disebabkan mereka hanya memohon keredaan daripada Allah  Subhanahuwata'ala,. Sebagaimana pengulangan yang disebut oleh orang beriman di dalam solat yang didirikan yang bermaksud, “Pimpinlah kami ke jalan yang lurus” Jalan yang disebutkan di dalam firman Allah,


وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya:"Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa", Al-An'am ayat 153


Selain itu juga orang yang beriman yang dianugerahi ketenangan jiwa adalah disebabkan dia amat mengetahui dan meyakini bahawa dia tidak sekali-kali atau barang sedetik dalam keadaan terpencil dan terasing. 


Orang beriman juga merasa bahawa Tuhan Maha Pencipta berada amat hampir dengan diri dan hatinya. Walau di mana dia berada, dia akan sentiasa merasakan bahawa Tuhan berada di sampingnya. Dia amat mengetahui dan meyakini bahawa dia tidak sekali-kali atau barang sedetik dalam keadaan terpencil dan terasing, sehingga dia dianugerahi ketenangan dalam jiwanya. Dia amat meyakini dengan sebuah firman Allah yang berbunyi,


وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya:"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui". Al-Baqarah ayat 115.


Ikatan perasaan kehambaan dalam jiwa orang beriman akan terlahirlah dengan memuji, bertasbih dan tunduk kepada Tuhannya tanpa putus sebagai tanda kecintaannya terhadap Tuhannya. Sebagaimana pujian dan tasbih yang dilakukan oleh segala makhluk yang berada di sekitarnya sepertimana firman Allah Subhanahuwata'ala,


تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا


Maksudnya:"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun". Al Isra ayat 44


Keimanan itu disertai dengan akal budi yang diasaskan kepada petunjuk Allah Subhanahuwata'ala. Dengan rasional seorang manusia yang memiliki pendirian yang tegas hidup bersumberkan tauhid kepada Allah. Dengan kekuatan emosi yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Mereka memiliki pendirian yang tegas sebagai mukmin sejati.






Thursday, February 9, 2023

Ketenangan milik orang beriman

Ketenangan milik orang beriman


Di dalam kehidupan ini, sering kali manusia diterpa masalah. Saat masalah tersebut muncul manusia sering kali ditimpa keresahan, stress, dan berbagai penyakit datang kerana fikiran yang tidak tenang atau tidak terkendali. Saat seperti inilah, seseorang individu itu perlu sebuah ketenangan baik hati dan fikiran.


Dalam sebuah hadith, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ


Maksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu". Riwayat Ahmad (18006)


Hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


التَّأَنِّي مِنَ اللهِ، وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ


Maksudnya: “Ketenangan datangnya dari Allah, sedangkan tergesa-gesa datangnya dari syaitan”. Al-Baihaqi (20270)


Ketenangan jiwa atau sakinah  adalah sumber bagi kebahagiaan. Seseorang individu tidak akan mengalami perasaan yang bahagia sekiranya jiwanya tidak tenang.


Bahagia atau sa’adah disebut dalam sebuah hadith daripada Sa’ad bin Abi Waqqas R.A, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ ، وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ ، وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ ، وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ ، وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ


Maksudnya: Empat  tanda kebahagiaan; Isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang elok. Manakala empat tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang teruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk". Riwayat Imam Ahmad (1448) dan Ibnu Hibban (4032)


Hakikat perjalanan hidup yang dilayari, semakin jauh direntasi maka semakin banyak peristiwa yang dihadapi. Banyak persoalan kehidupan yang menyebabkan manusia merasa bimbang, resah dan gundah. Tanggung jawab juga semakin banyak yang perlu dilaksanakan dan menyebabkan pemikiran manusia perlu memikirkan bagaimana ia perlu dilaksanakan selain persoalan-persoalan yang perlu dijawab. Setiap individu secara relatifnya memiliki banyak tanggungjawab berbanding dengan nisbah kemampuannya dari segi tenaga, masa dan material. 


Secara logiknya, apabila berhadapan dengan banyak persoalan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan tentulah seseorang itu sukar untuk mempunyai jiwa yang tenang. Selagi tanggung jawab tersebut tidak diselesaikan secara lumrahnya agak mustahil untuk dia merasa tenang. Walau bagaimanapun, kita memaklumi bahawa selagi manusia itu tidak berhenti bernafas, selagi itulah masih wujud perkara yang perlu difikirkan dan diselesaikan. Maka di sini timbul persoalan, bagaimanakah seseorang manusia boleh memiliki ketenangan jiwa?


Adakah harta kekayaan, kemasyhuran atau segala nikmat yang wujud di dunia ini boleh menjadi mekanisme yang baik bagi seseorang manusia dapat memiliki ketenangan jiwa? 

Sebenarnya, semuanya ini memang memungkinkan. Ia berlaku apabila semua kelebihan dan kebaikan ini diurus dengan baik dan dibelanjakan dengan cara yang diredai Allah. Cuma lumrahnya, harta kekayaan yang dimiliki lebih menjadi suatu dugaan kepada seseorang. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu dugaan tentulah lazimnya hatinya akan keresahan, seperti seseorang yang berada dalam peperangan. Dia mungkin menang di dalam dugaan tersebut, dan barangkali juga dia kecundang.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ


Maksudnya:"Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar". Al-Anfal Ayat 28


Ketenangan jiwa yang hakiki sebenarnya adalah anugerah yang diturunkan oleh Allah Subhanahuwata'ala dan terserap ke dalam hati-hati orang yang beriman. Ketenangan jiwa bagi orang-orang yang beriman menjadikan mereka mempunyai hati yang teguh dan mantap berbanding dengan orang lain yang mengalami kegoncangan perasaan. Gabungan ketenangan dan keimanan yang terletak di dalam hati seseorang akan mewujudkan keyakinan yang tinggi pada ketika orang lain mengalami perasaan ragu-ragu dan syak wasangka. Gabungan ini juga akan menghasilkan kesabaran dan ketabahan yang jitu pada ketika orang lain mengalami keluh kesah.


Tiada kebahagiaan tanpa sakinah (ketenangan) dan thuma’ninah (ketenteraman). Dan tiada ketenangan dan ketenteraman tanpa iman. Allah Subhanahuwata’ala berfirman tentang tenangnya hati orang-orang beriman:


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا


Maksudnya:"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". Al-Fath ayat 4.


Ketenangan seperti inilah yang dimiliki oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. ketika baginda berhijrah bersama sahabat baginda Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Tidak ada perasaan cemas, berduka cita, kebimbangan atau sebagainya. Dan keadaan mereka berdua ini disebut dalam firman Allah Subhanahuwata'ala: 


إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ


Maksudnya:"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita". Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". At-Taubah Ayat 40.


Maka di sini timbul persoalan, “mengapakah orang beriman lebih berhak merasakan ketenangan jiwa dan ketenteraman hati?” sedangkan secara logiknya manusia boleh merasakan kedamaian jiwa apabila dia bijak menguruskan pembahagian tugas dengan masa yang ada padanya, tidak kira sama ada dia seorang Islam ataupun bukan. Mengapa orang yang tidak beriman tidak boleh memiliki ketenangan atau kedamaian jiwa yang hakiki?


Orang beriman lebih mampu memiliki kedamaian di hatinya atau dianugerahi perasaan tersebut kerana yang paling utama dia telah menerima fitrah kemanusiaan yang Allah tanamkan dalam dirinya dengan ikhlas. Dia menerima dengan reda perjalanan hidup yang sesuai dengan fitrahnya sebagai seorang manusia. Orang beriman memiliki sifat syukur,qana'ah,reda dan sabar.

Fitrah manusia merasa lapar dan kenyang, dahaga dan segar, sakit dan sihat, kecewa dan gembira dan sebagainya. Dia akur dan ikhlas menerima keadaan yang yang dialami. Umpamanya, apabila dia merasa dahaga dia tidak merungut dengan rasa tidak selesa tekaknya. Atau apabila dia merasa lapar, dia tidak akan bersungut dengan bunyi keroncong perutnya. Dia menyedari bahawa itulah fitrah seorang manusia yang dahaga atau lapar.


Sebaliknya, bagi manusia yang menolak fitrah ini, dia hanya mahu menerima keadaan yang menyenangkan dirinya dan enggan untuk menerima perasaan yang tidak selesa bagi dirinya. Apabila seseorang manusia menerima fitrah ini, dia sebenarnya mengenali dirinya, asal usul kewujudannya dengan rasa insaf dan mengetahui tujuan hidupnya. Selanjutnya, dia mengetahui tugas dan kewajipannya terhadap Pencipta yang menjadikannya. Semuanya ini memberi maksud bahawa dia mengenali Allah Subhanahuwata'ala sebagai Penciptanya.


Maka, kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki tidak akan berlaku kepada manusia yang tidak mengenal dirinya dan tidak mengenal Tuhannya. Allah Subhanahuwata'ala telah berfirman yang seiringan dengan hal ini yang firman itu bermaksud;


وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ


Maksudnya:"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik". Al-Hasyr Ayat 19


Berhubung dengan keadaan mengenali atau tidak mengenali seorang hamba terhadap Tuhannya, hakikatnya di dalam setiap diri manusia telah wujud fitrah kemanusiaan yang mengiktiraf kewujudan Tuhan sebagai tempat yang patut disembah dan dirujuk. walaupun pada zahirnya dia dilihat sebagai tidak mengenali Tuhannya sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud; 


وَإِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُونَ إِلَّا إِيَّاهُ ۖ فَلَمَّا نَجَّاكُمْ إِلَى الْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ ۚ وَكَانَ الْإِنْسَانُ كَفُورًا


Maksudnya:"Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih". Al-Isra' ayat 67


Manusia yang beriman akan senantiasa mengingat Allah dan menjadikan Allah sebagai sandaran hidupnya. Ketenangan hati akan timbul jika manusia dapat mengingat kebesaran Allah, mengingat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan juga mengingati betapa banyak nikmat Allah yang telah diberikan.


الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ


Maksudnya:"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram". Ar-Ra’d ayat 28.


Untuk itulah, manusia yang beriman akan yakin dan benar-benar menyandarkan hidup kepada Allah, kerana mereka tahu bahawa Allah dapat melakukan apapun, dan menolong hamba-Nya dalam kondisi apapun. Berpegang pada Rukun Islam, Dasar Hukum Islam, Fungsi Iman Kepada Allah Subhanahuwata'ala, Sumber Syariat Islam, dan Rukun Iman adalah menjadi kunci-nya agar hidup selalu dalam ketenangan.


Keimanan melahirkan kebahagiaan dari dua sisi diantaranya: 


(1) Iman dapat menghindarkan dan memalingkan seseorang itu dari ketergelinciran ke dalam dosa yang merupakan sebab dari ketidaktenangan dan kegersangan jiwa. 


(2) Keimanan dapat menjadi sumber utama kebahagiaan, yakni sakinah dan thuma’ninah. Sehingga di tengah lautan masyakil (probematika) dan krisis hidup tidak ada jalan keluar dan keselamatan selain Iman.


Oleh kerana itu orang yang hidup tanpa iman di hatinya akan selalu dirundung rasa takut, was-was, khawatir, gelisah, galau, tidak pernah bersyukur atas apa yg ada. Adapun bagi orang beriman tidak ada rasa takut dan khawatir sama sekali dlm menjalani dinamika kehidupan.


Hati yang dipenuhi iman akan memandang penuh optimisme setiap kesulitan yang menghimpit, kerana orang beriman selalu menyikapi segala persoalan dengan memahami Allah Rabb al 'alamiin sebagai Maha Programer kehidupan semesta dan tawakkal kepada-Nya.


اَلَآ اِنَّ اَوْلِيَاۤءَ اللّٰهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُوْنَۚ -٦٢


اَلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَكَانُوْا يَتَّقُوْنَۗ - ٦٣


لَهُمُ الْبُشْرٰى فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا وَفِى الْاٰخِرَةِۗ لَا تَبْدِيْلَ لِكَلِمٰتِ اللّٰهِ ۗذٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمُۗ - ٦٤


Maksudnya:Ingatlah, wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati.


63. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan senantiasa bertakwa.


64. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah. Demikian itulah kemenangan yang agung".

Yunus  ayat ayat 62 - 64


Orang beriman yang dianugerahi ketenangan jiwa adalah disebabkan dia amat mengetahui dan meyakini bahawa dia tidak sekali-kali atau barang sedetik dalam keadaan terpencil dan terasing. Dia merasa bahawa Tuhan Maha Pencipta berada amat hampir dengan diri dan hatinya. Walau di mana dia berada, dia akan sentiasa merasakan bahawa Tuhan berada di sampingnya, dia amat meyakini dengan sebuah firman Allah yang berbunyi,


“وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya:"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui". Al-Baqarah 115.


Dan Allah Subhanahuwata'ala juga turut berfirman,


وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ


Maksudnya:"Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan". Al-Hadid Ayat 4


Diantara ciri-ciri istimewa yang pasti dimiliki oleh mereka yang beriman, iaitu tiada konflik dalam diri mereka antara persimpangan istilah “jikalau” dan “seandainya”.


Pengeluhan dan kekecewaan adalah punca utama mengapa manusia lazimnya terhalang jauh dari memiliki ketenangan jiwa. Manusia yang senantiasa memikirkan perkara yang telah berlaku tanpa memperbaiki dirinya pada hari ini dan untuk persediaan mendatang, sebenarnya hanya menzalimi dirinya sendiri. Dia seolah-olahnya hanya meletakkan beban demi beban di pundaknya disebabkan kekecewaan demi kekecewaan yang berlaku dalam perjalanan hidupnya. Dia hanya akan menyatakan, “kalaulah aku tidak melakukannya, sudah pasti aku tidak akan melalui nasib yang sebegini…” ataupun “jikalau aku melakukan begitu dan begini, sudah pasti aku akan menerima keuntungan begitu dan begini…”


Ini sebenarnya sebahagian sikap orang-orang munafik yang diterangkan di dalam firman Allah;


الَّذِينَ قَالُوا لِإِخْوَانِهِمْ وَقَعَدُوا لَوْ أَطَاعُونَا مَا قُتِلُوا ۗ قُلْ فَادْرَءُوا عَنْ أَنْفُسِكُمُ الْمَوْتَ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ


Maksudnya:"Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudaranya dan mereka tidak turut pergi berperang: "Sekiranya mereka mengikuti kita, tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah: "Tolaklah kematian itu dari dirimu, jika kamu orang-orang yang benar". Ali Imran ayat 168.


Ketenangan jiwa hanya dapat diperolehi dengan hanya satu cara, yakni beriman dengan Allah. Dan keimanan itu disertai dengan akal budi yang diasaskan kepada petunjuk Allah Subhanahuwata'ala. Dengan rasional seorang manusia yang bersumberkan tauhid kepada Allah. Dengan kekuatan emosi yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Memiliki pendirian yang tegas sebagai mukmin sejati.


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mengajar doa ketenangan hati dan fikiran. Dari Abu Umamah menyebutkan, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam berkata kepada seseorang seperti ini:


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًابِكَ مُطْمَئِنَّةً،تُؤْمِنُ بِلِقَا ئِكَ،  وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ


Maksudnya:" Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapan-Mu, dan yang merasa cukup dengan pemberian-Mu". Thabrani

Wednesday, February 1, 2023

Hidup adalah ujian; susah senang silih berganti.

Hidup adalah ujian; susah senang silih berganti.

Kehidupan ini tidak selamanya indah. Senang dan susah, suka dan duka datang silih berganti. Namun begitu, kehidupan di dunia ini adalah sementara. Kebahagiaannya tidak pula yang sebenar dan kesedihannya juga tidak pula yang sebenar.


Kesenangan dunia dan kesengsaraannya adalah ujian dari Tuhan semesta alam. Apakah seseorang akan menjadi hamba-Nya yang bersyukur saat diberi nikmat dan sabar saat diberi cobaan, ataukah sebaliknya sebagai hamba-Nya yang kufur. Kerana dunia ini adalah دار الابتلاء (negeri tempat ujian dan cubaan). Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ


Maksudnya:“Wahai manusia, Kami akan menguji kalian dengan kesempitan dan kenikmatan, untuk menguji iman kalian. Dan hanya kepada Kamilah kalian akan kembali”. Al-Anbiya ayat 35.


Suka dan duka adalah sunatullah yang pasti mewarnai kehidupan ini. Tidak ada seorang manusia pun yang berterusan merasa senang, dan tidak pula berterusan dalam duka dan kesedihan. Semuanya merasakan senang dan duka datang silih berganti. Jangankan kita, malahan generasi terbaik umat ini, para wali Allah, yakni para sahabat Nabi Sallallahu’alaihiwasallam pun pernah dirundung kesedihan. Allah menceritakan keadaan mereka saat kekalahan yang mereka alami dalam perang uhud.


وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِين


Maksudnya:"Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah ingin memberi bukti kebenaran kepada beriman (dengan orang-orang kafir) dan menjadikan sebahagian diantara kalian sebagai syuhada’. Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim".  Ali Imran ayat 140.


Sesungguhnya! Kebahagiaan dan kesedihan Allahlah yang menciptakannya agar manusia menyedari bahawa nikmatnya kebahagiaan, sehingga mereka dapat bersyukur dan membahagi-bahagikan nikmat Allah. Dan kesedihan diciptakan agar mereka dapat tunduk dan bersimpuh di hadapan Tuhan yang maha Rahmat dan Mengasihi, serta tidak menyombongkan diri mereka. Sehingga mereka mengadu, berharap, merendah dan merengek dihadapan Allah Subhanahiwata'ala. Bersimpuh pasrah kepada Tuhan yang Maha Penyayang, seperti pengaduan Nabi Ya'qub 'alaihimas sasalam di saat lama berpisah dengan putera tercintanya iaitu Nabi yusuf 'alaihimas sasalam.

إِنَّمَاأَشْكُوبَثِّيوَحُزْنِيإِلَىاللَّهِ


Maksudnya:"Sesungguhnya hanya kepada Allah aku mengadukan penderitaan dan kesedihanku".Yusuf ayat 86.


Pasti ada saja hikmah dalam ketetapan Allah yang Maha Hakim (bijaksana) itu.


وَأَنَّهُهُوَأَضْحَكَوَأَبْكَىٰ


Maksudnya:"Dialah Allah yang menjadikan seorang tertawa dan menangis".  An-Najm ayat 43.


Tidaklah salah dan tercela bila seorang  merasa sedih, jika Itu datang dari  naluri kemanusiannya. Terutama  bila kesedihan itu adalah dari sebab-sebab perkara yang terpuji. Seperti yang dirasakan oleh orang beriman di saat melakukan dosa, di mana Nabi mengkhabarkan bahawa itu adalah tanda iman.

Dari Abdulllah bin Umar, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


مَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فَذَلِكُمْ الْمُؤْمِنُ


Maksudnya:"Barangsiapa kebaikan yang ia lakukan membuatnya lapang dan bahagia, dan keburukannya membuatnya penat dan susah, maka dia adalah seorang mukmin". Tirmizi (2091)


Yang tercela adalah di saat seseorang itu larut dalam kesedihannya sehingga membuatkan hatinya lemah, rasa optimisnya menghilang, kesedihan yang menghancurkan harapan, membuatnya tidak mahu bergerak, tidak  berikhtiar untuk mengubah keadaannya untuk menjadi insan yang bahagia.


Yang tercela juga apabila kesedihan yang membuatnya lemah untuk meraih redha Allah, bahkan membuatkannya putus asa dan membenci takdir Allah. Di saat inilah  syaitan akan memunafaatkan kesedihan untuk menjerumuskan manusia kedalam kebinasaa. Bahkan berapa  ramai  manusia yang tergelincir dari jalan Allah kerana larut dalam kesedihan yang tidak dibatasi. 


Allah Subhanahuwata'ala mengkhabarkan dalam firman-Nya,


إِنَّمَا النَّجْوَىٰ مِنَ الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَلَيْسَ بِضَارِّهِمْ شَيْئًا إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ


Maksudnya:“Sesungguhnya pembicaraan bisik-bisik itu hanyalah dorongan dari syaitan. Supaya menjadikan hati orang-orang beriman sedih. Padahal pembicaraan rahasia untuk menggunjing tidak akan merugikan orang-orang beriman sedikitpun, kecuali dengan kehendak Allah. Hanya kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal”. Al-Mujadilah ayat 10.


Mengunjing; memfitnah, mengumpat, mengata-ngatai (orang dan sebagainya)


Ingatlah, masih ada lagi kehidupan yang seterusnya di hadapan kita. Itulah negeri akhirat. Negeri abadi dan hakiki. Di sanalah tempat istirehat dan bersenang-senang yang hakiki, yakni di syurga-Nya yang penuh limpahan rahmat dan kenikmatan. Atau kesengsaraan hakiki, di nereka yang panas membara. Tempat kembali orang-orang durhaka kepada Sang Pencipta.


Nikmat syurga,


مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ


Maksudnya:"Mereka (ahli syurga bersenang-senang di tempat masing-masing dalam syurga itu dengan) berbaring di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat". Al-Rahman ayat 54.


Azab neraka,


إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ. فِي الْحَمِيمِ ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ


Maksudnya:"Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, seraya mereka diseret,ke dalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api. Al-Mu'min/Ghafir ayat 71-72.


Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan dan kenikmatan yang akan mengalami kemusnahan, tidak kekal dan hanya cenderung memperdayakan orang dan sememangnya sudah ramai orang yang telah terperdaya dan kagum terhadapnya sehingga dia berkeyakinan bahawa tidak ada negeri lain selain dunia ini dan tidak ada tempat kembali lagi di seberang sana. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 14/6855)



Nabi Sallallahu'alaihiwasallam sentiasa berlindung dari rasa sedih. Di antara doa yang sering dipanjatkan Nabi adalah,


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ


Doa di atas dari hadith berikut, 


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ الْمَسْجِدَ فَإِذَا هُوَ بِرَجُلٍ مِنْ الْأَنْصَارِ يُقَالُ لَهُ أَبُو أُمَامَةَ فَقَالَ يَا أَبَا أُمَامَةَ مَا لِي أَرَاكَ جَالِسًا فِي الْمَسْجِدِ فِي غَيْرِ وَقْتِ الصَّلَاةِ قَالَ هُمُومٌ لَزِمَتْنِي وَدُيُونٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلَامًا إِذَا أَنْتَ قُلْتَهُ أَذْهَبَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَمَّكَ وَقَضَى عَنْكَ دَيْنَكَ قَالَ قُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ قُلْ إِذَا أَصْبَحْتَ وَإِذَا أَمْسَيْتَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ قَالَ فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَمِّي وَقَضَى عَنِّي دَيْنِي


Maksudnya:"Dari Abu Sa'id Al Khudri, ia berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pada suatu hari masuk masjid dan ternyata terdapat seorang sahabat dari anshar yang dipanggil Abu Umamah, beliau berkata: "Ada apakah gerangan aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat?" Dia menjawab; kegundahan dan hutang yang selalu menyelimutiku wahai Rasulullah! Beliau berkata: "Mahukah aku ajarkan perkataan yang apabila kamu ucapkan maka Allah Azza wa jalla akan menghilangkan kegundahanmu dan melunaskan hutang-hutangmu?" Dia berkata: ya wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Apabila kamu berada dipagi dan petang hari maka ucapkanlah: "اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kegundahan dan kesedihan dan aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung kepadaMu dari sifat penakut dan bakhil dan aku berlindung kepadaMu dari terlilit hutang dan pemaksaan dari orang lain). Dia berkata: maka akupun melaksanakannya dan ternyata Allah 'azza wajalla menghilangkan kegundahanku dan melunasi hutang-hutangku". Abu Daud (1330)

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...