Sunday, August 29, 2021

Bertakwalah kamu kepada Allah dimana saja kamu berada (اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ)

Bertakwalah kamu kepada Allah dimana saja kamu berada (اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ)


ٍ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ


Maksudnya:"Dari Abu Dzar ia berkata; Rasulullah ﷺ pernah bersabda kepadaku, "Bertakwalah kamu kepada Allah dimana saja kamu berada dan ikutilah setiap keburukan dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya, serta pergauilah manusia dengan akhlak yang baik". Riwayat Tirmizi(1987),Ahmad (20392,20435,20556)


Feqh Hadith:

1-Bertaqwalah kepada Allah. 

2-Iringi keburukan dengan kebaikan. 

3-Bergaul bersama manusia dengan akhlak yang baik. 


Maksud takwa:


Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan”.


Abdullah bin Mas’ud R.A mengatakan: “Takwa adalah kamu sentiasa mengingati Allah Subhanahuwata'ala dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari”.


Abu Bakar Muhammad al-Rauzabari Rahimahullah berkata: “Takwa ialah menjauhi apa yang menjauhimu daripada Tuhan”.


Talaq bin Habib Rahimahullah berkata: “Takwa ialah amalan dengan dengan ketaatan kepada Allah Subhanahuwata'ala”.


Ibn Ataillah Rahimahullah berkata: “Takwa terbahagi kepada dua, iaitu zahir dan batin. Zahirya ialah dengan menjaga had dan batasan serta batinnya pula dengan niat dan ikhlas”.


Suatu ketika, Abu Hurairah ditanya oleh seseorang, ''Wahai Abu Hurairah, apakah yang dimaksud dengan takwa itu?'' Abu Hurairah tidak menjawab pertanyaan itu, tetapi memberikan satu ilustrasi.


''Pernahkah engkau melalui suatu jalan dan engkau melihat jalan itu penuh dengan duri? Bagaimana tindakanmu untuk melaluinya?'' Orang itu menjawab, ''Apabila aku melihat duri, maka aku menghindarinya dan berjalan di tempat yang tidak ada durinya, atau aku langkahi duri-duri itu, atau aku mundur.'' Abu Hurairah cepat berkata, ''Itulah dia takwa!'' Riwayat Ibnu Abi Dunya.


Berdasarkan takrif di atas, dapat disimpulkan bahawa takwa boleh menjadikan seseorang malakukan amar ma’ruf dan nahi munkar, di samping taqarrub kepada Allah dengan amalan sunat. 


Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


 هُوَ أَهْلُ التَّقْوَىٰ وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ…


Maksudnya:"…Dialah (Allah) yang patut (kita)  bertakwa kepada-Nya dan Dia-lah yang berhak memberi ampunan”. Al-Muddatstsir ayat 56.


Tafsiran ayat di atas ialah "Dia (Allah) adalah Rabb Yang patut (kita) bertakwa kepada-Nya dan berhak memberi ampun,” yakni Dia patut ditakuti dan disembah, kerana hanya Dia-lah Tuhan yang sepatutnya disembah dan patut untuk memberi ampunan pada siapa saja yang bertakwa pada-Nya dan mencari ridha-Nya". Lihat Tafsir as-Sa'di


Initipati Takwa adalah; Takwa seseorang kepada Rabb-nya ialah ia meletakkan antara dirinya dan apa yang ia takutkan dari Rabb-nya berupa kemarahan dan hukuman-Nya, sebuah pelindung yang melindungi dirinya dari itu semua yang dia takutkan itu. Pelindung tersebut ialah mengerjakan ketaatan dan menjauhi larangan.


Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


 ...اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ  …...


Maksudnya:"…Bertakwalah kalian kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya….”. Ali ‘Imran ayat 102.


Ciri-ciri orang  bertakwa pula adalah sebagaimana yang telah disebut oleh Allah Subhanahuwata'ala di dalam firman-Nya, 


وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ. الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ. وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ. أولَٰئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ


Maksudnya:"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal". Ali-Imran 133-136.


Seluruh amal mesti memiliki permulaan dan tujuan akhir. Suatu amal tidak dikatakan sebagai ketaatan dan qurbah (amalan yang mendekatkan diri kepada Allah) sampai ia bersumber dari keimanan. Dengan demikian, yang menjadi pendorong seseorang itu untuk melakukan suatu amal adalah semata-mata dari keimanan , bukan adat (kebiasaan), hawa nafsu, mengharap pujian dan kedudukan, dan lainnya. Amal tersebut harus diawali dengan keimanan, sedang tujuan akhirnya adalah mengharap pahala dari Allah dan keredhaan-Nya, inilah yang disebut dengan al-ihtisab (mengharapkan pahala).


Kerana itulah, dua pokok ini sering disebutkan secara  bergandingan, seperti dalam sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam,


 مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْـمَـانًا وَاحْتِسَابًا… 


Maksudnya:“Barangsiapa puasa di bulan Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharap pahala…”. Riwayat Bukhari(37). Ahmad(6979)


 مَن قَامَ لَيْلَةَ الْقَدَرِ إِيْـمَـانًا وَاحْتِسَابًا…

 

Maksudnya:“Barangsiapa menghidupkan malam Lailatul Qadar atas dasar keimanan dan mengharap pahala…”. Riwayat Bukhari(1768).


Takwa adalah wasiat Allah Subhanahuwata'ala untuk generasi terdahulu dan yang terakhir. 


Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


 وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ “… 

Maksudnya:"Dan sungguh, Kami telah memerintahkan kepada orang yang diberi kitab suci sebelummu dan (juga) kepadamu agar bertakwa kepada Allah…”.

Al-Nisa ayat 131.


Takwa adalah wasiat Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam kepada umatnya,ketika  berkhutbah pada haji Wada’ iaitu di hari penyembelihan haiwan korban. Beliau berwasiat kepada manusia agar mereka bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat kepada pemimpin mereka, 


أَبَا أُمَامَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَقَالَ اتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ وَصَلُّوا خَمْسَكُمْ وَصُومُوا شَهْرَكُمْ وَأَدُّوا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ وَأَطِيعُوا ذَا أَمْرِكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ


Maksudnya:" Abu Umamah berkata, saya telah mendengar khutbah Rasulullah ﷺ ketika haji wada', beliau bersabda, "Bertakwalah kepada Allah Rabb kalian, kerjakanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat mal kalian, dan taatilah pemimpin kalian, nescaya kalian masuk syurga Rabb kalian". Tirmizi (616)


Takwa digandingkan dengan nama Allah SubhanahuwaTa’ala , seperti dalam firman-Nya,


 وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ...  


Maksudnya:"… Dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan (kembali)”. Al Maidah ayat 96.


Maksudnya ialah takutlah kepada kemurkaan dan kemarahan-Nya kerana itu adalah hal paling besar yang harus ditakuti. Hukuman dari Allah di dunia dan akhirat ada kerana kemurkaan dan kemarahan-Nya. 


Takwa digandingkan dengan hukuman Allah Azza wa Jalla dan tempat hukuman tersebut, seperti Neraka atau waktunya seperti hari Kiamat, sebagaimana Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


 وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ  


Maksudnya:“Dan periharalah dirimu dari api Neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.” Ali ‘Imran ayat 131.


 وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ 


Msksudnya:“Dan takutlah pada hari (ketika) kamu semua dikembalikan kepada Allah…”. Al-Baqarah ayat 281.


Bertakwa kepada Allah Subhanahuwata’ala dikala bersendirian adalah pertanda kesempurnaan iman dan mempunyai pengaruh baik, iaitu Allah Azza wa Jalla membuat orang tersebut disanjung oleh orang-orang beriman.


اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ


Bertakwalah kamu kepada Allah dimana saja kamu berada…. 

Maksudnya ialah bertakwalah kepada-Nya di saat sendirian mahupun ramai, atau ketika dilihat manusia ataupun tidak dilihat manusia.


Dan dalam sebuah hadith , Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam berdo’a,


 اَللَّـهُمَّ إِنِّيْ أَسْـأَلُكَ الْهُدَى ، وَالتُّـقَى ، وَالْعَفَافَ ، وَالْغِنَى


“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, kesucian (dijauhkan dari hal-hal yang tidak baik), dan kecukupan". Riwayat Muslim(2721)


Sebagaimana yang diisyaratkan oleh  Allah Subhanahuwata’ala di dalam firman-Nya, 


, وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا


Maksudnya:".....Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu". Nisa ayat 1.


Maka  berbahagialah  orang yang memperbaiki diri saat ia sendirian, yang mana Allah Subhanahuwata’ala  memperbaiki keadaan dirinya ketika bersama manusia. Barangsiapa mencari pujian manusia dengan kemurkaan Allah Azza wa Jalla , maka orang yang memujinya akan menjadi penghina baginya


Cara-cara untuk meraih ketakwaan:


1-Menuntut ilmu syar’i.

2-Melaksanakan perintah Allah Subhanahuwata’ala dan menjauhkan larangan-Nya. Perintah yang paling besar adalah tauhid (mentauhidkan Allah) dan larangan yang paling besar adalah syirik (mempersekutukan Allah). 

3-Bergaul dengan orang-orang yang soleh. 

4-Selalu merasa diawasi oleh Allah Azza wa Jalla .


Kelebihan Takwa:


Banyak  nas-nas dari al-Qur'an dan al-Hadith yang menjelaskan tentang kelebihan-kelebihan takwa, di antaranya adalah sebagai berikut: 


1-Syurga diwariskan kepada orang-orang yang bertakwa iaitu Surah Maryam ayat 63,


تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا


Maksudnya:"Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertakwa".


2-Takwa sebagai sebab seorang hamba dicintai oleh Allah iaitu Surah Ali Imran ayat 76,


بَلَىٰ مَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ وَاتَّقَىٰ فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ


Maksudnya:"(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.


3-Dibukakannya keberkatan dari langit dan bumi bagi orang yang bertakwa iaitu Surah al-A’raf ayat 96,


وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ


Maksudnya:"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya".


4-Allah Subhanahuwata’ala bersama dengan orang-orang yang bertakwa iaitu Surah an-Nahl ayat 128, 


إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ


Maksudnya:"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan".


5-Dimudahkannya urusan di dunia dan akhirat serta dimudahkan rezekinya bagi orang yang bertakwa iaitu Surah ath-Thalaq, 


…وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا


Maksudnya:".....Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Ayat 2


وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ…..


Maksudnya:"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya….". Ayat 3.


وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا….


Maksudnya:"….Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya". Ayat 4


6-Takwa adalah sebaik-baik bekal seorang hamba di dunia dan di akhirat iaitu Surah al-Baqarah ayat 197,


….وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ ۗ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ.


Maksudnya:"Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal".


7-Kesudahan yang baik di dunia dan akhirat adalah bagi orang-orang yang bertakwa iaitu Surah al-’raf ayat 128. 


قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللَّهِ وَاصْبِرُوا ۖ إِنَّ الْأَرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ


Maksudnya:"Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa".


Kepentingan takwa amat jelas apabila dinyatakan bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


Maksudnya:"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". Al-Hujurat ayat 13




Saturday, August 28, 2021

Haram berbuat Zalim

Haram berbuat Zalim

Seringkali terjadi di tengah masyarakat seseorang diperlakukan secara zalim oleh yang lainnya tanpa ia mampu membalas dan membela diri sendiri. Keadaan ini kerap membuat ia semakin tak berdaya dan hanya mampu pasrah dengan keadaan. 

Seorang muslim dan mukmin yang mengalami hal demikian semestinya tidak perlu merasa sedemikian susah kerana Allah Subhanahuwata’ala telah menjanjikan keadilan atas setiap perilaku zalim yang dilakukan para hamba-Nya.

Keimanan yang dimiliki semestinya mampu menguatkan hatinya untuk tetap tegar dengan harapan keadilan yang dijanjikan itu. 

Sebaliknya pula seorang muslim dan mukmin semestinya tidak berlaku zalim kepada sesama makhluk Allah baik berupa tindakan ataupun ucapan, kerana sekecil apa pun tindakan kezaliman pasti akan dibalas.


عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا رَوَى عَنْ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَّهُ قَالَ يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلَّا مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلَّا مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ عَارٍ إِلَّا مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضَرِّي فَتَضُرُّونِي وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئًا يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ فَسَأَلُونِي فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إِلَّا كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ يَا عِبَادِي إِنَّمَا هِيَ أَعْمَالُكُمْ أُحْصِيهَا لَكُمْ ثُمَّ أُوَفِّيكُمْ إِيَّاهَا فَمَنْ وَجَدَ خَيْرًا فَلْيَحْمَدْ اللَّهَ وَمَنْ وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ فَلَا يَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَهُ.


Maksudnya:"Dari Abu Zar dari Nabi ﷺ dalam meriwayatkan firman Allah Subhanahuwata'ala yang berbunyi, "Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan diri-Ku untuk berbuat zalim dan perbuatan zalim itu pun Aku haramkan diantara kalian. Oleh karena itu, janganlah kalian saling berbuat zalim! Wahai hamba-Ku, kamu sekalian senantiasa berada dalam kesesatan, kecuali orang yang telah Aku beri petunjuk. Oleh karena itu, mohonlah petunjuk kepada-Ku, niscaya Aku akan memberikannya kepadamu! Wahai hamba-Ku, kamu sekalian berada dalam kelaparan, kecuali orang yang telah Aku beri makan. Oleh karena itu, mintalah makan kepada-Ku, niscaya Aku akan memberimu makan! Wahai hamba-Ku, kamu sekalian telanjang dan tidak mengenakan sehelai pakaian, kecuali orang yang Aku beri pakaian. Oleh karena itu, mintalah pakaian kepada-Ku, niscaya Aku akan memberimu pakaian! Wahai hamba-Ku, kamu sekalian senantiasa berbuat dosa pada malam dan siang hari, sementara Aku mengampuni segala dosa dan kesalahan. Oleh karena itu, mohonlah ampunan kepada-Ku, niscaya aku akan mengampunimu! Wahai hamba-Ku, kamu sekalian tidak akan dapat menimpakan mara bahaya sedikitpun kepada-Ku, tetapi kamu merasa dapat melakukannya. Selain itu, kamu sekalian tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kepada-Ku, tetapi kamu merasa dapat melakukannya. Wahai hamba-Ku, seandainya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang belakangan serta manusia dan jin, semuanya berada pada tingkat ketakwaan yang paling tinggi, maka hal itu sedikit pun tidak akan menambahkan kekuasaan-Ku. Wahai hamba-Ku, seandainya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang belakangan serta jin dan manusia semuanya berada pada tingkat kedurhakaan yang paling buruk, maka hal itu sedikitpun tidak akan mengurangi kekuasaan-Ku. Wahai hamba-Ku, seandainya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang belakangan serta semua jin dan manusia berdiri di atas bukit untuk memohon kepada-Ku, niscaya masing-masing akan Aku penuhi permintaannya, dan hal itu tidak akan mengurangi karunia yang ada pada-Ku, melainkan hanya seperti (tetesan) jarum benang saat setelah dimasukkan ke dalam lautan. Wahai hamba-Ku. sesungguhnya amal perbuatan kalian senantiasa akan Aku hisab (adakan perhitungan) untuk kalian sendiri dan kemudian Aku akan berikan balasannya. Barangsiapa mendapatkan kebaikan, maka hendaklah ia memuji Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan barangsiapa yang mendapatkan selain itu (kebaikan), maka janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri". 

Riwayat Muslim (2577), Ahmad(20451)


Maksud Zalim berdasarkan Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


 يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي


Maksudnya:"Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan diri-Ku untuk berbuat zalim".


Maknanya ialah: Allah Subhanahuwata'ala melarang diri-Nya berbuat zalim terhadap hamba-hamba-Nya, seperti firman-Nya,


 وَمَا أَنَا بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ  


“…Dan Aku tidak menzhalimi hamba-hamba-Ku.” Qaf ayat 29 


Allah Subhanahuwata'ala  berfirman,


 وَمَا اللَّهُ يُرِيدُ ظُلْمًا لِلْعِبَادِ  


…Padahal Allah tidak menghendaki kezaliman terhadap  hamba-hamba-Nya”. Ghafir ayat 31.


Dari sudut bahasa, zalim atau الظُّلْمُ ertinya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Disebutkan dalam Lisaanul Arab:


الظُّلْمُ: وَضْع الشيء في غير موضِعه


“Azh zhulmu artinya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya”


Dari sudut istilah, zalim ertinya melakukan sesuatu yang keluar dari landasan kebenaran, baik kerana kurang atau melebih batas. 


Al Asfahani mengatakan:


هو: (وضع الشيء في غير موضعه المختص به؛ إمَّا بنقصان أو بزيادة؛ وإما بعدول عن وقته أو مكانه) 


“Zalim adalah meletakkan sesuatu bukan pada posisinya yang tepat baginya, baik kerana kurang mahupun kerana adanya tambahan, baik kerana tidak sesuai dari segi waktunya ataupun dari segi tempatnya” (Mufradat Allafzhil Qur’an Al Asfahani 537, dinukil dari Mausu’ah Akhlaq Durarus Saniyyah).


Zalim juga diartikan sebagai perbuatan menggunakan milik orang lain tanpa hak. Al Jurjani mengatakan:


هو عبارة عن التعدِّي عن الحق إلى الباطل وهو الجور. وقيل: هو التصرُّف في ملك الغير، ومجاوزة الحد) 


“Zalim ertinya melampaui landasan kebenaran hingga masuk pada kebatilan, dan ia adalah maksiat. Disebut oleh sebagian ahli bahasa bahwa zalim adalah menggunakan milik orang lain, dan melebihi batas” (At Ta’rifat, 186, dinukil dari Mausu’ah Akhlaq Durarus Saniyyah).


Haramnya berbuat zalim sebagaimana Firman Allah Subhanahuwata'ala ,


 وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا


Maksudnya: "Dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzhalimi.” 


Maksudnya, Allah Subhanahuwata'ala  mengharamkan perbuatan zalim atas hamba-hamba-Nya serta melarang mereka saling menzalimi, kerana kezaliman itu sendiri adalah haram secara mutlak.


Kezaliman terbagi ke dalam dua bahagian:


Pertama: Kezaliman seorang hamba terhadap dirinya sendiri, dan kezaliman yang paling besar adalah syirik (mempersekutukan Allah Subhanahuwata'ala ), seperti firman-Nya, 


إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 


Maksudnya:"Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” 

Luqman ayat 13


Sebabnya adalah orang musyrik telah menempatkan makhluk pada kedudukan Sang Khaliq (Pencipta), sehingga ia menyembah dan mempertuhankannya. Ini bererti menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya. 

Sebahagian besar ancaman bagi orang-orang yang zalim dalam al-Qur`ân dimaksudkan untuk orang-orang musyrik, seperti firmankan-Nya,


 وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ


Maksudnya:“…Orang-orang kafir itulah orang yang zalim”. Al-Baqarah ayat 254.


Kemudian yang berikutnya diikuti dengan perbuatan maksiat dengan beragam jenisnya dari perbuatan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil.


Kedua: Kezaliman seorang hamba terhadap orang lain. 


Ini sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas. 


Pada haji Wada’, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda dalam khutbahnya,


 إِنَّ دِمَاءَكُمْ ، وَأَمْوَالَكُمْ ، وَأَعْرَاضَكُمْ  عَلَيْكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا ، فِـيْ شَهْرِكُمْ هَذَا ، فِـيْ بَلَدِكُمْ هَذَا


Maksudnya:“….Sesungguhnya darah, harta, dan kehormatan kalian haram terhadap kalian seperti keharaman hari kalian ini di bulan kalian ini di negeri kalian ini". Riwayat al-Bukhari (67), Muslim (1679),


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam juga bersabda,


 إِِنَّ  الظُّلْمَ ظُلُمَـاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Maksudnya:"Sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat". Riawayat Bukhâri (2447) dan Muslim (2579)


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


 «إِنَّ اللهَ لَيُمْلِـي لِلظَّالِـمِ حَتَّى إِذَا  أَخَذَهُ لَـمْ يُفْلِتْهُ » ، ثُمَّ قَرَأَ وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِـمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيْمٌ شَدِيْدٌ» 


Maksudnya:"Sesungguhnya Allah pasti menunda (hukuman) bagi orang zalim. Namun jika Dia telah menyiksanya, Dia tidak meloloskannya. Kemudian Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam membaca ayat, ‘Dan begitulah siksa Rabb-mu apabila Dia menyiksa (penduduk) negeri-negeri yang berbuat zalim. Sungguh, siksa-Nya sangat pedih dan sangat berat.’ [Hud ayat 102]”.

Riwayat Bukhari (4686), Muslim ( 2583), at-Tirmizi (3110),


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam juga bersabda, 


«مَنْ كَانَتْ عِنْدَهُ مَظْلَمَةٌ ِلأَخِيْهِ ؛ فَلْيَتَحَلَّلْ مِنْهَا ؛ فَإِنَّهُ لَيْسَ ثَمَّ دِيْنَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُأْخَذَ ِلأَخِيْهِ مِنْ حَسَنَاتِهِ ، فَإِنْ لَـمْ يَكُنْ لَهُ  حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ أَخِيْهِ ، فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ» 


Maksudnya:"Barangsiapa pada dirinya terdapat مَظْلَمَةٌ (harta yang dirampas dengan zalim) milik saudaranya, hendaklah ia memintanya menghalalkannya sekarang ini, kerana di sana (hari kiamat) tidak ada dinar dan dirham, sebelum amal solehnya diambil darinya lalu diberikan kepada saudaranya itu. Jika ia tidak memiliki amal soleh, maka kesalahan-kesalahan saudaranya itu diambil kemudian dibebankan kepadanya". 

Riwayat Bukhari (2449, 6534).


Perbuatan zalim lazimnya dilakukan oleh orang yang mempunyai kelebihan dan kekuatan berbanding dengan orang yang dizalimi. Ini kerana, fenomena kezaliman tidak akan berlaku sekiranya orang yang hendak dizalimi mempunyai kelebihan atau kekuatan yang sama. Kelebihan atau kekuatan ini boleh diukur dari pelbagai aspek, seperti kekuatan fizikal, kekayaan, kebijaksanaan, kuasa ataupun pengaruh. Manakala orang-orang yang dizalimi adalah dari kalangan mereka yang jahil, lemah, miskin, lurus dan tidak berdaya. Itulah sebabnya orang yang zalim sukar untuk ditewaskan kerana mereka mempunyai berbagai-bagai kemampuan.


Orang yang mempunyai niat jahat, tidak mempunyai timbang rasa dan tidak mempunyai pengetahuan dalam ilmu agama, amat mudah terjerumus dalam perbuatan-perbuatan yang zalim. Mereka tidak akan mengambil endah bahawa perbuatan yang mereka lakukan itu akan menyebabkan kemudaratan terhadap orang lain asal sahaja mereka dapat memastikan kepentingan diri mereka terpelihara, ataupun mendapat keuntungan dengan melakukan perbuatan tersebut. 

Pengedar dadah adalah contoh yang sangat releven dalam perkara ini. Sekiranya pengedar dadah ini memikirkan bahawa perbuatan mereka akan menyebabkan kebinasaan kepada penggunanya yang akhirnya akan merantaikan kerosakan kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara, pasti mereka akan menarik diri dari melakukan kegiatan ini. Mereka hanya memikirkan berapa banyak keuntungan yang akan diperolehi dengan pengedaran dadah tersebut.


Selain pengedar dadah, contoh yang boleh diketengahkan di sini ialah pengusaha-pengusaha yang menjalankan aktiviti perusahaan tanpa mendapat kelulusan dari pihak-pihak berkuasa atau berwajib. Kita sering kali dapat melihat rungutan-rungutan penduduk setempat tentang pencemaran alam sekitar disebabkan aktiviti-aktiviti yang tidak mendapat kelulusan. Akibatnya, penduduk yang berada di kawasan tersebut tidak dapat duduk dengan selesa, saliran air menjadi tercemar dan berbahaya, bahan buangan yang tidak diurus menjejaskan kesihatan dan sebagainya.


Berdasarkan kepada dua contoh yang dikemukakan ini, kezaliman sebenarnya boleh berlaku di mana-mana. Ia tidak hanya berlaku di antara pemerintah dengan rakyat yang lazimnya menjadi fokus perbincangan seperti kezaliman Firaun terhadap rakyatnya. Ia juga boleh berlaku dalam hubungan kejiranan, persahabatan, di tempat kerja atau di dalam sesebuah keluarga.


Kezaliman memang lazimnya akan terus berlaku selama mana mereka yang berniat jahat mempunyai kelebihan atau kekuatan yang dinyatakan sebelum ini. Walau bagaimanapun, Islam adalah penawar paling mujarab bagi fenomena ini, bagi mereka yang ingin mengetahui dan beriman.


Apabila kita membincangkan perkara ini menurut perspektif Islam, setiap manusia harus menyedari bahawa sekalipun kezaliman itu menyirat maksud kekuatan atau kehebatan berbanding manusia yang lain, tetapi selagi manusia itu memberi maksud sebagai hamba kepada Allah Subhanahuwata'ala, maka Allah itu jauh lebih Perkasa dan Hebat dari segala makhluk yang ada di muka bumi ini. Atas kehebatan dan keperkasaan inilah, Allah Subhanahuwata'ala. memberi amaran kepada mereka yang suka melakukan kezaliman dengan  firman-Nya,


وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ عُدْوَانًا وَظُلْمًا فَسَوْفَ نُصْلِيهِ نَارًا ۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا


Maksudnya:"Dan barangsiapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah".

Al-Nisa ayat 30


Dan amaran dari Allah Subhanahuwata'ala ini diperkukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam yang, 


أَنَّ أَبَا سَلَمَةَ حَدَّثَهُ أَنَّهُ كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أُنَاسٍ خُصُومَةٌ فَذَكَرَ لِعَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا فَقَالَتْ يَا أَبَا سَلَمَةَ اجْتَنِبْ الْأَرْضَ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ ظَلَمَ قِيدَ شِبْرٍ مِنْ الْأَرْضِ طُوِّقَهُ مِنْ سَبْعِ أَرَضِينَ


Maksudnya:"Bahawa Abu Salamah menceritakan kepadanya bahawa dia pernah bertengkar dengan seseorang lalu diceritakan hal ini kepada 'Aisyah radhiallahu'anha, maka 'Aisyah radhiallahu'anha berkata, "Wahai Abu Salamah hindarkanlah bertengkar dalam urusan tanah kerana Nabi ﷺ pernah bersabda, "Siapa yang pernah berbuat aniaya sejengkal saja (dalam perkara tanah) maka nanti dia akan dibebani (dikalungkan pada lehernya) tanah dari tujuh petala bumi". Riwayat Bukhari(2273)


Allah Subhanahuwata'ala. sebenarnya sangat mengambil perhatian terhadap perbuatan zalim. Ini kerana, sekiranya perbuatan zalim atau penganiayaan tidak dibendung ia akan menyebabkan kerosakan kepada muka bumi ini. Negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang zalim (diktator) tidak akan menjadi makmur dan benar-benar bertamadun manakala pentadbiran akan dipenuhi amalan rasuah dan ramailah rakyat yang akan menderita. Sekiranya kezaliman berlaku di dalam sesebuah rumah tangga maka akan semakin besarlah bilangan isteri-isteri yang teraniaya dan anak-anak yang membesar tanpa perhatian yang akhirnya akan menyebabkan kerugian kepada semua pihak termasuk diri sendiri.


Sehubungan dengan hal ini, Allah Subhamahuwata'ala berfirman yang antara lain ; 


إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ



Maksudnya:"Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih". Asy-Syura Ayat 42.


إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَانْتَصَرُوا مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا ۗ وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ


Malsudnya:" Kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali". Asy-Syu'ara' Ayat 227.


Sehubungan dengan hal ini, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. bersabda yang antara lain ; 


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِيَّاكُمْ وَالظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Maksudnya:"Dari Abdullah bin Umar dia berkata; Rasulullah ﷺ. bersabda, "Wahai sekalian manusia, jauhilah kezaliman karena kezaliman itu adalah kegelapan pada hari kiamat". Riwayat Ahmad(5568), Bukhari(2267),Muslim(4675،4676).


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ


Maksudnya:"Dari Ibnu Umar radhiallahu'anhuma, dari Nabi ﷺ, beliau bersabda, "Setiap kalian adalah pemimpin. Dan setiap kalian akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang Amir adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dimintai pertanggungjawaban atas yang dipimpinnya". Riwayat Bukhari(4801).


فَقَالَ مَعْقِلٌ إِنِّي..... سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ


Maksudnya:"Ma'qil bin Yasar Al Muzanni berkata.......Sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidaklah seorang pemimpin yang Allah serahi untuk memimpin rakyatnya, ketika meninggal dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan Allah akan mengharamkan syurga untuknya". Riwayat Muslim(3409)


عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ قَالَ ........قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ أَمِيرِ عَشَرَةٍ إِلَّا يُؤْتَى بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَغْلُولٌ لَا يَفُكُّهُ مِنْ ذَلِكَ الْغُلِّ إِلَّا الْعَدْلُ وَمَا مِنْ رَجُلٍ قَرَأَ الْقُرْآنَ فَنَسِيَهُ إِلَّا لَقِيَ اللَّهَ يَوْمَ يَلْقَاهُ وَهُوَ أَجْذَمُ


Maksudnya:"Dari Sa'ad bin 'Ubadah, ia berkata; …….. Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidaklah seseorang yang memimpin sepuluh orang, melainkan akan mendatangi Allah 'Azza wa Jalla dalam keadaan terbelenggu pada hari kiamat, tidak ada yang dapat melepaskannya dari belenggu itu kecuali keadilan (yang ia terapkan saat di dunia). Dan tidaklah seseorang yang mempelajari Al-Qur'an, kemudian melupakannnya, melainkan ia akan bertemu Allah dalam keadaan putus tangannya". Riwayat Ahmad(21426)


Kesimpulannya, perbuatan zalim sebenarnya merupakan perbuatan yang sangat merugikan kepada si pelakunya. Allah Subhanahuwata'ala boleh memberi hukuman ke atas si pelaku tersebut meskipun masih berada di dunia seperti nasib yang menimpa Firaun. Sekalipun dia terlepas semasa berada di dunia, tetapi pembalasan yang sebenar tetap menantinya ketika dia berada di akhirat kelak. Orang-orang yang berlaku zalim akan menerima nasib yang sangat malang kerana kebaikan yang dimilikinya akan berpindah kepada orang-orang dizaliminya. Bahkan, sekiranya dia tidak mempunyai kebaikan, maka keburukan orang-orang yang teraniaya akan terlempar kepadanya dan akan ditanggung olehnya.

Wednesday, August 25, 2021

Persaudaraan dalam Islam (الأخوة في الإسلام)

Persaudaraan dalam Islam (الأخوة في الإسلام)

Ukhwah atau persaudaraan dalam Islam adalah nikmat yang amat berharga kurniaan Allah Subhanahuwata'ala kepada umat Islam. Islam. Ianya merupakan nikmat dari kekuatan iman dan ketakwaan yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, rasa saling percaya mempercayai dan hormat-menghormati, sesama insan yang terikat dengan akidah Islamiah. Kesinambungan daripada perasaan ini melahirkan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi untuk saling tolong-menolong, berkasih sayang, saling memaafi, setia kawan, dan sikap mulia lainnya. Tidak akan ada ukhwah tanpa iman dan takwa dan begitu juga sebaliknya.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda


عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ


Maksudnya:" Dari Anas dari Nabi ﷺ, beliau bersabda, "Tidaklah beriman seseorang dari kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri". Riwayat Bukhari (12),Muslim (64,65),Tirmizi(2439)


Dimaksud dengan tidak beriman ialah tidak mencapai  puncak iman kerana iman seringkali dianggap tidak ada kerana ketiadaan rukun-rukun dan kewajipan-kewajipannya, seperti sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam.


َ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَنْتَهِبُ نُهْبَةً يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِيهَا أَبْصَارَهُمْ حِينَ يَنْتَهِبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu berkata; Nabi ﷺ bersabda, "Seorang pezina tidak sempurna imannya ketika sedang berzina, dan seorang peminum khamar tidak sempurna imannya ketika sedang minum-minum dan seorang pencuri tidak sempurna imannya ketika sedang mencuri dan seorang yang merampas hak orang agar pandangan manusia tertuju kepadanya tidak sempurna imannya ketika dia merampasnya". Riwayat Bukhari(2475)


عَنْ أَبِي شُرَيْحٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَاللَّهِ لَا يُؤْمِنُ وَاللَّهِ لَا يُؤْمِنُ وَاللَّهِ لَا يُؤْمِنُ قِيلَ وَمَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الَّذِي لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَايِقَهُ


Maksudnya:"Dari Abu Syuraih bahawasanya Nabi ﷺ bersabda, "Demi Allah, tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman." Ditanyakan kepada beliau, "Siapa yang tidak beriman wahai Rasulullah?" beliau bersabda, "Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan gangguannya." Riwayat Bukhari(6016)


Imam an-Nawawi rahimahullah berkata,“Para ulama mengatakan bahawa maknanya ialah tidak beriman dengan iman yang sempurna, kerana pokok iman itu ada pada orang yang tidak memiliki sifat ini”. Syarah Shahih Muslim (II/16)


Maksud hadith di atas ialah di antara sifat iman yang wajib, adalah seseorang mencintai untuk saudaranya yang mukmin apa yang ia cintai untuk dirinya dan membenci untuknya apa yang ia benci untuk dirinya sendiri. Jika sifat tersebut hilang darinya, maka imannya berkurang. Lihat Jami'ul ‘Ulum wal-Hikam (I/303),Imam ibnu Rajab al-Hanbali. 


Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


 مَنْ أَحَبَّ لِلَّهِ وَأَبْغَضَ لِلَّهِ وَأَعْطَى لِلَّهِ وَمَنَعَ لِلَّهِ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ اْلإِيْمَانُ. 


Maksydnya:"“Barangsiapa mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi karena Allah, dan menahan (tidak memberi) kerana Allah, maka sungguh, telah sempurna imannya”.Riwayat Abu Daud(4681)


Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, 


 مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُزَحْزَحَ عَنِ النَّارِ وَيُدْخَلَ الْجَنَّةَ فَلْتَأْتِهِ مَنِيَّتُهُ وَهُوَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ، وَلْيَأْتِ إِلَى النَّاسِ الَّذِيْ يُحِبُّ أَنْ يُؤْتَى إِلَيْهِ. 


Maksudnya:"Barang siapa ingin dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka hendaklah ia mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan hari Akhir, dan hendaklah ia menunaikan dan berbuat (kebaikan) kepada orang lain apa yang ia senang bila orang lain (berbuat baik) kepadanya”. Riwayat Muslim(1844)


Abu Dzarr Radhiyallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda kepadaku:


 يَا أَبَا ذَرٍّ! إِنِّي أَرَاكَ ضَعِيْفًا، وَإِنِّي أُحِبُّ لَكَ مَا أُحِبُّ لِنَفْسِيْ، لاَ تَتَأَمَّرَنَّ عَلَى اثْنَيْنِ، وَلاَ تَوَلَّيَنَّ مَالَ يَتِيْمٍ. 


Maksudnya:"“Wahai, Abu Dzarr! Sungguh, aku melihat engkau sebagai orang yang lemah dan aku mencintai untuk dirimu apa yang aku cintai untuk diriku. Janganlah engkau memimpin dua orang, dan jangan pula memegang harta anak yatim”. Riwayat Muslim(1826)


Dari an-Nu’man bin Basyir dari Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam, beliau bersabda, 


 مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ، مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى. 


Maksudnya:"“Perumpamaan kaum mukminin dalam cinta-mencintai, sayang-menyayangi dan bahu-membahu, seperti satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuhnya sakit, maka seluruh anggota tubuhnya yang lain ikut merasakan sakit juga, dengan tidak bisa tidur dan demam”. Riwayat Bukhari(6011)


Para ulama berbeza pendapat tentang pelaku dosa besar; apakah dia dinamakan mukmin yang kurang imannya atau tidak dikatakan mukmin? Sesungguhnya yang benar dikatakan: dia muslim dan bukan mukmin menurut salah satu dari dua pendapat, dan kedua pendapat tersebut diriwayatkan dari Imam Ahmad, atau ia mukmin dengan imannya dan fasik dengan dosa besarnya. 


Adapun orang yang mengerjakan dosa-dosa kecil, iman tidak hilang dari dirinya secara total, namun ia orang mukmin yang kurang beriman dan imannya berkurang sesuai dengan kadar dosa kecil yang ia kerjakan. 


Sedangkan pendapat yang mengatakan bahawa pelaku dosa besar dinamakan seorang mukmin yang kurang imannya diriwayatkan dari Jabir bin ‘Abdillah Radhiyallahu ‘anhu, dan merupakan pendapat Ibnul-Mubarak, Ishaq, Ibnu ‘Ubaid, dan selain mereka.


Berbalik kepada perbincangan "Persaudaraan dalam Islam", yang sebenarnya persaudaraan itu merupakan sendi dan tunjang kekuatan perpaduan umat Islam yang dapat menjamin keharmonian dalam kehidupan. Kerana itu ikatan persaudaraan perlu dijaga dan dipelihara agar terus berpanjangan dan tetap dinikmati, hidup subur dan berterusan hingga ke akhir hayat. 


Ke arah menjadikannya kenyataan, Islam telah menggariskan beberapa syarat, antaranya ialah: Persaudaraan itu hendaklah dibina atas dasar ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahuwata'ala berasaskan iman dan taqwa, berlandaskan syariat Islam dan diamalkan secara konsisten baik dikala senang mahupun dikala susah.


Inilah rahsia yang menghasilkan perpaduan dalam persaudaraan, kerana orang yang beriman akan melaksanakan suruhan Allah atas dasar keikhlasan yang akan menjadikan mereka orang yang berakhlak lohor dan mulia. Ia akan sentiasa berusaha menyuburkan ukhuah Islamiah itu dengan ikatan kasih sayang dan sanggup berkorban, baik berkorban harta, masa, tenaga atau fikiran. Jika perkara ini diamalkan oleh semua orang perpaduan dapat dicapai, kehidupan menjadi aman, negara bertambah maju dan kukuh serta selamat dari sebarang ancaman atau pengaruh anasir yang tidak baik.


Hasil kewujudan ukhuah Islamiah itu dapat dirasakan dan dinikmati bila mana sifat ingin bantu membantu dan memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya bersemarak ke dalam jiwa dan turut merasa senang jika saudara-saudara kita memperolehi nikmat dan kebahagiaan, jauh sekali merasa dengki dan khianat.


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam banyak memberikan panduan dan nasihat kepada umatnya bagaimana cara mengeratkan hubungan silaturrahim tersebut, antaranya sebagaimana sabda Baginda Sallallahu'alaihiwasallam dari hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari dari Ibnu Umar Radiallahu Anha ia berkata: Baginda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Maksudnya:"Bahwa 'Abdullah bin 'Umar radhiallahu'anhuma mengkhabarkannya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya untuk disakiti. Siapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan membantu keperluannya. Siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah menghilangkan satu kesusahan baginya dari kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat". Riwayat Bukhari(2262)


Inilah rahsia orang-orang Islam yang menjadikan ikatan persaudaraan itu sebagai benteng perpaduan ummah. Kerana umat yang bersatu padu, yang saling bertolong-tolongan dan bantu membantu termasuk membimbing dan memberi petunjuk untuk melakukan kebaikan dan menolak kejahatan, serta saling berkasih-kasihan akan membentuk satu pertahanan atau benteng yang sangat kuat dan kukuh dan sukar untuk dipecah belahkan. Kerana itulah juga Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam menjadikan kaum Ansar dan Muhajirin adalah bersaudara.Dengan ikatan muhibah tersebut , akhirnya segala usaha dan rancangan mengambangkan Islam menjadi kuat dan berjaya kerana mendapat sokongan dan dukungan pengikut-pengikut Baginda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam yang sentiasa dan bersatu hati.


Kita perlu ingat bahawa umat yang berpecah belah, tiada perpaduan, tiada silaturrahim menyebabkan tiada kekuatan. Menjadi umat yang lemah dan rapuh. Contoh yang boleh menjadi ikhtibar terlalu banyak. Kita lihat negeri yang tidak bersatu, suka berpecah belah, negaranya tidak aman dan harmoni, sebaliknya menghadapi berbagai-bagai masalah yang merugikan diri sendiri. Bukankah Allah Subhanahu Wata'ala telah memberikan peringatan dengan firman-Nya, 


"وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ


Maksudnya:"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk". Ali-Imran ayat 103


Akhirnya, marilah kita sama-sama meningkatkan, menjaga dan memelihara tali persaudaraan kita, jangan sampai putus dan musnah. Binalah dengan asas keimanan dan kekuatan. Berdoalah kepada Allah Subhanahuwata'ala semoga tali persaudaraan kita tetap kukuh untuk selama-lamanya. Mudah-mudahan dengan demikian kita dapat membina keamanan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita ini. آمیـــــــــــــن یارب العالمین


".

Boikot sebagai jihad harta yang merupakan bahagian jihad fi sabilillah ( جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ) menurut perspektif Islam.

Boikot sebagai jihad harta yang merupakan bahagian jihad fi sabilillah  ( جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ) menurut perspektif Islam. Secara umumnya...