Thursday, June 1, 2023

Penuntut Ilmu dan adab menuntut ilmu.

Penuntut Ilmu dan adab menuntut ilmu.

Waktu yang Allah Subhaanahuwata’ala berikan lebih mahal daripada emas kerana ia adalah kehidupan bagi kita. 


الوقت هو الحياة


Seorang penuntut ilmu pula  tidak layak baginya menyia-nyiakan waktu luangnya untuk melawak jenaka, bergurau, bermain-main, dan melakukan hal-hal yang tidak bermunafaat kerana ia tidak akan  dapat mengganti waktunya yang telah berlalu. Sesiapa yang lalai terhadap waktunya, Maka semakin besarlah kerugiannya, sebagaimana orang yang sakit merasa rugi kerana kehilangan kesihatan dan kekuatannya. Rasulullah Sallallaahu‘alaihiwasallam bersabda,


نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنٌ فِيْهِمَا كَثِيْـرٌ مِنَ النَّاسِ: الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ.


Maksudnya:"Dua nikmat, yang manusia banyak tertipu dengan-nya: nikmat sihat dan waktu luang". Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 6412), at-Tirmidzi (no. 2304), Ibnu Majah (no. 4170), Ahmad (I/258, 344), ad-Darimi (II/297), al-Hakim (IV/306).


Seorang Muslim yang terkumpul dua nikmat ini pada dirinya iaitu kesihatan badan dan waktu luang, maka sewajibnyalah dia menunaikan hak keduanya, iaitu bersyukur kepada Allah Subhaanahuwata’ala dengan memunfaatkan kedua-duanya untuk melakukan ketaatan dan meraih keredhaan-Nya. 


Jika ia menyia-nyiakannya maka ia adalah orang yang tertipu atau kerugian besar dan bangkrut. Ini kerana, kesihatan akan digantikan dengan sakit dan waktu luang akan digantikan dengan kesibukan. Sebagaimana seorang pedagang yang memiliki modal, ia mesti meraih keuntungan dengan modalnya itu. Begitu juga seorang Muslim memiliki modal, iaitu kesihatan dan waktu luang, maka ia tidak boleh menyia-nyiakannya pada selain Dari ketaatan kepada Allah Subhanahuwata’ala, yang merupakan perdagangan paling menguntungkan.


Seorang penuntut ilmu mesti memunfaatkan waktu luangnya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak boleh menunda-nunda dari melakukan berbagai kebaikan.


Diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma, ia berkata, “Rasulullah Sallallaahu‘alaihiwasallam memegang kedua bahuku seraya bersabda,


كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ، وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُوْلُ: إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ  لِمَوْتِكَ.


Maksudnya:"Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau seorang musafir.’” Dan Ibnu ‘Umar pernah mengatakan, “Jika engkau berada di petang hari, janganlah menunggu pagi. Dan jika engkau berada di pagi hari, janganlah menunggu petang. Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan waktu hidupmu sebelum matimu.  Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 6416), Ahmad (II/24, 132), at-Tirmidzi (no. 2333), Ibnu Majah (no. 4114), dan al-Baihaqi (III/369).


Dengan kemurahan Allah Subhanahuwata’ala semoga contoh-contoh berikut dapat membangkitkan semangat kita dalam mencari ilmu dan menyedari bahawa kita telah banyak menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga.


Muhammad bin ‘Abdul Baqi (wafat th. 535 H) rahimahullaah mengatakan, “Aku tidak pernah menyia-nyiakan waktu yang pernah berlalu dari umurku untuk bermain-main dan berbuat yang sia-sia. Lihat Siyar A’laamin Nubalaa’ (XX/26).


Ketahuilah sesungguhnya waktu itu dibahagi menjadi beberapa bahagian. Al-Khalil bin Ahmad (wafat th. 160 H) rahimahullaah mengatakan, “Waktu itu ada tiga bahagian : waktu yang telah berlalu darimu dan tidak akan kembali, waktu yang sedang engkau alami, dan lihatlah bagaimana ia akan berlalu darimu, dan waktu yang engkau tunggu, boleh jadi engkau tidak akan mendapatkannya. Lihat Thabaqaat al-Hanaabilah (I/288). Dinukil dari kitab Ma’aalim fii Thariiq Thalabil ‘Ilmi (hal. 35-36).


Ada riwayat yang sangat mengagumkan, yang menunjukkan kesungguhan mereka dalam menggunakan waktu dan umurnya. Iaitu riwayat yang disebutkan Imam adz-Dzahabi dalam Siyar A’laamin Nubalaa’ tentang Dawud bin Abi Hindun (wafat th. 139 H) rahimahullaah. Daud berkata, “Ketika kecil aku berkeliling pasar. Ketika pulang, aku usahakan diriku untuk berzikir kepada Allah Subhanahuwata’ala hingga tempat tertentu. Jika telah sampai tempat itu, kuusahakan diriku untuk berzikir kepada Allah Subhanahuwata’ala hingga tempat selanjutnya… hingga sampai di rumah.Lihat Siyar A’laamin Nubalaa’ (VI/378).


Kewajipan menuntut ilmu adalah satu proses yang berlanjutan, sepanjang hidup seorang muslim di manapun dia berada. Di sinilah ketinggian Islam dalam memuliakan pencarian ilmu dan menanamkan budaya ilmu yang tinggi bagi para penuntutnya.


Ilmu adalah kunci segala kebaikan dan pengetahuan. Ilmu juga merupakan kewajipan untuk menjalankan segala yang Allah Subhanahuwata'ala perintahkan kepada kita. Ada beberapa hal yang mewajibkan muslim untuk menuntut ilmu sebagai contoh ilmu Fardhu Ain yang wajib dipelajari dan berdosa sekiranya ditinggalkan.


Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ


Maksudnya:“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim”. Riwayat Ibnu Majah (224),


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Barangsiapa berjalan di suatu jalan untuk mencari ilmu, niscaya Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga". Tirmizi (2570)


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ


Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah Subhanahuwata'ala akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah Subhanahuwata'ala akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. Riwayat Muslim (4867)


Antara fiqh al-Hadith yang boleh dikeluarkan daripada hadith ini:


-Allah Subhanahuwata'ala akan memudahkan jalan ke Syurga.


-Kelebihan datang ke masjid untuk mempelajari al-Qur’an.


-Mendapat sakinah dan rahmat daripada Allah Subhanahuwata'ala.


-Mendapat perlindungan daripada para malaikat.


-Syarat yang diperlukan untuk mendapat semua ini perlulah dengan niat yang betul.


Untuk menjadi orang yang berilmu, seseorang itu mestilah memiliki niat kuat untuk belajar serta berikhtiar dengan bersungguh-sungguh dan sabar menjalani setiap proses pembelajaran. Tetapi yang juga penting adalah berdoa memohon kepada Allah Subhanahuwata'ala agar memberikan kemudahan dan kefahaman dari suatu ilmu sehingga seseorang hamba itu bertambah ilmunya.


فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ ۗ وَلَا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُقْضَىٰ إِلَيْكَ وَحْيُهُ ۖ وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا


Maksudnya:"Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan". Surah Taha ayat 114.


Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah berkata,


( وَقَوْله عَزَّ وَجَلَّ : رَبّ زِدْنِي عِلْمًا ) وَاضِح الدَّلَالَة فِي فَضْل الْعِلْم ؛ لِأَنَّ اللَّه تَعَالَى لَمْ يَأْمُر نَبِيّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِطَلَبِ الِازْدِيَاد مِنْ شَيْء إِلَّا مِنْ الْعِلْم ، وَالْمُرَاد بِالْعِلْمِ الْعِلْم الشَّرْعِيّ الَّذِي يُفِيد مَعْرِفَة مَا يَجِب عَلَى الْمُكَلَّف مِنْ أَمْر عِبَادَاته وَمُعَامَلَاته ، وَالْعِلْم بِاَللَّهِ وَصِفَاته ، وَمَا يَجِب لَهُ مِنْ الْقِيَام بِأَمْرِهِ ، وَتَنْزِيهه عَنْ النَّقَائِض



Maksudnya:"Firman Allah Ta’ala (yang ertinya),’Wahai Rabb-ku, tambahkanlah kepadaku ilmu’ mengandung dalil yang tegas tentang keutamaan ilmu. Kerana sesungguhnya Allah Ta’ala tidaklah memerintahkan Nabi-Nya Sallallahu'alaihiwasallam untuk meminta tambahan sesuatu kecuali (tambahan) ilmu. Adapun yang dimaksud dengan (kata) ilmu di sini adalah ilmu syar’i. Iaitu ilmu yang akan menjadikan seorang mukallaf mengetahui kewajipannya berupa masalah-masalah ibadah dan muamalah, juga ilmu tentang Allah dan sifat-sifatNya, hak apa saja yang harus dia tunaikan dalam beribadah kepada-Nya, dan mensucikan-Nya dari berbagai kekurangan”. (Fathul Baari, 1/92)


Menuntut ilmu adalah merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan. Ini kerana, ilmu merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan samada perkara tersebut baik atau tidak. Selain itu, Allah Subhanahuwata'ala juga akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:


يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ


Maksudnya: “Supaya Allah Subhanahuwata'ala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. al-Mujadalah ayat 11.


Berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala ini, ia menunjukkan akan wujudnya ganjaran di akhirat dan karamah (kemuliaan) di dunia. Maka dengan itu, diangkat orang yang beriman daripada orang yang tidak beriman dan orang yang alim daripada orang yang bukan alim. Telah berkata Ibn Mas’ud RA bahawa Allah Subhanahuwata'ala telah memuji ulama’ di dalam ayat ini iaitu Allah SWT mengangkat orang-orang beriman yang diberi ilmu di atas orang-orang beriman yang tidak diberikan ilmu dengan beberapa darjat. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi,17/299]


Walaupun begitu mencari ilmu itu ada adabnya. Meskipun mencari ilmu adalah perbuatan yang mulia, tetapi ia juga perkara yang sulit (طلب العلم من على الأمَر واَشْعابِها), demikian kata Imam al-Zarnuji dalam kitabnya   (تعليم المتعلم في طريق التعلم). 


Ini kerana seseorang yang mencari ilmu melalui sumber yang tidak mempunyai authority di dalam bidangnya misalnya, boleh mengelirukan fikirannya, kerana ilmu yang diperolehnya tidak benar.


Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ


Maksudnya: “Adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya”. Riwayat al-Thabarani (2663) di dalam Mu’jam al-Awsath.


Hadith riwayat Abu Darda’ di atas terdapat syahid atau syawahid  dari hadith yang diriwayatkan oleh Muawiyah bin Abi Sufiyan. Beliau telah mendengar Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمَ وَالْفِقْه بِالتَّفَقُّهِ


Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan memahaminya”. Riwayat al-Thabarani (929) di dalam Mu’jam al-Kabir


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


عَنْ كَثِيرِ بْنِ قَيْسٍ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ أَبِي الدَّرْدَاءِ فِي مَسْجِدِ دِمَشْقَ فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا أَبَا الدَّرْدَاءِ أَتَيْتُكَ مِنْ الْمَدِينَةِ مَدِينَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِحَدِيثٍ بَلَغَنِي أَنَّكَ تُحَدِّثُ بِهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَمَا جَاءَ بِكَ تِجَارَةٌ قَالَ لَا قَالَ وَلَا جَاءَ بِكَ غَيْرُهُ قَالَ لَا قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ



Maksudnya:"Dari Katsir bin Qais ia berkata; "Ketika aku sedang duduk di samping [Abu Darda] di masjid Damaskus, tiba-tiba datang seseorang seraya berkata; "Hai Abu Darda, aku mendatangi anda dari kota Madinah, kota Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam kerana satu hadith yang telah sampai kepadaku, bahwa engkau telah menceritakannya dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam! " Lalu Abu Darda bertanya; "Apakah engkau datang karena berniaga?" Katsir bin Qais menjawab; "Bukan, " Abu Darda` bertanya lagi, "Apakah karena ada urusan yang lainnya?" Katsir bin Qais menjawab; "Bukan, " Katsir bin Qais berkata; "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Barangsiapa meniti jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya karena ridla kepada penuntut ilmu. Dan seorang penuntut ilmu akan dimintakan ampunan oleh penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di air. Sungguh, keutamaan seorang alim dibanding seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar". Ibnu Majah (219)


Justeru itu, kehadiran guru sebagai pembimbing dalam belajar menjadi sangat penting, agar pencari ilmu tidak jatuh ke dalam keraguan dan kebimbangan. Sebagaimana kata Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali  :


فَاعْلَمْ أَنَّ الْأُسْتَاذَ فَاتِحٌ وَمُسَهِّلٌ، وَالتَّحْصِيْلُ مَعَهُ أَسْهَلُ وَأَرْوَحُ


Maksudnya: Ketahuilah olehmu, bahawasanya guru itu adalah pembuka (yang tertutup) dan memudahkan (yang rumit). Mendapatkan ilmu dengan adanya bimbingan guru akan lebih mudah dan lebih menyenangkan."(Minhajul 'Abidin ilaa Janhati Rabbil 'Alamiin, halaman 8).


Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ


Maksudnya: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).Surah al-Taubah (122)


Al-Alusi berkata: “Hakikatnya, penggunaan 'untuk mengajar' (لِيُعْلِمُوْا) lebih sesuai berbanding 'memberi peringatan' (لِيُنذِرُوا) dan 'supaya mereka faqih' (يَتَفَقَّهُوْا) berbanding 'berjaga-jaga dari melakukan larangan Allah' (يَحْذَرُونَ). Akan tetapi, dipilih perkataan-perkataan tersebut berbanding istilah yang satu lagi sebagai isyarat bahawa matlamat guru hendaklah untuk memberi petunjuk dan peringatan. Sedangkan matlamat penuntut ilmu pula adalah untuk meraih rasa takut kerana Allah Allah Subhanahu Wa Ta'ala, bukan bersenangan dan merasa takabbur dengan ilmu. (Lihat Ruh al-Ma’ani, 11/48)


Dengan memahami petunjuk dari nas Ilahi di atas, jelas menunjukkan perintah untuk menuntut ilmu melalui pembelajaran dan berguru. Inilah yang asalnya. Hal ini diperkuatkan lagi dengan hadith daripada Abi Darda’ R.A, sabda Rasulullah Sallahuallaihiwasallam


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمَ وَالْفِقْه بِالتَّفَقُّهِ


Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan tafaqquh (memahaminya).”


Hadith Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (395)


Berkata Al-Hafiz Abu Bakr al-Khatib al-Baghdadi berkata: “Tidak diambil sesuatu ilmu agama melainkan daripada mulut-mulut para ulama’.” (Lihat al-Faqih wa al-Mutafaqqih, 2/192)


Inilah diantara beberapa petunjuk yang menunjukkan dituntut agar memilih guru dalam mengambil ilmu agama, dan tidak boleh sembarangan. Dan inilah yang disuruh oleh para ulama yang terdahulu. Diantaranya Muhammad bin Sirin rahimahullah, beliau mengatakan:


إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم


Maksudnya:“Ilmu ini adalah bahagian dari agama kamu, maka perhatikanlah baik-baik dari siapa kamu mengambil ilmu agama kamu” (Diriwayatkan oleh Ibnu Rajab dalam Al Ilal, 1/355).


Imam Muslim juga menuqilkan dalam muqaddimah kitab Sahih Muslim daripada Muhammad ibn Sirin bahawa dia berkata:


إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِيْنٌ فَانظُرُوْا عَمَّنْ تَأْخُذُوْنَ دِيْنَكُمْ


Maksudnya: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka kamu lihatlah daripada siapakah kamu mengambil agama kamu.” (Lihat Muqaddimah Sahih Muslim, 1/11)


Abdullah Ibn al-Mubarak pula berkata:


الْإِسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ لَوْ لَا الْإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ


Maksudnya: "Isnad itu adalah sebahagian daripada agama, sekiranya tidak ada isnad maka berkatalah seseorang itu apa yang hendak dikatakannya (bergantung kepada hawa nafsunya)" (Lihat Muqaddimah Sahih Muslim, 1/12)


Dalam kitab Al-Fawaaidul Makkiyyah, halaman 25 dan kitab Taudhihul Adillah, juz III, halaman 147, terdapat syair :


مَنْ يَأْخُذِ الْعِلْمَ عَنْ شَيْخٍ مُشَافَهَةً # يَكُنْ عَنِ الزَّيْغِ وَالتَّحْرِيْفِ فِى حَرَمٍ


Maksudnya:"Barang siapa yang mengambil ilmu dari seorang guru secara langsung berhadap-hadapan # niscaya akan terjagalah dia dari kesesatan dan kekeliruan


Mempelajari ilmu agama hendaklah dilakukan melalui guru. Meskipun di saat ini banyak sekali teknologi yang semakin memudahkan seseorang untuk belajar agama, tetapi hendaknya tetap memiliki guru untuk mendapatkan pengajaran agama yang tepat.


Ada ungkapan dan nasihat bagus agar kita tidak menjadikan sebuah kitab sebagai satu-satunya guru sekaligus sebagai peringatan bagi orang yang belajar tanpa guru.


“من كان شيخه كتابه فخطؤه أكثر من صوابه”


Maksudnya:“Barangsiapa  gurunya adalah sebuah kitab maka kesalahannya akan lebih banyak dari pada benarnya”.


Sesungguhnya seseorang yang telah tersesat di dalam mempelajari ilmu agama, maka tidak akan mendapatkan apa-apa munafaat apapun.


Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda,


مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ


Maksudnya:“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”. Riwayat Bukhari (2697) dan Muslim (1718)


Belajar tanpa guru dibimbangi akan terjerumus ke dalam ajaran yang salah. Mempelajari agama Islam tanpa guru boleh menyebabkan kebingungan bagi diri sendiri kerana tidak adanya keteguhan dalam belajar, juga ditakuti seseorang pelajar itu akan membuat kesimpulan sesuatu kemusykilan agama pada natijah yang salah. Terkadang mempelajari ilmu agama tanpa berguru boleh menyebabkan seseorang itu menjadi fanatik pada satu-satu pandangan yang dia gemari atau sukai sahaja tanpa membandingkan dengan pandangan-pandangan yang lain. 


Syaikh Abu Yazid al Bustamiy (wafat 261 H, seorang sufi, bermazhab Hanafi mengatakan:


من لم يكن له شيخ فشيخه الشيطان


Maksudnya:"Barangsiapa tidak memiliki guru maka gurunya adalah syaitan.” (Tafsir Ruhul Bayan, 5/264).


Perhatian: Ini bukan hadith Nabi Sallahuallaihiwasallam sebagaimana Salah sangka bagi sesetengah orang. 


Salah satu dari semangat para ulama dalam menuntut ilmu tercermin dalam usaha mereka untuk belajar dengan banyak guru. Para ulama berusaha mendapatkan ilmu dan faidah dari berbagai guru, kerana setiap guru terkadang memiliki keahlian masing-masing. Hal ini juga akan membuat mereka tidak terlalu fanatik dengan guru atau mazab atau pendapat tertentu.


Baca juga:


https://ustazhajimarzukihajiburhanuddin.blogspot.com/2022/08/bolehkah-membaca-tanpa-berguru.html


https://ustazhajimarzukihajiburhanuddin.blogspot.com/2019/11/berguru-adalah-tradisi-ilmu-di-dalam.html


https://ustazhajimarzukihajiburhanuddin.blogspot.com/2022/07/menuntut-ilmu-adalah-jihad-dan-adab.html


https://ustazhajimarzukihajiburhanuddin.blogspot.com/2019/10/pahala-haji-bagi-orang-yang-menuntut.html


https://ustazhajimarzukihajiburhanuddin.blogspot.com/2021/10/matinya-para-ulama-merupakan-di-antara.html







 

 


















 










No comments:

Post a Comment

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah.

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah. Kita seharusnya benar-benar menyedari bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan dua pilihan jala...