Sunday, February 21, 2021

Gelapnya kubur dan amalan-amalan yang menyelamatkan dari Azab dan gelapnya kubur.

Gelapnya kubur dan amalan-amalan yang menyelamatkan dari Azab dan gelapnya kubur. 


Gelapnya alam kubur, sebagaimana dinyatakan hadith berikut; 


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ امْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَتْ تَقُمُّ الْمَسْجِدَ – أَوْ شَابًّا – فَفَقَدَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَ عَنْهَا – أَوْ عَنْهُ – فَقَالُوا مَاتَ. قَالَ « أَفَلاَ كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِى ». قَالَ فَكَأَنَّهُمْ صَغَّرُوا أَمْرَهَا – أَوْ أَمْرَهُ – فَقَالَ « دُلُّونِى عَلَى قَبْرِهِ ». فَدَلُّوهُ فَصَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ قَالَ « إِنَّ هَذِهِ الْقُبُورَ مَمْلُوءَةٌ ظُلْمَةً عَلَى أَهْلِهَا وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُنَوِّرُهَا لَهُمْ بِصَلاَتِى عَلَيْهِمْ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahawa seorang wanita hitam atau seorang pemuda- biasanya menyapu masjid Nabawi pada masa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam tidak mendapatinya sehingga beliau Sallallahu‘alaihiwasallam menanyakannya. Para sahabat menjawab, ‘Dia telah meninggal’. Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam berkata, ‘Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku?’ Abu Hurairah berkata, ‘Seolah-olah mereka menganggap remeh urusan kematiannya". Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, ‘Tunjukkan kuburnya kepadaku’. Lalu mereka menunjukkannya, beliau pun kemudian mensolati wanita itu, lalu bersabda, “Sesungguhnya kuburan-kuburan ini dipenuhi kegelapan bagi para penghuninya, dan sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menyinarinya bagi mereka dengan solatku terhadap mereka". Riwayat Bukhari (458) dan Muslim (956).


Ibnu Hajar menjelaskan dalam Fathul Bari (2/99), hadith wanita kulit hitam ini tidak diragukan lagi (dikuatkan oleh banyak riwayat). Ia diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan juga Baihaqi. Baihaqi menamakan wanita itu dengan Ummu Mahjan.


Antara Amalan-Amalan Penghalang Daripada Azab Kubur


Beberapa amalan yang boleh kita sama-sama praktikkan bersumberkan daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih agar sama-sama dapat kita perolehi manfaat seterusnya mengamalkannya. Antara amalan-amalan tersebut ialah:


1-Iman & Beramal Soleh


Beriman dan juga beramal soleh adalah antara wasilah yang paling utama untuk menghindari azab kubur. Firman Allah Subhanahuwata'ala:


يُثَبِّتُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱلۡقَوۡلِ ٱلثَّابِتِ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِۖ وَيُضِلُّ ٱللَّهُ ٱلظَّٰلِمِينَۚ وَيَفۡعَلُ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ 


Maksudnya: Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya".Ibrahim ayat 27.


Al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah di dalam tafsirnya, Tafsir al-Quran al-‘Azim menukilkan kata-kata Sufyan al-Thauri Rahimahullah yang mana beliau mengatakan bahawa ayat di atas berkaitan dengan azab kubur. Lihat Ibn Kathir. Tafsir al-Quran al-‘Azim. Dar Tayyibah, (4/496)


Allah Subhanahuwata'ala menetapkan pendirian orang yang beriman dengan hati yang sempurna iaitu mereka yang melazimi amal perbuatan yang membuahkan hasil (amal soleh) dan Allah Subhanahuwata'ala menetapkan mereka pada kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Apabila matinya mereka di pengakhiran, akan tetap di atas Islam dan memperoleh husnul khatimah dan di dalam kubur, ketika di soal oleh dua malaikat, dapat menjawabnya dengan jawapan yang sahih. 

Lihat Abd al-Rahman al-Sa’di. Tafseer al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan. Muassasah al-Risalah, hlm. 425.


2-Menjaga Sempadan (al-Ribat) Pada Jalan Allah Subhanahuwata'ala. 


Iaitu mereka yang berterusan menjaga sempadan pada jalan Allah Subhanahuwata'ala dan bersabar di atasnya. Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Fadalah bin ‘Ubaid RA bahawasanya Rasulullah Sallahuala'ihiwasallam telah bersabda:


كُلُّ الْمَيِّتِ يُخْتَمُ عَلَى عَمَلِهِ، إِلاَّ الْمُرَابِطَ فَإِنَّهُ يَنْمُو لَهُ عَمَلُهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَيُؤَمَّنُ مِنْ فَتَّانِ الْقَبْرِ


Maksudnya: Setiap yang mati, maka amalannya telah ditutupi kecuali bagi al-Murabit (orang yang menjaga sempadan di jalan Allah Subhanahuwata'ala). Sesungguhnya amalannya akan terus bertambah sehingga hari akhirat dan selamat dari fitnah kubur.

Riwayat Abu Daud (2500) & Al-Tirmizi (1621). Status: Sahih


3-Melazimi Bacaan Surah al-Mulk


Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma yang mana beliau meriwayatkan:


ضَرَبَ بَعْضُ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم خِبَاءَهُ عَلَى قَبْرٍ وَهُوَ لاَ يَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ حَتَّى خَتَمَهَا فَأَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكُ حَتَّى خَتَمَهَا ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏هِيَ الْمَانِعَةُ هِيَ الْمُنْجِيَةُ تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ


Maksudnya: Telah mendirikan khemah sebahagian sahabat Nabi Sallahuala'ihiwasallam di atas kubur dan mereka tidak mengetahui yang terdapatnya kubur di situ dan mereka mendengar ada seseorang (daripada kubur) membaca Surah al-Mulk (Tabarakallah Biyadihi al-Mulk) sehingga tamat. Kemudian lelaki tersebut datang kepada Nabi Sallahuala'ihiwasallam seraya berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah mendirikan khemah di atas kubur yang aku tidak mengetahui akannya dan aku terdengar di dalamnya seseorang membaca Surah al-Mulk sehingga tamat. Maka Rasulullah Sallahuala'ihiwasallam berkata: “Ia (Surah al-Mulk) adalah penghalang, penyelamat daripada azab kubur”.Riwayat Al-Tirmizi (2890)


4-Doa Yang Diajarkan Oleh Nabi Subhanahuwata'ala


Terdapat juga doa yang boleh dijadikan amalan bagi kita yang mana doa ini telah dibacakan oleh Nabi Sallahuala'ihiwasallam dalam memohon agar diri Baginda dilindungi dari fitnah dan azab kubur. Doa Nabi Sallahuala'ihiwasallam tersebut adalah:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon perlindungan kepadamu daripada azab kubur, daripada azab api neraka, daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah masih al-Dajjal”.

Riwayat Al-Bukhari (1377)


Doa ini boleh diamalkan bahkan terdapat banyak lagi riwayat yang sama maknanya dengan doa di atas.


Abu Laist As-Samarqandi mengatakan dalam Tanbihul Ghafilin, barangsiapa yang ingin selamat dari azab kubur hendaknya ia melakukan empat hal ini, kerana itulah yang kelak akan menjadi penerang dalam kubur.


Pertama: Menjaga solat lima waktu. Solat merupakan amalan pertama yang akan diperhitungkan pada hari kiamat. Dalam sebuah hadith dikatakan, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ : قاَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ ، فَإنْ صَلُحَتْ ، فَقَدْ أفْلَحَ وأَنْجَحَ ، وَإنْ فَسَدَتْ ، فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنِ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ ، قَالَ الرَّبُ عَزَّ وَجَلَّ اُنْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ ، فَيُكَمَّلُ مِنْهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ تَكُونُ سَائِرُ أعْمَالِهِ عَلَى هَذَا. رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ.


Maksudnya:"Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Sallahuala'ihiwasallam bersabda, “Sesungguhnya amal yang pertama kali dihisab pada seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Maka, jika solatnya baik, sungguh ia telah beruntung dan berhasil. Dan jika solatnya rosak, sungguh ia telah gagal dan rugi. Jika berkurang sedikit dari solat wajibnya, maka Allah Ta’ala berfirman, ‘Lihatlah apakah hamba-Ku memiliki solat sunat.’ Maka disempurnakanlah apa yang kurang dari solat wajibnya. Kemudian begitu pula dengan seluruh amalnya”. Riwayat al-Tirmizi (413), Ahmad (8017), Abu Daud (864) dan Ibn Majah (1425).


Allah Subhanahuwata'ala telah menyebut di dalam al-Quran tentang kedudukan penghuni neraka yang tidak mengerjakan solat. Firman Allah Subhanahuwata'ala:


مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (٤٢) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (٤٣) وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ (٤٤) وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ (٤٥) وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ (٤٦) حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ (٤٧) فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ


Maksudnya: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat; Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini. Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu". Al-Mudassir ayat 42-48.


Kedua: Sedekah. Setiap insan dianjurkan sedekah menurut kemampuan masing-masing. Sedekah tidak semestinya hanya dengan material. Sedekah boleh dijelmakan dalam bentuk apapun, seperti menolong, mengajarkan ilmu agama, membuang duri di jalan dan  sebagainya. Selain itu sedekah yang manfaatnya terus mengalir bagi orang-orang yang hidup setelah matinya akan menjadi amal jariyah tersendiri dan penerang dalam kubur bagi dimati. Dalam sebuah hadith Nabi bersabda, 


Antara fadhilat sedekah ialah, firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ


Maksudnya: "Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan". Al-Baqarah ayat 265.


Ibn Kathir berkata: Firman Allah Subhanahuwata'ala “كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ” (seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi) Maksudnya seperti sebuah kebun di dataran tinggi. Demikian menurut jumhur ulama'. Rabwah bermaksud tanah tinggi. Ibn Abbas dan al-Dahhak menambah, padanya mengalir sungai-sungai. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/328)


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah Sallahuala'ihiwasallam telah bersabda:


إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏


Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." 

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)


Bentuk-bentuk Sedekah Jariyah


Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi Sallahuala'ihiwasallam bersabda:


إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ


Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:


1-Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.

2-Anak soleh yang dia tinggalkan.

3-Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.

4-Masjid yang dibina.

5-Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina

6-Sungai yang dia alirkan.

7-Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.


Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”


Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.


Ketiga:Membaca Al-quran. Perbanyaklah membaca Al-quran sebab ia akan menjadi penolong di hari kiamat. Ia akan datang sebagai penerang di alam kubur sekaligus penghalang dari api neraka. Nabi Sallahuala'ihiwasallam bersabda, 


اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلاَ تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ


Maksudnya : “ Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah Al-Zahrawan iaitu Al-Baqarah dan Ali Imran kerana keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari ataupun seperti burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya membacanya ada berkat dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir tidak akan mampu menandinginya".Riwayat Muslim (1910)


Keempat: Banyak membaca tasbih. Dalam riwayat Imam Thabari, Nabi mengatakan bahawa tasbih dapat meringankan panasnya siksa kubur. Selain itu, bertasbih dapat membuat  timbangan amal di hari kiamat menjadi berat. Nabi bersabda


Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,


كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ


Maksydnya“Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar-Rahman iaitu “سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agong)". Riwayat Bukhari  (6682) dan Muslim (2694)





No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...