Sunday, February 28, 2021

Vaksin Covic 19 moga hidup kembali ceria آمين

Vaksin Covic 19 moga hidup kembali ceria آمين

Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Maksudnya:"Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu". Al-Baqarah ayat 29


Ilmu pengubatan berserta segala media dan perkaranya termasuk cara pelaksanaannya diciptakan oleh Allah Subhanahuwata'ala tidak hanya untuk kaum Muslimin, tetapi untuk kepentingan seluruh umat manusia. Ingatlah Islam adalah agama dan ideologi yang sempurna, dibawa oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bukan hanya kepada orang sihat, tapi juga kepada yang sakit. Kepercayaan terhadap berbagai jenis ubat (madu, habatussauda, zaitun dan lain-lain) serta metod pengubatan (al-Quran, berbekam, ruqyah dan lain-lain) yang telah diajar oleh Rasulullah  Sallallahu'alaihiwasallam sebagai metod terbaik untuk mengatasi berbagai macam  penyakit. 


Faktanya, kenyataan  yang harus disedari oleh  manusia, apabila Allah Subhanahuwata'ala dan Rasul-Nya secara jelas  dan tegas menetapkan suatu penjelasan, termasuk dalam memberikan petunjuk pengubatan. Bukan sahaja petunjuk tentang kehidupan dan tata cara  ibadat kepada Allah Subhanahuwata'ala, tetapi juga memberikan banyak  petunjuk praktis yang dapat digunakan untuk menjaga keselamatan lahir dan batin, termasuk berkaitan dengan terapi, pengurusan penyakit atau pengubatan secara holistik. Petunjuk praktis dan kaedah medik tersebut sangat banyak dicontohkan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dan diajarkan kepada para sahabatnya. Bagi kaum Muslimin, dapat mengembangkan menjadi suatu sistem dan metod pengubatan yang tiada tandingan, di situlah akan  terlihat hubungan erat antara sistem pengubatan Ilahi dengan sistem pengubatan manusia. 

Namun, tentu semua jenis pengubatan dan ubat-ubatan tersebut  hanya terasa khasiatnya bila disertai dengan keyakinan terhadap janji Allah mengenai penyakit dan ubat melalui lidah Nabi Sallallahu'alaihiwasallam. Dinyatakan oleh Ibnu Qayyim: “Bahawa keyakinan adalah doa.” Dengan pengubatan yang tepat, dos yang sesuai disertai doa dan keyakinan (spiritual healing), tidak ada penyakit tidak boleh diubati, kecuali penyakit membawa kepada kematian.


Keyakinan terhadapn janji Allah Subhanahuwata'ala yang akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan. Sebagaimana yang disebut oleh hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً


Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawa".[Riwayat al-Bukhari (5678).


Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّ اللهَ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ، خَلَقَ الدَّوَاءَ، فَتَدَاوَوْا


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu”. Riwayat Ahmad (12596)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]


Meneliti kepada lafaz-lafaz hadith berkaitan penyakit dan ubat , maka dapat diketahui bahawa yang dimaksudkan dengan diturunkan di dalam hadith ini ialah diturunkan ilmu berkaitan penyakit tersebut melalui Jibril kepada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam atau ia difahami dengan diturunkan kemampuan untuk menghasilkan ubat. Hadith-hadith ini juga menunjukkan keterikatan dalam perubatan ini hanya dengan perkara yang halal sahaja. Maka dengan itu, tidak dibenarkan bagi seseorang itu untuk berubat dengan perkara-perkara yang haram sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani. [Lihat: Fath al-Bari, 10/135]


Dimana keterikatan antara dalil ubat dan dalil kitab tidak dibenarkan untuk  berubat dengan perkara yang haram atau kotor adalah:


Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلَا تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram.” [Riwayat Abu Daud (3874)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]


Manakala di dalam sebuah hadith yang lain pula:


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الدَّوَاءِ الْخَبِيثِ


Maksudnya: “ Nabi melarang daripada berubat dengan ubat yang kotor.” [Riwayat Ahmad (8048)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah hasan]


Di dalam kitab al-Majmu’ dinyatakan bahawa larangan tersebut (berubat dengan yang haram dan najis) ialah jika tidak ada keperluan untuk menggunakan ubat-ubatan yang haram dan najis kerana masih terdapat ubat yang suci. [Lihat: al-Majmu’, 9/58].


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ


بسم الله الشافي. بسم الله الكافي.بسم الله المعافي

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم


Dari Usman bin Affan R.A., 


وَعَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – : (( مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ : بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ ، ثَلاثَ مَرَّاتٍ ، إِلاَّ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ )) . رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ وَالتِّرْمِذِيُّ ، وَقَالَ : (( حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ ))


Maksudnya:" Dari ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, “Tidaklah seorang hamba mengucapkan setiap pagi dari setiap harinya dan setiap petang dari setiap malamnya kalimat: بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ (dengan nama Allah Yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan di bumi dan tidak juga di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka tidak akan ada sesuatu pun yang akan membahayakannya". Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Tirmizi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih). Abu Daud (5088); Tirmidzi(3388); Ibnu Majah (3388). 





No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...