Monday, March 23, 2020

Nukilan COVID-19

Nukilan COVID-19

Jika hari ini kita disaring dan esok didapati positif C-19, 

Maka percayalah...tanpa kita sedari….Bahawa;

Hari ini adalah merupakan hari terakhir kita bersama anak isteri dan hari terakhir bersama keluarga.

Ketika dikuarantin diwad tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat, 2 minggu kesunyian di hospital bertemankan nurse dan doktor, hari berganti berlalu, hanya mampu merasa makanan hospital, hanya mampu menatap wajah doktor, nurse dan makcik cleaner, tanpa jemu nurse membuat saringan kesihatan diri kita, tanpa boleh dilawati oleh ahli keluarga.Rindu pasti meruntun jiwa, terbayang wajah orang yang disayangi,

Selepas itu kesihatan makin merosot, kita dimasukkan ke ICU dengan bantuan pernafasan, maka percayalah, tiada seorang pun ahli keluarga yang boleh melawat.

Hari berganti hari kesihatan terus merosot, hanya mampu terbayang wajah ibu ayah anak dan isteri, maka percayalah kini sudah 3 minggu kita tidak menatap wajah anak isteri ibu mahupun ayah.

Bila saat nazak menjelma, maka percayalah tiada seorang pun ahli keluarga boleh bersama kita, membisikkan syahadah dan zikrullah, hanya kelihatan doktor dan nurse sedaya upaya memberi bantuan terakhir, 

Jika ditakdirkan Allah lebih menyayangi kita dan kita akan pergi meninggalkan keluarga dan dunia ini, maka percayalah tiada seorang pun dari ahli keluarga yang boleh memandikan jenazah kita, hanya ditayammum oleh pihak hospital dan dibalut plastik tebal, dan ditanah perkuburan, percayalah masih lagi tiada seorang pun ahli keluarga boleh mengangkat jenazah dan mengebumikan kita,
Semuanya diuruskan oleh pihak hospital dengan prosedur yang ketat, perginya terlalu pantas dan tidak di sangka, ketika mana takdir telah menentukan, ahli keluarga hanya mampu berdoa dari jauh...dan pada ketika ini, yang mampu kita berharap hanya:

"Ya Allah! Ampunkan saya dari segala salah silap samada yang disengajakan ataupun tidak, dalam sedar atau tidak.🥺🥺🥺 Ampunkan....... semoga Allah izinkan kita bertemu di jannahNya".

Muhasabah diri

"BERSAMALAH KELUARGA, PLEASE STAY AT HOME"

Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” [Riwayat Abu Daud (1554)]

آمين

No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...