Thursday, March 26, 2020

Solat hajat agar Allah hilangkan wabak CoronaVirus (Covid-19) آمين

Solat hajat agar Allah hilangkan wabak CoronaVirus  (Covid-19) آمين

Mendirikan solat adalah antara sebaik-baik jalan untuk meminta pertolongan daripada Allah Subhanahuwata'ala selain sifat sabar. Ini kerana dalam solat itu terkumpul berbagai-bagai bentuk ibadah rohani dan jasmani; iaitu kebersihan, menutup aurat, menghadap qiblat, ikhlas, membaca Al-Qur’an, mengucap syahadah, salawat ke atas Nabi Sallahu'alaihiwasallam dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ 

Maksudnya:"Dan minta tolonglah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya itu sulit dilakukan kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.  al-Baqarah ayat 45)

Adapun solat yang sunat dikerjakan apabila hendak meminta pertolongan daripada Allah Subhanahuwata'ala atau meminta dikabulkan sesuatu hajat adalah solat Hajat.

Daripada Abdullah Ibn Abi Awfa Al-Aslami R.anh beliau berkata: Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam pada suatu hari telah keluar menuju ke arah kami lalu bersabda:

‏ مَنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِهِ فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لْيَقُلْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي ثُمَّ يَسْأَلُ اللَّهَ مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ مَا شَاءَ فَإِنَّهُ يُقَدَّرُ

Maksudnya: Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي

Maksudnya: Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.

Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan. Riwayat Ibn Majah (1384)

Status hadith di atas diperselisihkan oleh para ulama' dan dari itu dalil yang dijadikan hujah dalam isu ini diperselisihi status hukumnya.

Oleh kerana itu ulama' berbeza pendapat berkenaan hukum solat hajat:
1-Sebahagian ulama' berpendapat bahawa hadith tersebut dhaif, dan tidak boleh untuk dijadikan hujah ke atas pensyariatan solat hajat. 
2-Sebahagian ulama' pula berpandangan bahawa hadith tersebut boleh dikuatkan dengan syawahidnya, diantaranya ialah firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut,

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ 

Maksudnya:"Dan minta tolonglah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya itu sulit dilakukan kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.  al-Baqarah ayat 45)

Dan mereka juga berhujah dengan  menyatakan bahawa solat hajat ini termasuk di bawah fadhail al a’maal yang boleh menggunakan hadith dhaif sekiranya ia tergolong di bawah asal yang thabit.

Berdasarkan hadith di atas, ada beberapa  catatan penting berkenaan tatacara solat hajat:

1-Hendaklah berwuduk dahulu serta  meraikan perkara-perkara wajib dan sunat semasa berwuduk.

2-Menunaikan solat dua rakaat. Inilah solat yang dimaksudkan sebagai solat sunat hajat. 

3- Dalam Hadith ini juga tidak dinyatakan bacaan surah tertentu pada kedua-dua rakaat. Justeru itu, dibolehkan untuk membaca mana-mana surah yang mudah untuk dibaca di dalam solat.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahuwata'ala,

...فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ ۚ…..

Maksudnya:"...karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Al-Muzzammil, 20

4-Kemudian diikuti dengan bacaan doa yang diajarkan di dalam hadis di atas, Namunpun begitu tidak pula dinyatakan bilakah waktunya ia dibaca, sama ada di dalam solat atau di luar solat. 
Justeru itu, jika  doa ini dibacakan di dalam solat, iaitu semasa sedang sujud. Ini kerana adalah sempena meraikan dan beramal dengan hadith Nabi Sallahu'alaihiwasallam yang menyatakan Bahawa sujud disifatkan oleh Nabi Sallahu'alaihiwasallam sebagai keadaan yang  paling hampir antara seorang hamba itu dengan tuhannya, maka perbanyakkanlah doa semasa sujud.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda,

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ العَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ ، فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

Maksudnya:“Keadaan seorang hamba paling dekat dengan Rabbnya adalah ketika ia sedang bersujud, maka perbanyaklah berdoa saat itu.” Riwayat Muslim,  482

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda,

فَأمَّا الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا فِيهِ الرَّبَّ – عَزَّ وَجَلَّ – ، وَأمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا فِي الدُّعَاءِ ، فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ

Maksudnya:“Adapun ketika rukuk, maka agungkanlah Allah. Sedangkan ketika sujud, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, maka doa tersebut pasti dikabulkan untuk kalian.” Riwayat Muslim, 479.

Kesimpulannya:
Berdasarkan dari pandangan Jumhur fuqaha, maka boleh untuk dilakukan solat hajat, ini kerana ia termasuk di dalam bab fadhail al a’maal.

No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...