Tuesday, December 17, 2019

Kuburlah wujudmu


Kuburlah wujudmu 

Kata Ibn Athaillah As Sakandari:

اِدْفِنْ وُجُودَكَ فيِ أَرْضِ الْخُمُولِ، فَمَا نَـبَتَ مِمَّالَمْ يُدْفَنْ لاَ يَــتِمُّ نَـتَاءِجُهُ 

"Kuburlah wujudmu di dalam bumi kerendahan (ketiadaan); maka segala yang tumbuh namun (jika) tidak ditanam (dengan baik) tidak akan sempurna buahnya." Al-Hikam Pasal 11:

وُجُود (existence): Kewujudan atau keberadaan. 
Maksudnya : 1- adanya (sesuatu); sedia ada. 2- sesuatu yang berupa dan dapat dilihat, diraba dan lain-lain. 3- benda yang nyata (bukan roh dan lain-lain). Berwujud: 1- memang ada dan dapat dipegang atau dapat dipandang; berupa benda yang nyata. 2- konkrit; nyata. mewujud muncul; timbul. mewujudkan 1- menjadikan benar-benar ada. 2- melaksanakan cita-cita dan lain-lain. 3- menerangkan atau memperlihatkan dengan benda yang nyata. kewujudan keadaan atau hal wujudnya sesuatu. perwujudan perihal berwujud. pewujudan perbuatan atau hal mewujudkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). 

Dari segi bahasa, al-humuul (الْخُمُولِ،) ertinya adalah kosong, lemah, bodoh, tidak aktif, tidak dikenal; namun dalam pasal ini membawa makna “kerendahan” atau “ketiadaan”. 

Sementara wujud manusia pada dasarnya ingin diakui, dikenal, mahsyur, terpandang, paling hebat, dan seumpamanya. Dalam istilah psikologi, manusia diatur oleh ego yang ada dalam dirinya.

Bersuluk pada dasarnya adalah proses menumbuhkan jiwa. Adapun jiwa bagaikan pohon yang tumbuh; jiwa harus ditanam dan dirawat agar dapat tumbuh dan berbuah dengan sempurna. Sebagaimana firman Allah Ta’ala:

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ ﴿24 ﴾ تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ (25

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit(24).
Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.
Surah Ibrahim [14]:24-25

Tafsir ayat(Rujuk tafsir Jalalayn):

Surah Ibrahim [14]:25,
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,

Surah Ibrahim [14]:25,
(Pohon itu memberikan) membuahkan (buahnya) buah-buahannya (pada setiap musim dengan seizin Rabbnya) dengan kehendak-Nya demikian pula kalimat iman tertanam di dalam kalbu orang mukmin sedangkan amalnya naik ke langit kemudian memperoleh berkah dan pahala amalannya itu setiap saat (dibuatkan) dijelaskan (oleh Allah perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat) mahu mengambil pelajaran daripadanya kemudian mereka mahu beriman kerananya.

Kita tidak akan mampu untuk mengenal siapa diri kita, buah takwa apa yang harus kita hasilkan, kecuali Allah memberi petunjuk dan perlindungan. Selama ini kesombongan(ego) diri kita yang mengatur siapa diri kita dan apa yang kita inginkan; sementara Allah lah yang lebih mengetahui diri kita yang sesungguhnya.

Pada saat ini, dengan wujudnya teknologi komunikasi yang super canggih,maka ianya adalah amat mencabar dan terkadang menjadi amat sulit bagi sesetengah orang untuk menempatkan dirinya sebagai seorang yang betul-betul rendah hati. Apatahlagi untuk menjadi seseorang yang ikhlas, hampir setiap aktiviti yang dilakukan oleh manusia di seluruh penjuru dunia dapat kita akses 'real time'nya. Ianya bergantung kepada setiap orang atau pengguna teknologi mahu mengakses apa atau mana saja yang dia kehendaki.

Pada saat yang sama juga, ramai orang atau kelompok masyarakat yang begitu senang berswafoto(berselfi), perform atau bahkan obsess menjadi figur dengan jutaan followers. Maka jadilah sesetangah orang sekarang sebagai manusia penganut faham pen'citra'an, fahaman yang menekankan pentingnya imej yang baik untuk dipertontonkan di hadapan public, meskipun pada hakikatnya dirinya tidaklah seperti sehebat yang demikian itu. Pencitraan dalam istilah agama dinamakan ujud dan sum'ah. 

Pencitraan mudah ditemukan dalam hubungan kedunian seperti politik. Menjadi pemimpin harus didokong oleh pencitraan yang mengambarkan kesempurnaan, demikian juga pencitraan boleh ditemui dalam mana-mana jabatan pekerjaan dan contoh-contoh lain yang bergunung banyaknya. Masyarakat umum juga dalam segala aktivitinya,ternyata menunjukkan gejala yang sama, apabila munculnya foto-foto profil di media dan ianya berfungsi sebagai pencitraan, setelah diedit sana sini, dan kadang-kadang ianya boleh disebut hasil manipulasi. 

Lebih jauh dari itu kegiatan ibadah juga telah terjangkit penyakit ini,disaat umrah, haji, sedekah dan sebagainya tidak luput dari gejala pencitraan. 
Dengan keadaan seperti ini, sulit untuk memilih mana yang bertujuan syi’ar dan promosi kebaikan, dengan tujuan popular dan pencitraan, kesemuanya ini bergantung kepada niat seseorang itu dan juga tatacara yang telah ditetapkan oleh syariat dalam melakukan sesuatu ibadah itu. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala, 

إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. Al-Baqarah:271

Para ulama mengatakan bahawa inilah yang berlaku pada sedekah sunat, secara sembunyi-sembunyi itu lebih utama. Cara seperti itu lebih dekat pada ikhlas dan jauh dari riya’. Adapun zakat wajib, dilakukan secara terang-terangan itu lebih afdhal. Demikian pula solat, solat wajib dilakukan terang-terangan, sedangkan solat sunat lebih afdhal sembunyi-sembunyi kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 

فَصَلُّوا أَيُّهَا النَّاسُ فِي بُيُوتِكُمْ فَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ صَلَاةُ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلَّا الْمَكْتُوبَةَ

Maksudnya :” Wahai manusia solatlah (solat nafilah) di rumah kalian.Sesunggunya sebaik-baik solat sunat bagi seseorang adalah di rumahnya kecuali solat fardhu.” HR Al-Bukhari (731)

Padahal Nabi Sallahu'alaihiwasallam pernah mengingatkan tentang bahaya syirik Yang tersembunyi:

ِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ
خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنْ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ قَالَ قُلْنَا بَلَى فَقَالَ الشِّرْكُ الْخَفِيُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ

Maksudnya: Dari Abu Sa’id dia berkata, Sallahu'alaihiwasallam pernah keluar bersama kami, sementara kami saling mengingatkan tentang Al Masih Ad Dajjal, maka beliau bersabda: “Mahukah aku beritahukan kepada kamu tentang sesuatu yang lebih aku khawatirkan terhadap diri kamu daripada Al Masih Ad Dajjal?” Abu Sa’id berkata, “Kami menjawab, “Tentu.” Beliau bersabda: “Syirik yang tersembunyi, iaitu seseorang mengerjakan solat dan membaguskan solatnya dengan harapan agar ada seseorang yang memperhatikannya.” HR. Ibnu Majah

Dalam pasal ini, Ibnu Athaillah mengungkap sebuah kunci agar kita dapat menghasilkan buah takwa yang sempurna, yakni dengan menguburkan keberadaan kita, ego kita, dalam bumi ketiadaan.

Keadaan seseorang yang rela beramal dengan metaati Allah di atas cahaya-Nya, dan tidak bermaksiat kepada-Nya disebut dengan takwa. Namun istiqamah di atas jalan takwa tidaklah mudah, justeru, kerana itulah yang menyebabkan buah takwa hampir kepada kesempurnaan berbanding dengan buah yang lain. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Maksudnya:Hai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan. Dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. Surah al-Anfal ayat 29

Tafsir ayat:
(Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah) melalui berserah diri kepada-Nya dan cara-cara yang lain (nescaya Dia akan memberikan kepada kamu petunjuk) buat kamu sehingga kamu dapat membezakan hal-hal yang dapat membawa keselamatan dan hal-hal yang membahayakan diri kamu, sehingga kamu selamat dari hal-hal yang kamu takutkan (dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan mengampuni kamu) dosa-dosa kamu. (Dan Allah mempunyai kurnia yang besar). Rujuk tafsir Jalalayn

Buah takwa yang disebutkan ayat tersebut adalah hanya satu dari sekian banyak yang dianugerahkan Allah kepada setiap hamba yang takwa. Furqan (فُرْقَانًا) tersebut adalah pembeza antara yang haq dan batil. Furqan menjadi kunci selamat di dunia, apatahlagi di zaman sekarang di mana kebenaran dan kesalahan sudah tidak begitu diendahkan. Banyak manusia yang terperosok ke dalam perilaku maksiat kerana pada awalnya dia tidak mengetahui bahawa perbuatan itu adalah salah, apatahlagi wajahnnya  begitu indah mempesona.









Sunday, December 15, 2019

Cahaya Ikhlas anugerah Ilahi


Cahaya Ikhlas anugerah Ilahi

Syeikh Ibnu Atha’illah menuliskan dalam kitab Al-Hikam:

اَلْأَعْمَالُ صُوَرٌ قَائِمَةٌ، وَأَرْوَاحُـهَا وُجُوْدُ سِرِّ اْلإِخْلاَصِ فِيهَا

"Amal-amal itu semata bentuk-bentuk yang nampak, adapun roh-roh yang menghidupkannya adalah hadirnya sirr ikhlas (cahaya ikhlas) padanya". Al-Hikam Pasal 10

Sirr / سِرِّ secara bahasa ertinya adalah “rahsia”. Secara hakikatnya, سِرِّ adalah cahaya khusus yang Allah berikan kepada seorang hamba yang Dia cintai.

Oleh yang demikian, ikhlas mempunyai definisi sebagai berikut:

   اَلْإِخْلاَصُ هُوَ تَجْرِيْدُ قَصْدِ التَّقَرُّبِ اِلَى اللهِ تَعَالَى عَنْ جَمِيْعِ الشَّوَاهِبِ 

Maknanya: Ikhlas adalah memurnikan tujuan taqarrub kepada Allah ta’ala dari segala hal yang mencampurinya. 

Tidak ada amal-amal yang agong dapat tegak kecuali Allah telah menanamkan roh berupa cahaya ikhlas yang dapat menghidupkan amal tersebut. Sebagaimana akhlak-akhlak yang tinggi yang ditampilkan oleh para nabi, rasul serta hamba-Nya yang Dia cintai adalah kerana adanya roh-roh yang menghidupkannya; dan itu berupa سِرِّ(cahaya) ikhlas yang menyala di dalam hati.
Oleh kerana itu, ikhlas menempati posisi kunci dalam semua kegiatan ibadah mukmin.

Makna ibadah yang dikerjakan dengan ikhlas. Iaitu ibadah yang dilakukan hanya mengharapkan Allah semata dan tidak tercampur dengan kesyirikan dan tujuan-tujuan lain selain Allah semata. Sebagaimana firman Allah Ta'ala, 

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ 

“Mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus” (Surah Al-Bayyinah 98:5).

Maka amalan yang dilakukan tanpa keikhlasan tidak akan diterima oleh Allah Ta’ala. Misalnya amal ibadah yang tujuannya bukan kerana Allah Ta’ala, akan tetapi ingin dilihat atau didengar oleh manusia. Atau amalan yang dilakukan bukan kepada Allah seperti sembelihan untuk syaitan, solat untuk mendapat karamat, dan lain-lain. Bahkan yang seperti ini boleh memyebabkan pelakunya akan menjadi seorang musyrik yang akan kekal di neraka, نعوذ بالله من ذلك

Allah Subhanahuwata'ala berfirman dalam hadith Qudsi,

أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ، مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ

“Aku tidak perlu sekutu dengan sekutu-sekutu. Siapa yang beramal dengan mempersekutukanku dengan selainKu, Aku akan tinggalkan dia bersama sekutu-sekutunya” (Hadith Riwayat Muslim, 2985)

Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata:

إن العمل إذا كان خالصا ولم يكن صوابا لم يقبل ، وإذا كان صوابا ولم يكن خالصا لم يقبل ، ولا يقبل حتى يكون خالصا صوابا ، والخالص إذا كان لله ، والصواب إذا كان على السنة.

“Jika amal ibadah ikhlas tetapi tidak sesuai tuntunan, maka tidak diterima. Dan jika sesuai tuntunan tetapi tidak ikhlas, maka tidak diterima pula. Suatu amal tidak diterima kecuali ikhlas dan benar. Ikhlas bilamana dilakukan kerana Allah, dan benar bilamana dilakukan sesuai sunah Nabi”.

Jadi, hakikat amal ikhlas ialah manakala seseorang memurnikan amal ibadahnya untuk Allah semata. Firman Allah:

فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ

“Maka beribadahlah kepada Allah dengan memurnikan agama untukNya”.Qs.Al-Zumar:2

Syeikh Ma’ruf al-Karkhi berkata sebagai berikut:  

  وَقَالَ مَعْرُوفْ الْكَرْخِي مَنْ عَمِلَ لِلثَّوَابِ فَهُوَ مِنَ التُّجَّارِ   

Maksudnya: “Barangsiapa beramal supaya dapat pahala, maka ia bagaikan orang yang sedang berdagang.” (Maksudnya, ia beramal dengan angan-angan mendapatkan keuntungan itu seolah-olah seperti sedang tukar-menukar, yakni amal dengan pahala) 

  وَمَنْ عَمِلَ خَوْفاً مِنَ النَّارِ فَهُوَ مِنَ الْعَبِيْدِ    

Maksudnya:“Barangsiapa melakukan sebuah tindakan kerana takut neraka, ia termasuk hamba Allah.

  وَمَنْ عَمِلَ للهِ فَهُوَ مِنَ الْأَحْرَارِ   

Maksudnya:“Dan barangsiapa yang beramal kerana Allah semata, ia merupakan orang yang merdeka.”    

Orang yang beramal dengan Ikhlas digambarkan oleh Allah Subhanahuwata'ala di dalam firmannya, 

إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Baqarah, 271).

Syeikh As Sa’di ketika berkata, “Jika sedekah tersebut dinampakkan dengan niat yang putus untuk meraih wajah Allah, maka itu baik. Dan seperti itu sudah mencapai maksud bersedekah. Namun jika dilakukan secara sembunyi-sembunyi, maka itu lebih baik. Jadi ayat ini menunjukkan bahawa sedekah yang dilakukan sembunyi-sembunyi lebih utama daripada dilakukan secara terang-terangan. Namun sebaliknya jika tidak boleh sampai matlamat bersedekah apabila dilakukan dengan cara sembunyi, maka tetap menyampaikan sedekah tadi dengan secara terang-terangan itu lebih baik. Jadi semuanya dilakukan dengan kembali melihat maslahat.”

Orang yang ikhlas pula diibaratkan oleh Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam dalam sebuah hadith seperti tangan kanan memberikan sesuatu, namun tangan kirinya tidak mengetahuinya. 

وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ

Maksudnya: Seseorang yang bersedekah lalu merahasiakannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.Hadith Riwayat Bukhari,660 dan Muslim,1031).

Imam Nawawi menyebut di dalam Syarh Sahih Muslim.
Para ulama mengatakan bahawa penyebutan tangan kanan dan kiri di sini hanyalah ibarat yang menggambarkan sedekahnya benar-benar dilakukan secara rahsia. Tangan kanan dan kiri, walaupun kita tahu begitu dekat dan selalu bersama. Ini ibarat bahawa sedekah tersebut dilakuan secara sembunyi-sembunyi. 

Maksudnya, amal-amal baik seharusnya disembunyikan sebaik mungkin walaupun kepada orang terdekat sekalipun.

Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. [Riwayat Muslim (4912)]

Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. [Riwayat Muslim (4914)]

Maksud Hadith:
Adapun yang dimaksudkan oleh Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam dengan “ظهر الغيب” adalah ketika orang yang didoakan itu tiada ataupun berdoa kepadanya secara diam-diam (tanpa pengetahuannya). Ini kerana, dengan cara itu akan menimbulkan atau meningkat tahap keikhlasan kita ketika berdoa. Selain itu, yang dimaksudkan dengan “مثل”  adalah seperti yang didoakannya. Tambahan pula, ini menunjukkan akan kelebihan berdoa kepada saudaranya muslim secara diam atau sembunyi. Walaupun yang didoakan itu adalah sekumpulan kaum muslimin maka dia akan memperoleh kelebihan ini (kemustajaban doa). Jika yang didoakan itu adalah sebahagian daripada kaum muslimin, zahirnya dia juga mendapat kelebihan ini. (iaitu Allah Subhanahuwata'ala akan memakbulkan doanya). Disebabkan itu, sebahagian salaf, jika mereka ingin mendoakan kepada dirinya, mereka akan berdoa kepada saudaranya muslim secara sembunyi kerana ia adalah mustajab dan mereka akan memperolehi yang sama seperti yang didoakan itu. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 17/49]

Pengajaran hadith:
1-Islam sangat menggalakkan setiap umatnya agar sentiasa berdoa kepada saudaranya.
2-Kita dituntut untuk mendoakan perkara-perkara kebaikan kepada saudara kita.
3-Doa seorang hamba tanpa pengetahuan saudaranya adalah mustajab di sisi Allah Subhanahuwata'ala.
4-Setiap apa yang kita doakan, Allah Subhanahuwata'ala juga akan mengurniakan kepada kita sama seperti yang kita doakan untuk orang lain. 

Amal, Ahwal dan Warid(اْلأَعْمَالِ لِـتَـنَوُّعِ وَارِدَاتِ اْلأَحْوَالِ)

Amal, Ahwal dan Warid(اْلأَعْمَالِ لِـتَـنَوُّعِ وَارِدَاتِ اْلأَحْوَالِ)

تَـنَوَّعَتْ أَجْنَاسُ اْلأَعْمَالِ لِـتَـنَوُّعِ وَارِدَاتِ اْلأَحْوَالِ 

"Beragamnya jenis amal-amal itu disebabkan oleh beragamnya warid-warid (yang turun) pada ahwal-ahwal (hamba-Nya)."Al-Hikam Pasal 9

Amal(اْلأَعْمَالِ) maksud khusus yang merupakan misi hidup atau jatidiri seseorang.

Ahwal ((اْلأَحْوَالِ) adalah keadaan si hamba (merujuk kepada qalb-hati nurani seorang hamba sebagai wadah/platform/landasan) untuk menerima Warid.
Catitan:  ( م/حال ج/أحوال)

Warid(وَارِدَاتِ) adalah merupakan terminologi dalam ilmu suluk,maknanya adalah kurniaan Allah yang turun melalui proses tertentu kepada seorang hamba-Nya. Proses turunnya warid adalah berhubung rapat dengan persedian qalb(hati nurani), dalam hal ini adalah bergantung dengan kadar ahwal si hamba. Sebagai contoh, dalam Al-Quran Allah berfirman:

وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ

Maksudnya:Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. Surah Al-Fushilat ayat 35

Tafsir ayat: (Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan) tidak akan diberikan (melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan) yakni pahala (yang besar.) Rujuk: Tafsir Jalalayn

Dalam ayat di atas, sabar (صَبَرُوا) adalah ahwal (keadaan) si hamba, dan يُلَقَّاهَا (al-hasanah-Sifat-sifat yang baik) yang dianugerahkan adalah merupakan warid yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya. 

Namun dalam pasal ini Ibnu Athaillah tidak hanya berbicara tentang ahwal dan warid; namun juga berbicara keterkaitan antara warid dan amal. Bahawa warid yang diterima seorang hamba terkait dengan amal hamba tersebut. Amal yang dimaksud disini adalah berupa amal yang khusus, yakni amal atau kewajipan atau aturan atau kebenaran yang terkait dengan misi hidup atau jatidiri seseorang.

Haruslah difahami bahawa jatidiri setiap manusia adalah unik dan berbeza. Suatu warid yang Allah kurniakan kepada seseorang hamba pasti akan mengungkap jatidiri hamba tersebut. Seorang Nabi, seorang Rasul, seorang wali, seorang mursyid, seorang raja, seorang ilmuwan, masing-masing memiliki amal-amal yang khusus terkait dengan jatidirinya. Misalkan seorang hamba yang jatidirinya sebagai mursyid, maka akan dikurniakan warid berupa pengetahuan atau kemampuan untuk membimbing murid-muridnya.

Seseorang hanya mampu beramal dan menuntut ilmu untuk sampai ke pintu gerbangnya. Apabila sampai di situ seseorang hanya menanti kurnia Allah, hanya semata-mata kurnia Allah sahaja yang membawa makrifat kepada hamba-hamba-Nya. kurnia Allah yang mengandungi makrifat itu dinamakan Hal (  م/حال ج/أحوال)

Wednesday, December 11, 2019

Amal, Berserah Diri dan Ma’rifat

Amal, Berserah Diri dan Ma’rifat

Syeikh Ibnu Atha’illah menuliskan dalam kitab Al-Hikam:

إِذَا فَتَحَ لَـكَ وِجْهَةً مِنَ التَّعَرُّفِ فَلاَ تُبــَالِ مَعَهَا أِنْ قَلَّ عَمَلُكَ فَإِنَّـهُ مَا فَـتَـحَهَا لَكَ إِلاَّ وَهُوَ يُرِ يْدُ أَنْ يَـتَـعَرَّفَ إِلَيكَ. أَلَمْ تَـعْلَمْ أَنَّ الـتَّــعَرُّفَ هُوَ مُوْرِدُهُ عَلَيْكَ، وَاْلأَعْمَالُ أَنْتَ مُــهْدِ يْــهَا إِلَـيْهِ، وَأَيــْنَ مَا تُــهْدِ يْهِ إِلَـيْهِ مِمَّا هُـوَ مُوْرِدُهُ عَلَـيْكَ

"Ketika Dia membukakan bagimu (suatu) Wajah Pengenalan, maka jangan engkau sandingkan (hadirnya) pengenalan itu dengan sedikitnya amal-amalmu; kerana sesungguhnya Dia tidak membukakan pengenalan itu bagimu kecuali (bahawa) Dia semata-mata menginginkan untuk memperkenalkan (Diri-Nya) kepadamu.
Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya (suatu) pengenalan itu (semata-mata) Dia yang menginginkannya atasmu, sedangkan amal-amal itu (semata-mata) suatu hadiah dari engkau kepada-Nya; maka tidaklah sebanding antara apa-apa yang engkau hadiahkan kepada-Nya dengan apa-apa yang Dia inginkan untukmu. Al-Hikam Pasal 8

Dsebalik kalimat-kalimat yang diungkap oleh Ibnu Athaillah dalam pasal ini ada  rahsia yang sangat halus. Ibnu Athaillah bukan bermaksud untuk mengatakan bahawa amaliah tidak bermunafaat, kerana itu adalah tanda kepatuhan setiap hamba kepada-Nya. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut, 

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Maksudnya: Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,

Namunpun begitu ada persoalan yang lebih besar dari itu yang harus dimiliki oleh setiap yang menjalani jalan suluk.

Ketika Allah membuka “Wajah Pengenalan/إِذَا فَتَحَ لَـكَ وِجْهَةً”, maka pada hakikatnya bahawa Dia anugerahkan kepada seorang hamba adalah Diri-Nya, kesempurnaan-Nya, dan bukan semata-mata perbuatan-Nya, kurnia-Nya, atau syurga-Nya. Maka ianya tidaklah sebanding ketika Allah menyerahkan seluruh Diri-Nya untuk dikenali, berbanding seseorang hamba hanya menyerahkan amal perbuatannya tetapi bukan dirinya.

Allah telah menganugerahkan manusia mata fisik (mata kasar) agar dapat melihat segala hal yang lahiriah. Allah pula melengkapi mata fisik tersebut dengan mata batin (bashîrah) sehingga manusia boleh melihat hakikat di luar pandangan lahiriah. Apabila bashîrah sudah terbuka, maka Allah Azza wa Jalla pun akan membukakan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan-Nya yang tidak boleh dilihat dengan mata lahir. Itulah yang terjadi pada Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam. ketika beliau melakukan perjalanan Isra Mi’raj, Firman Allah Ta'ala, 

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami………….
(Surah Al-Isra’ ayat 1)

Orang yang hatinya suci bersih akan menerima pancaran Nur Sir dan mata hatinya akan melihat kepada hakikat bahawa Allah Subhanahuwata'ala Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Dia mahu ditemui dan dikenali. Tidak ada ilmu dan amal dari makhluknya yang mampu menyampaikan seseorang kepada Allah Subhanahuwata'ala. Tidak ada jalan untuk mengenal Allah Subhanahuwata'ala. Allah Subhanahuwata'ala hanya dikenali apabila Dia memperkenalkan  ‘Diri-Nya’, maka jalan untuk kenal Allah hanyalah dengan Allah jua tanpa sekutu yakni dengan melalui Tauhid murni lagi hakiki.

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maksudnya:Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Al-A'raf, ayat 180

Sesungguhnya kebanyakan manusia menyerahkan urusannya kepada dirinya, kepintarannya dan amal perbuatannya.Dan sangatlah sedikit manusia yang menginginkan berserah diri sepenuhnya kepada Allah.Adalah Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam memberi nasihat kepada puterinya Fatimah r.a. untuk senantiasa berdoa pada setiap pagi dan petang:

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda pada Fatimah (puterinya), “Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku atau yang kuingatkan padamu setiap pagi dan petang iaitu ucapkanlah:

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dari-Mu selamanya).” (Hadith Riwayat Ibnu As Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah no. 46, An Nasai dalam Al Kubro 381: 570, Al Bazzar dalam musnadnya 4/ 25/ 3107, Al Hakim 1: 545. Sanad hadith ini hasan. 

Ada juga doa yang lafaznya hampir sama dengan lafaz di atas dari hadith Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda,

دَعَوَاتُ الْمَكْرُوبِ اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِى إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِى شَأْنِى كُلَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya:“Doa orang yang dirundung duka:

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِى إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِى شَأْنِى كُلَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Ya Allah, dengan rahmat-Mu, aku berharap, janganlah Engkau sandarkan urusanku pada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku seluruhnya, tidak ada ilah yang berhak disembah selain Engkau).” (Hadith Rieayat Abu Daud no. 5090, Ahmad 5: 42. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan kerana mengingat adanya penguat).

Doa di atas adalah doa yang sangat luar biasa yang di dalamnya berisi تحقيق العبدية iaitu pe'realisasi'an penghambaan pada Allah. Di dalamnya juga terdapat bentuk tawassul pada Allah melalui nama dan sifat-Nya.

Di dalam Al-Quran dikatakan bahawa sebaik-baik agama seseorang adalah yang: أَسْلَمَ وَجْهَهُ (menyerahkan wajah/dirinya), seluruh kehidupannya, seluruh jiwa-raganya, hidup dan matinya, hanya kepada Allah.

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۗ وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا

Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi? Surah Al-Nisa ayat 125

Kesimpulannya:

Pintu rahmat Allah tidak akan terbuka selama hati manusia kotor. Allah mempunyai hak dan pilihan untuk mengenalkan sifat dan asmanya kepada makhluk yang dikehendakinya, secara sebahagian-sebahagian atau sepenuhnya. Dan Allah akan mengenalkan zatnya secara sepenuhnya di akhirat kelak.

Untuk itu, kita sebagai hamba yang beriman sudah semestinya senantiasa dituntut untuk membersihkan hati  dan ketauhidan kita kepada Allah. 

Tuesday, December 10, 2019

Cahaya Bashirah dan Cahaya Sirr

Cahaya Bashirah dan Cahaya Sirr

Syeikh Ibnu Atha’illah menuliskan dalam kitab Al-Hikam:

لاَ يـُشَـكِّكَــنَّكَ فيِ الْـوَعْدِ عَدَمُ وُقُــوْعِ الْـمَـوْعُـوْدِ ، وَ إِنْ تَـعَـيَّنِ زَمَنُهُ ؛ لِئَـلاَّ يـَكُوْنَ ذَ لِكَ قَدْحًـا فيِ بَـصِيْرَ تِـكَ ، وَ إِخْمَـادً ا لِـنُورِ سَرِ يـْرَ تِـكَ

"Janganlah kerana tiadanya pemenuhan atas apa-apa yang dijanjikan, padahal telah jatuh waktunya, membuatmu ragu terhadap janji-Nya; agar yang demikian itu tidak menyebabkan bashirah-mu malap dan cahaya sirr-mu padam!"
Al-Hikam Pasal 7

Al-Bashirah (الْــبَصِيْرةِ): Matahati: sesuatu yang disebut dengan mata yang ada di dalam hati,  yang dapat menangkap segala sesuatu yang bersifat maknawiyah(yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera yang lima) 
(الْــبَصِيْرةِ) dalam istilah agama (baca:Tasawwuf) untuk "mata hati" yang memiliki fungsi khusus(spesifik).

Cahaya sirr(النُورِ سَرِ) merupakan cahaya yang akan menampakkan jati diri setiap insan. Rahsia tentang hakikat diri seseorang, qadha dan qadar, misi hidupnya, hanya boleh dilihatkan dengan cahaya sirr Allah.

Dalam Al-Quran, ada kisah yang berupa hikmah iaitu dari kisah Nabi Ibrahim a.s. dan isterinya Siti Sarah.

Nabi Ibrahim a.s. sentiasa berdoa agar dikurniakan keturunan, sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Qur’an dalam Surah As-Shaffat [37] ayat 100:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.Surah As-Shaffat,ayat 100:

Dan apabila datang malaikat yang memberi khabar gembira kepada Nabi Ibrahim a. s dan isterinya Siti Sarah bahawa akan lahirnya Ishaq a.s., Siti Sarah digambarkan “tersenyum kehairanan”

قَالَتْ يَا وَيْلَتَىٰ أَأَلِدُ وَأَنَا عَجُوزٌ وَهَٰذَا بَعْلِي شَيْخًا ۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَيْءٌ عَجِيبٌ

Makaudnya: Isterinya berkata: "Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula?. Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh".Surah Hud,ayat 72

Tafsir ayat: (Isterinya berkata, "Sungguh menghairankan) lafaz وَيْلَتَىٰ ini merupakan kalimat yang biasa diucapkan di kala seseorang melihat perkara yang besar. Huruf ىٰ yang ada padanya merupakan pergantian dari huruf أ (apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua) aku berumur sembilan puluh sembilan tahun (dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula) Nabi Ibrahim pada saat itu berumur seratus atau seratus dua puluh tahun. Lafaz شَيْخًا dinasabkan kerana menjadi hal, sedangkan amilnya adalah isim isyarah yaitu lafaz   هَٰذَا tadi. (Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang aneh") kedua pasangan yang sama-sama telah tua dapat mempunyai anak. Lihat: Tafsir Jalalayn

Malaikat berkata kepada Siti Sarah, 

قَالُوا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۖ رَحْمَتُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ ۚ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya: Para malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".Surah Hud,ayat 73

Tafsir ayat: (Para malaikat itu berkata, "Apakah kamu merasa hairan tentang perintah Allah) yakni kekuasaan-Nya (itu adalah rahmat Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan atas kalian) hai (ahlul bait) keluarga Nabi Ibrahim. (Sesungguhnya Allah Maha Terpuji) sangat terpuji (lagi Maha Pemurah") Maha Pengasih.Lihat: Tafsir Jalalayn

Atau juga digambarkan dalam ayat pada surah yang lain bahawa Siti Sarah sebagai “memekik” (Surah Az Dzariyat [51]: 29). 

فَأَقْبَلَتِ امْرَأَتُهُ فِي صَرَّةٍ فَصَكَّتْ وَجْهَهَا وَقَالَتْ عَجُوزٌ عَقِيمٌ

Kemudian isterinya datang memekik lalu menepuk mukanya sendiri seraya berkata: "(Aku adalah) seorang perempuan tua yang mandul. Surah Az Dzariyat [51]: 29

Tafsir ayat: (Kemudian isterinya datang) yakni Siti Sarah (seraya memekik) kerana tercengang, berkedudukan menjadi keadaan; yakni Siti Sarah datang seraya memekik kerana terkejut (lalu menepuk mukanya sendiri) menampar mukanya sendiri (seraya berkata, "Aku adalah seorang perempuan tua yang mandul") yang tidak dapat melahirkan anak sama sekali, pada saat itu umur Sarah mencapai sembilan puluh sembilan tahun, sedangkan Nabi Ibrahim seratus tahun; atau umur Nabi Ibrahim pada saat itu seratus dua puluh tahun, sedangkan umur Siti Sarah sembilan puluh tahun. Lihat: Tafsir Jalalayn

Demikian halnya Nabi Ibrahim a.s. berkata:

قَالَ أَبَشَّرْتُمُونِي عَلَىٰ أَنْ مَسَّنِيَ الْكِبَرُ فَبِمَ تُبَشِّرُونَ

Maksudnya: Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi khabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu kabarkan ini?" Surah Al-Hijr ayat 54.

Tafsir ayat: (Berkata Ibrahim, "Apakah kalian memberi khabar gembira kepadaku) dengan melahirkan seorang anak (padahal usiaku telah lanjut) kalimat ini menjadi hal; artinya padahal usia tua telah kualami (maka dengan cara manakah) dengan cara apakah (terlaksananya berita gembira seperti apa yang kalian katakan itu?") Istifham di sini mengandung makna takjub. Lihat: Tafsir Jalalayn. 

Malaikat menjawab, 

قَالُوا بَشَّرْنَاكَ بِالْحَقِّ فَلَا تَكُنْ مِنَ الْقَانِطِينَ

Maksudnya:Mereka menjawab: "Kami menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa. 
Surah Al-Hijr ayat 55.

Tafsir ayat: (Mereka berkata, "Kami menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan benar) dengan sungguh-sungguh (maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa.") putus harapan. Lihat: Tafsir Jalalayn. 

Nabi Ibrahim a.s. berkata, 

قَالَ وَمَنْ يَقْنَطُ مِنْ رَحْمَةِ رَبِّهِ إِلَّا الضَّالُّونَ

Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat.Surah Al-Hijr ayat 56.

Tafsir ayat:(Ibrahim berkata, "Tiada) tidak ada (orang orang berputus asa) dapat dibaca يَقْنِطُ dan يَقْنَطُ (dari rahmat Rabbnya melainkan orang-orang yang sesat.") yakni orang-orang kafir.
Lihat: Tafsir Jalalayn. 

Keterangan:
Keraguan kita terhadap janji Allah adalah sesungguhnya sebagai tanda dari kelemahan tauhid, sehingga membuat bashirah menjadi malap dan cahaya sirr (rahsia-rahsia) menjadi padam. Keraguan adalah sesuatu yang berbahaya dalam jalan suluk. Dalam kisah Siti Sarah, keadaan tersebut telah membuat kelahiran Ishaq a.s. tertunda umpama sebagai sebuah hukuman terhadapnya,kerana beliau seolah ada keraguan terhadap janji Allah. 

Adapun cahaya sirr merupakan cahaya yang akan menampakan jati diri setiap insan. Rahsia tentang hakikat diri kita, qadha dan qadar, misi hidup, Yang hanya boleh dijelaskankan dengan cahaya sirr Allah.

Manusia sebagai hamba tidak mengetahui bilakah Allah akan menurunkan kurniaan dan rahmat-Nya, sehingga bagi manusia jika melihat tanda-tanda ia akan menduga, mungkin telah tiba saatnya, padahal bagi Allah belum memenuhi semua syarat yang dikehendaki-Nya, maka bila tidak terjadi apa yang telah diduganya, hendaknya tidak ada keraguan terhadap kebenaran janji Allah Subhanahuwata'ala.

Sebagaimana juga peristiwa yang terjadi dalam Perjanjian Hudaibiyah 'Sulhul Hudaibiyah', ketika Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam, menceritakan mimpinya kepada sahabatnya, sehingga mereka mengira bahawa pada tahun itu mereka akan dapat masuk ke kota Makkah dan melaksanakan ibadah umrah dengan aman dan sejahtera. Mimpi Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam tersebut dijelaskan dalam surah al-Fath ayat 27,

لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ ۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ ۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا

Maksud:Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, ان شاء الله dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat." [QS. al-Fath 27].

Sehingga ketika gagal tujuan umrah kerana di tolak oleh bangsa Quraisy dan terjadilah tanda tangan perjanjian Hudaibiyah (Sulhul Hudaibiyah). Kejadian ini mengecewakan Umar dan sahabat-sahabat lainnya, maka ketika Umar R.A., mengajukan beberapa pertanyaan, dijawab oleh Nabi Sallahu'alaihiwasallam : "
Beliau menjawab: "Wahai Ibnul Khattab, sesungguhnya aku adalah Rasulullah, dan sekali-kali Allah tidak akan menyia-nyiakan aku selama-lamanya." Sebagaimana yang disebut di dalam hadith berikut:

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ ح و حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ وَتَقَارَبَا فِي اللَّفْظِ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ سِيَاهٍ حَدَّثَنَا حَبِيبُ بْنُ أَبِي ثَابِتٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ قَالَ قَامَ سَهْلُ بْنُ حُنَيْفٍ يَوْمَ صِفِّينَ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ اتَّهِمُوا أَنْفُسَكُمْ لَقَدْ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْحُدَيْبِيَةِ وَلَوْ نَرَى قِتَالًا لَقَاتَلْنَا وَذَلِكَ فِي الصُّلْحِ الَّذِي كَانَ بَيْنَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ الْمُشْرِكِينَ فَجَاءَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَسْنَا عَلَى حَقٍّ وَهُمْ عَلَى بَاطِلٍ قَالَ بَلَى قَالَ أَلَيْسَ قَتْلَانَا فِي الْجَنَّةِ وَقَتْلَاهُمْ فِي النَّارِ قَالَ بَلَى قَالَ فَفِيمَ نُعْطِي الدَّنِيَّةَ فِي دِينِنَا وَنَرْجِعُ وَلَمَّا يَحْكُمِ اللَّهُ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ فَقَالَ يَا ابْنَ الْخَطَّابِ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ وَلَنْ يُضَيِّعَنِي اللَّهُ أَبَدًا قَالَ فَانْطَلَقَ عُمَرُ فَلَمْ يَصْبِرْ مُتَغَيِّظًا فَأَتَى أَبَا بَكْرٍ فَقَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ أَلَسْنَا عَلَى حَقٍّ وَهُمْ عَلَى بَاطِلٍ قَالَ بَلَى قَالَ أَلَيْسَ قَتْلَانَا فِي الْجَنَّةِ وَقَتْلَاهُمْ فِي النَّارِ قَالَ بَلَى قَالَ فَعَلَامَ نُعْطِي الدَّنِيَّةَ فِي دِينِنَا وَنَرْجِعُ وَلَمَّا يَحْكُمِ اللَّهُ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ فَقَالَ يَا ابْنَ الْخَطَّابِ إِنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ وَلَنْ يُضَيِّعَهُ اللَّهُ أَبَدًا قَالَ فَنَزَلَ الْقُرْآنُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْفَتْحِ فَأَرْسَلَ إِلَى عُمَرَ فَأَقْرَأَهُ إِيَّاهُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَوْ فَتْحٌ هُوَ قَالَ نَعَمْ فَطَابَتْ نَفْسُهُ وَرَجَعَ
Hadith Riwayat Muslim, 3338

Dalam menghadapi ujian dari Allah Subhanahuwata'ala, Allah Ta'ala telah berirman, 

مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

…...Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.." (l-Baqarah ayat 214)

Kesimpulannya:

Bagi menghidupkan Cahaya Bashirah dan Cahaya Sirr ialah dengan cara:

1-Senantiasa bersangka baik (khusnuz zhon) kepada Allah Subhanahuwata'ala, 
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata, Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda,

يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى : أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ في نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً  

“Allah Ta’ala berfirman, 'Aku tergantung persangkaan hamba kepadaKu. Aku bersamanya kalau dia mengingat-Ku. Kalau dia mengingatku pada dirinya, maka Aku mengingatnya pada diriKu. Kalau dia mengingatKu di keramaian, maka Aku akan mengingatnya di keramaian yang lebih baik dari mereka. Kalau dia mendekat sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Kalau dia mendekat kepada diri-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Kalau dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari." (Hadith Rieayat Bukhari, no. 7405 dan Muslim, no. 2675)

2- Redha atas ujian-Nya, 

Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda :

-إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

Maksudnya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah Subhanahuwata'ala apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Hadith Riwayat At-Tirmizi, 4/601)

3- Istiqamah (konsisten) dalam ketaatan kepada Nya."

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ،قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : قَارِبُوْا وَسَدِّدُوْا ، وَاعْلَمُوْا أَنَّهُ لَنْ يَنْجُوَ أَحَدٌ مِنْكُمْ بِعَمَلِهِ. قَالُوْا: وَلَا أَنْتَ يَارَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ أنَا ، إِلاَّ أنْ يَتَغَمَّدَنِيَ اللهُ بِرَحمَةٍ مِنْهُ وَفَضْلٍ.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata: Rasûlullâh Sallahu'alaihiwasallam bersabda, “Bersikaplah yang lurus dan tetaplah dalam kebenaran. Dan ketahuilah, bahwasanya tidak ada seorang pun dari kalian yang selamat kerana amal perbuatannya”. Para sahabat bertanya, “Termasuk engkau, wahai Rasûlullâh?” Beliau Sallahu'alaihiwasallam bersabda, “Termasuk aku, hanya saja Allâh meliputi diriku dengan rahmat dan kurnia-Nya.” Hadith Riwayat Muslim,2816



Monday, December 9, 2019

Doa dan Ijabah

Doa dan Ijabah

Syeikh Ibnu Atha’illah menuliskan dalam kitab Al-Hikam:

لاَ يَــكُنْ تَــأَخُّرُ أَ مَدِ الْعَطَاءِ مَعَ اْلإِلْـحَـاحِ فيِ الدُّعَاءِ مُوْجِـبَاً لِـيَأْسِكَ؛ فَـهُـوَ ضَمِنَ لَـكَ اْلإِجَـابَـةَ فِيمَا يَـخْتَارُهُ لَـكَ لاَ فِيمَا تَـختَارُ لِـنَفْسِكَ؛ وَفيِ الْـوَقْتِ الَّـذِيْ يُرِ يـْدُ لاَ فيِ الْـوَقْتِ الَّذِي تُرِ يدُ

"Janganlah kerana keterlambatan datangnya pemberian-Nya kepadamu, saat engkau telah bersungguh-sungguh dalam berdoa, menyebabkan engkau berputus asa; sebab Dia telah menjamin bagimu suatu ijabah (pengabulan doa) dalam apa-apa yang Dia pilihkan bagimu, bukan dalam apa-apa yang engkau pilih untuk dirimu; dan pada waktu yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yang engkau kehendaki."
Al-Hikam Pasal 6:

Doa adalah satu ibadah, sebagaimana sabda Rasulullah Sallahualaihiwasallam ,

الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ

”Doa adalah ibadah.” (Hadith Riwayat Tirmizi,2969).

Doa adalah sebagai tanda yang menzahirkan keberhajatan seseorang hamba kepada Allah Subhanahuwata'ala. (Lihat al-Azkar oleh al-Nawawi, hlm. 395).
Ia juga diertikan sebagai memohon dengan sepenuh hati kepada Allah Subhanahuwata'ala dengan permohonan yang mengharapkan kebaikan di sisi-Nya, memohon dengan rendah diri supaya apa yang diminta itu diperkenankan dan cita-cita termakbul. (Lihat Jawami' al-Du'a min al-Qur'an wa al-Sunnah oleh Muhammad Sayyid Tantawi, hlm. 5)

Allah Subhanahuwata'ala sangat menyukai hamba-hamba-Nya Yang berdoa kepada-Nya sepertimana yang disebut di dalam nas-nas Ilahi. Antaranya, firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Surah al-Baqarah: 186)

Ibnu Kathir menjelaskan, ayat ini menunjukkan bahawa Allah Subhanahuwata'ala tidak akan mengecewakan doa orang yang memanjatkan doa kepada-Nya. Dia tidak menolak dan mengabaikan doa seseorang, bahkan Dia Maha Mendengar doa. Di dalam pengertian ini terkandung anjuran untuk sentiasa berdoa, dan bahawa Allah Subhanahuwata'ala tidak akan mensia-siakan doa yang dipanjatkan kepada-Nya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/506)

Dan dalam Al-Quran, Allah memerintahkan kepada hambanya untuk berdoa kepada-Nya dan Dia Ta’ala pasti akan kabulkannya.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu." –  Surah Al-Mu'min [40]: 60

Dan juga Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah(berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

Berdasarkan ayat tersebut, maka termasuk kesempurnaan dalam berdoa adalah seseorang itu menjadikan perantaraan (ber-“tawassul”) dalam doanya dengan menyebutkan nama-nama Allah Ta’ala yang sesuai dengan isi permintaannya. Jika kita ingin meminta rezeki, maka kita ber-tawassul dengan nama Allah “الرزاق” (Yang Maha pemberi rezeki). Jika kita meminta ampun kepada Allah, maka kita ber-tawassul dengan nama Allah “الغفور” (Yang Maha mengampuni). Inilah salah satu bentuk tawassul dalam berdoa yang disyariatkan. Bahkan inilah yang telah dicontohkan oleh para Rasul ketika mereka berdoa kepada Allah Ta’ala.

Nabi Musa ‘alaihis salam ketika berdoa kepada Allah Subhanahuwata'ala,

فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ

Maksudnya:”Maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat. Dan Engkaulah Pemberi ampun yang sebaik-baiknya.” (Surah Al-A’raf [7]: 155)

Demikian pula Nabi Isa ‘alaihis salam, ketika beliau berdoa kepada Allah Subhanahuwata'ala,

وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

”Berilah kami rezeki, dan Engkaulah Pemberi rezeki yang paling utama.” (Surah Al Maidah [5] : 114)

Berdoa adalah merupakan sebagai tanda bahawa dia adalah sebagai seorang mukmin yang sejati, disaat apabila dia teramat yakin dengan apa yang ada di Tangan Allah dengan berbanding daripada apa yang dapat diusahakan oleh tangannya sendiri. Ketika doa yang telah kita panjatkan kepada Allah dan seolah-olah tidak mendapat pengabulan dari Allah Ta’ala,maka ketahuilah Yang sebenarnya disitu terdapat ruang pengetahuan yang kosong yang harus kita cari dan isi. 
Ketahuilah bahawa pada hakikatnya adalah setiap doa yang kita panjatkan kepada Allah adalah merupakan sebuah refleksi dari objek yang telah Allah siapkan untuk kita. Apabila hati kita terdetik mencitakan sesuatu, maka yang sebenarnya ialah 'Tidak' dengan serta merta kita menginginkan sesuatu di dalam hati, kecuali telah ada objeknya. Tanpa objek yang telah Allah sediakan, pada dasarnya setiap orang tidak akan mempunyai keinginan untuk berdoa. Misalnya ketika menginginkan sesuatu makanan, kerana baunya sudah tercium dari kejauhan. 

Doa disini bukan hanya terkait masalah duniawiyah sahaja akan tetapi juga termasuk dalam hal-hal ukhrawiyah. Misalnya, kita berdoa agar diterima taubatnya dan dibersihkan dari segala dosa, dimasukkan ke dalam syurga, dijaukan dari neraka dan sebagainya. Seringkali kita ketemui di dalam diri kita sendiri atau pada sebahagian orang yang terlalu fokus dan memberi perhatian yang utama terhadap kehidupan di dunia, namun dia lalai dari kehidupannya kelak di akhirat. Di saat ketika dia menengadahkan kedua tangan memohon kepada Allah Ta’ala, dia hanya meminta kebaikan untuk urusan dunianya sahaja. Yang diminta hanyalah perniagaan atau buisness yang lancar, agar jadi kaya-raya, agar naik pangkat, keputusan peperiksaan yang cemerlang, atau keinginan untuk membeli rumah, kereta, atau berbagai permintaan yang seperti itu. Sehingga tidak terucap atau tidak terpikir sedikit pun untuk meminta kebaikan atas kehidupannya di akhirat kelak.

Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Ta’ala telah mencela orang-orang yang hanya memohon kepada-Nya tentang urusan-urusan dunia sahaja. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا ۗ فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ

Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, maka berzikirlah dengan menyebut Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut (membangga-banggakan) nenek moyangmu, atau (bahkan) berzikirlah lebih banyak dari itu. Maka di antara manusia ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. (Surah Al Baqarah [2]: 200).

Allah Subhanahuwata'ala juga berfirman,

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا

”Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Dan Kami tentukan baginya neraka Jahanam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.” (Surah Al Isra’ [17]: 18).

Apakah dalam hal ini bererti, maka kita tidak boleh untuk meminta kebaikan di dunia? Jawapanya, Tidaklah demikian. Justeru, boleh sahaja bagi kita untuk berdoa meminta atau memohon kebaikan urusan di dunia, namun bukan sebagai perkara yang pokok. Hal ini kerana keutamaan bagi seorang mukmin adalah kehidupan yang baik dan selamat di akhirat kelak. Sedangkan dunia hanyalah sebagai sarana untuk meraih kebaikan di akhirat.

Justeru itu, Allah Ta’ala memberikan pujian kepada orang-orang yang menggabungkan dalam doanya antara meminta kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat sekaligus. Allah Ta’ala berfirman,

وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (201) أُولَئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (202

”Dan di antara mereka ada orang yang berdoa,’Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka’. Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari yang mereka usahakan. Dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.” (Surah Al Baqarah [2]: 201-202).
(Lihat:Fiqhu Ad-Du’a, hal. 133, olehSyaikh Musthafa Al-‘Adawi) 

Orang beriman hendaknya, akan menjadikan akhirat (yakni: syurga) sebagai cita-cita tertinggi yang berterusan, untuk dia memintanya di dalam doanya. Marilah kita merenungkan tentang cita-cita seorang sahabat yang mulia, Rabi’ah bin Ka’ab Al-Aslami radhiyallahu ‘anha ketika Rasulullah Sallahua'laihiwasallam berkata kepadanya,“Wahai Rabi’ah, memintalah kepadaku!” Rabi’ah berkata,

أَسْأَلُكَ مُرَافَقَتَكَ فِي الْجَنَّةِ

“Aku meminta kepadamu agar aku boleh menemanimu di syurga!”

Maka Rasulullah Sallahua'laihiwasallam
 bersabda,

أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ

“Atau selain hal itu?” Rabi’ah berkata,“Ya, itu saja.”

Kemudian Rasulullah Sallahua'laihiwasallam bersabda,

فَأَعِنِّي عَلَى نَفْسِكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ

“Maka bantulah aku dengan Engkau memperbanyak sujud.” (Hadith Riwayat Muslim, 226)

Adapun dunia, maka pada hakikatnya adalah sesuatu yang rendah dan hina, sehingga tidak layak dijadikan sebagai cita-cita dan keinginan utama kepada seorang mukmin. Ibnu ‘Abid Dunyaa –rahimahullahu Ta’ala- berkata,

حدثني عثمان بن أبي شيبة، أخبرنا معاوية بن هشام، قال: سمعت سفيان الثوري يقول: كان يقال: إنما سميت الدنيا لأنها دنية، وإنما سمي المال لأنه يميل بأهله.

“Telah menceritakan kepadaku ‘Utsman bin Abi Syaibah, telah mengkhabarkan kepada kami Mu’awiyah bin Hisyam, ia berkata, aku mendengar Sufyan Ats-Tsauriy berkata, ‘Pernah dikatakan bahawa (dunia) disebut dunia (الدنيا) hanyalah kerana ia merupakan sesuatu yang rendah (hina) (دنية) dan (harta) dinamakan harta (الْمَالُ) kerana ia dapat membuat condong pemiliknya.Maksudnya, membuat condong pemiliknya ke arah harta tersebut sehingga membuat dia lalai dari kehidupan akhirat.[Lihat: Zammud Dunyaa, 1/37 (Maktabah Syamilah)]

Ketahuilah,sesungguhnya manusia sering terjebak oleh ketidak-sabaran dan waham (kesalahan pemikiran) tentang dirinya sendiri. Seperti ketika seorang sahabat meminta kepada Rasulullah Sallahua'laihiwasallam agar dia dijodohkan dengan seorang perempuan; maka jawapan Rasulullah Sallahua'laihiwasallam kepadanya adalah: "sekalipun dirinya dan seluruh malaikat memanjatkan doa maka bila itu bukan sebagai haknya dan tidak tertulis di Lauh Mahfudz pasti tidak akan terlaksana. Keinginannya untuk memiliki jodoh adalah sebuah isyarat akan objek yang telah Allah sediakan, tetapi keinginannya terhadap perempuan tertentu adalah kerana syahwat dan wahamnya yang masih belum surut.

Doa memerlukakan pengenalan (ma’rifah) akan Allah dan akan diri sendiri. Allah yang lebih tahu apa yang terbaik bagi makhluknya, lebih dari seorang ibu mengetahui keperluan bayinya.

Perhatikan hadith berikut, Dari Umar bin Al Khattab radhiallahu ‘anhu , beliau menuturkan:

ﻗﺪﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺳﺒﻲ، ﻓﺈﺫﺍ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﺒﻲ ﻗﺪ ﺗﺤﻠﺐ ﺛﺪﻳﻬﺎ ﺗﺴﻘﻲ، ﺇﺫﺍ ﻭﺟﺪﺕ ﺻﺒﻴﺎً ﻓﻲ
ﺍﻟﺴﺒﻲ ﺃﺧﺬﺗﻪ، ﻓﺄﻟﺼﻘﺘﻪ ﺑﺒﻄﻨﻬﺎ ﻭﺃﺭﺿﻌﺘﻪ، ﻓﻘﺎﻝ ﻟﻨﺎ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : (ﺃﺗﺮﻭﻥ ﻫﺬﻩ ﻃﺎﺭﺣﺔ ﻭﻟﺪﻫﺎ ﻓﻲ ﺍﻟﻨﺎﺭ ). ﻗﻠﻨﺎ: ﻻ، ﻭﻫﻲ ﺗﻘﺪﺭ ﻋﻠﻰ ﺃﻥ ﻻ ﺗﻄﺮﺣﻪ، ﻓﻘﺎﻝ: (ﻟﻠﻪ ﺃﺭﺣﻢ ﺑﻌﺒﺎﺩﻩ ﻣﻦ ﻫﺬﻩ ﺑﻮﻟﺪﻫﺎ

Rasulullah Sallahua'laihiwasallam didatangi oleh rombongan tawanan perang. Di tengah-tengah rombongan itu ada seorang ibu yang sedang mencari-cari bayinya.

Tatkala dia berhasil menemukan bayinya di antara tawanan itu, maka dia pun memeluknya erat-erat ke tubuhnya dan menyusuinya.
Rasulullah Sallahua'laihiwasallam bertanya kepada kami,
“Apakah menurut kamu ibu ini akan rela atau redha melemparkan anaknya ke dalam kobaran api?”

Kami menjawab, “Tidak mungkin, demi Allah. Sementara dia sanggup untuk mencegah bayinya terlempar ke dalamnya.”
Maka Sallahua'laihiwasallam bersabda,
“Sungguh Allah lebih sayang kepada hamba-hamba-Nya daripada ibu ini kepada anaknya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Justeru itu , apabila seseorang Ibu tersebut tidak rela untuk melempar anaknya ke dalam api, maka Allah tentu lebih tidak rela lagi melempar dan mencampakkan hamba-Nya ke dalam api neraka, akan tetapi apa yang terjadi? 
Hamba tersebut tidak mahu mengenal Allah, tidak peduli kepada Allah dan agama-Nya, bahkan ia lari jauh dari Allah. Bagaimana Allah boleh sayang kepada hamba yang tersebut?

Sedangkan kita diperintahkan untuk mengenal Allah dan “lari” menuju Allah. Allah berfirman,

فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ ۖ إِنِّي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ مُبِينٌ

Maka segeralah kembali (berlari kamu) kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku (Rasul) seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: 50)

Terkadang Allah Subhanahuwata'alla dengan kebijaksanaannya dan kasih-sayangnya memaqbulkan permintaan seseorang hambanya, akan tetapi dengan cara menukarkannya dengan sesuatu yang lain. Iaitu sesuatu yang lebih baik atau lebih bermunafaat untuknya di dunia dan di akhiratnya.  Apa yang terjadi ianya adalah sebagai senario terbaik dari Allah kepada hamba-Nya. Allah Subhanahuwata'ala berfirman;

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, 216).

Terkadang Allah Subhanahuwata'alla memaqbulkan permintaan seseorang hambanya yang hidup bergelumang dengan maksiat dan melanggar batas larangan Allah dengan terus-menerus dan disertai dengan keadaan tidak mengenali Allah dengan sebenar-benarnya, maka ianya adalah Istidraj baginya. Istidraj iaitu Allah berikan dunia kepada seorang hamba, ia hanya hidup dengan bersenang-senang saja akan tetapi hakikatnya Allah sudah tidak pedulikan kepadanya lagi. Ia hanya akan menunggu balasannya di hari kiamat dan hanya “bersenang-senanglah” sebentar sahaja di dunia ini. 

Contoh Istidraj adalah misalnya, seseorang hamba memiliki business yang berkembang pesat dan keuntungan yang terus meningkat, akan tetapi ia melalaikan solatnya dan tuntutan agama yang lain,soal halal haram sudah tidak dipedulikannya lagi,segala nasihat agama dipandang sebagai halangan untuk menghambat kemajuan,ahli agama atau para ulama yang menasihatinya dan mengajaknya kepada mengutamakan akhirat dianggap sebagai musuh yang cuba menghalangnya untuk mencapai cita-cita. Atau seorang  wanita yang berkerjaya dan berpangkat dalam satu-satu jabatan yang terus naik meninggi, akan tetapi ia tidak memakai hijab atau tidak menjaga batas auratnya.
Sebagai ibaratnya adalah, bagaikan seorang ibu yang memberikan gadget kepada anak kecilnya,kerana sudah bosan dengan karenah anak kecilnya itu,  kemudia ia berkata “mainlah 'nak' sepuas-puasnya, seharian-harian tanpa memikirkan kesan terhadap anak itu”.

Rasulullah Sallahua'laihiwasallam bersabda mengenai istidraj,

إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ

“Bila engkau melihat Allah Ta’ala memberi hamba dari (perkara) dunia yang diinginkannya, padahal dia terus berada dalam kemaksiatan kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa hal itu adalah istidraj  dari Allah.” (Hadith Riwayat Ahmad, lihat Shahihul Jami’ no. 561)

Demikian juga istidraj dalam ayat berikut yang disebut dengan makar Allah,

أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ

Maka apakah mereka merasa aman dari azab (مَكْرَ) Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.” (Al-A’raf: 99)

Syaikh Muhammad bin Abdul Aziz Al-Qar’awi menjelaskan,

مكر الله: هو استدراج العاصي بالنعم… حيث إنهم لم يُقدِّروا الله حق قدره، ولم يخشوا استدراجه لهم بالنعم وهم مقيمون على معصيته حتى نزل بهم سخط الله، وحلت بهم نقمته

“Makar Allah adalah istidraj bagi pelaku maksiat dengan memberikan kenikmatan/kebahagiaan… mereka tidak memuliakan Allah sesuai dengan hak-Nya. Mereka tidak merasa khawatir [tidak rasa bimbang]  dengan istidraj kenikmatan-kenikmatan bagi mereka, padahal mereka terus-menerus berada dalam kemaksiatan sehingga turunlah bagi mereka murka Allah dan menimpa mereka azab dari Allah.”(Al-Jadid fii Syarhi Kitabit tauhid hal. 306, Maktabah As-Sawadi

Diantara doa yang Kerap Dibaca oleh Rasulullah Sallahua'laihiwasallam adalah sebagaimana hadith 
yang diriwayatkan daripada Anas R.A, beliau berkata:

كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Doa Nabi Sallahua'laihiwasallam yang paling sering diucapkan ialah: 
(اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) - “Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.” (Hadith Riwayat Bukhari,6389 dan Muslim,7016)

Imam Muslim menambahkan dalam riwayatnya:

وَكَانَ أَنَسٌ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدَعْوَةٍ دَعَا بِهَا، فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدُعَاءٍ دَعَا بِهَا فِيهِ

Maksudnya: "Apabila Anas hendak berdoa dengan satu doa, maka dia berdoa dengan doa tersebut. Apabila dia hendak berdoa dengan banyak doa, maka dia menyertakan doa tersebut di dalamnya."

Dalam hadis yang turut diriwayatkan oleh Anas R.A, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ: يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ.

Maksudnya: Adalah Rasulullah Sallahua'laihiwasallam selalu mengucapkan: 
“يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك” 
(Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu). Kemudian aku pun bertanya: "Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang engkau bawa, lalu apakah engkau masih risau kepada kami?" Baginda menjawab: "Ya, kerana sesungguhnya hati manusia berada di antara dua genggaman tangan (kekuasaan) Allah yang Dia bolak-balikkan menurut yang dikehendaki-Nya."

[Hadith Riwayat Imam Ahmad (12107), al-Tirmizi (2140), al-Baihaqi
dalam Syu’ab al-Iman (757) dan al-Tabarani dalam al-Du’a (1261)]

Manakala hadis lain yang diriwayatkan daripada Syahr bin Hausyab, katanya:

قُلْتُ لأُمِّ سَلَمَةَ : يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ عِنْدَكِ ؟ قَالَتْ : كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ : يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ قَالَتْ : فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ مَا لأَكْثَرِ دُعَائِكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ ؟ قَالَ : يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِيٌّ إِلاَّ وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللهِ ، فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ ، وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ.

Maksudnya: Aku pernah bertanya kepada Ummu Salamah: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah doa Rasulullah Sallahua'laihiwasallam yang paling banyak apabila Baginda Sallahua'laihiwasallam disisi engkau?" Beliau menjawab: “Doa Baginda Sallahua'laihiwasallam yang paling banyak adalah: (يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ) - 
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” - Ummu Salamah berkata: "Aku pernah berkata kepada Rasulullah Sallahua'laihiwasallam; Wahai Rasulullah! Betapa sering engkau berdoa:
 “يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ”. 
Lalu Baginda Sallahua'laihiwasallam menjawab: "Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya."
[Hadiyh Riwayat Imam Ahmad (26618) dan al-Tirmizi (3522)]

Berdasarkan nas-nas yang dinyatakan di atas, maka dapat disimpulkan, antara doa yang kerap dibaca oleh Baginda Rasulullah Sallahua'laihiwasallam ialah, antaranya:

Menurut hadis daripada Anas R.A:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

Menurut hadis daripada Anas R.A dan Ummu Salamah R.Anha:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Walaubagaimanapun, ini bukanlah bererti bahawa doa itu hanya terbatas kepada doa-doa tersebut, akan tetapi kita digalakkan untuk mengamalkan semua doa yang ma'thur sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan hadith-hadith yang sahih.

Rasulullah Sallahua'laihiwasallam menggambarkan bagaimana kasih sayang dan azab Allah. Beliau bersabda,

لَوْ يَعْلَمُ الْمُؤْمِنُ مَا عِنْدَ اللَّهِ مِنْ الْعُقُوبَةِ مَا طَمِعَ بِجَنَّتِهِ أَحَدٌ، وَلَوْ يَعْلَمُ الْكَافِرُ مَا عِنْدَ اللَّهِ مِنْ الرَّحْمَةِ مَا قَنَطَ مِنْ جَنَّتِهِ أَحَدٌ

“Andaikan mukmin mengetahui azab yang disediakan Allah; niscaya tidak ada seorangpun yang berharap boleh mendapatkan syurga-Nya. Dan seandainya orang kafir mengetahui kasih sayang yang ada pada Allah; niscaya tak ada seorangpun yang tidak berharap boleh meraih syurga-Nya”. (Hadith Riwayat Muslim)

Semoga kita dapat melazimi dan memperbanyakkan doa dalam kehidupan seharian serta dikabulkan permintaan kita oleh-Nya. آمين.

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama  Hukum menunaikan umrah buat kali pertama adalah wajib (sekali seumur hidup) bagi setiap Muslim muk...