Amal, Berserah Diri dan Ma’rifat
Syeikh Ibnu Atha’illah menuliskan dalam kitab Al-Hikam:
إِذَا فَتَحَ لَـكَ وِجْهَةً مِنَ التَّعَرُّفِ فَلاَ تُبــَالِ مَعَهَا أِنْ قَلَّ عَمَلُكَ فَإِنَّـهُ مَا فَـتَـحَهَا لَكَ إِلاَّ وَهُوَ يُرِ يْدُ أَنْ يَـتَـعَرَّفَ إِلَيكَ. أَلَمْ تَـعْلَمْ أَنَّ الـتَّــعَرُّفَ هُوَ مُوْرِدُهُ عَلَيْكَ، وَاْلأَعْمَالُ أَنْتَ مُــهْدِ يْــهَا إِلَـيْهِ، وَأَيــْنَ مَا تُــهْدِ يْهِ إِلَـيْهِ مِمَّا هُـوَ مُوْرِدُهُ عَلَـيْكَ
"Ketika Dia membukakan bagimu (suatu) Wajah Pengenalan, maka jangan engkau sandingkan (hadirnya) pengenalan itu dengan sedikitnya amal-amalmu; kerana sesungguhnya Dia tidak membukakan pengenalan itu bagimu kecuali (bahawa) Dia semata-mata menginginkan untuk memperkenalkan (Diri-Nya) kepadamu.
Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya (suatu) pengenalan itu (semata-mata) Dia yang menginginkannya atasmu, sedangkan amal-amal itu (semata-mata) suatu hadiah dari engkau kepada-Nya; maka tidaklah sebanding antara apa-apa yang engkau hadiahkan kepada-Nya dengan apa-apa yang Dia inginkan untukmu. Al-Hikam Pasal 8
Dsebalik kalimat-kalimat yang diungkap oleh Ibnu Athaillah dalam pasal ini ada rahsia yang sangat halus. Ibnu Athaillah bukan bermaksud untuk mengatakan bahawa amaliah tidak bermunafaat, kerana itu adalah tanda kepatuhan setiap hamba kepada-Nya. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut,
وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
Maksudnya: Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,
Namunpun begitu ada persoalan yang lebih besar dari itu yang harus dimiliki oleh setiap yang menjalani jalan suluk.
Ketika Allah membuka “Wajah Pengenalan/إِذَا فَتَحَ لَـكَ وِجْهَةً”, maka pada hakikatnya bahawa Dia anugerahkan kepada seorang hamba adalah Diri-Nya, kesempurnaan-Nya, dan bukan semata-mata perbuatan-Nya, kurnia-Nya, atau syurga-Nya. Maka ianya tidaklah sebanding ketika Allah menyerahkan seluruh Diri-Nya untuk dikenali, berbanding seseorang hamba hanya menyerahkan amal perbuatannya tetapi bukan dirinya.
Allah telah menganugerahkan manusia mata fisik (mata kasar) agar dapat melihat segala hal yang lahiriah. Allah pula melengkapi mata fisik tersebut dengan mata batin (bashîrah) sehingga manusia boleh melihat hakikat di luar pandangan lahiriah. Apabila bashîrah sudah terbuka, maka Allah Azza wa Jalla pun akan membukakan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan-Nya yang tidak boleh dilihat dengan mata lahir. Itulah yang terjadi pada Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam. ketika beliau melakukan perjalanan Isra Mi’raj, Firman Allah Ta'ala,
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami………….
(Surah Al-Isra’ ayat 1)
Orang yang hatinya suci bersih akan menerima pancaran Nur Sir dan mata hatinya akan melihat kepada hakikat bahawa Allah Subhanahuwata'ala Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Dia mahu ditemui dan dikenali. Tidak ada ilmu dan amal dari makhluknya yang mampu menyampaikan seseorang kepada Allah Subhanahuwata'ala. Tidak ada jalan untuk mengenal Allah Subhanahuwata'ala. Allah Subhanahuwata'ala hanya dikenali apabila Dia memperkenalkan ‘Diri-Nya’, maka jalan untuk kenal Allah hanyalah dengan Allah jua tanpa sekutu yakni dengan melalui Tauhid murni lagi hakiki.
وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya:Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Al-A'raf, ayat 180
Sesungguhnya kebanyakan manusia menyerahkan urusannya kepada dirinya, kepintarannya dan amal perbuatannya.Dan sangatlah sedikit manusia yang menginginkan berserah diri sepenuhnya kepada Allah.Adalah Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam memberi nasihat kepada puterinya Fatimah r.a. untuk senantiasa berdoa pada setiap pagi dan petang:
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda pada Fatimah (puterinya), “Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku atau yang kuingatkan padamu setiap pagi dan petang iaitu ucapkanlah:
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dari-Mu selamanya).” (Hadith Riwayat Ibnu As Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah no. 46, An Nasai dalam Al Kubro 381: 570, Al Bazzar dalam musnadnya 4/ 25/ 3107, Al Hakim 1: 545. Sanad hadith ini hasan.
Ada juga doa yang lafaznya hampir sama dengan lafaz di atas dari hadith Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda,
دَعَوَاتُ الْمَكْرُوبِ اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِى إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِى شَأْنِى كُلَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya:“Doa orang yang dirundung duka:
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِى إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِى شَأْنِى كُلَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah, dengan rahmat-Mu, aku berharap, janganlah Engkau sandarkan urusanku pada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku seluruhnya, tidak ada ilah yang berhak disembah selain Engkau).” (Hadith Rieayat Abu Daud no. 5090, Ahmad 5: 42. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan kerana mengingat adanya penguat).
Doa di atas adalah doa yang sangat luar biasa yang di dalamnya berisi تحقيق العبدية iaitu pe'realisasi'an penghambaan pada Allah. Di dalamnya juga terdapat bentuk tawassul pada Allah melalui nama dan sifat-Nya.
Di dalam Al-Quran dikatakan bahawa sebaik-baik agama seseorang adalah yang: أَسْلَمَ وَجْهَهُ (menyerahkan wajah/dirinya), seluruh kehidupannya, seluruh jiwa-raganya, hidup dan matinya, hanya kepada Allah.
وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۗ وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا
Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi? Surah Al-Nisa ayat 125
Kesimpulannya:
Pintu rahmat Allah tidak akan terbuka selama hati manusia kotor. Allah mempunyai hak dan pilihan untuk mengenalkan sifat dan asmanya kepada makhluk yang dikehendakinya, secara sebahagian-sebahagian atau sepenuhnya. Dan Allah akan mengenalkan zatnya secara sepenuhnya di akhirat kelak.
Untuk itu, kita sebagai hamba yang beriman sudah semestinya senantiasa dituntut untuk membersihkan hati dan ketauhidan kita kepada Allah.
No comments:
Post a Comment