Cahaya Ikhlas anugerah Ilahi
Syeikh Ibnu Atha’illah menuliskan dalam kitab Al-Hikam:
اَلْأَعْمَالُ صُوَرٌ قَائِمَةٌ، وَأَرْوَاحُـهَا وُجُوْدُ سِرِّ اْلإِخْلاَصِ فِيهَا
"Amal-amal itu semata bentuk-bentuk yang nampak, adapun roh-roh yang menghidupkannya adalah hadirnya sirr ikhlas (cahaya ikhlas) padanya". Al-Hikam Pasal 10
Sirr / سِرِّ secara bahasa ertinya adalah “rahsia”. Secara hakikatnya, سِرِّ adalah cahaya khusus yang Allah berikan kepada seorang hamba yang Dia cintai.
Oleh yang demikian, ikhlas mempunyai definisi sebagai berikut:
اَلْإِخْلاَصُ هُوَ تَجْرِيْدُ قَصْدِ التَّقَرُّبِ اِلَى اللهِ تَعَالَى عَنْ جَمِيْعِ الشَّوَاهِبِ
Maknanya: Ikhlas adalah memurnikan tujuan taqarrub kepada Allah ta’ala dari segala hal yang mencampurinya.
Tidak ada amal-amal yang agong dapat tegak kecuali Allah telah menanamkan roh berupa cahaya ikhlas yang dapat menghidupkan amal tersebut. Sebagaimana akhlak-akhlak yang tinggi yang ditampilkan oleh para nabi, rasul serta hamba-Nya yang Dia cintai adalah kerana adanya roh-roh yang menghidupkannya; dan itu berupa سِرِّ(cahaya) ikhlas yang menyala di dalam hati.
Oleh kerana itu, ikhlas menempati posisi kunci dalam semua kegiatan ibadah mukmin.
Makna ibadah yang dikerjakan dengan ikhlas. Iaitu ibadah yang dilakukan hanya mengharapkan Allah semata dan tidak tercampur dengan kesyirikan dan tujuan-tujuan lain selain Allah semata. Sebagaimana firman Allah Ta'ala,
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
“Mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus” (Surah Al-Bayyinah 98:5).
Maka amalan yang dilakukan tanpa keikhlasan tidak akan diterima oleh Allah Ta’ala. Misalnya amal ibadah yang tujuannya bukan kerana Allah Ta’ala, akan tetapi ingin dilihat atau didengar oleh manusia. Atau amalan yang dilakukan bukan kepada Allah seperti sembelihan untuk syaitan, solat untuk mendapat karamat, dan lain-lain. Bahkan yang seperti ini boleh memyebabkan pelakunya akan menjadi seorang musyrik yang akan kekal di neraka, نعوذ بالله من ذلك
Allah Subhanahuwata'ala berfirman dalam hadith Qudsi,
أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ، مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
“Aku tidak perlu sekutu dengan sekutu-sekutu. Siapa yang beramal dengan mempersekutukanku dengan selainKu, Aku akan tinggalkan dia bersama sekutu-sekutunya” (Hadith Riwayat Muslim, 2985)
Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata:
إن العمل إذا كان خالصا ولم يكن صوابا لم يقبل ، وإذا كان صوابا ولم يكن خالصا لم يقبل ، ولا يقبل حتى يكون خالصا صوابا ، والخالص إذا كان لله ، والصواب إذا كان على السنة.
“Jika amal ibadah ikhlas tetapi tidak sesuai tuntunan, maka tidak diterima. Dan jika sesuai tuntunan tetapi tidak ikhlas, maka tidak diterima pula. Suatu amal tidak diterima kecuali ikhlas dan benar. Ikhlas bilamana dilakukan kerana Allah, dan benar bilamana dilakukan sesuai sunah Nabi”.
Jadi, hakikat amal ikhlas ialah manakala seseorang memurnikan amal ibadahnya untuk Allah semata. Firman Allah:
فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ
“Maka beribadahlah kepada Allah dengan memurnikan agama untukNya”.Qs.Al-Zumar:2
Syeikh Ma’ruf al-Karkhi berkata sebagai berikut:
وَقَالَ مَعْرُوفْ الْكَرْخِي مَنْ عَمِلَ لِلثَّوَابِ فَهُوَ مِنَ التُّجَّارِ
Maksudnya: “Barangsiapa beramal supaya dapat pahala, maka ia bagaikan orang yang sedang berdagang.” (Maksudnya, ia beramal dengan angan-angan mendapatkan keuntungan itu seolah-olah seperti sedang tukar-menukar, yakni amal dengan pahala)
وَمَنْ عَمِلَ خَوْفاً مِنَ النَّارِ فَهُوَ مِنَ الْعَبِيْدِ
Maksudnya:“Barangsiapa melakukan sebuah tindakan kerana takut neraka, ia termasuk hamba Allah.
وَمَنْ عَمِلَ للهِ فَهُوَ مِنَ الْأَحْرَارِ
Maksudnya:“Dan barangsiapa yang beramal kerana Allah semata, ia merupakan orang yang merdeka.”
Orang yang beramal dengan Ikhlas digambarkan oleh Allah Subhanahuwata'ala di dalam firmannya,
إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Baqarah, 271).
Syeikh As Sa’di ketika berkata, “Jika sedekah tersebut dinampakkan dengan niat yang putus untuk meraih wajah Allah, maka itu baik. Dan seperti itu sudah mencapai maksud bersedekah. Namun jika dilakukan secara sembunyi-sembunyi, maka itu lebih baik. Jadi ayat ini menunjukkan bahawa sedekah yang dilakukan sembunyi-sembunyi lebih utama daripada dilakukan secara terang-terangan. Namun sebaliknya jika tidak boleh sampai matlamat bersedekah apabila dilakukan dengan cara sembunyi, maka tetap menyampaikan sedekah tadi dengan secara terang-terangan itu lebih baik. Jadi semuanya dilakukan dengan kembali melihat maslahat.”
Orang yang ikhlas pula diibaratkan oleh Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam dalam sebuah hadith seperti tangan kanan memberikan sesuatu, namun tangan kirinya tidak mengetahuinya.
وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ
Maksudnya: Seseorang yang bersedekah lalu merahasiakannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.Hadith Riwayat Bukhari,660 dan Muslim,1031).
Imam Nawawi menyebut di dalam Syarh Sahih Muslim.
Para ulama mengatakan bahawa penyebutan tangan kanan dan kiri di sini hanyalah ibarat yang menggambarkan sedekahnya benar-benar dilakukan secara rahsia. Tangan kanan dan kiri, walaupun kita tahu begitu dekat dan selalu bersama. Ini ibarat bahawa sedekah tersebut dilakuan secara sembunyi-sembunyi.
Maksudnya, amal-amal baik seharusnya disembunyikan sebaik mungkin walaupun kepada orang terdekat sekalipun.
Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ
Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. [Riwayat Muslim (4912)]
Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. [Riwayat Muslim (4914)]
Maksud Hadith:
Adapun yang dimaksudkan oleh Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam dengan “ظهر الغيب” adalah ketika orang yang didoakan itu tiada ataupun berdoa kepadanya secara diam-diam (tanpa pengetahuannya). Ini kerana, dengan cara itu akan menimbulkan atau meningkat tahap keikhlasan kita ketika berdoa. Selain itu, yang dimaksudkan dengan “مثل” adalah seperti yang didoakannya. Tambahan pula, ini menunjukkan akan kelebihan berdoa kepada saudaranya muslim secara diam atau sembunyi. Walaupun yang didoakan itu adalah sekumpulan kaum muslimin maka dia akan memperoleh kelebihan ini (kemustajaban doa). Jika yang didoakan itu adalah sebahagian daripada kaum muslimin, zahirnya dia juga mendapat kelebihan ini. (iaitu Allah Subhanahuwata'ala akan memakbulkan doanya). Disebabkan itu, sebahagian salaf, jika mereka ingin mendoakan kepada dirinya, mereka akan berdoa kepada saudaranya muslim secara sembunyi kerana ia adalah mustajab dan mereka akan memperolehi yang sama seperti yang didoakan itu. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 17/49]
Pengajaran hadith:
1-Islam sangat menggalakkan setiap umatnya agar sentiasa berdoa kepada saudaranya.
2-Kita dituntut untuk mendoakan perkara-perkara kebaikan kepada saudara kita.
3-Doa seorang hamba tanpa pengetahuan saudaranya adalah mustajab di sisi Allah Subhanahuwata'ala.
4-Setiap apa yang kita doakan, Allah Subhanahuwata'ala juga akan mengurniakan kepada kita sama seperti yang kita doakan untuk orang lain.
No comments:
Post a Comment