Saturday, November 30, 2024

KEMATIAN ANAK

KEMATIAN ANAK 

Seseorang yang mendapat musibah anaknya meninggal dunia atau salah seorang dari keluarganya itu meninggal, hendaklah menggambarkan seperti sekelompok keluarga yang sedang berpergian menuju ke suatu tempat sebagai perumahan yang akan dia menetap dan kekal disana. Kemudian anaknya itulah yang mendahului pergi ke sana atau keluarganya yang meninggal itu tadi. Jadi dengan perasaan bahawa yang dituju itu adalah tempat tinggal yang akan didiami selama-lamanya dan iainya pula akan merupakan tanah airnya yang abadi, maka apakah keberatan baginya untuk ditinggalkan oleh siapapun yang hendak pergi dahulu. Dengan beperasaan seperti ini, tentu tidak akan dianggap berat lagi dengan kematian anak atau keluarganya tadi. Sebabnya ialah kerana hatinya berkeyakinan pula bahawa dirinya sendiri pun akan menyusul nanti. Ini pasti dan tidak boleh dielakkan sama sekali. Yang berbeza hanyalah ada yang dulu dan ada yang Di belakang waktu kepergiannya itu. Sekiranya kesedaran semacam ini telah meresap benar-benar dalam kalbunya, rasanya hanyalah sedikit sahaja keluhan serta kesedihannya.

Lebih-lebih lagi jikalau seseorang itu suka mengingat-ingat huraian-huraian yang tercantum dalam agama, betapa besarnya pahala yang diperoleh jika ditinggalkan oleh anak itu, selama hatinya tetap sabar saja mengingati bencana yang sedang dihadapinya, diikhlaskan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah Subhanahuwata'ala.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَسِقْطٌ أُقَدِّمُهُ بَيْنَ يَدَيَّ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ فَارِسٍ أُخَلِّفُهُ خَلْفِي

Maksudnya:''Dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Seorang bayi yang meninggal dalam kandungan ibunya mendahuluiku, sungguh lebih aku sukai dari seorang penunggang kuda yang mengawalku di belakangku''. Ibnu Majah (1596), Dhaif

Dalam hadith itu disebutkan hanya anak yang keguguran. Ini adalah sebagai peringatan pada yang lebih tinggi dengan menggunakan yang lebih rendah. Jadi sekiranya anak keguguran saja sudah lebih berharga dari seorang pemacu kuda, maka alangkah berharganya lagi jikalau yang meninggal dunia itu anak yang sudah berusia setahun. dua tahun dan seterusnya. Namun demikian besar kecilnya pahala yang akan diterimakan adalah menurut kadar perasaan seseorang itu terhadap anak tadi dalam hatinya. 

Mauz ra. meriwayatkan sebuah hadith dari Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sabdanya,

 عَنْ مُعَاذٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يُتَوَفَّى لَهُمَا ثَلَاثَةٌ إِلَّا أَدْخَلَهُمَا اللَّهُ الْجَنَّةَ بِفَضْلِ رَحْمَتِهِ إِيَّاهُمَا فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَوْ اثْنَانِ قَالَ أَوْ اثْنَانِ قَالُوا أَوْ وَاحِدٌ قَالَ أَوْ وَاحِدٌ ثُمَّ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّ السِّقْطَ لَيَجُرُّ أُمَّهُ بِسَرَرِهِ إِلَى الْجَنَّةِ إِذَا احْتَسَبَتْهُ

Maksudnya:''Dari Mu'adz bin Jabal berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidaklah dua orang muslim yang tiga anaknya meninggal dunia melainkan Allah akan memasukkan keduanya ke dalam syurga berkat rahmat Allah pada keduanya." Mereka berkata, Wahai Rasulullah! Atau dua. Mereka berkata, Atau satu. Rasulullah ﷺ bersabda, "Atau satu." Selanjutnya beliau bersabda, "Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya anak keguguran itu menyeret ibunya dengan ari-arinya ke syurga bila ia mengharap-harapakan pahalanya''. Ahmad (21076)

Daripada Anas R.A, dia berkata: Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

مَا مِنَ النَّاسِ مِنْ مُسْلِمٍ، يُتَوَفَّى لَهُ ثَلاَثٌ لَمْ يَبْلُغُوا الحِنْثَ، إِلَّا أَدْخَلَهُ اللهُ الجَنَّةَ بِفَضْلِ رَحْمَتِهِ إِيَّاهُمْ.

Maksudnya: “Tidak ada seorang Muslim pun yang tiga orang anaknya meninggal dunia sebelum baligh kecuali Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kerana limpahan rahmat-Nya kepada mereka''.Riwayat al-Bukhari (1248)

Daripada Abu Sa‘id R.A, bahawa beberapa orang wanita berkata kepada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam: “Khususkanlah satu hari untuk Tuan memberi nasihat kepada kami.” Lalu Baginda menasihati mereka dan bersabda,

أَيُّمَا امْرَأَةٍ مَاتَ لَهَا ثَلاَثَةٌ مِنَ الوَلَدِ، كَانُوا حِجَابًا مِنَ النَّارِ»، قَالَتِ امْرَأَةٌ: وَاثْنَانِ؟ قَالَ: «وَاثْنَانِ».

Maksudnya: “Mana-mana wanita yang tiga orang anaknya meninggal dunia, maka mereka akan menjadi penghalang buatnya daripada api neraka. Seorang wanita bertanya: “Kalau dua orang?” Baginda menjawab: “Begitu juga dua orang''.Riwayat al-Bukhari (1249)

Daripada Abu Sa‘id dan Abu Hurairah R.Anhuma, daripada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam. Abu Hurairah berkata,

لَمْ يَبْلُغُوا الحِنْثَ.

Maksudnya: “Apabila mereka belum lagi baligh''.Riwayat al-Bukhari (1250)

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

لاَ يَمُوتُ لِمُسْلِمٍ ثَلاَثَةٌ مِنَ الوَلَدِ، فَيَلِجَ النَّارَ، إِلَّا تَحِلَّةَ القَسَمِ». قَالَ أَبُو عَبْدِ اللهِ: {وَإِنْ مِنْكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا} .

Maksudnya: “Tidaklah seseorang Muslim itu yang kematian tiga orang anaknya akan masuk ke dalam api neraka melainkan sekadar penebus sumpah.” Abu Abdillah Imam al-Bukhari berkata: (sumpah itu ialah): “وَإِنْ مِنْكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا” (Maksudnya: “Dan tiada seorang pun antara engkau melainkan akan sampai kepadanya”) (Surah Maryam: 71)'.'Riwayat al-Bukhari (1251)

Orang tua hendaklah berikhlas hati mendoakan puteranya ketika meninggalnya, sebab itulah yang paling dapat diharapkan untuk dikabulkan dan lebih dekat untuk diijabahkan. Abu Sinan pernah berdiri di makam anaknya dan berkata: 

"Ya Allah, hamba telah mengampuni anak ini apa-apa yang merupakankewajipannya untuk diri hamba, maka harap lah pula Tuhan mengampuni pula padanya kewajipan-kewajipan apa saja yang seharusnya menjadi tanggungannya untuk Tuhan, sebab Tuhan adalah lebih Mulia dan lebih Dermawan untuk mengampuni". 

Seorang Arab berdiri di kubur anaknya lalu berkat "Ya Allah, hamba telah mengampuni keteledorannya yang semestinya dilakukan untuk berbakti pada hamba, maka ampunilah apa yang diteledorkan yang semestinya dilakukan olehnya untuk Tuhan". 

Di saat anaknya meninggal dunia itu, lebih baik seseorang itu membayangkan bencana lain yang lebih besar lagi dari itu, agar terhiburlah hatinya kerana sangat banyak keluhan dan kesedihan vang ditanggungnya. Sebabnya ini harus dibayangkan ialah kerana tidak suatupun bencana, melainkan di sana pasti ada yang lebih besar lagi dari itu. Lagi pula bencana yang sudah ditolak oleh Allah dari dirinya itu sebenarnya sudah banyak daripada yang nyata-nyata benar mengenainya.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ. الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ. 

Maksudnya:''Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ".Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk''. Al-Baqarah ayat 155-157

Dalam suatu peristiwa, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dibawa malaikat untuk melihat suasana di dalam Syurga. Antara yang baginda lihat ialah seorang lelaki tinggi yang di sekeliling dipenuhi kanak-kanak. Malaikat menerangkan kepada Nabi:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الطَّوِيلُ الَّذِي فِي الرَّوْضَةِ فَإِنَّهُ إِبْرَاهِيمُ صلى الله عليه وسلم وَأَمَّا الْوِلْدَانُ الَّذِينَ حَوْلَهُ فَكُلُّ مَوْلُودٍ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ ‏

Maksudnya: Adapun lelaki yang tinggi itu di dalam Raudhah ialah Ibrahim SAW, dan sekeliling baginda itu ialah wildan (anak yang meninggal dunia pada waktu kecil). Maka semua yang dilahirkan pada waktu kecil itu mati di atas fitrah (yakni Islam dan dimasukkan ke dalam syurga).Riwayat al-Bukhari (7047)

Hadith ini menunjukkan bahawa anak-anak yang meninggal pada waktu kecil dalam penjagaan Nabi Ibrahim AS di dalam syurga.

Anak-anak kecil ini mengingati ibu bapanya dan akan memberikan syafaat kepada Ibu bapa mereka, dengan izin Allah. Daripada Abu Hassan RA:

عن أبي حسان قال : قلتُ لأَبِي هُرَيْرَةَ : إنَّه قَدْ مَاتَ لِي ابنانِ ، فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللهِ بِحَدِيْثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا ؟ قالَ : نَعَمْ ، صِغَارُهُم دَعَامِيْصُ الجَنَّةِ ، يَتَلَقَّى أَحَدُهُم أَبَاهُ - أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ - فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ ، - أَوْ قَالَ بِيَدِهِ - كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنَفَةِ ثَوْبِكَ هذا ، فَلا يَتَنَاهَى حتى يُدخِلَه اللهُ وَأَبَاهُ الجَنَّةَ

Maksudnya: "Aku bertanya kepada Abu Hurairah tentang keadaan dua anakku kecilku yang telah meniggal dunia, “Boleh tidak engkau menyampaikan kepadaku satu hadis daripada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam yang boleh memujuk jiwa-jiwa kami kerana kematian ini?” Jawab Abu Hurairah, “Boleh, anak-anak mereka ialah Da’amis Syurga. Salah seorang daripada mereka menemui ayah mereka, atau ibu bapa, lalu menarik bajunya, atau menarik tangannya, seperti aku menarik hujung jahitan bajumu ini. Anak itu tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ibu bapanya ke syurga''. Riwayat Muslim (2435)

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah:

“Da`amis itu bererti ahli syurga yang kecil, asalnya ialah du`mūs yang bermaksud haiwan-haiwan kecil yang berada di dalam air, mereka tidak berpisah dengannya. Ertinya, anak-anak kecil di dalam syurga tidak berpisah darinya.”Rujuk kitab Syarh Muslim (16/182)

Berkata Ibn al-Athir Rahimahullah:

“Mereka itu bebas bergerak di dalam syurga, masuk ke dalam rumah-rumahnya, tiada apa yang menghalang mereka daripada suatu tempat, seperti perangai kanak-kanak ketika di dunia, tiada siapa yang boleh menghalang mereka memasuki haram (yakni kawasan peribadi satu-satu keluarga), tiada siapa yang perlu berhijab bila dengan mereka''.Rujuk kitab al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar (2/289).


Thursday, November 21, 2024

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan di tengah-tengah kekalutan hidup masyarakat Arab Jahilyyah. Pegangan mereka adalah kepercayaan yang diwarisi daripada nenek moyang mereka, Penyembahan berhala berleluasa tanpa batasan. Kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa langsung tiada di dalam kotak minda. Apa yang jelas, patung yang tidak bernyawa bernama berhala diberi penghormatan yang tidak ternilai di sisi warga Arab Jahiliah. la suatu keadaan masyarakat yang gawat dengan kehidupan yang tidak berpaksikan kepada aqidah. 

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ أَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطَانُ يَدْعُوهُمْ إِلَىٰ عَذَابِ السَّعِيرِ

Maksudnya:''Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang diturunkan Allah". Mereka menjawab: "(Tidak), tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka (akan mengikuti bapak-bapak mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka)?''. Luqman ayat 21

Zaman Arab Jahiliah diwarnai dengan penyembahan berhala dan thoghut,malahan ada yang sanggup menyembah pokok dan matahari. Kemungkaran dipandang sebagai permainan kepada mereka. Pemimpin pula ketika itu dilantik bukan kerana kepandaian tetapi dek pengaruh dan hartanya. Ini membawa kepada budaya minum arak, judi, riba dan sebagainya menjadi perkara biasa ketika itu. Bayi-bayi perempuan yang baru dilahirkan dibunuh penipuan, penindasan menjadi perkara yang tidak dapat dielakkan lagi. Perhambaan berleluasa yang kaya menjadi raja, yang lemah menjadi suruhan. sifat-sifat keberanian dan kegagahan pula digunakan untuk tujuan mencari kepentingan diri semata-mata. la menjadI alat untuk melakukan kekejaman dan penindasan. Kekuasan yang dimiliki bagaikan pedang yang terhunus di hujung leher untuk memenggal dan mencederakan orang lain.

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالْأُنْثَىٰ ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ.يَتَوَارَىٰ مِنَ الْقَوْمِ مِنْ سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ ۚ أَيُمْسِكُهُ عَلَىٰ هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ ۗ أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

Maksudnya:''Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah.Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu''. AI-Nahl ayat 58-58.

Melihat kepada betapa seriusnya kerosakan di dalam masyarakat tersebut, bukanlah tugas yang mudah untuk mana-mana reformis untuk memperbetulkan keadaan ini. Seorang pemimpin yang ingin mengislahkan keadaan kehidupan sosial tersebut perlu memiliki kebijaksanaan, kehebatan, serta mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi.Tiada cahaya, malah kegelapan yang menyelubungi sistem kehidupan sosial ketika zaman Arab Jahiliah. 

Maka tepatlah bahawa Baginda Sallallahu'alaihiwasallam disifatkan sebagai penyuluh kepada kegelapan sepertimana firman Allah berbunyi,

 الر ۚ كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Maksudnya:Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (Iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji''. Ibrahim ayat 1.

Di celah-celah kekalutan itulah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam muncul sebagai utusan Allah Subhanahuwata'ala yang datangnya bukan untuk mencela segala keburukkan yang melanda. Tetapi membawa risalah membebaskan manusia daripada sebuah kegelapan kepada cahaya dan sinar. Ayat-ayat Allah, peringatan dan berita gembira menjadi senjata melenyapkan segala kemungkaran. Budaya kehambaan kepada manusia diubah kepada penyerahan diri dan mendambakan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala yang maha berkuasa Baginda Sallallahu'alaihiwasallam telah datang dengan misi untuk melepaskan manusia daripada ancaman nafsu dan penganiayaan yang menyesakkan. Lantas menuju kepada kecerahan hati untuk menentang segala kebejatan dan mengajak kepada kebaikan. Ini juga ditambah dengan usaha untuk mengharamkan yang kotor dan keji serta menghalalkan yang bersih serta menyihatkan.

Konsep menjadi ummah yang terbaik atau khaira ummah diterapkan dengan gaya hidup secara berjamaah. Dakwah Baginda Sallallahu'alaihiwasallam kepada golongan keluarga dan sahabat terdekat merupakan usaha dakwah mencari kelompok jamaah yang bersama-sama di dalam usaha dakwah. Akhirnya daripada jamaah kecil ini menjadi kelompok ummah sejagat: sehinggalah menjadi ummah yang terbaik, Ini bertepatan dengan firman Allah berbunyi,

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya:''Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik''. Ali-'Imran Ayat 110

Rasullullah Sallallahu'alaihiwasallam tidak hanya menerangi kelompok Arab Jahiliah sahaja. Tumpuan Baginda Sallallahu'alaihiwasallam adalah untuk semua ummah segenap pelusuk isi dunia. Hanya bermulanya usaha dakwah di negara arab kerana kedudukan bumi Mekah letaknya di tengah-tengah peta dunia Kota Mekah ini juga diketahui akan menjadi kota seluruh muslimin dan muslimat serta menjadi kota kebanggaan umat Islam. Justeru, kota ini perlu dijernihkan dari segala kebejatan dan kemungkaran terlebih dahulu. Kota Mekah ketika ini menjadi tempat berlangsungnya ibadat haji. Tempat Suci letaknya kaabah sebagai simbol kesatuan ummah di tengah-tengah Masjidil Haram. 

Rasululiah Sallallahu'alaihiwasallam telah mengisi hati-hati penganut Islam terawal dengan pengajaran dan hikmah dari Al-Qur'an yang mulia. Ruku' dan sujud kepada Allah Subhanuwata'ala sebagai penyerahan diri kepada Allah Subhanuwata'ala serta penyucian jiwa. Jiwa dan akhak mereka semakin kental dengan iman serta berjaya mengikis sifat kecintaan kepada dunia. Dakwah menjadi hobi mereka, malah syahid menjadi impian tertinggi.

Kesedaran ini telah memberi impak yang besar kepada individu dan masyarakat. Keimanan menjadi sumber inspirasi dan pencerahan akhlak. Perubahan yang menakjubkan di dalam sejarah kehidupan manusia tidak pernah berlaku sebelum itu. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam telah mengangkat darjat manusia daripada menjadi hamba kepada nafsu semata kepada pendokong cahaya kebangkitan Islam.

Lihat sahaja kepada anak muda bernama Khalid bin al-Walid, seorang anak muda Quraisy yang hebat dan dihormati oleh ketua peperangan perkauman di Mekah. Namun setelah menjadi seorang muslim dia berjaya menerangi dunia pula sebagai Pedang Allah. Lihat pula Abu Ubaidah, seorang yang pemurah dan telah berjaya mengepalai kumpulan tentera Islam di dalam peperangan awal. Dia menjadi pemerintah tertinggi tentera Islam dan berjaya mengusir Hercules. 

Seterusnya muncul pula Amru bin al-As yang terkenal dengan kepintarannya. Begitu juga ketokohan Saad bin Abi Waqqas, Salman al-Farisi, Zaid bin Harith, Muaz bin Jabal, Ubaiy bin Ka'ab yang mempunyai kelas tersendiri dari segi ketokohan, keilmuan dan keberanian. Ini termasuklah masyarakat yang muncul dengan budaya keilmuan dan tarbiah Islamiah dan menjadi pemangkin kepada perjuangan memartabatkan serta memperluaskan penyebaran Islam ke seluruh dunia. 

Jelasnya Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dengan bantuan Allah Subhanahuwata'ala telah mendorong manusia yang diselaputi kegelapan jahiliah kepada sinar yang memancar ke suluruh pelusuk bumi. Baginda Sallallahu'alaihiwasallam telah memperlihatkan era baru penuh sinar dan contoh ikutan, la adalah era Islam yang akan bersinar selama-lamanya dalam sejarah manusia.

Pokok yang baik pasti akan menghasilkan buah yang berkualiti. Maka akhlak yang terpuji pasti lahir daripada aqidah dan iman yang kukuh. Individu yang percaya dengan sebenar-benarnya kepada keesaan Allah Subhanahuwata'ala pasti tidak akan melakukan dosa dan maksiat. Malah, akan sentiasa terdorong pula hatinya untuk melakukan kebaikan. Sesuatu yang mustahil sekiranya seorang yang hatinya sentiasa ada Allah berakhlak keji.

Untuk itu, ubat kepada kebejatan akhlak yang berlaku adalah dengan kembali mengukuhkan keimanan kepada Allah Subhanahuwata'ala. Namun begitu, la harus bermula dengan kepimpinan dahulu. Pemimpin yang jiwanya tertanam kukuh rasa kehambaan kepada Allah Subhanahuwata'ala pasti takutkan kemarahan Allah subhanahuwata'ala. Maka, kepemimpinannya akan terarah kepada usaha memperbanyakkan perkara kebaikan. Kepercayaan kepada keesaan Allah subhanahuwata'ala serta kesedaran bahawa kewujudan Allah Subhanahuwata'ala akan menjadi benteng daripada melakukan unsur pecah amanah, rasuah dan penindasan terhadap rakyat. 

Aqidah yang kukuh di dalam jiwa secara automatik akan mengawal tingkah laku dan akhlak individu. Begitu jugalah peranan hati yang bertindak selaku raja kepada jasad. jika baik hatinya maka baiklah tingkah lakunya. Jika hatinya sentiasa bergelumang dengan hasad dengki, tamak dan haloba maka ia akan diserlahkan melalui perlakuan dan akhlak keji. Maka, antara perkara penting di dalam membentuk jiwa dan akhlak terpuji adalah dengan memperbaiki hati. Seharusnya hati merantai nafsu ammarah, bukan hati merajai jiwa ke arah memuaskan nafsu. Allah Subhanahuwata'ala berfirman di dalam al-Qur'an berbunyi,

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ.إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Maksudnya:''(Iaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih''. Asy-Syu'ara' Ayat 89.

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam turut bersabda,daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung)''.Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)

Aqidah yang kukuh membuahkan rasa kebencian kepada kemungkaran.Maka benarlah sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, daripada abu Sa’id al-Khudri RA berkata, aku mendengar Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman''.Riwayat Muslim (78)

Agama kita Islam amat menitik beratkan perkara al-Amr bi al-Ma’ruf (menyeru kepada kebaikan) dan al-Nahi an al-Munkar (mencegah daripada perkara mungkar). Ini berdasarkan, banyak firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya''. Ali-Imran ayat 104

Jika kita sebagai seorang pemimpin, gunakanlah kuasa mencegah kemungkaran sebaiknya mengikut hukum Allah. Jika mampu menegah dengan suara, lakukanlah dengan penuh hikmah. Jika dengan suara pun tidak mampu, pastikan jauh di dalam hati tidak meredai kemungkaran yang berlaku di hadapan mata walaupun ia dikatakan selemah-lemah iman.

Ketika Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ditanya oleh malaikat Jibril tentang ihsan, Baginda Sallallahu'alaihiwasallam pun menjawab: 


قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْإِحْسَانُ قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنَّكَ إِنْ لَا تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

Maksudnya:'' Dia bertanya lagi, 'Wahai Rasulullah, apakah ihsan itu?' Beliau menjawab, 'Kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihat-Nya, maka jika kamu tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihatmu.''.Riwayat Muslim(10)

Ihsan ialah ikhlas dan tekun. laitu ikhlas di dalam beribadat kepada Allah Subhanahuwata'ala dan disertai dengan penuh ketekunan seolah-olah dapat melihat Allah Subhanahuwata'ala ketika melakukan ibadat. Sekiranya tidak mampu mencapai tahap tersebut, maka ingatah bahawa Allah Subhanahuwata'ala melihat kamu dan perbuatan kamu sama ada kecil mahupun besar. Impak ihsan kepada diri adalah kemunculan kesedaran di dalam diri bahawa Allah sentiasa ada dan melihat segala perbuatan baik dan jahat, kesedaran tersebut 'mengawal' diri daripada melakukan kemungkaran dan maksiat.

Diceritakan dalam sebuah riwayat, bahawa di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta mencerca Rasuluulah Sallallahu'alaihiwasallam dengan kata-katanya selalu "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.

Maka setiap pagi Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mendatanginya dengan membawa makanan dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis tersebut tetap menghambur cercaan terhadap Baginda Sallallahu'alaihiwasallam. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam melakukannya hingga menjelang kewafatannya. Setelah kewafatan Rasuullah Sallallahu'alaihiwasallam tidak ada lagi orang yang memberikan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Saidina Abu Bakar r.a pergi ke pasar tersebut dengan membawa makanan untuk diberikanya kepada pengemis itu. Abu Bakar ra mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar ra menyuap makanan, si pengermis marah sambil berteriak "Siapakah kamu?" Abu Bakar ra menjawab."Aku orang yang biasa yang menyuap makanan kepadamu setiap pagi."Bukan! Engkau bukan orang itu'' Jawab si pengemis buta itu. "Orang yang biasa itu selalu menyuap makanan ke mulutku itu, terlebih dahulu mengunyah makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu diberikan kepadaku", tambah pengemis itu. Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, da menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu, aku adalah salah seorang dari sahabatriya,orang yang mulia itu telah tiada Dia adalah Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam orang yang biasa engkau cemuh itu" 

Setelah pengemis tu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis teresak-esak dan kemudian berkata,"Benarkah demikian! Selama ini aku selalu menghinanya. menfitnahya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia datang kepadaku dengan memberi makanan setiap pagi, da begitu mulia", Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar r.a.

Lihatlah bagaimana Baginda Sallallahu'alaihiwasallam merupakan contoh akhlak terpuji kepada kita Baginda Sallallahu'alaihiwasallam sangat penyayang orangnya walaupun berhadapan dengan cacian dan makian. Inilah contoh pemimpin ulung yang mengotakan apa yang dikatakannya Tidak cepat menampilkan kemarahan dan reaksi negatif apabila dicabar dan dihina malah memberikan layanan terpuji kepada individu yang mengejinya. Ini juga suatu kaedah dakwah bil hal yang sangat tinggi nilainya.Maka benarlah dalam satu ayat al-Qur'an yang berbunyi,

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ

Maksudnya:''Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung". Al-Qalam ayat 4.

عَنْ سَعْدِ بْنِ هِشَامٍ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ فَقُلْتُ أَخْبِرِينِي عَنْ خُلُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ

maksud:''Dari Sa'ad bin Hisyam, ia berkata: "Aku pernah bertanya kepada Aisyah, tanyaku, 'Khabarkanlah kepadaku tentang akhlak Rasulullah ﷺ.' Aisyah pun menjawab, 'Akhlak beliau adalah Al-Qur'an''. riwayat Ahmad (24139).

Jelas kepada kita apabila membicarakan soal perkukuh aqidah perbaiki akhlak pokok pangkalnya adalah al-Qur'an dan al-sunnah. Mari kita kembali kepada al-Qur'an dan hadith serta menghayati isi kandungannya sedalam-dalamnya seterusnya mengaplikasikannya di dalam kehidupan harian. Ayat al-Qur'an bukan sahaja untuk dibaca tetapi harus dijadikan perlembagan hidup dan panduan di dalam mengurus negara.

Undang-undangnya harus mengikut al-Qur'an dan al-sunah, manakala muamalatrya berteraskan muamalat Islam. Pemimpinnya harus adil, bertaqwa, berbelanja dengan penuh hemah dan menjauhi rasuah barulah negara akan diredai Allah dan menjadi Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur.





Thursday, November 14, 2024

Berdakwah Satu Kewajipan

Berdakwah Satu Kewajipan

Dakwah adalah satu wasilah yang Allah Subhanahuwata'ala tentukan dalam menyampaikan ajaran-Nya kepada umat manusia. Para Rasul yang diutuskan-Nya telah menjadikan amalan berdakwah sebagai tugasan yang mesti mereka laksanakan. Setiap Rasul telah menempuh pelbagai halangan dan rintangan daripada kaum mereka dalam melaksanakan tanggungjawab berdakwah, firman Allah Subhanahuwata'ala,

كَذَلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ رَسُولٍ إِلا قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ

Maksudnya"Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasul-Nya samalah seperti keaduan kaummu wahai Muhammad), tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir atau seorang gila". Al-Zariyat ayat 52

Berdakwah menyebarkan risalah Allah Subhanahuwata'ala adalah merupakan tanggungjawab Rasul yang utama. Mereka menunaikannya tanpa rasa jemu, putus asa, kecewa dan hampa walaupun tidak ramai dikalangan umatnya yang dapat menerima apa yang diutarakan, Nabi Nuh a.s umpamanya telah menghabiskan usia yang panjang hingga seribu tahun untuk menjalankan tugasan dakwah tanpa rasa jemu dan berputus asa, walaupun hanya segelintir sahaja dari kalangan kaumnya yang mahu mengikutinya. Allah Subhanahuwata'ala menerangkan perihal tersebut dalam firman-Nya dalam surah Nuh ayat 5 dan 6,

قَالَ رَبِّ إِنِّى دَعَوْتُ قَوْمِى لَيْلًا وَنَهَارًا.فَلَم يَزِدهُم دُعائي إِلّا فِرارًا.

Maksudnya: "Nuh berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang (supaya mereka beriman): "Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada mereka melarikan diri (dari kehenaran).

Maksud Berdakwah

Dakwah secara umumnya ialah menyeru, mengajak, memujuk, mentarbiyah, mendidik, melatih serta memimpin orang yang diseru supaya mengakui kebenaran risalah Allah Subhanahuwata'ala yang dibawa oleh Pesuruh-Nya iaitu Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. Isi kandungan dakwah yang utama antaranya ialah mengagong dan mengesakan Allah Subhanahuwata'ala, meyakini dan mengimani perkara ghaibiyyat' melalui konsep "سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا" iaitu "kami dengar dan kami taat" segala perkara yang datangnya dari Allah Subhanahuwata'ala, perkara yang berhubung kait dengan peribadatan kepada Allah Subhanahuwata'ala, perkara berkaitan dengan hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksudnaya:Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. “Kami mendengar, dan kami patuh”. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung''.Al-Nur ayat 51

Dakwah juga menuntut umat islam untuk mencegah dan melarang perkara mungkar dalam pelbagai bentuk dari disebar dan bebas dilakukan seperti mana segala bentuk amalan jahiliah yang membawa kepada kemungkaran dan kezaliman dikalangan manusia telah dapat dihapuskan melalui dakwah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. Melalui dakwah juga baginda Sallallahu'alaihiwasallam telah memberitahu umatnya bahawa Allah Subhanahuwata'ala telah menggariskan segala bentuk amalan yang membawa kepada ketaatan dan pengabdian yang akan mendapat balasan syurga dan demikian juga sebaliknya Allah Subhanahuwata'ala memberitahu manusia tentang amalan mungkar dan keji yang menyebabkan kepada kemungkaran Allah. Melalui dakwah kita dapat lihat akan keberkesanan, kesyumulan dan kesempurnaan ajaran Islam untuk memandu serta membawa hidayah kepada umat manusia seluruhnya hingga ke hari kiamat disebarkan melalui dakwah. Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah aI-Maidah ayat 3,...

ٱلْيَوْمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَٱخْشَوْنِ ۚ ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَٰمَ دِينًا ۚ 

Maksudnya:"Pada hari ini orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada Ku, pada hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".

Dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam kemudiannya diteruskan oleh para sahabat golongan tabi'in dan seterusnya oleh umat Islam yang terdahulu dan telah memperlihatkan hasilnya apabila ajaran Islam tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia, lanya dapat diterima dengan baik oleh pelbagai lapisan bangsa dan masyarakat.

Kaedah Berdakwah

Tugas melaksanakan dakwah adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu. lanya menjadi sangat penting bagi tujuan memelihara kesucian dan kemuliaan ajaran islam terus berkembang untuk seluruh umat. Allah Subhanahuwata'ala secara khusus telah menggariskan dengan jelas dalam Al-Quran tentang kaedah berdakwah supaya la mudah dilakukan oleh setiap orang. Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan hal tersebut melalui firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah aI-Nahl ayat 125,

ٱدْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلْحِكْمَةِ وَٱلْمَوْعِظَةِ ٱلْحَسَنَةِ ۖ وَجَٰدِلْهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ

Maksudnya:''Serulah ke jalan Tuhan mu (wahai Muhanmad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahasalah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang tebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk".

Dalam ayat tersebut perlu di perhatikan dan difahami dengan baik iaitu 3 strategi utama dalam melakukan tugasan berdakwah iaitu:

1-Memiliki kebijaksanaan dan berhikmah di dalam menyampaikan dakwah. Seruan ini mengkehendaki supaya pendakwah mempunyai ilmu dari ajaran Islam yang mantap, kemahiran yang tinggi, kefahaman yang jelas dan penghayatan ajaran islam yang kukuh. Dunia tanpa sempadan, ledakan maklumat yang pelbagai tekanan hidup yang menghambat kehidupan insan serta batasan ruang masa yang begitu terhad untuk mencari ilmu adalah antara cabaran kepada para da'ie untuk berdakwah. Kebijaksanaan adalah amat penting agar kewajipan menunaikan dakwah dapat dilaksanakan dan diterima dengan baik oleh kumpulan sasar dan terkesan dalam merubah kehidupan seseorang ke arah kebaikan untuk dirinya dan masyarakat, Sebaliknya dakwah yang disampaikan dengan secara semborono dibimbangi akan lebih merosakkan kehidupan, pemikiran dan emosi seseorang. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dalam menyampaikan dan menerima ilmu-ilmu dari seseorang.

Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.Ismail bin Abi Uwais telah menceritakan kepada kami, berkata Malik, telah menceritakan kepadaku daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Abdillah bin Amru bin al-As R.Anhuma katanya: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah Subhanahuwata'ala menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan".Riwayat al-Bukhari (100) dan Muslim (2673)

Tafsiran hadith di atas diantaranya:

a-Maksud mereka sesat kerana memberi fatwa kepada manusia dengan cara batil dan tanpa ilmu serta petunjuk yang sebenar. Sedangkan mereka menyesatkan manusia kerana mereka semua percayakan ketua-ketua tersebut. Justeru kesemuanya binasa.

Kelebihan ulama dalam memberi petunjuk keimanan kepada masyarakat supaya masyarakat menjadi celik daripada sebarang kejahilan kerana kejahilan akan membawa bala kepada mereka yang jahil tanpa pegangan agama yang kukuh.

b-Seseorang itu haram mengeluarkan fatwa tanpa sebarang asas dan dalil yang kukuh jika menyalahi prinsip agama. Syarat mengeluarkan fatwa mestilah dengan berilmu, amanah, adil dan ikhlas semata-mata kerana Allah, bukan kerana yang lain daripada-Nya.

c-Keperluan mempelajari adab menuntut ilmu daripada para ulama agar ia benar-benar memberi kesan daripada yang lain. Penuntut ilmu hendaklah berakhlak dengan akhlak yang mulia dan menghindarkan sifat-sifat mazmumah.

d-Kematian ulama dianggap sebagai musibah yang besar kerana ulama adalah pewaris nabi dan pelita bagi umat ini. Untuk melahirkan ulama yang berwibawa dan mursyid ummah, memerlukan tempoh yang panjang dan tapisan yang tebal. Justeru, sedikit sahaja yang tergolong dalam golongan ulama rabbani yang berani menyatakan kebenaran dan berdakwah dengan penuh hikmah.

e-Perlu bagi kita memuliakan ulama dan mengasihi mereka. Ini kerana jalan yang ditunjuk kepada kita adalah jalan akhirat dengan cara ibadah yang sah serta iman yang benar. Justeru, amat wajar dikasihi dan dimuliakan mereka kerana ia termasuk suruhan Nabi Sallallahu'alaihiwasallam.

f-Ulama yang menjadi pewaris nabi amat perlu diberi penghormatan dan dimuliakan kerana peranannya yang cukup istimewa di sisi Allah. Menjadi keperluan kepada kita semua untuk mengutip seberapa banyak mutiara ilmu daripada tokoh seperti itu.

2-Nasihat serta memberi pengajaran yang baik adalah merupakan ramuan penting kepada para pendakwah dalam usaha menyampaikan risalah Allah Subhanahuwata'ala. Nasihat yang baik yang terkesan di jiwa dengan mendalam dan akal yang waras yang mampu membangkitkan kesedaran yang berkekalan dan dihayati pula dalam amalan kehidupan seharian. Mempelbagaikan ragam berdakwah melalui aktiviti seperti ziarah, khidmat kaunseling, memberi hadiah, khidmat masyarakat, gotong royong, amalan kebajikan melalui dakwah bil-hal dan lain-lain adalah antara yang dapat memberikan ingatan dan pengajaran kepada kumpulan sasar. Merubah pemikiran dan kesedaran jiwa manusia adalah hala tuju dakwah supaya jiwa yang keras menjadi lemah lembut, nafsu yang buas dapat dijinakkan ke arah kehidupan yang bermoral dan hati yang degil akan tunduk dan patuh kepada perintah Allah Subhanahuwata'ala. Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah Taha ayat 43 dan 44,

اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ.فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ.

Maksudnya:"Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut".

3-Aspek ketiga yang diutarakan oleh Allah Subhanahuwata'ala kepada para pendakwah ialah supaya menggunakan kaedah bermujadalah atau berbahas dengan cara yang baik. Dalam hal ini Islam mengiktiraf peranan akal manusia dalam menjana kehidupan yang berkualiti. Akal adalah salah satu alat untuk berdakwah dan pada masa yang sama ia adalah sasaran dakwah kerana akal mampu menggerak dan membimbing kehidupan sekiranya ia dapat diyakinkan tentang kebaikan sesuatu perkara. Ayat-ayat Al-Quran adalah merupakan contoh ikutan yang jelas apabila ianya mencabar minda manusia untuk berfikir dan terus berfikir terutama dalam mernahami tentang kehebatan ciptaan Allah Subhanahuwata'ala dan kebenaran ayat-ayat Allah. Kaedah berbahas adalah suatu metodologi yang sihat dalam membina ilmu dan keyakinan jika ianya tersusun dan diatur dengan baik. Elakkan perbahasan dalam masalah agama yang hanya menjurus kepada kepuasan emosi, mental dan fizikal tetapi ternyata jauh dari kebenaran dan keredaan Allah Subhanahuwata'ala Sedangkan matlamat dakwah adalah untuk menyatakan kebenaran hakiki dan beriman dengan-Nya. Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah Al-Hujurat ayat 15,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

Maksudnya:''Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.

Umat manusia hari ini nyata ramai telah hilang pedoman dan panduan dalam kehidupan mereka. Ajaran yang membawa kepada kebenaran diketepikan begitu sahaja. Bahkan sesiapa jua yang bercakap atas dasar kebenaran hakiki maka akan dituduh dengan pelbagai tohmahan dan kecaman, apa yang penting kehebatan akal pemikiran adalah rujukan utama. Maka terciptalah berbagai fahaman dan anutan hidup vang jelas jauh menyimpang dari ajaran Islam yang berkonsepkan Ketuhanan Yang Maha Esa. Berbagai gejala dan perbuatan mungkar yang nyata menjurus kepada kehidupan jahiliah dalam bentuk moden, pemikiran yang bertuhankan keberhalaan dan kebendaan yang membawa kepada perilaku mungkar keji dan songsang yang menyalahi tabie, manusia tidak dilakukan. Bahkan dunia hari ini menyaksikan pelbagai ragam maksiat dan mungkar yang pernah dilakukan oleh umat terdahulu seperti yang dirakamkan oleh Al-Quran. Apa yang berlaku ini adalah kerana kebenaran yang terlindung dan dikebumikan oleh penyebaran ayat-ayat kepalsuan dari berita orang fasik lidah-lidah onang munafiq, pembohongan dan kepalsuan yang dihias indah dengan kata-kata dan pelbagai tipu helah dan tipu daya untuk menegakkan perkara mungkar dan menafikan perkara makruf, Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surat at-Taubah ayat 67.

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya:''Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik''.

Kegawatan dan keruntuhan akhlak umat manusia yang parah dilihat sukar dicari penawarya melainkan dengan hanya kembali kepada mengamalkan ajaran Islam yang suci. Ajaran islam pula perlu disebarkan dengan berdakwah. Tugas ini tentunya mengkehendaki setiap orang melibatkan dini dengan kerja dakwah mengikut kapasiti serta kemampuan yang ada. lanya perlu dilakukan secara berterusan dan istiqomah walaupun sedikit. Mulakan dan jadikan amalan berdakwah dalam keluarga, kemudian kepada masyarakat dalam kariah dalam organisasi tempat bekerja melalui media elektronik dan media massa, laman sesawang dan lain-lain media, agar ajaran Islam lerus tersebar dan menjadi wahana untuk umat manusia menghayatinya. Kerja dakwah itu mengajak kepada kebaikan dan melarang serta menegur daripada melakukan yang mungkar dan keji tidak scharusnya dianggap sebagai menjaga tepi kain orang atau menceroboh kebebasan individu. Terimalah ia sebagai suatu ingatan yang positif yang membawa banyak faedah kepada kesejahteraan dini dan umat sejagat. Marilah sama-sama kila menjadikan tugas berdakwah sebagai tugas harian yang dilakukan untuk kebaikan kita bersama dan bagi membina ummah yang hidup berlandaskan ajaran Islam syumul.

Wednesday, November 6, 2024

Pengertian Islam

Pengertian Islam

Menurut bahasa dan syarak

Islam digelarkan kepada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam. Nama ini bukan rekaan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam bahkan ketetapan daripada Allah Subhanahuwata'ala. Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan di dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 3,

وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ

Maksudnya:"...dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu..''.

Pengertian Islam daripada segi bahasa terdapat berbagai-bagai makna kerana perkataan Islam itu adalah nama terbitan dan kata kerjanya adalah perkataan 'salam'. Perkataan ini mengandungi tiga makna:

1.Tulen, suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin. 

2. Damai, aman atau sejahtera 

3. Taat dan menyerah

Pengertian Islam daripada segi syarak pula ialah mentauhidkan Allah Subhanahuwata'ala, patuh, tunduk dan jujur hati kepadanya serta beriman dengan ajaran Allah Subhanahuwata'ala yang dibawa oleh Nabi  Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam daripada Allah Subhanahuwata'ala.

Sheikh Mahmud Syaltut mentakrifkan Islam ialah agama Allah Subhanahuwata'ala yang diwasiatkan pengajarannya baik mengenai pokok dan syariatnya kepada Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam dan perintah menyampaikannya kepada seluruh manusia serta menyeru mereka itu kepadanva. 

Tetapi al-Quran karim membawa pelbagai makna, kadang-kadang al-Quran menjadikan Islam sebagai lawan bagi syirik. Allah menerangkan di dalam Quran surah al-An'am ayat 14,

قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَتَّخِذُ وَلِيًّا فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ يُطْعِمُ وَلَا يُطْعَمُ ۗ قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَسْلَمَ ۖ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya:''Katakanlah: "Apakah akan aku jadikan pelindung selain dari Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia memberi makan dan tidak memberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintah supaya aku menjadi orang yang pertama kali menyerah diri (kepada Allah), dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang musyrik".

Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan di dalam Quran surah Ali-Imran ayat 80,

وَلَا يَأْمُرَكُمْ أَنْ تَتَّخِذُوا الْمَلَائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا ۗ أَيَأْمُرُكُمْ بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Maksunya:''dan (tidak wajar pula baginya) menyuruhmu menjadikan malaikat dan para nabi sebagai tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu berbuat kekafiran di waktu kamu sudah (menganut agama) Islam?".

Kadang-kadang al-Quran membawa makna ikhlas kepada Allah Subhanahuwata'ala. Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan dalam surah al-Nisa' ayat 125,

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۗ وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا

Maksudnya:''Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya''.

Ayat ini memberi pujian kepada orang yang menjujurkan dirinya kepada Allah dan menyerah bulat kepadanya bahawa tiada Tuhan yang lain hanya Allah sahaja. Makna mematuhi dan menyerah diri kepada Allah Subhanahuwata'ala ini merangkumi seluruh orang mukmin dan kafir sebab mereka in adalah makhluk Allah Subhanahuwata'ala dan tiap-tiap makhluk mestilah mematuhi dan menyerahkan diri kepada khaliknya (penciptanya) sama ada suka atau tidak kerana undang-undang alam adalah berjalan kuat kuasanya ke atas mereka semua. 

Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan dalam surah Ali-Imran ayat 83,

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

Maksudnya:''Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan''.

Makna أَسْلَمَ di dalam ayat ini ialah tunduk dan patuh kepada perintah atau hukum Allah Subhanahuwata'ala. Ini kerana Allah Subhanahuwata'ala menetapkan undang-undang untuk dunia dan seluruh alam semesta. Dunia dan seluruh alam semesta yang sangat luas itu berjalan, beredar dan bergerak mengikut peraturan yang ditetapkan Allah Subhanahuwata'ala, tidak pernah menyimpang daripada undang-undang Allah Subhanahuwata'ala. Kemudian perkataan أَسْلَمَ itu digunakan maknanya kepada orang menyerah diri serta tunduk dengan kerelaan hati kepada Allah Subhanahuwata'ala, sebab itu digelarkan perkataan 'Muslim' kepada setiap orang yang tunduk dan menyerah diri kepada Allah Subhanahuwata'ala.

Pengertian Islam dengan makna tunduk dan menyerah diri kepada Allah Subhanahuwata'ala yang banyak digunakan di dalam al-Quran adalah merupakan konsep semua rasul dan semua nabi. 

Nabi Nuh berkata seperti yang dinyatakan Allah di dalam al-Quran surah Yunus ayat 72.


فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَمَا سَأَلْتُكُمْ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ ۖ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ


Maksudnya:''Jika kamu berpaling (dari peringatanku), aku tidak meminta upah sedikitpun dari padamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (kepada-Nya)".


Nabi Ibrahim pun menyerah diri kepada Allah seperti disebut di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 130 hingga 131,


وَمَنْ يَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَنْ سَفِهَ نَفْسَهُ ۚ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا ۖ وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ.إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ.

Maksudnya:''Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh.Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam".

Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan dalam surah Yusuf ayat 101,


رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Maksudnya:''Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta'bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh''.

Nabi Musa A.S berkata kepada kaumnya, seperti firman Allah Subhanahuwata'ala di dalam al-Quran surah Yunus ayat 84,

وَقَالَ مُوسَىٰ يَا قَوْمِ إِنْ كُنْتُمْ آمَنْتُمْ بِاللَّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُسْلِمِينَ

Maksudnya:''Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri''.

Begitulah seterusnya Nabi Isa A.S membawa konsep tunduk dan menverah diri kepada Allah. Allah menjelaskan di dalam Quran surah Ali-Imran ayat 52,

فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَىٰ مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ آمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Maksudnya:''Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani lsrail) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri''.

Kemudian sekali Allah Subhanahuwata'ala mengutuskan rasul pilihannya Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam dengan satu syariat yang sempurna bagi menyambungkan tugas nabi-nabi dan rasul-rasul yang lepas seperti penjelasan Allah Subhanawat'ala dalam surah al-Nisa ayat 163 hingga 164,

إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَىٰ نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ ۚ وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَعِيسَىٰ وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ ۚ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا. وَرُسُلًا قَدْ قَصَصْنَاهُمْ عَلَيْكَ مِنْ قَبْلُ وَرُسُلًا لَمْ نَقْصُصْهُمْ عَلَيْكَ ۚ وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا.

Maksudnay:''Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Isma'il, Ishak, Ya'qub dan anak cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud.Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung''.

Thursday, October 31, 2024

Agama

 Agama 

Manusia memerlukan agama. Manusia dan agama adalah ibarat irama dan lagu, jasad dan roh. Kedua duanya tidak dapat dipisahkan. Sejak dahulu hingga kini, walaupun di mana sahaja manusia berada pasti memerlukan agama. Mengapa? Rasa ingin beragama adalah fitrah dan tabiat semula jadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Mereka yang memilih untuk tidak beragama cuba melawan fitrah. Kesannya, jiwa mereka kosong. Hidup mereka tiada pedoman dan panduan. 

Oleh kerana itu, Allah Subhanahuwata'ala menurunkan agama kepada manusia bagi dijadikan panduan dan pedoman dalam perjalanan hidup manusia di dunia yang sementara ini sebelum ke dunia yang kekal abadi. Sekiranya Allah tidak menurunkan agama, sudah tentu manusia sesat kerana fikiran dan pengalaman manusia terbatas. Manusia tidak mempunyai kemampuan bagi memahami erti kehidupan, matlamat hidup, cara terbaik untuk hidup, persoalan ketuhanan, persoalan kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya.

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Maksudnya:''Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya". Ali Imran ayat 125

Agama atau kepercayaan kepada Allah yang Maha Esa yang pertama sekali terdapat di dunia ini adalah pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Adam. Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan pelantikan putera Nabi Adam bernama Sahiz menjadi nabi. Agama Allah yang disesuaikan dengan jumlah manusia dan kebudayaan pada masa itu memang diikuti dan dipatuhi oleh Ibu Hawa dan sebahagian besar dan anak cucunya. Agama diturunkan kepada manusia bagi membimbing mereka kepada jalan yang benar supaya mereka mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat dengan mempercayai Allah yang Maha Esa selaku pencipta alam semesta dan mematuhi segala suruhan dan menjauhi segala larangannya. 

Sekiranya Allah tidak menurunkan agama, sudah tentu manusia akan sesat kerana fikiran manusia dan pengalamannya terbatas. Manusia tidak mempunyai kemampuan memahami masalah ketuhanan, masalah kehidupan selepas mati, perkan perkara ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya. Oleh kerana itulah Allah mengutus dan mengangkat ratusan ribu jumlah nabi dan ribuan rasul yang dimulakan dengan Nabi Adam dan disudahi dengan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam.

Dalam perjalanan sejarah tamadun manusia yang lama itu, memang ramai manusia yang terus menerus menentang serta membantah pengajaran-pengajaran Allah yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul itu. Lalu dengan kehormatan dan belas kasihan Allah menurunkan kitabnya supaya manusia dapat membaca dan memahami kalimah-kalimah Allah. Tujuannya yang utama adalah menegakkan kepercayaan Tauhid (percaya kepada Allah Yang Maha Kuasa), menghindarkan mereka daripada syirik, pengaruh hawa nafsu yang liar dan mengajar mereka supaya mematuhi segala ajaran Allah serta menjauhkan diri daripada semua larangannya.

Tugas rasul-rasul dan nabi-nabi di dalam ajaran keimanan adalah sama walaupun ada perbezaan daripada segi syariat dan hukum antara mereka yang selaras dengan keadaan dan zaman masing-masing. Allah menjelaskan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 285,

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Maksudnya:''Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembal''.

Nabi yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia adalah Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam. Allah menjelaskannya di dalam al-Quran surah al Taubah ayat 33,

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

Maksudnya:''Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai''.

Dengan limpah rahmat Allah selepas kebangkitan Nabi Muhammad yang membawa agama terakhir, maka melihat berjuta-juta kaum Muslimin termasuk ulama-ulama, ahli-ahli dakwah Islamiah bertebaran di muka bumi untuk mengajar al-Quran dan segala ilmu Islam di segenap dunia bagi meneruskan kegiatan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam yang disampaikan sejak 14 abad yang silam. Bagi menyelamatkan manusia, masyarakat, negara dan dunia adalah terserah kepada agama yang benar. Agama yang benar yang berdasarkan kepada tauhid yang murni, keadilan yang mutlak, hukum-hukum seimbang yang ditetapkan Allah adalah menghubungkan antara manusia dengan Allah yang menjadi pengawal, pengadang, yang sentiasa melihat segala gerak geri setiap insan.   

Orang-orang yang beriman kepada Allah yang maha esa tidak berani menipu sama ada dalam terang dan tersembunyi, kerana perbuatannya tidak terlindung daripada Allah. Orang yang beriman penuh kepada Allah tidak berani mencuaikan kewajipannya sama ada dalam terang dan tersembunyi kerana Allah mengetahuinya, orang yang jujur beragama tidak berani melakukan maksiat seperti mengumpat, hasad dengki, menipu, khianat, rasuah, berjudi, minum arak, zina, berdusta, bermuka-muka dan sebagainya, kerana perkara-perkara ini akan dibalas olch Allah di akhirat kelak.

Maka agamalah yang menjadi sebesar-besar tenaga untuk membentuk peribadi yang baik dan akhlak yang tinggi, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak'. 'Riwayat Ahmad (8952)

Allah menetapkan bagi kehidupan manusia sejak diciptak Nabi Adam bagi memakmurkan dan membangunkan dunia Kata-katanya di dalam Quran surah al-Baqarah ayat 37-38,

فَتَلَقَّىٰ آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ. قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ.

Maksudnya:''Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda bersabda,

لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ

Maksudnya: “Tidaklah seorang penzina itu berzina sedangkan dia dalam keadaan dia beriman. Tidaklah seorang pencuri itu mencuri sedangkan dia dalam keadaan dia beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak dalam keadaan dia beriman''. Riwayat al-Bukhari (5578) dan Muslim (100)

Maksudnya orang yang beriman penuh dengan Allah Subhanahuwata'ala dan berpegang kepada ajaran agama Allah tidak berani melakukan kekejaman, keburukan dan sebarang maksiat, kerana malu dan takut kepada Allah yang maha melihat, maha mengetahui, maha mendengar akan gerak geri, laku perbuatan tiap-tiap seorang hamba.

Wednesday, October 23, 2024

Manusia Sebagai Hamba Allah

Manusia Sebagai Hamba Allah

Sebagaimana Allah maha pencipta menjelaskan berkenaan asal kejadian atau unsur kejadian manusia, begitu juga dia menjelaskan berkenaan hakikat siapakah dia sebenarnya manusia itu. Hanya Allah sahaja, sebagai sifatnya Tuhan maha pencipta yang layak dan berhak memperkenalkan dan menjelaskan hakikat diri manusia. Ini kerana dengan pengenalan yang tepat dan benar kepada hakikat diri manusia itu dan ia menepati seperti yang dikehendaki oleh Allah maha pencipta maka konsep hidupnya akan tepat dan benar. Segala perbuatan dalam perjalanan dan matlamat hidupnya juga dapat dicapai. Demi kebaikan manusia sendiri dan demi kerana rahmat Allah kepada manusia maka Allah tidak sekali-kali menyerahkan usaha untuk mengenal sendiri yang diketahuinya mempunyai kelemahan-kelemahan dan kekurangan. Demi kerana keadilan Allah dan rahmatnya, Allah tidak menyerahkan kepada manusia yang sememangnya tidak mengetahuinya sekalipun dengan segala kemampuan kemanusiaannya dan sekali pun cuba mengusahakannya sejak zaman dahulu hingga ke Hari Kiamat.

Siapakah dia manusia itu pada hakikatnya? Manusia adalah hamba. Hamba kepada Allah maha pencipta kerana setiap yang dicipta itu pada hakikatnya adalah hamba kepada yang menciptanya. Sebagai hakikatnya seorang hamba ia tidak mempunyai apa-apa berkenaan dirinya atas tenaganya dan juga atas apa yang dihasilkan olehnya.Apabila manusia itu menjadi hamba kepada tuannya, seperti yang terkandung dalam undang-undang sivil Islam maka si hamba itu tidak mempunyai atau memiliki dirinya, tenaganya dan hartanya, Kesemuanya itu adalah menjadi hak milik kepada tuannya. Sekiranya itulah keadaan hamba tadi kepada manusia, apatah lagi keadaan seorang hamba kepada Tuhannya. Hidup dan matinya, sembahyang dan nusuknya, nyawa dan hartanya, anak dan isterinya adalah hak kepunyaan Allah yang sewajibnya diperlakukan untuk Allah dan kerana Allah.

Menepati dengan hakikat ini juga maka perjalanan hidup manusia di dunia ini akan selaras daripada perjalanan hidup segala makhluk Allah dan juga sebagai hamba. Ertinya, hidupnya serta segala kegiatan hidupnya itu dalam segala bidang pekerjaan dan tugas, dalam segala bidang keahlian dan kemahiran perlu diolah dalam acuan ibadah dan memperhambakan diri kepada Allah.

Menepati dengan hakikat manusia itu hamba yang mengabdi kepada Allah, maka hidupnya itu adalah pengabdian kepada Allah. Dunia ini adalah masjid yang luas sebagai medan pengabdian kepada Allah yang luas seluas usia hidup dan seluas muka bumi ini.

Menepati dengan hakikat ini juga maka perjalanan hidup manusia di dunia ini selaras daripada perjalanan hidup segala makhluk Allah yang juga sebagai hamba kepada Allah. Seterusnya ia akan selaras pula dengan perjalanan alam semesta seluruhnya yang juga adalah sebagai hamba Allah di bawah satu pemerintahan, satu kesultanan,satu kehakiman, satu sunah dan undang-undang. Inilah hakikat kesejahteraan yang mengisi tamadun dunia dan tamadun manusia.

Menepati dengan hakikat ini, sudah pasti manusia tunduk perlu patuh, taat setia mengikut dan menurut Allah maha penciptanya. Jelasnya manusia perlu sujud dan perlu menyerah diri kepada Allah.

Oleh kerana segala ciptaan di langit dan di bumi itu adalah hamba kepada Allah, maka kesemuanya adalah sujud kepada Allah. Berikutnya kesemuanya menyerah diri kepada Allah. Apabila segala ciptaan di langit dan di bumi ini pada hakikatnya menyerah diri kepada Allah, maka alangkah lebih layak dan berhak bagi seorang manusia yang menjadi hamba kepada Allah itu, sujud dan menyerah diri kepada Allah. Itu adalah inti pati atau sari pati Islam sebagai agama Allah.

Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan di dalam Quran surah an-Nisa' ayat 125,

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۗ وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا

Maksudnya:"Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya''. Al-Nisa' ayat 125

Allah menjelaskan di dalam Quran,

إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya:"Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan''. Al-An'am ayat 79.

Penyerahan diri kepada Allah meliputi penyerahan diri kepadanya dalam:

1. Akidah

2. Akhlak

3. Ibadah

4. Syariat

Manusia Sebagai Khalifah

Hakikat manusia sebagai hamba Allah bukan satu penghinaan atau satu kehinaan kepada manusia. Sebaliknya gelaran hamba Allah adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah sendiri dalam Al-Quran kerana itulah gelaran yang diberikan kepada setiap nabi dan rasul. Kehambaan diri manusia kepada Allah adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan. Perlu dihuraikan dengan lebih mendalam dengan menyentuh soal pentadbiran sesama manusia yang memerlukan satu sistem tauhid iaitu penjelasan pendek membawa kepada ketiadaan ketaatan seorang manusia yang lain. Kehinaan yang paling hina adalah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas dan konsep tauhid. Salah satu daripada keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagaI hamba Allah adalah manusia sebenarnya hamba kepada Allah itu dianugerahkan tugas ataupun amanah yang tidak dimiliki oleh seluruh makhluk lainnya. Tugas itu adalah sebagai khalifatullah di muka bumi. Manusia sebagai hamba Allah dapat dilantik memegang jawatan khalifah Allah. Pelantikan itu adalah kerana kelayakan manusia memegang jawatan berkenaan. Antara kelayakan itu adalah bahawa antara hambanya maka manusia yang lebih hampir kepada Allah. Ini kerana manusia dilantik berdasarkan sifat-sifatnya.

Khalifah adalah satu keistimewaan besar yang hanya diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Daripada itu dapat diyakini bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi hamba Allah. Seterusnya juga bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun daripada segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah, namun daripada segi konsep dan perlaksanaannya adalah tidak. Oleh kerana itu, manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu adalah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah dan melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah dalam keempat-empat ciri seperti yang disebutkan sebelum ini (aqidah,akhlak,ibadah dan syariat).

Terkandung dalam pengertian khalifah adalah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat al-Siyadah atau ketuanan. Sifat ini diakui oleh Allah di dalam Quran. Sebagai khalifah manusia diberikan mandat oleh Allah seperti yang termaktub dalam perlembagaan suci Al-Quran untuk menjadi 'Tuan' ke atas segala makhluk dan segala ciptaan di atas muka bumi ini. Terapi sifat ini bukan menjadi sifat yang istimewa dan asasi dalam tugas khalifah. Sifat ini hanya sebagai alat ataupun jalan kepada manusia dalam melaksanakan tugas khalifah.

Sekiranya ketuanan dan kekuasaan itu digunakan bukan bagi melaksanakan tugas khalifatullah di muka bumi maka manusia itu tidak lagi lulus sebagai khalifah tetapi manusia yang menentang dan melawan, menderhaka dan memberontak kepada Allah, kepada kekuasaan Allah, kepada pemerintahan Allah, kepada kesultanan dan kehakiman Allah, alangkah kerdilnya manusia untuk melakukan perbuatan itu.

Jelas di sini, apa yang ditegaskan dahulu bahawa bukannya setiap hamba Allah itu dengan sendirinya atau semestinya menjadi Khalifah. Walaupun manusia pada hakikatnya hamba tetapi oleh kerana ia tidak melaksanakan konsep pengabdian kepada Allah dalam hidupnya maka dengan sendiri ia bukan khalifah Allah. Jadi manusia yang layak dan berhak menjadi khalifatullah adalah manusia yang menerima dan mengakui kehambaan dirinya dan melaksanakan konsep pengabdian. Tegasnya konsep penyerahan diri kepada Allah. Menepati dengan hakikat tadi maka bagi mempergunakan ketuanan dan kekuasaan yang diberikan demi menguasai alam benda dan alam semesta ini bagi faedah dan kepentingan tugasnyı itu, manusia memerlukan ilmu.

Al-Quran dengan jelas sekali mengakui salah satu dan asas terpenting dalam melaksanakan tugas khalifah adalah ilmu. Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu berkenaan alam benda dalam menguasai alam benda ini bagi dipergunakan untuk melaksanakan tugas khalifah dan untuk melaksanakan konsep pengabdian dan penyerahan.

Pengubahan kepada kedudukan ilmu bererti mengubah kedudukannya yang tabiie dan semula jadi, yang dengan sendiri-nya mengakibatkan kepincangan, kerosakan dan kedengkian. Ini kerana ilmu yang selayaknya menjadi 'nur' atau cahaya sudah bertukar corak kepada ilmu yang menjadi 'api' yang membahang dan memusnahkan manusia dan tamadunnya.

Ilmu

Kedua, adalah ilmu yang menjadi asas penting kepada manusia dalam menjalankan tugas khalifah, yang menjadi kompas panduan dan menjadi tali penghubung dengan Allah yang meletakkan tugas ataupun amanah khalifah.

1. Pertama ilmu tentang alam syahadah, kedua ilmu berkenaan alam ghaib,

2. Ataupun ilmu berkenaan alam fizik dan ilmu berkenaana alam metafizik,

3. Ataupun ilmu berkenaan alam benda dan ilmu berkenaan pencipta alam benda.

Itulah yang dimaksudkan dalam surah al-Baqarah ayat 31 ,

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya:"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!''. Al-Baqarah ayat 31

Allah menjelaskan di dalam al-Quran surah al-Rahman ayat 1 hingga 4,

الرَّحْمَٰنُ. عَلَّمَ الْقُرْآنَ. خَلَقَ الْإِنْسَانَ. عَلَّمَهُ الْبَيَانَ.

Maksudnya:"(Tuhan) Yang Maha Pemurah,Yang telah mengajarkan al Quran.Dia menciptakan manusia.Mengajarnya pandai berbicara". Al-Rahman ayat 1 hingga 4

Antara dua ilmu itu ilmu Al-Quran atau ilmu wahyu dan kenabian perlu diletakkan pada tempatnya yang tabiie seperti yang ditentukan oleh Allah iaitu sebagai asas kepada ilmu al-Bayan atau ilmu kemanusiaan. 

Kesimpulannya, hanya dengan Islam manusia berhak menjadi khalifah di dunia. Tanpa Islam manusia menentang dan memberontak pada kekuasan pemerintahan dan kesultanan serta kehakiman Allah. Hanya dengan Islam yang berpandukan kepada dua jenis ilmu tadi manusia dapat mencapai kesejahteraan yang menjadi sari pati tamadun umat manusia. Tanpa ilmu, manusia tidak dapat mencapai hakikat tamadun kerana antara Islam dengan erti kesejahteraan tidak dapat dipisahkan. Hakikatnya akan lebih jelas dirasakan manakala Allah menegaskan kepada umat manusia Islam itu adalah fitratullah atau sunnatullah pada alam ciptaannya, Islam itu juga fitrah manusia dan fitrah alam semesta, penafian dan keingkaran manusia kepada Islam sebagai asas falsafah tamadunnya adalah bertentangan dengan sifat fitrah kemanusiaannya yang pasti mengakibatkan kerosakan dan penderitaan manusia sendiri.

Fitrah secara ringkasnya adalah kejadian asal manusia yang diciptakan oleh Allah Subhanahuwata'ala di atasnya, yang dengan kesucian-Nya manusia mampu dan bersedia untuk menerima kebenaran Islam. Rujuk أنوار التنزيل وأسرار التأويل

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ

Maksudnya: ''(Turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya''. Al-Rum ayat 30.

Jika dikatakan ajaran Islam bersesuaian dengan fitrah manusia, maka pernyataan tersebut sangat tepat dan benar. Hal ini kerana ajaran Islam meraikan apa yang menjadi keperluan bagi seseorang manusia serta menekan kesempurnaan diri manusia daripada sudut zahir dan batinnya. Rujuk Akidah Tahawiyyah. 

Maka dari sudut ini boleh dikatakan bahawa Islam ialah fitrah dengan maksud ia bersesuaian dengan asal kejadian manusia. Rujukالتفسير الوسيط للقرآن الكريم

Manusia dan Ujian Allah

Apakah falsafah hidup insan? Itu adalah salah satu soalan yang begitu menarik minat manusia bahkan menjadi bahan pemikiran manusia. Seterusnya ia menjadi medan bagi menonjolkan kebolehan dan kemampuan masing-masing. Pada hakikatnya asas falsafah hidup insan bukanlah ciptaan atau rekaan manusia sendiri dan bukanlah hak manusia. Sebagaimana manusia itu dicipta oleh Allah maka falsafah hidupnya yang menepati dengan hakikat kejadian itu adalah menjadi hak Allah. Hanya falsafah hidup manusia yang disediakan oleh maha penciptanya itu sahaja, sebagai asas falsafah hidup manusia yang konkrit, kukuh dan sempurna.

Allah menegaskan dalam surah al-Mulk ayat 2

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Maksudnya:''Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun''. al-Mulk ayat 2

Kehidupan manusia di dunia ini adalah untuk menerima dan menghadapi segala keadaan dan suasananya dengan segala corak dan warnanya itu adalah ujian Allah. Ini adalah asas falsafah hidup manusia yang hakiki seperti yang dikehendaki olch Allah.

Ayat yang umum ini dijelaskan secara terperinci oleh Al-Quran dalam ayat-ayat lain yang menerangkan:

1.Segala yang di atas muka bumi adalah hiasan indah untuk menjadi ujian kepada manusia.

2. Pangkat dan kedudukan adalah ujian kepada manusia

3. Kesenangan dan kekayaan ataupun kesusahan dan kemiskinan adalah ujian kepada manusia.

Berdasarkan kepada hakikat ini Allah adalah penguji, manusia adalah yang diuji, dunia ini adalah medan ujiannya, usia hidupnya adalah masa menjalani ujian, sementara segala kandungan hidup itu pula adalah bahan-bahan atau soalan ujiannya. Semakin manusia itu tinggi, mulia dan sempurna maka semakin besar dan hebat ujiannya. Begitu juga seterusnya mengikut kedudukan, pangkat, ilmu dan kemampuan yang dimilikinya.

Ujian Allah kepada manusia bukan sekali-kali mahu merendah dan menghina manusia. Sebaliknya ujian Allah kepada manusia adalah bagi kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak menguji manusia di luar kemampuannya.

Allah menguji manusia bagi kesempurnaan manusia itu sendiri dalam taraf kemampuan manusia dan selepas disediakan dengan segala alat kelengkapan pada dirinya. Bahkan disediakan dengan panduan-panduan dan perunjuk Ilahi yang jelas dan sempurna schingga tidak ada hujah yang dapat dijadikan alasan bagi melepaskan diri daripada hakikat ujian Allah.

Wednesday, October 16, 2024

Manusia

Manusia

Siapakah Manusia? 

Walaupun manusia telah mengkaji dan mencari-cari dan terus mengkaji dan mencari hakikat dirinya, hasil daripada naluri ingin mengetahui yang sedia ada dalam dirinya, namun manusia tetap tidak akan mengenal dirinya selama manusia itu tidak mahu menerima hakikat kejadian dirinya seperti yang dikemukakan oleh maha penciptanya. Yang mencipta itu sahaja yang mengetahui, maka logiknya Allah Subhanahuwata'ala yang mencipta manusia sahaja, dialah yang mengetahui hakikat kejadian diri manusia. Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan di dalam al-Quran surah al-Mulk ayat 14,

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

Maksudnya:''Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?''.

Allah juga menjelaskan di dalam Al-Quran surah an-Najm ayat 32

الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنْتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

Maksudnya:''(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa''.

Allah yang mencipta manusia maka dialah yang mengetahu asal kejadiannya, kelemahan-kelemahan dan kesempurnaannya tugas dan risalahnya, kedudukan dan jawatannya, matlamat dan kewujudan dan falsafah hidupnya, juga mengetahui mengenai kepastian daripada kehidupannya yang abadi. Walaupun manusia sudah, sedang dan akan terus mencari untuk mengetahui ciri-ciri itu, namun pengetahuan mereka jauh sekali dan kesempurnaan serta ketepatan seperti pengetahuan ataupun pengenalan yang dikemukakan oleh Maha Pencipta alam semesta dan Maha Pencipta manusia.

Hakikat Kejadian Manusia

Menurut al-Quran sebagai kalamullah yang disampaikan kepada manusia menerusi rasul dan nabinya menegaskan bahawa manusia dicipta oleh Allah daripada dua unsur iaitu unsur jasmani dan unsur rohani.

Unsur jasmani

Al-Quran menceritakan secara terperinci berkenaan proses kejadian manusia sama ada manusia yang pertama (Adam) ataupun zuriat keturunannya dan sudut unsur jasmaninya.

Berkenaan proses kejadian Adam, Quran menyebutkan beberapa istilah-istilah:

1. Daripada air.

2. Daripada tanah al-Turab.

3. Daripada pati tanah.

4. Daripada tanah tin yang liat dan sebati.

5. Daripada tanah yang panas dan berbau.

6. Daripada tanah yang keras seperti tembikar.

7. Daripada tanah bumi.

8. Menjadikan bentuk dan rupa.

Berkenaan proses kejadian zuriat keturunan Adam pula Quran menjelaskan begitu jelas melalui istilah:

1. Janin dalam perut ibu kamu

2. Zuriat keturunannya dan pati air yang hina. 3. Mencipta kamu berperingkat-peringkat

4. Menciptakan kamu dalam perut ibu-ibu seperingkat-

seperingkat (ciptaan) dalam tiga kegelapan.

5. Nufah atau air benih.

6. Air mani.

7. Alaqah.

8. Mudghah.

9. Tulang.

10. Daging.

11. Satu ciptaan lain (dalam bentuk manusia).

12. Menyempurnakan penciptaan bentuk rupa manusia.

Ringkas dan jelasnya unsur jasmani manusia dicipta daripada tanah di bumi. Ilmu sains membuktikan terdapat dalam diri manusia unsur-unsur yang juga ada pada bumi. Walaupun penemuan sains itu tidak boleh dianggap hakikat ilmiah yang mutlak sehingga dapat mentafsirkan hakikat al-Quran dengan tepat, namun ia dapat menjelaskan sebahagian dan hakikar al-Quran yang mutlak dan sempurna.

Oleh kerana asal kejadian manusia daripada sudut unsur jasmani itu adalah daripada tanah, maka segala tuntutan dan keperluan hidup yang bersifat jasmani adalah juga dan tanah. Tuntutan dan keperluan hidup manusia yang bersifat jasmani terkumpul dalam tiga perkara pokok iaitu makanan dan minuman, pakaian dan perhiasan, kediaman dan keamanan.

Hakikat ini dibayangkan oleh al-Quran dalam surah Taha ayat 117 hingga 119,

فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَٰذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ. إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيهَا وَلَا تَعْرَىٰ. وَأَنَّكَ لَا تَظْمَأُ فِيهَا وَلَا تَضْحَىٰ.

Maksudnya:''Maka Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari surga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang, dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya".

Tidaklah keterlaluan apabila dikatakan fabrik-fabrik dan kilang-kilang industri di dunia ini tidak terkeluar daripada menyediakan tuntutan dan keperluan jasmani manusia semata-mata. Manusia yang hanya mengakui unsur jasmaninya sahaja dalam hidupnya, itulah yang disebut manusia sebagai kebendaan. Manusia ini tidak lebih daripada benda, bahkan lebih rendah daripada benda, yang selayaknya menjadi tuan kepada benda, yang menguasai benda menurun kepada taraf hamba benda yang dikuasai oleh benda.

Manusia kebendaan ini adalah manusia yang ingin kekal di dunia dan mereka ini diumpamakan oleh Al-Quran sebagai anjing yang sentiasa termengah-mengah dalam keadaan yang menjelirkan lidah. Sama ada dihalau ataupun dibiarkan ia tetap menjelirkan lidah dan termengah-mengah. Islam didatangkan kepada manusia adalah untuk memelihara manusia supaya kekal dalam tahap keinsanan atau kemanusiaannya menepati dengan kedudukan yang termaktub dalam perlembagaan Ilahi. Menurut yang ditetapkan oleh Islam, unsur jasmani serta tuntutan dan keperluan jasmani atau kebendaan itu hanya sebagai jalan atau wasilah atau means kepada unsur rohani. Jasmani atau kebendaan hanya alat atau khadam atau kenderaan bagi mencapai matlamat rohani.

Unsur rohani

Berkenaan dengan unsur kerohanian ini, al-Quran menegaskan dalam surah al-Hijr ayat 29,

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

Maksudnya:''Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud''.

Pada ayat di atas Allah menegaskan bahawa Allah meniupkan roh pada jasmani Adam atau jasmani zuriat keturunannya selepas dijadikan bentuk rupanya sebagai insan (adalah insan yang serupa bentuk insan kini). Allah tidak menceritakan kepada kita berkenaan bagaimana cara atau kaifiat Allah meniupkan dari rohnya itu. Cara atau kaifiat ini dirahsiakan oleh Allah yang hanya menjadi hak keistimewaannya sahaja sebagai Tuhan maha pencipta.

Aqidah yang benar dan terjamin selamat adalah disebabkan Allah meniupkan daripada rohnya dengan cara atau kaifat yang layak dengan keagungan Allah, dengan Maha Suci Allah dan dengan kesempurnaan Allah. Kita tidak selayaknya dan tidak seharusnya mempergunakan akal kita ataupun memaksa akal kita bagi mengkaji dan mencari jawapannya kerana Allah yang Maha Pencipta manusia sendiri tidak pun membayangkan keharusan akal dalam mengharunginya.

Ini tidak bererti Islam merendahkan daya kemampuan akal manusia, tetapi sebaliknya dengan tindakan ini Islam menghormati akal manusia dengan meletakkan akal pada batas daerah kemampuan serta menegaskan batas daerah yang di luar kemampuannya. Persoalan bagaimana Allah meniupkan dari rohnya adalah persoalan yang di luar daripada kemampuan akal manusia.

Orang-orang kafir dari kalangan ahli kitab bertanya kepada Nabi Muhammad Sallallahu'alaihuwasallam, maka Allah memerintahkan RasulNya untuk menjawab pertanyaan mereka dengan Firman-Nya,

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Maksudnya:''Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit". Al-Isra' ayat 85

Daripada nas-nas yang dibentangkan oleh Allah tadi terbukti dengan jelas manusia dicipta daripada dua unsur iaitu jasmani yang berpunca daripada tanah dan kedua daripada unsur rohani yang berpunca daripada urusan ketuhanan atau daripada alam ketinggian dan kekudusan, daripada sisi Allah.

Cantuman daripada dua unsur yang berbeza dan berlainan rabiat, sumber dan arah matlamatnya terciptalah insan atau manusia dengan kekuasaan dan kehendak Allah.

Tuntutan rohani

Sebagaimana unsur jasmaninya mempunyai tuntutan atau keperluan yang sesuai dengan tabiat kejasmaniannya, maka begitu juga unsur rohani yang mempunyai tuntutan atau keperluan yang sesuai dengan tabiat kerohaniannya. Sebagaimana tuntutan jasmani itu berpunca daripada tanah, maka begitu juga tuntutan rohani itu berpunca daripada alam ketinggian dan kekudusan lain terangkum pada aqidah, akhlak dan pengabdian atau ringkasnya yang tersimpul dalam perkataan 'Islam'.

Menepati dengan hakikat ini, Allah menegaskan bahawa agama Islam itu adalah firratullah atau fitrah semula jadi manusia. Ini bererti Allah menjadikan manusia daripada tanah dan menciptakan pula agama Islam untuk panduan hidupnya sebagai suatu cara hidup yang lengkap, sesuai dengan tabiat semula jadi manusia itu sendiri.

Keindahan dan Kesempurnaan Insan

Allah menegaskan kejadian insan adalah sebaik dan seindah kejadian iaitu keindahan yang dikehendaki adalah keindahan dalam kedua-dua unsurnya iaitu jasmani dan rohani. Bentuk lahir atau jasmaninya memang indah dan sempurna. Bentuk keindahan ini secara langsung adalah daripada ciptaan Allah.

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Maksudnya:''Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Al-Tin ayat 4

Tetapi keindahan dalam bentuk lahirnya yang diistilahkan oleh al-Quran itu belum menepati keindahan dan kesempurnaan insan seperti yang dikehendaki oleh Allah Maha Penciptanya. Keindahan dan kesempurnaan insan memerlukan juga kepada pembentukan keindahan rohani yang diistilahkan oleh al-Quran dengan al-Khalaq.

Keindahan al-Khalaq memerlukan keindahan al-Khuluq supaya ia benar menepati dengan فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ iaitu dalam sebaik-baik kejadian. Tanpa keindahan al-Khuluq dan keindahan rohani maka manusia akan jatuh ke taraf yang paling rendah daripada segala yang rendah.

Bagi mendapatkan keindahan rohani, maka usaha itu diserahkan kepada manusia supaya membentuk diri kerohaniannya atau keperibadiannya itu mengikut 'acuan' yang ditentukan oleh Allah Maha Penciptanya. Ringkasnya manusia perlu meleburkan unsur kerohaniannya ke dalam 'Acuan Allah'.

Kesimpulannya, walaupun manusia dicipta daripada dua unsur yang berbeza dan bercanggah tetapi dengan kekuasaan Allah yang memiliki unsur-unsur dan undang-undangnya mencantumkan kedua-dua unsur ini dalam satu bentuk kejadian yang dinamakan manusia. Kegiatan kedua-dua unsur ini hanya dapat melukiskan 'ciptaan' seni hidup yang indah dan bernilai sekiranya berpandukan acuan yang ditentukan oleh Maha Penciptanya. Tanpa panduan daripada formula atau kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Allah maka sudah pasti akan melahirkan lukisan hidup yang tidak ada seni dan bernilai bagi mengisi tamadun manusia.


Hukum menunaikan umrah buat kali pertama

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama  Hukum menunaikan umrah buat kali pertama adalah wajib (sekali seumur hidup) bagi setiap Muslim muk...