Tuesday, June 8, 2021

Nikmat Syurga

Nikmat Syurga

Pada ketika ini tiada siapa yang dapat melihat syurga. Ia adalah dalam pengetahuan Allah Subhanahuwata'ala namun gambarannya termaktub dalam al-Quran.


Tiada seorang manusia yang mendapat keistimewaan untuk berada di dalam syurga pada saat ini kerana ketentuannya akan berlaku pada satu masa selepas manusia meninggalkan dunia ini.


Meskipun syurga termasuk dalam perkara ghaib, Allah Subhanahuwata'ala tetap menjelaskan kenikmatan syurga dalam al-Quran.


Kenikmatan hidup di dalam syurga, penghuninya menjadi sibuk untuk menikmati keseronokan dan kelebihan yang menjadi ganjaran kepada mereka.  Sebagaimana firman Allah di dalam surah Yasin ayat 55-58


إِنَّ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ الْيَوْمَ فِي شُغُلٍ فَاكِهُونَ (55) هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلالٍ عَلَى الأرَائِكِ مُتَّكِئُونَ (56) لَهُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ وَلَهُمْ مَا يَدَّعُونَ (57) سَلامٌ قَوْلا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ (58


Maksudnya:"Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka). Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, baring di atas katil-katil. Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta. (Kepada mereka dikatakan), "Salam, "sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.


Allah Subhanahuwata'ala. menceritakan perihal ahli syurga, bahawa keadaan mereka di hari kiamat apabila telah diberangkatkan dari Padang Mahsyar, lalu mereka ditempatkan di taman-taman syurga, dan bahawa mereka sibuk dengan urusan mereka sendiri yang bergelimang dalam kenikmatan yang abadi dan keberuntungan yang besar. Al-Hasan Al-Basri dan Ismail ibnu Abu Khalid mengatakan bahawa ahli syurga terlalu sibuk dengan urusannya untuk memperhatikan azab yang diterima oleh penghuni neraka.

Mujahid mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: bersenang-senang dalam kesibukan (mereka). (Yasin: 55) Yakni merasa kagum dengan kenikmatan yang mereka alami. Hal yang sama telah dikatakan oleh Qatadah.

Ibnu Abbas mengatakan bahawa arti fakihun adalah bersenang-senang. Lihat tafsir Ibnu Kathsir


Gambaran itu bertujuan memotivasikan manusia supaya terus mencari keredaan Allah Subhanahuwata'ala.



Bacalah al-Quran dengan memahami maknanya termasuk ayat berkaitan keindahan syurga Allah Subhanahuwata'ala yang disediakan buat hamba-Nya yang beriman.


Mulakan tadabbur al-Quran dengan membaca terjemahan ayat al-Quran dalam bahasa yang kita fahami.


Kehidupan di dunia ini hanya bersifat sementara untuk mengumpul sebanyak mungkin kebaikan bagi melayakkan diri mendapat rahmat dan kasih sayang Allah Subhanahuwata'ala.


Amalan yang dilakukan manusia belum tentu melayakkan dirinya mendapat syurga kerana segalanya bergantung kepada rahmat-Nya.


Persoalannya, sejauh mana manusia menginginkan syurga Allah Subhanahuwata'ala? Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan perihal syurga menerusi firman-Nya, 


 وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ


Maksudnya:"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa". Ali-Imran ayat 133.


Imam al-Qurtubi menjelaskan ayat itu dalam Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, katanya: “Para ulama menjelaskan bahawa syurga telah tercipta dan telah ada sekarang.


‘Berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala:

أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

 “…yang disediakan untuk orang yang bertakwa". Ali-Imran ayat 133


Dan keyakinan seperti itu telah ada keterangan secara jelas dalam hadis yang menceritakan tentang Israk Mikraj. Baik yang terdapat dalam Sahihayn (Sahih al-Bukhari dan Shahih Muslim) mahupun kitab hadis lainnya. Diantara hadithnya, 


عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ


Maksudnya:"Dari 'Imran bin Husain dari Nabi ﷺ, "Aku mendatangi, syurga maka kulihat kebanyakan penduduknya adalah para faqir dan aku mendatangi neraka maka aku lihat kebanyakan penduduknya para wanita".


Ayat 133 dari surah Ali-Imran itu memberi kefahaman bahawa syurga Allah Subhanahuwata'ala sudah ada ketika ini dengan segala kenikmatan disediakan Allah Subhanahuwata'ala untuk para hamba-Nya yang berjaya.


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي الْجَنَّةِ مِائَةُ دَرَجَةٍ مَا بَيْنَ كُلِّ دَرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ الْأَرْضِ وَالسَّمَاءِ وَالْفِرْدَوْسُ أَعْلَاهَا دَرَجَةً وَمِنْهَا تُفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ الْأَرْبَعَةُ وَمِنْ فَوْقِهَا يَكُونُ الْعَرْشُ فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَسَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ. حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ نَحْوَه


Maksudnya:"Dari 'Ubadah bin Ash Shamit Rasulullah ﷺ bersabda, "Di syurga ada seratus tingkat, jarak antara masing-masing tingkat seperti antara bumi dan langit dan Firdaus adalah syurga tertinggi, darinya empat sungai surga memancar, di atasnya 'arsy, bila kalian meminta kepada Allah, mintalah Firdaus". Riwayat Tirmizi(2454)


Kadangkala mulut manusia mengatakan dirinya inginkan syurga namun perbuatan yang dilakukannya tidak mencerminkan apa yang diucapkan lidahnya.


Dalam Surah ar-Rahman, Allah Subhanahuwata'ala menyatakan keadaan syurga dengan cukup jelas. Antaranya, 


فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ


Maksudnya:"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir". Al-Rahman ayat 50.


Kemudian firman Allah Subhanahuwata'ala, 


 فِيهِمَا مِنْ كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ


Maksudnya:"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan”. Al-Rahman ayat 52.


Firman Allah Subhanahuwata'ala pada ayat seterusnya, 


مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ


Maksudnya:"Mereka baring di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua surga itu dapat (dipetik) dari dekat". Al-Rahman, ayat 54)


Pada ayat 56 surah ar-Rahman pula, Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan mengenai bidadari syurga: 


فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ


Maksudnya:"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam juga menjelaskan mengenai syurga dalam sabdanya, 


كَعْبَ بْنَ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ إِذَا مَاتَ طَائِرٌ يَعْلُقُ بِشَجَرِ الْجَنَّةِ حَتَّى يُرْجِعَهُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى جَسَدِهِ يَوْمَ يَبْعَثُهُ اللَّه


Maksudnya:"Ka'ab bin Malik sampai berita kepadanya (dari seseorang), Ka'ab bin Malik berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Roh seorang mukmin jika meninggal, akan terbang dan bergantung di pohon syurga sampai Allah Tabaroka Wa Ta'ala mengembalikan kepada jasadnya pada Hari Allah membangkitkannya."

Riwayat Ahmad(15217)


Nikmat melihat Allah Subhanahuwata'ala adalah nikmat syurga yang paling agong. Ini  merupakan sebesar-besar kelazatan (al-lazzah al-kubra) yang akan menyebabkan sekalian ahli syurga lupa kepada nikmat-nikmat yang lain. Oleh kerana itu,sekalian Muslimin hendaklah menjadikan nikmat melihat Allah Subhanahuwata'ala ini sebagai dorongan utama untuk memasuki syurga. Nikmat melihat Allah Subhanahuwata'ala ini merupakan sebesar-besar nikmat berbanding nikmat-nikmat material yang lain. 


Ulama Ahlussunnah wal Jamaah telah bersepakat bahawa melihat Allah Subhanahuwata'ala adalah suatu yang tidak mustahil dari sudut aqal, dan wajib pula melalui dalil-dalil sam’iy. Mereka juga bersepakat bahawa orang-orang mu’min akan melihat-Nya di akhirat kelak.


Antara dalil yang paling jelas lagi nyata ialah firman Allah Subhanahuwata'ala:


وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ ﴿٢٢﴾ إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ ﴿٢٣


Maksudnya: Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; (22) Melihat kepada Tuhannya. (23)

Al-Qiyamah ayat 22-23.


Begitu juga dengan firman-Nya:


لِّلَّذِينَ أَحْسَنُواْ الْحُسْنَى وَزِيَادَةٌ


Maksudnya: Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik akan dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia".Yunus ayat 26.


Daripada Suhaib R.A, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam membaca ayat surah Yunus ini lalu bersabda:


إِذَا دَخَلَ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ - قَالَ - يَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى تُرِيدُونَ شَيْئًا أَزِيدُكُمْ فَيَقُولُونَ أَلَمْ تُبَيِّضْ وُجُوهَنَا أَلَمْ تُدْخِلْنَا الْجَنَّةَ وَتُنَجِّنَا مِنَ النَّارِ - قَالَ - فَيَكْشِفُ الْحِجَابَ فَمَا أُعْطُوا شَيْئًا أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنَ النَّظَرِ إِلَى رَبِّهِمْ عَزَّ وَجَلَّ


Maksudnya: Apabila seorang ahli syurga memasuki syurga, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman: “Apakah kamu ingin aku tambahkan lagi nikmat kepadamu?” Mereka menjawab: “Tidakkah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Tidakkah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatakan kami daripada api neraka?” Lalu Allah Subhanahuwata'ala membuka hijab (dan menampakkan diri-Nya, dan tidaklah mereka itu diberikan sesuatu yang lebih mereka cintai berbanding nikmat melihat Tuhan mereka Allah ‘Azza wa Jalla.

Sahih Muslim (181) dan Sunan Ibn Majah (187)


Allah Subhanahuwata'ala juga berfirman di tempat yang lain:


لَهُمْ مَا يَشَاءُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ


Maksudnya: Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).

Qaf ayat 35.


Begitu dengan firman-Nya:


كَلَّا إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ


Maksudnya: Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dan terhalang daripada Tuhan mereka.

All-Mutoffifin ayat 15.


Imam al-Baihaqi meriwayatkan bahawa menurut Imam al-Syafi’e, ayat ini menjadi dalil bahawa  para wali Allah Subhanahuwata'ala akan melihat-Nya dalam keadaan Dia redha kepada mereka. (Rujuk Ma’rifah al-Sunan wa al-Atsar 1/191)


Selain itu, tsabit juga hadith riwayat Jarir bin Abdillah R.A:


كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِذْ نَظَرَ إِلَى الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ قَالَ ‏ "‏ إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا الْقَمَرَ لاَ تُضَامُّونَ فِي رُؤْيَتِهِ


Maksudnya: Suatu hari kami duduk bersama Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dan Baginda melihat kepada bulan pada malam bulan mengambang lalu bersabda: “Kalian akan melihat Tuhan kalian sepertimana kalian melihat bulan ini, dan kalian tidak akan mempunyai masalah untuk melihat-Nya.

Sahih al-Bukhari (7434) dan Sahih Muslim (633)


Begitu juga dengan hadith riwayat Abdullah bin Umar R.’Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


تَعَلَّمُوا أَنَّهُ لَنْ يَرَى أَحَدٌ مِنْكُمْ رَبَّهُ حَتَّى يَمُوتَ


Maksudnya: Ketahuilah, bahawa tiada seorangpun dari kalian yang akan melihat Tuhannya sehinggalah setelah dia meninggal dunia". Riwayat Muslim (2930)



Berkenaan dengan cara atau kaifiat melihat Allah Subhanahuwata'ala, ia merupakan perkara ghaib.  Cukuplah dengan keyakinan bahawa Allah Subhanahuwata'ala tidak serupa dengannya walau apa pun, sepertimana firman-Nya:


لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ


Maksudnya: Tiada suatupun yang sama dan sebanding dengan-Nya

All-Syura ayat 11.


Begitulah kehebatan Allah Subhanahuwata'ala menciptakan syurga dengan segala kenikmatan luar biasa untuk hamba-Nya yang taat.


Semua gambaran syurga pada ayat al-Quran dan hadith itu perlu dihayati supaya ia dapat memotivasikan diri untuk menggandakan amal ibadat.


Sekiranya masih ada lagi umat Islam terpesona dengan kenikmatan dunia, maknanya dia belum memahami hakikat kenikmatan syurga Allah Subhanahuwata'ala.


Semua manusia layak mendapat ganjaran syurga asalkan setiap perintah Allah Subhanahuwata'ala dipatuhi dengan kesedaran bahawa kehidupan di dunia adalah untuk bercucuk tanam bagi meraih hasilnya dengan ganjaran syurga nanti.

Sunday, June 6, 2021

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pembawa berita gembira

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pembawa berita gembira


Keumuman risalah Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam. Bahawa Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutus Allah ke muka bumi untuk segenap jin dan manusia dengan membawa kebenaran, petunjuk dan cahaya yang terang. Dalil tentang keumuman risalah beliau Sallallahu'alaihiwasallam adalah firman Allah Subhanahuwata’ala :


 وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ


Maksudnya:"Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada seluruh umat manusia, sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui". Saba’ ayat 2


Allah menurunkan Kitab-Nya kepadanya, memberikan amanah kepadanya atas agama-Nya, dan menugaskannya untuk menyampaikan risalah-Nya. Allah telah melindunginya dari kesalahan dalam menyampaikan risalah ini, sebagaimana firman-Nya,

 وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ 


Maksudnya:“Dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al-Qur-an) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanya-lah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)”. An-Najm ayat 3-4.


Baginda diutus kepada manusia dan jin dengan membawa kebenaran dan petunjuk, yang diutus oleh Allah sebagai rahmat bagi alam semesta, sebagaimana firman-Nya,


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ


Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu". Al-Zariyat ayat 56


 وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ 


Maksudnya:“Dan tidaklah Kami mengutusmu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam". Al-Anbiyaa’ ayat 107.


Ajaran yang dibawa Baginda dalam masa singkat saja menguasai dua pertiga dunia dan kekal berpengaruh sehingga kini.


Bermula daripada bangun tidur sehingga tidur semula. Selain itu, perkara sekecil memotong kuku, cara menyembelih haiwan ternakan serta saat bayi dilahirkan sehingga mereka dikembalikan ke perut bumi.


Di dalam al-Quran , Allah Subhanahuwata'ala telah mengakui bahawa kekasih-Nya Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam adalah merupakan contoh tauladan yang terbaik untuk diikuti sebagaimana firman-Nya:


لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ


Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik". Al-Ahzab ayat 21


Orang yang mengikuti ajarannya akan terkesan dengan cara hidupnya.


Setiap orang yang beriman itu dituntut untuk mencontohi sifat-sifat yang terpuji yang ada pada diri Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. Ini kerana, agama Islam amat menitikberatkan keindahan akhlak. Disebabkan itu, antara sebab Nabi Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan kepada umat manusia adalah untuk menyempurnakan keindahan akhlak. Hal ini disebut berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ


Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat]


Pengikut Baginda sanggup hidup dan mati demi agama yang dibawa oleh Baginda Sallallahu'alaihiwasallam. 


Ajaran yang dibawa oleh Baginda Sallallahu'alaihiwasallam seimbang dan berada di pertengahan.Itulah kunci keindahan ajarannya. Baginda Sallallahu'alaihiwasallam serius menjalani kehidupan. Baginda juga "tokoh senyuman" sehingga sahabat Baginda menjadi saksi,


الْحَارِثِ بْنِ جَزْءٍ يَقُولُ مَا رَأَيْتُ أَحَدًا كَانَ أَكْثَرَ تَبَسُّمًا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Maksudnya:"Harits bin Juz` berkata, "Saya tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyum daripada Rasulullah ﷺ ".  

Riwayat Ahmad (17043), Hasan. 


عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ قَالَ قُلْتُ لِجَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ أَكُنْتَ تُجَالِسُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ كَثِيرًا كَانَ لَا يَقُومُ مِنْ مُصَلَّاهُ الَّذِي يُصَلِّي فِيهِ الصُّبْحَ أَوْ الْغَدَاةَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَإِذَا طَلَعَتْ الشَّمْسُ قَامَ وَكَانُوا يَتَحَدَّثُونَ فَيَأْخُذُونَ فِي أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ فَيَضْحَكُونَ وَيَتَبَسَّمُ


Maksudnya:"Dari Simak bin Harb katanya; aku berkata kepada Jabir bin Samurah; "Mungkin Anda pernah duduk-duduk bersama Rasulullah ﷺ? Dia menjawab, "Ya, dan itu banyak kesempatan, beliau ﷺ tidak pernah beranjak dari tempat shalatnya ketika Subuh atau pagi hari hingga matahari terbit, jika matahari terbit, maka beliau beranjak pergi. Para sahabat seringkali bercerita-cerita dan berkisah-kisah semasa jahiliahnya, lantas mereka pun tertawa, namun beliau hanya tersenyum". Riwayat Muslim (1074)


Dalam bersahabat, Baginda mengingatkan dahsyatnya neraka dan muhasabah diri sehingga sahabat sering menangis setelah bertemu Baginda.


وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا


Maksudnya:"Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal". Al-Furqan ayat 65


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَطَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُطْبَةً مَا سَمِعْتُ مِثْلَهَا قَطُّ قَالَ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا قَالَ فَغَطَّى أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُجُوهَهُمْ لَهُمْ خَنِينٌ


Maksudnya:"Dari Anas radhiallahu'anhu dia berkata; Rasulullah ﷺ berkhutbah dengan khutbah yang belum pernah aku dengar sebelumnya, beliau berkata, "Seandainya kalian dapat mengetahui apa yang aku ketahui, maka kalian pasti akan sedikit tertawa dan banyak menangis.' Anas berkata; Para sahabat Rasulullah ﷺ menutupi kepala mereka dan mereka pun terserang sakit sengau hidung(terjemah:menangis teresak-esak).. ". Riwayat Bukhari(4255)


Baginda juga membawa berita gembira mengenai keindahan syurga sehingga mengundang hiburan di jiwa semua.


مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ


Maksudnya:"Mereka (ahli syurga bersenang-senang di tempat masing-masing dalam syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya daripada sutera tebal yang bersulam, dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik".Al-Rahman ayat 54


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ. عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يَنْعَمُ لَا يَبْأَسُ لَا تَبْلَى ثِيَابُهُ وَلَا يَفْنَى شَبَابُهُ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dari Nabi ﷺ bersabda, "Barangsiapa masuk syurga, ia bersenang-senang dan tidak bersedih, pakaiannya tidak usang dan kemudaannya tidak lenyap". Riwayat Muslim(5068)


Justeru itu, sekiranya masih ada lagi umat Islam terpesona dengan kenikmatan dunia, maknanya dia belum memahami hakikat kenikmatan syurga Allah Subhanahuwata'ala.


Ketika bersendirian pada sepertiga malam, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam melaksanakan solat dengan asyik dan khusyuk sambil menangis sehingga pernah kedua-dua kakinya bengkak.Baginda fokus saat bersama Allah Subhanahuwata'ala.


الْمُغِيرَةَ يَقُولُ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى تَوَرَّمَتْ قَدَمَاهُ فَقِيلَ لَهُ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا


Maksudnya:"Al Mughirah berkata; Nabi ﷺ berdiri shalat hingga kedua telapak kakinya bengkak-bengkak. Maka dikatakan kepada beliau; 'Bukankah Allah telah mengampuni Anda terhadap dosa-dosa Anda yang lalu maupun yang akan datang? Beliau menjawab, "Tidak bolehkah saya menjadi hamba yang bersyukur". Riwayat Bukhari (4460)


Namun, dalam kehidupan bersama-sama orang lain dan sahabat, Baginda adalah seorang yang manusiawi, menyukai kebaikan, berwajah cerah, tersenyum, bergurau dan tidak mengatakan sesuatu melainkan yang benar. (Al-Halal wa Al-Haram, Dr Yusuf Al-Qardhawi, halaman 272)


Diriwayatkan daripada Simak bin Harb,


 عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ شَهِدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْثَرَ مِنْ مِائَةِ مَرَّةٍ فِي الْمَسْجِدِ وَأَصْحَابُهُ يَتَذَاكَرُونَ الشِّعْرَ وَأَشْيَاءَ مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ فَرُبَّمَا تَبَسَّمَ مَعَهُمْ


Maksudnya:"Jabir bin Samurah ia berkata, "Aku menyaksikan Rasulullah ﷺ lebih dari seratus kali di masjid, sementara para sahabat beliau saling menyampaikan syair dan segala perkara jahiliah yang pernah mereka lakukan, kemudian mereka tertawa sementara beliau hanya tersenyum kepada mereka". Riwayat Ahmad(19937).

Lima Keistimewaan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pemilik lima nama.

Lima Keistimewaan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pemilik lima nama. 


Muhammad Rasulullah  صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ .


Beliau adalah Abul Qasim Muhammad bin ‘Abdillah bin ‘Abdil Muththalib bin Hasyim bin ‘Abdi Manaf bin Qushayy bin Kilab bin Murrah bin Ka’b bin Luayy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan, dan ‘Adnan adalah salah seorang putera Nabi Allah Isma’il bin Ibrahim al-Khalil. Salam terlimpah atas Nabi kita dan atas keduanya. 


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِي خَمْسَةُ أَسْمَاءٍ أَنَا مُحَمَّدٌ وَأَحْمَدُ وَأَنَا الْمَاحِي الَّذِي يَمْحُو اللَّهُ بِي الْكُفْرَ وَأَنَا الْحَاشِرُ الَّذِي يُحْشَرُ النَّاسُ عَلَى قَدَمِي وَأَنَا الْعَاقِبُ


Maksudnya:"Dari Muhammad bin Jubair bin Muth'im dari bapaknya radhiallahu'anhu berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Aku memiliki lima nama, Aku adalah (1). Muhammad, (2). Ahmad, (3). Aku juga Al Mahiy (penghapus), maksudnya Allah menghapuskan kekafiran melalui perantaraanku, (4). Aku juga Al Hasyir (penghimpun), maksudnya manusia akan berhimpun di bawah kakiku dan aku juga (5) Al 'Aqib, yang ertinya tidak ada seorang nabi pun sepeninggalku". Riwayat Bukhari (3268)

ٍ

Beliau adalah penutup para Nabi dan Rasul, serta utusan Allah kepada seluruh manusia. Beliau adalah hamba yang tidak boleh disembah, dan Rasul yang tidak boleh didustakan. Beliau adalah sebaik-baik makhluk, makhluk yang paling utama dan paling mulia di hadapan Allah Ta’ala, derajatnya paling tinggi, dan kedudukannya paling dekat kepada Allah. Beliau diutus kepada manusia dan jin dengan membawa kebenaran dan petunjuk, yang diutus oleh Allah sebagai rahmat bagi alam semesta, sebagaimana firman-Nya,


 وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ 


Maksudnya:“Dan tidaklah Kami mengutusmu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam". Al-Anbiyaa’ ayat 107.


Ada lima keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam yang Allah berikan kepadanya dan tidak diberikan kepada  nabi sebelumnya. 

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ؛ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ وَجُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا فَأَيْنَمَا أَدْرَكَ الرَّجُلَ مِنْ أُمَّتِي الصَّلَاةُ يُصَلِّي وَأُعْطِيتُ الشَّفَاعَةَ وَلَمْ يُعْطَ نَبِيٌّ قَبْلِي وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ كَافَّةً وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً


Maksudnya:" Dari Jabir bin Abdullah dia berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelumku, iaitu, aku ditolong (oleh Allah) dengan rasa takut yang dicampakkan pada musuh-musuhku selama satu bulan, dijadikannya bumi sebagai tempat bersujud dan bersuci, maka di manapun seseorang dari kalangan umatku mendapati (waktu) solat, soatlah di situ, dan aku beri syafa'at yang tidak diberikan kepada nabi sebelumku, dan aku juga diutus kepada seluruh manusia, sedangkan nabi-nabi sebelumku khusus diutus hanya kepada kaumnya". Al-Nasai (429)


Sebagaimana sabdanya dalam hadith di atas,maksud hadith:"Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelumku:


Dari hadith di atas dapat kita ketahui bahawa keistimewaan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam berbanding para nabi yang lainnya adalah :


1. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ditolong oleh Allah dengan rasa ketakutan musuhnya sejauh perjalanan satu bulan


Ini merupakan pertolongan dari Allah Subhanahuwata'ala kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dalam mengalahkan musuh-musuhnya.


إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ


Maksudnya:"Jikalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya.... ". Al-Taubah ayat 40.


إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ


Maksudnya:"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut". Al-Anfal ayat 9


2. Dijadikan bumi sebagai tempat sujud (masjid) dan alat untuk bersuci (pengganti air)


Umat-umat terdahulu melaksanakan ibadahnya di tempat-tempat ibadah mereka. Adapun umat Muhammad Sallallahu'alaihiwassalam boleh mengerjakan solat disemua tempat di bumi, selama mana tempat tersebut tidak dilarangan oleh syariat, seperti larangan solat; tempat kandang unta, kuburan, dan bilik mandi. Dalam hadith tersebut juga menetapkan bahawa adanya syariat tayammum bagi umat Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam. Dan dalam hadith tersebut juga menunjukkan bahawa hukum asal bumi adalah suci dapat digunakan untuk solat dan tayammum. 


فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيداً طَيِّباً فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ


Maksudnya:"….sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu"Al-Maidah ayat 6.


 إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ جُعِلَتْ لِيَ الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا


Maksudnya:"Nabi ﷺ bersabda, "Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud dan bersuci". Riwayat Tirmizi(291)


إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلَّا الْحَمَّامَ وَالْمَقْبَرَةَ


Nabi ﷺ bersabda, "Semua tempat di bumi ini adalah Masjid (dapat digunakan untuk solat atau bersujud) kecuali kamar mandi dan kuburan". Riwayat Abu Daud (415)


عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلَاةِ فِي مَبَارِكِ الْإِبِلِ فَقَالَ لَا تُصَلُّوا فِي مَبَارِكِ الْإِبِلِ 

فَإِنَّهَا مِنْ الشَّيَاطِينِ


Maksudnya:"Dari Al-Bara` bin Azib dia berkata; Rasulullah ﷺ ditanya tentang shalat di tempat peristirahatan unta, maka beliau menjawab, "Janganlah kalian solat di tempat peristirahatan unta, kerana ia dari syaitan". Riwayat Abu Daud(416)


3. Dihalalkannya ghanimah bagi Rasulullah saw dan umatnya Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam bersabda;


عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا

وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزَا نَبِيٌّ مِنْ الْأَنْبِيَاءِ فَقَالَ لِقَوْمِهِ لَا يَتْبَعْنِي رَجُلٌ قَدْ مَلَكَ بُضْعَ امْرَأَةٍ وَهُوَ يُرِيدُ أَنْ يَبْنِيَ بِهَا وَلَمَّا يَبْنِ وَلَا آخَرُ قَدْ بَنَى بُنْيَانًا وَلَمَّا يَرْفَعْ سُقُفَهَا وَلَا آخَرُ قَدْ اشْتَرَى غَنَمًا أَوْ خَلِفَاتٍ وَهُوَ مُنْتَظِرٌ وِلَادَهَا قَالَ فَغَزَا فَأَدْنَى لِلْقَرْيَةِ حِينَ صَلَاةِ الْعَصْرِ أَوْ قَرِيبًا مِنْ ذَلِكَ فَقَالَ لِلشَّمْسِ أَنْتِ مَأْمُورَةٌ وَأَنَا مَأْمُورٌ اللَّهُمَّ احْبِسْهَا عَلَيَّ شَيْئًا فَحُبِسَتْ عَلَيْهِ حَتَّى فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ قَالَ فَجَمَعُوا مَا غَنِمُوا فَأَقْبَلَتْ النَّارُ لِتَأْكُلَهُ فَأَبَتْ أَنْ تَطْعَمَهُ فَقَالَ فِيكُمْ غُلُولٌ فَلْيُبَايِعْنِي مِنْ كُلِّ قَبِيلَةٍ رَجُلٌ فَبَايَعُوهُ فَلَصِقَتْ يَدُ رَجُلٍ بِيَدِهِ فَقَالَ فِيكُمْ الْغُلُولُ فَلْتُبَايِعْنِي قَبِيلَتُكَ فَبَايَعَتْهُ قَالَ فَلَصِقَتْ بِيَدِ رَجُلَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةٍ فَقَالَ فِيكُمْ الْغُلُولُ أَنْتُمْ غَلَلْتُمْ قَالَ فَأَخْرَجُوا لَهُ مِثْلَ رَأْسِ بَقَرَةٍ مِنْ ذَهَبٍ قَالَ فَوَضَعُوهُ فِي الْمَالِ وَهُوَ بِالصَّعِيدِ فَأَقْبَلَتْ النَّارُ فَأَكَلَتْهُ فَلَمْ تَحِلَّ الْغَنَائِمُ لِأَحَدٍ مِنْ قَبْلِنَا ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى رَأَى ضَعْفَنَا وَعَجْزَنَا فَطَيَّبَهَا لَنَا


Maksudnya:"Dari Hammam bin Munabbih dia berkata, "Ini adalah beberapa hadith yang pernah diceritakan oleh Abu Hurairah kepada kami dari Rasulullah ﷺ, lalu dia menyebutkan beberapa hadith yang di antaranya adalah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Dulu ada seorang Nabi dari para nabi yang hendak berperang, lalu dia berkata kepada kaumnya: 'Janganlah ikut serta berperang bersamaku, iaitu orang yang telah menikah dan ingin menggauli istrinya, orang-orang yang sedang membangun rumah dan ia belum sempat menaikkan atapnya, atau orang yang telah membeli seekor kambing atau seekor unta bunting, sementara ia tengah menunggu kelahiran anak ternak tersebut'. Lalu Nabi tersebut berangkat berperang, menjelang waktu Asar, ia telah sampai di suatu perkampungan, lalu dia berkata kepada Matahari: 'Hai Matahari, kamu diperintah dan aku pun diperintah'. Setelah itu dia berdoa: 'Ya Allah, hentikanlah laju putaran matahari demi kepentingan urusanku'. Lalu matahari pun berhenti, hingga Allah dapat memenangkan mereka atas musuhnya. Setelah harta rampasan perang terkumpul menjadi satu, tiba-tiba api yang ingin menyambar harta rampasan tersebut tidak jadi menyambarnya. Lantas Nabi tersebut berkata, 'Di antara kalian pasti ada yang menyembunyikan harta rampasan, maka hendaklah setiap orang dari berbagai kabila berbaiat kepadaku! Maka, mereka pun berbaiat kepada Nabi tersebut dengan menjabat tangannya. Lalu dia berkata lagi, 'Di antara kalian pasti ada yang menyembunyikan harta rampasan, hendaknya setiap kabilah berbaiat kepadaku! lalu dia menjabat tangan dua orang laki-laki atau tiga orang laki-laki sekaligus, lantas Nabi tersebut berkata, 'Kalian telah menyembunyikan harta rampasan'." Rasulullah melanjutkan, "Setelah itu mereka mengeluarkan seonggok emas sebesar kepala sapi dan menyerahkan kepada Nabi tersebut, lalu dia meletakkanya pada tumpukan harta rampasan yang berada di atas bukit. Tidak lama kemudian, api datang melahap harta rampasan tersebut." Setelah itu beliau bersabda, "Harta rampasan perang itu sama sekali tidak dihalalkan bagi salah seorang sebelum kita, karena Allah mengetahui kelemahan dan kekurangan kita, akhirnya Allah menghalalkannya atas kita".Riwayat Muslim(3287)


4. Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam diberikan izin untuk memberikan syafaat pada umat ini


Syafaat pada hari kiamat yang khusus dimiliki Nabi Sallallahu'alaihiwassalam adalah Syafa‟at Uzhma (agung) bagi seluruh makhluk ketika di padang mahsyar atau syafaat yang besar (asy-Syafa’ah al-Kubra). Disebut besar, kerana hanya Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwassalam-lah yang dapat melakukannya. Seluruh nabi dan rasul selain diri beliau tidak mampu melakukannya.


Iaitu agar Allah Subhamahuwata'ala segera memutuskan perkara mereka. Ketika itu mereka menuju kepada nabi Adam AS, kemudian nabi Nuh as, kemudian nabi Ibrahim as, kemudian nabi Musa as, kemudian nabi Isa as. Namun para nabi tersebut meminta udzur dan tidak dapat memberikan syafa‟at. Maka datanglah manusia kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam. Lalu baginda berdiri dan beliau berdoa kepada Allah agar Allah Subhanahuwata'ala segera memutuskan perkara manusia dari azab yang besar ini. Allah pun memenuhi permohonan itu dan menerima syafaatnya. Ini termasuk kedudukan terpuji yang dijanjikan Allah di dalam firman-Nya : 


وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا


Maksudnya:"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji". Al-Israa’ ayat 79.


يَوْمَئِذٍ لَا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَٰنُ وَرَضِيَ لَهُ قَوْلًا


Maksudnya:"Pada hari itu tidak berguna syafa'at, kecuali (syafa'at) orang yang Allah Maha Pemurah telah memberi izin kepadanya, dan Dia telah meridhai perkataannya".

Ta ha ayat 109


5. Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam diutus untuk seluruh umat manusia hingga hari Kiamat. Syariat nabi-nabi terdahulu hanya berlaku khusus untuk kaum mereka saja. Adapun syariat yang dibawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam berlaku untuk seluruh umat manusia hingga hari Kiamat. Dan ini juga menunjukkan bahawa beliau adalah penutup para nabi dan rasul, dan tidak ada lagi nabi dan rasul setelahnya. Sebagaimana firman Allah


مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَٰكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا



Maksud:"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". Al-Ahzab ayat 40


Tuesday, June 1, 2021

Mengenal ahli Syurga dan ahli Neraka

Mengenal ahli Syurga dan ahli Neraka

Seseorang itu akan melakukan pekerjaan mengikut apa yang biasa dilakukannya. Jika dia membiasakan dirinya dengan berbuat baik, melakukan amal ibadah serta meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah maka senantiasalah dia akan membuat kebaikan dan jika dia membiasakan diri dengan kejahatan maksiat dan tidak patuh kepada perintah Allah,maka senantiasalah dia akan berbuat kejahatan.


عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُعْرَفُ أَهْلُ الْجَنَّةِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَلِمَ يَعْمَلُ الْعَامِلُونَ قَالَ كُلٌّ يَعْمَلُ لِمَا خُلِقَ لَهُ أَوْ لِمَا يُسِّرَ لَهُ


Dari Imran bin Hushain menuturkan; ada seorang laki-laki mengatakan; 'Wahai Rasulullah, apakah penghuni syurga dan penghuni neraka telah diketahui/dikenali? ' 'Ya' jawab Nabi ﷺ. Orang tadi bertanya lagi; 'lantas apa gunanya orang beramal? ' Nabi menjawab, "Setiap orang mengamalkan sesuai dengan kehendak penciptannya, -atau- kepada yang dimudahkan baginya." Bukhari 6017


Menurut hadith di atas pada suatu ketika sahabat bertanya kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, adakah manusia di atas dunia ini mengenali sama ada di kalangan mereka itu tergolong di antara ahli syurga atau neraka. Baginda mengiyakan pertanyaan itu, disusuli oleh pandangan para sahabat, untuk apakah lagi manusia beramal sedangkan sudah diketahui bahawa mereka sebagai menghuni syurga atau neraka. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam menjawab bahawa setiap orang akan dipermudahkan Allah jalan manakah yang menjadi pilihan mereka. Umpama telah berkata sesetengah ulama bahawa setiap kali kedengaran azan, manusia itu sedang memilih sama ada menjadi ahli syurga atau neraka dan sesungguhnya ahli syurga akan bersegera untuk mendirikan solat. Firman Allah Subhanahuwata'ala:


{مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ}


Malsudnya: "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?" Mereka menjawab, "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin". Al-Muddatstsir ayat 42-44.


Setiap amalan sama ada perbuatan atau ucapan  seseorang hamba Allah itu boleh menjadi tanda ke atas dirinya sendiri sebagai ahli syurga atau ahli neraka. Kecenderungan dan minatnya juga boleh menjuruskan dirinya menjadi penghuni syurga atau neraka di akhirat nanti. 


Manakala orang-orang kafir dan munafiq sudah akan ke neraka. Sebagai firman Allah Subhanahuwata'ala, 


إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا



Maksudnya:"....Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam". Al-Nisa ayat 140


Manakala Mukmin yang melakukan atau cenderung hati ke arah kebaikan sudah tentu bakal menjadi ahli syurga.


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيرُ


Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah keberuntungan yang besar". Al-Buruj ayat 11


Manakala mereka yang melakukan maksiat atau cenderung hatinya ke arah maksiat maka sudah tentu akan ke neraka sebagai membalas segala dosa mereka. 


Justeru itu mereka yang melakukan perbuatan mencuri, penzina, perasuah, penjudi, peminum arak dan lain-lain pengamal dosa besar. Mereka yang barangkali orang-orang yang kita kenal peribadinya atau kita tahu fe’elnya. Selama mereka tidak bertaubat dan tidak diampun Allah akan dosa-dosa mereka maka mereka tetap ahli neraka.


وَنَسُوقُ الْمُجْرِمِينَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ وِرْدًا


Maksudnya:"dan Kami akan menghalau orang-orang yang durhaka ke neraka Jahannam dalam keadaan dahaga". Maryam ayat 86.


Ahli-ahli syurga pula sudah tentu mereka yang taat kepada perintah Allah, hamba-hamba Allah yang soleh dan mendapat rahmat serta keampunan-Nya. Mereka juga dapat dikenali melalui kerja buat dan ucapan seharian mereka. Sifat ahli syurga yang dapat dilihat di dunia juga termasuk ialah di kalangan manusia yang suka melakukan kebaikan. Mereka membuat perkara-perkara yang baik tanpa perlu diminta untuk melakukannya, dan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan walaupun berdepan dengan kesusahan dan halangan.


Firman Allah Subhanahuwata'ala


وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ


Maksudnya:"Dan orang-orang yang berjihad(orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh) untuk kami (kerana memenuhi kehendak agama Kami/mencari keredhaan), benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik". Al-'Ankabut Ayat 69



Sunday, May 30, 2021

Menghadapi wabak dari perspektif Sunnah dan Syahid bagi Mukmin yang mati kerana wabak.

Menghadapi wabak dari perspektif Sunnah dan Syahid bagi Mukmin yang mati kerana wabak. 


Dimulakan dengan firman Allah Subhanahiwata'ala :


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا


Maksudnya : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” Surah al-Ahzab ayat 21.


Maksud sunnah:

Ahli hadith dan ahli usul bersepakat mengatakan bahawa sunnah adalah setiap perkara yang disandarkan kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sama ada ia berbentuk percakapan, perbuatan ataupun persetujuan (iqrar) daripada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam.


Para ulama berbeza pendapat tentang pengertian ath-tha’un(الطاعون) dan al-waba’(الوباء). Waba' atau epidemic bermaksud penyakit yang tiba-tiba merebak secara mengejut di dalam suatu kawasan geografi di luar yang amat membimbangkan di kawasan tersebut. 

Ada ulama yang menganggap kedua-duanya itu sama dan ada pula ulama yang membezakan antara keduanya.

Menurut pakar bahasa arab dan pakar kesihatan, al-waba’ (wabak) adalah penyakit yang menular pada suatu wilayah, yang mana penyebarannya cepat dan meluas. Sedangkan ath-tha’un adalah wabak yang menyebar lebih luas dan menimbulkan kematian. Inilah pengertian ath-tha’un menurut pakar bahasa dan ulama fikh.


Para ulama sekarang menganggap bahawa virus corona(Covic 19) termasuk dalam kategori ath-tha’un.


Menurut pandangan WHO pula bahawa virus corona (Covic 19) termasuk dalam ertikata pandemik, oleh itu ianya lebih jelas bagi kita menyebutnya sebagai ath-tha’un(الطاعون).


Menghadapi wabak dari perspektif Sunnah:


1-Isolasi,kuarantin dan lockdown


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, yang mana Aisyah r.aha pernah bertanya kepada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam berkenaan ath-tha’un(الطاعون). 


عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا سَأَلَتْ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الطَّاعُونِ فَأَخْبَرَهَا نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ عَذَابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى مَنْ يَشَاءُ فَجَعَلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ فَلَيْسَ مِنْ عَبْدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ فِيهِ فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ صَابِرًا مُحْتَسِبًا يَعْلَمُ أَنَّهُ لَمْ يُصِبْهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ الشَّهِيدِ.


Maksudnya:"Dari Aisyah isteri Nabi Sallallahu'alaiwasallam berkata; 'Ia memberitahu bahawasanya ia bertanya kepada Nabi Sallallahu'alaiwasallam tentang wabah tha`un, maka Nabi Sallallahu'alaiwasallam memberitahunya, "Tha`un adalah sebuah azab yang dikirimkan oleh Allah 'Azza wa Jalla terhadap siapa saja yang Dia kehendaki, lalu Allah menjadikannya rahmat bagi orang-orang mukmin. Tidak ada seorang hamba yang terkena wabah tha`un di tempat tinggalnya, lantas ia berdiam diri di dalamnya dengan sabar dan berharap pahala, ia tahu bahwa Tha`un tidak akan menimpanya kecuali yang telah ditetapkan Allah padanya, melainkan hamba tersebut akan mendapatkan seperti pahala orang yang syahid". Riwayat Ahmad(23222)


عَنْ أَبِي النَّضْرِ عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطَّاعُونُ آيَةُ الرِّجْزِ ابْتَلَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ نَاسًا مِنْ عِبَادِهِ فَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ فَلَا تَدْخُلُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَفِرُّوا مِنْهُ هَذَا حَدِيثُ الْقَعْنَبِيِّ وَقُتَيْبَةَ نَحْوُهُ


Maksudnya:"Dari Abu An Nadhr dari 'Amir bin Sa'd bin Abu Waqqash dari Usamah bin Zaid dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Tha'un (penyakit menular/wabah kolera) adalah suatu peringatan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk menguji hamba-hamba-Nya dari kalangan manusia. Maka apabila kamu mendengar penyakit itu berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu masuk ke negeri itu. Dan apabila wabah itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan pula kamu lari daripadanya." Dan Hadith Qutaibah seperti itu juga". Riwayat Muslim(4109)


يُحَدِّثُ سَعْدًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوهَا وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا مِنْهَا فَقُلْتُ أَنْتَ سَمِعْتَهُ يُحَدِّثُ سَعْدًا وَلَا يُنْكِرُهُ قَالَ نَعَمْ


Maksudnya:"Bercerita kepada Sa'd dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bahawa beliau bersabda, "Apabila kalian mendengar wabah tha'un di suatu negeri, maka janganlah kalian masuk ke dalamnya, namun jika ia menjangkiti suatu negeri, sementara kalian berada di dalamnya, maka janganlah kalian keluar dari negeri tersebut". Riwayat Bukhari (5287)


أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ خَرَجَ إِلَى الشَّامِ فَلَمَّا جَاءَ سَرْغَ بَلَغَهُ أَنَّ الْوَبَأَ قَدْ وَقَعَ بِالشَّامِ فَأَخْبَرَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ فَرَجَعَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ مِنْ سَرْغَ


Maksudnya:"Bahawa Umar bin Khattab keluar menuju Syam, ketika dia sampai di Sargha, terdengar khabar bahawa wabak penyakit menyebar di Syam. Lalu Abdurrahman bin Auf mengkhabarinya bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, "Jika kalian mendengar (wabak) di suatu daerah maka janganlah kalian memasukinya. Jika (wabak itu) berada di suatu negeri, dan kalian berada di dalamnya maka janganlah kalian keluar melarikan diri darinya." Lalu Umar bin Khattab meninggalkan Sargha. Riwayat Malik (1393)


Dari petunjuk hadith-hadith di atas menunjukan  dengan jelas bahawa Nabi Muhammad Sallallahu'alaiwasallam melarang seseorang untuk masuk ke suatu daerah yang sedang terjadi wabak penyakit di daerah tersebut. Begitu juga saat wabak itu menyerang, sedangkan ia berada di dalam daerah yang terkena wabak itu, maka ia tidak boleh keluar dari daerah itu.


Hal ini adalah salah satu cara Rasulullah dalam mengatasi suatu wabak agar penyakit itu tidak menular ke daerah lainnya. Masuk ke daerah yang sedang dijangkiti wabak penyakit bererti mengundang datangnya penyakit ke dalam tubuh. Menghindarkan diri dari memasuki daerah tersebut pula adalah usaha awal untuk mencegah diri dari terkena penyakit tersebut. Adapun orang yang berada di daerah wabak, tidak diperkenankan keluar dari daerah tersebut kerana dikhawatirkan akan membawa wabak penyakit tersebut keluar daerah tersebut.


Daerah yang terkena wabak penyakit hendaklah diisolasi atau dikuarantin dari pergaulan dengan daerah lain. Cara menghindari wabak adalah dengan menjaga kesihatan, memakai masker, physical distancing serta menghindari diri dari orang ramai. Sikap menghadapi wabak itu bukan dengan dilawan, tapi dihindari. Bagi yang sudah terkena virus corona(covic 19), maka hendaklah diubati semampunya.


2-Penjarakan sosial(social distance) 


Dalam isu ini, terdapat sebuah hadith yang menunjukkan perintah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam agar menjauhi pesakit kusta yang merupakan salah satu penyakit berjangkit. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda :


وَفِرَّ مِنَ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنَ الأَسَدِ


Maksudnya : Dan larilah kamu dari pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri dari singa. Riwayat Al-Bukhari (5707


Dalam hadith yang lain, 


وَعَنْ أَبِي سَلَمَةَ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ بَعْدُ يَقُولُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ


Maksudnya:"Setelah itu Abu Salamah mendengar Abu Hurairah mengatakan; Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, "Janganlah (unta) yang sakit dicampurbaurkan/mendatangi dengan yang sihat." Riwayat Bukhari (5328)


Ibn Battal  menukilkan kata-kata Ibn Habib yang menyebut : Demikian juga dilarang bagi mereka yang dijangkiti penyakit kusta dari memasuki masjid serta dilarang bercampur dengan orang ramai sebagaimana yang diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khattab bahawa beliau pernah melihat seorang perempuan yang dijangkiti kusta mengerjakan tawaf di Baitullah, lalu beliau berkata :


يَا أمَةَ الله، اقْعُدِي فِى بَيتِكِ وَلَا تُؤذِي النَّاس


Maksudnya : Wahai hamba Allah, duduklah kamu di rumah kamu dan janganlah kamu menyakiti orang ramai.


Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (9/413)


Inilah juga yang menjadi pegangan para ulama Al-Syafi’eyyah iaitu menghalang mereka yang dijangkiti penyakit berjangkit dari memasuki masjid atau tempat berkumpulnya orang ramai. Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansari yang merupakan tokoh besar dalam mazhab Imam Al-Syafi’e berkata :


وَقَدْ نَقَلَ الْقَاضِي عِيَاضٌ عَنْ الْعُلَمَاءِ أَنَّ الْمَجْذُومَ وَالْأَبْرَصَ يُمْنَعَانِ مِنْ الْمَسْجِدِ وَمِنْ صَلَاةِ الْجُمُعَةِ وَمِنْ اخْتِلَاطِهِمَا بِالنَّاسِ


Maksudnya : Al-Qadhi ‘Iyadh telah menukilkan pendapat dari para ulama yang menyatakan bahawa seseorang yang menghidap penyakit kusta dan sopak dihalang dari masuk ke dalam masjid dan (dihalang) mendirikan solat Jumaat serta tidak dibenarkan bercampur dengan orang ramai. Rujuk Asna Al-Mathalib, Zakaria Al-Ansari (1/215).


Imam Ibn Hajar Al-Haitami dalam menjelaskan sebab larangan tersebut adalah kerana takutkan kemudaratan darinya (penyakit yang berjangkit) maka ketika ini perbuatan menghalang tersebut menjadi wajib. Rujuk Al-Fatawa al-Fiqhiyyah Al-Kubra, Ibn Hajar Al-Haitami (1/212).


Ada sebuah riwayat daripada Al-Zuhri bahawasanya Umar Ibn al-Khattab R.A pernah berkata kepada Mu’aiqib (Ibn Abi Fathimah Al-Dausi) R.A yang dijangkiti penyakit kusta dengan katanya :


اجْلِس مِنِّي قَيْدَ رَمْحٍ


Maksudnya : Duduklah dengan kadar panjang galah jaraknya dari aku.


Manakala ada sebuah riwayat lagi dari Kharijah bin Zaid beliau berkata :


كَان عُمَر إذَا أتى بِالطَّعَامِ وعِندَهُ مُعَيْقِيب قَالَ كُلْ مِمَّا يَلِيكَ، وَايمُ الله لَو غَيركَ بِهِ مَابِكَ مَاجَلسَ مِنِّي على أدنى مِن قَيدِ رَمْحٍ


Maksudnya : Umar dahulu apabila dihidangkan makanan kepadanya dalam keadaan di sisi beliau ada Mu’aiqib beliau berkata : ‘’Makanlah dari apa yang hampir dengan kamu. Demi Allah sekiranya orang lain selain kamu dengan penyakit ini nescaya aku tidak akan benarkan duduk berhampiranku kurang dari panjang sebatang galah jaraknya’’.


Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (9/413)


3-Tidak berjabat tangan(bersalam) 


Hal ini adalah dapat dilihat berdasarkan perbuatan Rasulullah Sallallahu'alaiwasallam seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh ‘Amru dari bapanya beliau berkata :


كَانَ فِي وَفْدِ ثَقِيفٍ رَجُلٌ مَجْذُومٌ فَأَرْسَلَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ارْجِعْ فَقَدْ بَايَعْتُكَ


Maksudnya : Dahulu dari kalangan delegasi Tsaqif terdapat seorang lelaki yang dijangkiti kusta. Lalu Nabi Sallallahu'alaiwasallam menyampaikan ucapan kepadanya : ‘’Pulanglah kamu, sesungguhnya aku telah menerima bai’ah kamu’’. Riwayat Al-Nasa’ie (4182)


Maka jelaslah daripada hadith ini bahawa Rasulullah Sallallahu'alaiwasallam tidak berbai’ah sebagaimana kebiasaan baginda iaitu berjabat tangan, namun memadai dengan pemakluman lisan sahaja apabila melibatkan seseorang yang dijangkiti penyakit kusta.


Ini menunjukan amalan sunnah berjabat salam itu tidak dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu'alaiwasallam apabila berhadapan dengan situasi wabak atau penyakit yang merbahaya ini. 


4-Tidak solat Jumaat dan solat berjamaah. 


Harus untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah dalam keadaan virus yang sedang tersebar disebabkan oleh takut dijangkiti virus tersebut. Syeikh Ali al-Qaradaghi menyebut keharusan tersebut perlulah disyaratkan bahawa ketakutan penyebaran itu benar-benar yakin berlaku dan bukanlah pada sangkaan semata-mata.


Ini berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu'alaiwasallam :


مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ فَلَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ اتِّبَاعِهِ عُذْرٌ قَالُوا: وَمَا الْعُذْرُ؟ قَالَ: خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ


Maksudnya: “Sesiapa yang mendengar orang yang melaungkan azan maka tidaklah yang keuzuran menghalangnya dari mengikutinya (hadir solat berjamaah)”. Para sahabat bertanya : “Apa maksud uzur ?”. Jawab Rasulullah Sallallahu'alaiwasallam: “Ketakutan atau sakit".Riwayat Abu Daud (551) dan al-Daraqutni (1/420)


Dan ketakutan itu ada tiga jenis. Iaitu takut ke atas diri sendiri, takut ke atas harta benda, dan juga takut ke atas ahli keluarga. Justeru, berdasarkan apa yang telah disebutkan maka dibolehkan untuk meninggalkan solat Jumaat dan juga solat berjamaah ketika tersebarnya wabak (seperti Covid 19) kerana ia merupakan suatu yang menakutkan.


Akan tetapi ia dengan syarat ketakutan itu hendaklah suatu yang telah ditahqiqkan bukan semata-mata berdasarkan waham (sangkaan). Ini kerana meninggalkan yang wajib tidak dibenarkan kecuali setelah ghalabah zhan (sangkaan yang kuat). Ataupun disebabkan arahan dari ulil amri (pemerintah) dan juga ahli ikhtisas (golongan yang pakar).


Syeikh Muhammad al-Zuhaili juga menyebut, “Dan setiap keuzuran yang sama tahap kesusahannya dengan kesusahan akibat sakit, dianggap juga sebagai uzur yang dikiaskan dengan sakit yang dinaskan ke atasnya. Justeru, tidak wajib Jumaat ke atas orang yang berasa takut ke atas dirinya atau hartanya.” (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 1/497)


Jika berlaku sesuatu perkara yang menyebabkan sehingga tidak boleh melaksanakan solat jumaat atau solat secara berjemaah di masjid, maka Islam memberi keringanan kepada Muslim untuk solat dirumah dengan syarat-syarat tertentu. Justeru kerana haram hukumnya jika meninggalkan solat jumaat dengan sengaja tanpa alasan yang munasabah.


Perbuatan ini pernah diperintahkan Nabi Sallallahu'alaihiwasallam dan terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam beberapa peristiwa;


حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الْوَهَّابِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْحَمِيدِ صَاحِبُ الزِّيَادِيِّ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الْحَارِثِ قَالَ خَطَبَنَا ابْنُ عَبَّاسٍ

فِي يَوْمٍ ذِي رَدْغٍ فَأَمَرَ الْمُؤَذِّنَ لَمَّا بَلَغَ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ قَالَ قُلْ الصَّلَاةُ فِي الرِّحَالِ فَنَظَرَ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ فَكَأَنَّهُمْ أَنْكَرُوا فَقَالَ كَأَنَّكُمْ أَنْكَرْتُمْ هَذَا إِنَّ هَذَا فَعَلَهُ مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنِّي يَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهَا عَزْمَةٌ وَإِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أُحْرِجَكُمْ وَعَنْ حَمَّادٍ عَنْ عَاصِمٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ نَحْوَهُ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ كَرِهْتُ أَنْ أُؤَثِّمَكُمْ فَتَجِيئُونَ تَدُوسُونَ الطِّينَ إِلَى رُكَبِكُمْ


Maksudnya:"Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin 'Abdul Wahhab berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid berkata, telah menceritakan kepada kami 'Abdul Hamid sahabatnya Az Zayadi, ia berkata, aku mendengar 'Abdullah bin Al Harits berkata, "Pada suatu hari ketika jalan penuh dengan air dan lumpur akibat hujan, Ibnu 'Abbas menyampaikan khutbah kepada kami. Saat muazin mengucapkan 'Hayya 'Alashshalaah' (Marilah mendirikan solat) ia perintahkan kepadanya untuk mengucapkan: 'Solatlah di tempat tinggal masing-masing'. Maka orang-orang pun saling memandang satu sama lain seakan mereka mengingkarinya. Maka Ibnu 'Abbas berkata, "Seakan kalian mengingkari masalah ini. Sesungguhnya hal yang demikian ini pernah dilakukan oleh orang yang lebih baik dariku, yakni Nabi ﷺ. Dan sesungguhnya itu merupakan kewajipan ('azimah) dan aku enggan untuk mengungkapkannya kepada kalian." Dan dari Hammad dari 'Ashim dari 'Abdullah bin Al Harits dari Ibnu 'Abbas seperti itu. Hanya saja ia menambahkan bahwa Ibnu Abbas berkata, "Aku tidak mahu untuk membuat kalian berdosa, kalian mendatangi solat sementara lutut kaki kalian penuh dengan lumpur. " Riwayat Bukhari (628)



5-Suruhan basuh tangan atau sanitize(membersihkan) 


Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua perkara yang melibatkan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara kerana kebersihan boleh mendatangkan suasana yang tenang, kesihatan yang terjamin dan kesejahteraan kepada kita semua.


Amalan baik dan kebersihan dari segi rohani dan jasmani adalah disukai oleh Allah Subhanahuwta'ala. Firman Allah Subhanahuwta'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 222:


إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٲبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ


Maksudnya:“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.”


Mencuci tangan adalah merupakan salah satu dari sunnah Nabi Sallallahu'alaiwasallam yang sangat utama dan kerap beliau kerjakan. Diantaranya:


Suruhan membersihkan tangan apabila berwudhu:


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْبِغْ الْوُضُوءَ وَخَلِّلْ بَيْنَ الْأَصَابِعِ


Maksudnya:"Rasulullah ﷺ bersabda, "Sempurnakanlah wudhu dan bersihkan sela-sela antara jari-jari". Riwayat Ibn Majah (442)


Suruhan membersihkan tangan apabila mandi junub:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ يَبْدَأُ


Maksudnya:"Rasulullah ﷺ bila mandi junub, beliau memulainya dengan mencuci kedua tangannya… ".Riwayat al-Nasai(416)


Suruhan membasuh tangan  selepas bangun tidur, 


وإذا استيقظ أحدكم من نومه فليغسل يديه قبل أن يدخلهما في الإناء ثــلاثا ، فــإن أحــدكم لا يــدري أين بــاتت يــده


Maksudnya“Dan apabila seseorang bangun daripada tidurnya ,hendaklah ianya membasuh kedua tangannya 3 kali

sebelum ia memasukkannya (tangan) ke dalambekas yang berisi air (kolam).Kerana sesungguhnya ,ia tidak tahu dimana tangannya berada (semasa tidur).”

Riwayat Bukhari (162) dan Muslim (278)


Hadith di atas menyebutkan tentang suruhan membasuh tangan sebelum memasukkannya ke dalam kolam atau apa sahaja bekas yang mengandungi air atau memegang apa sahaja benda-benda yang basah. [Taisir al-‘Allam syarh ‘Umdatul Ahkam , m/s : 20]


Suruhan membasuh tangan sebelum dan seleas makan, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu'alaiwasallam :


فليتوضَّأْ إذا حضر غداؤُه


Maksudnya : “hendaklah dia berwuduk sekiranya makanannya telah dihidangkan (sebelum makan)". Riwayat Ibn Majah (3260)


Juga sabda Nabi Sallallahu'alaiwasallam :


بَرَكةُ الطَّعامِ الوُضوءُ قَبلَه، والوُضوءُ بَعدَه


Maksudnya : “Keberkatan makan itu ialah dengan berwuduk sebelumnya dan berwuduk selepasnya". Riwayat Abu Daud (3761)


Imam al-Nawawi mengatakan bahawa berwuduk pada hadith tersebut bermaksud membasuh tangan. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 16/405)


Mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali menyatakan bahawa membasuh tangan sebelum makan hukumnya adalah sunat. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 45/270.


6-Suruhan berubat(Vaksin juga adalah satu cara pengubatan) 


Anjuran Sunnah apabila berlaku sesuatu  wabak atau penyakit supaya ianya dirawat. Ini dapat dilihat berdasarkan beberapa dalil dan juga kaedah-kaedah fekah yang berkaitan dengan hal ini. Antaranya adalah seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Usamah bin Syarik R.A beliau berkata bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda :


تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ لَهُ دَوَاءً غَيْرَ دَاءٍ وَاحِدٍ الْهَرَمُ


Maksudnya : Berubatlah kamu, sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala tidak menurunkan suatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya melainkan satu penyakit sahaja, iaitu ketuaan. Riwayat Abu Daud (3855)


Maka jelas dari hadith di atas arahan dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam untuk seseorang yang ditimpa penyakit supaya berubat. Secara umumnya, perintah yang terdapat di dalam hadith ini menujukkan bahawa berubat ini suatu yang disyariatkan dan hukumnya adalah mustahab (dituntut). Meskipun begitu, dalam beberapa keadaan tertentu hukum berubat boleh menjadi wajib sekiranya diketahui yang ia akan memberikan kebaikan dan jika diabaikan akan mendatangkan kemudharatan kepada pesakit.


Demikian juga penyakit termasuk dalam perkara mudharat yang perlu dielakkan demi menjaga nyawa seseorang manusia. Ini bertepatan dengan sebuah kaedah fekah menyebut :


الضَّرَرُ يُزَال


Maksudnya : Kemudharatan itu dihilangkan.


Mukmin yang mati kerana wabak


Sebagai imbalan bagi orang yang tinggal di daerah terkena wabak penyakit tersebut yang dilarang meninggalkan daerahnya, iaitu Nabi memberikan harapan dan berita gembira sebagai ganti kepada Mukmin yang mati kerana wabak penyakit tersebut, iaitu dengan pahala mati syahid.


Justeru itu jika kita katakan virus corona (Covic 19) termasuk dalam istilah ath-tha’un, maka mukmin yang mati kerana virus corona tergolong syahid.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Salallahu'alaihiwassalam bersabda,


الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ


Maksudnya:“Orang yang mati syahid ada lima, yakni orang yang mati kerana ath-tha’un (wabak), orang yang mati kerana menderita sakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang mati kerana tertimpa runtuhan dan orang yang mati syahid di jalan Allah". Riwayat Bukhari(2829) dan Muslim(1914)


Dari ‘Abdullah bin Busr radhiyallahu anhu, bahwa Rasulullah Salallahu'alaihiwassalam bersabda,


الْقَتِيلُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ شَهِيدٌ وَالْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَمَنْ مَاتَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ شَهِيدٌ


Maksudnya:“Orang yang terbunuh di jalan Allah (fii sabilillah) adalah syahid; orang yang mati kerana ath-tha’un (wabah) adalah syahid; orang yang mati kerana penyakit perut adalah syahid; dan wanita yang mati kerana melahirkan adalah syahid". Riwayat Ahmad, 2: 522. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth menyatakan bahwa sanad hadith ini shahih sesuai syarat Muslim).


Dari Jabir bin ‘Atik radhiyallahu ‘anhu, Nabi Salallahu'alaihiwassalam bersabda,


الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِى يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ


Maksudnya:“Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah ‘azza wa jalla itu ada tujuh orang, iaitu korban ath-tha’un (wabah) adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa reruntuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan (dalam keadaan nifas atau dalam keadaan bayi masih dalam perutnya, pen.) adalah syahid". Riwayat Abu Daud, no. 3111. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini sahih. Lihat keterangan ‘Aun Al-Ma’bud, 8: 275)


Di antara maksud syahid sebagaimana dikatakan oleh Ibnul Ambari,


لِأَنَّ اللَّه تَعَالَى وَمَلَائِكَته عَلَيْهِمْ السَّلَام يَشْهَدُونَ لَهُ بِالْجَنَّةِ . فَمَعْنَى شَهِيد مَشْهُود لَهُ


Maksudnya:“Kerana Allah Ta’ala dan malaikatnya ‘alaihimus salam menyaksikan orang tersebut dengan syurga. Makna syahid di sini adalah disaksikan untuknya.” (Syarh Sahih Muslim, 2:142, juga disebutkan dalam Fath Al-Bari, 6:42).


Ibnu Hajar menyebutkan pendapat lain, yang dimaksud dengan syahid adalah malaikat menyaksikan bahswa mereka mati dalam keadaan husnul khatimah (akhir hidup yang baik). (Lihat Fath Al-Bari, 6:43)


Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa syahid itu ada tiga jenis:


1-Syahid yang mati ketika berperang melawan kafir harbi (yang berhak untuk diperangi). Orang ini dihukumi syahid di dunia dan mendapat pahala di akhirat. Syahid seperti ini tidak dimandikan dan tidak dishalatkan.


2-Syahid dalam hal pahala namun tidak ditujukan dengan hukum syahid di dunia. Contoh syahid jenis ini ialah mati kerana melahirkan, mati kerana wabak penyakit, mati kerana runtuhan, dan mati kerana mempertahankan hartanya dari rampasan, begitu pula penyebutan syahid lainnya yang disebutkan dalam hadith-hadith sahih. Mereka tetap dimandikan, disolatkan, namun di akhirat mendapatkan pahala syahid. Namun pahalanya tidaklah  seperti syahid jenis pertama.


3-Orang yang khianat dalam harta ghanimah (harta rampasan perang), dalam dalil pun menafikan syahid pada dirinya ketika berperang melawan orang kafir. Namun hukumnya di dunia tetap dihukumi sebagai syahid, iaitu tidak dimandikan dan tidak disolatkan. Sedangkan di akhirat, ia tidak mendapatkan pahala syahid yang sempurna. (Lihat Syarh Shahih Muslim, 2: 142-143).


Dari pembagian Imam Nawawi rahimahullah di atas, jika ada yang mati kerana virus corona, maka ia termasuk dalam golongan syahid yang kedua.











Hukum menunaikan umrah buat kali pertama

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama  Hukum menunaikan umrah buat kali pertama adalah wajib (sekali seumur hidup) bagi setiap Muslim muk...