Friday, March 20, 2020

Hukum Muslimah solat Jumaat dan Waktu Solat Zohor bagi Muslimah pada Hari Jumaat.

Hukum Muslimah solat Jumaat dan Waktu Solat Zohor bagi Muslimah pada Hari Jumaat.

Ulama sepakat berpendapat bahawa solat Jumaat tidak diwajibkan atas wanita ( Rujuk:Al Mausu’ah al Fiqhiyah al Kuwaitiyyah (21/267). 

Juga disebut didalam kitab al-fiqh al-Manhaji bahawa wanita tidak diwajibkan untuk hadir menunaikan solat Jumaat kerana kesibukan mereka dalam menjaga anak-anak serta urusan-urusan rumah, serta terhasilnya masyaqqah (kepayahan) buat mereka sekiranya diwajibkan hadir ke tempat tertentu pada waktu yang tertentu. Lihat Al-Fiqh Al-Manhaji (1/201).

Hal ini adalah berdasarkan sebuah hadih yang diriwayatkan oleh Tariq bin Shihab R.A bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِيٌّ أَوْ مَرِيضٌ

Maksudnya: (Solat) Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap muslim secara berjamaah melainkan empat orang: Hamba, wanita, kanak-kanak, atau orang yang sakit.Riwayat Abu Daud (1067)

Meskipun tidak diwajibkan keatas kaum wanita untuk solat Jumaat namun adalah dibolehkan bagi kaum wanita untuk menghadiri solat Jumaat. Ini adalah berdasarkan keumuman hadith yang berikut:

لاَ تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ

Maksudnya: Janganlah kamu menghalang hamba-hamba perempuan Allah daripada masjid-masjid Allah. Riwayat Muslim (442)

Hadith di atas membawa maksud yang umum, iaitu bahawa janganlah dilarang hamba-hamba perempuan Allah untuk hadir ke masjid dalam mana-mana solat sama ada solat fardhu lima waktu, solat dua hari raya ‘Aid al-Fitri dan ‘Aid al-Adha, solat Jumaat, dan seumpamanya.

Walaupun begitu, kewajipan muslimah di hari Jumaat adalah untuk menunaikan solat fardhu zohor. Dan waktu Solat Zohor bagi Muslimah pada hari Jumaat adalah dalam waktu yang ditetapkan,sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala 

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۚ إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. An-Nisa ayat 103.

Waktu zohor dimulai sejak zawal (matahari tergelicir ke arah Barat) sampai bayangan benda sama dengan tinggi bendanya. Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu‘alaihi wasallam bersabda:

وَقْتُ الظُّهْرِ إِذَا زَالَتِ الشَّمْسُ وَكَانَ ظِلُّ الرَّجُلِ كَطُولِهِ مَا لَمْ يَحْضُرِ الْعَصْرُ

Maksudnya: “Waktu zohor dimulai saat matahari tergelincir ke barat (waktu zawal) hingga bayangan seseorang sama dengan tingginya dan selama belum masuk waktu ‘Asar.” (Riwayat Muslim 612)

Hadith ini berlaku umum, kaum muslimah yang ada di rumahnya tidak perlu menunggu sampai solat jumaat selesai. Kerana memang tidak ada perbezaan waktu solat zohor pada hari Jumaat dengan hari-hari selainnya. 

Imam An-Nawawi di dalam kitab al Majmu’ Syarh al Muhadzdzab mengatakan bahawa wanita adalah salah satu dari kelompok orang yang uzur untuk meninggalkan solat jumaat. An-Nawawi menjelaskan ada dua pandangan dari ulama dalam masalah ini:

(أَصَحُّهُمَا) وَبِهِ قطع الماوردىُّ والدارمىُّ والخراسانيون وَهُوَ ظَاهِرُ تَعْلِيلِ الْمُصَنِّفِ أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ لَهُمْ تَعْجِيلُ الظُّهْرِ فِي أَوَّلِ الْوَقْتِ مُحَافَظَةً عَلَى فَضِيلَةِ أَوَّلِ الْوَقْتِ وَالثَّانِي يُسْتَحَبُّ تَأْخِيرُهَا حَتَّى تَفُوتَ الْجُمُعَةُ

Maksudnya:;"Pandangan yang paling sahih diputuskan oleh Imam Almawardi, Addarimi dan ulama Khurasan, dan inilah yang jelas dari alasan pengarang bahawa disunatkan bagi mereka untuk menyegerakan solat zohor di awal waktu kerana untuk menjaga keutamaan awal waktu.Pandangan kedua, disunatkan mengakhirkan solat zohor sampai selesainya solat jumaat"b.

Dan juga ada disebut,

أمَّا من لا يرجو زوال عذره كالمرأة والزمن .. فيسن له -حيث عزم أن لا يصلي الجمعة- تعجيل الظهر لأول وقتها؛ ليحوز فضله.

Maksudnya: " Adapun mereka yang keuzurannya tidak diharapkan hilang, seperti wanita dan orang yang lumpuh, ketika mana dia telah bertekad untuk tidak solat Jumaat maka disunatkan  baginya menyegerakan solat Zohor pada awal waktu, supaya memperolehi kelebihannya."  
Rujuk kitab بشرى الكريم شرح المقدمة الحضرمية ٣٨٥/١

Maklumat tambahan :

Hukum berkaitan menantikan sehingga selesai  solat jumaat baru boleh untuk melaksanakan solat  zohor adalah terkait dengan mereka yang wajib hadir untuk solat jumaat. Wanita tidak terikat dengan hukum ini kerana wanita tidak wajib solat Jumaat. Sebagaimana yang disebut:

ومن وجبت عليه الجمعة لم يصح إحرامه بالظهر قبل سلام الإمام

Maksudnya: Siapa wajib Jumaat ke atasnya, maka tidak sah takbir ihram zohornya sebelum salam imam.

Wednesday, March 18, 2020

Wabak Virus korona (Covid-19) adalah bersifat ujian dan penghapus dosa bagi umat Islam. حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Wabak Virus korona (Covid-19) adalah bersifat ujian dan penghapus dosa bagi umat Islam. حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Ianya adalah selaras dengan Sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam :

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلا وَصَبٍ وَلا هَمٍّ وَلا حُزْنٍ وَلا أَذًى وَلا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

]التخريج : صحيح البخاري , كتاب المرضى , باب ما جاء في كفارة المرض , حديث رقم 5641 , عن أبي سعيد الخدري وعن أبي هريرة رضي الله عنهم[

Maksudnya: "Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah Subhanahuwata'la akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (Riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)

Pengajaran Hadith :

1-Allah Subhanahuwata'la yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rahmat Allah Subhanahuwata'la akan sentiasa bersama-sama hamba-Nya ketika dia berada di dalam ketaatan, manakala keampunan Allah Subhanahuwata'la pula akan sentiasa bersama-sama seseorang hamba yang bertaubat ke atas kekhilafan atau kesilapan yang dilakukan.

2-Seseorang Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah Subhanahuwata'la mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, sehingga duri yang menyucuk sekalipun dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai kifarah (penghapus dosa) agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.

3-Rahmat Allah Subhanahuwata'la Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun.

Sesungguhnya pada asasnya kehidupan di dunia ini pasti tidak sunyi dari ujian Allah. Sama ada berupa ujian kesenangan atau juga ujian berbentuk musibah dalam apa jua jenis gambarannya. Sehubungan itu, bagi orang Islam ujian yang dikenakan itu, bersangka baik pada Allah Ta'ala, maka ia akan menjadi penghapus dosa. Dalam masa yang sama wajib berusaha mencegah dan mengubat dengan ikhtiar dan usaha yang ada.

Firman Allah Subhanahuwata'la,:

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ

Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” [al-Baqarah: 155]

Begitu juga setiap manusia yang diciptakan oleh Allah Subhanahuwata'la tidak akan terlepas daripada terkena ujian. Ada di antara mereka yang diuji dengan kesakitan, kesusahan hidup, kematian dan sebagainya berdasarkan kepada tahap mereka. Sebagaimana selaras dengan sabda Sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam :

يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ، فَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ صَلَابَةٌ زِيدَ فِي بَلَائِهِ

Maksudnya: “Seseorang diuji sesuai dengan kadar keagamaannya. Apabila agamanya sedang kuat, maka ujiannya akan ditambah.”Riwayat Ahmad (1481)

Juga sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam :

أَشَدُّ النَّاسِ بَلاَءً الأَنْبِيَاءُ ، ثُمَّ الصَّالِحُونَ، ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ

Maksudnya: “Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, lalu orang-orang soleh dan seterusnya.” Riwayat al-Nasa’ie (7440) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9776)

Antara tujuan utama Allah Subhanahuwata'la menimpakan ujian kepada hamba-Nya adalah untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang baik amalannya. Firman Allah Subhanahuwata'la:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلً

Maksudnya: “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (al-Mulk: 2)

Sehubungan dengan itu juga, tidak ada perkara yang berlaku di atas muka bumi ini melainkan semuanya dalam ilmu Allah dan di atas ketentuan-Nya. Ini adalah  iktikad yang dipegang oleh seluruh umat Islam. Menjadikan umat Islam sentiasa bergantung harap pada Allah dan tidak merasai untuk ‘bebas’ dari qadha’ dan qadar-Nya.
Allah mentaqdirkan berlakunya sesuatu adalah berdasarkan kuasaNya dan kekuatanNya, untuk memberi kesedaran kepada manusia supaya kembali kepadaNya, tidak melampaui batas, tidak menzalimi sesama makhluk dan supaya menjadi sebab kepada diampunkan dosa. Terdapat hikmah di sebalik sebarang kejadian yang berlaku.

Sehinggakan dalam membicarakan wabak penyakit yang melanda sebagai musibah di serata dunia juga adalah berlaku dengan izin Allah walau atas sebab musabab tertentu. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'la:

مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَہۡدِ قَلۡبَهُ ۥ‌ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬

“Tidak ada musibah yang menimpa melainkan dengan izin Allah.”[al-Taghabun: 11]

Justeru itu, bila keyakinan dipasak, maka iktikad umat Islam wajar kembali kepada Allah.Sebagaimana Allah Subhanahuwata'la Maha Berkuasa menurunkan bala musibah, maka Dia jualah Maha Berkuasa menghilangkan musibah itu. Sebagaimana keimanan Nabi Ayyub AS, Nabi Ayyub AS menderita penyakit yang kronik sehingga teman-temannya menjauhinya, orang ramai merasa jijik, beliau diusir dari daerahnya, dibuang di tempat sampah di luar kampung halamannya dan orang ramai tidak mahu berhubungan dengannya. Tidak ada seorang pun yang mahu mendekatinya kecuali isterinya. Dialah yang memenuhi segala keperluannya. Isterinya mengetahui segala kebaikan-kebaikan Nabi Ayyub AS pada masa lampau dan kasih sayangnya kepada dirinya. Isterinya sentiasa mendampinginya, mengubatinya, dan membantunya ketika membuang hajat sehinggalah melakukan segala perkara untuk kebaikannya. Tatkala Nabi Ayyub AS melihat kepala isterinya telah botak, Nabi Ayyub AS berdoa sepertimana firman Allah Subhanahuwata'la:

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (Surah al-Anbiya’: 83)

Allah Subhanahuwata'la juga menceritakan mengenai Rasul dan sahabatnya dalam firman-Nya,

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

“(iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan, “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. ” (Ali ‘Imran ayat 173)

Kata Ibnu ‘Abbas:  "Ia berkata bahwa “حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ” adalah perkataan Nabi ‘Ibrahim ‘alaihis salaam ketika beliau hendak dilempar di api. Sedangkan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan kalimat tersebut dalam ayat,

إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

“Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka,” maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab,حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. (Riwayat Bukhari, 4563)

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

 “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”


Tuesday, March 17, 2020

Petunjuk dari dalil-dalil syarak berkaitan pencegahan penularan wabak dan anjuran membaca Qunut Nazilah.

Petunjuk dari dalil-dalil syarak berkaitan pencegahan penularan wabak dan anjuran membaca Qunut Nazilah. 

Wabak Virus korona (Covid-19) mula menjejaskan dunia sejak akhir tahun 2019. 
(Rujuk:Chaolin Huang et. al, “Clinical features of patients infected with 2019 novel coronavirus in Wuhan, China” in The Lancet Journal, vol. 395, published 24 Januari 2020, p. 499.

Menurut laporan terkini, ramai yang telah dijangkiti di banyak negara, dan banyak nyawa yang telah terkorban. Di Malaysia juga telah dilaporkan bahawa wabak ini telah menular  dan virusnya telah menjangkiti kepada beberapa warga tempatan.

Di antara ajaran Nabi Sallahu'alaihiwasallam. apabila berhadapan dengan masalah penyakit berjangkit atau wabak adalah dengan cara pencegahan. 
Adalah menjadi tanggungjawab dalam agama bagi setiap individu dan masyarakat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengelakkan diri dari atau ke tempat-tempat awam, termasuk masjid, agar orang yang sihat tidak dijangkiti. Sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam.:

لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

Maksudnya: “Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.”(Riwayat al-Bukhari,5771 dan Muslim,2221).

Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam. juga telah memerintahkan agar mereka yang berada di tempat wabak agar tidak keluar dari kawasannya. Dan juga mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Maksudnya: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Riwayat Muslim,2219)

Hal ini juga adalah  bertepatan dengan hadis Nabi Sallahu'alaihiwasallam yang menuntut agar kita menjauhi dari sebarang bentuk kemudaratan atau memudaratkan orang lain dalam sabdanya:

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Maksudnya: “Tidak boleh mudarat dan tidak boleh memudaratkan.” (Riwayat Ibn Majah,2341)

Ini juga adalah selaras dengan prinsip الضرر يزال  (kemudaratan hendaklah dihilangkan) yang disepakati oleh para fuqaha sebagai salah satu daripada lima prinsip utama di dalam penetapan hukum Islam.

Nabi Sallahu'alaihiwasallam. juga pernah  didatangi oleh sekumpulan orang dari Bani Thaqif untuk berbai’ah, dan salah seorang daripada mereka menghidapi sejenis penyakit yang berjangkit.  Nabi Sallahu'alaihiwasallam. mengutus kepadanya dan tidak bersentuhan dengan dia, Daripada al-Syarid bin Suwaid RA berkata:

كَانَ فِي وَفْدِ ثَقِيفٍ رَجُلٌ مَجْذُومٌ، فَأَرْسَلَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّا قَدْ بَايَعْنَاكَ فَارْجِعْ

Maksudnya: “Dalam delegasi daripada Bani Thaqif terdapat seorang lelaki yang terkena penyakit kusta. Maka Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam mengutuskan seorang utusan untuk menyampaikan berita bahawa kepadanya bahawa: Kami telah menerima bai’ah kamu, maka pulanglah kamu.” (0Riwayat Muslim ,2231)

Keadaan ini juga selaras dengan larangan bersifat sementera bersesuaian dengan pencegahan mudarat. Ia sebagaimana kaedah fiqh yang berbunyi:

الضرر يدفع قدر الإمكان

Dan juga jika ada wabak yang sangat merbahaya, maka berdasarkan dalil dari syarak yang mengharuskan untuk meninggalkan kewajipan jika ada ketakutan atau ditimpa kesakitan. Ketakutan yang dimaksudkan disini adalah ketakutan yang telah ditahqiqkan untuk meninggalkan perkara yang wajib seperti meninggalkan solat jumaat dan solat berjamaah. Namunpun begitu ianya bukanlah semata-mata berdasarkan waham (sangkaan) semata-mata, ini kerana keuzuran syar’i mestilah bersifat jelas, bukan sangkaan semata.

Justeru kerana, meninggalkan yang wajib adalah tidak dibenarkan kecuali setelah wujud ghalabah zhan (sangkaan yang kuat) terhadap sesuatu perkara yang telah ditahkikkan itu .Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam :

مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ فَلَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ اتِّبَاعِهِ عُذْرٌ قَالُوا: وَمَا الْعُذْرُ؟ قَالَ: خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang mendengar orang yang melaungkan azan maka tidaklah yang keuzuran menghalangnya dari mengikutinya (hadir solat berjamaah)”. Para sahabat bertanya : “Apa maksud uzur ?”. Jawab Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam: “Ketakutan atau sakit.”
Riwayat Abu Daud (551) dan al-Daraqutni (1/420)

Dan ketakutan yang dimaksudkan di sini  ada tiga jenis:
1-Takut menimpa ke atas diri sendiri. 
2-Takut menimpa ke atas harta benda. 
3-Takut menimpa ke atas ahli keluarga.

Sebagaimana yang dimaksudkan "keuzuran yang sama tahap kesusahannya dengan kesusahan akibat sakit, dianggap juga sebagai uzur yang dikiaskan dengan sakit yang dinaskan ke atasnya. Justeru, tidak wajib Jumaat ke atas orang yang berasa takut ke atas dirinya atau hartanya.” (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 1/497)

Kesimpulannya untuk meninggalkan perkara yang wajib kerana ditimpa dengan wabak adalah seperti berikut:

1- Hanya ketakutan dan kebimbangan yang mencapai tanpa yakin (محققا للخوف) atau sangkaan yang kuat (غلبة الظن) sahaja. Hal ini boleh diperolehi berdasarkan laporan dari ahli atau pakar rujuk bagi sesuatu bidang yang terlibat dengan isu atau kes tersebut.

2- Mudarat yang berlaku adalah boleh mengancam nyawa yang ianya menjadi perkara asas (ضروري) yang berada diiktiraf oleh Syarak. Ia bukanlah bersifat syak atau sangkaan semata-mata.

3- Ianya bersifat pencegahan sebagaimana kaedah sad az-zarai’ (سد الذرائع) tempat berhimpun seperti masjid atau tempat berhimpun bagi orang ramai tidak menjadi kebarangkalian yang tinggi berlakunya penularan wabak seperti COVID-19.

4- Ianya adalah larangan yang bersifat sementera yang bersesuaian dengan pencegahan mudarat. Ia sebagaimana kaedah fiqh yang berbunyi:

الضرر يدفع قدر الإمكان

Pernah berlaku situasi di zaman Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bahawa di musim hujan terlalu lebat dan disuruh solat di rumah masing-masing namun azan tetap dilaungkan dari masjid. Daripada Nafi’ bahawa:

أَذَّنَ ابْنُ عُمَرَ فِي لَيْلَةٍ بَارِدَةٍ بِضَجْنَانَ ، ثُمَّ قَالَ : صَلُّوا فِي رِحَالِكُمْ ، فَأَخْبَرَنَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُ مُؤَذِّنًا يُؤَذِّنُ ، ثُمَّ يَقُولُ عَلَى إِثْرِهِ : ” أَلاَ صَلُّوا فِي الرِّحَالِ ” فِي اللَّيْلَةِ البَارِدَةِ ، أَوِ المَطِيرَةِ ، فِي السَّفَرِ .

“Ibn Umar melaungkan azan pada malam yang terlampau sejuk. Beliau melafazkan, صَلُّوا فِي رِحَالِكُمْ (solatlah di rumah kamu). Lalu beliau menceritakan kepada kami, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam memerintahkan muazzin melaungkan azan. Sesudah tamat azan, muazzin menyebutkan على صَلُّوا فِي رِحَالِ’. Hendaklah masing-masing solat di rumah. Ia terjadi ketika malam yang sejuknya mencengkam, atau ketika hujan atau saat bermusafir.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

5- Dalam isu pencegahan penularan COVID-19 menerusi himpunan orang ramai termasuk melibatkan himpunan di masjid-masjid mestilah larangan tersebut hanya dikeluarkan oleh pemerintah atau Ulil Amri bagi urusan tersebut. Ia bagi mengelakkan kecelaruan dan mengakibatkan huru-hara jika yang timbul itu bukan dari pemerintah atau badan berwajib yang diarahkan.

Ia termasuklah dalam perkara mentaati perintah pemerintah pada perkara yang tidak bercanggah dengan syarak disebabkan wujud keuzuran syar’i yang dipertimbangkan berdasarkan situasi tertentu. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ أَطِیعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِیعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِی شَیۡءࣲ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِۚ ذَ ٰ⁠لِكَ خَیۡرࣱ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِیلًا

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” [An-Nisa’: 59]

Juga dianjurkan untuk membaca doa Qunut Nazilah pada solat fardhu:

Ini menepati kehendak perintah Allah Subhanahuwata'ala tatkala umat Islam diuji dengan sesuatu ujian dan musibah agar kembali bermunajat dan merintih kepada Allah Subhanahuwata'ala yang Maha Berkuasa.

Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala:

فَلَوۡلَاۤ إِذۡ جَاۤءَهُم بَأۡسُنَا تَضَرَّعُوا۟

“Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami.”
[Al-An’am: 43]

Juga disebut: “Majoriti ulama' berpandangan bacaan doa Qunut Nazilah harus dilakukan ketika bencana menimpa umat Islam seperti ketakutan, kemarau, wabak, serangan belalang juta atau selainnya, dan mereka membaca qunut pada semua solat fardhu.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/494)

Imam al-Nawawi mengatakan bahawa pendapat yang sahih di sisi mazhab al-Syafie adalah:

ان نزلت بالمسملين نَازِلَةٌ كَخَوْفٍ أَوْ قَحْطٍ أَوْ وَبَاءٍ أَوْ جَرَادٍ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ قَنَتُوا فِي جَمِيعِهَا وَإِلَّا فَلَا

“Sekiranya ditimpa ke atas orang-orang Islam musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain, maka dibacakan qunut pada semua solat, namun jika tiada musibah, maka tidak perlu membaca qunut”.
(Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/475)


Sunday, March 15, 2020

Dosa Syirik dan jenis-jenisnya.

Dosa Syirik dan jenis-jenisnya.

Syirik dari dari sudut bahasa bererti kufur. (Lihat Taj al-‘Arus, 7/148 oleh al-Zabidi).

Syirik dari sudut istilah adalah menjadikan bagi Allah sekutu yang mana dia berdoa kepadanya sebagai dia berdoa kepada Allah, atau takut kepadanya, atau mengharap kepadanya, atau dia mencintainya sebagaimana kecintaan kepada Allah, atau dia melakukan kepadanya satu jenis daripada jenis-jenis ibadah. (Lihat al-Qaul al-Sadid fi Maqasid al-Tauhid, ms. 24 oleh Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’di )

Syirik adalah merupakan perbuatan yang paling dibenci oleh Allah Subhanahuwata'ala kerana orang yang berbuat syirik bererti mensejajarkan Allah dengan hal lain. Dengan kata lain, orang yang syirik tidak mengakui ke-Esa-an Allah Subhanahuwata'ala, sehingga dalam hidupnya ia bergantung pada apa selain Allah Yang Maha Esa. Syirik juga bererti menyamakan Allah Subhanahuwata'ala dengan hal-hal lain.

Barangkali seseorang itu boleh terselamat daripada melakukan perkara membawa kepada syirik secara terangan seperti menyembah berhala, tokong atau apa sahaja yang menyamakannya dengan Allah Subhanahuwata'ala. Tetapi adakah dengan tidak menyekutukan Allah Subhanahuwata'ala secara terang-terangan itu, maka seseorang itu tidak akan melakukan syirik kepada-Nya?

Perbuatan syirik bermaksud sesuatu perbuatan yang menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktikad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain sama ada makhluk bernyawa atau sebaliknya menyamai bagi Allah Subhanahuwata'ala.

Syirik adalah dosa besar yang paling besar. Oleh itu, ianya diletakkan sebagai dosa besar yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir /الكبائر . Maka jelas syirik merupakan perkara yang sangat diharamkan dalam Islam. Sebagaimana firman Allah Ta’ala :

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ 
فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah melakukan dosa yang besar. Al-Nisa ayat 48

Ibn Kathir berkata: “Allah Ta’ala tidak akan mengampuni dosa syirik iaitu ketika seorang hamba bertemu Allah dalam keadaan berbuat syirik.” (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 3/129). Menurut Ibn al-Jauzi, Allah tidak akan mengampuni orang yang musyrik yang mati dalam kesyirikan. (Lihat Zad al-Masir, 2/103). Ini bermaksud, jika dia meninggal dunia dalam keadaan sempat bertaubat, maka dia akan selamat daripada azab neraka.

Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda,

أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ

“Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.”
Riwayat al-Bukhari, no. 6919

Firman Allah Ta’ala 

﴿إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ  
     
Maksudnya: Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka. Al-Maidah ayat 72

Syirik di sini yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Islam merangkumi orang yang kufur secara terang seperti golongan kafir Quraish dan orang yang kufur secara sembunyi seperti golongan munafiqin yang menzahirkan Iman dan menyembunyikan kekufuran. Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam surah  al-Nisa’ ayat 145-146:

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا . إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka. Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka kerana Allah.Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada irang-orang beriman.

Asal Usul Syirik

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Maksudnya: Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan.Tidaklah berselisih tentang kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya.Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. Al-Baqarah ayat  213

Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah menyebutkan,
"Ini kerana manusia satu ketika dahulu mengikut agama nabi Adam ‘alaihissalam sehinggalah mereka menyembah berhala.Lalu Allah pun menghantar Nabi Nuh ‘alaihissalam kepada mereka, Nabi Nuh adalah rasul pertama yang Allah hantar ke muka bumi". Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim

 Sabda Rasulullah Sallahu'alsihiwassllam,

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، صَارَتِ الْأَوْثَانُ الَّتِي كَانَتْ فِي قَوْمِ نُوحٍ فِي الْعَرَبِ بَعْدُ أَمَّا وَدٌّ كَانَتْ لِكَلْبٍ بِدَوْمَةِ الْجَنْدَلِ ، وَأَمَّا سُوَاعٌ كَانَتْ لِهُذَيْلٍ ، وَأَمَّا يَغُوثُ فَكَانَتْ لِمُرَادٍ ، ثُمَّ لِبَنِي غُطَيْفٍ بِالْجَوْفِ عِنْدَ سَبَإٍ ، وَأَمَّا يَعُوقُ فَكَانَتْ لِهَمْدَانَ ، وَأَمَّا نَسْرٌ فَكَانَتْ لِحِمْيَرَ لِآلِ ذِي الْكَلَاعِ ، أَسْمَاءُ رِجَالٍ صَالِحِينَ مِنْ قَوْمِ نُوحٍ ، فَلَمَّا هَلَكُوا أَوْحَى الشَّيْطَانُ إِلَى قَوْمِهِمْ أَنِ انْصِبُوا إِلَى مَجَالِسِهِمُ الَّتِي كَانُوا يَجْلِسُونَ أَنْصَابًا وَسَمُّوهَا بِأَسْمَائِهِمْ ، فَفَعَلُوا فَلَمْ تُعْبَدْ حَتَّى إِذَا هَلَكَ أُولَئِكَ ، وَتَنَسَّخَ الْعِلْمُ عُبِدَتْ ”

Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa berhala yang disembah oleh kaum Nuh telah disembah kembali oleh bangsa Arab. Berhala bernama Wadd disembah oleh kabilah Kalb dari kawasan Daumat al-Jandal, berhala Suwa’ pula milik kabilah Huzail, berhala Yaghuts pula milik kabilah Murad kemudian menjadi milik Bani Ghutaif dari kawasan Saba’,  Ya’uq adalah milik kabilah Hamdan, Nasr adalah milik kabilah Himr yang merupakan keluarga Dzil Kala’. Kesemua nama berhala ini adalah nama-nama orang soleh daripada kaum Nuh. Apabila mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kepada kaum mereka untuk membuat patung di kawasan orang-orang soleh ini sering duduki, dan menamakan patunt itu dengan nama-nama orang soleh tersebut.Kaum nabi Nuh pun melakukan hal itu, tetapi ketika itu patung-patung tersebut tidak disembah.Apabila meninggalnya generasi itu, lalu tujuan asal patung itu tidak diketahui, lalu patung itu pun disembah.
Riwayat al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, hadis no: 4564.

Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala dalam Surah Nuh ayat 23.

وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا

Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwwa', yaghuts, ya'uq dan nasr. 

Jenis-Jenis Syirik

Kesemua perbuatan syirik itu adalah dosa besar dan ianya terdiri dari berbagai jenis. namunpun begitu tidaklah kesemuanya mengeluarkan sipelakunya dari agama Islam . Justeru itu,tahap dosa syirik tidaklah kesemuanya sama.

Imam al-Sanusi dalam kitab al-Muqaddimat membahagikan syirik kepada enam jenis:

1-شرك الإستقلال  : Menetapkan adanya dua tuhan atau lebih yang berlainan seperti akidah Majusi yang mempercayai adanya Ahura Mazda dan Angra Mainyu.
2- شرك التبعيد : Menyatukan tuhan daripada beberapa oknum seperti akidah Triniti agama Kristian.
3- شرك التقرب : Beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah Subhanahuwata'ala dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala.
4- شرك التقلد : Beribadah kepada Allah kerana mengikut orang lain.

Pada pelaku Syirik bagi  no. 1 – 4, seseorang itu dikira kufur secara ijmak.

5- شرك الاسباب  : Menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana makan, dan bukan Allah Subhanahuwata'ala yang mengenyangkannya. Pelaku Syirik pada no. 5 ini, ia memerlukan perincian. Jika ianya disandarkan kepada sebab tertentu semata-mata, maka dia dikira kufur secara ijmak. Jika dia meyakini bahawa ianya memberi kesan melalui daya yang dijadikan oleh Allah kepada makhluk, dia dikira fasik dan ahli bid’ah. 

6- شرك الأغرد : Beramal kerana selain daripada Allah Subhanahuwata'ala. Pelaku Syirik bagi no. 6, ianya dikira maksiat dan tidak kufur secara ijmak.

Syirik pada bahagian ini juga dinamakan dengan syirik kecil ( الشِّرْكُ الأَصْغَرُ ), diantaranya adalah seperti riya’ pada sebahagian amalan Sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ قَالُوا يَا رَسُولَ الله وَمَا الشِّرْكُ الأَصْغَرُ؟ قَالَ الرِّياَءُ

“Sesungguhnya yang paling kutakutkan atas kalian ialah syirik kecil”. Mereka bertanya, “Apakah syirik kecil tersebut wahai Rasulullah?”  Jawab Beliau, “Riya””. Riwayat Ahmad.

Saturday, March 14, 2020

Hukum menamakan janin yang gugur ( تسمية السقط )

Hukum menamakan janin yang gugur ( تسمية السقط ) 

Hampir semua mazhab sepakat tentang tuntutan menamakan janin (تسمية السقط /penamaan janin yang gugur) yang lahir dalam keadaan استِهلال (iaitu ada wujud tanda-tanda kehidupannya seperti tanda kehidupannya seperti bernafas, keluar suara
(berteriak atau menangis) menggigil, dan bergerak-gerak) dan kemudian meninggal. 

Dalam hal ini juga maka ulama' sepakat mengatakan bahawa janin itu telah menjadi bayi atau manusia pada umumnya. Justeru kerana itu, maka semua ulama sepakat mengatakan bahawa bayi yang telah keluar dalam keadaan hidup, kemudian meninggal dunia hendaklah diberi nama. Kerana bayi itu telah memiliki ruh dan menjadi manusia.

Cuma bezanya ialah bagi Mazhab Hanafiyyah mewajibkan penamaan ini manakala mazhab-mazhab yang lain hanya mengatakan sunat sahaja.

Ini berdasarkan satu  riwayat :

سَمُّوا أَسْقَاطَكُمْ فَإِنَّهُم مِنَ أَفْرَاطِكُمْ

Maksudnya: “Hendaklah kalian menamakan anak-anak kalian yang gugur kerana mereka itu daripada lebihan kalian.” Riwayat Ibn Asakir

Namun pun begitu Ada Ulama' yang mengatakan bahawa al-Bakhtari bin ʿUbaid yang meriwayatkan daripada ayahnya daripada Abu Hurairah, adalah seorang yang daif. Rujuk Syeikh Ala’uddin al-Muttaqi al-Hind.

Berkata Imam Nawawi :

قال أصحابنا: ولو مات المولود قبل تسميته استُحبّ تسميتُه

Artinya : “Telah berkata ulama'-ulama' mazhab kami jikalau meninggal dunia bayi yang dilahirkan sebelum diletak namanya maka sunat diletakkan akan namanya.” (Rujuk Majmu’ Syarah Muhazzab)

Begitu juga sunat diberi nama akan bayi yang gugur. Telah berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami :

 وإن مات قبله بل تسن تسمية سقط نفخت فيه الروح

Artinya : “Dan sekalipun meninggal dunia sebelum dinamakannya bahkan disunatkan beri nama akan bayi yang gugur yang telah ditiup akan ruhnya.” (Kitab Tuhfahatul Muhtaj)

Maksud:  yang telah ditiup akan rohnya itu ialah bayi yang telah sampai usianya dalam kandungan empat bulan dan keatas.

Tersebut juga pada himpunan fatwa mufti Mesir :

لا تجب تسمية هذا المولود، ولكن تسميته مستحبة

Artinya : “Tidak wajib menamakan bayi yang meninggal dunia ketika dilahirkan dan tetapi hukum menamakannya adalah disunatkan.”

Hukum sunat ini juga dikuatkan dengan ayat al-Quran:

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ

Maksudnya: Panggilah anak-anak itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. (Surah al-Ahzab, 5:33)

Dari Abu ad-Darda‘ Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

إنَّكم تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَحَسِّنُوا أَسْمَاءَكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Hukum bagi keadaan janin yang keluar dari rahim ibunya dalam keadaan tidak bernyawa

Janin yang meninggal dahulu sebelum keluar dari rahim ibunya disebut dengan as-siqthu (السقط). Ibnu Manzur menyebutkan:

السَّقْطُ، بِالْفَتْحِ وَالضَّمِّ والكسرِ، والكسرُ أَكثر: الْوَلَدُ الَّذِي يَسْقُطُ مِنْ بَطْنِ أُمه قَبْلَ تَمامِه. (لسان العرب، 7/ 316

السقط; dengan fathahnya sin dan dhammah atau kasrah. Adapun dengan kasrah itu yang paling banyak iaitu anak yang keluar dari perut ibunya sebelum sempurnanya.

Syaikh Kholid Bin Ali Al Musyaiqi menjelaskan,

السقط في اللغة: هو الولد الخارج من بطن أمه لغير تمام،. وفي الاصطلاح: هو الجنين الذي يسقط من بطن أمه ميتاً.

السقط: "Keguguran secara bahasa iaitu bayi yang keluar dari perut ibunya dengan bentuk tidak sempurna, secara istilah ialah janin yang keluar/gugur dari perut ibunya dalam keadaan mati.”

Para ulama berbeza pendapat tentang hal berkenaan diberi nama atau tidak bagi janin yang keluar dari rahim ibunya dalam keadaan tidak bernyawa:

Menurut Mazhab Hanafiyyah dan Malikiyyah; jika keluar dari perut ibunya dan tidak ada tanda kehidupan seperti menangis atau berteriak maka tak diberi nama. 

Dari Abu Hanifah:

رُوِيَ عَنْ أَبِي حَنِيفَةَ أَنَّهُ قَالَ: إذَا اسْتَهَلَّ الْمَوْلُودُ سُمِّيَ وَغُسِّلَ وَصُلِّيَ عَلَيْهِ وَوَرِثَ وَوُرِثَ عَنْهُ، وَإِذَا لَمْ يَسْتَهِلَّ لَمْ يُسَمَّ وَلَمْ يُغَسَّلْ وَلَمْ يَرِثْ. وَعَنْ مُحَمَّدٍ أَيْضًا أَنَّهُ لَا يُغَسَّلُ وَلَا يُسَمَّى وَلَا يُصَلَّى عَلَيْهِ، وَهَكَذَا ذَكَرَ الْكَرْخِيُّ وَرُوِيَ عَنْ أَبِي يُوسُفَ أَنَّهُ يُغَسَّلُ وَيُسَمَّى وَلَا يُصَلَّى عَلَيْهِ، وَكَذَا ذَكَرَ الطَّحَاوِيُّ. (بدائع الصنائع في ترتيب الشرائع (1/ 302)

Diriwayatkan dari Abu Hanifah beliau berkata: Ketika bayi berteriak setelah dilahirkan maka diberi nama, dimandikan, disolatkan, mewarisi dan diwarisi. Jika belum berteriak maka tak diberi nama... (al-Kasani, Badai' as-Shanai', 1/ 302).

Dari Imam Malik bin Anas:

وَقَالَ مَالِكٌ: لَا يُصَلَّى عَلَى الصَّبِيِّ وَلَا يَرِثُ وَلَا يُورَثُ، وَلَا يُسَمَّى وَلَا يُغَسَّلُ وَلَا يُحَنَّطُ حَتَّى يَسْتَهِلَّ صَارِخًا وَهُوَ بِمَنْزِلَةِ مَنْ خَرَجَ مَيِّتًا (المدونة، 1/ 255)

Malik berkata: Bayi itu tidak disolatkan, tidak mewarisi dan diwarisi, tidak diberi nama, tidak dimandikan selama tidak berteriak atau menangis. Kerana bayi itu dianggap mati sebelum keluar dari rahim (Malik bin Anas, al-Mudawwanah: 1/ 255).

Meskipun menurut mazhab Hanafiiyah dan Malikiyyah tidak diberi nama namun bukan bererti dilarang diberi nama. 

Sedangkan menurut Mazhab Syafi'iyyah dan Hanabilah meskipun sudah meninggal sejak dalam kandungan, Namun jika janin telah berbentuk manusia atau telah ditiupkan roh, maka tetap diberi nama. Kecuali jika cuma masih dalam keadaan segumpal darah atau segumpal daging, maka itu belum disebut anak. 

Mazhab Syafi'iyyah menyebutkan bahwa السقط atau janin yang keluar sudah dalam keadaan meninggal tetap sunat diberi nama. Imam al-Nawawi menyebutkan:

قَدْ ذَكَرْنَا أَنَّ مَذْهَبَ أَصْحَابِنَا اسْتِحْبَابُ تَسْمِيَةِ السَّقْطِ وَبِهِ قَالَ ابْنُ سِيرِينَ وَقَتَادَةُ وَالْأَوْزَاعِيُّ. وَقَالَ مَالِكٌ لَا يُسَمَّى مَا لَمْ يَسْتَهِلَّ صَارِخًا وَاَللَّهُ أَعْلَمُ (المجموع شرح المهذب (8/ 448)

Mazhab kita hukumnya sunat memberi nama janin yang keluar meski sudah meninggal. Ini adalah pendapat dari Ibnu Sirin, Qatadah, al-Auza'i... (an-Nawawi, al-Majmu': 8/ 448).

Namun bagaimana pula jika janin itu tak diketahui jenis kelaminnya? Diberi nama laki-laki atau perempuan? Imam Ibnu Hajar al-Haitami menyebutkan bahawa tetap diberi nama yang biasa untuk laki-laki dan perempuan. Seperti Hamzah, Thalhah, Hindun, dan sebagainya,

تُسَنُّ تَسْمِيَةُ سَقْطٍ نُفِخَتْ فِيهِ الرُّوحُ فَإِنْ لَمْ يُعْلَمْ أَذَكَرٌ أَوْ أُنْثَى سُمِّيَ بِمَا يَصْلُحُ لَهُمَا كَهِنْدٍ وَطَلْحَةَ. (تحفة المحتاج في شرح المنهاج، 9/ 373)

Disunatkan memberi nama السقط yang telah ditiupkan roh meskipun keluar dari perut ibunya dalam keadaan meninggal. Meskipun tak diketahui laki-laki atau perempuan. Diberi nama yang sesuai untuk laki-laki dan perempuan seperti Hamzah, Thalhah, Hindun. (Ibnu Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 9/ 373).

Meskipun dalam mazhab Syafi'iyyah, jika masih berupa segumpal darah atau daging maka belum disebut as-siqthu. Maksudnya jika masih berupa segumpal darah atau segumpal daging itu tak disunatkan diberi nama, meskipun juga tidak dilarang. Sebagaimana  pernyataan dari Imam an-Nawawi al-Jawiy (w. 1316 H):

وَخرج بِالسقطِ الْعلقَة والمضغة لِأَنَّهُمَا لَا يسميان ولدا. (نهاية الزين، محمد بن عمر نووي الجاوي البنتني إقليما، التناري بلدا (المتوفى: 1316هـ) ص: 156)

Tidak disebut السقط jika masih berupa segumpal darah atau daging. Kerana belum disebut sebagai anak manusia. (an-Nawawi al-Jawiy, Nihayat az-Zain: 156).

Mazhab Hanbali berpendapat sama dengan mazhab Syafiyyah, sebagaimana telah disebut oleh Ibnu Qudamah:

 (فصل) ويستحب أن يسمى السقط لأنه يروي عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: "سموا أسقاطكم فإنهم أسلافكم" رواه ابن السماك باسناده (الشرح الكبير على متن المقنع (2/ 337

Pasal: Disunatkan memberi nama السقط atau bayi yang lahir dalam keadaan meninggal. Sebagaimana diriwayatkan dalam hadith: Berilah nama as-siqthu kalian, karena mereka adalah orang yang telah mendahului kalian. (Ibnu Qudamah, as-Syarh al-Kabir: 2/ 337).

Meskipun begitu hadith yang dijadikan sandaran oleh Ibnu Qudamah ini dianggap lemah. Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dalam kitab Tarikhnya. Hadith berikut:

سَمُّوا أَسْقَاطَكُمْ فَإِنَّهُمْ أَسْلاَفُكُمْ

Maksudnya: “Hendaklah kalian menamakan anak-anak kalian yang gugur kerana mereka itu telah mendahului kamu.” Riwayat Ibn al-Samak

Syeikh Ala’uddin al-Muttaqi al-Hind, penyusun kitab Kanz `Ummal selepas menyebutkan riwayat ini dan menyatakan bahawa Ibn Asakir meriwayatkan daripada al-Bakhtari bin ʿUbaid daripada ayahnya daripada Abu Hurairah, sedangkan 

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama

Hukum menunaikan umrah buat kali pertama  Hukum menunaikan umrah buat kali pertama adalah wajib (sekali seumur hidup) bagi setiap Muslim muk...