Thursday, May 25, 2023

Larangan mencela orang yang telah meninggal dunia.

Larangan mencela orang yang telah meninggal dunia.

Orang yang meninggal telah kembali kepada fitrah, iaitu kembali kepada Allah. Segala urusan dia dengan dunia telah terputus dan yang apa yang ada hanyalah kenangan. Apabila seseorang itu telah kembali kepada Allah, sepatutnya kita tidak menceritakan keburukan orang itu kerana dia telah kembali pada Allah yang selayaknya menghukum atas apa yang dilakukannya ketika di dunia.


Apatah lagi jika apa yang dibicarakannya itu sebenarnya bukan perkara yang betul atas perbuatan si mayat. Sesekali jangan cuba membuka ruang untuk memburukkan orang lain, jika perkara itu benar dilakukannya, ianya akan jadi mengumpat, namun jika salah ia jadi fitnah.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ


Maksudnya:" Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani".Al-Hujurat ayat 12.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


….وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ….


Maksudnya:"...Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…".Al-Baqarah ayat 217


Larangan mencela mayat Muslim


Secara umumnya syariat melarang mencela mayat sebagaimana hadith berikut.


Diriwayatkan dari  ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ تَسُبُّوا الأَمْوَاتَ فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّمُوا


Maksudnya:"Dari ‘Aisyah radhiallahu’anha dia berkata, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, “Janganlah kalian mencaci mayat-mayat, sesungguhnya mereka telah sampai kepada hasil dari amalan yang mereka lakukan di dunia". Riwayat Bukhari (1393)


Satu keterangan yang cukup jelas, bahawa memperkatakan keburukan orang yang telah meninggal adalah dilarang oleh Baginda Sallallahu'alaihiwasallam. Orang yang sudah meninggal dunia  telah sampai pada masanya untuk bertanggungjawab kepada Allah atas setiap amalan di masa hidupnya, kenapa masih perlu diperbincangkan amalan-amalan orang tersebut itu?


Kehormatan seorang muslim pula adalah termasuk perkara yang besar disisi Allah Subhanahuwata'ala. Dalam sebuah hadith, ketika Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam  melihat Ka’bah beliau bersabda,


مَا أَعْظَمَكِ وَأَعْظَمَ حُرْمَتَكِ، وَالْمُؤْمِنُ أَعْظَمُ حُرْمَةً عِنْدَ اللَّهِ مِنْكِ،


Maksudnya:"“Betapa agong engkau wahai Ka'bah, dan betapa agong kehormatanmu. Tetapi orang mukmin memiliki kehormatan yang lebih besar di sisi Allah dari pada kehormatanmu, wahai Ka’bah". Riwayat Tirmizi (2032)


Kehormatan seorang muslim dan muslimah tidak hanya ketika dia masih hidup, bahkan kehormatannya kekal dan terus diakui oleh Allah Subhanahuwata'ala meskipun dia telah meninggal dunia. Sehingga kehormatan seseorang Muslim bukan hanya dijaga ketika dia masih hidup, bahkan ketika dia telah meninggal dunia lebih ditekankan lagi untuk dijaga kehormatannya.


Syariat mengharamkan mencela seorang muslim secara mutlak bermakna tidak ada perbezaan samaada semasa dia masih hidup atau telah meninggal dunia. 


Seperti dalam sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ


Maksudnya:"Mencela seorang muslim adalah kefasikan". Riwayat Bukhari (48, 6044, 7076), Muslim (64) 


Syariat tidak mengatakan, “kecuali jika telah meninggal dunia.” Hal ini menunjukkan bahawasanya perhatian syariat terhadap hak seorang muslim sama saja samaada dia masih hidup atau telah meninggal dunia. Bahkan setelah dia  meninggal dunia keharaman mencelanya menjadi lebih ditekankan lagi, kerana adanya hadith khusus yang menjelaskan larangan secara khusus mencela seorang muslim yang telah meninggal dunia, sebagaimana hadith di atas.


Imam Bukhari rhma meriwayatkan dari sahabat Ibnu ‘Abbas radhiallahu‘anhu, di mana tatkala beliau menghadiri penyelenggaraan jenazah Maimunah radhiallahu‘anha (isteri Nabi Sallallahu'alaihiwasallam yang juga merupakan ibu saudara Ibnu Ábbas) di suatu tempat yang bernama Sarif (Sebelah utara kota Mekah sekitar 20 km, sekarang lokasinya bernama An-Nawariah), maka Ibnu ‘Abbas berkata kepada orang-orang yang akan mengusung jenazah Maimunah,


هَذِهِ زَوْجَةُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَإِذَا رَفَعْتُمْ نَعْشَهَا فَلاَ تُزَعْزِعُوهَا، وَلاَ تُزَلْزِلُوهَا، وَارْفُقُوا


Maksudnya:"Ini adalah isteri Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, maka jika kalian mengangkat kerandanya, janganlah kalian menggerak-gerakkannya, dan janganlah kalian mengoncang-goncangkannya tetapi angkatlah dengan lembut". Riwayat Bukhari (5067), Muslim (1465) dan An-Nasa’i (3196).


Ibnu Hajar menyebutkan dalam Fathul Bari,


يُسْتَفَادُ مِنْهُ أَنَّ حُرْمَةُ الْمُؤْمِنِ بَعْدَ الْمَوْتِ بَاقِيَةٌ، كَمَا كَانَتْ فِيْ حَيَاتِهِ


Maksudnya:"Sesungguhnya diambil faedah dari hadīth ini, bahawasanya kehormatan seorang mukmin setelah dia meninggal tetap berlaku sebagaimana semasa dia masih hidup". Fathul Bari, 9/113.


Dan juga ada hadith lain Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


إِنَّ كَسْرَ عِظَمِ الْمُؤْمِنِ مَيِّتًا مِثْلَ كَسْرِهِ حَيًّا


Maksudnya:"Dan mematahkan (menghancurkan) tulang seorang mukmin tatkala dia sudah meninggal dunia sama dengan tatkala dia masih hidup". Riwayat Abu Dawud (3191) dan Ibnu Majah (1616).


Ghibah atau mengumpat dilarang kepada orang yang masih hidup. Bila mana Islam mengharamkan perkara-perkara yang boleh mencalarkan atau merosakkan maruah seseorang seperti mengumpat sehingga Allah Subhanahuwata'ala membuat satu perumpaan yang dahsyat kepada golongan seperti ini.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ


Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani". Al-Hujurat:12


Ibnu Bathal rahimahullah berkata, “Mencela orang yang sudah meninggal dunia itu seperti melakukan ghibah terhadap orang yang masih hidup". (Syarh Ibnu Bathal ‘ala Sahih Al-Bukhari, 3: 354).


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ


Maksudnya: “Adakah kamu tahu apakah itu mengumpat?.” Para sahabat berkata: Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahuinya. Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: “Kamu menyebut perihal saudaramu yang tidak disukainya". Riwayat Muslim (2589)


Maka demikian juga dilarang mengumpat orang yang sudah meninggal. Bahkan orang yang masih hidup jika mengumpat lantas dia tahu bahawa dia diumpat maka dia dapat membela dirinya, akan tetapi orang yang sudah meninggal dunia tentu tidak dapat melakukan hal tersebut.


Ini menunjukkan bahawasanya mencela orang yang telah meninggal dunia lebih berat hukumnya daripada mencela orang yang masih hidup. Sebagaimana perkataan sebahagian ulama bahawa mencela orang yang masih hidup yang memang mempunyai kesalahan kemudian celaan tersebut sampai kepada orang yang dituju, maka ada kemungkinan baginya untuk memperbaiki dirinya. 


Adapun mencela orang yang telah meninggal dunia maka apa faedah yang dapat diperoleh? Dia telah meninggal dunia dan tidak mungkin lagi dapat untuk  memperbaiki dirinya. Orang yang telah meninggal sudah sampai padanya hasil dari amalannya selama hidup di dunia. Kemudian apabila celaan tersebut tidak benar dan ditujukan kepada orang yang masih hidup maka dia masih dapat membela dirinya. Adapun orang yang telah meninggal dunia maka dia tidak mungkin lagi dapat membela dirinya.


Tidak ada munafaat mencela orang yang telah meninggal dunia, justeru orang yang telah meninggal dunia seharusnya didoakan agar dia diampuni dan dirahmati oleh Allah Subhanahuwata'ala. 


Mengumpat yang dibenarkan,


Para ulama menjelaskan bahawasanya ghibah atau mengumpat diperbolehkan dalam beberapa keadaan seperti dalam rangka untuk menjelaskan kesalahan-kesalahannya atau untuk melaporkan kezalimannya. Kebolehan ini juga berlaku bagi orang yang telah meninggal dunia. 

Para ulama telah sepakat bahwasanya boleh menyebutkan kesalahan-kesalahan para perawi, meskipun mereka telah meninggal dunia. Semisal perkataan, “si fulan dhaif”, “si fulan pendusta”. Hal ini kerana perbuatan tersebut merupakan mengumpat yang diperbolehkan oleh syariat meskipun mereka sudah meninggal dunia, di samping itu untuk menjaga kesahihan suatu hadith.


Menurut pandangan Imam Al-Nawawi,


أَنَّ النَّهْيَ عَنْ سَبِّ الْأَمْوَاتِ هُوَ فِي غَيْرِ الْمُنَافِقِ وَسَائِرِ الْكُفَّارِ وَفِي غَيْرِ الْمُتَظَاهِرِ بِفِسْقٍ أَوْ بِدْعَةٍ فَأَمَّا هَؤُلَاءِ فَلَا يَحْرُمُ ذِكْرُهُمْ بِشَرٍّ لِلتَّحْذِيرِ مِنْ طَرِيقَتِهِمْ وَمِنَ الِاقْتِدَاءِ بِآثَارِهِمْ وَالتَّخَلُّقِ بِأَخْلَاقِهِمْ


Maksudnya:"Sesungguhnya larangan untuk mencela orang-orang yang telah meninggal adalah jika selain munafiq dan kafir, demikian juga selain orang yang menampakkan kefasikan dan kebidahan. Adapun mereka ini maka tidak mengapa menyebutkan keburukan mereka untuk memperingatkan masyarakat untuk tidak mengikuti jalan mereka, tidak mencontohi mereka, dan tidak berakhlak dengan perangai mereka". Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, Al-Nawawi 7/20.


Juga menurut pandangan Imam al-Nawawi sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitabnya. Mengumpat yang dibenarkan dengan tujuan yang sahih dan syar’i yang mana tidak akan dikecapi melainkan dengannya, terdapat enam jenis:


1-Membuat aduan apabila dizalimi kepada sultan atau hakim.


2-Membantu dalam menentang perkara yang munkar dengan tujuan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar.


3-Menceritakan kepada mufti bagi tujuan fatwa.


4-Mencegah umat Islam daripada sesuatu keburukan serta menasihati mereka seperti mereka mengambil ilmu daripada bukan ahlinya.


5-Menceritakan perihal orang yang melakukan dosa secara terang-terangan.


6-Menyebut sesuatu sifat yang telah makruf (diketahui) kepada diri seseorang itu seperti bisu atau buta dan sebagainya. Akan tetapi, jika mampu memanggilnya dengan panggilan yang lain adalah lebih baik dan haram memanggil panggilan-panggilan tersebut dengan niat menghina.

 

Untuk itu, keenam perkara ini dinyatakan oleh para ulama dan sebahagian besarnya disepakati akannya. Adapun, kesemua ini datang daripada dalil-dalil atau hadith-hadith yang sahih lagi masyhur. [Lihat: Riyadh al-Solihin, 432-433]


Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi di dalam kitabnya ada juga menyebut jenis-jenis mengumpat yang dibenarkan oleh syarak sama seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di atas. [Lihat: Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, 172-173]


Mencela mayat kafir.


Terkait dengan perbahasan hadith di bawah ini sebahagian ulama ada yang membahaskan siapa الأَمْوَاتَ (orang mati) yang dimaksudkan dalam hadits ini,


Diriwayatkan dari  ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ تَسُبُّوا الأَمْوَاتَ فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّمُوا


Maksudnya:"Dari ‘Aisyah radhiallahu’anha dia berkata, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, “Janganlah kalian mencaci mayat-mayat, sesungguhnya mereka telah sampai kepada hasil dari amalan yang mereka lakukan di dunia". Riwayat Bukhari (1393)


Pada perbahasan hadith ini sebahagian ulama membahas siapa الأَمْوَاتَ (orang mati) yang dimaksudkan dalam hadith ini, apakah orang yang telah meninggal tersebut dari kaum muslimin atau kafir. Terdapat khilaf di kalangan para ulama kerana lafaz الأَمْوَاتَ (al-amwat). Apakah alif lam pada al-amwat adalah alif lam al-istigraqiyah atau alif lam al-ahdiyyah.


1-Jika alif lam-nya adalah alif lam al-istigraqiyah maka memberi faedah keumuman iaitu mencakupi mayat mukmin dan mayat kafir, keduanya tidak boleh dicela.


2-Jika alif lam-nya adalah alif lam al-ahdiyyah bererti yang maksudnya adalah mayat muslim kerana Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sedang berbicara kepada para sahabat diwaktu itu. Sehingga konteks pembicaraannya kembali kepada mayat-mayat muslim. Ertinya yang tidak boleh dicela adalah mayat kaum muslimin sahaja.


Dari sini terdapat khilaf di kalangan para ulama, apakah boleh mencaci maki mayat orang kafir setelah dia meninggal dunia atau tidak boleh.


1-Pendapat pertama:

Mengatakan bahawa maksud mayat di sini adalah umum mencakupi mukmin mahupun kafir. Sehingga orang kafir yang meninggal dunia juga tidak boleh dicela. Kerana dia telah mendapatkan balasan atas amalannya selama hidup di dunia.


2-Pendapat kedua:

Mengatakan bahawa mayat yang dimaksud di sini adalah mayat muslim sahaja, yang kita diperintahkan untuk mendoakannya agar diampuni dan dirahmati oleh Allah. Adapun orang kafir tidak mengapa, kita tidak dituntut untuk mendoakannya bahkan kita dilarang mendoakannya karena dia meninggal dalam keadaan kafir kepada Allah Subhanahuwata'ala, musyrik kepada Allah Subhanahuwata'ala, dan tidak beriman kepada Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam


3-Pendapat ketiga:

Ulama memberikan perincian; 

Tidak boleh mencela sama sekali mayat seorang muslim kerana sesungguhnya Allah telah membalas perbuatannya selama di dunia. Tidak ada yang lebih adil dalam membalas selain daripada Allah Subhanahuwata'ala. Allah Subhanahuwata'ala mengetahui bagaimana membalas orang tersebut. Sehingga mayat seorang muslim tidak boleh lagi disebut-sebut keburukannya, kerana tidak ada faedahnya. 

Adapun orang kafir maka jika menyebut-nyebutkan keburukannya  dapat menyakiti seorang muslim yang masih hidup seperti keluarga atau kerabatnya maka mencelanya tidak boleh.


Diriwayatkan dari Al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


لَا تَسُبُّوا الْأَمْوَاتَ فَتُؤْذُوا الْأَحْيَاءَ


Maksudnya:"Janganlah kalian menghina mereka yang sudah mati, sehingga kalian menyakiti mereka yang masih hidup". Riwayat Tirmizi (1982).


Dari  Ummu Salamah,


شَكَا إِلَيْهِ عِكْرِمَةُ أَنَّهُ إِذَا مَرَّ بِالْمَدِينَةِ قِيلَ لَهُ: هَذَا ابْنُ عَدُوِّ اللَّهِ أَبِي جَهْلٍ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطِيبًا فَقَالَ: إِنَّ النَّاسَ مَعَادِنُ، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُهُمْ فِي الْإِسْلَامِ إِذَا فَقِهُوا، لَا تُؤْذُوا مُسْلِمًا بِكَافِرٍ


Maksudnya:"Ikrimah mengeluh kepada Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam ketika ia melalui kota Madinah maka dikatakan kepadanya, “Ini adalah putera musuh Allah Abu Jahl”. Maka Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam berdiri dan berkhotbah, ia berkata, “Manusia itu adalah unsur-unsur, yang terbaik diantara mereka di zaman jahiliyah maka terbaik juga jika masuk Islam apabila mereka faqih (belajar agama). Janganlah kalian menyakiti seorang muslim dengan (mencela) orang kafir (yang merupakan kerabatnya)".

Diriwayatkan oleh Al-Hakim (5601) akan tetapi dinilai dhoíf oleh Adz-Dzahabi.


Kesimpulannya,  membicarakan keburukan orang yang telah meninggal adalah  salah satu dari bentuk larangan Nabi. Namun jika kita masih menjumpai atau mendengar orang lain sedang membicarakan keburukan orang yang sudah meninggal. 


Maka dalam situasi tersebut sikap kita yang paling utama adalah mengingkarinya dengan cara mengingatkan dan mengajak orang lain ke jalan yang lebih baik.

Namun jika kita tidak mampu mengingkarinya, maka jalan terbaik adalah pergi dari perbicaraan tersebut, sebagai bentuk berlepas diri kita dari perbuatan tersebut. 


Dalam surah An-Nisa ayat 140, Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا


Maksudnya:"Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam". 

Tuesday, May 23, 2023

Tiga kunci kejayaan menjadi Orang bertakwa di Bulan Ramadhan.

Tiga kunci kejayaan menjadi Orang bertakwa di Bulan Ramadhan.

Allah Subhanahuwata'ala telah mewajibkan ibadah puasa di bulan Ramadhan ke atas umat Islam, sebagaimana Allah Subhanahuwata'ala juga telah mewajibkannya atas umat-umat sebelumnya. Fakta ini membuktikan betapa ibadah puasa sangat penting bagi kehidupan beragama setiap umat. Kerana itu, Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ibadah puasa ke atas kamu sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, agar kamu menjadi orang-orang yang bertakwa". Al Baqarah ayat 183.


Telah sekian kali kita berpuasa Ramadhan, namun demikian adakah  nilai-nilai takwa dalam diri kita telah bertambah?


Padahal pada ayat di atas, Allah Subhanahuwata'ala telah menegaskan bahawa dengan berpuasa, maka secara idealnya kita menjadi orang-orang yang bertakwa.


Apakah ayat di atas tidak lagi relevan dengan kondisi kehidupan umat manusia di zaman ini? 


Tentu sebagai seorang Muslim, kita meyakini bahawa ayat-ayat al-Qur`an senantiasa relevan dengan berbagai perkembangan zaman hingga ke Hari Kiamat.


Hanya ada satu kemungkinan atau jawapan atas kondisi yang sedang terjadi pada umat Muslim di saat ini. Adanya kekurangan dan khilaf dalam menjalankan ibadah puasa, sehingga nilai-nilai takwa kurang dirasakan walaupun kita telah berpuasa untuk sekian lamanya.


Fenomena sehingga nilai-nilai takwa kurang dirasakan sudah sepantasnya segera diperbetulkan, agar segera terjadi perubahan ke arah yang positif. 


Ada tiga pelajaran penting yang dapat kita petik dari ibadah puasa agar nilai-nilai takwa segera terwujud dalam diri kita:


1. Puasa adalah Media Training Center bagi Pola Fikir dan Perilaku Umat Islam.


Dalam keadaan haus dan lapar di siang hari selama bulan Ramadhan, seakan semua makanan dan minuman terasa lazat dan segar. Bayangan menikmati lazat dan segarnya berbagai makanan mendorong kita untuk membuatnya atau membelinya. Bahkan sering kali kita hanyut dalam badai keinginan untuk menguasai semuanya seorang diri. Akibat dari sikap hanyut dalam badai keinginan ini, sering kali kita lupa daratan, sehingga membuat atau membeli makanan melebihi dari keperluan.


Namun ketika matahari telah terbenam, hanya sedikit yang kita makan dan bahkan banyak dari makanan yang telah dibuat atau dibeli tidak tersentuh sama sekali.


Bahkan lebih parah dari itu, sebahagian kita walaupun tetap bernafsu untuk makan, hingga seluruh rongga perutnya penuh, namun tetap saja masih tersisa hidangan yang melebihi apa yang telah ia inginkan


Perilaku semacam inilah salah satu faktor yang menjauhkan nilai-nilai takwa dari diri kita. Andainya selama bulan puasa kita meluangkan waktu sedikit saja untuk memikirkan sikap yang benar dalam hal makan dan minum, nescaya kita terhindar dari kondisi-kondisi seperti yang diungkapkan di atas.


Untuk urusan makan dan minum, yang benar-benar kita perlukan adalah jauh lebih sedikit dari apa yang selama ini kita makan. Dan tentunya jauh dari apa yang selama ini kita olah atau kita beli. Buktinya, setiap hari kita membuang atau paling kurang terpaksa menyingkirkan banyak makanan hingga akhirnya rosak atau basi.


Andainya kita semua mengindahkan teladan Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam dalam urusan makan dan minum, nescaya kita semua menjadi orang-orang yang bertakwa. 

Sebagaimana petunjuk hadith yang diriwayatkan oleh Miqdam bin Ma’di, bahawa Rasulullah Sallahu‘alaihiwasallam bersabda:


مَا مَلأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ. بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلاَتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لاَ مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ


Maksudnya: “Tidaklah anak Adam memenuhi bekas yang lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan untuk menegakkan belakangnya. Namun jika dia mesti (melebihkannya), hendaklah sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas”

Riwayat al-Tirmizi (2380), Ibnu Majah (3349), al-Nasaie (6729) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (5263)


Nabi Sallahu‘alaihiwasallam mengajarkan bahawa dalam  urusan makan dan minum kita hendaklah mengikuti standard keperluan dan tidak menuruti kemampuan apalagi keghairan untuk makan.


Bagi urusan kemampuan makan minum, masing-masing perut memiliki daya tampung yang berbeza-beza, dan masing-masing dari kita mampu untuk memenuhi seluruh ruang perutnya. Namun, anda juga perlu sedar bahawa dengan memenuhkan ruang perut anda pasti akan mendatangkan masalah, bahkan menjadi ancaman besar bagi kesihatan anda.


Demikan juga bila kita berbicara tentang keinginan atau keghairahan, maka setiap dari kita memiliki keinginan atau keghairahan masing-masing. Dan saya yakin anda sendiri juga tidak memiliki batasan yang jelas apatahlagi untuk menghentikan keinginan atau keghairahan anda terhadap makanan dan minuman yang lazat.


Selama hayat masih di kandung badan, anda pasti masih berselera dan berkeinginan atau berkeghairahan untuk menikmati makanan dan minuman yang lazat. Hanya ada satu hal yang dapat menghentikan keinginan atau keghairahan kita, iaitu ajal atau kematian.


Keadaan serupa juga terjadi pada keinginan atau keghairahan kita pada  berbagai kenikmatan dunia lainnya. Kerana itu Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ ذَهَبٍ لَأَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَالِثٌ وَلَا يَمْلَأُ فَاهُ إِلَّا التُّرَابُ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ


Maksudnya:"Dari Anas bin Malik berkata: Rasulullah Sallallahu'alaihiwasalam bersabda: "Andai anak Adam memiliki dua lembah emas, necaya ia menginginkan lembah lagi dan tidak ada yang memenuhi mulutnya kecuali tanah dan Allah menerima taubat orang yang bertubat". Riwayat Tirmizi(2259)


Setiap petang hari, selama bulan puasa, anda sentiasa berhadapan dengan keadaan di atas. Dan akhirnya setelah anda meneguk segelas air keinginan dan kemampuan anda telah tertunai Ternyata hanya dengan segelas minuman mampu menjadikan anda berfikir dengan jernih tentang makanan dan minuman. Sebenarnya, makanan yang anda perlukan jauh lebih sedikit daripada apa yang anda mampu sajikan, apatahlagi daripada  apa  yang anda bayangkan.


Andai pelajaran penting ini benar-benar dapat kita hayati dan terapkan dalam hidup kita, nescaya kita akan menjadi orang yang bertakwa. Dengan semangat puasa ini, kita mampu membezakan antara kemampuan dan kebenaran. Ternyata dalam hidup di dunia ini, kita semua dituntut untuk membezakan diantara kebenaran dengan kemampuan apatahlagi diantara keinginan atau keghairahan. 


Tidak semua perkara yang mampu kita lakukan dapat pula kita lakukan pada kemudiannya. Sebagai orang yang bertakwa, kita berfikir jernih dalam setiap keadaan sehingga sentiasa bersikap dengan benar dan berguna dalam setiap keadaan.


Pendek kata, dengan semangat puasa kita  sanggup mengontrol ucapan dan perbuatan kita. Kita sentiasa menimbang ucapan dan perbuatan kita, walaupun dalam keadaan sulit, semisalnya ketika emosi kita dipancing atau harga diri kita direndahkan oleh orang lain.


Dari Abu Hurairah, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ


Maksudnya:“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu(lalai) dan rofats(lucah). Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat keji padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”. Riwayat Ibnu Majah dan Hakim.  At Targib wa At Tarhib no. 1082.


Sekiranya pengalaman-pengalaman yang berulang kali yang berlaku pada setiap kali berbuka puasa ini dapat kita terapkan pada setiap aspek keperluan kita di dunia ini, nescaya kita akan menjadi orang yang benar-benar bertakwa.


Namun sayangnya, pelajaran berharga ini selalunya berlalu begitu sahaja, dan bahkan sering kali kita keluhkan dan kemudian kita lupakan. 


2. Berpuasa Hanya Di Siang Hari.


Seluruh umat Islam di berbagai belahan dunia sepakat bahawa puasa dalam Islam hanya dijalankan pada siang hari. Sedangkan pada malam hari, umat Islam masih tetap bebas untuk makan dan minum. Hal ini selaras dengan firman Allah Subhanahuwata'ala berikut:


أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ ۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ ۗ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ ۖ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ ۚ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ ۚ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ ۗ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ


Maksudnya:"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa. malam". Al-Baqarah ayat 187.


Ketentuan berpuasa pada siang hari sepanjang sejarah Islam tidak pernah ada yang menggugatnya. Padahal zaman telah berkembang, dan tuntutan perkembangan zaman semakin kompleks. Walaupun demikian, tetap saja umat Islam sepakat bahawa puasa dalam Islam hanya boleh dilakukan pada siang hari, sedangkan pada malam hari semuanya berhenti dari berpuasa. Semua umat Islam dalam urusan ini menerima dan patuh sepenuhnya dengan ketentuan yang diajarkan dalam al-Qur`an dan al-Sunnah, tanpa ada rasa keberatan sedikit pun. Sebagaimana puasa wajib hanya dijalankan di bulan Ramadhan, dan pada hari pertama bulan Syawal seluruh umat Islam merayakan Idul Fitri dengan menikmati makanan dan minuman atau berhenti dari berpuasa.


Allah Subhanahuwata'ala yang telah menjadikan hukum berhenti dari makan dan minum di siang bulan Ramadhan sebagai ibadah dan sebaliknya menjadikan makan dan minum sebagai ibadah pada hari raya. Adanya perbezaan hukum makan dan minum ini menjadi bukti dan pelajaran penting bagi umat Islam agar dalam hidup lebih-lebih lagi dalam urusan ibadah sepenuhnya berserah diri dan patuh kepada tuntunan syariat Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam .


Kerana itulah diantara salah satu indikator ibadah puasa yang baik adalah dengan menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan sahur. Salah satu hikmah dari ketentuan ini ialah untuk semakin mengukuhkan erti kepatuhan kepada perintah Allah Subhanahuwata'ala dan Rasul-Nya. 


Ketika fajar telah terbit, maks ketika itu pula anda berhenti dari makan dan minum, walaupun anda masih berselera untuk makan atau minum. Sebaliknya, ketika matahari terbenam, saat itu pula anda berhenti puasa, walau anda masih kuat dan mungkin merasa lebih mantap atau hebat bila meneruskan puasa hingga malam. 


Sebagaimana Sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam,


اَ يَزَالُ الدِّيْنُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ لَأَنَّ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُوْنَ


Majsudnya: “Agama ini akan terus-menerus menang (zahir) selama mana manusia menyegerakan berbuka puasa, kerana Yahudi dan Nasrani mengakhirkannya.” Riwayat Abu Daud (2353), An-Nasa-i dalam Al-Kubra, Ahmad, Ibnu Hibban dalam Al-Ihsan, Hakim, Al-Baihaqi dan Ibnu ‘Abdil Bar dalam At-Tamhid.


Ibadah puasa Ramadhan menumbuhkan kesedaran untuk patuh sepenuhnya dengan syariat Allah dalam segala aspek kehidupan kita. Hanya dengan cara inilah nilai-nilai takwa yang sejati dapat terwujud dalam diri kita. Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Maksudnya:"Sesungguhnya jawapan oran-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami patuh". Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung". An-Nur ayat 51.


3. Berpuasa hanya kerana Allah Subhanahuwata'ala.


Ibadah puasa dengan menahan lapar dan dahaga semakin membuktikan betapa besarnya kurniaan Allah Subhanahuwata'ala  kepada umat manusia yang telah memberikan rezki makanan dan minuman. Nikmat Allah Subhanahuwata'ala yang berupa makanan dan minuman semakin terasa nikmat di bulan Ramadhan, sehinggakan peniagaan makanan di bulan Ramadhan pun sangat laris.


Namun senikmat apapun makanan yang anda miliki dan sesegar apapun minuman yang ada di hadapan anda, semuanya anda tinggalkan sejak terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari.


Anda melakukan itu semua bukan kerana sedang sakit, atau tidak mampu membelinya atau telah bosan menikmatinya. Semua itu anda lakukan hanya keran mengharapkan pahala dari Allah Subhanahuwata'ala . Inilah satu-satunya semangat dan motivasi anda dalam menjalankan ibadah puasa. 

Hal ini adalah merujuk kepada sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam yang berikut:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  ” كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : ” إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ، وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ” .


Maksudnya:"Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Akulah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi".  (Riwayat Muslim,1952)


Demikianlah semestinya sikap kita  selama hidup di dunia. Semua aktiviti kita, baik ucapan atau perbuatan ditujukan hanya untuk Allah Subhanahuwata'ala,


قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٦٢﴾ لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ


Katakanlah: “Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. Al-An’am ayat 162-163.


Anda menyedari bahawa segala bentuk keuntungan dunia hanyalah sementara dan sesaat lagi pastilah anda akan tinggalkannya. Sebagaimana anda juga beriman bahawa segala munafaat dan mudharat adalah kepunyaan Allah Subhanahuwata'ala . Kesedaran ini menjadikan anda fana dihadapan Allah Subhanahuwata'ala.


تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا ﴿١﴾ الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا


Maksudnya:"Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan (al-Qur`ân) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam, yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan (Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya..”. Al-Furqan ayat 1-2.


Pada saat yang sama, Anda juga beriman sepenuhnya bahawa keberadaan anda di dunia ini untuk mengabdikan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala . Hanya dengan pengabdian kepada Allah Subhanahuwata'ala inilah hidup anda menjadi bererti. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴿٥٦﴾مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ


Maksudnya:"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan". Adz-Dzariyat ayat 56-57.


Andai ketiga-tiga perkara di atas benar-benar anda aplikasikan dalam hidup anda, إن شاء الله anda akan menjadi orang yang bertakwa kepada Allah Subhanahuwata'ala. Semoga Allah Subhanahuwata'ala menetapkan keadaan kita, dan memberikan kesempatan kepada kita untuk menikmati indahnya puasa bulan Ramadhan di masa-masa yang akan datang, ٱمين



Friday, May 19, 2023

Berhala Pertama di Atas Muka Bumi

Berhala Pertama di Atas Muka Bumi

Perkataan berhala yang disebut di dalam al-Quran merujuk kepada patung yang disembah. Tetapi di dalam kamus-kamus Bahasa Arab tidak mengkhususkan kepada patung semata-mata. Boleh jadi ia hanya sekadar gambar. Patung pula tidak dikhususkan kepada material batu semata-mata. Boleh jadi kayu, emas dan sebagainya. Namun, ada juga ahli Bahasa Arab yang membezakan antara patung, dan berhala". Lihat Lisanul Arab oleh Ibn Manzur.


Di dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua menyatakan maksud berhala ialah patung-patung dewa yang dipuja oleh beberapa golongan bukan Islam. Ia juga boleh bermaksud kuil, iaitu rumah khas tempat memuja patung-patung dewa. Walau bagaimanapun kita harus faham kata kunci dalam istilah berhala ini ialah sesuatu yang dipuja dan disembah


Dari sudut Bahasa Inggeris, Berhala adalah patung atau sebarang objek yang mewakili dewa-dewi di mana dalam penyembahan atau pemujaan keugamaan ditujukan atau sebarang orang atau benda yang dihormati, disayangi, atau ditaati secara membuta tuli (“blind admiration, adoration, or devotion“). Secara mudahnya dalam Bahasa Inggeris ia diterjemahkan sebagai idol. 

http://dictionary.reference.com/browse/idol


Contohnya perkataan “penyembahan berhala” diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris sebagai “idolatry“, merujuk kepada menyembah dan memuja. Penyembahan dan pemujaan terhadap sesuatu objek, menyebabkan objek tersebut dikenali sebagai idol. Idol atau Berhala itu tidaklah salah kerana ia hanyalah seketul batu atau kayu. Tetapi yang salahnya ialah perbuatan menyembah dan memuja selain Allah itu yang diharamkan.


Di dalam al-Quran banyak menceritakan bahawa golongan terdahulu menyembah berhala.


Berhala yang dimaksudkan disini adalah patung atau benda yang dikeramatkan, disucikan dan disembah. Kata berhala bermakna patung dewa atau sesuatu yang didewakan yang disembah dan dipuja. Berhala juga memiliki erti makhuk atau benda seperti matahari, bulan, pohon, haiwan, malaikat, manusia yang hidup mahupun yang mati yang di sembah selain Allah Subhanahuwata’ala.


Berhala merupakan sumber dosa yang paling besar dan terburuk, ianya membawa kepada kesyirikan. Bahkan, berhala pertama di bumi yang dijadikan sembahan bukanlah benda langit, alam, atau haiwan, melainkan penyembahan terhadap orang-orang soleh yang telah dibentukan sebagai patung setelah kematian mereka, yakni lima pemuka agama dari umat Nabi Nuh ‘alaihissalam bernama Wadd, Suwa, Yaghuts, Ya’uq, dan Nasr. Hal ini sebagaimana firman Allah Subhanahuwata’ala,


وَقَالُوْا لَا تَذَرُنَّ اٰلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَّلَا سُوَاعًا ەۙ وَّلَا يَغُوْثَ وَيَعُوْقَ وَنَسْرًاۚ


Maksudnya:"Dan mereka (Kaum Nabi Nuh) berkata, 'Jangan kamu sekali-kali meninggalkan sesembahan-sesembahan kamu ,dan (terutama) janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) Wadd Suwa, Yaghuts, Ya’quq, mahupun Nasr!". Nuh ayat 23.


Ibnu Katsir berkata bahwa ini adalah nama-nama berhala-berhala orang musyrik. Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 7: 389.


Firman Allah Subhanahuwata’ala,


وَقَدْ أَضَلُّوا كَثِيرًا ۖ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا ضَلَالًا


Maksudnya:"Dan sesudahnya mereka menyesatkan kebanyakan (manusia); dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kesesatan". Nuh ayat 24.


Kepada orang-orang lemah itu mereka mengatakan, 'Jangan kamu tinggalkan menyembah tuhan- tuhan kamu. Dan jangan tinggalkan Wadd, Suwa', Yaghûts, Ya'ûq dan Nasr'." Sembahan itu adalah patung- patung yang dipahat dalam bentuk binatang yang bermacam-macam. Orang-orang yang diikuti itu sungguh telah menyesatkan banyak orang. Kekafiran dan kekukuhan orang-orang yang zalim itu hanya menambah mereka jauh dari kebenaran.

Rujuk:Qishash al-Anbiya' 'Ibrtatun li-Uli al-Albab Abu al-Fida 'Ismail bin Kathir al-Quraishy(Ibn Kathir)

Ibnu Katsir dalam kitabnya yang berjudul Qashash al-Anbiyya mencatatkan bahawa, berhala yang pertama kali dibuat adalah Wadd, Suwa’, Yaghuts, Ya`uq dan Nasr, kesemuanya adalah para ulama soleh yang hidup pada masa antara Adam dan Nuh. Mereka semua adalah anak keturunan dari Adam, Wadd anak tertua dan paling berbakti kepada Adam.


Dinaqal dari Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Uwah bin az-Zubayr, bahawa ia berkata: "Wadd, Suwa’, Yaghuts, Ya`uq dan Nasr adalah anak-anak Adam. Sedangkan Wadd adalah yang paling tua dan yang paling berbakti kepada Adam." Qashash al-Anbiyya, karya Ibnu Katsir.

Selepas ulama soleh itu wafat, syaitan membisikkan kepada kaumnya agar mereka membuat patung orang soleh tersebut dan memberikan nama-nama patung-patung mengikut nama-nama orang soleh tersebut.

Mereka patuh pada bisikan syaitan itu, pada mulanya generasi awalnya membuat patung-patung tersebut tidak untuk disembah, namun setelah mereka meninggal dunia, maka generasi berikutnya menyembah patung-patung itu.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


أَيُشْرِكُونَ مَا لَا يَخْلُقُ شَيْئًا وَهُمْ يُخْلَقُونَ


Maksudnya:"Apakah mereka mempersekutukan (Allah dengan) berhada-berhala yang tak dapat menciptakan sesuatupun? Sedangkan berhala-berhala itu sendiri buatan orang". Al-Araf ayat 191


Kesyirikan pertama diatas muka bumi adalah bermula dari patung orang soleh. Sebagaimana juga dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu‘alahiwasallam,


حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا هِشَامٌ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ وَقَالَ عَطَاءٌ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا صَارَتْ الْأَوْثَانُ الَّتِي كَانَتْ فِي قَوْمِ نُوحٍ فِي الْعَرَبِ بَعْدُ أَمَّا وَدٌّ كَانَتْ لِكَلْبٍ بِدَوْمَةِ الْجَنْدَلِ وَأَمَّا سُوَاعٌ كَانَتْ لِهُذَيْلٍ وَأَمَّا يَغُوثُ فَكَانَتْ لِمُرَادٍ ثُمَّ لِبَنِي غُطَيْفٍ بِالْجَوْفِ عِنْدَ سَبَإٍ وَأَمَّا يَعُوقُ فَكَانَتْ لِهَمْدَانَ وَأَمَّا نَسْرٌ فَكَانَتْ لِحِمْيَرَ لِآلِ ذِي الْكَلَاعِ أَسْمَاءُ رِجَالٍ صَالِحِينَ مِنْ قَوْمِ نُوحٍ فَلَمَّا هَلَكُوا أَوْحَى الشَّيْطَانُ إِلَى قَوْمِهِمْ أَنْ انْصِبُوا إِلَى مَجَالِسِهِمْ الَّتِي كَانُوا يَجْلِسُونَ أَنْصَابًا وَسَمُّوهَا بِأَسْمَائِهِمْ فَفَعَلُوا فَلَمْ تُعْبَدْ حَتَّى إِذَا هَلَكَ أُولَئِكَ وَتَنَسَّخَ الْعِلْمُ عُبِدَتْ


Maksudnya:"Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa Telah mengabarkan kepada kami Hasyim dari Ibnu Juraij dan Atha` berkata; dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma bahawanya; Berhala-berhala yang dahulu di agungkan oleh kaum Nabi Nuh, di kemudian hari tersebar di bangsa 'Arab. Wadd menjadi berhala untuk kamu Kalb di Daumah Al Jandal. Suwa' untuk Bani Hudzail. Yaquts untuk Murad dan Bani Ghuthaif di Jauf tepatnya di Saba`. Adapun Ya'uq adalah untuk Bani Hamdan. Sedangkan Nashr untuk Himyar keluarga Dzul Kala'. Itulah nama-nama orang soleh dari kaum Nabi Nuh. Ketika mereka wafat, syaitan membisikkan kepada kaum mereka untuk mendirikan berhala pada majlis mereka dan menamakannya dengan nama-nama mereka. Maka mereka pun melakukan hal itu, dan saat itu berhala-berhala itu belum disembah hingga mereka wafat, sesudah itu, setelah ilmu tiada, maka berhala-berhala itu pun disembah". Riwayat  Bukhari (4539).


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ لَمَّا اشْتَكَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَتْ بَعْضُ نِسَائِهِ كَنِيسَةً رَأَيْنَهَا بِأَرْضِ الْحَبَشَةِ يُقَالُ لَهَا مَارِيَةُ وَكَانَتْ أُمُّ سَلَمَةَ وَأُمُّ حَبِيبَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَتَتَا أَرْضَ الْحَبَشَةِ فَذَكَرَتَا مِنْ حُسْنِهَا وَتَصَاوِيرَ فِيهَا فَرَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ أُولَئِكِ إِذَا مَاتَ مِنْهُمْ الرَّجُلُ الصَّالِحُ بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا ثُمَّ صَوَّرُوا فِيهِ تِلْكَ الصُّورَةَ أُولَئِكِ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ

Maksudnya:"Dari 'Aisyah radliallahu 'anhu berkata; Ketika Nabi Sallallahu'alaihiwasallam sedang berbaring sakit sebagian isteri-isteri Beliau menceritakan tentang suatu gereja yang mereka lihat di negeri Habasyah (Etithapia) yang disebut dengan Mariyah. Sebelumnya Ummu Salamah dan Ummu Habibah radliallahu 'anhuma pernah berhijrah ke negeri Habasyah, sehingga keduanya dapat menceritakan tentang keindahan gereja tersebut dan adanya gambar (patung-patung) di dalamnya. Maka Beliau Sallallahu'alaihiwasallam mengangkat kepalanya lalu bersabda: "Mereka itulah, yang apabila ada hamba soleh atau laki-laki soleh diantara mereka yang meninggal dunia, mereka bangun masjid di atas kuburannya itu dan membuatkan patung dari orang yang meninggal itu di dalamnya. Mereka itulah seburuk-buruk makhluk disisi Allah". Riwayat Bukhari(1255)


Kesinambungan dari kesesatan menyembah patung-patung orang soleh ini disambung pula oleh orang Arab, sebagaimana dinyatakan oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam surah an-Najm,


لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَىٰ


Maksudnya:"Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar". An-Najm ayat 18


أَفَرَأَيْتُمُ اللَّاتَ وَالْعُزَّىٰ


Maksudnya:"Maka apakah patut kamu (hai orang-orang musyrik) menganggap al Lata dan al Uzza". An-Najm:19


وَمَنَاةَ الثَّالِثَةَ الْأُخْرَىٰ


Maksudnya:"Dan Manah yang ketiga, yang paling terkemudian (sebagai anak perempuan Allah)".An-Najm ayat 20


أَلَكُمُ الذَّكَرُ وَلَهُ الْأُنْثَىٰ


Maksudnya:"Apakah (patut) untuk kamu (anak) laki-laki dan untuk Allah (anak) perempuan?". An-Najm ayat 21


تِلْكَ إِذًا قِسْمَةٌ ضِيزَىٰ


Maksudnya:"Yang demikian itu tentulah suatu pembagian yang tidak adil". An-Najm ayat 22


إِنْ هِيَ إِلَّا أَسْمَاءٌ سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَمَا تَهْوَى الْأَنْفُسُ ۖ وَلَقَدْ جَاءَهُمْ مِنْ رَبِّهِمُ الْهُدَىٰ


Maksudnya:"Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapa-bapk kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah)nya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka". An-Najm ayat23


Dalil dari hadith berkenaan al-Latta dan al-Uzza,


حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَشْهَبِ حَدَّثَنَا أَبُو الْجَوْزَاءِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فِي قَوْلِهِ { اللَّاتَ وَالْعُزَّى } كَانَ اللَّاتُ رَجُلًا يَلُتُّ سَوِيقَ الْحَاجِّ


Maksudnya:"Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim Telah menceritakan kepada kami Abul Asyhab Telah menceritakan kepada kami Abu Al Jauza dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma mengenai firman Allah: al Laata dan al Uzza, (An Najm: 19). 'Al Laata adalah seorang laki-laki yang biasa membuat adunan roti untuk makanan orang-orang yang haji". Al-Bukhari(4481).


Al- Latta adalah adalah gelaran seorang soleh yang membuatkan roti kepada jama’ah haji dengan percuma. Setelah ia meninggal, pengikut-pengikutnya mengenangnya dan mendatangi kuburannya, lalu beribadah di sana. Lama-kelamaan ia diagungkan dan menjadi berhala yang disembah selain Allah.


Ketika peristiwa Fathu Makkah (pembebasan kota Makkah), perkara  pertama yang dilakukan oleh  Nabi Sallallahu‘alahiwasallam adalah menhancurkan berhala agar tidak lagi dijadikan  sebagai sembahan. Dengan adanya Fathu Makkah ini, Allah telah menyelamatkan kota Makkah dari belenggu kesyirikan dan menjadikannya kota yang mulia dengan tauhid dan suci dari segala bentuk peribadatan selain Allah.


Saat Nabi Sallallahu‘alahiwasallam memasuki kota Makkah, beliau tetap rendah hati dengan menundukkan kepala tanpa ada keangkuhan sambil membaca firman Allah,


إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا


Maksudnya:"Sesungguhnya kami memberikan kepadamu kemenangan yang nyata". Al-Fath ayat 1.


Beliau kemudian mengumumkan kepada penduduk Makkah, “Siapa yang masuk masjid, maka dia aman. Siapa yang masuk rumah Abu Sufyan, maka dia aman. Siapa yang masuk rumahnya dan menutup pintunya, maka dia aman.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ مَنْ أَغْلَقَ بَابَهُ فَهُوَ آمِنٌ وَمَنْ دَخَلَ دَارَ أَبِي سُفْيَانَ فَهُوَ آمِنٌ


Dari Abu Hurairah berkata; bahswa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda pada hari penaklukan makkah: "Barangsiapa menutup pintunya maka dia aman, dan barangsiapa masuk rumah Abu Sufyan maka dia aman". Riwayat Ahmad (7581)


Beliau terus berjalan hingga sampai di Masjidil Haram. Beliau tawaf dengan menunggang unta sambil membawa busur yang beliau gunakan untuk menggulingkan berhala-berhala di sekeliling Ka’bah yang beliau lalui dan membaca firman Allah Subhanahuwata’ala,


جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا


Maksudnya:"Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap".  Al-Isra’ ayat 81.


Demikian buruknya kesan keberadaan patung kepada aqidah umat Islam sehingga Nabi Sallallahua‘alahiwasallam melarang umatnya daripada menyimpan dan mengukir atau membuat patung atau lukisan makhluk bernyawa di rumah mereka. Hal ini tidak lain adalah sebagai bentuk preventif (pencegahan) dari Nabi Sallallahua‘alahiwasallam agar patung dan lukisan tersebut tidak untuk diagungkan, bahkan disembah. Rasulullah Sallallahua‘alahiwasallam bersabda,


عَنْ أَبِي هَيَّاجٍ الْأَسَدِيِّ قَالَ بَعَثَنِي عَلِيٌّ قَالَ لِي أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لَا أَدَعَ قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتُهُ وَلَا تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتُهُ


Maksudnya:"Dari Abu Hayyaj Al Asadi, ia berkata; Ali telah mengutusku, ia berkata; aku mengutusmu sebagaimana Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam telah mengutusku, agar aku tidak meninggalkan kuburan yang ditinggikan kecuali aku meratakannya, dan tidak meninggalkan berhala kecuali aku hancurkan". Abu Daud(2801)


 عَنْ أَبِي الْهَيَّاجِ قَالَ قَالَ عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَلَا أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدَعَنَّ قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ وَلَا صُورَةً فِي بَيْتٍ إِلَّا طَمَسْتَهَا


Maksudnya:"Dari Abul Hayyaj dia berkata; 'Ali radliallahu 'anhu berkata; "Mahukah kamu aku utus untuk melakukan sesuatu sebagaimana Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mengutusku untuk melakukannya?! Janganlah engkau membiarkan kuburan yang tinggi kecuali engkau meratakannya dan tidak pula sebuah gambar(gambar makhluk bernyawa) di dalam rumah kecuali engkau musnahkan". Riwayat Al-Nasai (2004)


عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ سَمِعْتُ أَبَا طَلْحَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ


Maksudnya:"Dari 'Ubaidullah bin 'Abdullah dia mendengar Ibnu 'Abbas RAa berkata, aku mendengar Abu Thalhah berkata, aku mendengar Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan (atau) gambar patung". Riwayat Bukhari(2986)


Malaikat pembawa rahmat, berkah, dan pengampunan tidak akan masuk ke rumah yang terdapat anjing dan patung atau lukisan makhluk hidup.


Lukisan yang bukan makhluk bernyawa, seperti lautan, pergunungan, awan dan lainnya dari benda-benda mati, tidaklah termasuk yang dilarang dalam hadith tersebut.


Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata,


سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّ مُصَوِّرٍ فِي النَّارِ يَجْعَلُ لَهُ بِكُلِّ صُورَةٍ صَوَّرَهَا نَفْسًا فَتُعَذِّبُهُ فِي جَهَنَّمَ و قَالَ إِنْ كُنْتَ لَا بُدَّ فَاعِلًا فَاصْنَعْ الشَّجَرَ وَمَا لَا نَفْسَ لَهُ فَأَقَرَّ بِهِ نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ


Maksudnya:"Ibnu Abbas berkata; 'Aku akan menceritakan kepadamu apa yang pernah aku dengar dari Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, bahwasanya beliau telah bersabda: 'Setiap orang yang suka menggambar itu akan masuk neraka. Allah akan menjadikan baginya, dengan setiap gambar yang dibuat, sosok yang akan menyiksanya di neraka Jahanam kelak.' Ibnu Abbas berkata; 'Jika kamu memang harus tetap melakukannya juga, maka buatlah gambar pepohonan atau benda lain yang tak bernyawa.' Kemudian Nasr bin Ali menetapkannya". Riwayat Muslim(3945)


Kebimbangan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam terhadap aqidah umatnya agar tidak mengikut jejak langkah kesesatan umat-umat dahulu terserlah dalam hadith-hadith berikut,


حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ سَمِعْتُ الزُّهْرِيَّ يَقُولُ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ سَمِعَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ عَلَى الْمِنْبَرِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ


Maksudnya:"Telah bercerita kepada kami Al Humaidiy telah bercerita kepada kami Sufyan berkata, aku mendengar Az Zuhriy berkata, telah mengabarkan kepadaku 'Ubaidullah bin 'Abdullah dari Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhua bahwa dia mendengar 'Umar radliallahu 'anhum berkata di atas mimbar, "Aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kalian melampaui batas dalam memujiku (mensucikan) sebagaimana orang Nashrani mensucikan 'Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya, maka itu katakanlah 'abdullahu wa rasuuluh (hamba Allah dan utusan-Nya"). Riwayat Bukhari (3189).


Dalil Hadith,


حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ حَمْزَةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ لَا تَجْعَلْ قَبْرِي وَثَنًا لَعَنَ اللَّهُ قَوْمًا اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ


Maksudnya:"Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Hamzah Ibnul Mughirah dari Suhail Ibnu Abi Shalih dari bapaknya dari Abu Hurairah dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam, beliau bersabda: "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala, Allah melaknat suatu kaum yang menjadikan kuburan para Nabi mereka sebagai masjid". Riwayat Ahmad(7054). Sahih.



Muhasabah Diri

Muhasabah Diri Muhasabah diri (daripada perkataan Arab; محاسبة) ialah amalan menilai, menghisab, dan memeriksa kembali diri sendiri, termasu...