Sunday, May 17, 2020

Zakat fitrah dan sejarah pensyariatannya

Zakat fitrah dan sejarah pensyariatannya

Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari raya Fitrah (aidil-Fitr). Dinamakan juga dengan زكاة الابدان و زكاة الرأس (zakat badan dan kepala) kerana ia diwajibkan ke atas setiap batang tubuh orang Islam tanpa kecuali sama ada kecil atau besar, tua atau muda, lelaki atau wanita, miskin atau kaya, merdeka atau hamba.

Zakat fitrah difardhukan pada tahun ke dua hijrah ketika difardhukan puasa Ramadhan. 

Jumhur fuqaha’ berpendapat bahawa wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi setiap orang Islam yang hidup di dalam bulan Ramadhan ini seperti hadith yang diriwayatkan oleh ibnu Umar RA, sabda Nabi Sallahualaihiwasallam:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى مِنَ الْمُسْلِمِينَ ‏.‏

Maksudnya: sesungguhnya Rasulullah Sallahualaihiwasallam telah mewajibkan zakat fitrah pada buan Ramadhan ke atas setiap manusia sebanyak satu gantang dari tamar dan gantang gandum (makanan asasi) bagi setiap yang merdeka atau hamba lelaki mahupun perempuan. Riwayat Imam Muslim, (984)

Juga hadith yang berikut:

 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ. (رواه أبو داود

Dari Ibn Abbas r.a., katanya: "Rasulullah Sallahualaihiwasallam telah menentukan wajibnya zakat fitrah,  untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin,  oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang maqbul dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah-sedekah sunat yang lain. "Riwayat Abu Daud(1609)

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Maksudnya:"Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'. Al-Baqarah Ayat 43

Bilakah waktu wajib mengeluarkan zakat fitrah?

Dalam sebuah hadis, Ibnu Umar r.a. menceritakan;

أَنَّ النَّبـِيَّ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بـِزَكَاةِ الْفِطْرِ، قَبْلَ خُرُوْجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ

Maksudnya:“Rasulullah Sallahualaihiwasallam menyuruh supaya dikeluarkan zakat fitrah sebelum orang ramai keluar untuk menunaikan solat (hari raya)”. Riwayat Imam Bukhari.

Zakat Fitrah telah ditetapkan kadarnya, wajib dikeluarkan ketika matahari terbenam pada hari terakhir bulan Ramadhan, dengan syarat-syarat yang ditetapkan, bagi setiap mukallaf dan orang yang dibawah tanggungan nafkahnya. (Lihat: al-Muktamad fi alfiqh al-Syafi’e, 95)

Para ulama Syafi’iyah telah memberikan ketentuan bahawa seseorang itu wajib membayar zakat fitrah apabila ia menemui dua waktu wajibnya zakat fitrah:

1- Hari terakhir dari bulan Ramadhan atau sebelum terbenamnya matahari di akhir Ramadhan dan
2- Awal bulan Syawal, yakni setelah terbenamnya matahari lepas akhir Ramadhan. 

Dua waktu itu harus dijumpai. Bila salah satu dari dua waktu itu tidak sempat ditemui, maka gugurlah kewajiban membayar zakat fitrah bagi seseorang itu. 
Hal ini seperti yang dijelaskan :

 الثاني: أن يدرك وقت وجوبها الذي هو آخر جزء من رمضان وأوّل جزء من شوال، فتخرج عمن مات بعد الغروب وعمن ولد قبله ولو بلحظة دون من مات قبله ودون من ولد بعده 

Maksudnya: “Syarat kedua, menemukan waktu wajibnya zakat fitrah, yakni akhir bahagian dari Ramadhan dan awal bahagian dari Syawal. Maka wajib dikeluarkan zakat atas orang yang meninggal setelah terbenamnya matahari (di hari akhir Ramadhan) dan atas bayi yang lahir sebelum terbenamnya matahari, meskipun dengan jarak yang sebentar. Tidak dikeluarkan zakat bagi orang yang mati sebelum terbenamnya matahari (di hari akhir Ramadhan) dan bayi yang lahir setelah terbenamnya matahari” (Rujuk:Syekh Muhammad Nawawi al-Bantani, Nihayah az-Zain, hal. 174)

Maka bagi orang yang tidak menemui salah satu dari dua masa tersebut;
Contoh:
Seperti orang yang meninggal di bulan Ramadhan, atau bayi yang lahir pada malam takbir (malam Idul Fitri) maka tidak wajib bagi mereka zakat fitrah. 

Penjelasan yang sama juga terdapat dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala al-Madzhab al-Imam as-Syafi’i berikut:

 الثاني- غروب شمس آخر يوم من رمضان: فمن مات بعد غروب ذلك اليوم، وجبت زكاة الفطر عنه، سواء مات بعد أن تمكن من إخراجها، أم مات قبله، بخلاف من ولد بعده. ومن مات قبل غروب شمسه لم تجب في حقه، بخلاف من ولد قبله 

Maksudnya:“Syarat kedua adalah terbenamnya matahari di akhir hari dari Ramadhan. Maka orang yang meninggal setelah terbenamnya matahari pada hari tersebut, maka wajib zakat fitrah atas dirinya. Baik ia meninggal setelah mampu untuk mengeluarkan zakat atau sebelum mampu. Berzeda hukumnya bagi bayi yang lahir setelah terbenamnya matahari. Sedangkan orang yang meninggal sebelum terbenamnya matahari (di hari akhir Ramadhan) maka tidak wajib zakat bagi dirinya, berzeda hukumnya bagi bayi yang lahir sebelum terbenamnya matahari” ” 
(Rujuk: Dr. Musthafa Said al-Khin dan Dr.  Musthafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji ‘ala al-Madzhab al-Imam as-Syafi’i, juz 1, hal. 150)

Justeru itu, jika seseorang itu mempercepat (ta’jil) pembayaran zakat di awal Ramadhan, kemudian ketika pertengahan Ramadhan ia meninggal, maka harta yang dikeluarkan atas nama zakat tersebut hakikatnya bukanlah zakat, tapi adalah sedekah, sebab ia tidak membayar zakat pada salah satu dari masa yang diwajibkan untuk membayar zakat, (yakni diawal Syawal- Maksud awal syawal adalah terbenam matahari/maghrib hari terakhir Ramadhan). 
Penjelasan ini seperti dijelaskan dalam kitab al-Muhtaj ala Syarh al-Minhaj:

 فلو مات المالك أو تلف المال أو بيع لم يقع المعجل زكاة 

Maksudnya:“Jika orang yang memiliki harta meninggal atau harta yang dizakati rosak atau hartanya dijual (dalam kes zakat harta), maka benda yang dipercepat atas nama zakat tidak berstatus sebagai zakat” (Rujuk:Syekh Rajab Nawawi, Dalil al-Muhtaj ala Syarh al-Minhaj, Juz 1, Hal. 290) 

Maka dengan demikian dapat disimpulkan bahawa orang yang meninggal di dalam bulan Ramadhan, tidak wajib baginya membayar zakat. Namun jika dia telah menunaikannya semasa masih hidup, maka ia tetap mendapat pahala dari pemberiannya itu, tapi dalam status sedekah, bukan zakat fitrah. Ini kerana kewajipan untuk mengeluarkan zakat adalah ketika matahari terbenam pada hari terakhir bulan Ramadhan,

Waktu harus membayar zakat fitrah

Waktu wajib mengeluarkan zakat fitrah telsh dinyatakan pada perbincangan di atas dan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. menceritakan;

أَنَّ النَّبـِيَّ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بـِزَكَاةِ الْفِطْرِ، قَبْلَ خُرُوْجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ
“Rasulullah Sallahualaihiwasallam menyuruh supaya dikeluarkan zakat fitrah sebelum orang ramai keluar untuk menunaikan solat (hari raya)”. Riwayat Imam Bukhari.

Namun begitu Zakat fitrah harus dibayar lebih awal dari masa tersebut, ini berdasarkan kepada amalan para sahabat,dalam sebuah riwayat diterangkan bahawa:

وَكَانُوا يُعْطُونَ قَبْلَ الْفِطْرِ بِيَوْمٍ أَوْ يَوْمَيْنِ.

Maksudnya:"(Para sahabat) biasa membayar zakat fitrah sehari atau dua hari sebelum Aidil Fitri". Riwayat Bukhari (1511) (Kitab al-Zakat, Bab sedekah fitrah diwajibkan atas orang merdeka dan hamba)

Dalam hal ini terdapat Perbezaan Pendapat dari kalangan Fuqaha’:

i-Menurut mazhab Hanafi; ia boleh dibayar mulai awal tahun berkenaan lagi. 
ii-senentara mazhab Malik; pembayaran sah dilakukan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum hari raya. 
iii-Dalam mazhab Syafiie; zakat fitrah boleh dibayar seawal bermula bulan Ramadhan lagi.
iv-Sebahagian ulama’ mazhab Ahmad berpandangan; harus pembayaran dibuat setengah bulan (15 hari) sebelum hari-raya. 
(Rujuk: Pengurusan Zakat, Mahmood Zuhdi, hlm. 401)

Waktu paling afdhal mengeluarkan zakat fitrah ialah pada pagi hari raya sebelum ditunaikan solat hari hara. 
Dalam sebuah hadis, Ibnu Umar r.a. menceritakan;

أَنَّ النَّبـِيَّ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بـِزَكَاةِ الْفِطْرِ، قَبْلَ خُرُوْجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ
“Rasulullah Sallahualaihiwasallam menyuruh supaya dikeluarkan zakat fitrah sebelum orang ramai keluar untuk menunaikan solat (hari raya)”. Riwayat Imam Bukhari.

Adapun melewatkan pembayaran zakat fitrah hingga selepas solat hari raya, hukumnya adalah makruh. Hukum ini berterusan hingga terbenamnya matahari. Jika dilewatkan lagi hingga selepas terbenam matahari, maka hukumnya adalah haram dan berdosa. Dalam satu hadis yang disampaikan oleh Ibnu ‘Abbas r.a. ada dinyatakan;

فَمَنْ أَدَّاها قبلَ الصَّلاة فهيَ زكاةٌ مَقْبُولةٌ، ومَنْ أَدَّاها بَعْد الصَّلاة فَهي صَدقةٌ مَن الصَّدقات
“…Maka sesiapa menunaikannya sebelum solat hari raya, ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat, ia adalah sedekah biasa”. (Riwayat Ibnu Majah)

Keatas siapakah diwajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah?

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah. Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-kuwaitiyah, 23/339).

Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah RA sabda Nabi Sallahu'alaihiwasallam:

خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ

Maksudnya: Sebaik-baik sedekah adalah selepas mencukupi keperluan, dan mulailah daripada orang-orang yang berada dibawah tanggunganmu
Riwayat Imam Bukhari (1426)

Juga hadith berikut,

أَنَّ النَبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَلَى الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى مِمَّنْ تَمُونُونَ

Maksudnya:"Sesungguhnya Nabi Sallahu'alaihiwasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, dari orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya". Riwayat al-Daraquthni dalam Sunannya, hadis no: 2052 (Kitab Zakat al-Fitri)

Justeru itu zakat fitrah wajib dikeluarkan oleh mereka yang diwajibkan nafkah ke atasnya sama ada disebabkan pernikahan seperti isteri dan anak-anak, atau kaum kerabat seperti ibu, ayah dan saudara mara, atau disebabkan khidmat yang diberikan seperti hamba. Ini adalah berdasarkan kaedah:

كُلُّ مَن تَلْزَمُهُ نَفْقَةُ غَيْرِهِ تَلْزَمُهُ فِطْرَتُهُ

Maksudnya: “Setiap yang diwajibkan kepadanya untuk diberikan nafkah, diwajibkan kepadanya untuk membayar zakat fitrah bagi mereka” Rujuk Taqrirat al-Sadidah - Qism Ibadah (Hal. 419).

Berkenaan dengan hukum mengeluarkan zakat bagi isteri yang telah diceraikan, Imam an-Nawawi Rahimahullah telah menjelaskan perkara ini dengan berkata: “Wajib ke atas suami mengeluarkan zakat fitrah ke atas isteri yang diceraikannya dengan talak raj’ie dan talak ba’in, jika isteri tersebut sedang hamil seperti mana wajib ke atas suami tersebut memberi nafkah kepada mereka. Adapun isteri yang diceraikan dengan talak ba’in dan tidak hamil, maka tidak wajib ke atas suami untuk membayar zakat fitrah ke atasnya”. Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (6/117).

Berkenaan dengan isteri yang sedang nusyuz sehingga terbenamnya matahari pada malam hari raya Eidulfitri, maka hukumnya adalah tidak wajib ke atas suaminya untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada isteri tersebut kerana tidak wajib kepada suaminya untuk memberikan nafkah disaat isterinya sedang nusyuz kepadanya. Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (6/114), al-Hawi al-Kabir (4/386), al-Anwar li A’mal al-Abrar (1/206), al-Mu’tamad fi Fiqh asy-Syafi’e (2/97)

Apakah syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah?

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

1-Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.

2-Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan.

3-Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Zakat Fitrah(Jenis harta yang sah dikeluarkan zakat, kadar wajib)

Zakat fitrah wajib dikeluarkan daripada makanan asas penduduk setempat dalam suatu negeri atau negara. Pada zaman Nabi Sallallahu'alaihiwasallam makanan asas ialah kurma, anggur kering(kismis), gandum, keju dan barli. Justeru itu, zakat fitrah dikeluarkan berasaskan makanan-makanan tersebut sebagaimana diceritakan oleh Abu Sa'id sl-Khudri ra.,

عَنْ عِيَاضِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي سَرْحٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولُا
كُنَّا نُخْرِجُ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ أَقِطٍ أَوْ صَاعًا مِنْ زَبِيبٍ

Maksudnya:"Dari Iyadl bin Abdullah bin Sa'd bin Abu Sarh bahwa ia mendengar Abu Sa'id Al Khudri berkata; "Kami membayar zakat fithri berupa satu sha' gandum atau barli atau kurma atau satu sha' keju atau anggur kering". Riwayat Muslim(1640)

Bagi penduduk di negara seperti Malaysia ialah beras.

Berapakah kadar zakat fitrah yang wajib dikeluarkan?

Kadar yang wajib dikeluarkan ialah satu al-Sha'(الصَّاع ) atau satu gantang baghdad yang menyamai timbangan hari ini kira-kira 2750 gram atau 2.75 kg. Ini mengikut timbangan gandum. Adapun mengikut timbangan beras, satu gantang baghdad menyamai 2600 gram atau 2.6kg.

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh ibnu Umar RA, sabda Nabi Sallahualaihiwasallam:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى مِنَ الْمُسْلِمِينَ ‏.‏

Maksudnya: sesungguhnya Rasulullah Sallahual'aihiwasallam telah mewajibkan zakat fitrah pada buan Ramadhan ke atas setiap manusia sebanyak satu gantang dari tamar dan gantang gandum (makanan asasi) bagi setiap yang merdeka atau hamba lelaki mahupun perempuan. Riwayat Muslim, (984)

Seelok-eloknya tatkala mengeluarkan zakat fitrah itu hendaklah dilebihkan sedikit daripada kadar segantang yang diwajibkan itu kerana ada kemungkinan makanan yang kita keluarkan itu terdapat tanah, jerami atau seumpamanya di dalamnya yang boleh mengurangkan kadar yang patut dikeluarkan.

Mengeluarkan Zakat Fitrah dengan wang:

Mengikut mazhab al-Syafi'i , Malik dan Ahmad

Zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan asas setempat. Justeru itu tidak harus dikeluarkan dalam bentuk wang sekalipun yang seharga dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat itu.

2- Menurut mazhab Hanafi

Harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang yang senilai dengan harga satu gantang makanan asas jika itu lebih memberi munafaat kepada fakir atau miskin. Pandangan mazhab Hanafi ditarjihkan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh zakatnya.

Masalah ini juga dihuraikan dalam kitab "Al-Syarah" seperti berikut:

Berfitrah dengan wang:

(a) Membayar fitrah dengan wang adalah tidak sah mengikut mazhab Syafi'i jika diniatkan wang menjadi zakat fitrah seperti diniatkan: "Wang ini untuk fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku". Tetapi harus digantikan makanan dengan wang dan hendaklah diniatkan seperti berikut: "Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku, bagiku dan bagi (orang-orang) tanggunganku - pada tahun ini."

(b) Berfitrah dengan wang sebagai ganti beras (makanan) adalah harus dalam mazhab Syafi'i tetapi lebih afdhal dengan makanan. Di dalam mazhab Hanafi pula lebih afdhal dengan harga daripada makanan.

Dalam mazhab Syafi'i yang mengharuskan ialah:

(1) Kerana darurat.

(2) Kerana diperintahkan oleh raja(pemerintah)
Rujuk:kitab Al-Itharah
Menurut kitab Al-Itharah (hlm. 5), bahawa keterangan mazhab Syafi'i yang tersebut ada dinyatakan dalam kitab (Al-Majmu') Syarah al-Muhazzab (5:431) dan keterangan mengenai mazhab Hanafi yang mengatakan: Tiap-tiap benda yang harus disedekahkan maka haruslah dikeluarkan menjadi bayaran ganti zakat - ada disebutkan dalam kitab Al-Majmu' (5:429).

Dalam kitab Al-Itharah juga (hlm. 5) ada menyebutkan keterangan kitab Al-Majmu' (5:429) bahawa dalil pihak yang mengharuskan zakat fitrah dengan harganya ialah hadith yang disebutkan oleh Imam Bukhari, rahimahullah dengan tegas sebagai ulasan, bahawa Saiyidina Muaz r.a., semasa diutuskan oleh Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam ke negeri Yaman sebagai pemungut zakat, ia telah meminta mereka membayar zakat dengan kain keluaran negeri itu sebagai ganti gandum, (kerana cara yang demikian katanya, bukan sahaja memberi kemudahan kepada pembayar-pembayar zakat bahkan orang-orang miskin yang berhak menerima zakat di Madinah juga memerlukan pakaian).

(c) Pemerintah menghukumkan berfitrah dengan wang itu kerana beberapa sebab yang bertujuan baik, di antaranya:

(1) Asnaf yang lapan terutama fakir dan miskin lebih suka menerima wang daripada beras.

(2) Menyimpan wang lebih selamat, sedang beras selain daripada menyusahkan pihak pemerintah, pejabat agama dan memerlukan upah mengangkutnya - akan rosak jika disimpan lama." Rujuk: kitab Al-Itharah (Bab Zakat)

Apakah hukum menunaikan zakat fitrah keatas orang lain (ajnabi) yang bukan tanggungan?

Menurut Syeikh Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan tidak diharus bagi seseorang itu menunaikan zakat fitrah kepada orang lain (ajnabi) melainkan mendapat keizinannya. Serta tidak sah sekiranya ia menunaikannya tanpa mendapat keizinan. Ini kerana zakat fitrah itu ibadah dan tidak akan tertunai melainkan mendapat keizinan daripadanya. Namun sekiranya mendapat keizinan maka tertunailah zakat fitrahnya. (Lihat: al-Muktamad fi alfiqh al-Syafi’e, 2/102)


Saturday, May 16, 2020

Muflis pahala Ramadhan ( الْمُفْلِسُ )

Muflis pahala Ramadhan ( الْمُفْلِسُ )

Konsep muflis dalam tasawwur Islam terbahagi kepada dua bahagian iaitu muflis harta di dunia dan muflis pahala di Akhirat atau dengan kata lain, muflis di dunia dan muflis di Akhirat.

Dalam hal muflis akhirat adalah mereka dari  golongan manusia yang tidak berakhlak terhadap orang lain, lebih suka menjaga tepi kain orang seperti mengumpat, mengeji, memfitnah dan memburuk-burukan orang lain. Anehnya, di samping akhlaknya yang buruk itu, mereka dilihat pada zahirnya mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kewajipannya sebagai Muslim. Mereka menunaikan solat, puasa dan menunaikan ibadat haji secara konsisten, mungkin juga antara mereka adalah ahli agama yang dihormati masyarakat, tetapi memiliki sikap yang tidak jelas atau masih kabur.

Bagaimanapun, ianya bukanlah satu perkara pelik jika dikhabarkan terdapat golongan manusia yang kelak membawa pahala amal kebajikan selama mereka hidup di dunia, namun semuanya diberikan kepada orang lain. Lebih dahsyat lagi, dia terpaksa pula menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain. Golongan itu digelar oleh Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam sebagai golongan yang muflis di akhirat.

Nabi Sallahu'alaihiwasallam mengkategorikan orang ini sebagai muflis Akhirat atau muflis amal kebajikan kerana amal kebajikannya ternyata sia-sia dan tidak mendatangkan apa-apa faedah yang boleh dinikmatinya. Maksud muflis yang sebenarnya pada hari Kiamat ialah kerugian yang tidak dapat dicari ganti, iaitu kerugian iman dan keluarga.

Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam menyatakan, orang ini akan datang pada hari Kiamat membawa amal-amal kebajikan tetapi ditolak oleh Allah Subhanahuwata'ala disebabkan terpaksa membayar ganti rugi terhadap mangsa-mangsa kezalimannya semasa di dunia dahulu. Sebagaimana mafhum dari Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. Beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam bertanya:

أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ ؟ قَالُوا : الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لاَ دِرْهَمَ لَهُ وَلاَ مَتَاعَ ، فَقَالَ : إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ ، وَصِيَامٍ ، وَزَكَاةٍ ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا ، وَقَذَفَ هَذَا ، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا ، وَسَفَكَ دَمَ هَذَا ، وَضَرَبَ هَذَا ، فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ ، وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Maksudnya: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?" Para sahabat menjawab: "Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang sudah tidak lagi memiliki dirham dan harta benda." Baginda bersabda: "Orang yang muflis adalah orang yang datang pada hari Kiamat dengan membawa amalan solat, zakat dan puasa, Namun dia datang dalam keadaan dahulu pernah mencaci maki si fulan, menuduh dan memfitnah fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan memukul si fulan. Amal-amal kebaikannya dibahagi-bahagikan kepada orang-orang tersebut. Jika hak yang pernah dia langgar belum dapat dipenuhi semuanya, sedangkan amal-amal kebaikannya sudah habis, maka kesalahan-kesalahan mereka diambil lalu dipikulkan ke belakangnya. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka.”

Riwayat Muslim (2581), Ahmad (8829) dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (338)

Juga Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A,  bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda:

مَنْ كَانَتْ عِنْدَهُ مَظْلَمَةٌ مِنْ أَخِيهِ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ مَالِهِ فَلْيَتَحَلَّلْهُ الْيَوْمَ قَبْلَ أَنْ يُؤْخَذَ حِينَ لَا يَكُونُ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ ، وَإِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَجُعِلَتْ عَلَيْهِ

Maksudnya: Barangsiapa pernah melakukan kesalahan terhadap saudaranya, sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta dihalalkan kepadanya hari ini sebelum datang suatu hari yang sudah tidak ada lagi dinar dan dirham. Ketika itu, jika dia memiliki amalan soleh, amalan solehnya diambil darinya dan diserahkan kepada saudaranya sesuai dengan kadar pelanggaran yang pernah diperbuatnya. Namun, jika dia tidak memiliki amal-amal kebaikan, kesalahan-kesalahan saudaranya itu diambil, lalu dipikulkan kepadanya.

Riwayat al-Bukhari (2282), al-Tirmizi (2356), Ahmad (10357)
dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (10587)

Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili yang menyebut: Pengakhiran makhluk adalah kesemuanya akan kembali kepada Allah Subhanahiwata'ala untuk menjalani hisab, penyelesaian pelbagai persengketaan mereka, memberi hukuman adil buat mereka, baik orang-orang Mukmin mahupun orang-orang kafir. Maka orang kafir dan orang Mukmin, pelaku kezaliman dan korban kezaliman, kesemuanya di akhirat akan saling berbantah-bantahan. Dalam sebuah riwayat daripada Abdullah bin Abbas R.Anhuma, disebutkan: "Perbantahan pada hari Kiamat sehinggalah pada keadaan di mana ruh berbantah-bantahan dengan jasadnya."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Zubair bin Awwam, dia berkata: Ketika turunnya ayat 30 dan 31 Surah al-Zumar;

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ

Maksudnya:"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)". Ayat 30.

ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِنْدَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ

Maksudnya:"Kemudian sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan berbantah-bantah di hadapan Tuhanmu. Ayat 31

Zubair bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah perkara yang terjadi di antara kita di dunia akan diungkit kembali di samping dosa-dosa peribadi?” Baginda Sallahualaihiwasallam menjawab:

نَعَمْ لَيُكَرَّرَنَّ عَلَيْكُمْ حَتَّى يُؤَدَّى إِلَى كُلِّ ذِي حَقٍّ حَقُّهُ

Maksudnya: Ya, benar. Semuanya akan diungkit semula sehingga setiap orang memperoleh hak yang semestinya.
Riwayat al-Tirmizi (3236), Ahmad (1434) dan
al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (10638)

Justeru itu, yang pastinya dalam perjalanan ke Akhirat, sama ada ke syurga atau neraka, setiap orang dikehendaki menyelesaikan terlebih dahulu hak-hak kemanusiaan atau dosa-dosa yang berkaitan hak-hak manusia seperti hutang yang belum dibayar, mengumpat, mengeji, memfitnah dan menzalimi manusia dan belum mendapat kemaafan dari pihak yang dizalimi. Kesalahan-kesalahan ini akan dituntut dengan membayar ganti rugi kepada pihak yang dizalimi sebelum kedua-dua pihak bergerak merentasi sirat (titian) yang sangat mencabar.

Bayaran ganti rugi atau pampasan di sana bukan lagi dengan harta kekayaan dan pangkat kerana semuanya tidak mempunyai nilai di sisi Allah, tetapi akan dibayar dengan amal ibadat yang dinilai mengikut neraca Allah yang Maha Adil terhadap hamba-Nya. Jika pahala amal ibadatnya mencukupi bagi menyelesaikan segala kezalimannya, dia akan dibiar untuk merentas titian sirat dan jika diizin Allah, dia akan dapat merentas titian dengan selamatnya dan akan dimasukkan ke syurga. 

Bayaran ganti rugi adalah setakat kerugian yang ditanggung sahaja, manakala selebihnya kekal dalam akaun asal pemilik amal kebajikan itu. Itu pun jika pahala dari amal kebajikan masih berbaki selepas dibayar ganti rugi kepada pihak-pihak yang membuat tuntutan.

Namun, jika pampasannya gagal dibayar sama ada dosa kezalimannya terlalu tinggi atau tiada amalan untuk diselesaikan, maka dosa-dosa orang yang dizaliminya akan dipindahkan kepadanya lalu dibawa ke neraka.

Kehilangan pahala adalah sesuatu yang amat merugikan. Jika kita faham betapa berertinya pahala bagi seorang insan yang akan bertemu Tuhan, kita akan dapat menilai besarnya erti pahala. Pahala membawa ke syurga, sementara dosa membawa ke neraka. Jika puasa itu diandaikan sebagai satu pekerjaan dan pahala sebagai gajinya, maka perlanggaran pantang larang itu sebagai pengurangan atau pemotongan gaji. Namun pahala lebih bererti daripada gaji dalam kehidupan duniawi ini. Ramai orang yang beramal dalam dunia ini pulang kepada Allah pada Hari Kiamat kelak dalam keadaan muflis kerana kehabisan pahala amalan disebabkan dosa-dosanya kepada orang lain.

Begitupula dalam hal puasa, mungkin seseorang itu tidak akan mendapat apa-apa habuan atau pahala daripada amalan puasanya dan mungkin dia hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Sepertimana khabar dari sebuah hadith yang diriwayatkan oleh oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam  bersabda:

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam”. [Riwayat Ibnu Majah, no. Hadith 1690][Syeikh Syu’aib menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya juga baik]

Diantara sebab-sebab puasa menjadi sia-sia dan hanya merasakan lapar dan dahaga sahaja. Antaranya adalah:

i- Tidak meninggalkan perkataan yang melalaikan dan lucah. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ

Maksudnya: “Puasa bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja, akan tetapi puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan yang melalaikan dan lucah”. [Lihat: al-Targhib wa al-Tarhib, 2/154]

ii- Tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan yang keji atau dusta. Terdapat sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwassllam:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه

Maksudnya:“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 1770, 5597]

Juga hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan yang dusta dan beramal dengan pembohongan maka Allah tidak berhajat ke atas perbuatannya yang meninggalkan makan dan juga minum. Riwayat Al-Bukhari (1903)

Imam Ibn Hajar menukilkan kata-kata Imam Ibn Batthal dalam menghuraikan makna hadis di atas dengan kata beliau: ‘’Hadis ini bukanlah bermaksud arahan kepada orang yang berpuasa untuk meninggalkan puasanya itu. Bahkan maknanya adalah ancaman terhadap perbuatan berbohong’’. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (4/139).

Perbuatan berbohong adalah termasuk dalam himpunan dosa-dosa besar. Ini seperti yang ditunjukkan oleh firman Allah Subhanahuwata'ala:

‎فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الْأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ

Maksudnya : Maka jauhilah kalian akan kotoran berhala dan jauhilah kalian ucapan yang dusta.
Surah Al-Hajj (30)

Berdasarkan ayat di atas, perbuatan berbohong diselarikan kedudukan dan sebutannya dengan perbuatan menyembah berhala. Oleh yang demikian, keduanya dianggap sebagai sama dari sudut keduanya merupakan perbuatan dosa besar.

Imam Al-Nawawi apabila menjelaskan berkenaan hukum berbohong beliau berkata: ‘’Sesungguhnya telah jelas nas-nas dari Al-Kitab dan juga Al-Sunnah ke atas pengharaman berbohong. Ia adalah antara perbuatan dosa yang buruk serta suatu keaiban yang keji. Ijma' para ulama telah berlaku ke atas pengharamannya bersama-sama dengan nas-nas yang jelas’’. Rujuk Al-Azkar Al-Nawawiyyah, Al Nawawi (Hlm. 377).

Imam Ibn Hajar Al-Asqalani mendefinisikan berbohong seperti berikut: ‘’Memberitahu akan sesuatu berbeza dengan keadaan sebenarnya, sama ada dengan sengaja ataupun tersilap’’. Rujuk Fath Al-Bari, Ibn Hajar (1/201).

Justeru itu, lidah adalah punca terbesar kita kehilangan pahala. Lidah yang tidak bertulang ini kadang-kala disalahgunakan untuk bercakap dusta, memaki-hamun, mencela, memfitnah dan menuduh orang lain dengan tuduhan jahat. Begitu juga amalan mengadu domba, mengumpat dan seumpamanya.

Selain itu, ada juga yang mengambil hak milik orang lain tanpa kebenaran atau dengan cara salah serta zalim. Ini termasuk dengan cara mencuri, menipu, merampas, meragut, menyamun dan sebagainya. Walaupun nilai diambil itu mungkin sedikit, ia tetap akan dituntut oleh tuannya di akhirat kelak. Barangkali ada manusia ketika di dunia mereka terlepas daripada hukuman, tetapi di akhirat dia tidak ada ruang untuk melepaskan diri daripada menerima hukuman daripada Allah Subhanahuwata'ala. Begitu juga buat mereka yang bersekongkol atau merelakan kezaliman berlaku juga tidak akan terlepas daripada mendapat balasan.  Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Maksudnya:"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan". Hud ayat 113

Puasa jika dapat mendidik lidah kita agar tidak mencerca, dusta, menuduh dan memaki hamun orang lain, maka itu satu kejayaan yang besar dalam latihan ini. Manusia yang beradab tidak mengeluarkan kata-kata kesat dari mulutnya.Dia mungkin tegas, pedas dan tajam penghujahannya, tetapi tidak dusta, kesat dan buruk perkataan. Muslim yang baik tidak menzalimi orang dengan lidah dan anggotanya, samada pada bulan Ramadhan, ataupun selain Ramadhan. Sepertimana disebut dalam hadis, Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ، وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

Maksudnya: “Memaki orang muslim itu perbuatan fasiq dan memeranginya perbuatan kufur.”
Riwayat Bukhari (7076)

Kata Ibn Battal ketika mensyarahkan hadith ini, maksud dilarang mencaci orang muslim itu, kerana maruah diri seorang muslim adalah terpelihara (haram dicabul) sebagaimana haram darah dan hartanya. Kaedah fiqh juga menyebut:

الأَصْلُ بَرَاءَةُ الذِّمَّةِ

Maksudnya: “Asal seseorang itu adalah suci maruahnya (bebas dari tuduhan dan tanggungan).” (Lihat al-Asybah wa al-Naza’ir oleh Ibn Nujaim, hlm. 59)

Perkataan fasiq adalah berasal dari perkataan ‘فسَق يَفْسِقُ ويَفْسُقُ فِسْقاً وفُسوقاً’. Ibn Manzur menyebut: Al-Fisq iaitu kederhakaan dan meninggalkan perintah Allah Azza wa Jalla dan keluar dari jalan kebenaran. (Lihat Lisan al-‘Arab, 10/308)

Fasiq pada istilah bermaksud seorang yang melakukan dosa besar atau sering melakukan dosa-dosa kecil. (Lihat Hasyiyah al-Qalyubi wa ‘Umairah ‘ala Syarh al-Mahalli, 3/227)

Imam al-Syaukani menukilkan pandangan Imam al-Qurtubi yang menyebut: “Adapun kefasiqan yang umumnya digunakan dalam Syariat ialah: (Perbuatan yang menyebabkan) keluar dari batas ketaatan kepada Allah Subhanahuwata'ala. Terkadang perbuatan tersebut boleh menyebabkan kekafiran dan boleh juga dianggap sebagai kemaksiatan.” (Lihat Tafsir Fath al-Qadir, 1/583)

Justeru, Ramadhan mendidik kita menjaga perkataan agar terpeliharalah dari kemuflisan pahala. Puasa sebenarnya satu latihan (tarbiyah) dalam hidup muslim. Ia seperti sebuah institusilatihan yang bertujuan membentuk disiplin para peserta. Bukan sekadar untuk diamalkan ketika berkursus sahaja, tetapi untuk dibawa ke dalam kehidupan sebenar selepas tamat kursus. Ini seperti juga ibadah haji dan umrah.Seseorang yang sedang berada dalam ibadah-ibadah ini disuruh mematuhi pantang larang tertentu sepanjang tempoh berkaitan. Maka seseorang yang berpuasa, seperti dalam ihram haji dan umrah tidak boleh bertengkar dalam perkara yang sia-sia, tidak boleh mencerca, tidak boleh mengucapkan perkataan yang buruk dan lain-lain. 

Walaupun perkara-perkara itu sememang tidak sepatutnya dilakukan dalam semua keadaan, namun oleh kerana ramai manusia yang gagal mematuhi peraturan Allah dalam hal tersebut,maka setiap tahun dalam bulan Ramadhan, kita semua dimasukkan ke dalam pusat latihan atau tarbiyyah Ramadhan untuk kita kembali menghayati disiplin tersebut.Ia satu program latihan ilahi (tarbiyah rabbaniyyah). Ramadhan satu latihan Tuhan selama sebulan bagi membolehkan kita berdisplin dalam menjalani kehidupan pada sebelas bulan yang lain. Kita diajar dalam tempoh latihan ini untuk menjaga tindakannya demi memelihara pahala ibadah.Jika kita gagal, kita akan kehilangan pahala dan kehalusan jiwa yang mendekati Allah.

Dari Abu Hurairah RA, (bahawasanya) Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda.

 قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ 

Maksudnya:“Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya melainkan puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang memberi balasannya. Puasa adalah benteng/perisai, dan apabila salah seorang di antara kamu sedang melaksanakan puasa, janganlah dia berkata-kata lucah/keji dan bertengkar, jika ada orang lain yang memakinya/mencercanya atau ingin bergaduh dengannya, maka hendaklah dia mengatakan “aku berpuasa". Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesunguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi, orang yang puasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira kerana puasa yang dilakukannya” .Bukhari (4/88), Muslim (1151).Lafaz ini bagi Bukhari.

Friday, May 15, 2020

Kutukan atau laknat terhadap orang tidak mendapat keampunan di dalam bulan Ramadhan.

Kutukan atau laknat terhadap orang tidak mendapat keampunan di dalam bulan Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan yang dijanjikan oleh Allah Subhanahuwata'ala sebagai شهر المغفرة (bulan keampunan) dan شهر النجاح (Bulan Kemenangan dan pembebasan dari api Neraka).
Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

 مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا
  
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah Subhanahuwata'ala menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. (Riwayat Bukhari,2840)

Sesungguhnya bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja seandainya keistimewaan yang dikurniakan tidak dimanfaatkan.

Bagi umat Islam, selain kewajipan berpuasa di siang hari, Ramadhan juga adalah bulan pesta ibadah untuk setiap muslim dengan melakukan lebih banyak kebajikan. Ramadhan adalah detik terbaik dan peluang buat setiap individu muslim menggandakan pahala dan memohon keampunan dengan berpuasa pada siangnya dan menghidupkan malam-malamnya dengan qiyamullail, beriktikaf dan bertadarus Al-Quran.

Banyak sekali sebab-sebab untuk mendapat  keampunan di bulan Ramadhan dan jalan-jalan untuk mendapat keampunan Hal ini ada disebut dalam banyak hadith-hadith Baginda Sallahualaihiwasallam. Diantaranya,

Keampunan dengan sebab kemuliaan bulan Ramadhan.
Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتْ الْكَبَائِرُ

Solat lima waktu yang didirikan, satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar”.(Riwayat Ahmad,8830). Sahih

Keampunan dengan sebab puasa,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: “Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan penuh keikhlasan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. Riwayat Bukhari, 37. 

Keampunan dengan sebab solat malam.
Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

: مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ 

Maksudnya: "Barangsiapa melaksanakan solat malam pada bulan Ramadhan kerana iman dan ingin mendapatkan pahala, maka dia diampuni semua dosanya yang telah lalu. (Riwayat  Muslim(1778).

Keampunan dengan sebab puasa dan solat malam.
Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فَرَضَ صِيَامَ رَمَضَانَ عَلَيْكُمْ وَسَنَنْتُ لَكُمْ قِيَامَهُ فَمَنْ صَامَهُ وَقَامَهُ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا خَرَجَ مِنْ ذُنُوْبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ 

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah mewajibkan puasa Ramadhan dan saya menyunnahkan bagi kalian solat malamnya. Maka barangsiapa melaksanakan ibadah puasa dan solat malamnya kerana iman dan kerana ingin mendapatkan pahala, nescaya dia keluar (diampuni) dari dosa-dosanya sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya". ( Rujuk: kitab Nadhratun Na’îm mengatakan : Diriwayatkan oleh Imam an-Nasa’i 4/158 dan lafaz ini adalah lafaz imam an-Nasa’i; diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad 1/191. Syaikh Ahmad Syakir mengatakan : “Sanad hadith ini sahih.”

Keampunan dengan sebab sedekah.
Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

 أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَصَلاَةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ 

Maksudnya:'Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai. Bersedekah itu menghapus kesalahan sebagaimana air memadamkan api. Dan solat seseorang di kegelapan malam …[Riwayat Tirmizi (2541)]

Keampunan dengan sebab zakat fitrah.
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata,

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِىَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِىَ صَدَقَةٌ مِنَ الصَّدَقَاتِ.

“Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan orang yang berpuasa dari bersenda gurau dan kata-kata keji, dan juga untuk memberi makan orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat maka zakatnya diterima dan barangsiapa yang menunaikannya setelah solat maka itu hanya dianggap sebagai sedekah di antara berbagai sedekah.” Riwayat Abu Daud 1609; Ibnu Majah 1827. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan.

Berdasarkan hadith-hadith diatas dan juga hadith-hadith yang lain, sesungguhnya teramat banyak peluang-peluang untuk mendapatkan keampunan di dalam bulan Ramadahan yang disediakan oleh Allah Subhanahuwata'ala. Oleh kerana itu, barang siapa yang tidak mendapat keampunan tersebut, maka sangatlah rugi malahan akan mendapat laknat atau kutukan dari Allah Subhanahuwata'ala.

Nabi Sallahualaihiwasallam pernah bersabda tentang orang yang dilaknat dalam bulan Ramadhan. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari Abi Hurairah R.A:

أن رسول الله صلى الله عليه و سلم رقي المنبر فقال : آمين آمين آمين فقيل له  يارسول الله ما كنت تصنع هذا ؟ ! فقال : قال لي جبريل : أرغم الله أنف عبد أو بعد دخل رمضان فلم يغفر له فقلت : آمين ثم قال : رغم أنف عبد أو بعد أدرك و الديه أو أحدهما لم يدخله الجنة فقلت : آمين ثم قال : رغم أنف عبد أو بعد ذكرت عنده فلم يصل عليك فقلت : آمين

Maksudnya: "Bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam naik mimbar lalu beliau mengucapkan, ‘Amin … amin … amin.’ Para sahabat bertanya, ‘Kenapa engkau berkata demikian, wahai Rasulullah?’ Kemudian, beliau bersabda, ‘Baru saja Jibril berkata kepadaku, ‘Allah melaknat seorang hamba yang melalui Ramadhan tanpa mendapatkan keampunan,’ maka kukatakan, ‘Amin.’ Kemudian, Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat seorang hamba yang mengetahui kedua orang tuanya masih hidup, namun itu tidak membuatnya masuk Jannah (kerana tidak berbakti kepada mereka berdua),’ maka aku berkata, ‘Amin.’ Kemudian, Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat seorang hamba yang tidak bersalawat ketika disebut namamu,’ maka kukatakan, ‘Amin".Hadis ini dinilai sahih oleh Al-Mundziri

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahualaihiwasallam:

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ

Maksudnya: Ketika Nabi Sallahualaihiwasallam menaiki mimbar, Baginda Sallahualaihiwasallam bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda Sallahualaihiwasallam ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah Subhanahuwata'ala. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”.  [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 907]

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda:

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يَبِرَّهُمَا فَمَاتَ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ

Maksudnya: Ketika Nabi Sallahualaihiwasallam menaiki mimbar, Baginda Sallahualaihiwasallam bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda Sallahualaihiwasallam ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah Subhanahuwata'ala. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa sempat dengan kedua orang tuanya tetapi tidak berlaku baik kepada meraka. Kemudian dia meninggal maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah Subhanahuwata'ala. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa yang disebut kepadanya dan dia tidak berselawat kepadaku, maka dia akan dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah Subhanahuwata'ala. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”.  [Lihat: al-Targhib wa al-Tarhib, 2/57]

Berdasarkan hadith ini, sebagai pengajaran ada tiga perkara yang perlu diambil ingatan :

1-Orang yang bertemu bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah Subhanahuwata'ala.
2-Orang yang tidak berlaku baik kepada kedua orang tuanya sehingga dia meninggal.
3-Orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam apabila disebut kepadanya.

Dari hadith-hadith di atas, jelas menunjukan bahawa orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah Subhanahuwata'ala di dalam Ramadhan termasuk di dalam kalangan  orang-orang yang rugi. Bagi yang berkesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadhan ini, maka disarankan untuk beribadah dengan penuh keimanan dan bersunguh-sungguh dalam mengharapkan pahala daripada Allah Subhanahuwata'ala.  Ganjaran besar berupa pengampunan dosa yang telah lalu menanti bagi mereka yang beribadah bersungguh-sungguh di dalam bulan yang mulia ini.

Begitu banyak keampunan di dalam bulan Ramadhan, sehingga apabila ada yang tidak diampuni di bulan Ramadhan maka adalah benar-benar “keterlaluan” dan buruknya amalannya disepanjang bulan Ramadhan.

Ibnu Rajab menukilkan perkataan salaf,

من لم يغفرْ لَه في رمضان فلن يغفر له فيما سواه؛

Maksudnya:“Barangsiapa yang tidak diampuni dosa-dosanya di bulan Ramadhan, maka tidak akan diampuni dosa-dosanya di bulan-bulan lainnya”. [Latha-if Al-Ma’arif, hal. 297]

Sebenarnya setiap orang yang beriman pasca ramadhan sudah menjadi hamba yang telah bersih dari segala dosa yang pernah dilakukannya. Sebab ramadhan merupakan bulan yang didalamnya terdapat hikmah luar biasa tentang janji Allah yang menjamin pengampunan dosa bagi sesiapa sahaja yang berpuasa dengan penuh keimanan dan semata-mata mengharapkan redha Allah Subhanahuwata'aala.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: “Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan penuh keikhlasan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. Riwayat Bukhari, 37. 

Namunpun begitu ternyata masih banyak dosa lain yang tergolong kedalam dosa besar yang tidak terampuni dengan berpuasa saja kecuali dengan bertaubat. Bertaubat ertinya kembali kepada Allah dengan rasa penuh penyesalan dan berjanji serta bertekad tidak kembali lagi pada dosa yang pernah dilakukannya.

Secara umumnya kesilapan yang dilakukan oleh manusia dan akan menyebabkan terhasilnya dosa-dosa dalam hidupnya adalah:

i. Kesilapan dalam perbuatan, 
ii. kesilapan dalam pertuturan, 
iii. kesilapan dalam niat, 
iv. kesilapan dalam hubungan dengan Allah 
dan sesama manusia. 

Secara khususnya Ada kesilapan yang merupakan  dosa-dosa besar yang tidak akan diampunkan Allah walaupun dalam bulan Ramadhan kecuali dengan jalan taubat sahaja dan menurut Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi ada 17:

1- Syirik.
2- Putus dari Rahmat Allah.
3- Merasa Aman dari siksa Allah.
4- Durhaka kepada kedua ibubapa.
5- Bunuh diri dan membunuh orang lain.
5- Menuduh atau fitnah.
6- Makan riba.
7- Melarikan diri dari peperangan.
8- Makan harta Anak yatim.
9- Zina.
10- Saksi Palsu.
11- Sumpah Palsu.
12- Rasuah.
13- Minum arak/khamar.
14- Meninggalkan solat.
15- Dusta.
16- Mungkir janji.
17- Memutuskan silaturrahim.

Namun, sebagaimana ada pemadam untuk memadamkan kesilapan tulisan, begitu juga dengan dosa. Pasti ada jalan kebaikan yang akan 
memadamkan kesilapan dan dosa dengan izin Allah. Allah menyediakan dan menunjuki jalan kepada hambaNya untuk kembali kepadaNyasetelah menyedari kesilapan dosa yang dilakukan. Apa yang penting, bersegera mendapatkan keampunan Allah sebagaimana firmanNya dalam surah Ali Imran ayat 133 :

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya:"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa",

Ruang dan peluang sudah ada di hadapan kita. Patutkah kita menjadi seperti orang kafir dan munafik dengan membutakan mata dan memekakkan telinga daripada menerima kebenaran Tuhan untuk mendapatkan keampunan dari-Nya?. 
Atau sanggupkah kita membiarkan diri memikul dosa sehingga ke nafas terakhir kita yang bakal terjun ke neraka?. Ingatlah Firman Allah Subhanahuwata'aala dalam surah al-Kahfi ayat 53:
ُ
وَرَأَى الْمُجْرِمُونَ النَّارَ فَظَنُّوا أَنَّهُمْ مُوَاقِعُوهَا وَلَمْ يَجِدُوا عَنْهَا مَصْرِفًا

Maksudnya:"Dan orang-orang yang berdosa melihat neraka, maka mereka meyakini, bahwa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak menemukan tempat berpaling dari padanya".

Marilah kita bersama-sama manfaatkan Ramadhan ini dengan melakukan perubahan dalam diri ke arah kebaikan dan meninggalkan perkara buruk yang kita lakukan sebelum ini. Berdoalah kepada Allah Subhanahuwata'ala  agar perubahan yang dilakukan pada Ramadhan ini berkekalan sehingga akhir hayat kita dan kita kembali kepada Allah dalam keadaan hati yang sejahtera. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'aala,

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ  . إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Maksudnya:"(iaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih", 

Asy-Syu'ara' Ayat 88-89.

Muhasabah Diri

Muhasabah Diri Muhasabah diri (daripada perkataan Arab; محاسبة) ialah amalan menilai, menghisab, dan memeriksa kembali diri sendiri, termasu...