Kutukan atau laknat terhadap orang tidak mendapat keampunan di dalam bulan Ramadhan.
Ramadhan adalah bulan yang dijanjikan oleh Allah Subhanahuwata'ala sebagai شهر المغفرة (bulan keampunan) dan شهر النجاح (Bulan Kemenangan dan pembebasan dari api Neraka).
Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah Subhanahuwata'ala menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. (Riwayat Bukhari,2840)
Sesungguhnya bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja seandainya keistimewaan yang dikurniakan tidak dimanfaatkan.
Bagi umat Islam, selain kewajipan berpuasa di siang hari, Ramadhan juga adalah bulan pesta ibadah untuk setiap muslim dengan melakukan lebih banyak kebajikan. Ramadhan adalah detik terbaik dan peluang buat setiap individu muslim menggandakan pahala dan memohon keampunan dengan berpuasa pada siangnya dan menghidupkan malam-malamnya dengan qiyamullail, beriktikaf dan bertadarus Al-Quran.
Banyak sekali sebab-sebab untuk mendapat keampunan di bulan Ramadhan dan jalan-jalan untuk mendapat keampunan Hal ini ada disebut dalam banyak hadith-hadith Baginda Sallahualaihiwasallam. Diantaranya,
Keampunan dengan sebab kemuliaan bulan Ramadhan.
Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتْ الْكَبَائِرُ
Solat lima waktu yang didirikan, satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar”.(Riwayat Ahmad,8830). Sahih
Keampunan dengan sebab puasa,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: “Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan penuh keikhlasan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. Riwayat Bukhari, 37.
Keampunan dengan sebab solat malam.
Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
: مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: "Barangsiapa melaksanakan solat malam pada bulan Ramadhan kerana iman dan ingin mendapatkan pahala, maka dia diampuni semua dosanya yang telah lalu. (Riwayat Muslim(1778).
Keampunan dengan sebab puasa dan solat malam.
Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فَرَضَ صِيَامَ رَمَضَانَ عَلَيْكُمْ وَسَنَنْتُ لَكُمْ قِيَامَهُ فَمَنْ صَامَهُ وَقَامَهُ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا خَرَجَ مِنْ ذُنُوْبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah mewajibkan puasa Ramadhan dan saya menyunnahkan bagi kalian solat malamnya. Maka barangsiapa melaksanakan ibadah puasa dan solat malamnya kerana iman dan kerana ingin mendapatkan pahala, nescaya dia keluar (diampuni) dari dosa-dosanya sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya". ( Rujuk: kitab Nadhratun Na’îm mengatakan : Diriwayatkan oleh Imam an-Nasa’i 4/158 dan lafaz ini adalah lafaz imam an-Nasa’i; diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad 1/191. Syaikh Ahmad Syakir mengatakan : “Sanad hadith ini sahih.”
Keampunan dengan sebab sedekah.
Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَصَلاَةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ
Maksudnya:'Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai. Bersedekah itu menghapus kesalahan sebagaimana air memadamkan api. Dan solat seseorang di kegelapan malam …[Riwayat Tirmizi (2541)]
Keampunan dengan sebab zakat fitrah.
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata,
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِىَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِىَ صَدَقَةٌ مِنَ الصَّدَقَاتِ.
“Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan orang yang berpuasa dari bersenda gurau dan kata-kata keji, dan juga untuk memberi makan orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat maka zakatnya diterima dan barangsiapa yang menunaikannya setelah solat maka itu hanya dianggap sebagai sedekah di antara berbagai sedekah.” Riwayat Abu Daud 1609; Ibnu Majah 1827. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan.
Berdasarkan hadith-hadith diatas dan juga hadith-hadith yang lain, sesungguhnya teramat banyak peluang-peluang untuk mendapatkan keampunan di dalam bulan Ramadahan yang disediakan oleh Allah Subhanahuwata'ala. Oleh kerana itu, barang siapa yang tidak mendapat keampunan tersebut, maka sangatlah rugi malahan akan mendapat laknat atau kutukan dari Allah Subhanahuwata'ala.
Nabi Sallahualaihiwasallam pernah bersabda tentang orang yang dilaknat dalam bulan Ramadhan. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari Abi Hurairah R.A:
أن رسول الله صلى الله عليه و سلم رقي المنبر فقال : آمين آمين آمين فقيل له يارسول الله ما كنت تصنع هذا ؟ ! فقال : قال لي جبريل : أرغم الله أنف عبد أو بعد دخل رمضان فلم يغفر له فقلت : آمين ثم قال : رغم أنف عبد أو بعد أدرك و الديه أو أحدهما لم يدخله الجنة فقلت : آمين ثم قال : رغم أنف عبد أو بعد ذكرت عنده فلم يصل عليك فقلت : آمين
Maksudnya: "Bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam naik mimbar lalu beliau mengucapkan, ‘Amin … amin … amin.’ Para sahabat bertanya, ‘Kenapa engkau berkata demikian, wahai Rasulullah?’ Kemudian, beliau bersabda, ‘Baru saja Jibril berkata kepadaku, ‘Allah melaknat seorang hamba yang melalui Ramadhan tanpa mendapatkan keampunan,’ maka kukatakan, ‘Amin.’ Kemudian, Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat seorang hamba yang mengetahui kedua orang tuanya masih hidup, namun itu tidak membuatnya masuk Jannah (kerana tidak berbakti kepada mereka berdua),’ maka aku berkata, ‘Amin.’ Kemudian, Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat seorang hamba yang tidak bersalawat ketika disebut namamu,’ maka kukatakan, ‘Amin".Hadis ini dinilai sahih oleh Al-Mundziri
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahualaihiwasallam:
أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ
Maksudnya: Ketika Nabi Sallahualaihiwasallam menaiki mimbar, Baginda Sallahualaihiwasallam bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda Sallahualaihiwasallam ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah Subhanahuwata'ala. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 907]
Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda:
أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يَبِرَّهُمَا فَمَاتَ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ
Maksudnya: Ketika Nabi Sallahualaihiwasallam menaiki mimbar, Baginda Sallahualaihiwasallam bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda Sallahualaihiwasallam ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah Subhanahuwata'ala. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa sempat dengan kedua orang tuanya tetapi tidak berlaku baik kepada meraka. Kemudian dia meninggal maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah Subhanahuwata'ala. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa yang disebut kepadanya dan dia tidak berselawat kepadaku, maka dia akan dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah Subhanahuwata'ala. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”. [Lihat: al-Targhib wa al-Tarhib, 2/57]
Berdasarkan hadith ini, sebagai pengajaran ada tiga perkara yang perlu diambil ingatan :
1-Orang yang bertemu bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah Subhanahuwata'ala.
2-Orang yang tidak berlaku baik kepada kedua orang tuanya sehingga dia meninggal.
3-Orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam apabila disebut kepadanya.
Dari hadith-hadith di atas, jelas menunjukan bahawa orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah Subhanahuwata'ala di dalam Ramadhan termasuk di dalam kalangan orang-orang yang rugi. Bagi yang berkesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadhan ini, maka disarankan untuk beribadah dengan penuh keimanan dan bersunguh-sungguh dalam mengharapkan pahala daripada Allah Subhanahuwata'ala. Ganjaran besar berupa pengampunan dosa yang telah lalu menanti bagi mereka yang beribadah bersungguh-sungguh di dalam bulan yang mulia ini.
Begitu banyak keampunan di dalam bulan Ramadhan, sehingga apabila ada yang tidak diampuni di bulan Ramadhan maka adalah benar-benar “keterlaluan” dan buruknya amalannya disepanjang bulan Ramadhan.
Ibnu Rajab menukilkan perkataan salaf,
من لم يغفرْ لَه في رمضان فلن يغفر له فيما سواه؛
Maksudnya:“Barangsiapa yang tidak diampuni dosa-dosanya di bulan Ramadhan, maka tidak akan diampuni dosa-dosanya di bulan-bulan lainnya”. [Latha-if Al-Ma’arif, hal. 297]
Sebenarnya setiap orang yang beriman pasca ramadhan sudah menjadi hamba yang telah bersih dari segala dosa yang pernah dilakukannya. Sebab ramadhan merupakan bulan yang didalamnya terdapat hikmah luar biasa tentang janji Allah yang menjamin pengampunan dosa bagi sesiapa sahaja yang berpuasa dengan penuh keimanan dan semata-mata mengharapkan redha Allah Subhanahuwata'aala.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: “Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan penuh keikhlasan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. Riwayat Bukhari, 37.
Namunpun begitu ternyata masih banyak dosa lain yang tergolong kedalam dosa besar yang tidak terampuni dengan berpuasa saja kecuali dengan bertaubat. Bertaubat ertinya kembali kepada Allah dengan rasa penuh penyesalan dan berjanji serta bertekad tidak kembali lagi pada dosa yang pernah dilakukannya.
Secara umumnya kesilapan yang dilakukan oleh manusia dan akan menyebabkan terhasilnya dosa-dosa dalam hidupnya adalah:
i. Kesilapan dalam perbuatan,
ii. kesilapan dalam pertuturan,
iii. kesilapan dalam niat,
iv. kesilapan dalam hubungan dengan Allah
dan sesama manusia.
Secara khususnya Ada kesilapan yang merupakan dosa-dosa besar yang tidak akan diampunkan Allah walaupun dalam bulan Ramadhan kecuali dengan jalan taubat sahaja dan menurut Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi ada 17:
1- Syirik.
2- Putus dari Rahmat Allah.
3- Merasa Aman dari siksa Allah.
4- Durhaka kepada kedua ibubapa.
5- Bunuh diri dan membunuh orang lain.
5- Menuduh atau fitnah.
6- Makan riba.
7- Melarikan diri dari peperangan.
8- Makan harta Anak yatim.
9- Zina.
10- Saksi Palsu.
11- Sumpah Palsu.
12- Rasuah.
13- Minum arak/khamar.
14- Meninggalkan solat.
15- Dusta.
16- Mungkir janji.
17- Memutuskan silaturrahim.
Namun, sebagaimana ada pemadam untuk memadamkan kesilapan tulisan, begitu juga dengan dosa. Pasti ada jalan kebaikan yang akan
memadamkan kesilapan dan dosa dengan izin Allah. Allah menyediakan dan menunjuki jalan kepada hambaNya untuk kembali kepadaNyasetelah menyedari kesilapan dosa yang dilakukan. Apa yang penting, bersegera mendapatkan keampunan Allah sebagaimana firmanNya dalam surah Ali Imran ayat 133 :
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Maksudnya:"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa",
Ruang dan peluang sudah ada di hadapan kita. Patutkah kita menjadi seperti orang kafir dan munafik dengan membutakan mata dan memekakkan telinga daripada menerima kebenaran Tuhan untuk mendapatkan keampunan dari-Nya?.
Atau sanggupkah kita membiarkan diri memikul dosa sehingga ke nafas terakhir kita yang bakal terjun ke neraka?. Ingatlah Firman Allah Subhanahuwata'aala dalam surah al-Kahfi ayat 53:
ُ
وَرَأَى الْمُجْرِمُونَ النَّارَ فَظَنُّوا أَنَّهُمْ مُوَاقِعُوهَا وَلَمْ يَجِدُوا عَنْهَا مَصْرِفًا
Maksudnya:"Dan orang-orang yang berdosa melihat neraka, maka mereka meyakini, bahwa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak menemukan tempat berpaling dari padanya".
Marilah kita bersama-sama manfaatkan Ramadhan ini dengan melakukan perubahan dalam diri ke arah kebaikan dan meninggalkan perkara buruk yang kita lakukan sebelum ini. Berdoalah kepada Allah Subhanahuwata'ala agar perubahan yang dilakukan pada Ramadhan ini berkekalan sehingga akhir hayat kita dan kita kembali kepada Allah dalam keadaan hati yang sejahtera. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'aala,
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ . إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Maksudnya:"(iaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih",
Asy-Syu'ara' Ayat 88-89.
No comments:
Post a Comment