RAMADHAN: Yang Dinanti telah pergi
Sudah menjadi lumrah, setiap yang datang akan pergi. Begitulah juga dengan Ramadhan, datang dan pergi. Mukmin yang sejati pasti akan terasa hiba dan sedih di hati. Ketibaan Ramadan disambut dengan meriah, ketakwaan dan niat-niat yang murni. Maka begitulah juga sewajarnya ketika kita mengucapkan selamat tinggal kepada bulan yang penuh berkat ini.
Jika sejak awal Ramadhan kita belum sempat beribadah dan melakukan kebaikan yang sepatutnya, maka jangan jadikannya alasan untuk tidak berusaha pada hari terakhirnya. Bahkan, jadikan perkara itu pemacu semangat untuk kita mengakhiri Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya. Daripada Sahl bin Saad as-Sa'idi radiallahu anhu bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ
Maksudnya: "Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya". Riwayat al-Bukhari (6607)
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Maksudnya: ''Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia menyekutukan sesiapa pun dalam ibadah kepada Tuhannya''. Al-Kahfi ayat 110
Di dalam ayat ini, Allah Subhanahuwata'ala menyeru kita agar melakukan amalan yang soleh jika ingin bertemu dengan Allah Subhanahuwata'ala di hari Akhirat kelak. Untuk itu, para mufassir atau ahli tafsir mengatakan yang dimaksudkan dengan amalan di situ adalah amalan yang tidak dicemari dengan sifat riyak iaitu menunjuk-nunjuk. Antaranya Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya mendatangkan beberapa hadith ketika menafsirkan makna amalan soleh ini, antaranya:
Daripada Jundub RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ، وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللَّهُ بِهِ
Maksudnya: ''Barangsiapa yang beramal kerana sum’ah (membuat sesuatu agar orang mendengarnya) maka Allah Subhanahuwata'ala akan menjadikannya (amalan) sebagai sum’ah dan barangsiapa yang beramal kerana riyak (membuat sesuatu amalan agar orang bercakap mengenainya) maka Allah Subhanahuwata'ala menjadikannya (amalan) sebagai riyak''. Riwayat al-Bukhari (6499)
Manfaatkanlah peluang dan kesempatan pada baki masa yang masih ada dan seterusnya pada setiap masa untuk kita melakukan amalan soleh. Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam. Surah al-Baqarah ayat 148,
وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya:''Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu''.
Justeru itu, agar tarbiyah Ramadhan dan puasa memberi bekas ke dalam jiwa kita dan moga Allah Subhanahuwata'ala sentiasa membimbing kita ke jalan hidayah-Nya serta mamatikan kita dengan husnul khatimah serta memasukkan kita ke dalam syurga Firdaus-Nya,
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda:
فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَسَلُوهُ الفِرْدَوْسَ
Maksudnya: “Apabila kamu memohon syurga kepada Allah, maka mohonlah al-Firdaus”. Riwayat al-Bukhari (7423)
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ طَيِّبِينَ ۙ يَقُولُونَ سَلَامٌ عَلَيْكُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Maksudnya:'(yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salaamun'alaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan". Al-Nahl ayat 32
Maka marilah kita:
1- Melazimi Taubat dan Istighfar
Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Pengasih memang sentiasa menerima taubat hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dalam bertaubat dengan menyesali segala dosa-dosa dan maksiat yang telah dilakukan sebagaimana Firman-Nya,
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Maksudnya:"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani''. Al-Zumar ayat 53
Allah Subhanahuwata'ala berfirman,
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
Maksudnya: Maka aku katakan kepada mereka: Beristighfarlah kamu semua kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia itu Maha Pengampun. Surah Nuh ayat 10.
Allah Subhanahuwata'ala bersifat dengan sifat al-Ghaffar (Maha Pengampun) dan kerana itulah Dia akan mengampuni mereka-mereka yang bertaubat.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
وَالّلهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. Riwayat al-Bukhari (6307)
Demikian menunjukkan akan pentingnya istighfar di dalam kehidupan seharian kita. Terdapat juga hadith yang menceritakan berkaitan Penghulu Istighfar atau ia dinamakan sebagai Sayyid al-Istighfar.
Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. Riwayat al-Bukhari (6306)
2- Melazimi memperbanyakkan Doa
Selain dari melazimi memperbanyakkan istigfar dan taubat, seseorang itu juga dituntut untuk memperbanyakkan doa. Allah Subhanahuwata'ala dengan sifat kemurahan-Nya, menjadilan doa sebagai ibadah dan juga menyuruh kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya. Dia membuka pintu doa kepada kita, supaya Kita minta apa sahaja yang kita hendak (asalkan dalam hal yang diharuskan oleh syariat).
عَنِ النُّعْمَانَ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النِّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ وَالتِّرْمِذِي وَقَالَ حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ
Maksudnya:''Dari An-Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Doa adalah ibadah''. Riwayat Abu Daud (1479); Tirmizi (2969); Ibnu Majah, (3828).Tirmizi mengatakan bahawa hadith ini hasan sahih.
Allah Subhanahuwata'ala juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya,
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: ''Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu''. Al-Ghafir ayat 60
Imam Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya mengatakan bahawa pada ayat ini adalah dalil bahawa Allah Subhanahuwata'ala menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf di antara orang islam. (Lihat: Tafsir Ibn ‘Asyur, 183/24)
Diantara doa mathsur dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam adalah doa supaya dirinya kekal dalam keadaan yang tetap di atas agama Allah Subhanahuwata'ala dan kepatuhan pada-Nya. Ini sebagaimana sebuah doa yang diajarkan oleh Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam dengan sabdanya:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu''. Riwayat Al-Tirmizi (3522)
Doa di atas ini disifatkan oleh Ummul Mu’minin Ummu Salamah R.anha sebagai doa yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. Ini kerana, hati manusia itu senantiasa berbolak balik dan sering terpengaruh dengan hasutan dan bisikan syaitan. Hanya dengan meminta bantuan dan pertolongan Allah Sallahu'alaihiwasallam sahajalah yang dapat menetapkan diri kita ini di atas agama-Nya serta teguh dalam melaksanakan ketaatan kepada-Nya untuk menjauhi perbuatan dosa dan maksiat.
3- Berkawan Dengan Sahabat Yang Baik
Tidak dinafikan bahawa faktor dengan siapa seseorang itu berkawan turut menjadi penyumbang terhadap baik atau buruknya perwatakan dirinya. Hal ini telah lama dahulu dijelaskan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.anh bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
Maksudnya: Seseorang lelaki itu berada di atas agama sahabatnya. Maka hendaklah salah seseorang daripada kamu meneliti dengan siapa dia berkawan. Riwayat Al-Tirmizi (4833)
Perkataan دِينِ di dalam hadis tersebut pada zahirnya boleh diterjemahkan sebagai cara hidup. Bahkah makna tersebut adalah tepat kerana seseorang itu kebiasaannya akan mudah terpengaruh dengan cara hidup manusia yang berada di sekelilingnya dan termasuklah sahabat-sahabatnya. Jika seseorang itu berkawan dengan rakan-rakan yang baik lagi soleh, nescaya perwatakan dirinya akan jadi baik. Manakala seseorang yang memilih untuk berkawan dengan mereka yang buruk akhlaknya, ia pasti akan menatijahkan kesan negatif pada perwatakan diri sendiri akhirnya. Sambutlah seruan Allah Subhanahuwata'ala melalui firman-Nya yang berikut:
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ
Maksudnya: Dan sabarkanlah dirimu bersama-sama dengan mereka yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang dengan mengharapkan redha daripada Allah''. Surah Al-Kahfi ayat 28.
Berkata Imam al-Thabari Rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Bersabarlah kamu wahai Muhammad agar bersama dengan para sahabatmu yang mana mereka itu sentiasa berzikir kepada Allah Subhanahuwata'ala dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, berdoa, serta melakukan amalan-amalan soleh seperti solat fardhu dan selainnya semata-mata mengharapkan wajah Allah Subhanahuwata'ala. dan tidak mengharapkan habuan dunia dari perbuatan tersebut. Lihat Tafsir al-Thabari, Ibn Jarir (18/5).
Meskipun ayat di atas ditujukan kepada Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam namun mesej dan seruan tersebut turut terpakai kepada keseluruhan umat baginda Sallallahu'alaihiwasallam. Ini kerana, ibrah (pengajaran) itu adalah pada keumuman lafaz dan bukan pada khususnya sebab tertentu sebagaimana yang disebutkan di dalam kaedah yang masyhur.
4- Melazimi solat berjamaah di Masjid
Solat jemaah dari segi syara’ bermaksud menyambungkan solat yang dilakukan dengan mengikut perbuatan imam. Ia merupakan satu syiar yang perlu dipertahankan dan ditunaikan oleh umat islam. Ia juga merupakan satu wasilah dan cara untuk memupuk mahabbah dan kasih sayang serta semangat tolong menolong antara sesama muslim.Ia adalah sunnah muakkadah dan makruh hukumnya meninggalkan solat berjemaah. Pensyariatan solat jemaah boleh dilihat melalui beberapa dalil daripada Al-Quran, hadih dan ijmak.
Firman Allah Subhanahuwata'ala :
وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ ٱلصَّلَوٰةَ
Maksudnya:” Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka''. Al-Nisa’ ayat 102
Al-Khatib Al-Syarbini menyatakan :
''Perintah ini diturunkan ketika waktu perang, maka sudah semestinya lebih utama dilakukan ketika dalam keadaan aman''.
[Rujuk Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifah Alfaz Al-Minhaj (1/350)]
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
Maksudnya :''Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat''. Riwayat Muslim (1509)
Di dalam riwayat lain menyatakan,
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ أَحَدِكُمْ وَحْدَهُ بِخَمْسَةٍ وَعِشْرِينَ جُزْءًا
Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat kalian yang secara bersendirian sebanyak 25 bahagian.” Riwayat Muslim (1504)
Imam Al-Nawawi menyebut bahawa sama ada 25 atau 27 bahagian adalah berdasarkan keadaan solat dan orang yang menunaikannya. Ada yang dapat 25 darjat dan ada yang dapat 27 berdasarkan kesempurnaan solatnya dan sejauh mana dia menjaga solat secara berjemaah. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/183)
Juga telah berlaku ijmak di kalangan para sahabat bahawa solat secara berjemaah adalah sangat dituntut. Khususnya setelah Nabi dan para sahabat berhijrah ke Madinah. (Rujuk Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifah Alfaz Al-Minhaj, 1/350)
Namun begitu, solat berjemaah yang paling baik dan afdal adalah yang didirikan di masjid. Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi Sallahu'alaihiwasallam yang sangat mengambil berat akan solat berjemaah yang dilakukan di masjid.Antaranya :
Daripada Abu Hurairah,
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِى الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
Maksudnya : "Sesiapa yang pergi dan balik dari masjid, maka Allah akan menyediakan baginya tempat di syurga setiap kali dia pergi dan balik".Riwayat Muslim (1556)
Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda lagi di dalam sebuah hadith yang lain ,
مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
Maksudnya :” Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan menuju ke salah satu dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk menunaikan solat yang telah difardukan oleh Allah, maka kedua-dua langkahan kakinya itu salah satunya menghapuskan dosa dan yang lain mengangkat darjat.” Riwayat Muslim (1553)
Nabi Sallallahu'alaihiwasallam secara terang menyebut bahawa solat fardu secara berjemaah di masjid lebih baik dari solat berjemaah di rumah. Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda ,
فَصَلُّوا أَيُّهَا النَّاسُ فِي بُيُوتِكُمْ فَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ صَلَاةُ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلَّا الْمَكْتُوبَةَ
Maksudnya :” Wahai manusia solatlah (solat nafilah) di rumah kalian.Sesunggunya sebaik-baik solat sunat bagi seseorang adalah di rumahnya kecuali solat fardhu''. Riwayat Al-Bukhari (731)
Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani yang dimaksudkan adalah solat lima waktu perlu didirikan di masjid. (Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sohih al-Bukhari, 2/214)
5- Melazimi membaca al-Quran.
Allah Subhanahuwata'ala suka kepada hamba-Nya yang sentiasa membaca dan melazimi al-Quran.
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّـهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”. Fathir ayat 29
Firman Allah Subhanahuwata'ala lagi,
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”. al-Qamar ayat 17
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
Maksudnya: “Dan bacalah Al-Quran dengan tartil (perlahan-lahan)”. Al-Muzzammil ayat 4
Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. Riwayat Muslim (804)
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ
Maksudnya: “Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu”. Riwayat Muslim (2699)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. Riwayat al-Tirmizi (2835)
Malah al-Quran yang mengandungi 323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6,236 ayat, 114 surah yang terkandung dalam 30 juzuk, 60 hizib dan 240 maqra’ adalah mukjizat Nabi Subhanahuwata'ala yang kekal hingga ke hari ini.
Sungguhpun terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tentang bilangan ayat al-Quran,namun ianya tidaklah ketara kerana yang lebih penting ialah bagaimana umat Islam berinteraksi dengan al-Quran.
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ: اقْرَأْ، وَارْتَقِ، وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا
Maksudnya: “Dikatakan kepada pembaca al-Quran: Bacalah dan naiklah, bacalah sebagaimana kamu membacanya di dunia. Sesungguhnya tempat kamu(di Syurga) adalah pada ayat terakhir yang kamu bacakannya”. [Riwayat Abu Daud (1464)]
Daripada Abi Musa RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
مَثَلُ المُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ كَالأُتْرُجَّةِ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا طَيِّبٌ، وَمَثَلُ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ كَالتَّمْرَةِ طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَلاَ رِيحَ لَهَا
Maksudnya: “Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbau”. Riwayat al-Bukhari (7560) dan Muslim (797)
6- Syukur terhadap segala nikmat Allah
Bersyukur adalah diperintahkan oleh Tuhan. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,
وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Maksudnya: Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata''.Surah al-Nahl ayat 114.
Syukur merupakan pengiktirafan terhadap kurniaan Tuhan dengan memujinya. Hakikatnya menzahirkan atas kesan nikmat pada lidah, hati dan anggota badan di mana lidah memuji, hati mengiktiraf dan anggota badan melakukan mengikut apa yang diredhai-Nya. (Lihat Madarij al-Salikin, 2/244)
Syukur pada istilah ialah seorang hamba menggunakan semua nikmat kurniaan Allah kepadanya untuk mentaati-Nya. (Lihat Hasyiyah al-Syabramalisi, 1/22)
Zahirkan kesyukuran terhadap nikmat Allah dengan:
i-Memuji Allah Subhanahuwata'ala di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Ini sepertimana ungkapan Nabi Allah Sulaiman AS:
هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ
Maksudnya: ''Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya''.
Surah al-Naml ayat 40.
Allah Subhanahuwata'ala berfirman dalam Surah al-Dhuha,
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya:"Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu sebut-sebutkan". Ad-Dhuha ayat 11
ii- Melakukanlah amalan-amalan sebagai satu bentuk dan tanda kesyukuran. Allah Subhanahuwata'ala berfirman:
اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا
Maksudnya: "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!". Surah Saba’ ayat 13.
iii- Bangun menunaikan solat malam.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi Sallahu'alaihiwasallam berdiri solat (malam) sehingga pecah kedua kaki Baginda. Lalu beliau bertanya kepada Baginda Sallallahu'alaihiwasallam: “Kenapa engkau lakukan ini, hai Rasulullah? Bukankah Allah Subhanahuwata'ala telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan akan datang? Lalu Baginda Sallallahu'alaihiwasallam menjawab:
يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا
Maksudnya: “Wahai Aisyah! Tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang bersyukur''. Riwayat al-Bukhari (4837)
7- Melazimi berzikir
Seorang muslim itu seharusnya melazimi dirinya dan lisannya dengan zikir-zikir yang boleh mengingatnya kepada Allah Subhanahuwata'ala walaupun di mana sahaja dia berada. Ini kerana, banyak kelebihan dan fadhilat yang akan diperolehi bagi orang yang sentiasa melazimi zikir ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran dan sunnah Nabi Sallallahu'alaihiwasallam. Antaranya firman Allah Subhanahuwata'ala,
وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya: “Dan orang-orang lelaki yang banyak berzikir dengan nama Allah serta orang-orang perempuan yang banyak berzikir dengan nama Allah, maka Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar''. Al-Ahzab ayat 35.
Di samping itu juga, di dalam hadith juga terdapat anjuran agar sentiasa melazimi zikir ini berdasarkan kepada riwayat Abi Musa RA:
Bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ، مَثَلُ الحَيِّ وَالمَيِّتِ
Maksudnya: “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya seperti orang yang hidup dan mati". Riwayat al-Bukhari (6407)
8- Melazimi berqiamullai dan bertahajjud
Bangun malam adalah merupakan kebiasaan bagi Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dalam melakukan munajat, mengadu, dan meminta kepada Allah. Samada selain pada bulan ramadhan ataupun pada bulan ramadhan, Namun pada ramadhan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam lebih bersunguh- sungguh dalam menghabiskan sisa-sisa malam. Dari sisi lain pula qiyamullail mempunyai unsur bersunyi-sunyian dan bermunajat dengan Allah Subhanahuwata’ala tanpa pembabitan manusia lain
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
Maksudnya: ''Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji''. Surah Al-Isra’ ayat 79.
Firman Allah Subhanahuwata’ala pada ayat (فَتَهَجَّدْ بِهِ). bermaksud berjagalah di waktu malam. Perkataan “الْهُجُودُ” membawa maksud tidur, manakala perkataan “التَّهَجُّدُ” adalah dalam wazan (timbangan kata) “تَفَعُّلٌ” yang membawa maksud mengusahakan perbuatan itu dan mensabitkannya sebagaimana asalnya.
Dari ‘Aisyah RaH,
أَنَّ النَّبِيَّ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – كَانَ يَنَامُ أَوَّلَ اللَّيْلِ ، وَيَقُومُ آخِرَهُ فَيُصَلِّي . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Maksudnya:" Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam biasa tidur pada awal malam dan bangun pada akhir malam, lalu solat''. Riwayat Bukhari (1146) dan Muslim (739)
Dari ‘Abdullah bin Salâm, Sabda Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam,
يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ
Maksudnya:"Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, nescaya kamu akan masuk Syurga dengan sejahtera''.
Ririwayat at-Tirmidzi,2485; ad-Dârimi,I/340; Ibnu Majah,1334 dan 3251; al-Hâkim(III/13), Ahmad (V/451).
9- Keazaman untuk berubah kepada kebaikan
Kita telah melalui bulan yang mulia ini dengan berpuasa,berqiyam, membaca al-Quran, berbuat baik dan berbagai ibadah yang lain, ianya adalah titik permulaan untuk berhijrah menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Maksudnya:"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri".
Ayat yang lengkapnya,
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ
Maksudnya:"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia". Surah Ar-Ra’d Ayat 11.
Nabi Sallallahu'alaihiwasallam pernah berdoa agar diwafatkan dalam keadaan atau kesudahan hidup yang baik serta agar dijauhkan daripada kehinaan dunia dan juga azab api neraka.
Daripada Busr bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda.
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ
Maksudnya: ''Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di akhirat''. Riwayat Ibn Hibban (949)
اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة
Maksudnya: ''Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk''.
No comments:
Post a Comment