Wednesday, March 11, 2026

Dosa Yang Tidak Ditunda Atau Segera Balasannya

 Dosa Yang Tidak Ditunda Atau Segera Balasannya

Allah Subhanuwata'ala menciptakan syurga dan neraka yang keduanya akan dihuni oleh ummat manusia. Bagi mereka yang amalannya baik ketika di dunia nescaya Allah Subhanuwata'ala dengan kehendak-Nya akan memasukkan mereka ke syurga. Adapun bagi mereka yang tidak ta’at kepada Allah Subhanuwata'ala, maka tempatnya nanti adalah di neraka.

Namun meskipun demikian, ada tiga jenis dosa yang tidak perlu menunggu di akhirat nanti siksaannya, melainkan di dunia pun sudah diseksa atau disegerakan balasannya oleh Allah Subhanuwata'ala.

Hal ini sesuai dengan hadith dari Abu Bakrah RA, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

عَن أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال : كُلُّ ذُنُوبٍ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مِنْهَا مَا شَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، إِلَّا الْبَغْيَ، وَعُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ، وَقَطِيعَةَ الرَّحِمِ، يُعَجِّلُ اللَّهُ لِصَاحِبِهَا فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الْمَوْتِ

Maksudnya:''Daripada Abu Bakrah RA, dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: Setiap dosa akan ditunda balasannya oleh Allah Subhanuwata'ala hingga hari kiamat, kecuali al-baghy (zalim), durhaka kepada orang tua dan memutuskan silaturrahim, Allah akan menyegerakan azabnya di dunia sebelum kematian menjemput''. Riwayat Al-Hakim, Al Mustadrak (7345). Status: Hadith Sahih 

Pengajaran Hadith:

1.  Setiap dosa seorang insan akan menerima balasan azab daripada Allah melainkan mendapat keampunan Allah.

2.  Ada diantara dosa daripada perbuatan maksiat seorang hamba itu akan dipercepatkan balasannya semasa hidup di dunia lagi di samping azab di hari akhirat antaranya:

a)  Dosa al-baghy (menzalimi hak orang lain sama ada dengan kuasa, kekayaan juga tindakan, ia adalah sifat tercela dan perbuatan melampau batas yang mempunyai akibat negatif sama ada pada pelaku dan masyarakat antaranya merampas hak orang lain, menindas pekerja atau rakyat, menuntut sesuatu yang tidak halal, memberontak, rasuah dan sebagainya)

b)  Dosa derhaka kepada orang tua (menyakiti hati, meninggikan suara, mengabaikan tanggungjawab, atau bercakap kasar kepada ibu bapa)

c)  Dosa memutuskan silaturahim (tidak bertegur sapa dengan ahli keluarga terdekat, menimbulkan permusuhan, atau enggan membantu walau mampu)

3.  Balasan atau azab terhadap dosa ini akan dirasai di dunia sebelum datangnya kematian, sama ada dalam bentuk kesempitan hidup, kegagalan dalam urusan hidup, penyakit juga hilang keberkatan umur, rezeki dan ketenangan jiwa.

4.  Kezaliman, derhaka kepada ibu bapa dan memutuskan silaturrahim adalah dosa yang sangat berat di sisi Allah. Berusahalah menjauhi perbuatan dosa yang akan disegerakan balasannya semasa hidup lagi.

Pertama: Dosa orang yang berbuat zalim balasannya akan disegerakan. 

Kata zalim berasal dari bahasa Arab, dengan huruf ظ ل م  yang bermaksud gelap.

Al-Qur’an menggunakan kata ظُلْمٌ selain itu juga digunakan kata بَغْيٌ, yang ertinya sama dengan zalim iaitu melanggar hak orang lain.

Namun pengertian zalim lebih luas maknanya berbanding بَغْيٌ, ianya bergantung pada kalimat yang disandarkannya.

Dari segi bahasa Zalim berasal  dari perkataan اَلظُّلْمُ : اَلْجَوْرُ وَمُجَاوَزَةُ الْحَدِّ,  yakni kezaliman, penyimpangan dan melampaui batas. 

Makna dasar dari "zalim adalah menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya". Lihat al-Mu’jamul Wasith (Bab zha’, hlm. 577).

Zalim adalah perbuatan melampaui batas dalam melakukan keburukan.Dosa al-baghy (menzalimi hak orang lain sama ada dengan kuasa, kekayaan juga tindakan, ia adalah sifat tercela dan perbuatan melampau batas yang mempunyai akibat negatif sama ada pada pelaku dan masyarakat antaranya merampas hak orang lain, menindas pekerja atau rakyat, menuntut sesuatu yang tidak halal, memberontak, rasuah dan sebagainya). 

Manusia yang zalim akan mendapatkan balasan di dunia dan seksa pedih di akhirat. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Alquran:

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya:''Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih''. Surah Asy-Syura ayat 42

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ada menyebutkan dalam sabdanya bahawa kezaliman adalah kegelapan-kegelapan di hari kiamat,

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ الله رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُول الله  صلى الله عليه وسلم: اتَّقُوا الظُّلْمَ ؛ فَإنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ القِيَامَةِ . وَاتَّقُوا الشُّحَّ ؛ فَإِنَّ الشُّحَّ أهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ . حَمَلَهُمْ عَلَى أنْ سَفَكُوا دِمَاءهُمْ ، وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ

Maksudnya:"Dari Jabir bin ‘Abdillah Radhiyallahu anhu ia berkata, “Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, ‘Berhati-hatilah kalian terhadap kezaliman kerana kezaliman itu adalah kegelapan-kegelapan di hari Kiamat. Dan berhati-hatilah kalian terhadap sifat kikir kerana kekikiran itulah yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian. Kekikiran itu mendorong mereka menumpahkan darah dan menghalalkan kehormatan mereka". Muslim(2578)

Pada hadith ini terdapat peringatan dan ancaman dari berbuat zalim. 

Kezaliman merupakan sebab kegelapan bagi pelakunya yang akan membuatnya tidak menentukan arah atau jalan yang akan dituju pada Hari Kiamat; atau boleh juga ia menjadi sebab kesempitan dan kesulitan bagi pelakunya. (Syarhu Sahih Muslim, 16/350; Tuhfatul Ahwadzi, “Kitab al-Birr wa Shilah an Rasulillah”, “Bab Ma Ja`a fiz Zhulum”)

Hukum berbuat zalim adalah haram dalam syariat Allah Subhanahuwata’ala. Bahkan, Allah Subhanahuwata’ala telah mengharamkan kezaliman bagi diri-Nya. Allah Yang Mahasuci berfirman dalam hadith Qudsi.

Dalam hadith Qudsi Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menyebutkan bahawa Allah berfirman,

إِنِّي حَرَّمْتُ عَلَى نَفْسِي الظُّلْمَ وَعَلَى عِبَادِي فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya:"Wahai hamba Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku, lalu Aku mengharamkannya atas kalian semua, maka janganlah kalian saling menzalimi". Muslim (2557)

Setiap Muslim diajarkan agar tidak melakukan perbuatan zalim atau aniaya kepada orang lain dan terhadap dirinya sendiri. Bahkan Allah Subhanahuwata'ala menjanjikan  azab bagi orang yang zalim.

Hal ini sebagaimana yang ditegaskan dalam firman-Nya pada surat Al-Furqan ayat ke-19,


  وَمَنْ يَظْلِمْ مِنْكُمْ نُذِقْهُ عَذَابًا كَبِيرًا  

Maksudnya:"Barangsiapa di antara kamu yang berbuat zalim, nescaya kami rasakan kepadanya azab yang besar". 

Kedua: Durhaka kepada kedua orang tua/Ibubapa. 

Sungguh sangat tidak tahu diri jika seorang anak boleh durhaka kepada kedua orang tuanya. Orang tua yang sudah bersusah payah mengandung, melahirkan, membesarkan dan merawat yang seharusnya mendapat perlakuan baik dari anaknya. Dosa derhaka kepada orang tua seperti menyakiti hati, meninggikan suara, mengabaikan tanggungjawab atau bercakap kasar kepada ibu bapa. 

Berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibubapa sering kali disebutkan dalam Al-Quran, bahkan digandingkan dengan tuntunan menyembah Allah. Hal ini menunjukan bahawa berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibubapa adalah wajib. Allah Subhanuwata'ala berfirman,

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِ

Maksudya:''Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu-bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia''. surah Al-Isra ayat 23.

Perintah supaya melakukan kebaikan terhadap ibubapa juga dapat dilihat dalam firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Al-Nisa’ ayat 36.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ‏"‏ ‏.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏"‏

Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” Riwayat Muslim (2551)

Begitu juga sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam, 

كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ

Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” Riwayat al-Hakim (7263) dan al-Munziri (3/302)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ

Maksudnya:"Dari Abdullah bin ‘Amrin bin Ash RA. ia berkata, Nabi Sallahu'alaihiwasallam telah bersabda: “Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibubapa”. Riwayat Al-Tirmidzi (1821) dan Hadith ini dinilai sahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim. 

Keterangan hadith iaitu reda Allah terletak kepada reda kedua ibubapa, kerana Allah memerintahkan untuk mentaati ibubapa.

Imam Al Ghazali menyebutkan, termasuk adab anak kepada kedua ibubapanya ialah mendengarkan perkataannya, mentaati perintahnya, tidak berjalan di hadapannya, tidak meninggikan suara di sisinya, serta berusaha untuk mendapatkan keredaannya. (lihat, Faidh Al Qadir, 4/33)

Berbakti kepada ibubapa hukumnya wajib ke atas semua yang bergelar anak. Allah Subhanahuwata'ala mewajibkannya sebagaimana Allah mewajibkan solat dan puasa walaupun kedua ibu bapa itu kafir. 

Ketiga:  Memutuskan tali silaturrahim.

SILATURRAHIM (صلة الرحم) diambil daripada perkataan Arab iaitu hubungan yang terdekat. Ia membawa maksud memelihara dan menyambung hubungan dengan kaum kerabat yang terdekat.

Silaturrahim adalah menyambung hubungan antara kaum kerabat sama ada melalui garis keturunan atau melalui perkahwinan dengan pelbagai cara seperti mengunjungi mereka, memberi bantuan kepada mereka ketika memerlukan, mengambil cakna akan hal keadaan mereka dan seumpamanya.

Dosa memutuskan silaturahim adalah seperti tidak bertegur sapa dengan ahli keluarga terdekat,menimbulkan permusuhan, atau enggan membantu walau mampu. 

Nab Sallallahu'alaihiwasallam ketika sampai ke kota Madinah telah bersabda,

أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشوا السَّلامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وصلوا الأرحام وَصَلُّوا باللَّيْل وَالنَّاسُ نِيامٌ، تَدخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلامٍ

Maksudnya: “Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur, nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat". Riwayat Ibnu Majah (3251

Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Maksudnya: Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". Surah al-Nisa’ ayat 1.

Islam mengancam dan mengecam secara tegas orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan. Dalam hal ini, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda  dari Abu Muhammad Jubiar bin Muth’im RA,

عن أَبي محمد جُبَيْرِ بنِ مُطْعِمٍ رضي الله عنه أَنَّ رسولَ اللَّه ﷺ قَالَ: لا يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَاطِعٌ

Maksudnya:''Tidak akan masuk syurga orang yang memutus (silaturahim)''. Riwayat Al-Bukhari (2408) dan Muslim (593)

Maksud “tidak masuk syurga” di sini adalah tidak masuk bersama golongan terawal (bukan ertinya dia tidak akan masuk syurga selama-lamanya padahal dia memiliki Iman).

Islam begitu tegas terhadap hubungan baik sesama manusia. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mahu berbuat baik dan justeru memutus persaudaraan, maka Islam memberikan ancaman yang keras, yakni tidak akan masuk syurga sebagai balasannya.


No comments:

Post a Comment

Dosa Yang Tidak Ditunda Atau Segera Balasannya

 Dosa Yang Tidak Ditunda Atau Segera Balasannya Allah Subhanuwata'ala menciptakan syurga dan neraka yang keduanya akan dihuni oleh ummat...