Thursday, August 28, 2025

Nikmat Kemerdekaan

Nikmat Kemerdekaan

Menurut Kamus Dewan Bahasa, merdeka bermaksud bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan sebagainya. Ia juga bermaksud lepas daripada tebusan atau tuntutan serta berdiri sendiri dan tidak bergantung pada yang lain. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)

Di dalam bahasa Arab, kemerdekaan disebut sebagai ‘استقلال’ iaitu bersendiri dalam memiliki kemuliaan, berdikari dan bangkit daripada penindasan atau melepaskan diri daripada sesuatu ikatan.

Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah, tetapi juga bermaksud menghayati anugerah nikmat merdeka itu dengan sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk mempertahankannya dengan apa cara sekalipun.

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ali Imran ayat 26

Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan kerana itu kita melafazkan lafaz yang diajar oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sempena menyambut kemerdekaan ini dengan: “الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ” sebagai tanda syukur terhadap nikmat kemerdekaan ini. 

Kemerdekaan negara yang dinikmati ini adalah anugerah Allah Subhanahuwata'ala yang wajib disyukuri dan dipelihara. Pelbagai nikmat telah dirasai oleh kita sebagai rakyat hasil daripada kemerdekaan.

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Maksudnya:"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". Ibrahim Ayat 7

Penjajahan adalah sebagai musuh utama kepada kemerdekaan mental dan fizikal. Sifat inginkan kemerdekaan dimiliki oleh semua manusia. Mereka sanggup berperang sehingga ke titisan darah terakhir dan berkorban apa sahaja semata-mata untuk meraih kemerdekaan. Rakyat yang terdiri daripada para perajurit, wira negara, pemimpin, ulama, wartawan, sasterawan, penulis, petani, bahkan pengayuh beca (abang beca) dan lain-lainnya telah berjuang ratusan tahun untuk menuntut kemerdekaan dari belenggu penjajahan asing.

Kewajipan ke atas kita semua untuk mensyukuri nikmat kemerdekaan ini setelah sekian lama kita dijajah serta menghargai segala jasa dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan tanah air. Mereka telah memberikan sumbangan jasa dan bakti yang tidak ternilai harganya dalam menyediakan asas yang kukuh bagi segala kemakmuran, pembangunan dan keharmonian yang kita semua nikmati pada hari ini. Sesungguhnya, segala sumbangan, perjuangan dan jasa mereka itu merupakan satu legasi yang seharusnya diketahui dan dipertahankan. Justeru, pengisian yang bermakna perlu diteruskan dan disambung oleh generasi pada masa kini dan generasi muda yang mewarisi kita kelak demi mencapai wawasan Maju dan Makmur.

Kemerdekaan bukan hanya sejarah yang dikenang, tetapi perjuangan yang diteruskan. Negara yang kita cintai ini perlu terus dibangunkan, bukan hanya dari sudut fizikal dan ekonomi, bahkan dari aspek pembangunan insan. Malah, insan terutamanya generasi muda adalah pemain utama dalam proses pembangunan dan pembinaan sesebuah tamadun yang tinggi. Mereka tampil sebagai agen perubahan, berperanan aktif dalam bidang pendidikan, teknologi, ekonomi dan sosial. Justeru, mereka perlu dipersiapkan agar menjadi pewaris negeri yang bertanggungjawab, berwawasan dan berpaksikan nilai-nilai murni Islam. Antara pengisian yang penting bagi menyediakan generasi baharu yang kukuh dan kuat peribadinya ialah:

Pertama: Pengukuhan akidah, ibadah dan akhlak.

Manusia sememangnya disediakan oleh Allah Subhanahuwata'ala dengan kesediaan yang mencukupi untuk menjalankan tugas sebagai pembina tamadun. Namun, tinggi atau rendah kualiti sesuatu tamadun yang terbina itu, banyak bergantung sepenuhnya kepada nilai peribadi manusia itu sendiri. 

Oleh sebab itu, manusia yang jati dirinya berpaksi pada aspek kerohanian dirinya itu, mestilah dibimbing dengan secukupnya agar dapat dihasilkan peribadi-peribadi berakhlak mulia yang teguh imannya dan sentiasa melakukan amal soleh. Individu-individu berakhlak mulia inilah yang akan dapat diletakkan harapan untuk menghasilkan kemajuan dan pembangunan berkualiti tinggi yang boleh menjamin kemajuan dan kemakmuran sesebuah negeri atau negara.

Sesungguhnya, peranan, tanggungjawab serta matlamat kehadiran manusia di alam ini adalah terfokus kepada pelaksanaan dua tugas utama iaitu melakukan ibadah kepada Allah Subhanahuwata'ala dan memakmurkan planet bumi yang mereka diami. Hal ini terungkap jelas dalam Surah adz-Dzariyat, ayat 56:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.

Dan firman Allah Subhanahuwata'ala dalam Surah Hud, ayat 61:

وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ

Maksudnya:''Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Soleh. Soleh berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)''.

Berdasarkan kepada ayat tadi, dapatlah difahami bahawa kerja-kerja lain selain ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji, yang dikaitkan secara langsung proses dengan pemakmuran bumi adalah juga sebenarnya termasuk dalam konsep ibadah kepada Allah Subhanahuwata'ala. Sebabnya, kerja tersebut juga termasuk dalam suruhan Allah Subhanahuwata'ala.

Dalam pendidikan Islam, akidah berfungsi sebagai dasar keyakinan yang menggerakkan tindakan, sementara akhlak adalah manifestasi dari keyakinan tersebut dalam perilaku. Ini seperti hubungan antara jiwa dan raga, keduanya tidak dapat dipisahkan. Akidah adalah keyakinan dan kepercayaan mendalam kepada Allah Subhanahuwata'ala dan rukun iman, manakala akhlak adalah perilaku dan budi pekerti mulia yang mencerminkan penghayatan akidah tersebut. Kedua-duanya adalah asas penting dalam membentuk peribadi Muslim yang unggul dan bertakwa, di mana akidah yang mantap akan menghasilkan akhlak yang mulia, menjadikan seseorang Muslim sebagai teladan dan mencerminkan keindahan Islam. 

Dalam erti kata lain juga, akidah adalah aspek yang menjadi asas benteng kekuatan diri, keluarga dan masyarakat dalam menempuh cabaran-cabaran yang mendatang. Akidah yang mantap akan melahirkan amal kebaikan yang diamalkan secara sempurna, menyeluruh dan berterusan. Amal ibadah ini seterusnya dihayati dalam kehidupan sebenar dengan menterjemahkan akhlak yang mulia melalui nilai-nilai taqwa, ikhlas, amanah, bertanggungjawab, jujur dan sebagainya. Nilai-nilai yang terhasil dari ibadah-ibadah ini akan membentuk individu, keluarga dan masyarakat yang cintakan agama, bangsa dan negara.

Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

Maksudnya:''Dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Mukminin yang paling baik imannya adalah yang paling baik akhlaknya''. Riwayat Abu Daud (4062)

Makna dan pengajaran hadith ini adalah keimanan seseorang tidak hanya diukur melalui pengakuan hati atau ibadah semata, tetapi juga sangat bergantung pada akhlak dan budi pekerti yang diamalkan dalam kehidupan seharian. 

Musuh yang paling besar pula, ialah kejahilan agama dalam diri umat Islam sehingga lemahnya iman mereka. Hal ini demikian kerana, mendedahkan seseorang itu kepada godaan syaitan dengan mudah dan mengheret mereka kepada kesesatan sehingga menjadi bala tentera syaitan.

Hal ini disebutkan oleh firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

Maksudnya:"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan''. Al-An'am ayat 112

Kedua: Pencapaian tahap pendidikan, penguasaan ilmu dan kemahiran serta teknologi terkini.

Apabila kita meneliti catatan sejarah, kita akan mendapati bahawa kejahilan adalah punca utama sesuatu bangsa itu mudah dikuasai dan dijajah. Tanpa ilmu, sesuatu masyarakat itu akan mudah ditundukkan, dan dipaksa menurut kehendak mereka yang berilmu. Justeru, umat Islam perlu mempertingkatkan keupayaan diri dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mantap dan menyeluruh, khususnya dalam ilmu fardu ain dan fardu kifayah agar mampu bersaing dan dihormati oleh bangsa lain di sekelilingnya dan di dunia.

Sebagai umat yang terbaik, umat Islam sewajarnya lebih berperanan sebagai penggerak utama dalam pembangunan dan kemajuan tamadun manusia sejagat. Oleh sebab itu, kita semua, terutamanya para belia Islam, hendaklah bersiap sedia dengan menimba ilmu dan kemahiran dengan secukup-cukupnya dan seluas-luasnya agar umat Islam dapat maju dan menjadi penyumbang, bukan sekadar penumpang kepada kemajuan yang akan dikecapi.

Allah Subhanahuwata'ala memberikan pesanan dan amaran kepada seluruh manusia agar mereka tidak hidup dalam kejahilan sebagaimana firman-Nya,

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Maksudnya:''Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya''. Al-Isra ayat 36

Berhati-hatilah apabila kejahilan melanda; Pada zaman kini, media musuh Islam selaku penjajah menjadikan senjata yang paling penting kepada syaitan-syaitan yang berkeliaran untuk menggoda manusia dengan kata-kata yang indah dan menarik. Tujuan mereka supaya masyarakat terpesong daripada Islam dengan dilakukan pelbagai uslub dan pendekatan yang halus lagi beracun.

Antaranya disuntik racun ke dalam pemikiran mereka yang tidak mempunyai kematangan berfikir bersama petunjuk Allah Subhanahuwata'ala dan tidak mempunyai ketahanan jati diri beriman dan berakhlak. Termasuklah dalam kalangan mereka yang merasakan dirinya sangat bijak, tetapi bersifat takabur seperti Iblis. Oleh itu, golongan tersebut tidak layak mendapat hidayah Allah Subhanahuwata'ala walaupun sebenarnya bijak. Apatah lagi dalam kalangan mereka itu sebenarnya jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil).

Malah, terdapat ramai dalam kalangan manusia yang bersedia menjadi alat atau tentera upahan musuh untuk menyesatkan manusia khususnya umat Islam semata-mata untuk mencari makan tanpa mempunyai wawasan yang sebenar. Akhirnya, ia menjadi perniagaan yang menghasilkan harta haram yang dimasukkan ke dalam jasad diri dan keluarga masing-masing. Hal ini dinyatakan sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,

الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ

Mkasudnya:''(iaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari pada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh''. Ibrahim ayat 3

Antara pendekatan yang diambil oleh musuh-musuh Islam ialah menimbulkan keraguan dan salah faham terhadap Islam, dengan menyasarkan hukum-hukum Islam yang tertentu untuk diragukan tanpa menyatakan proses pelaksanaan dan hikmah hukum tersebut. Keraguan tersebut dilakukan dengan sengaja atau secara jahil.

Adapun mereka yang berwaspada dalam perjalanan hidup mereka akan sentiasa mencari penjelasan dan menemui kebenaran tanpa tertipu atau tergoda, tidak tersesat dan tidak berlaku zalim. Mereka itu berpegang kepada peringatan Allah Subhanahuwata'ala melalui firman-Nya,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya:''Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu''. Al-Hujurat ayat 6

Ketiga: Penjagaan perpaduan dan silaturrahim, berbaik sangka dan muhibbah sesama manusia.

Islam amat menitikberatkan hubungan baik sesama manusia dan persaudaraan sesama Islam untuk mencapai kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat. Keharmonian yang kita warisi kini tidak akan dapat dipertahankan seandainya kita berpecah-belah dan tidak bersatu hati. Oleh itu, memupuk persefahaman dan amalan berbaik-baik sesama semua manusia adalah tanggungjawab umat Islam dalam mengekalkan ciri-ciri keamanan, kestabilan dan kemajuan di dalam negeri dan negara yang merdeka. Ingatlah, ‘bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Maksudnya:''Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk''. Ali-Imran ayat 103

Ayat ini menyeru umat Islam agar berpegang teguh kepada ajaran Allah dan tidak berpecah-belah, menjauhi perselisihan yang boleh menjejaskan kekuatan mereka, sepertimana yang berlaku kepada umat terdahulu yang binasa kerana perpecahan. Ayat ini juga mengingatkan umat Islam akan nikmat Allah yang menyatukan hati mereka selepas zaman bermusuh-musuhan, menjadikannya sebuah iktibar supaya tidak kembali berpecah-belah. Perpecahan di kalangan umat Islam akan menyebabkan mereka menjadi lemah, gentar, dan kehilangan kekuatan untuk membangunkan diri dan negara. 

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya:''Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa''. Al-An'am ayat 153

Allah Subhanahuwata'ala memberikan peringatan kepada orang-orang yang beriman supaya sentiasa beristiqamah atas jalan Islam, dan jangan sekali-kali terpesong daripadanya. Setiap penganut Islam diminta berdoa dalam setiap rakaat solat supaya tidak terpesong daripada petunjuk Islam.

Petunjuk yang nyata terkandung dalam Kitab al-Quran yang dipelihara oleh Allah Subhanahuwata'ala dan berpandukan kebijaksanaan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam yang menjadi teladan kepada seluruh umat untuk berpegang teguh dengan kedua-duanya. 

Akhirnya, marilah kita bersama-sama menghayati firman Allah Subhanahuwata’ala dalam surah al-An’am, ayat 165,

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya:''Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang''. Al-An'am ayat 165



Wednesday, August 20, 2025

Buli adalah satu kezaliman (Justice for Zara Qairina)

Buli adalah satu kezaliman (Justice for Zara Qairina)

Kata zalim berasal dari bahasa Arab, dengan huruf ظ ل م yang bermaksud gelap.

Al-Qur’an menggunakan kata ظُلْمٌ selain itu juga digunakan kata بَغْيٌ, yang ertinya sama dengan zalim iaitu melanggar hak orang lain.

Namun pengertian zalim lebih luas maknanya berbanding بَغْيٌ, ianya bergantung pada kalimat yang disandarkannya.

Dalam hadith Qudsi Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menyebutkan bahawa Allah Subhanahuata'ala berfirman,

إِنِّي حَرَّمْتُ عَلَى نَفْسِي الظُّلْمَ وَعَلَى عِبَادِي فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya:"Wahai hamba Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku, lalu Aku mengharamkannya atas kalian semua, maka janganlah kalian saling menzalimi". Muslim (2557)

Setiap Muslim diajarkan agar tidak melakukan perbuatan zalim atau aniaya kepada orang lain dan terhadap dirinya sendiri. Bahkan Allah Subhanahuwata'ala menjanjikan azab bagi orang yang zalim.

Hal ini sebagaimana yang ditegaskan dalam firman-Nya pada surat Al-Furqan ayat ke-19,

  وَمَنْ يَظْلِمْ مِنْكُمْ نُذِقْهُ عَذَابًا كَبِيرًا

Maksudnya:"Barangsiapa di antara kamu yang berbuat zalim, nescaya kami rasakan kepadanya azab yang besar".

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pula bersabda,

اِتَّقُوا اَلظُّلْمَ فَإِنَّ اَلظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ

Maksudnya:“Jauhilah perbuatan zalim, kerana sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat”. Muslim (2587)

Orang yang zalim di waktu merasakan azab Allah,

لَا تَرْكُضُوا وَارْجِعُوا إِلَىٰ مَا أُتْرِفْتُمْ فِيهِ وَمَسَاكِنِكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْأَلُونَ

Maksudnya:"Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kamu kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu (yang baik), supaya kamu ditanya". Al-Anbiya ayat 13.

Buli bermaksud perbuatan mengasari atau mengganggu orang lain, terutamanya mereka yang lebih lemah, dengan tujuan untuk menakutkan, mengancam, atau menyakiti mereka secara fizikal atau emosi. Ia melibatkan tindakan berulang yang bertujuan untuk menunjukkan kekuasaan atau menguasai orang lain, seringkali melibatkan ketidakseimbangan kuasa antara pembuli dan mangsa. Buli boleh memberi kesan buruk kepada mangsa, termasuk masalah kesihatan mental, fizikal, dan emosi. Ia juga boleh memberi kesan negatif kepada pembuli dan persekitaran sosial secara keseluruhan.

Secara lebih terperinci, buli boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:

1-Buli fizikal:

Melibatkan tindakan fizikal seperti memukul, menendang, menolak, atau mencederakan mangsa.

2-Buli lisan (verbal):

Melibatkan kata-kata kasar, ejekan, ancaman, penyebaran khabar angin, atau hinaan.

3-Buli emosi (psikologi):

Melibatkan tindakan yang bertujuan untuk menyakiti perasaan mangsa, seperti mengabaikan, mengasingkan, atau membuat mereka berasa tidak berharga.

4-Buli siber:

Buli yang berlaku melalui media sosial, e-mail, atau platform dalam talian lain, termasuk penyebaran maklumat palsu, ancaman, atau penghinaan.

Budaya membuli dapat berkembang dalam konteks dimanapun manusia saling berinteraksi. Ini mungkin merangkumi sekolah, keluarga, tempat kerja,[1] rumah, dan kawasan kejiranan. Platform utama pembuli dalam budaya kontemporari adalah di laman sesawang media sosial.[2] Satu kajian oleh The Lancet Child & Adolescent Health pada tahun 2019 menunjukkan hubungan antara penggunaan media sosial dengan kanak-kanak perempuan dan peningkatan pendedahan mereka terhadap pembulian.[3]

Rujukan:

1- Lihat Williams, Ray (3 May 2011). "The Silent Epidemic: Workplace Bullying".

2-Lihat Whittaker, E (2016). "Cyberbullying via social media". Journal of School Violence: 11–29.

3-Social Media Use May Harm Teens' Mental Health By Disrupting Positive Activities, Study Says". 2019-08-13.

Sebagaimana kita sedia maklum, buli merupakan satu ancaman yang membimbangkan dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa kini. Sebagaimana keterangan di atas, buli merujuk kepada perbuatan oleh seseorang atau beberapa orang yang menggunakan kekuatan atau kekerasan untuk menakutkan, mengganggu, menghina atau menyakitkan orang lain melalui pelbagai kaedah, sama ada secara fizikal, mental atau emosi yang mengakibatkan kecederaan fizikal atau gangguan emosi kepada mangsa. Jenis salah laku buli dalam kalangan murid yang biasa berlaku termasuk fizikal, lisan, bukan lisan dan buli siber.

Laporan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tahun 2023 menyatakan Malaysia menduduki tangga kelima di dunia dan kedua di Asia dalam kes buli siber. Akhbar Berita Harian bertarikh 22 Mac 2024 ada melaporkan kes kematian seorang murid di sebuah kolej akibat dibuli oleh 13 orang rakan mangsa. Walaupun Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman mati pada Julai 2024 terhadap enam orang pembuli di sebuah universiti awam, kes buli masih lagi berlaku seperti tidak berkesudahan.

Kita perlu sedar bahawa sekecil-kecil perkara pun akan dibawa ke perbicaraan mahkamah teragung di hadapan Allah Subhanahuwata'ala. Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah al-Kahfi ayat 49,

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Maksudnya:''Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun''.

Allah Subhanahuwata'ala mengingatkan kita bahawa manusia dicipta dengan penuh kemuliaan dan keistimewaan. Kita diberi akal fikiran, kemampuan untuk mengurus kehidupan di darat dan di laut, dikurniakan rezeki dari pelbagai bentuk, dan dilebihkan berbanding makhluk lain.Namun persoalannya; Adakah kita benar-benar menghargai kemuliaan ini?Adakah kita hidup sebagai insan yang menjaga maruah, beradab dan penuh rasa syukur terhadap nikmat Allah?

Kemuliaan bukan sekadar anugerah, tetapi amanah. Sebagai anak-anak Adam, kita dituntut untuk hidup dengan penuh tanggungjawab, menegakkan keadilan, menyebarkan kasih sayang dan menghindari kerosakan di bumi.Dalam menjelaskan hal ini, Allah Subhanahuwata'ala, berfirman,

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya Kami telah muliakan anak Adam. Al-Isra ayat 70.

Ketika menafsirkan ayat ini, al-Hafiz Ibn Kathir rahimahullah berkata: Allah Subhanahuwata'ala mengkhabarkan bahawa Dia memuliakan anak Adam dengan cara Dia menciptakan mereka dengan sebaik-baik kejadian. Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim (5/97).

Perbuatan membuli memang tidak dinafikan akan meninggalkan kesan kepada mangsa yang menghadapinya. Kesan yang terhasil sama ada bersifat kekal atau sementara. Begitu juga kesan terhadap fizikal dan mental mangsa buli. Berikut dikongsikan beberapa kesan-kesan buli terhadap mangsa:

1- Trauma.

Inilah kesan buruk dari sudut emosi bagi mangsa-mangsa yang dibuli. Bahkan dilaporkan beberapa kes yang menceritakan mangsa buli rasa takut untuk kembali ke sekolah. Bahkan terdapat sebuah kes di Kelantan, seorang mangsa buli di salah sebuah sekolah berasa trauma ekoran diugut oleh pelajar-pelajar yang membulinya agar merahsiakan kejadian tersebut.

2- Kesan fizikal.

Kesan-kesan fizikal ini melibatkan kecederaan kepada anggota tubuh mangsa buli. Terdapat kesan yang bersifat kekal dan ada juga yang bersifat sementara serta ada juga yang menyebabkan kematian.

Perbuatan buli memberi kesan yang amat besar pada diri mangsa, pembuli dan keluarga. Mangsa buli akan mengalami tekanan dan gangguan emosi sepanjang hayat terutama apabila dibuli terhadap perasaan dan psikologi. Buli fizikal boleh memberikan kesan seperti kecatatan atau parut yang kekal selamanya.

Bagi si pembuli pula, kesan kepada diri sendiri amat besar apabila disabitkan dengan jenayah tersebut. Bagaimanakah gambaran masa depan mereka dan keluarga jika dikenakan hukuman penjara mahupun sebatan sehingga memusnahkan kehidupan. Jangan kerana inginkan keseronokan dan penyelesaian sementara, menjadikan kehidupan kita sia-sia.

Mengapakah buli ini terjadi?

Pertama: Kelemahan institusi kekeluargaan. Pengabaian didikan ibu bapa dan kurang kasih sayang di samping cara didikan yang kasar menyebabkan anak menjadi pembuli. Tidakkah kita tahu bahawa ayah dan ibu memberi kesan dalam pembentukan adab dan akhlak anak-anak. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Maksudnya: Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi''. Riwayat al-Bukhari (1385)

Kedua: Pengaruh media sosial. Statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan bahawa 28 juta rakyat Malaysia aktif menggunakan media sosial. Keganasan, kelucahan dan ejekan terhadap fizikal seseorang menjadi paparan utama media sosial sehingga dirasakan normal, melucukan, dan menjadi ikutan masyarakat.

Ketiga: Sikap individu yang mementingkan diri. Sifat ego, panas baran dan kurang empati mendorong kepada berlakunya kes buli dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang merasakan dirinya hebat atau kuat sering mengejek dan memandang rendah kepada orang lain sehingga melakukan penindasan secara sedar ataupun tidak.

Islam datang dengan membawa kesejahteraan dan keamanan. Maksud Islam itu sendiri jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu membawa maksud sejahtera. Lafaz ucapan salam yang dianjurkan setiap kali bertemu sesama Islam melambangkan Islam akan menjamin kesejahteraan dan keamanan sesiapa sahaja yang menerima Islam dan tidak memusuhinya. Malah orang kafir zimmi (yang tidak memerangi Islam) pun akan dijaga dan tidak dibuli jika hidup di bawah kepimpinan Islam, apatah lagi sesama Islam. Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah al-Taubah ayat ke 128;

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.

Kita dianjurkan untuk berakhlak dengan akhlak Islam yang sebenar seperti yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahua'laihiwasallam yang penuh hikmah serta kasih sayang. Dalam masa yang sama kita dinasihatkan supaya mendidik diri dan zuriat keturunan kita agar menjauhi budaya barat yang boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni.

Perkara penting yang perlu semua kita fahami, Islam adalah satu agama yang benar-benar menjaga dan memelihara karamah insaniah (kemuliaan insan). Sebab itu kita dapati bahawa di dalam Islam terdapatnya hukuman qisas yang mana antara takrifannya adalah: Hukuman yang ditentukan kadarnya dari sudut syarak sebagai hak kepada anak Adam. Firman Allah Subhanahuwata'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى ۖ الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَىٰ بِالْأُنْثَىٰ ۚ فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ ۗ فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ. وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.

Maksudnya:''Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih.Dan dalam qishaash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa". Al-Baqarah ayat 178-179.

Qisas berasal dari bahasa Arab yang berarti "pembalasan" atau "mengikuti jejak". Dalam konteks hukum Islam, qisas adalah hukuman yang setimpal dengan perbuatan pelaku kejahatan, terutama dalam kes pembunuhan dan penganiayaan.

Hukuman qisas dalam Islam adalah hukuman balas yang setimpal dengan perbuatan pelaku kejahatan, khususnya dalam kes pembunuhan dan tindakan pidana yang melibatkan anggota badan. Intinya, "mata ganti mata, gigi ganti gigi". Ini bererti jika seseorang membunuh, maka pelaku boleh dihukum mati, dan jika melukai, maka pelaku boleh dilukai dengan cara yang sama.

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya:''Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada qishaashnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qishaash)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim". Al-Ma'idah ayat 45.

Tujuan utama hukuman qisas adalah untuk menegakkan keadilan, memberikan efek serik(tidak mahu mengulang lagi), dan meminimalisasi terjadinya kejahatan serupa di masa depan. Selain itu, hukuman ini juga bertujuan untuk memberikan ketenangan bagi keluarga korban dan memulihkan rasa keadilan.

Manakala larangan dan balasan buat mereka yang memukul orang lain adalah tersangat banyak seperti yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith-hadith. Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun''. Al-Kahf ayat 49.

Di dalam sebuah hadith, daripada Abu Hurairah R.anhu beliau meriwayatkan dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam baginda bersabda,

إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ ‏

Maksudnya: Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah sesiapa yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa, dan zakat. Dia juga datang dalam keadaan pernah mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini. Maka diberikan kepada orang-orang tersebut kebaikan-kebaikan dirinya. Sekiranya kebaikannya sudah habis dalam keadaan perhitungan ke atasnya belum lagi habis, maka diambil kejahatan-kejahatan mereka itu tadi lalu dicampakkan kepadanya dan kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka.Riwayat Muslim (2581)

Kata al-Imam al-Nawawi rahimahullah ketika mensyarahkan hadith ini: Sangat benarlah Nabi Sallallahu'alaihiwasallam. Kerana sesungguhnya inilah sebenar-benar muflis. Adapun seorang yang muflis di dunia, maka sesungguhnya dunia itu datang dan pergi. Boleh jadi seseorang itu asalnya fakir, lalu dia berubah menjadi kaya ataupun sebaliknya. Akan tetapi, sebenar-benar muflis itu adalah ketika seorang itu muflis atas segala kebaikan yang dia telah berpenat lelah dalam mengerjakannya. Di hadapannya hari kiamat yang amalan kebaikannya akan menjadi saksi. Kemudian kebaikan tersebut diambil oleh si fulan dan si fulan. Pada hadis ini menunjukkan ancaman terhadap perbuatan melakukan kejahatan ke atas makhluk. Rujuk Riyadh al-Solihin, Al-Nawawi (1/251).

Allah Subhanahuwata'ala mengajar kita untuk menjadi seorang hamba yang taat kepada perintah-Nya, saling menghormati sesama manusia, berkasih sayang antara satu sama lain, serta menjaga hak-hak karamah insaniah. Ingatlah, apabila kita membuli orang lain boleh jadi kita juga bakal dibuli oleh orang lain dalam hari-hari yang mendatang. Boleh jadi anak-anak kita juga akan menjadi mangsa buli pada masa hadapan kelak.

Hendaklah setiap mereka yang terlibat dengan perbuatan buli ini merasa insaf, bahawa setiap tindakan dan amalan kita di atas bumi ini akan dinilai oleh Allah Subhanahuwata'ala. Dari sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesar-besar perkara kesemuanya itu tidak terlepas dari catatan dan hitungan Malaikat. Tambahan pula perbuatan menzalimi manusia yang lain tanpa hak. Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun''. Al-Kahf ayat 49.

Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maksudnya:''Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan''. Yasin ayat 65

Ketika mana kita menyedari hakikat ini, bahawa segala amalan kita akan dihitung dan dipertanggungjawabkan, maka sudah tentulah kita akan merasa insaf. Disuburkan pula dengan rasa hormat serta kasih sayang sesama manusia yang lain. Ingatlah bahawa kita semua akan kembali menemui Tuhan kita. Sekiranya baik segala amalan kita di dunia ini maka kita pasti akan mendapat kebaikan di akhirat sana. Sebaliknya, jika amal-amal buruk sahaja yang kita bawa sepanjang perjalanan di dunia ini, buruk jugalah balasan yang bakal kita terima.


Wednesday, August 13, 2025

Neraka seburuk-buruk tempat kembali dan 9 jenis neraka

Neraka seburuk-buruk tempat kembali dan 9 jenis neraka.

Segelintir manusia membayangkan kehidupan dalam neraka seperti kehidupan banduan dalam penjara. Ketika mana manusia  bebas bergerak, bebas untuk makan, bebas untuk bersosial, mereka iaitu banduan terbatas hadnya. Namun mereka masih mampu untuk makan kenyang, cukup masa bersosial dengan kadar yang minimum. Kesemua gambaran tersebut adalah situasi penjara dunia yang ternyata tidak boleh dibuat bandingan dengan keadaan neraka Allah yang amat dahsyat azabnya.

Dalam bahasa Arab, neraka disebut النار dengan maksud api. Sebagaimana yang diketahui, api ini merujuk kepada pembakaran dengan kepanasan.

Panasnya api Neraka, hal ini dikhabarkan oleh Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam, 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُوقِدَتْ النَّارُ أَلْفَ سَنَةٍ فَابْيَضَّتْ ثُمَّ أُوقِدَتْ أَلْفَ سَنَةٍ فَاحْمَرَّتْ ثُمَّ أُوقِدَتْ أَلْفَ سَنَةٍ فَاسْوَدَّتْ فَهِيَ سَوْدَاءُ كَاللَّيْلِ الْمُظْلِمِ

Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dari Nabi ﷺ beliau bersabda, "Api neraka dinyalakan selama seribu tahun lamanya, sehingga menjadikannya berwarna putih, kemudian di nyalakan lagi selama seribu tahun, sehingga menjadikannya berwarna merah, lalu di nyalakan kembali selama seribu tahun, sehingga ia menjadi sangat hitam, iaitu seperti gelapnya malam". Riwayat Tirmizi(4311)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَارُكُمْ هَذِهِ الَّتِي يُوقِدُ ابْنُ آدَمَ جُزْءٌ مِنْ سَبْعِينَ جُزْءًا مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ

Maksudnya:"Dari Abu Hurairah Nabi ﷺ bersabda, "Api kalian ini yang dinyalakan oleh anak cucu Adam adalah satu dari tujuh puluh bagian panasnya neraka jahanam". Riwayat Muslim (5077)

Neraka seburuk-buruk tempat kembali adalah merujuk kepada beberapa ayat di dalam al-Qur'an diantaranya:

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَإِذْ قَالَ إِبْرَٰهِۦمُ رَبِّ ٱجْعَلْ هَٰذَا بَلَدًا ءَامِنًا وَٱرْزُقْ أَهْلَهُۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ مَنْ ءَامَنَ مِنْهُم بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ ۖ قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُۥ قَلِيلًا ثُمَّ أَضْطَرُّهُۥٓ إِلَىٰ عَذَابِ ٱلنَّارِ ۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ

Maksudnay:''Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: "Dan kepada orang yang kafirpun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali''. Al-Baqarah ayat 126

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

أَفَمَنِ ٱتَّبَعَ رِضْوَٰنَ ٱللَّهِ كَمَنۢ بَآءَ بِسَخَطٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَمَأْوَىٰهُ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ

Maksudnya:''Apakah orang yang mengikuti keridhaan Allah sama dengan orang yang kembali membawa kemurkaan (yang besar) dari Allah dan tempatnya adalah Jahannam? Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali''. Ali Imran ayat 126

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَمَن يُوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُۥٓ إِلَّا مُتَحَرِّفًا لِّقِتَالٍ أَوْ مُتَحَيِّزًا إِلَىٰ فِئَةٍ فَقَدْ بَآءَ بِغَضَبٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَمَأْوَىٰهُ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ

Maksudnya:''Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya''. Al-Anfal ayat 16

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

يَقْدُمُ قَوْمَهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ فَأَوْرَدَهُمُ ٱلنَّارَ ۖ وَبِئْسَ ٱلْوِرْدُ ٱلْمَوْرُودُ

Maksudnya:''Ia berjalan di muka kaumnya di hari kiamat lalu memasukkan mereka ke dalam neraka. Neraka itu seburuk-buruk tempat yang didatangi''. Hud ayat 98

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنْكَرَ ۖ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۗ قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكُمُ ۗ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Maksudnya:''Dan apabila dibacakan di hadapan mereka ayat-ayat Kami yang terang, niscaya kamu melihat tanda-tanda keingkaran pada muka orang-orang yang kafir itu. Hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami di hadapan mereka. Katakanlah: "Apakah akan aku kabarkan kepadamu yang lebih buruk daripada itu, yaitu neraka?" Allah telah mengancamkannya kepada orang-orang yang kafir. Dan neraka itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali''. Al-Hajj ayat 72

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَآ أُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِ خَٰلِدِينَ فِيهَا ۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ

Maksudnya:''Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali''. Al-Tahgabun ayat 10

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ جَٰهِدِ ٱلْكُفَّارَ وَٱلْمُنَٰفِقِينَ وَٱغْلُظْ عَلَيْهِمْ ۚ وَمَأْوَىٰهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ

Maksudnya:''Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah jahannam dan itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali''. Al-Tahrim ayat 9

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَلِلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِرَبِّهِمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ ۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ

Maksudnya.''Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali''. Al-Mulk ayat 6

Sesungguhnya penciptaan manusia itu bukanlah sesuatu pekerjaan yang sia-sia apabila manusia itu pasti akan bertemu dengan kematian. Setiap daripada kita akan dihisab dan ditentukan kedudukan sama ada akan ditempatkan di syurga atau neraka berdasarkan apa yang diamalkan sepanjang kehidupan di dunia. Hal ini jelas seperti mana yang difirmankan oleh Allah Subhanahuwata'ala,

وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَـٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا

Maksudnya: Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. Al-Nisa’ ayat 124.

Setiap orang beriman pasti akan bimbang dan sangat takut untuk melakukan kemaksiatan apabila mereka membaca dan memahami ayat-ayat al-Quran yang berbentuk ancaman daripada Allah Subhanahuwata'ala. Seumpama ayat berikut,

إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ. فِي الْحَمِيمِ ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ

‌Maksudnya:"Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, seraya mereka diseret ke dalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api". Ghafir 71-72.

ثُمَّ ٱلْجَحِيمَ صَلُّوهُ 

Maksudnya:"Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala". Al-Haqqah Ayat 31

ثُمَّ فِى سِلْسِلَةٍ ذَرْعُهَا سَبْعُونَ ذِرَاعًا فَٱسْلُكُوهُ 

Maksudnya:"Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta".

Al-Haqqah Ayat 32.

وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنْ غِسْلِينٍ 

Maksudnya:"Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Al-Haqqah Ayat 36

Penghuni neraka kelak, tidak akan mati biarpun tubuh badan mereka sentiasa dibakar, dipukul, dicincang, dipotong atau dirosakkan.Hal ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لَا يُقْضَىٰ عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا وَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُم مِّنْ عَذَابِهَا ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي كُلَّ كَفُورٍ

Maksudnya: Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya''. Al-Fatir ayat 36.

Penghuni neraka kelak, tidak akan mati biarpun tubuh badan mereka sentiasa dibakar, dicincang, dipotong atau dirosakkan.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّا أَهْلُ النَّارِ الَّذِينَ هُمْ أَهْلُهَا فَإِنَّهُمْ لَا يَمُوتُونَ فِيهَا وَلَا يَحْيَوْنَ

Maksudnya:"Dari Abu Sa'id dia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Adapun penduduk neraka yang mana mereka adalah penduduknya, maka mereka tidak akan mati di dalamnya dan tidak pula hidup...". Riwayat Muslim (271)

Dalam Surah Al-Furqan, ayat 65-66, iaitu orang-orang yang meskipun mereka sudah bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Allah dan mereka takut kepada Allah, namun mereka tetap berdoa memohon kepada-Nya agar menyelamatkan mereka dari siksaan Jahanam.

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا .إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا

Maksudnya:"Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.

Nabi Muhammad Salallahu'alaihiwasallam pernah bercerita mengenai kedalaman api neraka.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ سَمِعَ وَجْبَةً فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَدْرُونَ مَا هَذَا قَالَ قُلْنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ هَذَا حَجَرٌ رُمِيَ بِهِ فِي النَّارِ مُنْذُ سَبْعِينَ خَرِيفًا فَهُوَ يَهْوِي فِي النَّارِ الْآنَ حَتَّى انْتَهَى إِلَى قَعْرِهَا

Maksudnya:"Dari Abu Hurairah berkata, Kami bersama Nabi ﷺ tiba-tiba beliau mendengar suara sesuatu yang jatuh berdebuk, Nabi ﷺ bertanya, "Tahukah kalian apa itu?" kami menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih tahu. Beliau bersabda, "Itu adalah batu yang dilemparkan ke neraka sejak tujuh puluh tahun, ia jatuh ke neraka sekarang hingga mencapai dasarnya". Riwayat Muslim (5078)

Hadith sahih itu menunjukkan saiz neraka sangat besar dan dalam.

Bayangkan, golongan yang mendapat seringan-ringan seksaan di dalam api neraka kelak adalah seorang lelaki yang diberi pakai kasut atau selipar daripada api neraka.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَهْوَنُ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا أَبُو طَالِبٍ وَهُوَ مُنْتَعِلٌ بِنَعْلَيْنِ يَغْلِي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ

Maksudnya:"Dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, "Penduduk neraka yang paling ringan siksanya adalah Abu Thalib, dia memakai kedua sandal sementara otaknya mendidih karena panasnya". Riwayat Muslim (312)

النُّعْمَانَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَرَجُلٌ تُوضَعُ فِي أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَةٌ يَغْلِي مِنْهَا دِمَاغُهُ

Maksudnya:"Nu'man, aku mendengar Nabi ﷺ bersabda, "Penghuni neraka yang paling ringan siksanya adalah, seseorang yang kedua telapak kakinya dipakaikan sandal, kemudian otaknya mendidih". Riwayat Bukhari (6076)

Hadith diatas mengkhabarkan bahawa sebaik sahaja meletakkan kakinya di atas selipar itu, maka akan terbakar dan menggelegak otaknya.

Ketika itu, dia merasakan dialah yang mendapat azab neraka paling pedih, sedangkan itulah seringan-ringan azab di dalam neraka.

Panasnya api Neraka, hal ini dikhabarkan oleh Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam, 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُوقِدَتْ النَّارُ أَلْفَ سَنَةٍ فَابْيَضَّتْ ثُمَّ أُوقِدَتْ أَلْفَ سَنَةٍ فَاحْمَرَّتْ ثُمَّ أُوقِدَتْ أَلْفَ سَنَةٍ فَاسْوَدَّتْ فَهِيَ سَوْدَاءُ كَاللَّيْلِ الْمُظْلِمِ

Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dari Nabi ﷺ beliau bersabda, "Api neraka dinyalakan selama seribu tahun lamanya, sehingga menjadikannya berwarna putih, kemudian di nyalakan lagi selama seribu tahun, sehingga menjadikannya berwarna merah, lalu di nyalakan kembali selama seribu tahun, sehingga ia menjadi sangat hitam, yaitu seperti gelapnya malam". Riwayat Tirmizi(4311)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَارُكُمْ هَذِهِ الَّتِي يُوقِدُ ابْنُ آدَمَ جُزْءٌ مِنْ سَبْعِينَ جُزْءًا مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ

Maksudnya:"Dari Abu Hurairah Nabi ﷺ bersabda, "Api kalian ini yang dinyalakan oleh anak cucu Adam adalah satu dari tujuh puluh bagian panasnya neraka jahanam". Riwayat Muslim(5077)

Ibnu al-Mubarak meriwayatkan daripada Sufyan, daripada Sulaiman, daripada Abu Zhibyan, daripada Salman, dia berkata: “Neraka itu hitam, baranya tidak bercahaya api.” Kemudian dia membaca:

كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا مِنْ غَمٍّ أُعِيدُوا فِيهَا وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

Maksudnya: ''Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (kepada mereka dikatakan): “Rasailah azab yang membakar ini". Al-Hajj ayat 22.

Terdapat lapan tingkatan neraka iaitu neraka Jahannam, Lahzha, Huthamah, As'Sa'ir, Jahim, Saqar, Hawiyah dan Zamharir.

Pertama: Neraka Jahannam (جَهَنَّمَ)

Neraka dengan tingkatan paling ringan dikenali dengan neraka Jahanam yang membawa maksud mengerutkan dari. Keadaan neraka dengan tingkatan yang paling ringan ini dikhaskan kepada umat Baginda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam yang kerap berbuat maksiat atau dosa besar, namun tidak segera bertaubat kepada Allah Subhanahuwata'ala dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوْعِدُهُمْ أَجْمَعِينَ. لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَابٍ لِكُلِّ بَابٍ مِنْهُمْ جُزْءٌ مَقْسُومٌ.

Maksudnya:''Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya.Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka''. Al-Hijr ayat 43-44

Orang-orang yang berada di neraka ini akan disiksa sesuai dengan banyaknya dosa selama di dunia. Tidak hanya itu, calon penghuni neraka Jahannam adalah orang-orang yang durhaka, munafik, kafir, dan selalu mengabaikan perintah dari Allah Subhanahuwata'ala. Seperti yang diriwayatkan dalam surat At-Taubah ayat 68,

وَعَدَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ هِيَ حَسْبُهُمْ ۚ وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُقِيمٌ

Maksudnya: "Allah mengancam orang-orang yang munafik baik laki-laki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah (neraka) itu bagi mereka. Allah melaknat mereka. Bagi mereka azab yang kekal."

Kedua: Neraka Lahzha (لَظَىٰ)

Peringkat neraka ini merujuk kepada makna menyala-nyala dengan gambaran membakar kaki dan tangan orang yang mendustakan kebesaran dan berpaling daripada tauhid dan risalah Baginda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam. 

Golongan yang masuk dalam neraka ini juga merujuk kepada mereka yang mendustakan al-Quran dan terlalu banyak mencintai duniawi.

Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

كَلَّا ۖ إِنَّهَا لَظَىٰ. نَزَّاعَةً لِلشَّوَىٰ.

Maksudnya:''Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergolak. yang mengelupas kulit kepala''. Al-Ma'arij ayat 15-18

إِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدَىٰ. وَإِنَّ لَنَا لَلْآخِرَةَ وَالْأُولَىٰ. فَأَنْذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّىٰ. لَا يَصْلَاهَا إِلَّا الْأَشْقَى. الَّذِي كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ

Maksudnya:''Sesungguhnya kewajiban Kamilah memberi petunjuk, Dan sesungguhnya kepunyaan Kamilah akhirat dan dunia. Maka, kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka, Yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari iman)''.

Ketiga:  Neraka Huthamah (الْحُطَمَةِ)

Tingkatan neraka ini pula merujuk kepada manusia yang sering bergosip, mengumpat, suka membawa cerita-cerita yang tidak jelas asal usulnya dan mereka yang dan yang sering mengumpulkan harta dan menghitungnya agar dapat dikekalkan. Akibat perbuatan tersebut, mereka akan dicampakkan ke dalam neraka Huthamah ini. Hal ini sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ. الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ. يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ. كَلَّا ۖ لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ. وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ. نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ. 

Maksudnya:"Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung. Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengkekalkannya. sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?. (yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan''. Al-Humazah ayat 1-6.

Keempat: Neraka As-Sa'ir (السَّعِير)

Neraka Sa'ir digambarkan dalam Surah Al-Mulk, ia merupakan seburuk-buruknya tempat kembali. Penghuninya akan mendengar suara yang mengerikan. Hampir saja neraka itu terpecah disebabkan kemarahannya.

Imam al-Qurtubi menjelaskan neraka As-Sa'ir merujuk kepada api yang sentiasa menyala sejak diciptakan. Digambarkan terdapat 300 istana di dalamnya dan setiap istana ada 300 rumah dan dalam setiap rumah ada 300 jenis seksaan di antaranya ular, kala jengking, tali, rantai, belenggu. Di dalamnya juga terdapat perigi kesedihan. Apabila dibuka, maka penghuni neraka tersebut akan sedih dengan kesedihan yang teramat sangat.

Neraka Sa'ir menjadi seburuk-buruknya tempat untuk kembali. Calon penghuni neraka Sa'ir adalah orang-orang yang mengabaikan peringatan, membantah tentang Allah tanpa memiliki ilmu pengetahuan, dan mereka yang menjadi pengikut syaitan.

Selain itu, neraka ini juga dihuni oleh orang-orang yang semasa hidupnya berbuat zalim, yakni dengan memakan harta anak yatim. Neraka Sa'ir juga menjadi tempat bagi orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah Subhanahuwata'ala dan menentang dakwah dari para nabi serta rasul. Hal ini disebutkan dalam surat Al-Ahzab ayat 64-65,

خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا ۖ لَّا يَجِدُونَ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا. إِنَّ ٱللَّهَ لَعَنَ ٱلْكَٰفِرِينَ وَأَعَدَّ لَهُمْ سَعِيرًا

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah melaknati orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka), Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; mereka tidak memperoleh seorang pelindung pun dan tidak pula seorang penolong."

Kelima: Neraka Jahiim (الْجَحِيمُ)

Dinamakan Neraka Al-Jahim kerana neraka ini adalah bara api yang besar iaitu satu bara api sebesar dunia. Jahiim akan diisi orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat Allah Subhanahuwata'ala, orang-orang yang menentang ayat-ayat Allah dan melemahkan kemahuan untuk beriman dengan membina patung berhala sebagai sembahan. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

وَبُرِّزَتِ الْجَحِيمُ لِلْغَاوِينَ. وَقِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ تَعْبُدُونَ.

Maksudnya:'' Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahiim kepada orang-orang yang sesat. Dan dikatakan kepada mereka: "Dimanakah berhala-berhala yang dahulu kamu selalu menyembah(nya)''. Al-Syu'ara ayat 91-92.

Neraka Jahiim adalah neraka yang digunakan untuk menyiksa orang-orang musyrik atau yang menyekutukan Allah Subhanahuwata'ala. Neraka Jahiim memiliki api yang menyala-nyala dan melahap. Hal ini disebutkan dalam surat Asy-Syu'ara ayat 91:

وَبُرِّزَتِ ٱلْجَحِيمُ لِلْغَاوِينَ

Maksudnya: ''Dan kemudian diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat."

Keenam Neraka Wail (وَيْلٌ):

Neraka Wail adalah neraka tingkatan keenam. Neraka Wail dikenal dengan tempat penderitaan terdalam. Calon penghuni dari neraka ini adalah orang-orang yang berbuat curang dalam mengukur dan menimbang urusan dunia. Atau boleh dikenal dengan pedagang culas.

Dagangan mereka kelak akan dibakar dan dimasukkan dalam perut sebagai azab atas perbuatan yang sudah mereka lakukan selama ini. Nama dari neraka Wail disebutkan dalam surat Al Muthaffifin ayat 1-3,

وَيْلٌ لِلْمُطَفِّفِينَ. الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ. وَإِذَا كَالُوهُمْ أَوْ وَزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ

Maksudnya: ''Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi. Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi''.

Ketujuh: Neraka Saqar (سَقَرَ):

Dinamakan Neraka Saqar bermaksud neraka ini akan memakan daging penghuninya tetapi tidak memakan tulang. Neraka ini akan dihuni oleh manusia yang tidak mengerjakan solat, orang yang suka membicarakan keburukan orang lain, kerap membicarakan hal yang batil, orang yang mendustakan hari pembalasan, dan orang-orang yang tidak menyantuni orang miskin padahal mampu.

 Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ. وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ. وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ. وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ

Maksudnya:''Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?. Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat. Dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin. Dan adalah kami membicarakan yang bathil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya. dan adalah kami mendustakan hari pembalasan''. Al-Mudathir ayat 42-46.

Kelapan: Neraka Hawiyah (هَاوِيَةٌ):

Neraka Hawiyah adalah neraka yang ada di tingkat terakhir atau paling bawah. Neraka Hawiyah digambarkan sebagai jurang yang gelap dan dalam. Calon penghuni dari neraka Hawiyah adalah orang yang memiliki sifat munafik semasa hidupnya.

Ini sesuai dengan firman Allah Subhanahuwata'ala yang menyebutkan bahawa orang munafik akan ditempatkan pada tingkatan terbawah. Hal ini disebutkan pada surah Al-Qariah ayat 8-11 yang berbunyi,

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَٰزِينُهُ. فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ.  وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ. نَارٌحَامِيَةٌ

Maksudnya: "Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikannya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?. (Iaitu) api yang sangat panas."

Kesembilan: Neraka Zamharir (الزَّمْهَرِيرِ):

Salah satu neraka yang tidak panas tetapi sejuk adalah neraka Zamharir dengan tempat penyiksaan yang memiliki suhu sangat sejuk. Perkara ini berdasarkan Hadith Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dan firman Allah Subhanahuwata'ala,

أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْتَكَتْ النَّارُ إِلَى رَبِّهَا فَقَالَتْ رَبِّ أَكَلَ بَعْضِي بَعْضًا فَأَذِنَ لَهَا بِنَفَسَيْنِ نَفَسٍ فِي الشِّتَاءِ وَنَفَسٍ فِي الصَّيْفِ فَأَشَدُّ مَا تَجِدُونَ مِنْ الْحَرِّ وَأَشَدُّ مَا تَجِدُونَ مِنْ الزَّمْهَرِيرِ

Maksudnya:'' Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Neraka mengadu kepada Rabb-nya seraya berkata, "Wahai Tuhanku, sebagianku (api) saling memakan satu sama lain." Maka neraka diizinkan untuk berembus dua kali. Satu kali pada saat musim dingin dan satu kali lagi pada saat musim panas. Maka hawa panas yang kamu rasakan merupakan hawa panas dari embusan api neraka dan hawa dingin yang kamu rasakan merupakan hawa dingin dari zamharir (hawa dingin) jahanam". Riwayat Bukhari(3020)

Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

هَذَا فَلْيَذُوقُوهُ حَمِيمٌ وَغَسَّاقٌ

Maksudnya:''Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya, (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat sejuk (غَسَّاقٌ)''. Shaad ayat 57.

Dalam Kamus Mu’jam Al-Arabiyyah Al-Mu’ashirah,

ماء منتن، ولكنه بارد.

Maksudnya:"air yang busuk tetapi sejuk".

Dalam kamus Kalimatul Quran,

صديد يسيل من أجسادهم وهو بارد بردا مؤلما

Maksudnya:''Nanah (cairan menjijikan) yang mengalir dari jasad penduduk neraka dengan sejuk yang sangat dan menyeksakan".

Allah Subhanahuwata'ala juga berfirman,

لَا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًا وَلَا شَرَابًا . إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا. جَزَاءً وِفَاقًا.

Maksudnya:''Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (juga mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan ghossaq, sebagai pambalasan yang setimpal''. An Naba’ ayat 24-26.

Ibnu Abbas radiallahu'anhuma berkata,

''Yang dimaksud ‘ghossaq’ adalah sejuk beku dari neraka, dan seseorang seperti terpanggang dengannya'' Lihat Latha’if Al-Ma’arif Ibnu Rajab hal. 326.

Ahli Tafsir Mujahid rahimahullah berkata,

هو الذي لا يستطيعون أن يذوقوه من برده

Maksudnya:''Iaitu yang tidak mampu menahan rasa sejuknya. Lihat Latha’if Al-Ma’arif Ibnu Rajab hal. 326.

Dari Ibnu Abbas radiallahu'anhuma Ka’ab pernah berkata,

إن في جهنمَ بردًا هو الزَّمهَرير ، يُسقِط اللحم عن العظم ؛ حتى يستغيثوا بِحرّ جهنم . أعاذنا الله وإياكم منها

Maksudnya:"Sesungguhnya di dalam Jahannam terdapat hawa sejuk yang disebut Zamharir. Hawa sejuk ini mampu membuat daging terlepas dari tulang belulangnya sehingga para penduduk neraka meminta minum dari panasnya api neraka. Semoga Allah melindungi kita darinya''. Lihat Hilyatul Auliya’: 7640].

Dalam kamus Al-Mu’jam Al-Wasith,

الزَّمْهَريرُ : شِدَّةُ البرد .

Maksudnya:"Zamharira adalah sejuk yang melampau".

Dalam Tafsir Al-Qurthubi,

ولا زَمْهَريراً ـ وهو البرد الشديد ـ فيؤذيهم بَردُها

Maksudnya:''Zamharira iaitu sejuk yang keterlauan dan menyeksa mereka dengan kesejukannya''. Lihat Tafsir Al-Qurthubi 29/265.

Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah berkata,

والمراد بالزمهرير : شدة البرد

Maksudnya:''Yang dimaksud dengan zamharir adalah sejuk yang melampau''. Lihat Fathul Bari 2/19.

Ibnu Abdil Barr rahimahullah berkata,

فما كان من برد يهلك شيئا فهو من زمهريرها،

Maksudnya:"Sejuk yang mampu membinasakan sesuatu iaitu zamhari dari nereka''. Lihat A-Tamhid limaa fil muwatttha 5/8, Wizarah Al-Magrib, 1387 H, syamilah.

Marilah kita semua memanjatkan doa dengan penuh pengharapan supaya Allah Subhanahuwata'ala selamatkan diri kita dan ahli keluarga kita daripada menjadi bakaran api neraka.

قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

Maksudnya:''...peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka… ''. Al-Tahrim ayat 6


Di dalam solat terdapat tempat-tempat yang dituntut untuk kita memperbanyakkan berdoa padanya. Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi Salallahu'alaihiwasallam bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal.” Riwayat Muslim (588)

Daripada Aisyah R.anha menceritakan bahawa:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلاَةِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا، وَفِتْنَةِ المَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam berdoa di dalam solatnya (selesai membaca tasyahhud akhir): Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan -Mu daripada daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang.” [Riwayat al-Bukhari (832)]

Wednesday, August 6, 2025

Syurga Sebaik-baik Tempat Kembali

Syurga Sebaik-baik Tempat Kembali

Diantara bentuk kebijaksanaan Allah Subhanahuwata'ala adalah penetapan adanya hari pembalasan bagi sekalian makhluk-Nya iaitu Hari Akhirat. Pada hari tersebut, sekalian manusia akan dibicarakan di padang mashsyar atas setiap kebaikan dan keburukan yang pernah mereka lakukan dalam kehidupan dunia. Seterusnya, mereka akan diberikan ganjaran dan balasan sama ada ditempatkan dalam syurga ataupun neraka. Firman Allah Subhanahu wata'ala dalam Surah al-Mukminun, ayat 115-116,

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ. فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maksudnya:''Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?''. Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) 'Arsy yang mulia''.

Sesungguhnya, beriman kepada adanya syurga dan neraka adalah termasuk dalam beriman kepada hari akhirat. Syurga dan neraka merupakan tempat kembali yang kekal abadi. Syurga disediakan oleh Allah Subhanahuwata'ala bagi mereka yang beriman, bertaqwa, dan taat kepada Allah Subhanahu'wata'ala serta Rasul-Nya Sallallahu'alaihiwasallam. Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam Surah al-Bayyinah, ayat 7 - 8,

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ. جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

Maksudnya:''Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan merekapun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya''.

Firman Allah Subhanahuwata'ala Dalam surah al-Dukhan ayat 51-55,

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ. فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ. يَلْبَسُونَ مِنْ سُنْدُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُتَقَابِلِينَ. كَذَٰلِكَ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ. يَدْعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَاكِهَةٍ آمِنِينَ

Maksudnya:''Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman, (yaitu) di dalam taman-taman dan mata-air-mata-air; mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadap-hadapan, demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari. Di dalamnya mereka meminta segala macam buah-buahan dengan aman (dari segala kekhawatiran)''. Al-Dukhan ayat 51-55

Manakala neraka pula diciptakan oleh Allah Subhanahuwata'ala bagi orang yang kafir dan orang mukmin yang berdosa. Namun, orang mukmin tidak akan kekal di dalamnya dan pasti akhirnya akan masuk juga ke dalam syurga. Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam Surah Aali Imran, ayat 131,

وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

Maksudnya:''Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir''.

Di dalam syurga terdapat pelbagai macam kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terlintas di hati manusia. Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ اللَّهُ أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ

Maksudnya:''Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu, dari Nabi ﷺ, beliau bersabda: “Allah berfirman, ‘Aku persiapkan bagi para hamba-Ku yang soleh (ganjaran) yang tidak terlihat oleh mata, belum terdengar oleh telinga dan belum pernah terpetik oleh hati manusia''.Riwayat Bukhari(6944)

Syurga mempunyai peringkat, tingkatan atau darjat yang berlainan dengan kenikmatan yang berbeza-beza. Bermula dari yang rendah hingga yang tertinggi. Syurga yang paling istimewa dan tertinggi ialah Syurga Firdaus. Di bawahnya ialah Syurga Adnin, Khuldi, an-Naim, al-Ma'wa, Dar as-Salam, Dar al-Jalal dan al-Muqam wa al-Qarar. Semuanya bersambung dengan 'Maqam al-Wasilah' agar semua penghuni syurga dapat melihat Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. Ahli syurga akan ditempatkan di tingkatan yang bersesuaian dengan amal soleh mereka masing-masing. Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

إنَّ أهْلَ الجَنَّةِ يَتَرَاءَوْنَ أهْلَ الغُرَفِ مِن فَوْقِهِمْ، كما يَتَرَاءَوْنَ الكَوْكَبَ الدُّرِّيَّ الغَابِرَ في الأُفُقِ، مِنَ المَشْرِقِ أوِ المَغْرِبِ، لِتَفَاضُلِ ما بيْنَهُمْ قالوا يا رَسولَ اللَّهِ تِلكَ مَنَازِلُ الأنْبِيَاءِ لا يَبْلُغُهَا غَيْرُهُمْ، قالَ: بَلَى والذي نَفْسِي بيَدِهِ، رِجَالٌ آمَنُوا باللَّهِ وصَدَّقُوا المُرْسَلِينَ

Maksudnya:''Sesungguhnya penduduk syurga, boleh saling melihat dengan ahlul ghurfah (penduduk syurga yang tinggi tingkatannya). Sebagaimana mereka melihat bintang yang terang di langit, yang memancarkan cahaya di ufuk dari timur ke barat. Karena mereka penduduk surga itu bertingkat-tingkat.

Para sahabat bertanya: “wahai Rasulullah, apakah tingkatan yang tinggi itu adalah tempatnya para Nabi dan tidak bisa digapai oleh selain mereka?”

Rasulullah menjawab: “(tidak demikian), bahkan demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, itu adalah tempatnya orang-orang yang beriman (dengan benar) kepada Allah dan membenarkan ajaran para Rasul''. Riwayat Bukhari (3256), Muslim (2831)

Walaupun syurga itu bertingkat-tingkat namun tidak ada penduduk syurga yang dengki dan iri kepada penduduk syurga yang lebih tinggi tingkatannya. Kerana hati penduduk syurga telah dibersihkan dari rasa iri, dengki, benci, dan dendam kepada orang lain. Allah Subhanahuwata’ala berfirman,

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَى سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ

Maksudnya:''Kami lenyapkan segala rasa benci yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dikatil-katil''. Al-Hijr ayat 47.

Para penghuni syurga juga berada dalam kenikmatan yang sentiasa bertambah dan tidak akan berkurang. Hal ini sebagaimana yang dikisahkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

إنَّ في الجَنَّةِ لَسُوقًا، يَأْتُونَها كُلَّ جُمُعَةٍ، فَتَهُبُّ رِيحُ الشَّمالِ فَتَحْثُو في وُجُوهِهِمْ وثِيابِهِمْ، فَيَزْدادُونَ حُسْنًا وجَمالًا، فَيَرْجِعُونَ إلى أهْلِيهِمْ وقَدِ ازْدادُوا حُسْنًا وجَمالًا، فيَقولُ لهمْ أهْلُوهُمْ: واللَّهِ لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنا حُسْنًا وجَمالًا، فيَقولونَ: وأَنْتُمْ، واللَّهِ لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنا حُسْنًا وجَمالًا

Maksudnya: “Sesungguhnya di syurga ada pasar, mereka mendatanginya setiap hari Jumat, angin dari utara berembus lalu menerpa wajah-wajah mereka dan pakaian-pakaian mereka hingga mereka semakin indah dan menawan. Mereka kembali ke keluarga mereka dengan penampilan yang lebih indah dan menawan, keluarga-keluarga mereka berkata pada mereka:  ‘Demi Allah, kau semakin indah dan menawan setelah kami.  mereka berkata,  ‘Kalian juga, demi Allah, lebih indah dan menawan setelah kami''. Riwayat Muslim (2833)

''Pasar Syurga'' ini merujuk kepada tempat perhimpunan penghuni syurga dan tempat mereka saling menziarahi. Ini disokong oleh fakta bahawa penghuni syurga tidak akan kehilangan apa-apa sehingga memerlukan mereka membelinya di pasar. Ada juga kemungkinan bahawa ia adalah pasar yang dipenuhi dengan keindahan, keinginan, dan kelazatan yang disusun dengan baik, seperti mana ia dikumpulkan di pasar di dunia. Apabila penghuni syurga datang dan melihatnya, dan sesiapa yang menginginkan sesuatu, ia akan diberikan kepadanya tanpa sebarang halangan atau penentangan. Lihat Fath al-Qarib al-Mujib  ‘ala al-Targib wa al-Tarhib, 15/102.

Selain itu, Imam al-Nawawi menyatakan: Yang dimaksudkan dengan  ‘pasar ‘ ialah tempat perhimpunan bagi mereka, di mana mereka berkumpul seperti mana orang berkumpul di pasar di dunia. Maksud  ‘mereka datang setiap Jumaat ‘ ialah pada kadar setiap minggu, walaupun pada hakikatnya tiada tidak ada minggu yang sebenar kerana ketiadaan matahari, malam, dan siang. Lihat Syarh al-Nawawi  ‘Ala Muslim, 17/170.

Di dalam Syarh al-Masabih oleh Ibn Malik menyebutkan (6/98): Yang dimaksudkan di sini ialah tempat perhimpunan di mana penghuni syurga berkumpul, dikelilingi oleh malaikat dengan perkara yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah terlintas di hati manusia. Mereka mengambil apa yang mereka inginkan tanpa perlu membeli, dan ini adalah sejenis kenikmatan.

Justeru, menurut zahir hadith dan pandangan para ulama jelaslah kepada kita bahawa di Syurga itu terdapat pasar yang dipenuhi segala nikmat.  Ia menunjukkan bahawa penghuni syurga akan hidup dalam suasana penuh kenikmatan tanpa sebarang kekurangan. Mereka akan memperoleh segala yang mereka inginkan tanpa perlu bersusah payah, membeli, atau berusaha seperti di dunia. Ini menggambarkan betapa sempurnanya kehidupan di syurga.

Bersegerah ke arah kebaikan dan keampunan Allah Subhanahuwata'ala adalah mentaliti yang diwarisi daripada Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam, para sahabat dan para salafussoleh. Jadi, mengapa kita masih sering menunda-nunda  dalam melakukan kebaikan dan meraih keampunan Allah?. Jika kita mempunyai perancangan yang baik, segeralah melaksanakannya dengan pelaksanaan yang terbaik.

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa". Ali ‘Imran ayat 133.

سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرُسُلِهِ ۚ

Maksudnya: Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya''.  Al-Hadid ayat 21.

Lafaz yang digunakan dalam ayat-atar di atas berbentuk fi’il madhi (فعل ماضي), yang membawa maksud ‘telah disediakan’, dan ini memberi makna bahawa syurga dan neraka telah diciptakan, dan hanya menunggu masa untuk dihuni oleh manusia setelah selesainya proses pengadilan pada hari kiamat kelak. Begitu juga dengan ayat-ayat berkenaan peristiwa Isra’ Mi’raj:

وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ ﴿١٣﴾ عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ ﴿١٤﴾ عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ ﴿١٥

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, (13) Di sisi "Sidratul-Muntaha"; (14) Yang di sisinya terletak Syurga "Jannah al-Ma’wa(15)''. Al-Najm ayat 13-15

Memandangkan peristiwa Isra’ Mi’raj ini berlaku dengan roh dan jasad baginda SAW menurut pendapat yang sahih, maka difahami bahawa syurga yang dilihat Baginda itu merupakan syurga yang hakiki, bukan ilusi atau gambaran semata-mata.[1]

Kita semua sudah pasti amat berharap agar dimasukkan dalam kalangan ahli syurga oleh Allah Subhanahuwata'ala. Inilah impian yang sangat mulia dari setiap insan muslim yang beriman akan janji-janji Allah Subhanahuwata'ala. Sebuah impian yang harus diiringi dengan kerja keras dan pembuktian bahawa diri kita memang layak untuk mendapatkannya. Sebabnya, syurga hanya diperuntukkan bagi mereka yang taat dan sentiasa bertaubat daripada dosa-dosanya. Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :   كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى ؟ قَالَ : مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

Maksudnya:''Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, “Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan, para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Siapakah yang enggan?” Beliau Sallallahu'alaihiwasallam menjawab, “Barangsiapa yang mentaatiku nescaya ia akan masuk syurga, dan siapa yang bermaksiat kepadaku maka dia enggan (untuk masuk syurga)''.

Riwayat Bukhari (7280), Ahmad (8728), dan al-Imam al-Hakim dalam al- Mustadrak, Kitab al-Iman no. 182. 

Antara amalan yang akan memudahkan kita untuk masuk ke dalam syurga ialah :

Pertama: Bertaqwa, beramal soleh dan berakhlak mulia. 

Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu katanya,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ قَالَ التَّقْوَى وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّارَ قَالَ الْأَجْوَفَانِ الْفَمُ وَالْفَرْجُ

Maksudnya:''Daripada Abu Hurairah R.A dia berkata; Nabi Sallallahu'alaihiwasallam pernah ditanya; “Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk syurga?” Baginda menjawab: “Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.” Baginda ditanya lagi; “Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk neraka?” Baginda menjawab: “Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan''. Riwayat Ibnu Majah (4236).

Bertaqwa kepada Allah dan memiliki akhlak yang mulia antara perkara yang banyak menyebabkan orang masuk syurga dengan rahmat Allah. Makna kemaluan pula adalah orang yang tidak menjaga kemaluannya daripada zina, liwat, tidak menjaga auratnya di hadapan selain daripada mahramnya seperti isterinya dan sebagainya. 

Syeikh Abdullah al-Talidi dalam Jawahir al-Bihar menyatakan: Maksud mulut di dalam Hadis adalah orang yang tidak menjaga serta berusaha untuk menjaga daripada dosa-dosa mulut seperti mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengejek, menipu, mengumpat, mengadu domba, persaksian palsu dan sebagainya. 

Syeikh Abdullah al-Talidi dalam Jawahir al-Bihar menyatakan: Maksud mulut di dalam Hadis adalah orang yang tidak menjaga serta berusaha untuk menjaga daripada dosa-dosa mulut seperti mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengejek, menipu, mengumpat, mengadu domba, persaksian palsu dan sebagainya. 

Kedua: Menuntut ilmu. 

Sebabnya, menuntut ilmu akan mempermudah jalan menuju ke syurga.Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah Subhanahuwata'ala akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah Subhanahuwata'ala akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya''. Riwayat Muslim (4867)

Di dalam hadith ini mengandungi pelbagai jenis ilmu, kaedah-kaedah dan adab-adab. Antaranya ialah ia menceritakan akan kelebihan keluar menuntut ilmu dan sentiasa sibuk dengan ilmu syar’ie dengan syarat ia niatnya adalah kerana Allah Subhanahuwata'ala. Walaupun syarat ini merupakan syarat untuk setiap ibadat tetapi telah menjadi adat para ulama’ mengikat masalah ini dengannya kerana sebahagian manusia mengambil mudah dan lalai terhadapnya terutama golongan permulaan dan seumpama dengan mereka. Selain itu juga, maksud sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam “Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat” adalah dikatakan yang dimaksudkan dengan sakinah di sini adalah rahmat. Ini yang dipilih oleh al-Qadhi ‘Iyadh tetapi ia adalah dhaif disebabkan rahmat telah di’athafkan dengan sakinah. Dikatakan juga ia (yang dimaksudkan dengan sakinah) adalah thoma’ninah dan kemuliaan. Ini adalah lebih baik dan ia juga mempunyai dalil atau petunjuk akan kelebihan berkumpul untuk membaca al-Qur’an di dalam masjid. Lihat: al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 17/21.

Marilah sama-sama kita menghayati firman Allah Subhanahuwata’ala dalam Surah al-Kahfi ayat 107 - 108,

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا. خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

Maksudnya:''Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal. ereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya.





Arak Dosa Besar

Arak Dosa Besar Para ulama telah mengkaryakan buku khusus berkenaan dosa-dosa besar. Antaranya Imam al-Zahabi melalui kitabnya al-Kabair dan...