Thursday, March 13, 2025

Adam A.S dan zuriyatnya

Adam A.S dan zuriyatnya

Sejak Allah Subhanahuwata'ala mencipta Adam a.s. dan membekalkan zuriyat di tulang punggungnya yang penuh keberkatan, iaitu dari kaum ahli kanan (ahlul-yamin) dan kaum ahli kiri (ahlus-Syimal). Mereka itu adalah orang-orang yang di dalam genggamam kekuasaan Allah Subhanahuwata'ala, sepertimana bunyinya sebuah Hadith,

عَنْ مُسْلِمِ بْنِ يَسَارٍ الْجُهَنِيِّ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ سُئِلَ عَنْ هَذِهِ الْآيَةِ { وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ } فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسْأَلُ عَنْهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى خَلَقَ آدَمَ ثُمَّ مَسَحَ ظَهْرَهُ بِيَمِينِهِ فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ ذُرِّيَّةً فَقَالَ خَلَقْتُ هَؤُلَاءِ لِلْجَنَّةِ وَبِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ يَعْمَلُونَ ثُمَّ مَسَحَ ظَهْرَهُ فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ ذُرِّيَّةً فَقَالَ خَلَقْتُ هَؤُلَاءِ لِلنَّارِ وَبِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ يَعْمَلُونَ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَفِيمَ الْعَمَلُ قَالَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ إِذَا خَلَقَ الْعَبْدَ لِلْجَنَّةِ اسْتَعْمَلَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَمُوتَ عَلَى عَمَلٍ مِنْ أَعْمَالِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيُدْخِلُهُ رَبُّهُ الْجَنَّةَ وَإِذَا خَلَقَ الْعَبْدَ لِلنَّارِ اسْتَعْمَلَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى يَمُوتَ عَلَى عَمَلٍ مِنْ أَعْمَالِ أَهْلِ النَّارِ فَيُدْخِلُهُ رَبُّهُ النَّارَ و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Ertinya:''Dari Muslim bin Yasar Al Juhani bahawa Umar bin Khattab ditanya ayat ini: '(Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), Kami menjadi saksi." (kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan) " (QS. Al-A’raf: 172) Umar berkata, "Aku mendengar Rasulullah ﷺ ditanya tentang ayat ini, maka beliau menjawab, "Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta'ala menciptakan Adam lalu mengusap punggungnya, Allah mengeluarkan darinya beberapa keturunan. Kemudian Dia berfirman, 'Aku ciptakan mereka untuk syurga dan mereka beramal dengan amalan ahli syurga.' Kemudian Allah kembali mengusap punggung Adam dan mengeluarkan darinya keturunan. Kemudian Allah berfirman, 'Aku ciptakan mereka untuk neraka, dan mereka beramal dengan amalan ahli neraka.' Seorang laki-laki lalu bertanya, "Wahai Rasulullah, lalu untuk apa kita beramal?" Rasulullah ﷺ menjawab, "Allah jika menciptakan hamba dari ahli syurga, maka Dia memperkerjakannya dengan amalan ahli syurga, sehingga ia mati di atas amalan ahli syurga, dan kemudian Rabb-nya memasukkannya ke syurga. Dan jika menciptakan hamba ahli neraka, maka Dia memperkerjakannya dengan amalan ahli neraka hingga dia mati di atas amalan-amalan ahli neraka. Lalu Rabb-nya memasukkannya ke neraka." Telah menceritakan kepadaku dari Malik telah sampai kepadanya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Telah aku tinggalkan untuk kalian, dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang teguh dengan keduanya; kitabullah dan sunnah Nabi-Nya". Riwayat Malik(1395),Abu Daud(4704),Tirmizi(3075).

Allah Subhanahuwata'ala telah pun mengeluarkan kesemua zuriyat Adam ini dari tulang punggungnya, setelah Dia menetapkan mereka sekalian di situ, iaitu pada Hari Mitsaaq atau hari mengambil janji dari sekalian manusia untuk mengakui keEsaan dan ketuhanan Allah Subhanahuwata'ala, sesuai dengan firman Allah Subhanahuwata'ala pada ayat 172 dari surah al-A’raf:

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آَدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ

Ertinya:''Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya dengan firman-Nya): “Bukankah Aku Tuhan kamu?”. M ereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini''.

Ibn Qutaibah berkata, ayat dan hadith ini saling menepati dan melengkapi kerana al-Qur`an datang dengan lafaz yang “mujmal” lalu hadith ini pula menyingkap maksudnya. Ayat yang ringkas itu dinyatakan oleh al-Sunnah. Tidakkah anda lihat bahawa ketika Allah Subhanahuwata'ala menyapu belakang Adam seperti yang disebutkan oleh hadith (ini), lalu Dia mengeluarkan darinya akan zuriatnya seperti anak-anak semut yang kecil hingga ke Hari Qiyamat. Apabila Allah Subhanahuwata'ala menghimpunkan mereka dan bertanya tentang kesaksian mereka (yakni tauhid kepada Allah Subhanahuwata'ala) bererti Dia telah mengambil dari semua anak Adam, dari zuriat mereka dan meminta kesaksian dari mereka. Allah Subhanahuwata'ala berfirman dalam ayat lain,

وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآَدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ

Ertinya:''Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud''. Surah al-A’raf ayat 11.

Dalam ayat ini Allah Subhanahuwata'ala menentukan kepada firmannya yang bermaksud“Sujudlah kamu kepada Adam” kepada malaikat setelah “Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu”. Sebenarnya yang dimaksudkan dengan firman “Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu” ialah Kami menciptakan Adam dan membentuk rupanya. Harus demikian kerana pada masa penciptaan Adam, Allah s.w.t. telah menciptakan kita dalam sulbi Adam dan Dia mempersiapkan kita mengikut apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Dia mencipta Adam maka Dia-lah juga yang mencipta kita kerana kita berasal dari Adam. (Ibn Qutaibah, Ta`wil Mukhtalif al-Hadith, hal. 83-84)

Shaikh Muhammad Zakaria telah menukilkan daripada Al-Khazin yang menyatakan dalam tafsirnya bahawa sebab tidak disebutkan belakang Adam dalam ayat ini walaupun pada hakikatnya Allah Subhanahuwata'ala mengeluarkan semua zuriat manusia dari belakang Adam kerana Allah mengeluarkan zuriat sebahagian mereka dari sebahagian yang lain dengan cara anak-anak dilahirkan dari bapa-bapa mereka. Oleh sebab itu, Allah Subhanahuwata'ala menyatakan dari Bani Adam dari belakang mereka dengan tidak menyebutkan belakang Adam. (Awjaz al-Masalik Ila Muwatta` Malik, jil. 14, hal. 97)

Shah Waliyullah al-Dihlawi berkata, ayat ini tidak bersalahan dengan hadith kerana dari Adamlah zuriatnya dikeluarkan dan dari zuriatnya dikeluarkan zuriat kepada zuriatnya mengikut tertib mereka diwujudkan. Al-Qur`an menyebutkan sebahagian kisah dan hadith pula melengkapkannya. (Hujjah Allah al-Balighah, jil. 1, hal. 314)

Tiada syak lagi, bahawa pengakuan ini menunjukkan bahwasanya zuriyat Adam itu sudah wujud dan mendengar, akan tetapi mereka berada di dalam peringkat lain dari peringkat-peringkat wujud. Jelaslah perkara itu berlaku bukan pada peringkat wujud sekarang yang di dunia ini, kerana peringkat-peringkat wujud itu banyak, sebagaimana yang telah dikatakan oleh ahli-ahli yang mengetahui mengenainya.

Sebenarnya semua zuriyat Adam sudah menetap di punggung Adam, ketika beliau masih di dalam syurga. Diantara buktinya ialah Hadith syafaat berikut,

وَهَلْ أَخْرَجَكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ إِلاَّ خَطِيْئَةُ أًبِيْكُمْ آدَمَ

Ertinya:''...Dan tiadalah kamu dikeluarkan dari syurga, melainkan disebabkan kesalahan bapa kamu Adam...". Riwayat Muslim(288)

Dalam hadith yang lain pula, apabila berlaku tanyajawab Adam dengan Musa, maka Musa telah menghujjah Adam dengan katanya,

فَقَالَ لَهُ مُوسَى أَنْتَ آدَمُ الَّذِي أَغْوَيْتَ النَّاسَ وَأَخْرَجْتَهُمْ مِنْ الْجَنَّةِ إِلَى الْأَرْضِ

Ertinya:''Musa berkata kepada Adam, 'kamu Adam, orang yang telah menggelincirkan dan mengeluarkan manusia dari dalam syurga ke bumi''. Riwayat Ahmad(7811), Malik(1393),Muslim(4794)

Adapun pertemuan Nabi Musa a.s. dengan Nabi Adam as. ketika mereka menghujjah satu sama lain, maka yang demikian itu berlaku di alam Barzakh, ataupun mungkin d tempat lain. Hanya Allah sajalah yang lebih mengetahui dengan hakikat kebenarannya.

Dalam riwayat yang lain,

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ ؛قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ مَسَحَ ظَهْرَهُ فَسَقَطَ مِنْ ظَهْرِهِ كُلُّ نَسَمَةٍ هُوَ خَالِقُهَا مِنْ ذُرِّيَّتِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَجَعَلَ بَيْنَ عَيْنَيْ كُلِّ إِنْسَانٍ مِنْهُمْ وَبِيصًا مِنْ نُورٍ ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى آدَمَ فَقَالَ أَيْ رَبِّ مَنْ هَؤُلَاءِ قَالَ هَؤُلَاءِ ذُرِّيَّتُكَ فَرَأَى رَجُلًا مِنْهُمْ فَأَعْجَبَهُ وَبِيصُ مَا بَيْنَ عَيْنَيْهِ فَقَالَ أَيْ رَبِّ مَنْ هَذَا فَقَالَ هَذَا رَجُلٌ مِنْ آخِرِ الْأُمَمِ مِنْ ذُرِّيَّتِكَ يُقَالُ لَهُ دَاوُدُ فَقَالَ رَبِّ كَمْ جَعَلْتَ عُمْرَهُ قَالَ سِتِّينَ سَنَةً قَالَ أَيْ رَبِّ زِدْهُ مِنْ عُمْرِي أَرْبَعِينَ سَنَةً فَلَمَّا قُضِيَ عُمْرُ آدَمَ جَاءَهُ مَلَكُ الْمَوْتِ فَقَالَ أَوَلَمْ يَبْقَ مِنْ عُمْرِي أَرْبَعُونَ سَنَةً قَالَ أَوَلَمْ تُعْطِهَا ابْنَكَ دَاوُدَ قَالَ فَجَحَدَ آدَمُ فَجَحَدَتْ ذُرِّيَّتُهُ وَنُسِّيَ آدَمُ فَنُسِّيَتْ ذُرِّيَّتُهُ وَخَطِئَ آدَمُ فَخَطِئَتْ ذُرِّيَّتُهُ

Ertinya:''Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah Sallallahu‘alaihiwsallam bersabda: “Saat Allah menciptakan Adam, Ia mengusap punggungnya lalu dari punggungnya berjatuhan setiap jiwa yang diciptakan Allah dari keturunan Adam hingga hari kiamat dan Ia menjadikan kilatan cahaya diantara kedua mata setiap orang dari mereka, kemudian mereka dihadapkan kepada Adam, ia bertanya: ‘Wahai Rabb, siapa mereka? ‘ Allah menjawab: ‘Mereka keturunanmu’. Adam melihat seseorang dari mereka dan kilatan cahaya diantara kedua matanya membuatnya kagum, Adam bertanya: Wahai Rabb siapa dia? Allah menjawab: Ia orang akhir zaman dari keturunanmu bernama Daud. Adam bertanya: Wahai Rabb, berapa lama Engkau menciptakan umurnya? Allah menjawab: Enampuluh tahun. Adam bertanya: Wahai Rabb, tambahilah empatpuluh tahun dari umurku. Saat usia Adam ditentukan, malaikat maut mendatanginya lalu berkata: Bukankah usiaku masih tersisa empatpuluh tahun. Malaikat maut berkata: Bukankah kau telah memberikannya kepada anakmu, Daud. Adam membantah lalu keturunannya juga membantah. Adam dibuat lupa dan keturunannya juga dibuat lupa. Adam salah dan keturunannya juga salah''. Riwayat Tirmizi(3002)

Meskipun dikatakan berlaku pada sesetengah zuriat anak Adam berlaku nya nikah-nikah yang batil, tetapi Allah Subhanahuwata'ala membersihkan Nabi kita Sallallahu'alaihiwasallam daripadanya. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam dilahirkan dari kedua ibu bapanya yang mulia itu, tiada disentuh sedikitpun kenistaan atau kecemaran kaum jahiliyah. Nabi Sallallahu‘alaihiwsallam bersabda,

خَرَجْتُ مِنْ نِكَاحٍ ولَمْ أَخْرُجْ مِنْ سِفَاحٍ

Ertinya:''Aku dilahirkan dari nikah, dan tidak pernah dilahirkan dari zina''. Riwayat Al-Thabrani

Berikut di atas adalah secara ringkas perbincangan tentang Adam A.S. dan zuriyatnya sebagai khalifah-Nya di atas muka bumi,

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Ertinya:''ngatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Al-Baqarah ayat 30

No comments:

Post a Comment

Salaf Al-Soleh(السلف الصالح) Sering Takut Dari Su’ul Khatimah

Salaf Al-Soleh(السلف الصالح) Sering Takut Dari Su’ul Khatimah  Para Salaf al-soleh (السلف الصالح) sering bimbang dan takut dari su’ul khatim...