Wednesday, January 29, 2025

Tumbuhnya rambut putih

Tumbuhnya rambut putih

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pernah mengkhabarkan usia kebanyakan umatnya hanya berkisar antara 60-70 tahun. Penyebutan kelaziman angka umur umat akhir zaman ini tidak menafikan mereka yang wafat sebelum mencapai atau sesudah melewati kisaran umur tersebut. Meskipun ada yang berusia melebihi 70 tahun, jumlah mereka sangat kecil.

Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ

Ertinya, “Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Umur umatku antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun, dan hanya sedikit dari mereka yang melebihi batas itu''. Riwayat Al-Tirmidzi(3473)

Abdurra’uf Al-Munawi dalam Faidhul Qadir mengatakan bahawa “umatku” yang disebut dalam hadith di sini bukan hanya pemeluk agama Islam (ummatul ijābah) sahaja, tetapi manusia secara umum yang hidup di zaman Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam dan seterusnya (ummatud da’wah). Adapun umat manusia terdahulu memiliki usia, kekuatan fisik, dan rezeki yang berlipat ganda dari umat manusia akhir zaman. Sebahagian orang terdahulu berusia 1000 tahun. Tinggi badan mereka mencapai 80 hasta bahkan lebih atau kurang sedikit. Mereka menikmati dunia dengan fisik seperti itu. Dengan usia demikian, mereka membuat kerosakan di atas muka bumi, mereka juga menjadi angkuh dan sombong serta berpaling dari kebenaran. Sehingga Allah Subhanahuwata'ala mencambuk mereka dengan cemati azab.

Firman Allah Subhanhuwata'ala,

الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ. فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ. فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ

Ertinya:''Yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri,lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu,kerana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab''. Al-Fajri ayat ayat 13. 

Sejak zaman mereka itu, fisik dan rezeki serta umur umat manusia terus berangsur-ansur menurun, hingga sampai kepada umat ini sebagai umat manusia akhir zaman. Mereka hanya menerima sedikit rezeki dengan fisik yang lemah dan usia yang relatif pendek agar mereka tidak menjadi angkuh dan ini adalah bentuk rahmat Allah Subhanahuwata'ala. Sebahagian ulama membagikan empat peringkat usia manusia, iaitu masa bayi dan kanak-kanak, masa remaja dan masa muda, masa dewasa dan masa tua sebagai akhir usia mereka yang umumnya berkisar antara 60-70 tahun. Pada masa tua itu, tampak turunnya daya fisik dan berkurangnya sisi lain pada dirinya. Pada saat ini pula, ia sangat dianjurkan untuk mempersiapkan diri untuk menuju akhirat kerana mustahil untuk kembali pada kekuatan dan ketangkasannya seperti semula saat muda dahulu. Lihat Al-Munawi, Kitab Faidhul Qadir.

Umur umat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam relatif singkat, umumnya 60-70 tahun. Mereka tidak seperti umat terdahulu yang memiliki usia 1000 tahun. Tinggi badan umat terdahulu ada yang sampai 100 hasta dan lebar 10 hasta. 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ طُولُ آدَمَ سِتِّينَ ذِرَاعًا فِي سَبْعَةِ أَذْرُعٍ عَرْضًا

Ertinya:''Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Tinggi Nabi Adam adalah enam puluh hasta, sedang lebarnya tujuh hasta''. Riwayat Ahmad (10492)

Firman Allah Subhanahuwata'ala tentang Nabi Nuh 'Alihissalam,

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا فَأَخَذَهُمُ الطُّوفَانُ وَهُمْ ظَالِمُونَ

Ertinya:''Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun(950 tahun). Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim''. Al-Ankabut ayat 14

Keterangan:''Yang rajihnya, masa risalahnya ketika dia menyampaikan kepada kaumnya ialah selama 950 tahun. Adapun sebelum itu, tidak dapat ditetapkan jumlah masa. Begitu juga selepas bah besar. Inilah pendapat yang disebut oleh sebahagian para ulama’ antaranya al-Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi dalam Tafsirnya (hlm. 6959-6960), Ibn ‘Asyur dalam al-Tahrir wa al-Tanwir (20/200) dan Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Quran (5/455).''

Mereka ini menikmati dunia, makanan, minuman dan pakaian sesuai keperluan besar fisik dan panjang usia mereka. Di tengah limpahan itu semua, nikmat yang diperolehi oleh umat terdahulu tetap terbilang sedikit. Alasannya, yang dinamakan dengan dunia, halalnya menuntut untuk hisab di hari akhirat nanti dan yang haramnya pula menescayakan azab sebagaimana keterangan dari hadith. 

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ مُجَالِدٍ حَدَّثَنَا عَامِرٌ قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَوْمَأَ بِإِصْبَعَيْهِ إِلَى أُذُنَيْهِ إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ وَالْحَرَامَ بَيِّنٌ وَإِنَّ بَيْنَ الْحَلَالِ وَالْحَرَامِ مُشْتَبِهَاتٍ لَا يَدْرِي كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ أَمِنَ الْحَلَالِ هِيَ أَمْ مِنْ الْحَرَامِ فَمَنْ تَرَكَهَا اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَاقَعَهَا يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَ الْحَرَامَ فَمَنْ رَعَى إِلَى جَنْبِ حِمًى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ وَلِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ

Ertinya:''Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id dari Mujalid, telah menceritakan kepada kami Amir ia berkata, aku mendengar An Nu'man bin Basyir berkata, "Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda-sambil ia mengisyaratkan dengan dua jari tangannya ke arah dua telinganya-: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, di antara yang halal dan yang haram ada perkara-perkara syubhat yang kebanyakan manusia tidak mengetahui, apakah ia termasuk halal ataukah haram. Maka barang siapa meninggalkan syubhat, berarti dia telah menjaga kehormatan dan agamanya. Dan barang siapa terjerumus di dalamnya maka dikhawatirkan ia akan terjerumus dalam perkara haram. Siapa yang menggembala di sekitar daerah terlarang, maka dikhawatirkan ia akan terjerumus di dalamnya. Sesungguhnya setiap raja itu memiliki daerah terlarang, dan daerah terlarang Allah adalah hal-hal yang telah diharamkan-Nya''. Riwayat Ahmad (17645)

Sebaliknya, Allah memuliakan umat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam sebagai umat akhir zaman ini dengan sedikit seksa dan hisab yang dapat menghalangi mereka dari masuk neraka. Oleh kerana itu, mereka adalah umat pertama yang akan masuk syurga. Dari sana kemudian Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, “َنَحْنُ الْآخِرُونَ الْأَوَّلُون” atau kami adalah umat akhir zaman yang awal (masuk syurga). Ini termasuk khabar Rasulullah yang terbilang sebagai mukjizat. Lihat Abdurra’uf Al-Munawi, At-Taysir bi Syarhil Jami’is Shaghir. 

 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَحْنُ آخِرُ الْأُمَمِ وَأَوَّلُ مَنْ يُحَاسَبُ يُقَالُ أَيْنَ الْأُمَّةُ الْأُمِّيَّةُ وَنَبِيُّهَا فَنَحْنُ الْآخِرُونَ الْأَوَّلُونَ

Ertinya:''Dari Ibnu Abbas bahwa Nabi ﷺ bersabda, "Kita adalah umat terakhir dan yang pertama kali akan di hisab, dikatakan, "Manakah umat yang Nabinya buta huruf?" Maka kita adalah umat terakhir dan yang pertama (akan di hisab)''. Riwayat Ibnu Majah(4280)

أَبَا هُرَيْرَةَ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ نَحْنُ الْآخِرُونَ السَّابِقُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Ertinya:''Abu Hurairah, ia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Kita adalah orang-orang yang datang terkemudian, namun kita yang terlebih dahulu ke syurga pada hari kiamat''. Riwayat Al-Bukhari (6941)

Ibnu Hajar dalam Kitab Fathul Bari bi Syarhi Shahihil Bukhari mengatakan bahwa hadith ini (أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِين)mengisyaratkan genapnya usia 60 sebagai dugaan selesainya umur seseorang. Pada usia tua ini dengan segala kekurangan yang ada, seseorang itu seyogianya menyibukkan diri sedapat mungkin dengan aktiviti persiapan menuju akhirat kerana mustahil untuk kembali pada kekuatan dan ketangkasannya seperti semula saat muda dahulu. Sebahagian ulama mazhab Syafi’i menarik sebuah simpulan hukum bahawa orang yang genap memasuki usia 60 tahun dan belum berhaji kerana kelalaiannya–''padahal ia mampu''–, maka ia berdosa jika kemudian wafat sebelum menunaikan ibadah haji. Lihat Ibnu Hajar, Fathul Bari.

Apabila seseorang mula sampai ke umur ini, maka rambut putih pun mula tumbuh di sana-sini di kepalanya dan dia itu ialah cahaya orang Muslim, sebagaimana tersebut di dalam sebuah Hadith,

عَنْ عَمْرِو بْنِ عَبَسَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Ertinya:''Dari Amru bin Abasah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Barang siapa tumbuh satu bulu uban di jalan Allah, maka bulu uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat''. Riwayat Tirmizi (1559)

Uban itu walaupun tumbuh sendiri, tidak melibatkan usaha manusia, namun ketika dia muncul sebab sesuatu yang dilakukan manusia, semisal karena memikirkan perjuangan agama, atau karena takut kepada Allah, maka tumbuhnya uban tersebut didudukkan pada kedudukan amal yang dilakukan manusia. Dengan demikian tumbuhnya uban dinilai sebagai amal ibadah yang bermanfaat di akhirat.

Hadith semisal diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syu’bul Iman:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  اَلشَّيْبُ نُوْرُ الْمُؤْمِنِ لَا يَشِيْبُ رَجُلٌ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ إِلَّا كَانَتْ لَهُ بِكُلِّ شَيْبَةٍ حَسَنَةٌ وَرُفِعَ بِهَا دَرَجَةٌ

Ertinya:''Dari Abdullah bin Amr berkata: Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, “Uban adalah cahaya seorang mukmin, tidaklah seorang beruban dalam Islam, kecuali setiap uban akan bernilai kebaikan baginya, dan meninggikan derajatnya”.

Hadith tersebut menjelaskan bahawa setiap helai uban akan berniai kebaikan dalam syurga dan dapat meninggikan darjat dalam syurga, kerana sesungguhnya syurga itu bertingkat-tingkat.

Uban atau rambut itu walaupun tumbuh sendiri dan tidak melibatkan usaha manusia, namun ketika dia muncul sebab bagi sesuatu yang dilakukan manusia, seperti memikirkan perjuangan agama, atau kerana takut kepada Allah, maka tumbuhnya uban tersebut didudukkan pada kedudukan amal yang dilakukan manusia. Dengan demikian tumbuhnya uban dinilai sebagai amal ibadah yang bermanfaat di akhirat.Rambut putih itu mengingatkan kita akan ketibaan ajal dan menutup semua jalan cita-cita dan angan-angan. la juga menandakan bahawa masa untuk berangkat sudah hampir, dan tidak berapa lama lagi kita akan berpindah. Ada yang mengatakan pula, bahawa rambut putih itu merupakan pertanda bagi ketibaan ajal dan penghapusan segala cita-cita. 

Di dalam sebuah pepatah Arab berbunyi dikatakan, dosa sekecil apa pun sangat buruk ketika rambut telah memutih, 

  ما أًقْبَحَ غَشْيَانَ الَّلَمَمِ إذا أَلَمَ الشَيْبُ بالِّمَمِ

Ertinya: “Alangkah buruknya perbuatan dosa betapa pun kecilnya bila rambut telah mulai beruban.” Pepatah ini sangat penting diperhatikan oleh siapa saja yang sudah tumbuh uban di kepala agar jangan sampai mengalami apa yang disebut tua-tua keladi ''makin tua makin menjadi-jadi'', sebab hal ini jika dipandang secara akhlak ianya sangat buruk. 

Berkata al-Khatib Ibnu Nubatah: Sesungguhnya uban itu umpama perbatasan hidup vang tidak dapat disekat, dan kerosakannya tidak dapat mengubah zaman. la laksana cahaya yang memancar dari suatu jiwa yang sedang tenggelam, yang akan memimpin setiap insan ke tempat longgokan tulang-belulang. Moga-moga kamu sekalian akan dirahmati Allah Ta'ala!. Lantaran itu, janganlah sampai kamu membakar cahaya uban kamu itu dengan api dosa dosa kamu pula! 

Bersabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dalam sebuah Hadith Qudsi,

وعن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: «يقول الله:» وَعِزَّتِي وَجَلَالِيْ وَفَاقَةِ خَلْقِي إِلَيًّ إِنِّّيْ لَأَسْتَحْيِ مِنْ عَبْدِيْ وَأَمَتِيْ يَشِيْبَانِ فِى الإِسْلاَمِ أَنْ أُعَذِّبَهُمَا «ثُمَّ بَكَى»، فَقِيْلَ لَهُ: مَا يُبْكِيْكَ يا رسول الله؟ فقال: «أًبْكِيْ مِمَّنْ يَسْتَحْيِ اللهْ مِنْهُ وَهُوَ لاَ يَسْتَحْيِ مِنً اللهِ تَعَالٰى٠

] أى ابن الجوزي فى الموضوعات) وقال عنه ضعيف: قلت )أى الفتني( أخرجه البيهقي )وله شاهد(تذكرة الموضوعات1\ 877

Ertinya:"Telah berfirman Allah Ta'ala: Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku dan keperluan sekalian makhluk-Ku kepada-Ku, Sesungguhnya Aku merasa malu terhadap hamba-Ku, baik lelaki atau wanita, yang masing-masing telah mencapai umur tua di dalam Islam untuk Aku menyiksa mereka pula. Kemudian Rasululiah Sallallahu'alaihiwasallam menangis. Lalu dikatakan kepadanya: Apa sebab engkau menangis, duhai Rasulullah? Jawab baginda: Aku menangiskan orang tua yang Tuhan malu kepadanya, sedang dia tidak pula malu kepada Allah Ta'ala''. Dhaif

Diantara perkara yang sangat dituntut ialah memuliakan orang tua. Daripada Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا

Ertinya: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang tidak menyayangi orang yang lebih muda daripada kami dan menghormati orang yang lebih berusia daripada kami'.'Riwayat al-Tirmizi (1919).

Daripada Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,

مَا أَكْرَمَ شَابٌّ شَيْخًا لِسِنِّهِ إِلَّا قَيَّضَ اللَّهُ لَهُ مَنْ يُكْرِمُهُ عِنْدَ سِنِّهِ

Ertinya: “Tidaklah orang yang muda itu apabila dia memuliakan orang yang tua disebabkan usianya, melainkan Allah akan menetapkan pada usia tuanya nanti akan ada orang yang memuliakannya'.'Riwayat al-Tirmizi (2022).

Berkata Imam Ghazali rahimahullah mengomentar Hadith di atas: Dalam hal ini terdapat suatu jaminan bahawa orang yang sering menghormati orang tua akan diberkati Allah umurnya, di samping ia memperoleh banyak pahal kebaikan itu. Adalah mustahab (harus) mewarnakan uban itu dengan warna kuning, ataupun merah. 

Friday, January 24, 2025

Taklif syar'i bila mencapai umur baligh

Taklif syar'i bila mencapai umur baligh 

Taklif dari segi bahasa - Pembebanan. Dari segi istilah - Menerima tanggungjawab dan kewajipan sebagai seorang Islam. Setelah baligh, seseorang itu berkewajipan untuk mematuhi semua hukum syara'; iaitu wajib, haram, makruh dan harus. Seorang Mukallaf bertanggungjawab dalam menunaikan solat dan puasa dan sebagainya.

Mukallaf secara etimologi berasal dari kata kallafa (كلّف) bererti membebani. Mukallaf (مكلّف) merupakan bentuk isim maf’ul dari kata kerja kallafa yang mempunyai erti dibebani tanggungjawab. Dengan begitu Mukallaaf (مكلّف) bererti yang diberati/dibebani, yang bertanggung jawab.

Dalam konteks ilmu fiqih, mukallaf merujuk kepada individu yang telah diberi beban tanggungjawab dalam agama islam. Orang ini juga telah memenuhi tiga syarat penting mukallaf; iaitu beragama Islam, mencapai usia dewasa (baligh), dan memiliki akal sihat.

Individu yang memenuhi syarat-syarat ini dianggap memiliki tanggungjawab dan kewajipan dalam menjalankan ajaran agama Islam. Dengan kata lain, mereka dianggap mampu memahami dan melaksanakan tuntutan agama secara sedar dan bertanggung jawab.

Terdapat perbezaan dalam penerapan konsep mukallaf dalam berbagai aspek ilmu feqah, seperti ibadah, urusan dunia, perkahwinan, dan hukum pidana. Meskipun prinsip mukallaf berlaku di semua konteks ini, tetapi penerapannya dapat berbeza tergantung pada jenis hukum yang bersangkutan. Terdapat perbezaan penting dalam cara penanganan hukum pidana (jinayah), yang membuatnya memerlukan pembahasan khusus.

Dalam kerangka ilmu ushul fiqah (prinsip-prinsip hukum Islam), istilah "mahkum alaih" digunakan untuk merujuk kepada mukallaf, Iaitu individu yang segala perbuatan dan aktivitinya dikenakan tanggungjawab oleh Allah. Ini menggaris bawahi peranan mukallaf dalam pemahaman ini dan menjadi dasar bagi interpretasi lebih lanjut tentang tanggungjawab hukum dan kewajipan individu.

Fiman Allah Subhanahuwa'ala,

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ.

Ertinya:''Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". Al-Baqarah ayat 286

Apabila sang anak telah mencapai umur baligh, sedangkan akalnya sempurna, maka sudahlah ia menjadi mukallaf. Ketika itu segala kewajipan agama tertuju kepadanya. Dia dituntut oleh Allah Subhanahuwa'ala untuk mematuhi perintah dan menjauhi larangan mengingat tentang janji-janji-Nya dan ancaman-ancaman-Nya, tentang balasan pahala dan penyiksaan atas dosa. Kedua Malaikat Kiraaman Kaatibin pun diperintahkan oleh Tuhan untuk mencatit baginya segala kebaikan dan kejahatan yang diakukannya. Seorang Malaikat di kanannya menuliskanan segala kebaikannya, dan yang satu lagi di kirinya menuliskan segala kejahatannya. 

Fiman Allah Subhanahuwa'ala,

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ. كِرَامًا كَاتِبِينَ. يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ

Ertinya;''Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Al-Infithar ayat 10-12.

Fiman Allah Subhanahuwa'ala,

إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ. مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Ertinya:''(Iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. Qaf ayat 17-18

Kedua Malaikat itu telah diperintah oleh Alah Subhanahuwa'ala untuk menyimpan semua rekod perkataan dan perbuatannya dari kebaikan dan kejahatan sepanjang mana hidupnya hinggalah ia meninggal dunia, kemudian kedua Malaikat itu akan hadir bersama-samanya di Hari Kiamat di hadapan pengadilan Allah Subhanahuwa'ala. lalu kedua-duanya berdiri menjadi saksi baginya dan atasnya, sesuai dengan firman Allah Subhanahuwa'ala,

   بَلْ عَجِبُوا أَنْ جَاءَهُمْ مُنْذِرٌ مِنْهُمْ فَقَالَ الْكَافِرُونَ هَٰذَا شَيْءٌ عَجِيبٌ

Ertinya:"Dan setiap diri akan tampil, dan bersamanya ada penyeret dan penyaksi''. Qaf ayat 21.

Apabila seorang anak telah mencapai umur baligh, maka bapa atau ayah harus mengingatkannya semula mengena ilmu-ilmu yang berkaitan dengan iman, perintah dan larangan jika sebelumnya memang sudah pun diajarkan kepadanya, dan diperingatkannya sebelum ia mencapai umur baligh dahulu. Sebab umur sesudah baligh in adalah berlainan hal dan keadaannya dengan sebelumnya, dan dalam masa umur ini kerap seorang anak mempunyai kecenderungan yang tersendiri. Meskipun seorang anak yang sudah baligh itu telah meniadi mukallaf dan bertangqungjawab sendiri terhadap perintah Allah dan larangan-Nya, namun ia tetap amat perlu kepada banyak galakan, ingatan dan pengenalan tentang kewajipan-kewajipan yang tersebut, dan segala sesuatu yang berliku padanya dari perkara-perkara yang sudah tertuju kewaiipannya ke atas anak yang sudah baligh itu, seperti menunaikan solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan seumpamanya. Juga tentang menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang haram, umpamanya zina liwath, minum khamar (arak), memakan hartabenda orang secara batil, seperti riba, ghashab (perampasan). khianat dan sebagainya. 

Meskipun untuk mengetahui perkara-perkara ini semua, sang anak yang baligh itu harus mempelajarinya sendiri setelah ia mencapai umur balighnya, kalau ia masih belum mempelajarinya sebelum itu. Namun bapa atau wali boleh memainkan peranan masing-masing untuk mengenalkannya dan menggalakkannya untuk mempelajari semua itu, kemudian mengamalkannya setelah dipelajarinva. Semua ini dapat disampaikan oleh bapa atau wali dengan sentiasa memperingatkan anak itu dan memperbanyakkan nasihat kepadanya. samada perkara yang diingatkannya itu seperkara yanq wajib ataupun sunnat yang dituntut (sunnah muakkadah).Hal ini tentulah tidak semuanya sama, malah berbeza-beza dengan perbezaan keadaan bapa, wali dan anak-anak. 

Apabila seorang anak mencapai umur baligh, nescaya dengan balighnya ia telah memasuki peringkat umur muda, dimana jelas kelihatan keadaannya cergas dan kuat. Sebaik-baiknya dihabiskan masa ini dalam mengerjakan kebajikan dan memperbanyak amalan soleh, serta meninggalkan mengerjakan kejahatan dan perkara-perkara yang mungkar, sementara ia menunggu bertambahnya kecergasan, sempurna kekuatan dan semakin bertambah dewasa lagi. Akan tetapi harus diingat dalam peringkat umur ini, sering dibimbangkan berlaku sesuatu hal yang merbahaya dan seperkara yang amat ditakuti, yang biasanya dialami oleh kebanyakan dari anak-anak yang sedang meningkat umur muda, iaitu kecenderungan kepada nafsu dan syahwat keduniaan, dan sangat gemar akan gejala-gejala yang menarik kepada mencintal dunia dan tidak gemar pula untuk membuat ketaatan, kebajikan atau atau berminat untuk membuat amalan yang soleh. Dalam peringkat umur inilah, jarang terdapat seorang anak lurus kelakuannya, berminat jiwanya untuk memperbanyak amalan soleh, dan meninggalkan kelazatan syahwat dunia dan keindahannya yang tidak kekal. Sebab itu ada sebuah Hadith yang berbunyi: 

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:

يَعْجَبُ رَبُّكَ مِنْ شَابٍّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَةٌ

Maksudnya:''Rabbmu kagum dengan pemuda yang tidak memiliki shobwah". Riwayat Imam Ahmad (4/151)

صَبْوَةٌ adalah kecondongan untuk menyimpang dari kebenaran.

عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كُنَّا نَغْزُوْ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ شَبَابٌ

Maksudnya:"Dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu anhu berkata, “Kami ikut berperang bersama Rasulullah padahal saat itu kami masih muda". Riwayat Imam Ahmad ( 1/390, 432)

Adalah merupakan suatu kemuliaan bagi setiap pemuda yang menjaga masa mudanya, menghabiskannya untuk ketaatan kepada Allah Subhanahuwata’ala. Terlebih lagi jika dia hidup di zaman dan lingkungan yang tersebar di dalamnya fitnah syubhat dan syahwat. Sesungguhnya merupakan kurniaan Allah Subhanahuwata’ala dan hidayah-Nya apabila ada seorang pemuda yang mampu menjaga dirinya dari badai ombak fitnah ini.

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam. telah menghitung dalam bilangan orang yang dilindungi Allah Subhanahuwata'ala dalam naungan-Nya, pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah saja, iaitu seorang pemuda yang sedang meningkat umurnya amat gemar dalam mengerjakan ibadat kepada Allah Subhanahuwata'ala. 

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالْمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُودَ إِلَيْهِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَى ذَلِكَ وَتَفَرَّقَا وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ ذَاتُ حَسَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ

Ertinya:"Dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Tujuh golongan orang yang akan mendapatkan naungan Allah pada hari saat tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; Seorang imam yang adil. Seorang pemuda yang tumbuh dalam ibadah kepada Allah. Seorang pemuda yang hatinya terpaut dengan masjid. Dua orang pemuda yang saling mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya. Seseorang yang berzikir kepada Allah dalam kesendirian lalu mengucur air matanya. Seorang pemuda yang diajak berzina oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan lalu dia berkata, 'Sesungguhnya aku takut kepada Allah.' Dan seorang laki-laki yang bersedekah, lalu dia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan tangan kanannya''. Riwayat Malik (1501)

Lantaran itu, maka sudah sewajarnyalah seorang pemuda itu mempersungguh-sungguhkan memelihara masa mudanya, agar tidak menjerumuskannya ke dalam kemurkaan Allah Subhanahuwata'ala, sehingga menyebabkan ia menerima siksaan-Nya yang pedih. Malah hendaklah ia menjadikan masa muda itu suatu sebab yang akan menariknya untuk mencapai keredha an Allah Subhanahuwata'ala dan memperoleh pahala-Nya yang besar. Hendaklah ia patuh kepada pengajaran-pengajaran Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam, kerana baginda adalah seorang yang amat berbelas-kasihan dan bersifat rahmat terhadap diri kita lebih daripada apa yang pernah kita lakukan terhadap diri sendiri ataupun yang pernah dilakukan oleh kedua ibu-bapa kita terhadap kita. 

Cuba perhatikan sabda baginda yang berikut,

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Sallallah‘alaihiwasallam pernah menasihati seseorang,

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

Maksudnya: "Manfaatkanlah/sebutkanlah lima perkara sebelum lima perkara; Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu.Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu.Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu.Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu.Hidupmu sebelum datang matimu".

Al-Hakim dalam Al Mustadroknya 4: 341. Al Hakim mengatakan bahwa hadith ini sahih sesuai syarat Bukhari Muslim namun keduanya tidak mengeluarkannya. Dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim.

Lima Tanggungjawab yang akan disoal di Hari akhirat,

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَزُولُ قَدَمُ ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَ أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ الْحُسَيْنِ بْنِ قَيْسٍ وَحُسَيْنُ بْنُ قَيْسٍ يُضَعَّفُ فِي الْحَدِيثِ مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي بَرْزَةَ وَأَبِي سَعِيدٍ

Ertinya:''Dari Ibnu Umar dari Ibnu Mas'ud dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam beliau bersabda: "Kaki Anak Adam tidaklah bergeser pada hari Kiamat dari sisi Rabbnya sehingga ditanya tentang lima hal; tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia pergunakan, tentang hartanya dari mana dia peroleh dan kemana dia infakkan dan tentang apa yang telah dia lakukan dengan ilmunya''.

Abu Isa berkata: Hadith ini gharib, kami tidak mengetahuinya dari hadits Ibnu Mas'ud dari Nabi Sallallahu 'alaihi wa Salam kecuali dari Hadits Al Husain bin Qais, sementara Husain bin Qais dilemahkan dalam masalah hadith karena sisi hafalannya, dan dalam bab ini ada hadits dari Abu Barzah dan Abu Sa'id. HR Tirmizi 2416,ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir jilid 10 hal 8 Hadits no. 9772.

Dalam Hadith di atas Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam mengakhabarkan  bahawasanya, pada Hari kiamat kelak setiap Bani Adam (manusia) akan diminta untuk  dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap 5 (lima) perkara tersebut, iaitu:

1-Umurnya

2-Masa mudanya

3-Hartanya (dari mana ia dapatkan)

4-Hartanya (dalam hal apa ia belanjakan)

5-Ilmu yang dimilikinya

Barangsiapa yang dapat menjawab dan dapat bertanggungjawab terhadap kelima-lima perkara tersebut kelak di hari kiamat, maka dia akan menjadi orang yang beruntung. Dan dengan izin Allah, dia pun akan memperolehi setiap apa yang telah Allah janjikan kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa berupa kenikmatan-kenikmatan syurga. Namun sebaliknya jika ia tidak boleh mempertanggungjawabkannya di hadapan Allah Subhanahuwata'ala, maka sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang celaka dan akan mendapatkan azab yang pedih dari-Nya.

Firman Allah Subhanahuwata'ala,

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا مَتَاعُ الْغُرُورِ    

Ertinya:' Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya''. Ali-Imran ayat ayat 185.

Masa muda ialah waktu yang sepatutnya dihabiskan untuk mencapai sifat-sifat yang mulia, menambah ilmu pengetahuan dan merebut kedudukan yang tertinggi dalam urusan agama dan seumpamanya. Kerapkali para salaf soleh yang diberkati Allah Subhanahuwata'ala umurnya, sehinqga mencapai umur tua pun mereka tetap mengerjakan kebajkan dan ketaatan pada jalan Allah disamping itu mereka sentiasa menggalakkan pemuda-pemuda untuk memelihara masa mudanya, dan supaya tidak menyia-nyiakannya pada perkara-perkara vang tidak menentu. Mereka sering mengingatkan "Gunakanlah peluang masa muda kamu ini untuk mengerjakan perkara perkara yang baik.sebelum kamu sekalian sampai seperti umur kami".

Yakni, sebelum kamu sekalian mencapai umur tua, dimana kamu akan meniadi lemah dan berat unuk mengerjakan amalan-amalan soleh, padahal mereka dalam keadaan serupa itu pun, mereka masih melebihi pemuda-pemuda dalam mengerjakan kebajikan kepada Allah Subhanahuwata'ala, dan lebih banyak berusaha untuk menujukan diri kepada ketaatan-Nya.

Thursday, January 16, 2025

Syaitan beraksi di setiap pintu masjid

Syaitan beraksi di setiap pintu masjid 

Syaitan sentiasa mengunjungi tempat-tempat ibadah, majlis zikir, dan masjid-masjid. Di sana, ia berusaha untuk merayu setiap orang yang berada di dalamnya untuk tidak menjalankan solat. Setiap kali azan dikumandangkan, ia pun selalu berusaha menggoda anak manusia dengan berbagai macam cara, agar tidak menunaikan solat. la akan membuat mereka ingat terhadap segala urusan dan aktiviti dunia. la juga merayu dengan menakut-nakuti bahawa jika mereka pergi menunaikan solat, maka mereka akan menemui kerugian dalam jual beli, akan hilang kesempatan berbisnis dan keuntungan lainnya. Sebab kata syaitan, waktu yang digunakan untuk solat akan berlalu dengan sia-sia. Syaitan juga berusaha memperdaya mereka dengan meyakinkan mereka bahawa berdagang juga ibadah, bekerja keras juga ibadah, dan lain sebagainya, hingga perhatian mereka beralih dari solat dan zikir. 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۚ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Ertinya:''Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui''. Al-Nur ayat 21

Ada kisah menarik yang sering dijadikan peringatan dan fatwa dalam berbagai hal urusan agama. Diriwayatkan oleh Imam Abu Hanifah bahawa seorang lelaki datang kepada seorang Imam mengadukan perihal kehilangan wangnya. la menyimpan wang tersebut dengan menanamnya di daiam tanah. Ketika banjir datang dan menghilangkan jejak tempat penyimpanan harta tersebut, ia pun kebingungan mencari tempat penyimpanan wangnya. 

Kemudian, ia menanyakan si Imam, apa yang harus ia lakukan untuk menemukan hartanya. Mulanya, si Imam juga kebingungan untuk mencari jalan keluar dari permasalahan lelaki tersebut. Namun, lelaki itu terus mendesak Imam. Akhirnya, si Imam menyuruh lelaki tersebut menghadap Allah, melakukan solat tahajjud, sejak dari menunaikan solat Isyak hingga fajar menyingsing. Kemudian, ia meminta kepada lelaki tersebut menyampaikan kepadanya hasil dari solat malamnya. 

Setelah fajar menyingsing, lelaki itu pun menghadap Imam dan mengatakan bahawa ia telah menemukan wangnya. Si Imam pun bertanya bagaimana caranya ia menemukan kembali tempat penyimpanan wang tersebut. Lelaki itu pun bercerita bahawa ia tidak berhenti melakukan solat hingga ia mampu mengingat di mana ia menyimpa hartanya, bila banjir datang, dan kira-kira sampai di mana air bah membawa tanda yang ia pasang di atas tanah tempat penyimpanan harta. Kemudian, ia mendatangi tempat tersebut dan memperkirakan letak tempat penyimpanan hanta. Si Iman pun tertawa mendengar penuturan ceritanya seraya berkaa Demi Allah, saya yakin bahawa syaitan tidak akan pernah rela membiarkan waktu malammu bermunajat secara khusyuk kepada Allah''.

Demikianlah, ketika syaitan mengetahui bahawa lelaki tersebut ingin beribadah malam kepada Allah, la akan memperdayakannya dengan cara mengingatkan tempat di mana la menyimpan hartanya. Hingga akhirnya, lelaki tersebut lalai dengan solatnya.

Ada sebuah hadith yang menggambarkan gangguan syaitan berlaku di dalam solat,

عَنْ أَبِي الْعَلَاءِ أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ أَبِي الْعَاصِ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلَاتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَيَّ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلَاثًا قَالَ فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللَّهُ عَنِّي 

Ertinya:''Dari Abu Al A'la bahwa 'Utsman bin Abu Al 'Ash datang kepada Nabi ﷺ lalu bertanya, "Ya, Rasulullah! Aku sering diganggu syaitan dalam solat, sehingga bacaanku menjadi kacau karenanya. Bagaimana itu?" Maka bersabda Rasulullah ﷺ: 'Ya, yang demikian itu memang gangguan syaitan yang dinamakan Khanzab. Kerana itu bila engkau diganggunya, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya, sesudah itu meludah ke sebelah kirimu tiga kali!' Kata Usman, 'Setelah kulakukan yang demikian, maka dengan izin Allah godaan seperti itu hilang''. Riwayat Muslim (4083)

Inilah salah satu dari erti ayat AI-Quran yang menggambarkan usaha syaitan untuk mengelabui manusia. Syaitan berkata,Tuhanku! Sebagaimana Engkau telah menyesatkan jalan hidupku, aku juga akan sentiasa berusaha untuk memperdaya anak manusia dari jalan yang lurus. Inilah diantara cara-cara yarg ditempuh syaitan untuk memperdaya manusia. 

Mari kita perhatikan ayat berikut,

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ. ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

Ertinya:''kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)''. Al-A'raf ayat 16-17

Dalam ayat ini dijelaskan bahawa syaitan mengambil empat arah sahaja ketika merayu manusía; kanan, kiri, depan, dan belakang. Sedangkan arah yang kita kenal ada enam, iaitu; kanan, kiri, muka, belakang, atas, dan bawah. Mengapa syaitan datang hanya dari empat arah, dan meninggalkan bahagian atas dan bawah?. Jawabnya adalah kerana bahagian atas adalah tempat naik dan terangkatnya doa dan segala perbuatan baik ke sisi Allah Subhanahuwata'ala. Sedangkan bahagian bawah adalah termpat sujud dan tunduk kepada Allah. Keduanya merupakan tempat yang tidak dapat didekati syaitan. Maka, kedua tempat ini adalah tempat yang penuh barakah bagi seorang mukmin. Di sanalah tempat bersemayam para malaikat, dan tidak pernah didekat syaitan. 

Di sisi lain, kita juga harus berhenti sejenak untuk mendalami ayat, "dan kamu tidak akan mendapatkan mereka dari golongan orang-orang yang bersyukur." Siapa yang memberitahukan kepada syaitan bahawa kebanyakan manusia tidak akan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan Allah? 

Dalam surah Al-Baqarah ayat 243 ada disebutkan 'akan tetapi, kebanyakan dari mereka/manusia tidak bersyukur'. 

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ خَرَجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَهُمْ أُلُوفٌ حَذَرَ الْمَوْتِ فَقَالَ لَهُمُ اللَّهُ مُوتُوا ثُمَّ أَحْيَاهُمْ ۚ إِنَّ 

اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ

Ertinya:''Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang ke luar dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya) karena takut mati; maka Allah berfirman kepada mereka: "Matilah kamu", kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai karunia terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

Apakah syaitan memiliki ilmu ghaib, sehingga ia mengetahui bahawa nanti, kebanyakan umat manusia tidak pandai bersyukur? Atau, apakah keyakinan tersebut berasal dari dirinya sendini? 

Syaitan tidak memiliki ilmu ghaib yang membuat dia mampu mengetahui bahawa nanti, kebanyakan umat manusia tidak mensyukuri segala nikmat Tuhan, dan ia akan berhasil memperdaya dan mengelabui manusia ke jalan yang sesat, Al--Quran menjelaskan kepada kita tentang hal ini pada surah Saba' ayat 20,

وَلَقَدْ صَدَّقَ عَلَيْهِمْ إِبْلِيسُ ظَنَّهُ فَاتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِيقًا مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Ertinya:''Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman''.

Jadi, apa yang dikatakan syaitan hanya berupa zhon ataupun perkiraan sahaja. la tidak memiliki ilmu ghaib, dan ia tidak mampu mengetahui apa yang akan terjadi di masa yang akan datang. Kemudian, datang firman Allah yang menjelaskan hukuman bagi syaitan dan orang-orang yang mengikuti langkahnya dalam surah Al-A'raf ayat 18,

قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَدْحُورًا ۖ لَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنْكُمْ أَجْمَعِينَ

Ertinya:''Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya''.

Demikianlah Iblis diusir dari rahmat Allah dari syurga dan dari segala tempat yang di dalamnya berlangsung ibadah dan amal yang mendekatkan kepada Allah, la menjadi terhina dan terlaknat. Allah Subhanahuwata'ala telah menggambarkan hal ini dalam al-Quran,

قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

Ertinya:''Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina". Al-A'raf ayat 13

Bukan hanya Iblis, tetapi juga seluruh makhluk yang mahu mengikuti langkah sesatnya, dari bangsa jin dan manusia. Tempat kembali mereka sudah jelas, kekal di dalam neraka. Allah Subhanahuwata'ala menyediakan untuk setiap hamba-Nya tempat Di syurga mahupun di neraka. Sehingga, apabila seluruh makhluk ingkar dan durhaka kepada Allah, neraka akan tetap dapat menampung mereka semua. Begitu juga sebaliknya, jika seluruh makhluk taat dan tunduk kepada Allah, nescaya syurga sangat cukup dan luas untuk mereka. Pada hari kiamat nanti, para ahli syurga mendapat tempat-tempat khusus lebih dari yang telah disediakan Allah buat mereka, iaitu tempat yang diperuntukkan kepada orang-orang yang telah ditetapkan Allah menjadi penghuni neraka. 

Setelah Allah menjanjikan kepada Iblis bahawa Allah akan membiarkannya hidup hingga hari kiamat tiba, Allah pun melindungi Adam dan mengenalkannya pada pengalaman yang akan menjadi pelajaran paling berharga baginya kelak. Allah menjelaskan kepada Adam bahawa syaitan adalah musuhnya. Syaitan sentiasa akan berusaha merayunya untuk melakukan maksiat dan menjanjikan segala macam kebohongan. Allah menginginkan pengenalan ini dilakukan berdasarkan pengalaman yang dialami langsung oleh Adam dan Hawa. Sehingga nantinya ketika keduanya sudah diturunkan ke bumi, pengalaman ini benar-benar akan menjadi pelajaran yang akan memelihara mereka dari godaan syaitan. 

Firman Allah yang menjelaskan tentang hal ini terdapat dalam surat Al-A'raf ayat 19,

وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Ertinya:''(Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim''.

Juga firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Ertinya:''Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim''. Al-Baqarah ayat 35

Demikianlah Allah mempersiapkan bagi Adam dan Hawa tempat untuk menemukan pengalaman-pengalaman tersebut. Tempat pertama adalah syurga yang merupakan tempat segala kenikmatan dan sumber kehidupan. Di dalamnya, mereka boleh menikmati segala macam buah, jenis-jenis minuman, dan segala macam yang mereka inginkan sudah tersedia. Mereka diizínkan untuk menikmati segala macam buah, kecuali satu jenis buah. Untuk satu jenis buah ini, Allah melarang Adam dan Hawa mendekatinya. 

Syurga benar-benar tempat berlangsungnya kehidupan yang penuh dengan kesenangan. Larangannya pun sangat sedikit. Mereka berdua hanya diminta untuk tidak mendekati satu jenis pohon. Allah Subhanahuwata'ala sendiri telah memberi amaran kepada keduanya untuk sentiasa berhati-hati terhadap syaitan. la adalah musuh mereka, dan jangan sekali-kali memperhatikan dan menuruti ajakannya. Kerana, yang ia inginkan dari mereka berdua hanyalah kesesatan. Namun, apa yang terjadi selanjutnya? 

Meskipun Allah telah memberikan amaran dan peringatan kepada keduanya, syaitan tetap saja mampu memperdaya dan membuat keduanya jatuh ke lembah maksiat. 

فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ۖ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ

Ertinya:''Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan''. Al-Baqarah ayat 36

Kesombongan yang telah memenuhi jiwa Iblis, sehingga membuatnya berani menentang perintah Allah. la berharap dengan mengatakan kepada Allah bahawa ia diciptakan dari api sedangkan Adam diciptakan dari tanah, Allah akan merubah perintahNya.

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

Ertinya:''Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". Al-A'raf ayat 12

Dan yang terjadi, Allah malah melaknatnya dan mengusirnya dari rahmat-Nya. Menjadikannya sebagai penghuni neraka, serta seluruh orang yang mengikuti jejak langkahnya. Kemudian, Iblis mencari celah untuk memperdaya Adam dan anak cucunya. Celah tersebut adalah dengan mengatakan bahawa Allah Subhanahuwata'ala Maha Mulia dan tidak memiliki keperluan terhadap makhluk-Nya. Yang sesat tidak akan berpengaruh pada kemuliaan dan kekuasaan Tuhan, sebagaimana halnya yang beriman. 

Allah Subhanahuwata'ala berkehendak untuk mengenalkan Adam pada pengalaman-pengalaman yang menunjukkan bahawa syaitan adalah musuhnya. Hal ini bertujuan untuk melatih Adam, agar sentiasa berhati-hati terhadap rayuan syaitan. Terlebih-lebih pada kehidupan dunia. 

Dari celah inilah Iblis merasuki jiwa anak manusia. Allah memang menjadikan dunia sebagai tempat menjalani ujian. Dunia tidak akan pernah lepas dari segala macam ujian dan cubaan. Hal ini tentu saja untuk mengetahui, manakah hamba-hamba yang soleh dan yang sebaliknya. Dan agar mereka kelak, di hari akhirat mengakui segala kesalahan mereka yang telah mengikuti rayuan Iblis. 




Thursday, January 9, 2025

Dunia Tempat Yang Penuh Dengan Ujian

Dunia Tempat Yang Penuh Dengan Ujian 

Di dalam al-Quran, perkataan 'dunia' disebut sebanyak 115 dan bilangannya menyamai perkataan 'akhirat'. Ini menunjukkan bagaimana hubungan dunia dengan akhirat adalah sangat kuat. Semua makhluk terutama seluruh manusia akan menjalani kehidupan sementara di atas muka bumi ini sebagai ujian sebelum bertemu dengan Allah Subhanahuwata'ala nanti. Kesenangan, kesusahan, kegembiraan, ketakutan, kelaparan adalah sebenar-benar ujian yang diturunkan oleh Allah Subhanahuwata'ala kepada hambanya. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

 وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Ertinya:''Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar''. Al-Baqarah ayat 155.

Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,

 عَنْ خَوْلَةَ أَنَّهَا سَمِعَتْ حَمْزَةَ يُذَاكِرُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا فَقَالَ إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَرُبَّ مُتَخَوِّضٍ فِي مَالِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ لَهُ النَّارُ

Ertinya:''Dari Khaulah bahawa dirinya mendengar dari Hamzah menyebutkan kepada Nabi ﷺ tentang dunia, maka beliau bersabda, "Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan berapa banyak orang yang mengambil harta Allah dan harta rasul-Nya tanpa hak kemudian masuk neraka''. Riwayat Ahmad (25809)

Hadith ini jelas menunjukkan bagaimana keadaan dunia yang sebenarnya. Allah Subhanahuwata'ala menjadikan dunia ini sebagai tempat ujian dan cubaan kepada para hambanya. Manis dan hijaunya dunia sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam menunjukkan kesenangan, kelazatan dan keindahan berada sementara di atas dunia sehingga ada yang berani melanggar ketetapan Allah dan Rasul-Nya dalam hal mendapatkan harta.

Untuk menjadikan dunia sebagai tempat pengujian, di dalamnya harus ditemukan aneka ragam penyesatan, rayuan, dan tipu daya. Justeru itu, Allah Subhanahuwata'ala mengabadikan hidup syaitan di dunia hingga hari kiamat, iainya merupakan satu jenis dari berbagai macam jenis tipu daya dan penyesatan, yang akan dihadapi oleh manusia pada kehidupan dunia. 

Hal ini dilakukan untuk menguji hamba-hamba Allah, untuk menemukan hamba yang benar-benar tulus mencintai-Nya dan mengabdi kepada-Nya. Maka, barang siapa mencinta Allah, Allah akan melindunginya dari godaan-godaan tersebut. Dan barang siapa yang cenderung untuk melakukan maksiat dan kekufuran, syaitan pun akan dapat menguasainya, membawanya semakin jauh tersesat dalam kemaksiatan dan kekufuran. Firman Allah Subhanahuwata'ala.

قَالَ لَمْ أَكُنْ لِأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ. قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ. وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَىٰ يَوْمِ الدِّينِ.قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ.قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ.إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ.قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ.إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ.

Ertinya:''Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Allah berfirman: "Keluarlah dari syurga, kerana sesungguhnya kamu terkutuk. dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat.Dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat. Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan. Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh.sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan.Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka". Al-Hijr ayat 33-40.

Demikianlah, Allah menjadikan manusia bersama orang yang dicintainya. Jika seseorang mencintai Allah, ia akan sentiasa bersama Allah. Allah pun akan melindunginya dari segala jenis kejahatan dan menjauhkannya dari godaan syaitan, serta membukakan baginya pintu-pintu kebaikan. Sedangkan orang yang mencintai syaitan, Allah akan membiarkannya bersama syaitan-syaitan yang akan menyeretnya ke lembah maksiat. Allah Subhanahuwata'ala akan menjadikan hidupnya celaka dan sengsara, penuh dengan dosa. Hari demi hari, dosa-dosanya akan semakin menggunung.

Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,

عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَتَى قِيَامُ السَّاعَةِ فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الصَّلَاةِ فَلَمَّا قَضَى صَلَاتَهُ قَالَ أَيْنَ السَّائِلُ عَنْ قِيَامِ السَّاعَةِ فَقَالَ الرَّجُلُ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَعْدَدْتُ لَهَا كَبِيرَ صَلَاةٍ وَلَا صَوْمٍ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ وَأَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ.

Ertinya:"Dari Anas ia berkata, Seseorang mendatangi Rasulullah ﷺ lalu bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah kiamat terjadi? Lalu Nabi ﷺ berdiri untuk solat, seusai solat Rasulullah ﷺ bertanya, "Mana si penanya tentang hari kiamat tadi?" orang itu menjawab: Saya wahai Rasulullah. Rasulullah ﷺ bertanya, "Apa yang telah kau persiapkan untuknya?" orang itu menjawab: Aku tidak menyiapkan sekian banyak solat dan puasa untuknya, hanya saja aku mencintai Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah ﷺ bersabda, "Seseorang bersama orang yang ia cintai dan engkau bersama orang yang kau cintai''. Riwayat Tirmizi (2307)

Ibnu Hajar berkata, “Maksud ‘sesungguhnya engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai’ adalah engkau akan didekatkan dengan mereka, begitu pula hal ini termasuk dalam golongan yang ia cintai. Bagaimana jika kedudukan di syurga di antara mereka bertingkat-tingkat derajat? Apakah masih tetap dikatakan bersama? Jawabnya, tetap masih disebut bersama. Selama masih ada kesamaan, seperti sama-sama masuk syurga, maka itu pun disebut bersama. Jadi tidak mesti bersama dalam segala sisi. Jika semuanya tadi masuk surga, itu sudah disebut bersama walau berbeda-beda derajat''. Lihat Fathul Bari, 10: 555.

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin, hlm. 2/160, menyatakan:

قال الحسن : يآبن آدم ! لايُغَرُّكَ قول من يقول  : ) الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ( فإنك لن تلحق الأبرار إلابأعمالهم ،فإن اليهود والنصر يحبون أنبياءَهم وليسُوا معهم

Ertinya:''Al-Hasan berkata: Wahai manusia, janganlah terpedaya dengan ucapan: “Seseorang bersama orang yang dia cintai” kerana engkau tidak akan bertemu dengan orang-orang baik kecuali dengan amal perbuatan. Kerana orang Yahudi dan Nasrani mencintai para Nabi mereka tetapi mereka tidak bersama para Nabinya. Maka bekerjalah sebagaimana orang yang kalian cinta itu bekerja''.

Orang -orang Yahudi dan Nasrani, mengatakan cinta kepada Nabi Isa, cinta Nabi Musa, cinta Nabi Daud, pun mereka cinta Nabi Nuh. Tapi cinta hanya dibibir saja. Mereka tidak beriman sesuai iman Nabi-nabi mereka. Mereka pun tidak mengerjakan apa yang dikerjakan Nabi-nabi mereka. Malah mereka menyimpang aturan dan syariat Nabi-nabi mereka.

Adapun bukti cinta orang yang mengaku telah mencintai Nabi Sallallahu'alaihiwasallamadalah tunduk patuh pada apa yang dibawa oleh Nabi Sallallahu'alaihiwasallam berupa syariat Islam kaaffah tanpa pilih dan pilah.

Agar pengalaman dan ujian hidup di bumi benar-benar teruji dan sempurna, rayuan dan godaan syaitan sangat diperlukan. Hingga keimanan hamba-hamba-Nya pun benar-benar teruji. Bukan hanya ujian teoritis, tetapi juga, ujian yang berat dan realistis. Kerana, pada hakikatnya, antara teori dan kenyataan sangat tidak sesuai. Seringkali kita mengatakan bahawa kita akan melakukan sesuatu. Tetapi setelah saatnya tiba, kita tidak melakukannya. 

Sama halnya ketika seseorang diamanahkan untuk melakukan sesuatu. la berjanji akan memenuhi amanah tersebut dengan sebaik-baiknya. Tetapi, setelah tiba saatnya untuk memenuhi amanah tersebut, ia tidak memenuhinya. Bahkan, cenderung lupa dan tergoda dengan janji-janji dunia dan syaitan. Melupakan janjinya pada Allah, dan melupakan ketentuan-Nya.

Kita tidak boleh berperasangka bahawa Allah memenuhi permintaan syaitan. Kerana, pada hakikatnya, Allah bukan memenuhi permintaannya. Justeru hal ini adalah demi keseimbangan dan penyesuaian antara keinginan Allah dan apa yang telah dipersiapkannya di dunia, yang berupa konsep hidup, hukum alam, serta apa yang telah dipersiapkannya untuk manusia berupa ujian-ujian dan cubaan. Jadi, Allah kabulkan

permohonan Iblis tersebut adalah untuk kepentingan-Nya, bukan kerana pemenuhan terhadap doa syaitan yang menginginkan dirinya dikekalkan hingga hari kiamat. Hal itu dilakukan agar rayuan dan godaan terus-menerus ada sampai hari kiamat, dan manusia pun terus diuji keimanannya. 

Ketika Allah menetapkan bagi Iblis untuk terus hidup hingga hari kiamat, ia pun kembali merasa sombong. angkuh, dan merasa bahawa inilah kesempatan baginya untuk menjerumuskan selunuh anak dan cucu Adam ke dalam kesesatan. Allah Subhanahuwata'ala telah menerangkan tentang hal ini dalam Al-Quran surah Al-A'raf ayat 16,

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

Ertinya:''Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus''.

Sekarang, bagaimana cara syaitan memperdaya manusia? Dan bagaimana caranya ia boleh merasuki jiwa manusia?. Anda akan menemukan jawapannya jika anda membaca surat Shad ayat 82,

قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Ertinya:''Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya".

*Syaitan memasuki jiwa manusia melalui pintu kemuliaan dan keagungan Allah. Allah Subhanahuwata'ala Maha Mulia dan tidak akan pernah memerlukan makhlukNya*. 

Seperti, Iblis sengaja mengatakan kepada Allah seraya memohon," Ya Tuhanku andai Engkau menginginkan seluruh makhluk-Mu taat kepada-Mu, nescaya hal itu sangat mudah bagi-Mu. Dan aku tidak akan pernah berhasil memperdaya mereka, meskipun hanya satu orang. Namun, aku sangat menyedari bahawa Engkau Maha Mulia dan Maha Agung dari seluruh makhluk. Sedangkan ketaatan mereka, sedikit pun, tidak berpengaruh pada kekuasaan-Mu, sebagaimana keingkaran mereka juga tidak mengurangi kemahakuasaan-Mu. Sedangkan aku, dengan kemuliaan-Mu akan berusaha merayu dan menggoda mereka secara keseluruhan. Aku akan menjadikan segala kemaksiatan di mata mereka menjadi indah dan menark merayu seluruh makhluk yang cenderung menempuh jalan yang lurus (baik). 

Sedangkan orang-orang yang senang menempuh jalan sesat kerana terkalah oleh dorongan nafsu yang jahat dalam dirinya, syaitan tidak punya azam untuk menyesatkan mereka. Kerana, tanpa godaannya pun mereka sudah menjadi sesat. Syaitan tidak menghadiri tempat-tempat maksiat seperti warung-warung yang menjual minuman keras atau tempat maksiat lainnya, malahan mereka sendiri yang berada di dalamnya. Mereka secara otomatís telah menjadi tentera pengikut syaitan. Mereka tidak perlu dirayu dan diperdaya lagi. Kerana diri mereka sendiri telah menjadi syaitan.

Hal ini sepertimana firman Allah Subhanahuwata'ala,

إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي

Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu)''. Yusuf ayat 53.

Imam al-Tabari menjelaskan: “Sesungguhnya nafsu yang dimaksudkan ialah nafsu hamba yang memerintahkan kepada seluruh apa yang dia inginkan oleh hawanya, meskipun bukan pada sesuatu yang diredhai oleh Allah Subhanahuwata'ala.” Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran, 13/209. 

Al-Baghawi pula menyebut bahawa maksud menyuruh melakukan kejahatan (السوء) pada ayat ini adalah menyuruh kepada maksiat. Lihat Ma’alim al-Tanzil, 4/249

Syeikh al-Maraghi pula dalam mentafsirkan ayat ini menyebut bahawa ayat ini merupakan penutup ikrar isteri al-‘Aziz sepertimana pendapat Abu Hayyan dalam kitab al-Bahr.  Kemudian beliau menyatakan: “Sesungguhnya nafsu kemanusiaan itu sering menyuruh melakukan kejahatan kerana padanya terdapat pelbagai dorongan kehendak zahir dan batin, lantaran telah diletakkan padanya pelbagai kekuatan dan alat untuk mencapai kenikmatan termasuk kecenderungan yang dibisikkan oleh syaitan kepadanya. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 7/3380)

Dalam sebuah Hadith Nabi Sallallahu'alaihiwasallam mengajar kita berdoa, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam telah menggabungkan antara kejahatan nafsu dan kejahatan syaitan. Baginda Sallallahu'alaihiwasallam mengucapkan,

اللَّهمَّ فاطرَ السَّمواتِ والأرضِ، عالِمَ الغيبِ والشَّهادةِ، رَبَّ كلِّ شيءٍ ومَلِيكَهُ، أشهَدُ أن لا إلهَ إلَّا أنتَ، أعُوذُ بكَ مِن شرِّ نَفْسي، وشرِّ الشَّيطانِ وشِرْكِهِ

Maksudnya: “Ya Allah, Yang Menjadikan langit dan bumi, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Tuhan bagi setiap sesuatu dan pemiliknya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung pada-Mu dari kejahatan diriku sendiri dan dari kejahatan syaitan dan teman sekutunya''.

Riwayat Abu Daud (5067), al-Tirmizi (3392), al-Nasa'ie (7699) dan Ahmad (7961)

Wednesday, January 1, 2025

Sifat sombong hanya milik Allah Subhanahuwata'ala

 Sifat sombong hanya milik Allah Subhanahuwata'ala

Takabbur juga disebut sebagai كبر (dalam Bahasa Arab) atau sombong  adalah salah satu sifat atau 'pakaian kebesaran' milik Allah, iaitu Al-Takabbur yang tak sepatutnya dipakai oleh sesiapa dari makhluk-Nya. Takabbur atau disebut takabur atau juga takbur adalah sifat sombong, bongkak, berlagak, meninggi diri, hidung tinggi, sama ada secara perbuatan gerak badan, secara pandangan, secara lisan mahu pun secara dalam hati.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ الْكِبْرِيَاءُ رِدَائِي وَالْعَظَمَةُ إِزَارِي مَنْ نَازَعَنِي وَاحِدًا مِنْهُمَا أَلْقَيْتُهُ فِي جَهَنَّمَ

Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Allah Subhanahuwata'ala berfirman: 'Kesombongan adalah pakaian-Ku, dan kebesaran adalah selendang-Ku, siapa saja yang mencabut salah satu dari keduanya dari-Ku, maka akan Aku lemparkan ia ke neraka jahanam". Ibnu Majah(3567)

Sombong atau takabbur, ertinya perasaan tinggi diri oleh si pelaku terhadap satu atau lebih mengenai dirinya dalam aspek-aspek kehidupan. Seseorang itu boleh bersikap sombong kepada orang di sekelilingnya jika dia mendapati kedudukannya lebih tinggi berbanding orang di sekelilingnya. Kesombongan atau ketakabburan juga boleh berlaku apabila manusia mendapati keturunannya, sifat lahiriahnya sama ada cantik, kacak atau perkasa ataupun kaya dari segi material adalah lebih berbanding dengan orang lain.

Ketika Allah memerintahkan Iblis untuk turun dari syurga, kemudian Allah menjelaskan faktor yang menyebabkan demikian. Faktor tersebut adalah kesombongan yang telah memenuhi hati Iblis. Sifat sombong Iblis telah membuatkannya masuk dalam kategori orang-orang yang tidak layak mendapat rahmat Allah. Kemudian Allah mengusirnya dari asal kediamannya bersama malaikat. Allah Subhanahuwata'ala Telah menggambarkan hal ini dalam al-Quran,

قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

Ertinya:''Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; karena kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina". Al-A'raf ayat 13

Bahasa Tuhan dalam al-Quran yang menggunakan ungkapan "turunlah dari syurga", boleh bermaksud sebelum Iblis melakukan maksiat, ia berada di suatu tempat yang tinggi. Alasannya, istilah ''turun'' digunakan, boleh saja untuk mengisyaratkan dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Atau boleh juga diertikan secara maknawi turun dari kedudukan atau posisi yang tinggi kepada yang rendah. 

Allah Subhanahuwata'ala tidak menyukai orang-orang yang sombong. Maka, barang siapa berlaku sombong dan merasa bahawa dirinya sendiri mampu mewujudkan sesuatu tanpa bantuan dan campur tangan Allah, kemarahan Allah akan segera menimpanya. Pada kenyataannya, segala sesuatu yang berlaku di alam raya ini adalah atas kehendak Allah. Tidak seorang pun dari jenis makhluk yang memiliki kekuasaan dan kemampuan seperti kekuasaan Allah. 

Seorang makhluk, ketika ia melakukan sesuatu, ia tidak boleh lepas dari keterikatan waktu dan tempat, ataupun salah satunya. Seorang makhluk tidak akan pernah mampu menguasai waktu dan tempat. Tidak seorang pun memiliki kemampuan untuk memperpanjangkan hidupnya, walaupun hanya sekejap. Tidak juga kemampuan untuk berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, kecuali dengan izin Allah. Bahkan, boleh saja ajal telah menjemputnya sebelum la beranjak dari tempatnya. Atau tiba-tiba penyakit mendatanginya, agar ia tidak boleh bergerak dari tempatnya semula. Maka, bagaimana mungkin seorang manusia ataupun makhluk lainnya berani bersikap sombong, sedangkan kekuasaan hanyalah milik Allah semata? 

Allah Subhanahuwata'ala mengusir Iblis dari syurga kerana ia bersikap angkuh dan sombong, dan merasa bahawa ia memiliki kekuatan dan kekuasaan peribadi. Kerana itulah, Allah Subhanahuwata'ala menyatakan dalam Al-Quran: "Keluarlah! Sesungguhnya engkau termasuk golongan orang-orang yang kecil dan hina. 

..... فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

Allah berfirman: "...maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina". Al-A'raf ayat 13

Andaikata Iblis, merasa mempunyai kekuatan dan kekuasaan, maka ia akan tetaplah di tempatnya! Akan tetapi ketahuilah bahawa Iblis pasti akan keluar darinya. Kerana, ianya hanyalah seorang makhluk yang kecil, hina, dan tidak punya kekuatan untuk tetap mampu bertahan di dalamnya. Iblis akan tetap keluar darinya meskipun dia enggan melakukannya, dan bersikap keras untuk bertahan di dalam syurga!. Iblis juga tidak punya kekuatan untuk menentang perintah Allah, ataupun sekadar untuk melindungi dirinya dari siksaan Allah. Sebaliknya, dia terusir dari tepatnya dengan hina-dina.

Ketika Iblis menyedari bahawa kesombongan yang telah menggelapkan matanya hanyalah satu kesia-siaan belaka rasa dengki dan iri kepada Adam pun segera timbul. la melihat bahawa Adam a.s adalah faktor yang membuatnya dihukum untuk terusir dari tempatnya semula, dan terlaknat hingga hari kiamat.

Akibatnya, la pun berusaha untuk membalaskan dendamnya kepada Adam dan anak cucunya. Sebagaimana ketidaktaatannya terhadap perintah Allah untuk sujud keparla Adam telah menjerumuskannya ke dalam neraka, ia juga berazam untuk menjerumuskan Adam dan anak cucunya ke dalam neraka. 

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ. ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ. قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَدْحُورًا ۖ لَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنْكُمْ أَجْمَعِينَ.

Ertinya:''Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya".". Al-A'raf ayat 16-18

Begitu juga dengan pengusirannya dari rahmat Allah, juga menginginkan Adam dan keturunannya terusir dari rahmat Allah, la tidak rela masuk ke dalam neraka sendirian. la akan mengumpulkan seluruh orang yang boleh ia kelabui, untuk sama-sama berkumpul di dalam neraka.

Itulah sebabnya, ketika Iblis terusir dari rahmat Allah secara terhina, ia segera menghadap Allah. Hal InI digambarkan dalam Al-Quran pada surah AI-A'raf ayat 14,

قَالَ أَنْظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Ertinya:''Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan".

Demikianiah Iblis menghadap Allah dengan penuh kehinaan. la memohon kepada Allah untuk terus menghidupkannya hingga hari kiamat. Dalam hal ini, bila kita fikirkan secara mendalam, kalau sememangnya Iblis merasa mempunyai kekuatan, kekuasaan, dan berani berlaku sombong, mengapa ia harus memohon kepada Allah untuk menghidupkannya hingga hari kiamat? Mengapa ia tidak mengekalkan dirinya sendiri? Ertinya, ia sendiri sangat menyedari bahawa sikap sombong adalah satu kesia-siaan, nonsense. Buktinya, untuk sekadar bertahan hidup hingga hari kiamat, ia tetap saja memohon kepada Zat Yang Maha Kuasa. 

Akan tetapi, mengapa Allah Subhanahuwata'ala memenuhi pemintaannya, padahal Allah boleh saja membinasakannya dalam sekejap?. Sebagaimana hal ini Allah gambarkan dalam surah Al-Hijr ayat 37 dan 38, 

قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ.إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ

Ertinya:''Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan''. 

Merupakan salah satu hikmah dari penciptaan dunia bahawa Allah Subhanahuwata'ala memenuhi permintaan Iblis. Sifat-sifat dunia tidak akan sempurna kecuali dengan kejadian yang seperti ini. Allah Subhanahuwata'ala menciptakan dunia sebagai tempat untuk memilih, dan menciptakan akhirat sebagai tempat pembalasan segala perbuatan yang telah dipilih oleh makhluk itu sendini. Allah Subhanahuwata'ala menginginkan makhluk-Nya mampu memilah dan memilih perbuatan yang akan dilakukannya. Mereka harus diuji sebelum dibalas perbuatannya. Mereka juga harus berani mengakui segala perbuatannya. Hal ini termaktub di dalam Al-Quran,

وَلَقَدْ كُنْتُمْ تَمَنَّوْنَ الْمَوْتَ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَلْقَوْهُ فَقَدْ رَأَيْتُمُوهُ وَأَنْتُمْ تَنْظُرُونَ

Ertinya:''Sesungguhnya kamu mengharapkan mati (syahid) sebelum kamu menghadapinya; (sekarang) sungguh kamu telah melihatnya dan kamu menyaksikannya''. Ali-Imran ayat 143

Dan surah Ali-Imran ayat 154,

ثُمَّ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَىٰ طَائِفَةً مِنْكُمْ ۖ وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ ۖ يَقُولُونَ هَلْ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ مِنْ شَيْءٍ ۗ قُلْ إِنَّ الْأَمْرَ كُلَّهُ لِلَّهِ ۗ يُخْفُونَ فِي أَنْفُسِهِمْ مَا لَا يُبْدُونَ لَكَ ۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ مَا قُتِلْنَا هَاهُنَا ۗ قُلْ لَوْ كُنْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْ ۖ وَلِيَبْتَلِيَ اللَّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Ertinya:''Kemudian setelah kamu berdukacita, Allah menurunkan kepada kamu keamanan (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari pada kamu, sedang segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri, mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah. Mereka berkata: "Apakah ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini?". Katakanlah: "Sesungguhnya urusan itu seluruhnya di tangan Allah". Mereka menyembunyikan dalam hati mereka apa yang tidak mereka terangkan kepadamu; mereka berkata: "Sekiranya ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, niscaya kita tidak akan dibunuh (dikalahkan) di sini". Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati''.

Jikalau Allah berkehendak untuk menciptakan seluruh penduduk bumi yang sengaja diformat untuk selalu taat kepada-Nya, nescaya la Maha Kuasa melakukannya. Demikian juga halnya bila Allah berkehendak untuk menciptakan seluruh makhlukNya hanya untuk beribadah. bertasbih memuji kebesaran-Nya, la Maha Kuasa untuk mewujudkannya. Akan tetapi, Allah sengaja menciptakan beberapa jenis makhluk, khusus untuk mentaati-Nya, seperti Malaikat sedangkan jenis makhluk lain pula bebas memilih antara taat dan cinta kepada-Nya, mahupun ingkar dan maksiat. Makhluk tersebut seperti manusia, Jin, dan jenis makhluk lainnya.

Jadi, ringkasnya, Allah sengaja menciptakan hamba yang bebas memilih untuk medatangi Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya kerana cinta. Hal ini berlaku hanya pada masa tertentu, sesuai dengan jatah umur manusia yang telah diberikan Allah Subhanahuwata'ala. 

Akan tetapi, setelah ajal menjemput kita, ''mahu tidak mahu'' kita harus tunduk kepada perintah dan keinginan Allah. Kerana, di saat manusia berhadapan dengan Tuhan hilanglah segala keinginan-keinginannya yang bersifat manusiawi dan duniawi. Bahkan, untuk tubuhnya pun ia sudah tidak punya keinginan lagi. 

Jadi, segala keinginan, hasrat, dan ghairah kemanusiaan sifatnya hanya sementara Dan duniawi. Kalau sudah berhadapan dengan detik-detik kematian, alam barzakh, kematian, hari berbangkit, dan hari kiamat yang paling besar, tidak ada lagi keinginan manusia yang tersisa. Orang yang kafir, akan dihalau menuju neraka, meskipun ia berusaha untuk menghentikan langkahnya. 

Dan hebatnya, langkahnya tidak pernah berhenti. la juga berusaha untuk mengibaskan jilatan api dari tubuhnya dengan tangannya, namun, api tidak pernah terkibas. la juga terus berusaha untuk lari dari hadapan dan siksa Allah, tetap saja ia tidak mampu. Segala apa yang pernah dimiliki selama di dunia, baik itu kekuatan fisik, pengaruh, nama baik, di hadapan Allah musnah tak tersisa.


Setiap Hamba Akan Dibangkitkan Seperti Keadaan Saat Ia Meninggal

Setiap Hamba Akan Dibangkitkan Seperti Keadaan Saat Ia Meninggal Antara tujuan utama penciptaan manusia adalah agar mereka mengabdikan diri ...