Hakikat Iblis
Iblis adalah termasuk bangsa jin, bukan golongan malaikat. Alasannya, malaikat diciptakan sebagai makhluk yang taat kepada perintah Tuhan dan tidak punya kebebasan untuk memilih. Sedangkan jin adalah makhluk yang diberikan kebebasan dalam memilih dan menentukan langkahnya, sebagaimana halnya dengan manusia.
Sebahagian ulama menggolongkan jenis-jenis makhluk pilihan ke dalam dua bahagian iaitu jin dan manusia. Kerana, sesuai dengan firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah Al-Rahman ayat 31,
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ الثَّقَلَانِ
Ertinya:''Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin''. Al-Rahman ayat 31
Dan surah Al-Jinn ayat 14 dan 15,
وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا الْقَاسِطُونَ ۖ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُولَٰئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا.وَأَمَّا الْقَاسِطُونَ فَكَانُوا لِجَهَنَّمَ حَطَبًا
Ertinya:''Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahannam''.
Ini adalah ayat yang menjelaskan bahawa manusia dan iin adalah dua jenis makhluk pilihan. Dari sinilah disimpulkan bahawa bangsa jin ada yang baik dan ada pula yang fasik. Mereka yang fasik disebut syaitan. Oleh kerana itu, Iblis juga termasuk golongan jin yang menentang perintah Allah untuk bersujud kepada Adam as. Ayat lain yang menceritakan hal ini dapat kita lihat pada surah Al-Kahfi ayat 50,
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا
Ertinya:''Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim''.
Demikianlah penuturan tentang kemaksiatan yang telah dilakukan oleh Iblis; iaitu menolak perintah untuk bersujud kepada Adam a.s. Akan tetapi, apakah penolakan Iblis ini semata-mata satu kelalaian ataupun kesalahan yang pada akhinya membuatnya menyesali perbuatannya? Atau, apakah penolakan ini merupakan wujud kesombongan dan kecongkakan yang telah merasuki jiwanya?
Maksiat yang telah dilakukan oleh Iblis, jelas-jelasnya merupakan kesombongan, keangkuhan dan keinginan untuk melakukan maksiat kepada Allah. Kerana kesombongan-nya, ia berani menentang perintah Allah, sebagaimana tercatat dalam Al-Quran surah Al-Isra' ayat 61,
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ قَالَ أَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِينًا
Ertinya:''Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?".
Dan surah Al-A'raf ayat 12,
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
Ertinya:"Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".
Iblis dengan nyata menolak perintah Allah dengan berkata kepada Allah: "Ya Allah, bagaimana mungkin Engkau menyuruhku bersujud kepada seorang manusia, makhluk yang Engkau ciptakan dari tanah, sedangkan aku Engkau ciptakan dari api?.
Dari sini jelas terlihat bahawa Iblis ingin membebaskan dirinya dari kemaksiatan dan kefasikan yang telah dilakukannya, dengan mengatakan bahawa unsur penciptaan dari api lebih mulia dari tanah.
Katanya api adalah unsur yang mengandung transparansi, dan makhluk yang diciptakan darinya lebih mulia dan istimewa dibandingkan dengan makhluk yang diciptakan dari tanah. Katanya ía memiliki keistimewaan dalam hal kecergasan, kecepatan, dan keringanan dalam bergerak la juga tidak dapat dilihat dengan mata. Itulah sebabnya manusia tidak dapat melihat jin. la juga lebih mampu menaik ketinggian yang sangat jauh daripada manusia, dapat melintasi tembok, dan memasuki tempat-tempat tertutup. yang tidak dapat dimasuki dan dilalui oleh mausia.
Tidak ada keistimewaan satu unsur atas unsur lainnya
Dengan kelebihan unsur api seperti yang telah disebutkan di atas, Iblis merasa lebih mulia dan terhormat dari manusia. la lupa bahawa semua keistimewaan ini tidak akan pernah terjadi dengan sendirinya. Unsur api akan memiliki kelebihan sebagaimana yang disebutkan oleh Iblis, bila Allah meletakkan keistimewaan-keistimewaan tersebut pada unsur asal penciptaan jin. Dan jika Allah tidak meletakkannya pada unsur api, maka keistimewaannya pun tidak akan penah ada.
Jadi, keistimewaannya bukan teretak pada zat dan unsur penciptaannya. Akan tetapi ia terletak pada Zat yang telah menciptakan beberapa keistimewaan pada api. Jika Allah berkehendak, la boleh menghilangkan seluruh keistimewaan tersebut dari api, dan menjadikan Iblis sebagai makhluk yang terhina. Sikap iblis ini tercatat sebagai keangkuhan terbesar yang pernah dilakukan oleh Iblis. la telah berani menisbahkan keistimewaan unsur tersebut pada dirinya. Satu kesombongan seperti yang pernah dilakukan oleh Qarun.
Al-Quran telah mengabadikan kisah ini pada surah al-Qashash ayat 78,
قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِنْدِي ۚ أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِنْ قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا ۚ وَلَا يُسْأَلُ عَنْ ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ
Ertinya:''Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku". Dan apakah ia tidak mengetahui, bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka.
Dan balasan yang ditimpakan Allah kepadanya adalah dengan menenggelamkan dan membinasakan diri dan hartanya ke dalam perut bumi. Kemudian, iblis melanjutkan perbuatan maksiatnya, sebagaimana tersebut dalam Al-Quran,
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ
Ertinya:''Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus''. AI-A'raf ayat 16
Ungkapan Iblis yang tersebut dalam ayat ini "فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي'' dan terhadap penyesatan yang telah Engkau lakukan terhadapku ya Allah", layaknya harus kita fahami lebih terperinci. Seolah-olah kesesatan yang telah dilakukannya bersumber dari Allah. Sehingga muncul pertanyaan:" bagaimana Allah akan menghisab perbuatan Iblis, padahal Allah sendiri yang telah menyesatkannya?"
Hal seperti ini dapat dijawab dengan mengatakan; sesungguhnya Iblis melakukan kesesatan yang datang dari dirinya. Kesombongan telah merasuki jiwanya, dan ia yakin bahawa ia memiliki apa yang telah diberikan Allah kepadanya. Baik itu yang berasal dari unsur penciptaannya ataupun dari ilmu yang telah diketahuinya. Allah pun membiarkan kesombongan merajalela dalam dirinya, hingga ia tersesat. Jadi, awal dari kesesatan yang ia lakukan bersumber dari syaitan/iblis, hingga Allah membiarkannya tenggelam dalam kesombongan. Akhirnya iapun terjerumus dalam kekafiran. Tentang hal ini, Allah Subhanahuwata'ala telah menyatakan dalam Al-Quran surah Al-Ma'idah,
ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يَأْتُوا بِالشَّهَادَةِ عَلَىٰ وَجْهِهَا أَوْ يَخَافُوا أَنْ تُرَدَّ أَيْمَانٌ بَعْدَ أَيْمَانِهِمْ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاسْمَعُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Ertinya:''Itu lebih dekat untuk (menjadikan para saksi) mengemukakan persaksiannya menurut apa yang sebenarnya, dan (lebih dekat untuk menjadikan mereka) merasa takut akan dikembalikan sumpahnya (kepada ahli waris) sesudah mereka bersumpah. Dan bertakwalah kepada Allah dan dengarkanlah (perintah-Nya). Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik''. Al-Maidah 108
Dan ayat,
يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ ۖ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ ۚ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Ertinya:''Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir''. Al-Maidah ayat 67.
Justeru itu, Iblis telah fasik dan kafir. Fasik kerana ia menentang perintah Allah dan menolak untuk bersujud kepada Adam as. Secara defenitif, fasik bererti menjauh dari petunjuk dan jalan Allah.
Dalam istilah ini, orang Arab sering mengatakan "fasiqat al-rathabah", ertinya; tamar mentah disebut fasik ketika ia telah matang. Tamar mentah berwama merah dan menempel kuat pada kulitnya. la tidak akan boleh dilepaskan dari kulitnya. Ketika ia telah matang, dengan sendirinya, buah itu akan terpisah dan menjauh dari kulitnya, hingga dengan mudah dapat mengupas kulitnya.
Oleh kerana itu, dari kalimat inilah erti fasik kita fahami. Allah Subhanahuwata'ala telah menyatakan dalam Al-Quran bahawa Iblis telah fasik dan kafir. Allah Subhanahuwata'ala membiarkan Iblis dengan keangkuhannya, hingga akhirnya ia terjerumus di jalan yang sesat, maksiat, dan ingkar kepada Allah. Hal ini menunjukkan bahawa Allah Subhanahuwata'ala tidak menzalimi sesiapa pun. Namun, penzaliman yang terjadi muncul dari dirinya sendiri. Ketika seorang makhluk menzalimi dirinya sendiri, dan kemudian ia mengambil jalan kekafiran, Allah akan membiarkannya tersesat pada jalan yang telah dipilihnya.
Selama ia telah memilih jalan kekafiran, Allah tidak perlu untuk menunjukinya ke jalan yang benar. Allah Maha Agung atas seluruh makhluk-Nya.
Terjerumus dalam kesesatan
Tatkala Iblis menyedari bahawa dirinya telah menempuh jalan sesat, dan kekafiran telah menyebabkannya terusir dar rahmat Allah, akhimya diputuskan, bahawa ia akan menerima siksa Tuhan selama-lamanya.
Kemudian, ia memohon kepada Allah untuk memperlambat kedatangan ajalnya hingga hari kiamat, dan menahan rohnya untuk tidak diambil sesaat sebelum ditiupkan terompet sangkakala. Tentang hal ini dengan jelas dapat kita fahami dalam ayat,
قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Ertinya: ''Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan". Sad ayat 79
Jika kita perhatikan ayat ini, Iblis yang telah kafir tetap menggunakan kalimat رَبِّ, Tuhanku, dan tidak menggunakan kalimat Ilahi, Tuhanku. Dalam bahasa Arab, penggunaan kedua kalimat ini berbeza. Kalimat in menunjukkan adanya kesedaran Iblis bahawa ia sedang memohon kepada Allah Subhanahuwata'ala, Tuhan sekalian alam. Tuhan orang mukmin mahupun orang kafir.
Hal ini berkaitan dengan pembahasan bahawa Allah Subhanahuwata'ala melimpahkan dua anugerah kepada seluruh makhluk-Nya; yang pertama: anugerah rububiyah, (derivasi dari kata Rabb). Ertinya adalah anugerah yang bersifat ketuhanan.
Hal ini sesuai dengan kewujudan-Nya sebagai Tuhan sekalian alam. Allah Subhanahuwata'ala yang telah menciptakan seluruh makhluk, serta menghidupkan mereka. Kerana itulah, anugerah Allah selalu dilimpahkan kepada sekalian alam, tanpa terkecuali. Baik itu makhluk yang mukmin, kafir, dan yang meminta perlindungan kepadaNya. Hanya saja, jenis anugerah ini bersifat duniawi, hanya di dunia saja. Dan atas kuasa-Nya, la senantiasa melimpahkan rahmat-Nya di bumi, bagi orang yang mempercayai-Nya mahupun yang ingkar kepada-Nya. Maka, siapa saja yang berusaha untuk mendapatkan rezeki-Nya, Allah akan memenuhi rezekinya.
Sesiapa mengolah sawah ladangnya secara profesional, Allah akan memberikan hasil yang melimpah. Baik itu petani yang mukmin ataupun yang kafir. Dan orang yang berusaha untuk maju dan berkembang dengan cara belajar dan meneliti, maka Allah akan memberikan perubahan pada dirinya berupa kemajuan. Sekali lagi, ini bersifat duniawi, hanya di dunia.
Sedangkan anugerah yang kedua: anugerah uluhiyyah (derivasi dari kata ilahun). Ertinya anugerah yang bersifat ketuhanan. Anugerah yang hanya dilimpahkan bagi hamba-hamba-Nya yang beriman, yang meyakini bahawa tiada Tuhan selain Allah. Kemudian, anugerah inilah yang akan dilimpahkan Allah di akhirat kelak. Saat itu, dunia telah berakhir, dan segala sesuatunya telah kembali kepada Pemiliknya. Anugerah ini diberikan kepada seorang hamba dengan cara melintaskannya dalam fikirannya,kemudian, tanpa ia sedar dan tanpa sebab dan kerja keras, tiba-tiba saja hal itu telah berlaku di hadapan mereka.
Syaitan adalah segala sesuatu yang mengajak untuk menjauh dari Allah, dari logika kebenaran, dan selalu menyeru kepada kemaksiatan. Iblis adalah satu dari jenis makhluk Allah yang durhaka terhadap perintah-Nya. Padahal Allah telah memberikan pilihan antara mematuhi perintah-Nya atau melanggarnya. la menolak dan enggan melakukan perintah Allah. Akibat dari penolakan untuk sujud yang ia lakukan, dan kemaksiatan yang terus berkesinambungan, ia memohon kepada Allah untuk memanjangkan usianya hingga hari kiamat.
Yang jadi pertanyaan, mengapa Iblis mengajukan permohonan ini kepada Allah? Seperti apa gambaran yang ada dalam fikiran Iblis tentang kehidupan dan eksistens manusia?
No comments:
Post a Comment