Perlaksanaan Undang-undang selain Undang-undang Allah Subhananuwata'ala.
Sesiapa yang tidak mengendahkan ayat-ayat Allah yang jelas mengenai kehakiman dan undang-undang yang perlu dilaksanakan, Iaitu undang-undang Tuhan yang mengandungi suruhan dan larangan, termasuk dalam golongan yang tidang mengendahkan ayat-ayat Tuhan juga yang turut menolak hadith Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dan kata-kata ulama. Malah mereka menutup telingannya daripada mendengar ayat-ayat yang disampaikan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ke atasnya dengan mencipta undang-undang sendiri (menurut hawa nafsunya), mencari nilai kehidupan, perjalanan kehidupan, ikutan dan sistem kehidupan selain daripada jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, malah meredhai sistem-sistem yang dicipta oleh falsafah Barat dan Timur atau mereka yang bergelar ulama dan hakim disisi mereka, maka sebenarnya mereka telah melawan dan menentang Allah Subhanahuwata'la.
Bahkan mereka menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagi musuh mereka. Mereka telah tersasar dari jalan agama sebagaimana tersasarnya anak panah ketika memanah. Jadi tidak peliklah jika undang-undang kehidupan, mereka akan memerintah dalam keadaan zalim, fasik dan kafir. Hal ini kerana, sesiapa yang tidak mengambil undang-undang yang diturunkan oleh Allah Subhanahuwata'ala maka dia telah mengambil Undang-undang thaghut.
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
...وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ.
Maksudnya:"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir". al-Maidah ayat 44.
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
...وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ.
Maksudnya:''...Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim''. Al-Maidah ayat 45
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
...وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya:"Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik". Al-Maidah ayat 47
Ketiga-tiga ayat tersebut merupakan ayat yang berturutan dalam surah yang sama. Ini menunjukkan penggunaan lafaz dalam ketiga-tiga ayat tersebut mempunyai makna yang hampir serupa. Memberi maksud ianya mempunyai kaitan yang hampir serupa bagi setiap makna mengikuti perihal yang ditunjukkan oleh seseorang tersebut. Malah hal tersebut dijelaskan oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam ayat yang lain.
وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya:''...Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim''. Al-Baqarah ayat 254.
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya:''Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik''. Al-Nur ayat 55
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا الْكَافِرُونَ
Maksudnya:''Dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat kami selain orang-orang kafir''. Al-Ankabut ayat 47
Oleh yang demikian, fasik merupakan perkara yang berlainan dengan iman. Sebagaimana perbezaan perwatakan dan perihal antara orang Mukmin dan orang fasik dalam melaksanakan undang-undang Allah Subhanahuwata'ala.
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ
Maksudnya:''...Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman...''. Al-Hujarat ayat 11.
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا ۚ لَا يَسْتَوُونَ
Maksudnya:''Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasik? Mereka tidak sama''. Al-Sajdah ayat 18.
Malah jika ditinjau kembali mengenai kisah iblis ketika mana iblis enggan melaksanakan suruhan Allah Subhanahuwata'ala untuk sujud kepada Adam a.s., Allah telah menggelar iblis sebagai makhluk ya sombong lagi takbur dan ia terdiri daripada golongan yang ingkar, ini disebabkan iblis enggan mematuhi suruhan Allah untuk sujud pada Adam a.s.
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya:'' Dia (iblis) enggan dan takbur dan ia termasuk golongan orang-orang yang kafir''. Al-Baqarah ayat 34.
Di dalam ayat yang lain pula, firman Allah Subhanahuwata'ala,
كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ ۗ
Maksudnya:''Dia (Iblis)adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Al-Kahfi ayat 50.
Telah jelas melalui ayat-ayat di atas, sesiapa yang tidak berhukumkan dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah Subhanahuwata'ala. Maka dirinya tergolong antara golongan-golongan yang disebutkan dalam ayat-ayat tersebut samaada golongan yang ingkar (kufur), zalim, fasik atau ketiga-tiganya sekali.
Ditanya, jika seseorang tersebut enggan menjalankan hukum Allah Subhanahuwata'ala dan tergolong dalam golongan yang kufur, maka adakah kufur tersebut merupakan kufur akhbar yang telah menyebabkan dirinya terkeluar daripada agama Allah Subhanahuwata'ala atau hanya kufur asghar(Termasuk juga dalam kufur asghar ialah kufur fi'li) yang hanya menjerumuskan dirinya ke lembah dosa tanpa menyebabkan dirinya terkeluar daripada agama Allah Subhanahuwata'ala?
Ini adalah khilaf atau perselisihan yang berlaku mengikut perihal individu dan pendirian seseorang tersebut. Jika seseorang tidak melaksanakan hukum Allah dan dalam masa yang sama dia masih beriktiqad (mempercayai) hukum tersebut merupakan hukum yang diturunkan oleh Allah Subhanahuwata'ala, maka dirinya telah melakukan maksiat yakni berdosa kepada Allah Subhanahuwata'ala semata-mata kerana mengikut hawa nafsunya dan mengingkari suruhan-Nya.
Jika berlaku perihal begini maka sesungguhnya individu tersebut tergolong dalam golongan kufur asghar yang tidak menyebabkan dirinya terkeluar daripada agama. Individu yang sebegini hendak-lah bertaubat dan meminta ampun daripada Allah Subhanahuwata'ala.
Akan tetapi jika seseorang yang tidak melaksanakan hukum Allah Subhanahuwata'ala kerana meringan-ringankan dan mempermainkan hukum Allah Subhanahuwata'ala, maka sesungguhnya dia telah melakukan kufur akhbar yang telah menyebabkan dirinya terkeluar daripada agama. Begitu juga bagi seseorang yang menganggap bahawa hukum Allah Subhanahuwata'ala seperti hudud merupakan hukum yang kolot, kuno dan mundur, dalam masa yang sama menganggap bahawa undang-undang rekaan manusia lebih maju dan mengikut peredaran zaman serta memberikan kebaikan kepada masyarakat dan membela hidup mereka.
Terdapat penyelewengan besar yang telah dilakukan oleh setengah individu dalam menafsir tiga ayat (iaitu ayat-ayat yang berturut-turut dalam surah al-Maidah yang menerangkan perihal orang-orang kafir, fasik dan zalim) sebelum ini dengan mengatakan bahawa tiga ayat tersebut diturunkan khusus kepada golongan ahli kitab daripada orang-orang Yahudi dan Nasrani sahaja. Golongan tersebut telah mengkhususkan penggunaan ayat-ayat tersebut diturunkan ke atas kaum Yahudi dan Nasrani sahaja kerana mereka tidak mengikuti hukum-hukum yang terdapat dalam Taurat dan Injil. Golongan tersebut telah melakukan kezaliman dan penyeleweng dalam pentafsiran kerana tiga ayat yang diturunkan tersebut diturunkan denga lafaz yang umum yakni meliputi seluruh individu tidak kira daripada kalangan ahli kitab mahupun orang-orang Islam. Dalilnya pada lafaz أُولَٰئِكَ maka lafaz tersebut merupakan lafaz yang umum dan bukannya lafaz yang khusus.
Begitulah yang telah diterangkan oleh para ulama Islam bagi menyangkal penyelewengan tersebut. Sememangnya lafaz tersebut ditujukan kepada ahli kitab pada permulaannya kerana mereka telah meletakkan kitab Allah Subhanahuwata'ala di belakang punggung mereka yakni tidak berhukum dengan hukum Allah Subhanahuwata'ala yang terdapat di dalam kitab. Kemudian lafaz tersebut ditujukan kepada kaum Muslimin yang menjadikan kitab Allah Subhanahuwata'ala sebagai mainan hawa nafsu dan mengambil sumber lain selain daripada kitab Allah bagai perundangan dan perlembangan dalam kehidupan mereka.
Maka apakah faedahnya jika disebut atau diceritakan ayat-ayat tersebut hanya mengenai perbuatan ahli kitab dan sekiranya ayat-ayat tersebut pula tidak menjadi ancaman dan peringatan bagi kaum Muslimin yang melakukan perbuatan tercela serupa dengan perbuatan ahli kitab yang mengambil undang-undang selain darípada hukum atau syariat yang diturunkan oleh Allah Subhanahuwata'ala.
Sekiranya kaum Muslimin melakukan perbuatan yang dilakukan oleh ahli kitab, maka mereka tersebut juga digelar atau disifat sebagaimana ahli kitab tersebut. Mereka akan tergolong dalam kalangan yang sama. Mereka akan merasai azab seksaan daripada Allah Subhanahuwata'ala atas perbuatan tercela yang telah mereka lakukan.
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
وَمَنْ يَحْلِلْ عَلَيْهِ غَضَبِي فَقَدْ هَوَىٰ
Maksudnya: Dan barang siapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku maka sesungguhnya binasalah ia. Thaha ayat 81.
Sekiranya hukum-hukum dan syariat yang terdapat dalam Kitab yang dibawakan oleh Rasul-Nya tidak wajib untuk diikuti, maka apakah faedahnya Allah Subhanahuwata'ala menurunkan kitab dan mengutuskan rasul-Nya kepada sekalian manusia sekiranya menjadi hak bagi manusia sama ada untuk menolak atau mengikuti isi kandungan kitab tersebut dan mengingkari para rasul-Nya? Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala telah berfirman,
إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ ۚ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا
maksudnya:''Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), karena (membela) orang-orang yang khianat''. Al-Nisa ayat 105.
Seterusnya Allah Subhnahuwata'ala berfirman kepada Rasulullah Sallallahu'alaiwasallam sebagaimana tercatat di dalam al-Quran. Firman Allah Subhnahuwata'ala,
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ ۚ
Maksudnya:''Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu''... Al-Maidah ayat 48
Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam ayat yang seterusnya,
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ. أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ,
Maksudnya:''dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan mushibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?''. Al-Maidah ayat 49-50.
Berdasarkan penjelasan kepada ayat-ayat tersebut, maka dapat diketahui bahawa hanya ada dua sahaja hukum (perundangan dan kehakiman dalam kehidupan), tidak ada yang ketiga mahupun yang keempat. Hanya dua sahaja, sama ada berhukum dengan hukum Islam atau hukum jahiliah yakni thaghut
Maka tidak dapat lari dalam kehidupan manusia, sekiranya manusia memilih untuk melaksanakan hukum Allah Subhnahuwata'ala, maka secara dasarnya manusia telah menolak dan membuang hukum thaghut, begitulah juga sebaliknya. Maka, pilihlah antara kedua-duanya. Sama ada mereka memilih hukum Islam iaitu hukum yang diturunkan oleh Allah Subhnahuwata'ala atau manusia, memilih hukum selain daripada hukum Allah Subhnahuwata'ala iaitu berhukum dengan hukun thaghut. Tidak ada selain daripadanya. Tidak ada yang berada d tengah-tengah antara kedua-duanya.
Adapun bagi kaum yang beriman, maka tidak ada pilihan lain yang mereka akan memilih selain berada pada jalan yang mengambil hukum Allah Subhnahuwata'ala untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka. Mereka bersama dengan Islam. Mereka akan bangun menentang kejahilan dan thaghut. Sesungguhnya syiar mereka ialah apabila mereka diseru kepada (perkara yang menuju keredhaan dan kecintaan) Allah Subhnahuwata'ala dan Rasul-Nya maka mereka akan mengatakan,"Kami dengar dan kami patuh''.
Bagi kaum yang kufur pula adalah sebaliknya. Mereka mengambil hukum thaghut sebagai panduan hidup mereka. Mereka hidup dalam kegelapan, kejahilan dan kesesatan.
Firman Allah Subhnahuwata'ala,
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya: Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah thaghut, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni Neraka; mereka kekal di dalamnya''. Al-Baqarah ayat 257.
Dua perkara penting:
Pertama
Hukum yang diturunkan oleh Allah Subhnahuwata'ala merupakan kewajipan untuk setiap orang Islam berhukum dengannya tanpa ada pengecualian walaupun seorang Kafir, mereka akan ditanya di Akhirat kelak mengapa mereka ingkar dan enggan untuk berhukum dengan hukum Allah Subhnahuwata'ala.
Itulah perundangan syarak dalam segenap aspek kehidupan sama ada dalam konteks suruhan, larangan, penghalalan, pengharaman dan semua bentuk taklifan ke atas setiap makhluk.
Ada juga sesetengah pihak yang terkeliru dengan hukum syarak begini dengan beranggapan bahawa perundangan dengan hukum syarak pada hari ini adalah hasil rekaan dan ciptaan manusia iaitu mereka yang terkeliru dan mendakwa bahawa perundangan yang terdapat di dalam hukum syarak ini bukanlah yang diturunkan oleh Allah Subhnahuwata'ala malah merupakan hasil nukilan para ulama fiqh dan usul fiqh, mereka menuduh para ulama usul yang mencipta hukum-hukum tersebut.
Dakwaan dan keraguan ini merupakan satu masalah yang telah berlaku pada zaman dahulu dan telah diperbahaskan dan di perbincangkan dengan panjang lebar oleh para ahli usul fiqh di bawah tajuk "al-Hukm" dalam mukadimah ilmu usul fiqh dan tajuk "al-hakim''. Permasalahan ini juga turut diulas dan dibahaskan oleh Syeikh Ali Jumaat (Mufti Mesir) di dalam kitabnya yang bertajuk Al-Hukm 'inda Usulliyin."
Kesemua mereka (tanpa ada pengecualian) bersepakat mengatakan bahawa al-Hakim ialah Allah Subhnahuwata'ala Yang Maha Esa iaitu Pemilik hukum syarak, malah kenyataan ini turut disokong oleh para ulama sehinggakan golongan Muktazilah juga tidak membantah akan perkara tersebut malah mereka sendiri bersepakat sebagaimana Ahli Sunnah wal Jamaah, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam kitab Al-Mustasfa (Karangan Imam Al-Ghazali) yang merupakan salah sat kitab usul fiqh yang masyhur.
Dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah kuat menyokong pendapat ini, malah telah dinyatakan dengan jelas dan terang tanpa ada keraguan walau sedikit. Dalam perenggan sebelum ini telah dijelaskan sebahagiannya melalui firman Allah Subhnahuwata'ala.
Kedua
Sistem perundangan yang diturunkan oleh Allah Subhnahuwata'ala merupakan satu sistem perundangan yang sempurna yang meliputi setiap zaman dan tempat. Malah hukum Allah Subhnahuwata'ala sesuai untuk diguna pakai sepanjang zaman sehingga hari Kiamat. Tidak ada hukum Allah Subhnahuwata'ala yang boleh dikategorikan sebagai kolot kerana apa yang telah ditetapkan oleh-Nya sentiasa bergerak seiring dengan kehidupan manusia yang sentiasa berubah-ubah serta mengikut peredaran.
Hakikatnya, di sana ada ruang yang khas untuk manusia, khususnya bagi orang yang pandai dengan ilmu agama untuk berfikir berkenaan dengan nas-nas agama dalam mengeluarkan dan mensabitkan hukum-hukum yang tidak terdapat pada zaman mereka, yang dimaksudkan ialah perkara yang berkaitan dengan permasalahanfuru' yang tidak melibatkan akidah seperti khilaf berkaitan hukum bacaan basmallah dalam surah al-Fatihah, hukum bermusafir, bilangan solat tarawih dan lain-lain. Satu ruang yang diberikan oleh Allah Subhnahuwata'ala kepada para ulama dalam mengadaptasikan hukum Allah Subhnahuwata'ala mengikut tuntutan dan keadilan yang berlaku di sekitar zaman mereka yang belum pernah berlaku pada zaman sebelum mereka.
Allah Subhnahuwata'ala memberikan manusia ruangan untuk berfikir dengan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah Subhnahuwata'ala menurut panduan syarak. Ada satu ruang yang sangat luas yang sengaja ditinggal oleh syarak bukan kerana terlupa tetapi mempunyai tujuan-tajuan yang tertentu, malah merupakan rahmat bagi manusia. Maka dalam ruang lingkup inilah akal orang Islam akan berfungsi, berusaha menyelesaikan sesuatu masalah atau hukum mengikut saluran nas nas yang telah ditetapkan oleh Allah Subhnahuwata'ala.
Contohnya permasalahan-permasalahan fiqh semasa yang gambarannya pernah berlaku pada zaman ulama silam seperti zakat wang kertas yang menimbulkan persoalan sama ada dikenakan zakat ataupun tidak. Pendapat yang mengatakan bahawa wang kertas juga dikiaskan sebagaimana dengan emas dan perak maka segala hukum yang berkisar atas emas dan perak seperti riba dan zakat Juga berlaku ke atas wang kertas.
No comments:
Post a Comment