Wednesday, August 21, 2024

Tanda Keesaan Allah Subhanahuwata'ala dari wujud Makhluk-Nya.

Tanda Keesaan Allah Subhanahuwata'ala dari wujud Makhluk-Nya.

Setiap benda yang wujud menjadi bukti dan hujah atas keesaan Allah Subhanahuwata'ala. Hanya Allah Subhanahuwata'ala yang mencipta, mentadbir dan mengurus. 


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ. اللَّهُ الصَّمَدُ. لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ. وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ.


Maksudnya:”Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia". Al-Ikhlas ayat 1-4.


هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Maksudnya:”Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”. Al-Hadid ayat 3.


فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا ۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ ۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ


Maksudnya:”(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat”. Asy-Syura ayat 11.


Tidak ada yang kedua, ketiga dan selain-Nya. Kejadian-kejadian yang berlaku seperti letusan gunung berapi, ombak besar, tsunami, hujan, puting beliung dan gempa bumi semuanya berada di bawah kekuasaan, kawalan dan perhatian Allah Subhanahuwata'ala. 


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ ۖ كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.


Maksudnya:”Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, nescaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu”. Al-Baqarah ayat 20.


Berbeza dengan kepercayaan yang dianuti oleh penganut-penganut agama Hindu. Mereka mempercayai wujudnya tuhan lebih daripada satu. Bagi mereka, ada tuhan yang dikenali sebagai tuhan rahmat yang sentiasa menurunkan rahmat ke atas setiap manusia dan menjaga mereka daripada malapetaka. Ada juga tuhan murka yang menurunkan bala bencana ke atas manusia. 


Begitu juga bezanya aqidah Islam dengan kepercayaan bagi golongan athies yang tidak mempercayai kewujudan tuhan. Mereka menganggap segala yang wujud terjadi dan berlaku mengikut ketentuan dan tabiat semulajadi. Mereka menyatakan tidak ada tuhan yang menjadikan alam semesta, bumi dan langit. Kesemuanya yang ada wujud dengan sendiri tanpa ada pencipta. Bagi mereka kesenangan, kenikmatan dan malapetaka yang menimpa ke atas diri manusia adalah kebiasaan yang dilakukan oleh semua manusia didalam kehidupan, bahkan sebagai rutin dalam perjalanan alam. Mereka menafikan ketuhanan dan sekaligus menafikan kekuasaan tuhan.


Menurut kepercayaan yang dianuti oleh penganut agama Kristian pula, tuhan adalah berkonsep triniti yakni memberi maksud tiga tuhan iaitu Tuhan  Bapa, Tuhan Ibu dan Tuhan Anak. Mereka nenyegutui tuhan dengan memperkatakan bahawa tuhan juga memerlukan isteri dan anak sebagaimana fitrah manusia. Alangkah kejinya semua kepercayaan mereka ini. Tidak ada satupun hujah-hujah yang mereka buktikan menunjukkan kerelevenan dan dapat ditetima akal orang yang waras. Semua ini ditolak oleh akal sejak awal-awal lagi.


Aqidah Islam berlainan dengan kepercayaan-kepercayaan lain yang wujud dimuka bumi ini. Dalam aqidah Islam tuhan yang hanya layak untuk disembah hanyalah Allah Subhanahuwata’ala, Dialah Yang Maha Esa. Tidak ada selain dari-Nya. Dialah yang mengatur segala-galanya tanpa memerlukan bantuan dari makhluk.


Bala dan bencana yang menimpa manusia di serata dunia, Allah yang berkuasa menentukannya sebagaimana Dia juga berkuasa menjaga dan memberikan nikmat ke atas setiap manusia dalam masa yang sama.


Pernah menjadi persoalan yang meragukan iaitu bagaimanakah pada hari Akhirat kelak tuhan mampu mengadili atau menghisab amalan-amalan manusia dalam satu masa?. Maka para alim ulama menjawab kembali dengan menyatakan sebagaimana didunia, tuhan membetikan rezeki kepada manusia yang berada diseluruh pelusok dunia dalam satu masa, Maka begitulah juga tuhan akan menghisab amalan-amalan manusia di Akhirat kelak dalam satu masa.


Jika ada tuhan yang wujud bersama-sama Allah Subhanahuwata'ala Maka akan lenyaplah hujah dan dalil yang dibentangkan di dalam al-Quran. Jika berlakulah perkara sebegitu, Maka akan rosaklah nilai kemurnian  al-Quran. Bahkan alam juga akan mengalami kekacauan sistem pentadbiran kerana berlakunya perembungan antara kuasa tuhan yang lebih daripada satu. 


Firman Allah Subhanahuwata’ala,


لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا ۚ فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ


Maksudnya:”Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan”. Al-Anbiya ayat 22


Firman Allah Subhanahuwata’ala,


مَا اتَّخَذَ اللَّهُ مِنْ وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَٰهٍ ۚ إِذًا لَذَهَبَ كُلُّ إِلَٰهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلَا بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ


Maksudnya:”Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu”. Al-Mu’minun ayat 91.


 Firman Allah Subhanahuwata’ala,


قُلْ لَوْ كَانَ مَعَهُ آلِهَةٌ كَمَا يَقُولُونَ إِذًا لَابْتَغَوْا إِلَىٰ ذِي الْعَرْشِ سَبِيلًا. سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوًّا كَبِيرًا.


Katakanlah: "Jikalau ada tuhan-tuhan di samping-Nya, sebagaimana yang mereka katakan, niscaya tuhan-tuhan itu mencari jalan kepada Tuhan yang mempunyai 'Arsy". Maha Suci dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka katakan dengan ketinggian yang sebesar-besarnya”.  Al-Isra’ ayat 42-43


Realitinya ialah setiap benda atau makhluk sama ada yang berada di bumi atau di langit ialah hamba Allah Subhanahuwata’ala belaka. Bahkan semuanya milik Allah Subhanahuwata'ala dan kepada-Nya semua akan dikembalikannya kelak.  


Allah Subhanahuwata'ala yang menciptakan kesemuanya. Tidak ada sesuatu pun yang terdapat di bumi atau di langit yang setara bagi Allah Subhanahuwata'ala. Allah Subhanahuwata'ala juga tidak mempunyai anak sebagaimana yang didakwa oleh penganut-penganut Kristian dan paderi mereka dan ini amat bertentangan dengan apa yang diriwayatkan dalam al-Quran. Mereka memfitnah Allah Subhanahuwata'ala dengan mengatakan Allah Subhanahuwata'ala mempunyai anak. Ini merupakan satu penipuan dan fitnah yang direka. Adakah mereka tidak tahu berapa kejinya dakwaan mereka itu dan berapa besar azab yang bakal ditimpakan ke atas mereka?.


Firman Allah Subhanahuwata’ala,


وَقَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا ۗ سُبْحَانَهُ ۖ بَلْ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ كُلٌّ لَهُ قَانِتُونَ. بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَإِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ.


Maksudnya:”Mereka (orang-orang kafir) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; semua tunduk kepada-Nya. Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia”. Al-Baqarah ayat 116-117.


Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala tidak mempunyai anak mahupun pembantu. Mustahil bagi Allah Subhanahuwata'ala untuk bersifat sedemikian (untuk mempunyai anak atau pembantu). Berlainan dengan fitrah keadaan manusia. Manusia memerlukan anak dalam kehidupan mereka untuk mewarisi apa yang akan ditinggalkan kelak. 


Manusia memerlukan pembantu untuk membantu dan meringankan kerja-kerja yang dilakukannya. Bersifat memerlukan pembantu dan anak menjadi hujah yang menunjukkan bahawa seseorang tersebut bersifat lemah. Maha Suci Allah Subhanahuwata'ala terpelihara daripada yang sedemikian.


Bagi Allah Subhanahuwata'ala apa yang Dia kehendaki, pasti akan terjadi. Tiada siapa yang mampu menahan dan menghalang-Nya. 


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَإِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ.


Maksudnya:”Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia”. Al-Baqarah ayat 117.


Maka bagi sesiapa yang menafikan dan cuba menyesatkan hakikat ini sewaktu di dunia, maka diakhirat kelak akan dibukakan segala hijab atau halangan untuk memperluhatkan kepada mereka akan kebenaran sepertimana yang terkandung di dalam al-Quran dan sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. Ketika itu, kebenaran yang diperlihatkan kepada mereka sangat jelas bahkan lebih jelas dari cahaya matahari waktu pagi. Tidak ada lagi yang boleh mereka nafikan mahupun membantah. Segala-galanya terbukti benar dan mereka adalah silap. 


Firman Allah Subhanahuwata’ala,


إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَٰنِ عَبْدًا. لَقَدْ أَحْصَاهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدًّا. وَكُلُّهُمْ آتِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَرْدًا.


Maksudnya:”Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri”. Maryam ayat 93-95.


Setelah kita teliti keterangan-keterangan sebelum ini, maka benarlah Allah yang Maha Besar, tuhan bagi sekelian alam memang layak disembah dan diberi ketaatan yang mutlak. Dalam erti kata yang lain Allah Subhanahuwata'ala layak diberi sebenar-benar ketaatan, kepatuhan dan sebenar-benar kecintaan.


Memberikan kepatuhan dalam apa jua bentuk yang dianggap sebagai patuh dan taat. Begitu juga dengan kecintaan iaitu segala bentuk yang dikira sebagai cinta dan kasih. Hasil gabungan makna dari kedua-dua perkataan inilah yang dinamakan ibadah. 


Hal ini demikian kerana ibadah yang sempurna mempunyai perasaan patuh, takut dan cinta kepada Allah Subhanahuwata’ala. Maka kita tidak dianggap melakukan seratus peratus melakukan ibadah yang ikhlas jika wujud dalam diri kita hanya sifat cinta tanpa takut dan patuh akan Allah Subhanahuwata’ala begitu juga sebaliknya.


Inilah yang dikatakan makna tepat bagi kalimah لا إله إلا الله, iaitu tiada Tuhan melainkan Allah Subhanahuwata'ala dan dengan erti kata lain makna tiadalah sebenar-benar ibadah melainkan kepada Allah Subhanahuwata'ala dan tidak ada sebenar-benar kepatuhan melainkan kepada-Nya.


Maka hanya suruhan-Nya yang layak kita patuhi secara mutlak, untuk disembah akan kebesaran dan keagunga-Nya, untuk kita basahi lidah dengan puji-pujian atas kesempurnaan-Nya dan untuk kita menurut akan hukum-Nya dengan jiwa dan raga kita.


Makna bagi kalimah لا إله إلا الله, iaitu tiada Tuhan melainkan Allah Subhanahuwata'ala ialah kita membuang segala bentuk  ibadah atau kepatuhan dan ibadah kepada segala kekuasaan melainkan kekuasaan-Nya, segala perundangan-Nya, segala seruhan melainkan suruhan-Nya.


Dan membuang segala wala’ (kesetian) melainkan kepada-Nya serta kasih dan cinta melainkan kepada-Nya. 





No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...