Friday, June 14, 2024

Ilmu agama sia-sia tanpa akhlak mulia dan adab.

Ilmu agama sia-sia tanpa akhlak mulia dan adab.

Keindahan Islam itu lebih menyerlah dengan adab. Dengan menjaga adab, akhlak yang mulia dapat dibina dalam diri setiap individu Muslim. Penjagaan adab ini meliputi pelbagai sudut, iaitu adab dengan Allah Subhanahuwata’ala, adab dengan Nabi Sallallahu’alaihiwasallam, adab dengan ibu bapa, adab dengan guru, adab dengan jiran, adab dengan rakan, adab dengan masyarakat hatta adab dengan semua makhluk Allah secara umum.

Adab secara bahasa ertinya menerapakan akhlak mulia. Dalam Fathul Bari, Ibnu Hajar menyebutkan:

وَالْأَدَبُ اسْتِعْمَالُ مَا يُحْمَدُ قَوْلًا وَفِعْلًا وَعَبَّرَ بَعْضُهُمْ عَنْهُ بِأَنَّهُ الْأَخْذُ بِمَكَارِمِ الْأَخْلَاقِ

Maksudnya:”Al-adab ertinya menerapkan segala yang dipuji oleh orang, baik berupa perkataan mahupun perbuatan. Sebagian ulama juga mendefinsikan, adab adalah menerapkan akhlak-akhlak yang mulia”. Lihat Fathul Bari, 10/400.


Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda,

بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلاَقِ


Maksudnya:”Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. Riwayat Hakim.


Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda,

أكملُ المؤمنين إيمانًا أحسنُهم خُلقًا


Maksudnya:”Kaum Mu’minin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya””. Riwayat Tirmizi (1162), ia berkata: “hasan sahih.


Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:


إنَّ أثقَلَ ما وُضِع في ميزانِ المؤمِنِ يومَ القيامةِ خُلُقٌ حسَنٌ وإنَّ اللهَ يُبغِضُ الفاحشَ البذيءَ


Maksudnya:”Sesungguhnya perkara yang lebih berat di timbangan amal bagi seorang Mu’min adalah akhlak yang baik. Dan Allah tidak menyukai orang yang berbicara keji dan kotor”.  Riwayat At Tirmizi (2002), ia berkata: “hasan sahih”.


Para ulama sejak dahulu, mereka sangat memperhatikan adab dan akhlak. Jangan sampai dakwah jadi rosak kerana pendakwah itu sendiri yang kurang adab dan akhlaknya. Ulama dahulu benar-benar mempelajari adab dan akhlak bahkan melebihi perhatian terhadap ilmu.


Kepentingan adab menuntut ilmu: 


1-Adab dalam menuntut ilmu adalah sebab yang menolong mendapatkan ilmu.


Abdullah bin Mubarak rahimahullah berkata,


طلبت الأدب ثلاثين سنة وطلبت العلم عشرين سنة كانوا يطلبون الأدب ثم العلم


Maksudnya:”Saya mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan saya mempelajari ilmu (agama) selama dua puluh tahun, dan adalah mereka (para ulama salaf) memulai pelajaran mereka dengan mempelajari adab terlebih dahulu kemudian baru ilmu”. (Rujuk Ghoyatul Nihayah fi Tobaqat al-Qira’, 1/446)


Abu Zakariya Al-Anbari rahimahullah mengatakan:


علم بلا أدب كنار بلا حطب، و أدب بلا علم كروح بلا جسد


Maksudnya:”Ilmu tanpa adab seperti api tanpa kayu bakar, dan adab tanpa ilmu seperti jasad tanpa ruh”. Lihat Adabul Imla’ wal Istimla’, dinukil dari Min Washaya Al Ulama liThalabatil Ilmi.


Yusuf bin Al Husain rahimahullah mengatakan:

بالأدب تفهم العلم


Maksudnya:”Dengan adab, engkau akan memahami ilmu”. Lihat Iqtidhaul Ilmi Al ‘Amal , dinukil dari Min Washaya Al Ulama liThalabatil Ilmi.


Belajar adab sangat penting bagi orang yang mahu menuntut ilmu syar’i. Oleh kerana itulah Imam Malik rahimahullah mengatakan:


تعلم الأدب قبل أن تتعلم العلم


Maksudnya:”Belajarlah adab sebelum belajar ilmu”. Lihat Hilyatul Auliya [6/330], dinukil dari Min Washaya Al Ulama liThalabatil Ilmi”.


2-Adab dalam menuntut ilmu adalah sebab yang menolong berkatnya ilmu.


Dengan adab dalam menuntut ilmu adalah sebagai sebab yang menolong ilmu menjadi berkat, iaitu ilmu terus bertambah dan mendatangkan manfaat.


Dalam proses menuntut ilmu, adab dengan guru adalah perkara paling penting yang perlu diberi perhatian. Kehilangan adab akan menyebabkan hilangnya keberkatan ilmu yang dituntut. Oleh itu, sejak dari awal adab perlu diterapkan dalam jiwa anak agar mereka tidak kehilangannya pada kemudian hari.


Keberadaan guru dalam menuntut ilmu ditegaskan dalam hadith yang diriwayatkan dari Abi Darda’ RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ


Maksudnya: “Adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya”. Riwayat al-Thabarani (2663) di dalam Mu’jam al-Awsath.


Hadith riwayat Abu Darda’ di atas terdapat syahid atau syawahid  dari hadith yang diriwayatkan oleh Muawiyah bin Abi Sufiyan. Beliau telah mendengar Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمَ وَالْفِقْه بِالتَّفَقُّهِ


Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan memahaminya”. Riwayat al-Thabarani (929) di dalam Mu’jam al-Kabir


Imam Al Ajurri rahimahullah setelah menjelaskan beberapa adab penuntut ilmu beliau mengatakan,


حتى يتعلم ما يزداد به عند الله فهما في دينه


Maksudnya:”(hendaknya amalkan semua adab ini) hingga Allah menambahkan kepadanya pemahaman tentang agamanya”. 

Lihat Akhlaqul Ulama [45], dinukil dari Min Washaya Al Ulama liThalabatil Ilmi.


3-Adab merupakan ilmu dan amal.


Adab dalam menuntut ilmu merupakan bahagian dari ilmu, kerana bersumber dari dalil-dalil. Dan para ulama juga mengarang kitab-kitab dan bab tersendiri tentang adab menuntut ilmu. Adab dalam menuntut ilmu juga sesuatu yang mesti diamalkan tidak hanya diilmui. Sehingga perkara ini mencakupi ilmu dan amal.


Oleh kerana itu Al Laits bin Sa’ad rahimahullah mengatakan:


أنتم إلى يسير الأدب احوج منكم إلى كثير من العلم


Maksudnya:”Kalian lebih memerlukan adab yang sedikit, dari pada ilmu yang banyak”. Lihat Syarafu Ash-habil Hadith, dinukil dari Min Washaya Al Ulama liThalabatil Ilmi).


4. Adab terhadap ilmu merupakan adab kepada Allah dan Rasul-Nya


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ عِنْدَ رَبِّهِ


Maksudnya:”Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya”.  Al Hajj ayat 30.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ


Maksudnya:”Dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati”.  Al Hajj ayat 32.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا


Maksudnya:”Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata”. Al-Ahzab ayat 58.


Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:


إنَّ اللهَ قال : من عادَى لي وليًّا فقد آذنتُه بالحربِ


Maksudnya:”Sesungguhnya Allah berfirman: barangsiapa yang menentang wali-Ku, ia telah menyatakan perang terhadap-Ku”. Riwayat Bukhari (6502).


Imam Asy Syafi’i rahimahullah mengatakan:


إن لم يكن الفقهاء العاملون أولياء الله فليس لله ولي


Maksudnya:”Jika para fuqaha (ulama) yang mengamalkan ilmu mereka tidak disebut wali Allah, maka Allah tidak punya wali”. Diriwayatkan Al Baihaqi dalam Manaqib Asy Syafi’i, dinukil dari Al Mu’lim hal. 21.


5. Adab yang baik merupakan tanda diterimanya amalan


Seorang yang beradab ketika menuntut ilmu, boleh jadi ini merupakan tanda amalan ia menuntut ilmu diterima oleh Allah dan mendapatkan keberkatan. Sebahagian salaf mengatakan:


الأدب في العمل علامة قبول العمل


Maksudnya:”Adab dalam amalan merupakan tanda diterimanya amalan”. (Nudhratun Na’im fi Makarimi Akhlaqir Rasul Al Karim, 2/169).


Dalam mempelajari hadith misalnya, ulama menggariskan pelbagai adab yang perlu dititikberatkan oleh penuntut ilmu. Senarai adab ini direkodkan dalam kebanyakan kitab 'ulum al-Hadith. Malah, sebahagian ulama mengarang kitab khusus mengenainya. Antara mereka ialah al-Khatib al-Baghdadi (wafat 463H) yang menyusun kitab al-Jami' li Akhlaq al-Rawi wa Adab al-Sami' dan Imam as-Sam'ani (wafat 562H) yang menyusun kitab Adab al-Imla' wa al-Istimla' yang kedua-duanya memberi fokus bagaimana seharusnya akhlak seorang perawi, adab mendengar hadith dan adab meriwayatkannya.


Hendaknya kaum muslimin terutama para penuntut ilmu dan dai sangat memperhatikan hal ini. Jika setiap orang atau sebuah organisasi, kita permisalkan. Mereka mempunyai target dan tujuan tertentu, maka tujuan Nabi Sallallahu’alaihiwasallam diutus adalah untuk memperbaiki dan menyempurnakan akhlak manusia. Kita berupaya untuk mewujudkan hal ini.


Antara adab yang perlu diaplikasikan oleh setiap penuntut ilmu ialah mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah Subhanahuwata’ala. Hanya amalan yang ikhlas akan diterima oleh-Nya. Oleh itu, janganlah menuntut ilmu dengan tujuan mendapatkan habuan atau keuntungan dunia yang sementara.


Terdapat ancaman dalam sebuah hadith Nabi Sallallahu’alaihiwasallam sabdanya,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَعْنِي رِيحَهَا


Maksudnya:”Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Barangsiapa menuntut ilmu yang diharapkan denganya mendapat reda Allah, namun ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapat habuan dunia, maka pada hari kiamat kelak ia tidak akan mendapatkan mencium bau syurga”. Riwayat Ibnu Majah(248)


Walaupun bau syurga telah dapat dicium dari jarak lima ratus tahun perjalanan,


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ لَمْ يَرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ خَمْسِ مِائَةِ عَامٍ


Maksudnya:”Dari Abdullah bin Amru berkata; Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: "Barangsiapa yang mengaku-ngaku memiliki hubungan nasab kepada selain ayahnya, maka syurga menjadi haram baginya, padahal bau syurga dapat dicium sepanjang jarak perjalanan lima ratus tahun”. Ibnu Majah(2601)


Berhiaslah dengan Akhlak Mulia:


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam memerintahkan kita agar bergaul dan bermuamalah dengan manusia berhiaskan akhlak yang mulia.


Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda,

وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ


Maksudnya:”Bergaulah dengan manusia dengan akhlak mulia”. Riwayat Tirmizi(1910)


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah suri teladan bagi kaum muslimin dan baginda mencontohkan kepada kita akhlak beliau yang sangat mulia dalam berbagai kisah sirah beliau. Allah memuji akhlak beliau dalam Al-Quran.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ


Maksudnya:”Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang luhur”.  Al-Qalam ayat 4.


Demikian juga pujian dari isteri beliau, perlu diketahui bahwa komentar dan testimoni istrri pada suami adalah salah satu bentuk perwujudan akhlak sebenarnya seseorang. ‘Aisyah berkata mengenai akhlak Nabi Sallallahu’alaihiwasallam,


كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ


Maksudnya:”Akhlak beliau adalah Al-Quran”. Riwayat Muslim (746), Abu Dawud (1342) dan Ahmad (6/54)


Mari kita wujudkan akhlak yang mulia, mempelajari bagaimana akhlak mulia dalam Islam dan menerapkannya dalam kehidupan seharian. Balasan akhlak mulia sangat besar iaitu masuk syurga dan merupakan sebab terbanyak orang masuk syurga.


Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ فَقَالَ تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ فَقَالَ الْفَمُ وَالْفَرْجُ

Maksudnya:”Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga, maka beliau pun menjawab: "Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Dan beliau juga ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka, maka beliau menjawab: "Mulut dan kemaluan”. Riwayat Tirmizi (1927)







No comments:

Post a Comment

Mendirikan Masyarakat Atas Dasar Aqidah Islam.

Mendirikan Masyarakat Atas Dasar Aqidah Islam. Aqidah yang dimaksudkan dalam membentuk masyarakat Islam ialah aqidah yang berpandukan, لَا إ...