Saturday, June 29, 2024

Tiga ibrah Haji Baginda Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam

Tiga ibrah Haji Baginda Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam


Di antara syariat yang turun terakhir kali menjelang wafatnya Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam adalah perintah  melaksanakan ibadah haji. Pada tahun kesembilan hijriyah, Allah menurunkan perintah tersebut. Dan pada tahun kesepuluh, beliau mengumumkan diri untuk berangkat menunaikan ibadat haji. Mendengar khabar tersebut, berkumpullah manusia dari segala penjuru di kota Madinah. Di mana jumlah mereka tidak kurang dari 100 ribu orang. Mereka berangkat bersama Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam untuk melaksanakan haji pertama dan haji terakhir baginda Sallallahu‘alaihiwasallam ke kota Makkah.


Hadith yang agak panjang dan paling masyhur yang menggambarkan dan menceritakan dengan terperinci kisah perjalanan haji Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam adalah hadith riwayat sahabat yang mulia, Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu. Hadith yang sarat dengan ilmu, pelajaran, dan ibrah bagi seluruh kaum muslimin,


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ...إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَكَثَ تِسْعَ سِنِينَ لَمْ يَحُجَّ ثُمَّ أَذَّنَ فِي النَّاسِ فِي الْعَاشِرَةِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَاجٌّ فَقَدِمَ الْمَدِينَةَ بَشَرٌ كَثِيرٌ كُلُّهُمْ يَلْتَمِسُ أَنْ يَأْتَمَّ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَعْمَلَ مِثْلَ عَمَلِهِ فَخَرَجْنَا مَعَهُ حَتَّى أَتَيْنَا ذَا الْحُلَيْفَةِ فَوَلَدَتْ أَسْمَاءُ بِنْتُ عُمَيْسٍ مُحَمَّدَ بْنَ أَبِي بَكْرٍ فَأَرْسَلَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ أَصْنَعُ قَالَ اغْتَسِلِي وَاسْتَثْفِرِي بِثَوْبٍ وَأَحْرِمِي فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ ثُمَّ رَكِبَ الْقَصْوَاءَ حَتَّى إِذَا اسْتَوَتْ بِهِ نَاقَتُهُ عَلَى الْبَيْدَاءِ نَظَرْتُ إِلَى مَدِّ بَصَرِي بَيْنَ يَدَيْهِ مِنْ رَاكِبٍ وَمَاشٍ وَعَنْ يَمِينِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَعَنْ يَسَارِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَمِنْ خَلْفِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ أَظْهُرِنَا وَعَلَيْهِ يَنْزِلُ الْقُرْآنُ وَهُوَ يَعْرِفُ تَأْوِيلَهُ وَمَا عَمِلَ بِهِ مِنْ شَيْءٍ عَمِلْنَا بِهِ فَأَهَلَّ بِالتَّوْحِيدِ لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ وَأَهَلَّ النَّاسُ بِهَذَا الَّذِي يُهِلُّونَ بِهِ فَلَمْ يَرُدَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْهِمْ شَيْئًا مِنْهُ وَلَزِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَلْبِيَتَهُ قَالَ جَابِرٌ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَسْنَا نَنْوِي إِلَّا الْحَجَّ لَسْنَا نَعْرِفُ الْعُمْرَةَ حَتَّى إِذَا أَتَيْنَا الْبَيْتَ مَعَهُ اسْتَلَمَ الرُّكْنَ فَرَمَلَ ثَلَاثًا وَمَشَى أَرْبَعًا ثُمَّ نَفَذَ إِلَى مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام فَقَرَأَ { وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى } فَجَعَلَ الْمَقَامَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ فَكَانَ أَبِي يَقُولُ وَلَا أَعْلَمُهُ ذَكَرَهُ إِلَّا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأُ فِي الرَّكْعَتَيْنِ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَقُلْ يَا أَيُّهَ آلْكَافِرُونَ ثُمَّ رَجَعَ إِلَى الرُّكْنِ فَاسْتَلَمَهُ ثُمَّ خَرَجَ مِنْ الْبَابِ إِلَى الصَّفَا فَلَمَّا دَنَا مِنْ الصَّفَا قَرَأَ { إِنَّ الصَّفَا والْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ }


Maksudnya:” Dari Jabir…Katanya; Sembilan tahun lamanya beliau menetap di Madinah, namun beliau belum haji. Kemudian beliau memberitahukan bahawa tahun kesepuluh beliau akan naik haji. Kerana itu, berbondong-bondonglah orang datang ke Madinah, hendak ikut bersama-sama Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam untuk beramal seperti amalan beliau. Lalu kami berangkat bersama-sama dengan beliau. Ketika sampai di Zulhulaifah, Asma` binti Humais melahirkan puteranya, Muhammad bin Abu Bakar. Dia menyuruh untuk menanyakan kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam apa yang harus dilakukannya (kerana melahirkan itu). Maka beliau pun bersabda: "Mandi dan pakai kain pembalutmu. Kemudian pakai pakaian ihrammu kembali." Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam solat dua raka'at di masjid Zulhulaifah, kemudian beliau naiki untanya yang bernama Qashwa. Setelah sampai di Baida`, kulihat sekelilingku, alangkah banyaknya orang yang mengiringi beliau, yang berkendaraan dan yang berjalan kaki, di kanan-kiri dan di belakang beliau. Ketika itu turun Al Qur`an (wahyu), dimana Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam mengerti maksudnya, iaitu sebagaimana petunjuk amal yang harus kami amalkan. Lalu beliau teriakan bacaan talbiyah: "

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ

(Aku patuhi perintah-Mu ya Allah, aku patuhi, aku patuhi. Tiada sekutu bagi-Mu, aku patuhi perintah-Mu; sesungguhnya puji dan nikmat adalah milik-Mu, begitu pula kerajaan, tiada sekutu bagi-Mu, aku patuhi perintah-Mu)." Maka talbiyah pula orang ramai seperti talbiyah Nabi Sallallahu'alaihiwasallam itu. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam tidak melarang mereka membacanya, bahkan senantiasa membaca terus-menerus. Niat kami hanya untuk mengerjakan haji, dan kami belum mengenal umrah. Setelah sampai di Baitullah, beliau cium salah satu sudutnya (hajar Aswad), kemudian beliau tawaf, lari-lari kecil tiga kali dan berjalan biasa empat kali. Kemudian beliau terus menuju ke Maqam. Ibrahim 'Alais Salam, lalu beliau baca ayat: "Jadikanlah maqam Ibrahim sebagai tempat Solat..." (Al Baqarah: 125). Lalu ditempatkannya maqam itu diantaranya dengan Baitullah. Sementara itu ayahku berkata bahawa Nabi Sallallahu'alaihillwasallam membaca dalam shalatnya: "قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ…" (Al Ikhlas: 1-4). Dan: "قُلْ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْكَـٰفِرُونَ.." (Al Kafirun: 1-6). Kemudian beliau kembali ke sudut Bait (hajar Aswad) lalu diciumnya pula. Kemudian melalui pintu, beliau pergi ke Safa. Setelah dekat ke bukit Safa beliau membaca ayat: 

إِنَّ الصَّفَا والْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ 

"Sesungguhnya Sa'i antara Safa dan Marwah termasuk lambang-lambang kebesaran Agama Allah..." (Al Baqarah: 158)....”. Riwayat Muslim(2137)

Pertama:Semangat sahabat dalam bertanya dan menuntut ilmu:


Sahabat Nabi ( أصحاب النبي) radhiyallahu ‘anhum adalah sebutan bagi Muslim untuk orang-orang yang mengenal dan melihat secara langsung Nabi  Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam, membantu perjuangannya dan meninggal dalam keadaan beragama Islam. Para Sahabat yang utama mempunyai hubungan yang sangat erat dengan Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam, sebab mereka merupakan penolongnya dan juga merupakan murid dan penerusnya. 


Bagi dunia Islam saat ini, peranan sahabat Nabi adalah amat penting, iaitu sebagai jambatan penyampaian hadith dan sunnah Muhammad yang telah mereka riwayatkan. Pada awalnya, para sahabat berkumpul dan tinggal di kota Madinah dan sebahagian lainnya di Makkah yang kemudian mereka menyebar pula ke berbagai daerah seperti Mesir, Yaman, Syam, dan Afrika Utara setelah wafatnya Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam pada tahun 11 Hijriyah.


Sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum merupakan teladan dan ikutan kita dalam hal belajar dan menuntut ilmu. Bukan hanya sahabat saja, malah sahabiyah  pun tidak kalah semangatnya untuk terus belajar dan mendalami ilmu agama Islam. Jabir radhiyallahu ‘anhu mengisahkan,

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ...إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَكَثَ تِسْعَ سِنِينَ لَمْ يَحُجَّ ثُمَّ أَذَّنَ فِي النَّاسِ فِي الْعَاشِرَةِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَاجٌّ فَقَدِمَ الْمَدِينَةَ بَشَرٌ كَثِيرٌ كُلُّهُمْ يَلْتَمِسُ أَنْ يَأْتَمَّ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَعْمَلَ مِثْلَ عَمَلِهِ فَخَرَجْنَا مَعَهُ حَتَّى أَتَيْنَا ذَا الْحُلَيْفَةِ فَوَلَدَتْ أَسْمَاءُ بِنْتُ عُمَيْسٍ مُحَمَّدَ بْنَ أَبِي بَكْرٍ فَأَرْسَلَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ أَصْنَعُ قَالَ اغْتَسِلِي وَاسْتَثْفِرِي بِثَوْبٍ وَأَحْرِمِي


Maksudnya:” Dari Jabir…Katanya; Sembilan tahun lamanya beliau menetap di Madinah, namun beliau belum haji. Kemudian beliau memberitahukan bahawa tahun kesepuluh beliau akan naik haji. Karena itu, berbondong-bondonglah orang datang ke Madinah, hendak ikut bersama-sama Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam untuk beramal seperti amalan beliau. Lalu kami berangkat bersama-sama dengan beliau. Ketika sampai di Zulhulaifah, Asma` binti Humais melahirkan puteranya, Muhammad bin Abu Bakar. Dia menyuruh untuk menanyakan kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam apa yang harus dilakukannya (kerana melahirkan itu). Maka beliau pun bersabda: "Mandi dan pakai kain pembalutmu. Kemudian pakai pakaian ihrammu kembali…..". Riwayat Muslim(2137)


Lihatlah bagaimana semangatnya para sahabat untuk belajar dan mencontohi amalan Nabi Sallallahu'alaihiwasallam. Mereka rela menempuh perjalanan berpuluh-puluh kilometer menuju kota Madinah demi untuk bersama haji Nabi Sallallahu'alaihiwasallam dan mempelajari tuntunan-tuntunan haji yang sesuai dengan apa yang Allah perintahkan kepadanya.

Lihat juga bagaimana semangat sahabiyah Asma’ binti Humais tatkala dirinya mendapati satu permasalahan fikih yang belum diketahui hukumnya, maka beliau langsung bertanya kepada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam sehingga menjadi jelaslah bagi dirinya permasalahan tersebut. Dan beliau pun dapat melanjutkan rangkaian amal ibadah hajinya dengan perasaan tenang dan tanpa ada keraguan.


Kedua: Ibadah haji adalah bukti ketauhidan dan ketundukan seorang hamba terhadap Allah Subhanahuwata’ala.


Mereka yang sedang berangkat untuk menunaikan ibadat haji atau siapa pun yang hendak melaksanakan haji, hendaklah meluruskan niat di dalam hatinya. Tujuan perginya adalah semata-mata untuk menjawab panggilan dan seruan Allah Subhanahuwata’ala. Tidaklah ia berangkat haji hanya untuk kemegahan, ingin dipanggil dengan gelar haji, ataupun niat-niat yang tidak ikhlas lainnya, kerana Allah Subhanahuwata’ala berfirman,

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

Maksudnya:”Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh”. Al-Hajj ayat 27.


Menurut Tafsir Ibnu Katsir,

“Menurut suatu pendapat, Nabi Ibrahim berkata, "Wahai Tuhanku, bagaimanakah saya menyampaikan seruan itu kepada manusia, sedangkan suara saya tidak dapat mencapai mereka?" Allah Subhanahuwata’ala berfirman, "Berserulah kamu, dan Akulah yang menyampaikannya." Maka Ibrahim berdiri di maqamnya.

Menurut pendapat lain di atas sebuah batu. Menurut pendapat yang lain pula di atas Bukit Safa.

Dan menurut pendapat yang lainnya lagi, bahawa Nabi Ibrahim menaiki bukit Abu Qubais, lalu berseru, "Hai manusia, sesungguhnya Tuhan kalian telah membuat sebuah rumah (Baitullah), maka berhajilah (berziarahlah) kalian kepadanya”. Lihat Tafsir Ibnu Katsir.


Kalimat toyyibah yang penuh ketauhidan dan ketundukan kepada Allah Subhanahuwata’ala sebagaimana dituturkan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar,  bahawa talbiyah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam adalah,


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ


Maksudnya:”Aku penuhi panggilan-Mu, ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat, dan kerajaan bagi-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu)”. Riwayat Bukhari  (1549) dan Muslim  (1184)


Sungguhnya, sebuah ucapan yang sangat mulia, ucapan yang sarat dengan makna ketauhidan dan ketundukan kepada Allah Subhanahuwata’ala. Di dalamnya, seorang hamba mengakui bahawa tidak ada sekutu dan sesembahan selain Allah Subhanahuwata’ala dan sesungguhnya segala kenikmatan datangnya dari Allah Subhanahuwata’ala.


Oleh kerana itu, seorang jemaah haji hendaknya mengamalkan ikrar tersebut. Baik di dalam ibadah hajinya, mahupun tatkala setelah selesai dan pulang ke tanah airnya. Tidaklah ia beribadah, kecuali kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja. Dan tidaklah ia meminta apa pun, kecuali kepada-Nya.


Ketiga: Khutbah perpisahan baginda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam yang sarat dengan  ilmu nasihat.


Haji merupakan salah satu momen kebersamaan yang  terakhir Nabi dengan para sahabatnya dan kaum muslimin, tidak berselang lama darinya Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam wafat meninggalkan kita.


Pada hari Arafah, hari puncak pelaksanaan ibadah haji dan hari ketika seluruh kaum muslimin berkumpul, beliau berkhutbah dengan khutbah yang ringkas, namun cukup untuk menjelaskan pokok-pokok ajaran Islam yang telah beliau dakwahkan selama ini.


Sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam,

الْحَجُّ عَرَفَةُ


Maksudnya:”Inti Haji adalah wukuf di Arafah,....”. An-Nasai (2966)


Di antara yang beliau sampaikan adalah;


Pertama: Kehormatan darah dan harta seorang muslim.


Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam menyampaikan,


إِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ حَرَامٌ عَلَيْكُمْ ، كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا ، فِي بَلَدِكُمْ هَذَا


Maksudnya:”Sesungguhnya menumpahkan darah, merampas harta sesamamu adalah haram sebagaimana haramnya berperang pada hari ini, pada bulan ini, dan di negeri ini”.


Kedua: Penekanan akan keharaman riba, baik di masa jahiliah mahupun dalam syariat Islam.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


وَرِبَا الْجَاهِلِيَّةِ مَوْضُوعٌ ، وَأَوَّلُ رِبًا أَضَعُ رِبَانَا رِبَا عَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ ، فَإِنَّهُ مَوْضُوعٌ كُلُّهُ


Maksudnya:”Begitu pula telah kuhapuskan riba jahiliyah. Yang mula-mula kuhapuskan ialah riba yang ditetapkan Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya, riba itu kuhapuskan semuanya”.


Ketiga: Perintah untuk saling menyayangi dan menghormati antara suami dan isteri. Serta memenuhi hak dan kewajipan masing-masing.


Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


فَاتَّقُوا اللهَ فِي النِّسَاءِ ، فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللهِ، وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللهِ ، وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لَا يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ ، فَإِنْ فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ ، وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ


Maksudnya:”Kemudian jagalah dirimu terhadap wanita. Kamu boleh mengambil mereka sebagai amanah Allah, dan mereka halal bagimu dengan mematuhi peraturan-peraturan Allah. Setelah itu, kamu punya hak atas mereka, iaitu supaya mereka tidak membolehkan orang lain menduduki tikarmu/kasurmu. Jika mereka melanggar, pukullah mereka dengan cara yang tidak membahayakan. Sebaliknya, mereka pun punya hak atasmu. Iaitu, nafkah dan pakaian yang pantas”.


Keempat: Wasiat untuk senantiasa berpegang teguh dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah.


وَقَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ ، كِتَابُ اللهِ


Maksudnya:”Kuwariskan kepadamu sekalian suatu pedoman hidup, yang jika kalian berpegang teguh kepadanya, maka kalian tidak akan tersesat setelahnya, iaitu Al Qur’an”. Riwayat Muslim (1218)


Itulah tiga pelajaran penting yang dapat kita ambil dari kisah haji Nabi Sallallahu’alaihiwasallam. Semoga kita semua dapat mengambil ibrah dan pelajaran darinya dan semoga Allah pertemukan kita semua dengan Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam di syurga-Nya kelak.



Monday, June 24, 2024

Keistimewaan dan keutamaan Hari Arafah

Keistimewaan dan keutamaan Hari Arafah

Sepuluh hari pertama bulan Zulhijah memiliki keistimewaan dan keutamaan yang sangat besar dalam Islam. Pada hari-hari itu, segala amal ibadah yang dilakukan memiliki nilai yang lebih besar dibandingkan hari-hari lainnya. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


“مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ” (يعني أَيَّامَ الْعَشْرِ). قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: “وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ”


Maksudnya:”Tidak ada hari-hari di mana amal soleh lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini (yakni, hari-hari sepuluh pertama Zulhijah).” Mereka (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah?” Beliau menjawab, “Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali seseorang yang keluar dengan jiwa dan hartanya, lalu tidak kembali dengan sesuatu apa pun dari itu”. Riwayat Abu Daud (2082)


Dalam hadith ini, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam menjelaskan bahawa amal ibadah yang dilakukan pada hari-hari tersebut lebih dicintai oleh Allah Subhanahuwata’ala dibandingkan dengan hari-hari lainnya. Al-Tibi menjelaskan bahawa amal soleh dalam sepuluh hari pertama Zulhijah ini adalah yang paling dicintai Allah kerana waktu tersebut adalah waktu yang paling mulia, termasuk di dalamnya adanya hari Arafah, yang disebut sebagai hari terbaik sepanjang tahun.


Sebagaimana disebutkan dalam hadith lain dari Abdullah bin Abbas radiyallahu’anhu. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْ الْعَمَلِ فِي عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ قِيلَ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ


Maksudnya:”Dari Ibnu Abbas dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, beliau bersabda: "Tidak ada amalan yang lebih utama daripada amalan pada hari sepuluh Zul Hijjah." Beliau ditanya; "Tidak pula berjihad di jalan Allah?" Beliau menjawab: "Tidak pula berjihad di jalan Allah, kecuali seseorang yang keluar dengan jiwa dan hartanya, kemudian ia tidak kembali dengan sesuatupun”. Al-Darimi(1708)


Para ulama sepakat bahawa memanfaatkan sepuluh hari pertama Zulhijah dengan memperbanyak amal soleh adalah kesempatan yang amat berharga bagi setiap muslim untuk meraih pahala yang besar dan mendekatkan diri kepada Allah. Bahkan, jihad di jalan Allah tidak lebih utama daripadanya, kecuali bagi seseorang yang berkorban dengan jiwa dan hartanya tanpa kembali dengan apa pun. Hal ini sebagai menegaskan betapa agungnya nilai amal ibadah dalam sepuluh hari ini. Oleh kerana itu, kita sangat dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan, berpuasa, berdoa, dan melakukan berbagai bentuk ibadah lainnya dalam hari-hari ini untuk mendapatkan keredhaan Allah dan keberkatan yang melimpah”. Lihat Tuhfatul Ahwadzi, 3: 385.


Keutamaan dan kedudukan hari Arafah


Hari Arafah adalah hari kesembilan dari bulan Zulhijah. Pada hari ini, jemaah haji melaksanakan wukuf di padang Arafah, yang merupakan puncak dari seluruh rangkaian ibadah haji. 

Sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam,

الْحَجُّ عَرَفَةُ


Maksudnya:”Inti Haji adalah wukuf di Arafah,....”. An-Nasai (2966)


Bagi umat Islam yang tidak melaksanakan haji, mereka dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Sebagaimana hadith berikut,sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam,


عَنْ أَبِي قَتَادَةَ رضي الله عنه قَالَ: سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَرَفَةَ؟ فَقَالَ: “يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ


Maksudnya:”Dari Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Maka, beliau menjawab, ‘Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang”. Riwayat Muslim (1162)


Puasa hari Arafah ini memiliki keutamaan besar kerana dapat menghapuskn dosa dua tahun, yakni tahun sebelumnya dan tahun yang akan datang.


Untuk lebih lengkapnya, berikut beberapa keutamaan hari Arafah yang penting untuk kita ketahui dan amalkan sesuai dengan petunjuk Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam:


Wasilah untuk bebas dari api neraka


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam menyatakan bahawa pada hari ini, Allah Subhanahuwata’ala membebaskan lebih banyak hamba-hamba-Nya dari api neraka dibandingkan hari-hari lainnya.Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ


Maksudnya:”Tidak ada hari yang Allah lebih banyak membebaskan hamba dari neraka, selain hari Arafah”. Riwayat Muslim (1348)


Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


ما مِن يَومٍ أَكْثَرَ مِن أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فيه عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِن يَومِ عَرَفَةَ، وإنَّه لَيَدْنُو، ثُمَّ يُبَاهِي بهِمُ المَلَائِكَةَ، فيَقولُ: ما أَرَادَ هَؤُلَاءِ؟


Maksudnya:”Tidak ada hari yang Allah lebih banyak membebaskan hamba dari neraka, selain hari Arafah. Sesungguhnya Allah mendekat dan membanggakan mereka di hadapan para malaikat seraya berfirman, ‘Apa yang mereka inginkan?”. Riwayat Muslim (1348), 


Saat doa mustajab


Munajat seorang hamba yang dipanjatkan pada hari Arafah memiliki keutamaan khusus. Dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ


Maksudnya:”Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. Riwayat Tirmizi (3585). 


Pada hari Arafah, doa-doa yang dipanjatkan lebih mudah dikabulkan oleh Allah Subhanahuwata’ala. Para sahabat Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam sangat memanfaatkan waktu di hari Arafah untuk berdoa dan memohon keampunan.


Dosa-dosa diampuni


Hari Arafah juga dikenal sebagai hari pengampunan dosa. Pada hari Arafah, Allah Subhanahuwata’ala membebaskan banyak hamba-Nya dari api neraka. Ini adalah hari di mana Allah Subhanahuwata’ala membanggakan para hamba-Nya yang sedang berwukuf di hadapan para malaikat. 

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ


Maksudnya:”dari Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata; Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda: "Tidak ada satu hari pun yang di hari itu Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka daripada hari 'Arafah, sebab pada hari itu Dia turun kemudian membangga-banggakan mereka di depan para malaikat seraya berfirman: 'Apa yang mereka inginkan?”. Riwayat Muslim (2402). 


Hadith lain yang mendukung keutamaan ini adalah riwayat dari Abu Hurairah yang menyebutkan,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيُبَاهِي الْمَلَائِكَةَ بِأَهْلِ عَرَفَاتٍ يَقُولُ انْظُرُوا إِلَى عِبَادِي شُعْثًا غُبْرًا


Maksudnya:” Dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam Bersabda: "Sesungguhnya Allah 'azza wajalla berbangga diri kepada malaikat akan orang-orang yang (berhaji) di padang 'arafah seraya berfirman: 'lihatlah para hamba-Ku, rambut mereka kumal lagi berdebu” Riwayat Ahmad(7702)


Amalan-amalan di hari Arafah


1-Puasa Arafah


Puasa Arafah adalah puasa sunat yang dilakukan pada tanggal 9 Zulhijah. Puasa ini sangat dianjurkan bagi kaum muslimin yang tidak melaksanakan ibadah haji. Salah satu keutamaannya adalah diampuni dosa-dosa selama dua tahun, satu tahun yang lalu dan satu tahun yang akan datang. Hal berdasarkan hadith Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah,



صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ



Maksudnya:” Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun selepasnya.Riwayat Muslim (1162)


Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ


Maksudnya:”Tidak ada hari yang Allah lebih banyak membebaskan hamba dari neraka, selain hari Arafah”. Riwayat Muslim (1348)


Hadith ini menunjukkan betapa besarnya keutamaan puasa Arafah sebagai salah satu cara untuk meraih ampunan Allah Subhanallahuwata’ala.


Zikir dan doa


Pada hari Arafah, sangat dianjurkan untuk memperbanyak zikir, termasuk takbir, tahlil, dan tahmid. Contoh zikir yang dicontohkan oleh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam adalah:

Takbir: 


اَللهُ أًكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّه اْلحَمْدُ


Tahlil: “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ”

Tahmid: “ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ.”


Ini berdasarkan dalil:


عَنْ سَلْمَانَ قَالَ: كَبِّرُوْا، اَللهُ أًكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَ جَاءَ عَنْ عُمَرَ وَابْنِ مَسْعُوْدٍ: اَللهُ أًكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ اْلحَمْدُ.


Maksudnya: Diriwayatkan dari Salman, ia berkata: bertakbirlah dengan Allaahu akbar, Allaahu akbar kabiiraa. Dan diriwayatkan dari Umar dan Ibnu Mas’ud: Allaahu akbar, Allaahu akbar, laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar, Allaahu akbar wa lillaahil-hamd. Riwayat Abdul Razzaaq, dengan sanad sahih.


Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam,


عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ قَالَ سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ كَيْفَ كُنْتُمْ تَصْنَعُونَ فِي هَذَا الْيَوْمِ يَعْنِي يَوْمَ عَرَفَةَ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُهِلُّ الْمُهِلُّ مِنَّا فَلَا يُنْكِرُ عَلَيْهِ وَيُكَبِّرُ الْمُكَبِّرُ مِنَّا فَلَا يُنْكِرُ عَلَيْهِ


Maksudnya:”Dari Muhammad bin Abu Bakr ia berkata; aku bertanya kepada Anas bin Malik; "Apa yang kalian lakukan pada hari ini (hari Arafah)?" [Anas] menjawab; "Ketika kami di tengah-tengah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, dari kami ada yang mengucapkan talbiah, dan beliau tidak mengingkarinya. Dan ada juga yang mengucapkan takbir, dan beliau juga tidak mengingkarinya”. Riwayat Ahmad (11626)


Sebagaimana juga sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam,


عَنْ مَالِك عَنْ زِيَادِ بْنِ أَبِي زِيَادٍ عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ كَرِيزٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَفْضَلُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَأَفْضَلُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ


Maksudnya:”Dari Malik dari Ziyad bin Abu Ziyad dari Thalhah bin 'Ubaidullah bin Kariz, bahwa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda: "Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Sebaik-baik yang pernah aku baca dan juga nabi-nabi sebelumku adalah: 'لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ' (Tidak ada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya)”. Riwayat Malik(449)


Meskipun hadith ini memiliki kelemahan pada sanadnya, ramai ulama yang tetap menganjurkan untuk memperbanyak zikir dan doa pada hari Arafah kerana keutamaannya yang besar. 


Doa yang boleh diamalkan termasuk memohon keampunan, rahmat, dan perlindungan dari segala keburukan. Tidak ada doa khusus yang wajib diucapkan, tetapi memperbanyak doa dan memohon dengan sungguh-sungguh sangat dianjurkan.


Ibadah haji di Arafah


Wukuf di Arafah merupakan rukun haji yang paling utama, dilaksanakan pada tanggal 9 Zulhijah. Pada hari ini, jemaah haji berkumpul di Padang Arafah untuk melaksanakan ibadah wukuf, yang bererti berdiam diri dengan penuh khidmat sambil memperbanyak doa, zikir, dan permohonan ampun kepada Allah Subhanahuwat’ala.


Ibadah mulia ini adalah sebagai puncak dari ibadah haji kerana pada hari ini Allah Subhanahuwata’ala banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو عَزَّ وَجَلَّ ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ


Maksudnya:”Dari Ibnu Al Musayyab berkata; dari Aisyah radliallahu 'anha, baslhwa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Tidak ada hari yang lebih banyak Allah bebaskan hamba dari api neraka dari pada hari Arafah. (Pada hari itu) Allah Subhanahuwata'ala akan mendekat, kemudian berbangga dengan para hamba-Nya kepada para Malaikat, seraya berfirman: 'Apa gerangan yang mereka inginkan?”. Ibnu Majah(3005)


Wukuf di Arafah juga menjadi momentum penting bagi jemaah haji untuk bertaqarrub dengan Allah Subhanahuwata’ala. Jemaah haji yang sedang melaksanakan ibadah ini berada dalam suasana yang penuh khidmat dan kekhusyukan, merendahkan diri di hadapan Allah Subhanahuwata’ala, mengakui segala dosa dan kesalahan, serta memohon ampunan dan rahmat-Nya.

Keutamaan hari Arafah ini juga tercermin dalam anjuran Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bagi umat Islam yang tidak berhaji untuk berpuasa pada hari tersebut, yang mana puasa Arafah diampuni dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Hal ini menunjukkan betapa besar rahmat dan ampunan Allah Subhanahuwata’ala yang diberikan pada hari yang mulia ini, menjadikan wukuf di Arafah sebagai bahagian dari momen puncak peribadatan seorang muslim.


Semoga Allah Subhanahuwata’ala memberikan limpahan rezeki kepada kita dan memudahkan kita untuk mampu melaksanakan ibadah haji. 

اللهمّ آمين.



Friday, June 14, 2024

Ilmu agama sia-sia tanpa akhlak mulia dan adab.

Ilmu agama sia-sia tanpa akhlak mulia dan adab.

Keindahan Islam itu lebih menyerlah dengan adab. Dengan menjaga adab, akhlak yang mulia dapat dibina dalam diri setiap individu Muslim. Penjagaan adab ini meliputi pelbagai sudut, iaitu adab dengan Allah Subhanahuwata’ala, adab dengan Nabi Sallallahu’alaihiwasallam, adab dengan ibu bapa, adab dengan guru, adab dengan jiran, adab dengan rakan, adab dengan masyarakat hatta adab dengan semua makhluk Allah secara umum.

Adab secara bahasa ertinya menerapakan akhlak mulia. Dalam Fathul Bari, Ibnu Hajar menyebutkan:

وَالْأَدَبُ اسْتِعْمَالُ مَا يُحْمَدُ قَوْلًا وَفِعْلًا وَعَبَّرَ بَعْضُهُمْ عَنْهُ بِأَنَّهُ الْأَخْذُ بِمَكَارِمِ الْأَخْلَاقِ

Maksudnya:”Al-adab ertinya menerapkan segala yang dipuji oleh orang, baik berupa perkataan mahupun perbuatan. Sebagian ulama juga mendefinsikan, adab adalah menerapkan akhlak-akhlak yang mulia”. Lihat Fathul Bari, 10/400.


Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda,

بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلاَقِ


Maksudnya:”Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. Riwayat Hakim.


Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda,

أكملُ المؤمنين إيمانًا أحسنُهم خُلقًا


Maksudnya:”Kaum Mu’minin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya””. Riwayat Tirmizi (1162), ia berkata: “hasan sahih.


Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:


إنَّ أثقَلَ ما وُضِع في ميزانِ المؤمِنِ يومَ القيامةِ خُلُقٌ حسَنٌ وإنَّ اللهَ يُبغِضُ الفاحشَ البذيءَ


Maksudnya:”Sesungguhnya perkara yang lebih berat di timbangan amal bagi seorang Mu’min adalah akhlak yang baik. Dan Allah tidak menyukai orang yang berbicara keji dan kotor”.  Riwayat At Tirmizi (2002), ia berkata: “hasan sahih”.


Para ulama sejak dahulu, mereka sangat memperhatikan adab dan akhlak. Jangan sampai dakwah jadi rosak kerana pendakwah itu sendiri yang kurang adab dan akhlaknya. Ulama dahulu benar-benar mempelajari adab dan akhlak bahkan melebihi perhatian terhadap ilmu.


Kepentingan adab menuntut ilmu: 


1-Adab dalam menuntut ilmu adalah sebab yang menolong mendapatkan ilmu.


Abdullah bin Mubarak rahimahullah berkata,


طلبت الأدب ثلاثين سنة وطلبت العلم عشرين سنة كانوا يطلبون الأدب ثم العلم


Maksudnya:”Saya mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan saya mempelajari ilmu (agama) selama dua puluh tahun, dan adalah mereka (para ulama salaf) memulai pelajaran mereka dengan mempelajari adab terlebih dahulu kemudian baru ilmu”. (Rujuk Ghoyatul Nihayah fi Tobaqat al-Qira’, 1/446)


Abu Zakariya Al-Anbari rahimahullah mengatakan:


علم بلا أدب كنار بلا حطب، و أدب بلا علم كروح بلا جسد


Maksudnya:”Ilmu tanpa adab seperti api tanpa kayu bakar, dan adab tanpa ilmu seperti jasad tanpa ruh”. Lihat Adabul Imla’ wal Istimla’, dinukil dari Min Washaya Al Ulama liThalabatil Ilmi.


Yusuf bin Al Husain rahimahullah mengatakan:

بالأدب تفهم العلم


Maksudnya:”Dengan adab, engkau akan memahami ilmu”. Lihat Iqtidhaul Ilmi Al ‘Amal , dinukil dari Min Washaya Al Ulama liThalabatil Ilmi.


Belajar adab sangat penting bagi orang yang mahu menuntut ilmu syar’i. Oleh kerana itulah Imam Malik rahimahullah mengatakan:


تعلم الأدب قبل أن تتعلم العلم


Maksudnya:”Belajarlah adab sebelum belajar ilmu”. Lihat Hilyatul Auliya [6/330], dinukil dari Min Washaya Al Ulama liThalabatil Ilmi”.


2-Adab dalam menuntut ilmu adalah sebab yang menolong berkatnya ilmu.


Dengan adab dalam menuntut ilmu adalah sebagai sebab yang menolong ilmu menjadi berkat, iaitu ilmu terus bertambah dan mendatangkan manfaat.


Dalam proses menuntut ilmu, adab dengan guru adalah perkara paling penting yang perlu diberi perhatian. Kehilangan adab akan menyebabkan hilangnya keberkatan ilmu yang dituntut. Oleh itu, sejak dari awal adab perlu diterapkan dalam jiwa anak agar mereka tidak kehilangannya pada kemudian hari.


Keberadaan guru dalam menuntut ilmu ditegaskan dalam hadith yang diriwayatkan dari Abi Darda’ RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


إِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ


Maksudnya: “Adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya”. Riwayat al-Thabarani (2663) di dalam Mu’jam al-Awsath.


Hadith riwayat Abu Darda’ di atas terdapat syahid atau syawahid  dari hadith yang diriwayatkan oleh Muawiyah bin Abi Sufiyan. Beliau telah mendengar Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمَ وَالْفِقْه بِالتَّفَقُّهِ


Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan memahaminya”. Riwayat al-Thabarani (929) di dalam Mu’jam al-Kabir


Imam Al Ajurri rahimahullah setelah menjelaskan beberapa adab penuntut ilmu beliau mengatakan,


حتى يتعلم ما يزداد به عند الله فهما في دينه


Maksudnya:”(hendaknya amalkan semua adab ini) hingga Allah menambahkan kepadanya pemahaman tentang agamanya”. 

Lihat Akhlaqul Ulama [45], dinukil dari Min Washaya Al Ulama liThalabatil Ilmi.


3-Adab merupakan ilmu dan amal.


Adab dalam menuntut ilmu merupakan bahagian dari ilmu, kerana bersumber dari dalil-dalil. Dan para ulama juga mengarang kitab-kitab dan bab tersendiri tentang adab menuntut ilmu. Adab dalam menuntut ilmu juga sesuatu yang mesti diamalkan tidak hanya diilmui. Sehingga perkara ini mencakupi ilmu dan amal.


Oleh kerana itu Al Laits bin Sa’ad rahimahullah mengatakan:


أنتم إلى يسير الأدب احوج منكم إلى كثير من العلم


Maksudnya:”Kalian lebih memerlukan adab yang sedikit, dari pada ilmu yang banyak”. Lihat Syarafu Ash-habil Hadith, dinukil dari Min Washaya Al Ulama liThalabatil Ilmi).


4. Adab terhadap ilmu merupakan adab kepada Allah dan Rasul-Nya


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ عِنْدَ رَبِّهِ


Maksudnya:”Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya”.  Al Hajj ayat 30.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ


Maksudnya:”Dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati”.  Al Hajj ayat 32.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا


Maksudnya:”Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata”. Al-Ahzab ayat 58.


Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:


إنَّ اللهَ قال : من عادَى لي وليًّا فقد آذنتُه بالحربِ


Maksudnya:”Sesungguhnya Allah berfirman: barangsiapa yang menentang wali-Ku, ia telah menyatakan perang terhadap-Ku”. Riwayat Bukhari (6502).


Imam Asy Syafi’i rahimahullah mengatakan:


إن لم يكن الفقهاء العاملون أولياء الله فليس لله ولي


Maksudnya:”Jika para fuqaha (ulama) yang mengamalkan ilmu mereka tidak disebut wali Allah, maka Allah tidak punya wali”. Diriwayatkan Al Baihaqi dalam Manaqib Asy Syafi’i, dinukil dari Al Mu’lim hal. 21.


5. Adab yang baik merupakan tanda diterimanya amalan


Seorang yang beradab ketika menuntut ilmu, boleh jadi ini merupakan tanda amalan ia menuntut ilmu diterima oleh Allah dan mendapatkan keberkatan. Sebahagian salaf mengatakan:


الأدب في العمل علامة قبول العمل


Maksudnya:”Adab dalam amalan merupakan tanda diterimanya amalan”. (Nudhratun Na’im fi Makarimi Akhlaqir Rasul Al Karim, 2/169).


Dalam mempelajari hadith misalnya, ulama menggariskan pelbagai adab yang perlu dititikberatkan oleh penuntut ilmu. Senarai adab ini direkodkan dalam kebanyakan kitab 'ulum al-Hadith. Malah, sebahagian ulama mengarang kitab khusus mengenainya. Antara mereka ialah al-Khatib al-Baghdadi (wafat 463H) yang menyusun kitab al-Jami' li Akhlaq al-Rawi wa Adab al-Sami' dan Imam as-Sam'ani (wafat 562H) yang menyusun kitab Adab al-Imla' wa al-Istimla' yang kedua-duanya memberi fokus bagaimana seharusnya akhlak seorang perawi, adab mendengar hadith dan adab meriwayatkannya.


Hendaknya kaum muslimin terutama para penuntut ilmu dan dai sangat memperhatikan hal ini. Jika setiap orang atau sebuah organisasi, kita permisalkan. Mereka mempunyai target dan tujuan tertentu, maka tujuan Nabi Sallallahu’alaihiwasallam diutus adalah untuk memperbaiki dan menyempurnakan akhlak manusia. Kita berupaya untuk mewujudkan hal ini.


Antara adab yang perlu diaplikasikan oleh setiap penuntut ilmu ialah mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah Subhanahuwata’ala. Hanya amalan yang ikhlas akan diterima oleh-Nya. Oleh itu, janganlah menuntut ilmu dengan tujuan mendapatkan habuan atau keuntungan dunia yang sementara.


Terdapat ancaman dalam sebuah hadith Nabi Sallallahu’alaihiwasallam sabdanya,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَعْنِي رِيحَهَا


Maksudnya:”Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Barangsiapa menuntut ilmu yang diharapkan denganya mendapat reda Allah, namun ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapat habuan dunia, maka pada hari kiamat kelak ia tidak akan mendapatkan mencium bau syurga”. Riwayat Ibnu Majah(248)


Walaupun bau syurga telah dapat dicium dari jarak lima ratus tahun perjalanan,


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ لَمْ يَرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ خَمْسِ مِائَةِ عَامٍ


Maksudnya:”Dari Abdullah bin Amru berkata; Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: "Barangsiapa yang mengaku-ngaku memiliki hubungan nasab kepada selain ayahnya, maka syurga menjadi haram baginya, padahal bau syurga dapat dicium sepanjang jarak perjalanan lima ratus tahun”. Ibnu Majah(2601)


Berhiaslah dengan Akhlak Mulia:


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam memerintahkan kita agar bergaul dan bermuamalah dengan manusia berhiaskan akhlak yang mulia.


Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda,

وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ


Maksudnya:”Bergaulah dengan manusia dengan akhlak mulia”. Riwayat Tirmizi(1910)


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah suri teladan bagi kaum muslimin dan baginda mencontohkan kepada kita akhlak beliau yang sangat mulia dalam berbagai kisah sirah beliau. Allah memuji akhlak beliau dalam Al-Quran.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ


Maksudnya:”Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang luhur”.  Al-Qalam ayat 4.


Demikian juga pujian dari isteri beliau, perlu diketahui bahwa komentar dan testimoni istrri pada suami adalah salah satu bentuk perwujudan akhlak sebenarnya seseorang. ‘Aisyah berkata mengenai akhlak Nabi Sallallahu’alaihiwasallam,


كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ


Maksudnya:”Akhlak beliau adalah Al-Quran”. Riwayat Muslim (746), Abu Dawud (1342) dan Ahmad (6/54)


Mari kita wujudkan akhlak yang mulia, mempelajari bagaimana akhlak mulia dalam Islam dan menerapkannya dalam kehidupan seharian. Balasan akhlak mulia sangat besar iaitu masuk syurga dan merupakan sebab terbanyak orang masuk syurga.


Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ فَقَالَ تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ فَقَالَ الْفَمُ وَالْفَرْجُ

Maksudnya:”Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga, maka beliau pun menjawab: "Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Dan beliau juga ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka, maka beliau menjawab: "Mulut dan kemaluan”. Riwayat Tirmizi (1927)







Saturday, June 8, 2024

Ilmu yang diamalkan dan yang tidak diamalkan

 Ilmu yang diamalkan dan yang tidak diamalkan

Ilmu mempunyai kedudukan yang mulia dalam agama Islam. Ilmu merupakan cahaya yang menerangi seseorang dalam menjalani kehidupan ini. Dengan ilmu, seseorang menjadi jelas dalam menapaki jalan kebenaran yang akan menghantarkannya ke syurga Allah Subhanahuwata’ala. Menjadi jelas jalan-jalan kesesatan yang patutnya ia hindari. Seseorang dapat meraih kebahagiaan di dunia dan di akhirat juga kerana ilmu. Dan peribadatan kepada Allah Subhanahuwata’ala tidak akan tegak, melainkan dengan ilmu. Oleh kerananya, Allah Subhanahuwata’ala menuntut kita agar mendahulukan ilmu sebelum beramal,


فَاعْلَمْ اَنَّهٗ لَآ اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْۢبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنٰتِۚ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوٰىكُمْ 


Maksudnya:”Ketahuilah, bahawa tidak ada tuhan (yang patut disembah) selain Allah dan mohonlah ampunan atas dosamu dan atas (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat usaha dan tempat tinggalmu”. Muhammad ayat 19.


Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah Sallahua'laihiwasallam telah bersabda,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ


Maksudnya:”Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah Sallahua'laihiwasallam telah bersabda: Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah Subhanahuwata’ala akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah Subhanahuwata’ala akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya)”. Riwayat Muslim (4867) 


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ


Maksudnya:”Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim”.  Riwayat Ibnu Majah ( Sunan Ibnu Majah 224)


Ilmu yang dimaksud dalam hadith di atas adalah ilmu agama, ilmu yang dapat menegakkan agama seseorang untuk beribadah kepada Allah Subhanahuwata’ala.


Demikian pula, tujuan penciptaan langit dan bumi ini adalah agar seseorang dapat mengenal Allah Subhanahuwata’ala,


اَللّٰهُ الَّذِيْ خَلَقَ سَبْعَ سَمٰوٰتٍ وَّمِنَ الْاَرْضِ مِثْلَهُنَّۗ يَتَنَزَّلُ الْاَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ ەۙ وَّاَنَّ اللّٰهَ قَدْ اَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا


Maksudnya:”Allah yang menciptakan tujuh langit dan dari (penciptaan) bumi juga serupa. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawa Allah Mahakuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah benar-benar meliputi segala sesuatu”. At-Thalaq ayat 12.


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam tidaklah berdoa untuk meminta tambahan sesuatu, kecuali ilmu,


وَقُلْ رَّبِّ زِدْنِيْ عِلْمًا


Maksudnya:”Dan katakanlah, ‘Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku”. Thaha ayat 114.


Dalil-dalil di atas menunjukkan keutamaan ilmu dan keagungannya.


Tujuan ilmu adalah untuk amal


Pepatah arab pernah mengatakan, 


الْعِلْمُ بِلَا عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلَا ثَمَرٍ 


Maksudnya: “Ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah”.


Perhubungan antara ilmu dengan amal adalah amat erat sekali. Sehebat mana sekali pun ilmu seseorang itu, tetapi jika tidak diamalkan atau tidak diperkongsikan samalah seperti pohon yang tidak berbuah.


Ilmu yang dipelajari tidak akan bermanfaat jika seseorang itu tidak mengamalkannya. Tujuan mempelajari ilmu bukan sekadar pengetahuan dan wawasan saja, melainkan untuk amal soleh.


Allah Subhanahuwata’ala memerintahkan kita agar meminta jalan yang lurus dan berlindung dari dua penyimpangan sikap terhadap ilmu. 


Sikap yang pertama adalah beramal tanpa ilmu. Sikap yang kedua adalah berilmu, namun tidak beramal.


Sebagaimana dalam firman Allah Subhanahuwata’ala,


صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ


Maksudnya:”(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”. Al-Fatihah ayat  7.


Dari Adi bin Hatim dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam  bersabda,


عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَهُودُ مَغْضُوبٌ عَلَيْهِمْ وَالنَّصَارَى ضُلَّالٌ فَذَكَرَ الْحَدِيثَ بِطُولِهِ


Maksudnya:”Dari Adi bin Hatim dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, beliau bersabda: "Yahudi dimurkai dan Nasrani sesat." Kemudian ia menyebut hadith secara panjang lebar.  Riwayat Tirmizi (2878)


Berkata Ibnu Katsir rahimahullah,”Dan perbezaan antara dua jalan -iaitu agar dijauhi jalan keduanya, ini kerana jalan orang yang beriman menggabungkan antara ilmu dan amal. Adalah orang Yahudi kehilangan amal, sedangkan orang Nasrani kehilangan ilmu. Oleh kerananya, orang Yahudi memperolehi kemurkaan dan orang Nasrani memperoleh kesesatan. Barangsiapa mengetahui, kemudian tidak mengamalkannya, layak mendapat kemurkaan. Berbeza dengan orang yang tidak mengetahui, iaitu orang-orang Nasrani, ketika mempunyai maksud-maksud tertentu, tetapi mereka tidak memperoleh jalannya, kerana mereka tidak masuk sesuai dengan pintunya. Iaitu tidak mengikuti kebenaran. Maka, jatuhlah mereka ke dalam kesesatan”. Lihat Ibnu Katsir, hal. 4/503.


Yahudi mendapatkan laknat Allah kerana berilmu namun tidak beramal. Mereka mengetahui dan mengenal Allah Subhanahuwata’ala dan Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam, namun tidak mahu tunduk dan mengikuti.


Nasrani pula dihukum tersesat kerana beramal tapi tidak berilmu.Nasrani adalah orang yang bersemangat dalam beramal, namun mereka tersesat kerana tidak membangunkan amal tersebut di atas ilmu yang haq.


Adapun seorang muslim berada di tengah-tengah dua keadaan ini, mereka berilmu dan beramal, mereka itulah yang akan mendapat petunjuk.


Justeru itu, barangsiapa yang berilmu namun tidak beramal, maka mereka adalah yang dimurkai, berhak mendapat murka Allah Subhanahuwata’ala, disebabkan oleh kelalaian mereka dalam mewujudkan tujuan dari ilmu, iaitu amal saleh. Dan barangsiapa yang beramal tanpa ilmu, maka mereka adalah orang yang tersesat dari jalan Allah Subhanahuwata’ala dan jalan yang lurus


Di saat seorang itu berjuang bermati-matian mencari ilmu, namun  jika hanya untuk mengilmui dirinya tanpa mengamalkannya, maka dia telah berhenti ditengah jalan. Dia telah menyia-nyiakan perjuangannya mencari ilmu selama Ini .


Seseorang tidak dapat menegakkan agama, kecuali dengan ilmu dan amal soleh. Kerana dengan kedua hal itu, Allah Subhanahuwata’ala mengutus Rasul-Nya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


هُوَ الَّذِيْٓ اَرْسَلَ رَسُوْلَهٗ بِالْهُدٰى وَدِيْنِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهٗ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهٖۙ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ


Maksudnya:”Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk (Al-Qur’an) dan agama yang benar untuk diunggulkan atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai”. At-Taubah ayat  33.


Al-huda(الْهُدٰى) yakni ilmu yang bermanfaat, diinul haq (دِيْنِ الْحَقِّ) yakni amal soleh. 


Menurut Tafsir Ibnu Katsir,

Kemudian Allah Subhanahuwata’ala berfirman: (Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur'an) dan agama yang benar) Petunjuk adalah sesuatu yang dibawa beliau. berupa berita-berita yang benar, keiimanan yang benar, dan ilmu yang bermanfaat. Agama yang benar adalah amal soleh yang benar dan bermanfaat di dunia dan akhirat. (untuk dimenangkan-Nya atas segala agama) iaitu di atas semua agama, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith, dari Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bahawa beliau bersabda,


عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ زَوَى لِي الْأَرْضَ حَتَّى رَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا وَإِنَّ مُلْكَ أُمَّتِي سَيَبْلُغُ مَا زُوِيَ لِي مِنْهَا


Maksudnya:”Dari Syaddad bin Aus sesungguhnya Nabi Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: " Allah Azzawajalla telah mendekatkan bumi kepadaku sehingga saya dapat melihat timurnya dan baratnya. Sesungguhnya kerajaan umatku akan sampai pada apa yang ditampakkan kepadaku….”.


Sebab kita dimasukkan ke syurga bukan sekadar kerana ilmu yang kita ketahui, akan tetapi kerana amal soleh,


وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ اُولٰۤىِٕكَ اَصْحٰبُ الْجَنَّةِ ۚ هُمْ فِيْهَا خٰلِدُوْنَ 


Maksudnya:”Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itu penghuni syurga. Mereka kekal di dalamnya”. Al-Baqarah ayat 82.


Allah Subhanahuwata’ala menyebutkan iman dan amal soleh sebagai sebab untuk masuk syurga. Firman lainnya,


مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّنْ ذَكَرٍ اَوْ اُنْثٰى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهٗ حَيٰوةً طَيِّبَةًۚ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ اَجْرَهُمْ بِاَحْسَنِ مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ


Maksudnya:”Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. An-Nahl ayat 97.


Akibat ilmu yang tidak diamalkan


Al-Qur’an dan As-Sunnah telah memberikan ancaman keras bagi orang yang tidak beramal padahal dia mempunyai ilmu, atau dia mengajak orang lain kepada kebaikan dan beramal tetapi dirinya sendiri tidak mengerjakannya. Sungguh ini adalah perkara yang tidak bermanfaat sama sekali.


Dari Usamah bin Zaid, ia mendengar Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


يُجَاءُ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُهُ فِي النَّارِ فَيَدُورُ كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ فَيَجْتَمِعُ أَهْلُ النَّارِ عَلَيْهِ فَيَقُولُونَ أَيْ فُلَانُ مَا شَأْنُكَ أَلَيْسَ كُنْتَ تَأْمُرُنَا بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَانَا عَنْ الْمُنْكَرِ قَالَ كُنْتُ آمُرُكُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَلَا آتِيهِ وَأَنْهَاكُمْ عَنْ الْمُنْكَرِ وَآتِيهِ


Maksudnya:”Usamah berkata; "Aku mendengar Beliau bersabda: Pada hari qiyamat akan dihadirkan seseorang yang kemudian dia dilempar ke dalam neraka, isi perutnya keluar dan terburai hingga dia berputar-putar bagaikan seekor keledai yang berputar-putar menarik mesin gilingnya. Maka penduduk neraka berkumpul mengelilinginya seraya berkata; "Wahai fulan, apa yang terjadi denganmu?. Bukankah kamu dahulu orang yang memerintahkan kami berbuat ma'ruf dan melarang kami berbuat mungkar?". Orang itu berkata; "Aku memang memerintahkan kalian agar berbuat ma'ruf tapi aku sendiri tidak melaksanakannya dan melarang kalian berbuat mungkar, namun malah aku mengerjakannya”. Riwayat Bukhari (3027)


Dari Abu Barzah Al Aslami ia berkata: Rasulullullah Salallahu'alaihiwasallam bersabda,


عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ مَا فَعَلَ بِهِ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَا أَبْلَاهُ


Maksdnya:”Dari Abu Barzah Al Aslami ia berkata: Rasulullullah Salallahu'alaihiwasallam bersabda: "Dua kaki manusia tidak bergeser (dari tempat berdirinya) di hari kiamat hingga ia ditanya tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang ilmunya apa yang telah dilakukannya, tentang hartanya dari mana ia dapatkan serta untuk apa ia belanjakan, dan tentang badannya untuk apa ia pergunakan”. Riwayat Darimi (536)


Di antara balasan yang akan diberikan oleh Allah Subhanahuwata’ala kepada orang yang tidak mengamalkan ilmu yang telah diamanahkan kepadanya  adalah Allah Subhanahuwata’ala akan menghilangkan keberkatan dan Allah Subhanahuwata’ala menjadikan hatinya keras tidak dapat menerima hidayah. Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِّيْثَاقَهُمْ لَعَنّٰهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوْبَهُمْ قٰسِيَةً ۚ يُحَرِّفُوْنَ الْكَلِمَ عَنْ مَّوَاضِعِهٖۙ وَنَسُوْا حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوْا بِهٖۚ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلٰى خَاۤىِٕنَةٍ مِّنْهُمْ اِلَّا قَلِيْلًا مِّنْهُمْ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ ۗاِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ


Maksudnya:”(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, maka Kami melaknat mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka mengubah firman (Allah) dari tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian pesan yang telah diperingatkan kepada mereka. Engkau (Muhammad) senantiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka, kecuali sekelompok kecil di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”. Al-Maidah ayat 13.


Menurut Tafsir Ibnu Katsir;

“Disebabkan oleh pelanggaran janji yang mereka (bani Israil) lakukan, mereka dilaknat”, yakni dijauhkan dari kebenaran dan petunjuk. “Hati mereka menjadi keras”, maknanya iaitu tidak mampu mengambil pelajaran dari peringatan. وَنَسُوْا حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوْا بِهٖۚ  maknanya, iaitu mereka meninggalkan beramal atas pesan dan peringatan  yang telah diberikan”. Lihat Tafsir Ibnu Katsir.


Menurut Tafsir Al-Qurthubi;

“Melupakan janji kepada Allah Ta’ala yang telah diambil oleh para Nabi atas mereka untuk beriman kepada Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam”. Lihat Tafsir Al-Qurthubi.


Ayat ini menunjukkan bahawa meninggalkan amal akan mendatangkan laknat dari Allah Subhanahuwata’ala. Selain itu, hati juga akan menjadi keras, tidak mampu menerima peringatan dan nasihat. Ketika hati keras dan tidak mendapat petunjuk, maka akan semakin menjauhkan seseorang dari Allah Subhanahuwata’ala. Dan itu merupakan seburuk-buruk balasan di dunia.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَاِذْ قَالَ مُوْسٰى لِقَوْمِهٖ يٰقَوْمِ لِمَ تُؤْذُوْنَنِيْ وَقَدْ تَّعْلَمُوْنَ اَنِّيْ رَسُوْلُ اللّٰهِ اِلَيْكُمْۗ فَلَمَّا زَاغُوْٓا اَزَاغَ اللّٰهُ قُلُوْبَهُمْۗ وَاللّٰهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْفٰسِقِيْنَ


Maksudnya:”Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya, ‘Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku, padahal kamu sungguh mengetahui bahawa sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu?’ Maka, ketika mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik”. As-Saff ayat 5.


Jika ilmu diamalkan


Allah Subhanahuwata’ala akan menambahkan petunjuk bagi yang mengamalkan ilmunya. Dan Allah Subhanahuwata’ala juga akan memberikan ketakwaan. Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَالَّذِيْنَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَّاٰتٰىهُمْ تَقْوٰىهُمْ


Maksudnya:”Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah akan menambah petunjuk kepada mereka dan menganugerahi ketakwaan mereka”. Muhammad ayat 17.


Menurut Tafsir Ath-Thabari;

“Orang yang mendapat petunjuk adalah orang yang Allah Subhanahuwata’ala anugerahi kepada mereka untuk mengikuti petunjuk. Hati mereka lapang dengan keimanan kepada Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya. Mereka menjadi orang yang senantiasa mendengarkan (petunjuk) Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam”. Lihat Tafsir Ath-Thabari.


Menurut Tafsir Ath-Thabari;

“Maka, Allah akan زَادَهُمْ هُدًى وَّاٰتٰىهُمْ تَقْوٰىهُمْ yakni tambahkan keimanan atas iman mereka. Allah Subhanahuwata’ala berikan ketakwaan kepada para muhtadin (orang yang mengikuti petunjuk)”. Lihat Tafsir Ath-Thabari)


Ayat ini berkenaan orang munafik yang disebutkan pada surah Muhammad ayat 16, di mana kaum munafik tersebut hadir dalam khutbah-khutbah Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam di hari Jumaat. Namun, ketika mereka keluar dari majlis tersebut, mereka bertanya kepada para sahabat seperti Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, “Apa yang telah dikatakan Muhammad?” Mereka adalah orang yang mendengar, namun tidak dapat memahami. Hati mereka telah ditutup sehingga tidak mampu memahaminya.


Adapun orang beriman dan bertakwa, Allah Subhanahuwata’ala akan menambahkan ketakwaan dan Allah Subhanahuwata’ala akan ilhamkan petunjuk ke jalan yang lurus.


Menurut Tafsir Shafwah Tafasir;

“Imam Al-Fakhr rahimahullah berkata, “Allah Subhanahuwata’ala menjelaskan bahawa orang munafik itu mendengar (seruan Rasul), namun tidak memberi manfaat. Menyimak, namun tidak mendapat faedah. Adapun orang beriman al-muhtadi (yang mendapat petunjuk), mereka mendengarkan dan memahaminya, kemudian beramal dengannya. Sehingga hal ini membantah uzur orang munafik yang mendengar, namun tidak memahami apa yang disampaikan oleh Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam”. Lihat Tafsir Shafwah Tafasir.


Sebagai penutup, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam dilaporkan sentiasa berdoa agar dikurniakan Allah Subhanahuwata’ala dengan ilmu pengetahuan yang boleh mendatangkan manfaat.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ


Maksudnya:”Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam berdo'a: "Ya Allah, berilah aku manfa'at dengan ilmu yang Engkau ajarkan kepadaku, ajarilah aku sesuatu yang bermanfaat bagiku, dan tambahkanlah ilmu kepadaku, segala puji bagi Allah atas setiap kondisi”. Riwayat Ibnu Majah (247)


Mendirikan Masyarakat Atas Dasar Aqidah Islam.

Mendirikan Masyarakat Atas Dasar Aqidah Islam. Aqidah yang dimaksudkan dalam membentuk masyarakat Islam ialah aqidah yang berpandukan, لَا إ...