Thursday, May 30, 2024

Menempuh jalan kebahagiaan bersama ilmu agama.

Menempuh jalan kebahagiaan bersama ilmu agama.

Salah satu perkara penting yang sering dilupakan oleh manusia adalah menempuh jalan kebahagiaan bersama ilmu agama. Kebaikan yang Allah Subhanahuwata’ala kurniakan bersama ilmu agama adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda,


مَنْ يُرِدِ اَللَّهُ بِهِ خَيْرًا, يُفَقِّهْهُ فِي اَلدِّينِ


Maksudnya: “Siapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh Allah, nescaya akan difahamkan perihal agamanya”.

Riwayat al-Bukhari (71) dan Muslim (1037)


Sesungguhnya belajar agama menjadi keperluan setiap manusia. Imam Ahmad rahimahullah berkata, “Manusia memerlukan ilmu jauh lebih banyak daripada keperluan mereka kepada makanan dan minuman. Kerana makanan dan minuman itu diperlukan sekali atau dua kali dalam sehari. Adapun ilmu diperlukan sebanyak hembusan nafas.” Perkataan ini dinukil oleh Ibnul Qayyim dalam kitabnya Miftah Daris Sa’adah dalam pembahasan keutamaan ilmu dan ahlinya.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


 وَٱلۡعَصۡرِ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِی خُسۡرٍ إِلَّا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلصَّبۡرِ


Maksudnya:”Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran”. Al-’Ashr ayat 1-3.


Orang yang merugi adalah orang yang tidak menggunakan umurnya dalam kebaikan dan pahala. Hidupnya hanya seperti binatang ternak. Mereka sangat tahu dalam hal-hal yang nampak zahir dari kehidupan dunia. Sementara dalam urusan akhirat, mereka selalu lalai dan mengabaikannya. Oleh sebab itu, yang mereka cari adalah kesuksesan duniawi semata dan tidak pernah memikirkan bekal apa yang hendak mereka bawa ketika berjumpa dengan Allah Subhanahuwata’ala.


وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ


Maksudnya:”Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. Al-A’raf ayat 179.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


فَمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ لِقَاۤءَ رَبِّهِۦ فَلۡیَعۡمَلۡ عَمَلࣰا صَـٰلِحࣰا وَلَا یُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا


Maksudnya:”Maka, barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Rabbnya, hendaklah dia melakukan amal soleh dan tidak mempersekutukan dalam beribadah kepada Rabbnya dengan sesuatu apa pun”. Al-Kahfi ayat 110.


Bagi orang-orang beriman, amal soleh dan ketakwaan merupakan perhiasan terindah dan bekal paling utama untuk menyambut kematian. Oleh sebab itu, mereka berdoa kepada Allah untuk diberikan kebaikan di dunia dengan ilmu dan ibadah, serta kebaikan di akhirat berupa syurga. Mereka berusaha keras untuk menjaga iman dan tauhid yang ada di dalam dirinya agar tidak rosak oleh syirik dan berbagai bentuk kezaliman ataupun kekafiran.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَلَمۡ یَلۡبِسُوۤا۟ إِیمَـٰنَهُم بِظُلۡمٍ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمُ ٱلۡأَمۡنُ وَهُم مُّهۡتَدُونَ


Maksudnya:”Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuri imannya dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang diberi keamanan. Dan mereka itulah orang-orang yang selalu diberi petunjuk”. Al-An’am ayat 82.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


إِنَّهُۥ مَن یُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَیۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِینَ مِنۡ أَنصَارࣲ


Maksudnya:”Sesungguhnya barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka benar-benar Allah haramkan atasnya syurga dan tempat tinggalnya adalah neraka. Dan tidak ada bagi orang-orang zalim itu sedikit pun penolong”. Al-Ma’idah ayat 72.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَلَقَدۡ أُوحِیَ إِلَیۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكَ لَىِٕنۡ أَشۡرَكۡتَ لَیَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ


Maksudnya:”Dan sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang-orang sebelum kamu. Jika kamu berbuat syirik, pasti lenyap semua amalmu dan benar-benar kamu akan termasuk golongan orang-orang yang merugi”. Az-Zumar ayat 65.


Apabila seorang muslim telah menyedari bahawa dengan ilmu akan semakin terang jalannya menuju Allah dan syurga, nescaya dia akan berusaha menempuh jalan ilmu itu walau apa pun risiko yang harus dihadapinya. Pahala yang besar yang telah dipersiapkan oleh Allah Subhanahuwata'ala kepada para penuntut ilmu syar'i adalah syurga. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ


Artinya: "Barang siapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka menuntut ilmu(agama), maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga”. Riwayat Muslim (7028)


Ramai orang yang lupa bahawa kunci kebahagiaan itu bukan pada tumpukan harta atau eloknya rupa, tetapi sesungguhnya iman dan ilmu merupakan kunci kebahagiaan hakiki dan gerbang menuju kenikmatan syurga. 


Dalam sebuah hadith qudsi Allah berfirman 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ ؛قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ فَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ { فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ }


Maksudnya:”Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Allah berfirman: "Aku telah menyediakan buat hamba-hamba-Ku yang soleh (kenikmatan) yang belum pernah mata melihatnya, telinga mendengarnya dan terbetik dari lubuk hati manusia". Bacalah firman-Nya jika kamu mahu (As-Sajadah ayat 17) yang ertinya (Tidak seorangpun yang mengetahui apa yang telah disediakan untuk mereka (kenikmatan) yang menyedapkan mata)”. Riwayat Bukhari (3005)


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :   كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى ؟ قَالَ : مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى


Maksudnya:”Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, “Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan, para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Siapakah yang enggan?” Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam menjawab, “Barangsiapa yang mentaatiku nescaya ia akan masuk syurga, dan siapa yang bermaksiat kepadaku maka dia enggan (untuk masuk syurga)”. Riwayat Bukhari(7280), al-Imam Ahmad musnadnya (8728), dan al-Hakim dalam al- Mustadrak, Kitab al-Iman (182).


Al-Hasan rahimahullah menafsirkan makna doa yang terdapat dalam firman Allah ‘Azza Wajalla,


رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا فِی ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣰ وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ حَسَنَةࣰ


Maksudnya:”Wahai Rabb kami berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat”.


Beliau mengatakan, “Kebaikan di dunia adalah ilmu dan ibadah. Adapun kebaikan di akhirat adalah syurga”. Lhat Akhlaq Al-‘Ulama, hal. 40.


Daripada Umar RA, katanya,


لَمَوْتُ أَلْفِ عَابِدٍ قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ، أَهْوَنُ مِنْ مَوْتِ عَاقِلٍ


Maksudnya: “Mati seribu orang ahli ibadat yang berqiamullail dan puasa sunat di siang hari lebih ringan daripada mati seorang yang berakal lagi alim”.


Daripada al-Hasan, mereka (‘Aisyah, Ibn Mas’ud dan lain-lain) berkata,


مَوْتُ الْعَالِمِ ثُلْمَةٌ فِي الْإِسْلَامِ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ


Maksudnya: “Matinya seorang alim adalah seperti patahnya mercu tanda Islam yang tidak dapat ditampungnya sesuatu, walaupun bersilih ganti malam dan siang”.

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1590), al-Bazzar (171), al-Darimi (333) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (1/317)


Daripada Abu Darda’ RA, berkata,


موتُ العالمِ مصيبةٌ لا تجبرُ، وثُلمةٌ لا تُسدُّ، ونَجمٌ طُمِسَ، موتُ قبيلةٍ أيسرُ من موتِ عالمٍ


Maksudnya: “Kematian seorang alim merupakan musibah yang tidak tertanggung dan patahnya mercu tanda Islam yang tidak dapat ditampungnya, seolah-olah bintang yang terpadam cahayanya dan mati satu qabilah atau kaum lebih ringan daripada mati seorang alim”.

Riwayat al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (1/206) 


Daripada Ali RA, berkata,


إِذَا مَاتَ العَالِمُ ثُلِّمَ فِي اَلإِسْلَامِ ثُلْمَةٌ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ


Maksudnya: “Apabila matinya seorang alim nescaya dipatahkan mercu tanda Islam yang tidak mungkin dapat ditampungnya oleh sesuatu hingga hari kiamat”.

Riwayat al-Syaukani dalam Fawaid Majmu’ah (287), al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’ (1/105) dan al-Zurkani dalam Mukhtasar al-Maqasid (75)


Umar bin Abdul ‘Aziz rahimahullah berkata, “Barangsiapa melakukan suatu amal tanpa landasan ilmu, maka apa-apa yang rosak itu justeru lebih banyak daripada apa-apa yang dia perbaiki”. lihat Jami’ Bayan Al-‘Ilmi wa Fadhlihi, hal. 131.


Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah berkata, “Sesungguhnya ilmu lebih diutamakan daripada perkara yang lain kerana dengannya (manusia) dapat bertakwa”. Lihat Manaqib Al-Imam Al-A’zham Abi ‘Abdillah Sufyan bin Sa’id Ats-Tsauri, hal. 30.


Daripada Abi Ja’far rahimahullah berkata,


مَوْتُ عَالِمٍ أَحَبُّ إِلَى إِبْلِيْسَ مِنْ مَوْتِ سَبْعِيْنَ عَابِدَا


Maksudnya: “Mati seorang alim lebih disukai oleh Iblis daripada mati tujuh puluh orang ahli ibadat”. Riwayat al-Baihaqi (4/344) dan Abu Nu’aim (3/183


Allah Subhanahuwata’ala sendiri telah membuat satu pertanyaan melalui firman-Nya,


قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ


Maksudnya: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. Al-Zumar ayat 9.


Dinukilkan daripada Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin.

Pujangga pernah berkata: “Apabila seseorang guru memiliki tiga perkara sudah barang tentu akan sempurna nikmat kepada pelajarnya: Sabar, tawaddu’, dan akhlak yang baik. Apabila seseorang pelajar memiliki tiga perkara sudah barang tentu sempurna nikmat dengannya terhadap gurunya pula: Akal yang waras, adab, dan juga baik fahaman.










No comments:

Post a Comment

Mendirikan Masyarakat Atas Dasar Aqidah Islam.

Mendirikan Masyarakat Atas Dasar Aqidah Islam. Aqidah yang dimaksudkan dalam membentuk masyarakat Islam ialah aqidah yang berpandukan, لَا إ...