Wednesday, March 13, 2024

Bergembira menyambut Ramadhan Kareem sebagai tanda wujud keimanan dalam diri.

Bergembira menyambut Ramadhan Kareem sebagai tanda wujud keimanan dalam diri. 

Salah satu tanda keimanan adalah apabila seorang Muslim itu bergembira menyambut kedatangan Ramadhan. Ibarat akan menyambut tamu agung yang ia nanti-nantikan, maka ia akan persiapkan segalanya dan tentu hati menjadi sangat senang bila "Tamu Ramadhan" akan datang. Tentu lebih senang lagi jika ia menjumpai Ramadhan.


Hendaknya seorang muslim bimbang akan dirinya jika ia tidak ada perasaan gembira akan datangnya Ramadhan. Ia merasa biasa-biasa saja dan tidak ada yang istimewa. Boleh jadi ia akan terluput dari kebaikan yang banyak. Kerana ini adalah kurnian dari Allah Subhanahuwata'ala dan seorang muslim wajib bergembira menyambutnya


Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ


Maksudnya:"Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". Yunus ayat 58.


Sebagaimana para ulama dan orang soleh sangat merindukan dan berbahagia jika Ramadhan akan datang. Ibnu Rajab Al-Hambali berkata,


ﻗَﺎﻝَ ﺑَﻌْﺾُ ﺍﻟﺴَّﻠَﻒُ : ﻛَﺎﻧُﻮْﺍ ﻳَﺪْﻋُﻮْﻥَ ﺍﻟﻠﻪَ ﺳِﺘَّﺔَ ﺃَﺷْﻬُﺮٍ ﺃَﻥْ ﻳُﺒَﻠِّﻐَﻬُﻢْ ﺷَﻬْﺮَ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ، ﺛُﻢَّ ﻳَﺪْﻋُﻮْﻧَﺎﻟﻠﻪَ ﺳِﺘَّﺔَ ﺃَﺷْﻬُﺮٍ ﺃَﻥْ ﻳَﺘَﻘَﺒَّﻠَﻪُ ﻣِﻨْﻬُﻢْ


Malsudnya:"Sebahagian salaf berkata, ‘Dahulu mereka (para salaf) berdoa kepada Allah selama enam bulan agar mereka dipertemukan lagi dengan Ramadhan. Kemudian mereka juga berdoa selama enam bulan agar Allah menerima (amal-amal soleh di Ramadhan yang lalu) mereka". Lihat: Latha’if Al-Ma’arif hal. 232


Muslim itu bergembira menyambut kedatangan Ramadhan, kerana Allah Subhanahuwata'ala memuliakan, memberkatkan dan mengutamakan Ramadhan dengan berbagai keistimewaan:


Gembira kerana pada bulan Ramadhan ini, al-Quran diturunkan oleh Allah Subhanahuwata'ala kepada Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam melalui perantara Malaikat Jibril. 


Diturunkan al-Quran sebagai petunjuk untuk seluruh umat manusia, al-Quran bukan hanya berisi interaksi Tuhan dengan hamba-Nya, melainkan juga berisi interaksi sesama manusia.


Turunnya al-Quran dikenali dengan Nuzulul Quran. Namun, para ulama sendiri masih berselisih pendapat terkait bilakah tarikh  turunnya al-Quran? 


Namun demikian, majoriti Muslim merayakan 17 Ramadhan sebagai tarikh Nuzulul Quran.


Menurut Abu Jafar Ath-Thabari dalam kitab Jamiul Bayan fi Ta’wilil Quran, al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan tepatnya pada malam Lailatul Qadar dari Lauhul Mahfuz.


Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Maksudnya:"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur". Al-Baqarah ayat 185


Abu Jafar Ath-Thabari juga menyebutkan bahawa al-Quran diturunkan pada lailah mubarakah (malam yang berkat) atau malam lailatur qadr, malam seribu bulan, 


إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ


Maksydnya:" Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan". Al-Dukhan ayat 3.


Imam Ibnu Ishaq (w: 85 h) berpendapat bahawa Nuzulul Quran jatuh pada tanggal 17 bulan Ramadhan. Pendapat ini berdasarkan pada surah Al-Anfal ayat 41,


وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ إِنْ كُنْتُمْ آمَنْتُمْ بِاللَّهِ وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Maksudnya:"Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqaan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".


Gembira kerana  dapat berjumpa dengan bulan yang dinanti-nantikan. Kerana ianya adalah kurniaan dari Allah Subhanahuwata'ala dan kerana itu seorang Muslim wajib bergembira dengannya. Kita tidak boleh menjamin bahawa usia kita akan menyampaikan kita pada bulan yang penuh keberkatan ini, kecuali atas izin Allah yang memanjangkan umur kita. 


Kegembiraan tersebut adalah kerana banyaknya kemuliaan, berkah, dan keutamaan pada bulan Ramadhan. Beribadah semakin nikmat dan lazatnya bermunajat kepada Allah. 


Khabar gembira mengenai datangnya Ramadhan sebagaimana disebut dalam hadith berikut.


ﻗَﺪْ ﺟَﺎﺀَﻛُﻢْ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥُ، ﺷَﻬْﺮٌ ﻣُﺒَﺎﺭَﻙٌ، ﺍﻓْﺘَﺮَﺽَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺻِﻴَﺎﻣَﻪُ، ﺗُﻔْﺘَﺢُ ﻓِﻴﻪِ ﺃَﺑْﻮَﺍﺏُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ، ﻭَﺗُﻐْﻠَﻖُ ﻓِﻴﻪِ ﺃَﺑْﻮَﺍﺏُ ﺍﻟْﺠَﺤِﻴﻢِ، ﻭَﺗُﻐَﻞُّ ﻓِﻴﻪِ ﺍﻟﺸَّﻴَﺎﻃِﻴﻦُ، ﻓِﻴﻪِ ﻟَﻴْﻠَﺔٌ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺃَﻟْﻒِ ﺷَﻬْﺮٍ، ﻣَﻦْ ﺣُﺮِﻡَ ﺧَﻴْﺮَﻫَﺎ ﻓَﻘَﺪْ ﺣُﺮِﻡَ


Maksudnya:"“Telah datang kepada kalian Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan atas kalian berpuasa padanya. Pintu-pintu syurga dibuka padanya. Pintu-pintu Jahim (neraka) ditutup. Syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya terdapat sebuah malam yang lebih baik dibandingkan 1000 bulan. Siapa yang dihalangi dari kebaikannya, maka sungguh ia terhalangi". Riwayat Ahmad dalam Al-Musnad (2/385).


Gembira kerana Allah akan memberikan gelar Taqwa bagi mereka yang dengan sungguh-sungguh melaksanakan ibadah puasa. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”


Umat Islam yakin bahawa ayat ini adalah dasar (dalil) atas perintah berpuasa di bulan ramadhan sehingga sudah menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk melaksanakannya dengan penuh kebahagiaan.


Gembira kerana puasa di bulan Ramadhan adalah ibadah yang agung, bahkan pahala puasa tidak terbatas ganjaranya. Sebagaimana dikhabarkan dalam sebuah hadith qudsi, 


َةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَّا الصِّيَامَ هُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Allah 'Azza wa Jalla berfirman; 'Setiap amalan anak Adam balasan baginya adalah satu kebaikan dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda yang semisal kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya". Ahmad (10136)


Gembira dengan solat malam yang merupakan ibadah yang agong, jika didirikan di bulan Ramadhan pula dapat menjadi penghapus dosa-dosa yang telah lalu, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa yang menegakkan Ramadhan(solat malam) kerana iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya dari-Nya) maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya". Bukhari (1870)


Gembira yang landasi dengan rasa syukur kepada Allah atas umur yang masih diberikan. Sehingga tidak ada waktu yang akan kita sia-siakan jika kesempatan ini diberikan oleh Allah Subhanahuwata'ala. Mereka yang diberi kesempatan menyambut ramadhan, akan lebih giat untuk bersedekah, membantu sesama muslim, memberi makanan berbuka bagi mereka yang berpuasa serta amal kebaikan lainnya. Sedekah pula dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api. 


ٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا


Maksud:"Dari Zaid bin Khalid Al Juhani berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa yang memberi makan orang yang berbuka, dia mendapatkan seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikitpun". Tirmizi(735)


Bahkan hidangan berbuka puasa cukup dengan tiga biji kurma atau bahkan hanya segelas air, sesuatu yang mudah dan murah untuk diberikan kepada orang lain.


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ


Maksudnya:"Dari Anas bin Malik dia berkata, Nabi ﷺ selalu berbuka dengan kurma basah sebelum solat, jika beliau tidak mendapatinya, maka (beliau berbuka) dengan kurma kering dan jika tidak mendapatkan kurma kering, beliau berbuka dengan meneguk air tiga kali". Tirmizi(632)


Sedekah pula dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api,


يَا كَعْبَ بْنَ عُجْرَةَ الصَّلَاةُ بُرْهَانٌ وَالصَّوْمُ جُنَّةٌ حَصِينَةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ


Maksudnya:"….Wahai Ka'ab bin 'Ujrah, solat merupakan tanda keimanan, puasa ialah benteng yang kokoh, serta sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api". Tirmizi (558)


Betapa Allah Subhanahuwata’ala sangat pemurah kepada hamba-Nya dengan membuka kesempatan menuai pahala yang begitu lebarnya di bulan yang penuh berkat ini.


Gembira dengan tiga amalan yang agong  terkumpul di bulan Ramadhan dan jika semuanya dikerjakan balasannya adalah jaminan syurga; iaitu bersedekah, berpuasa dan solat pada malam hari. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam, 


عَنْ عَلِيٍّ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا فَقَامَ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ لِمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِمَنْ أَطَابَ الْكَلَامَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ


Maksudnya:"Dari Ali ia berkata; Nabi ﷺ bersabda, "Sesungguhnya di syurga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari bagian luarnya." Lantas seorang Arab baduwi berdiri sambil berkata, "Bagi siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasululullah?" Nabi menjawab, "Untuk orang yang berkata benar, yang besedekah makan, dan yang senantiasa berpuasa dan solat pada malam hari di waktu manusia pada tidur". Tirmizi(1907)


Gembira dengan bulan Ramadhan ini, kerana Allah Subhanahuwata'ala mempermudahkan hamba-hamba-Nya untuk berbuat kebaikan dengan membelenggu syaitan-syaitan. Tidak dapat diingkari bahawa pada dasarnya manusia mudah terpedaya dengan godaan syaitan yang senantiasa mengajak manusia meninggalkan kebaikan, syaitan berkata, 


قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ


Maksudnya:" Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus". Al-A'raf ayat 16.


Syaitan dibelenggu sebagaimana Yang dikhabarkan oleh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam, 


أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya:"Abu Hurairah radhiallahu'anhu berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan pintu-pintu syurga dibuka sedang pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu". Bukhari (3277)


Pada realitanya kita melihat sendiri betapa suasana Ramadhan begitu berbeza dengan bulan-bulan lain. Muslim bersemangat melakukan amalan kebaikan yang biasanya tidak ia lakukan di bulan-bulan lainnya.


أَقُوْلُ قَوْلِيْ هٰذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ





No comments:

Post a Comment

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah.

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah. Kita seharusnya benar-benar menyedari bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan dua pilihan jala...