Wednesday, August 2, 2023

Asas Dakwah Islam yang menyejukan hidup dan mendamaikan jiwa serta akal fikiran.

Asas Dakwah Islam yang menyejukan hidup dan mendamaikan jiwa serta akal fikiran.

Setiap rasul yang diutus membawa misi Islam dan tauhid. Ianya adalah merupakan sebuah fakta yang tidak dapat diingkari dan sebuah sebuah realiti yang tidak dapat dibantah.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِی كُلِّ أُمَّةࣲ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُوا۟ ٱلطَّـٰغُوتَۖ


Maksudnya:"Sungguh, telah Kami utus pada setiap umat, seorang rasul yang menyerukan, ‘Sembahlah Allah dan jauhilah thaghut".An-Nahl ayat 36.


Ayat di atas memberikan gambaran kepada kita bahawa ianya merupakan konteks dakwah para rasul. Mereka yang diutus oleh Allah kepada berbagai macam kelompok manusia dengan latar belakang kebudayaan dan cara berfikir yang berlainan. Para rasul itu berangkat dan bermula dari sebuah pedoman dasar yang sama, iaitu kewajipan memurnikan ibadah untuk Allah semata. Atau apa yang kita kenal dengan istilah ‘tauhid’.


Apabila kita cermati dengan pandangan yang lebih tajam dan saksama, menjadikan dakwah tauhid ini sebagai prioriti dalam upaya ishlah al-ummah (perbaikan umat) adalah bahagian daripada konsep kesempurnaan dan keindahan Islam. Islam yang memecahkan permasaalahan dan Islam yang menyejukan hidup dan mendamaikan jiwa serta akal fikiran. Inilah prinsip dasar yang telah diabaikan oleh ramai kaum cerdik; cendekiawan.


Sebagaimana dituturkan dalam hadith Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma yang menceritakan kisah keberangkatan Mu’az bin Jabal, radhiyallahu ’anhuma. Di sana, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam berpesan kepada Mu’az ( iaitu pesanan yang semestinya diingat oleh setiap da’i dan pemikir atau pencetus gagasan perbaikan umat),


فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ


Maksudnya:"ajaklah mereka untuk bersaksi tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah".


Hadith selengkapnya berbunyi,


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ؛ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ


Maksudnya:"Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhuma berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam berkata, kepada Mu'az bin Jabal Radhiyalahu'anhu ketika Beliau mengutusnya ke negeri Yaman: "Sesungguhnya kamu akan mendatangi kaum Ahlul Kitab, jika kamu sudah mendatangi mereka maka ajaklah mereka untuk bersaksi tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Jika mereka telah mentaati kamu tentang hal itu, maka beritahukanlah mereka bahawa Allah mewajibkan bagi mereka solat lima waktu pada setiap hari dan malamnya. Jika mereka telah mena'ati kamu tentang hal itu maka beritahukanlah mereka bahawa Allah mewajibkan bagi mereka zakat yang diambil dari kalangan orang mampu dari mereka dan dibagikan kepada kalangan yang faqir dari mereka. Jika mereka mena'ati kamu dalam hal itu maka janganlah kamu mengambil harta-harta terhormat mereka dan takutlah terhadap do'anya orang yang terzalimi kerana antara dia dan Allah tidak ada hijab (pembatas yang menghalangi) nya". Bukhari (1401)


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sebagai orang yang menerima wahyu dari Allah, yang berbicara bukan dengan hawa nafsu, yang membawa misi Islam rahmatan lil ‘alamin, telah memberikan rumusan dan formula dakwah yang amat jitu dan cemerlang. Memprioritikan dakwah tauhid dalam menggerakkan roda perbaikan.


Bukan itu saja, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam juga memberikan sebuah gambaran yang mudah dan sarat makna tentang tafsiran Islam dalam konteks kehidupan. Baginda Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً أَفْضَلُهَا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَوْضَعُهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Iman itu ada tujuh puluh sekian cabang yang paling utama adalah persaksian bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Dan rasa malu adalah salah satu cabang dari keimanan". An-Nasaei (4919)


Inilah wajah Islam yang sejuk, teduh, dan menunjukkan kewibawaan. Islam yang menyeru kepada pemurnian ibadah untuk Allah semata dan meninggalkan pemujaan kepada sembahan selain-Nya. Bahkan, inilah yang menjadi rahsia dan hikmah penciptaan jin dan manusia. Sebagaimana dalam firman-Nya,


وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِیَعۡبُدُونِ


Maksudnya:"Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku". Az-Zariyat ayat 56.


Berapa ramai manusia dan kaum cendekiawan yang lalai dan lupa akan rahsia dan hikmah yang agong ini. Mungkin ribuan, jutaan, bahkan tidak terhitung nikmat Allah yang mereka gunakan atau nikmati namun ianya tidak mampu menyedarkan mereka akan hakikat dan tujuan hidup penciptaan alam semesta yang amat luas ini. لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ


Para ulama kita telah mewariskan nilai dan manhaj yang mulia ini dalam ratusan bahkan ribuan jilid kitab dan risalah yang mereka terbitkan. Para ulama hadith, misalnya, memberikan perhatian khusus di dalam buku-buku mereka dengan adanya sebuah bab khusus tentang iman, bab khusus tentang tauhid, dan bab khusus tentang akidah. Sebagaimana Imam Bukhari rahimahullah di dalam Sahih-nya dengan Kitab Al-Iman dan Kitab At-Tauhid. Demikian pula Imam Muslim rahimahullah di dalam Sahih-nya dengan Kitab Al-Iman.


Gambaran-gambaran ini menunjukkan kepada kita, bahawa pada hakikatnya dengan menjunjung tinggi dakwah tauhid justeru akan menciptakan kedamaian, ketenteraman, dan kesejahteraan hidup umat manusia. Tidak sebagaimana yang disangka oleh sebahagian pihak, bahawa seruan-seruan dakwah tauhid adalah faktor pemecah belah umat, sebab munculnya berbagai terrorist dan penganiayaan serta maraknya premanisme di dunia Islam. Padahal, sama sekali tidak. Sungguh, itu merupakan pandangan dan cara berfikir yang salah.


Allah Subhanahuwata’ala menegaskan,


ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَلَمۡ یَلۡبِسُوۤا۟ إِیمَـٰنَهُم بِظُلۡمٍ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمُ ٱلۡأَمۡنُ وَهُم مُّهۡتَدُونَ


Maksudnya:"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuri iman mereka dengan kezaliman, mereka itulah orang-orang yang mendapatkan keamanan dan mereka itulah orang-orang yang diberikan petunjuk". Al-An’am ayat  82.


Islam tidak mengizinkan kezaliman. Islam menyeru dan menyiapkan segala sarana agar tertegaknya keadilan. Islam mengajak kepada iman yang murni. Iman yang bersih dari kotoran syirik dan kebid’ahan. Iman yang memandu kepada jalan yang lurus. Iman yang menyelaraskan antara ucapan dan perbuatan. Iman yang membebaskan hamba dari penghambaan kepada sesama hamba, menuju "tauhidullah". Kerana hanya dengan tauhid itulah hidup manusia akan tenteram, aman, dan bahagia.


Inilah Islam yang terbuka kepada siapa saja yang ingin memahami dan melaksanakan ajaran-ajarannya. Inilah Islam yang tidak hanya terhenti kepada hubungan manusia dengan Allah semata, namun juga sangat memerhatikan kepada masalah-masalah sosial dan kemanusiaan. Kerana Islam tidak menghalalkan segala bentuk kezaliman, apakah kezaliman kepada diri sendiri, kezaliman kepada hak orang lain, atau kezaliman terhadap hak Rabb alam semesta alam ini.


Dengan mengaplikasikan nilai-nilai dan bimbingan Islam dalam segala sisi kehidupan justeru akan membawa kepada kebaikan dan kemajuan. Allah Subhanahuwata’ala telah berfirman,


فَمَنِ ٱتَّبَعَ هُدَایَ فَلَا یَضِلُّ وَلَا یَشۡقَىٰ


Maksudnya:"Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, maka dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka". Taha ayat 123.


Dengan menerapkan petua dan ajaran Al-Qur’an, hal itu akan membawa umat manusia kepada kemuliaan. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ


Maksudnya:"Sesungguhnya Allah akan memuliakan sebahagian kaum dengan kitab ini (Al-Qur’an) dan akan merendahkan sebahagian kaum yang lain dengannya pula". Riwayat Muslim (1353)


Tauhid merupakan topik asas dalam Al-Quran. Setiap helaiannya menyebutkan tentang seruan beriman kepada Allah, rasul, hari akhirat, malaikat, kitab terdahulu dan taqdir-Nya. Malah, 13 tahun pertama kenabian ayat-ayat Al-Quran yang pada tahap Makkiyah diturunkan hampir semuanya berkisar tentang Ilmu Tauhid dan perkara berkaitan dengannya.


Kita sangat perlu memberi perihatian kepada Ilmu Tauhid. Ini berpunca daripada keperihatinan Al-Quran terhadap Ilmu Tauhid. Malah, sebenarnya inti kepada dakwah Islamiyah adalah pengukuhan akidah penganutnya dan kemudiannya menyeru agar manusia beriman kepada akidah tersebut.


Hukumnya mempelajari ilmu  adalah:


1-Fardhu ‘ain bagi setiap orang Islam (lelaki dan perempuan). Kita wajib mempelajarinya sehingga dapat memberikan keteguhan hati dan ketenangan akal bahawa kita berada di atas agama yang benar.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:


فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مُتَقَلَّبَكُمۡ وَمَثۡوَىٰكُمۡ


Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada ilah (yang hak) melainkan Allah dan mohonlah ampun bagi dosamu dan bagi (dosa) orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu". Muhammad ayat 19.


2-Fardhu kifayah bagi perbincangan yang lebih mendalam. Tidak wajib bagi semua umat Islam, jika ada sekumpulan orang yang telah mendalaminya.


Sebagai penutup, marilah kita renungkan firman Allah Subhanahuwata’ala yang berikut,


إِنَّ ٱلَّذِینَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا وَٱسۡتَكۡبَرُوا۟ عَنۡهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمۡ أَبۡوَ ٰ⁠بُ ٱلسَّمَاۤءِ وَلَا یَدۡخُلُونَ ٱلۡجَنَّةَ حَتَّىٰ یَلِجَ ٱلۡجَمَلُ فِی سَمِّ ٱلۡخِیَاطِۚ وَكَذَ ٰ⁠لِكَ نَجۡزِی ٱلۡمُجۡرِمِینَ


Maksudnya:"Sesungguhnya, orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri darinya, maka tidak akan dibukakan untuk mereka pintu-pintu langit dan tidak akan masuk ke dalam surga sampai unta bisa masuk ke dalam lubang jarum. Demikian itulah Kami akan membalas orang-orang yang berdosa/kafir itu*. Al-A’raf ayat 40.




 



No comments:

Post a Comment

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah.

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah. Kita seharusnya benar-benar menyedari bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan dua pilihan jala...