Thursday, June 22, 2023

Larangan menertawakan orang yang ditimpa musibah walaupun kejadian itu dianggap kelakar.

Larangan menertawakan orang yang ditimpa musibah walaupun kejadian itu dianggap kelakar.

Ketawa dan gurauan merupakan fitrah kejadian manusia. Tanpanya kehidupan akan menjadi hambar, sedih dan kurang bermotivasi untuk hidup dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Islam agama lengkap tidak akan menghapuskan sesuatu yang bersifat fitrah kejadian seperti keinginan berkahwin bahkan akan membimbingnya bagi memastikan fitrah itu diurus dengan baik.


Dalam bahasa arab manusia disebut sebagai حيوان ناطق yang bermaksud haiwan yang berkata-kata. Juga masyarakat arab biasa menyebut manusia sebagai حيوان ضاحك yang bermaksud haiwan yang ketawa.


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ


Maksudnya:"dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis". Al-Najm ayat 43.


Allah Subhanahuwata'ala juga memuji perbuatan ini sebagaimana firman-Nya,


وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُسْفِرَةٌ. ضَاحِكَةٌ مُسْتَبْشِرَةٌ


Maksudnya:"Banyak muka pada hari itu berseri-seri, tertawa dan bergembira ria,

'Abasa ayat 38-39.


Hakikatnya, Islam sebagai panduan hidup manusia tidak pernah melarang manusia untuk berhibur dan berjenaka. Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah tabiat manusia dan tanpanya kehidupan akan menjadi hambar, sedih dan kurang bermotivasi untuk hidup menjalankan tanggungjawab masing-masing.


Tetapi fitrah yang diberikan Allah kepada kita haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya berlandaskan panduan al-Quran dan Sunah Baginda Rasulullah.


Mutakhir ini ramai yang menggunakan media sosial bagi tujuan mentertawakan orang lain apabila seseorang itu ditimpa sesuatu keadaan. Perbuatan demikian bukanlah satu perbuatan yang dibenarkan dalam Islam.


Dari Abu Hurairah radiallu'anhu,Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


….بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْيَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ.


Maksudnya:".....Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya. hartanya, dan kehormatannya". Riwayat Muslim(4650)


Media sosial pada zaman sekarang telah digunakan oleh sebahagian orang sebagai satu medium untuk  merendah-rendah dan mentertawakan orang lain yang bernasib malang.


Dalam hal ini Allah Subhanahuwata'ala berpesan dalam berfirman-Nya di dalam Surah Al-Hujuraat ayat 11,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


Pengertian سُخرِيَّة di dalam ayat adalah tindakan menghina, merendahkan, dan mengangkat aib serta kekurangan orang lain dengan jalan mentertawakannya. Hal itu dapat dilakukan dengan perbuatan atau ucapan, terkadang dengan isyarat dan petunjuk tertentu.


Perbuatan sebegini hanya ada pada mereka yang tidak ada akhlak dan penuh dengan kebencian. Perbuatan itu juga boleh memberi kesan buruk kepada orang lain.


Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حَسْبُ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ


Maksudnya:"Abu Hurairah bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Cukuplah seseorang dikatakan telah berbuat jahat jika ia merendahkan saudaranya muslim". Riwayat Ibnu Majah (4203)


Sebagai seorang muslim kita diajar oleh Baginda Rasulullah untuk sentiasa merasai kepahitan seorang muslim yang lain seperti jasad yang satu.


عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى


Maksudnya:"Dari Nukman bin Basyir, dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, baginda bersabda: “Perumpamaan kaum Mukmin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam.” Riwayat Ahmad (17654)


Bagi seseorang yang diuji oleh Allah dengan apa juga perkara yang dihadapinya itu merupakan kasih sayang Allah kepadanya agar dia segera kembali kepada Yang Esa.


Jika seseorang itu sabar atas ujian yang diberikan Allah kepadanya maka ganjaran dan pahala akan disediakan tetapi jika sebaliknya dan berdegil tidak mahu kembali kepada Allah maka tempatnya adalah neraka.


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ


Maksudnya:"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan". Al-Anbiya Ayat 35


Bagi kita pula yang melihat seseorang itu diuji oleh Allah seharusnya kita sentiasa berdoa agar Allah memelihara kita daripada perbuatan-perbuatan yang tidak diredai Allah dan membuka hati si pelaku untuk bertaubat kepadaNya.


Jangan kita gunakan kejatuhan seseorang untuk bergelak ketawa. Ini berdasarkan di dalam sebuah hadith: Pada suatu hari, seorang pemuda Quraisy berkunjung kepada Aisyah, isteri Rasulullah, ketika dia sedang berada di Mina. Kebetulan saat itu para sahabat sedang tertawa, hingga Aisyah merasa hairan dan sekali gus bertanya: Mengapa kalian tertawa?


عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَ دَخَلَ شَبَابٌ مِنْ قُرَيْشٍ عَلَى عَائِشَةَ وَهِيَ بِمِنًى وَهُمْ يَضْحَكُونَ فَقَالَتْ مَا يُضْحِكُكُمْ قَالُوا فُلَانٌ خَرَّ عَلَى طُنُبِ فُسْطَاطٍ فَكَادَتْ عُنُقُهُ أَوْ عَيْنُهُ أَنْ تَذْهَبَ فَقَالَتْ لَا تَضْحَكُوا فَإِنِّي

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُشَاكُ شَوْكَةً فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا كُتِبَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ وَمُحِيَتْ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ


Masudnya:"  Dari Al Aswad dia berkata; "Pada suatu hari, seorang pemuda Quraisy berkunjung kepada [Aisyah], isteri Rasulullah, ketika ia sedang berada di Mina. Kebetulan saat itu para sahabat sedang tertawa, hingga Aisyah merasa hairan dan sekaligus bertanya; 'Mengapa kalian tertawa? ' Mereka menjawab; 'Si fulan jatuh menimpa tali kemah hingga Iehernya (atau matanya) hampir lepas.' Aisyah berkata; 'Janganlah kalian tertawa terbahak-bahak! Kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: 'Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang Iebih kecil dari itu, melainkan akan ditulis baginya satu derajat dan akan dihapus satu kesalahannya". Riwayat Muslim(4664)


Imam Nawawi apabila mensyarahkan hadith ini mengatakan larangan bagi seorang muslim untuk mentertawakan orang lain disebabkan kejatuhannya melainkan jika dia tertawa tanpa sengaja (seperti seseorang yang tiba-tiba tergelincir jatuh di hadapan kita dan kemudian tidak sengaja kita tertawa).


Adapun bagi mereka yang sengaja maka ia adalah satu perkara yang keji kerana menghina orang lain dan menyebabkan hatinya terluka.


Berapa ramai hari ini yang mentertawakan orang lain seperti jika kita melihat seseorang itu terjatuh dari tangga, mungkin kita melihat orang yang kita tidak suka tersungkur dalam perniagaan atau kerana melihat penceraian seseorang dengan kita mengatakan 'padan muka engkau'.


Ingatlah bahawa seseorang itu tidak mengetahui akan pengakhirannya bagaimana adakah hidupnya akan diakhiri dengan beriman kepada Allah atau sebaliknya.


Sabda Rasulullah: 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ الزَّمَنَ الطَّوِيلَ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُخْتَمُ لَهُ عَمَلُهُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ الزَّمَنَ الطَّوِيلَ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ثُمَّ يُخْتَمُ لَهُ عَمَلُهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam telah bersabda: "Ada orang yang mengamalkan amalan ahli syurga pada waktu yang sangat lama, lalu ia menutup akhir hidupnya dengan amalan ahli neraka. Ada pula orang yang mengerjakan amalan ahli neraka pada waktu yang sangat lama, tetapi kemudian ia menutup akhir hidupnya dengan amalan ahli syurga". Riwayat Muslim(4791)


Maka muhasabahlah diri sendiri kerana di akhirat nanti kita hanya akan mengatakan diriku diriku. Sedangkan di atas muka bumi kita sibuk akan diri orang lain sehingga kita lupa akan diri kita sendiri.


Terdapat petunjuk daripada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam satu doa yang diajar oleh Nabi Sallallahu'alaihiwasallam apabila melihat orang yang diuji.


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam pernah bersabda:


مَنْ رَأَى مُبْتَلًى، فَقَالَ: الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا، لَمْ يُصِبْهُ ذَلِكَ البَلَاءُ


Maksudnya: Barangsiapa yang melihat seseorang yang diuji, maka katakanlah: “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku daripada sesuatu yang Allah berikan sebagai ujian kepadamu dan Allah telah memberikan kemuliaan kepadaku melebihi kebanyakan orang.” Maka dia tidak akan ditimpa musibah". Riwayat al-Tirmizi (3432). Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib.


Di samping itu, Imam al-Nawawi ada menyatakan berkaitan hadith ini di dalam kitabnya bahawa para ulama menganjurkan agar doa ini dibaca perlahan yang hanya didengari oleh dirinya sahaja tanpa didengari oleh orang yang diuji agar agar tidak menyakiti perasaannya melainkan ujian tersebut adalah maksiat (pelaku maksiat) maka tidak menjadi kesalahan untuk kita menguatkan bacaan doa (ucapan) sekiranya tidak mendatangkan mudharat kepadanya. Lihat: al-Azkar, 303


Antara hikmah dibenarkan untuk menguatkan ucapan atau doa ini bagi pelaku maksiat adalah agar pelaku maksiat tersebut terkesan dengan doa itu apabila mendengarnya, lalu dengan sebab itu dia akan meninggalkan perbuatan tersebut.




No comments:

Post a Comment

Mendirikan Masyarakat Atas Dasar Aqidah Islam.

Mendirikan Masyarakat Atas Dasar Aqidah Islam. Aqidah yang dimaksudkan dalam membentuk masyarakat Islam ialah aqidah yang berpandukan, لَا إ...