Thursday, May 11, 2023

Meninggalkan Puasa Ramadhan adalah Dosa Besar

Meninggalkan Puasa Ramadhan adalah Dosa Besar.

Puasa memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam. Puasa dalam bulan Ramadhan pula adalah salah satu dari rukun Islam yang lima. Barangsiapa berpuasa untuk mencari redha Allah Subhanahuwata'ala, maka ia akan meraih kebaikan dan keutamaan yang sangat besar. Oleh kerana itu kewajipan kaum Muslimin memperhatikan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.


Makna puasa


Dalam bahasa Arab, puasa disebut dengan صوم atau صيام, ertinya menahan. Adapun menurut istilah syari’at, 


Puasa dari sudut bahasa sering diertikan dengan:


 الإِمْسَاكُ وَالكُفِّ عَنِ الشَّيْءِ 


Maksudnya:"menahan diri dan meninggalkan dari melakukan sesuatu". 


Puasa dari sudut istilah pula diertikan:


الإْمْسَاكُ عَنِ الْمُفْطِرِ عَلَى وَجْهٍ مَخْصُوصٍ


Maksudnya:”Menahan diri dari segala yang membatalkannya dengan cara tertentu”.


Cara tertentu yang dimaksudkan dalam definisi diatas diperincikan di dalam kitab-kitab fiqh  dengan memberikan penjelasan  tentang tata cara berpuasa yang benar dengan merujuk kepada dalil-dalil.


Atau juga,


Puasa dari sudut bahasa bermaksud menahan diri. Manakala dari sudut syarak pula, menahan diri daripada perkara yang membatalkan dengan cara yang tertentu daripada terbit sehingga terbenamnya matahari. (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 294)


Sebagaimana dalilnya:


فَكُلِي وَٱشۡرَبِي وَقَرِّي عَيۡنٗاۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ ٱلۡبَشَرِ أَحَدٗا فَقُولِيٓ إِنِّي نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَٰنِ صَوۡمٗا فَلَنۡ أُكَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ إِنسِيّٗا


Maksudnya:"Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini". Maryam ayat 26.


Para ulama menyebutkan bahawa puasa ada dua jenis iaitu puasa wajib dan sunat:


1-Puasa wajib; seperti puasa Ramadhan, kaffarah, dan nazar.


Puasa sunat; seperti puasa isnin dan Khamis, enam hari pada bulan Syawal, puasa Nabi Daud, dan lainnya.


Selain itu ada juga puasa maksiat, seperti puasa pada hari ‘Idul Fithri dan 'Idul Adha, puasa putih, puasa untuk mencari kesaktian, dan lainnya.


Hukum Puasa Ramadhan adalah wajib, berdasarkan al-Qur’an, al-Hadith, dan Ijma’. Barangsiapa mengingkari kewajiban puasa Ramadhan, maka dia menjadi kafir.Lihat al-Wajiz, hlm. 189


Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. Al-Baqarah ayat 183.


Puasa di dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan ke atas setiap umat Islam. Hal ini jelas seperti mana yang disebutkan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.Anhuma, bahawa Nabi Sallallahualaihiwasallam bersabda,


بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ


Maksudnya: Terbinanya Islam itu atas lima perkara; syahadah bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadhan.”

Riwayat al-Bukhari (8) dan Muslim (16)


Maka jelaslah puasa Ramadhan ini adalah perkara utama di dalam Islam yang tidak boleh ditinggalkan sekiranya tidak ada sebarang keuzuran.


Imam Ibn Hajar al-Haithami menyebutkan bahawa betapa besarnya kesalahan meninggalkan puasa dengan sengaja terutamanya di bulan Ramadhan. Hal ini jelas seperti yang disebutkan beliau:


الْكَبِيرَةُ الْأَرْبَعُونَ وَالْحَادِيَةُ وَالْأَرْبَعُونَ بَعْدَ الْمِائَةِ: تَرْكُ صَوْمِ يَوْمٍ مِنْ أَيَّامِ رَمَضَانَ، وَالْإِفْطَارُ فِيهِ بِجِمَاعٍ أَوْ غَيْرِهِ بِغَيْرِ عُذْرٍ مِنْ نَحْوِ مَرَضٍ أَوْ سَفَرٍ


Maksudnya: "Dosa besar yang ke 140 dan 141, meninggalkan puasa pada salah satu hari daripada hari-hari dalam bulan Ramadhan, dan berbuka puasa padanya dengan persetubuhan atau selainnya tanpa sebarang keuzuran seperti sakit atau bermusafir". Lihat al-Zawajir (1/323).


Puasa Ramadhan merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima, maka orang yang meninggalkannya atau meremehkannya akan mendapatkan siksa yang pedih di akhirat.


عَنْ أَبْي أُمَامَةَ الْبَاهِلِىِّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِى رَجُلاَنِ فَأَخَذَا بِضَبْعَىَّ فَأَتَيَا بِى جَبَلاً وَعْرًا فَقَالاَ لِىَ : اصْعَدْ فَقُلْتُ : إِنِّى لاَ أُطِيقُهُ فَقَالاَ : إِنَّا سَنُسَهِّلُهُ لَكَ فَصَعِدْتُ حَتَّى إِذَا كُنْتُ فِى سَوَاءِ الْجَبَلِ إِذَا أَنَا بَأَصْوَاتٍ شَدِيدَةٍ فَقُلْتُ : مَا هَذِهِ الأَصْوَاتُ قَالُوا : هَذَا عُوَاءُ أَهْلِ النَّارِ ، ثُمَّ انْطُلِقَ بِى فَإِذَا أَنَا بِقَوْمٍ مُعَلَّقِينَ بِعَرَاقِيبِهِمْ مُشَقَّقَةٌ أَشْدَاقُهُمْ تَسِيلُ أَشْدَاقُهُمْ دَمًا قَالَ قُلْتُ : مَنْ هَؤُلاَءِ قَالَ : هَؤُلاَءِ الَّذِينَ يُفْطِرُونَ قَبْلَ تَحِلَّةِ صَوْمِهِمْ


Maksudnya:"Dari Abu Umamah al-Bahili, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu‘alaihiwasallam bersabda, “Ketika aku sedang tidur, tiba-tiba ada dua laki-laki yang mendatangiku, keduanya memegangi kedua lenganku, kemudian membawaku ke sebuah gunung . Keduanya berkata kepadaku, “Naiklah!” Aku menjawab, “Aku tidak mampu”. Keduanya berkata, “Kami akan memudahkannya untukmu”. Maka aku naik. Ketika aku berada di tengah gunung itu, tiba-tiba aku mendengar suara-suara yang keras, maka aku bertanya, “Suara apa itu?” Mereka menjawab, “Itu teriakan penduduk neraka”. Kemudian aku dibawa, tiba-tiba aku melihat sekelompok orang tergantung (terbalik) dengan urat-urat kaki mereka (di sebelah atas), ujung-ujung mulut mereka sobek mengalirkan darah. Aku bertanya, “Mereka itu siapa?” Mereka menjawab, “Meraka adalah orang-orang yang berbuka puasa sebelum waktunya”. Riwayat Nasa’i dalam as-Sunan al-Kubra(3273); Ibnu Hibban; Ibnu Khuzaimah; al-Baihaqi, 4/216; al-Hakim, (1568); Ath-Thabarani dalam Mu’jamul Kabîr. Dishahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, al-Haitsami. Lihat: al-Jami’ li Ahkamis Shiyam, 1/60.


Di dalam sebuah hadits diriwayatkan:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ فِي غَيْرِ رُخْصَةٍ رَخَّصَهَا اللَّهُ لَهُ فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ الدَّهْرَ كُلَّهُ


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa berbuka sehari dari (puasa) bulan Ramadhan bukan dengan (alasan) keringanan yang Allah berikan kepadanya, maka tidak akan diterima darinya (walaupun dia berpuasa) setahun semuanya”. Riwayat Ahmad (9002); Abu Daud (2396); Ibnu Khuzaimah (1987).


Namun hadith di atas didha’ifkan oleh Imam Ibnu Khuzaimah, syeikh Syu’aib al-Arnauth,dan lainnya, kerana ada perawi yang tidak dikenal yang bernama Ibnul Muqawwis.


Walaupun hadith ini dhaif secara marfu’ (riwayat dari Nabi) akan tetapi banyak riwayat dari para sahabat yang menguatkannya.


Diriwayatkan dari Abdulah bin Mas’ud Radhiyallahu anhu bahawa dia berkata,


مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ رُخْصَةٍ لَقِيَ اللَّهَ بِهِ، وَإِنْ صَامَ الدَّهْرَ كُلَّهُ، إِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُ، وَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ


Maksudnya:"Barangsiapa berbuka sehari dari (puasa) bulan Ramadhan dengan tanpa keringanan, dia bertemu Allah dengannya, walaupun dia berpuasa setahun semuanya, (namun) jika Allah menghendaki, Dia akan mengampuninya, dan jika Allâh menghendaki, Dia akan menyiksanya”.Riwayat Thabarani ( 9459)


Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu anhu, bahawa dia berkata,


مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ مُتَعَمِّدًا لَمْ يَقْضِهِ أَبَدًا طُولُ الدَّهْرِ


Maksudnya:"Barangsiapa berbuka sehari dari (puasa) bulan Ramadhan dengan sengaja, berpuasa setahun penuh tidak dapat menggantinya”.Riwayat Ibnu Hazm dalam al-Muhalla, 6/184


Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, bahawa ada seorang lelaki berbuka di bulan Ramadhan dia berkata,


لاَ يُقْبَلُ مِنْهُ صَوْمُ سَنَةٍ


Maksudnya:"Berpuasa setahun penuh tidak dapat menggantinya". Riwayat Ibnu Hazm dalam al-Muhalla, 6/184


Bahkan sahabat Ali bin Abi Thalib memberikan hukuman dera (pukulan) kepada orang yang berbuka di bulan Ramadhan, sebagaimana disebutkan di dalam riwayat,


عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَرْوَانَ، عَنْ أَبِيهِ: أَنَّ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ أُتِيَ بِالنَّجَاشِيِّ قَدْ شَرِبَ الْخَمْرَ فِي رَمَضَانَ, فَضَرَبَهُ ثَمَانِينَ, ثُمَّ ضَرَبَهُ مِنْ الْغَدِ عِشْرِينَ, وَقَالَ: ضَرَبْنَاكَ الْعِشْرِينَ لِجُرْأَتِكَ عَلَى اللَّهِ وَإِفْطَارِكَ فِي رَمَضَانَ.


Maksudnya:"Dari Atha’ bin Abi Maryam, dari bapaknya, bahawa An-Najasyi dihadapkan kepada Ali bin Abi Thalib, dia telah minum khamr di bulan Ramadhan. Ali memukulnya 80 kali, kemudian esoknya dia memukulnya lagi 20 kali. Ali berkata, “Kami memukulmu 20 kali kerana kelancanganmu terhadap Allah dan kerana engkau berbuka di bulan Ramadhâlan".Riwayat Ibnu Hazm di dalam al-Muhalla, 6/184


An-Najasyi ini adalah seorang penyair, namanya Qais bin ‘Amr al-Haritsi. 


Melihatkan kepada nas dan hujah di atas,menunjukan bahawa meninggalkan puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa uzur merupakan dosa besar, maka bagaimana jika meninggalkan puasa sebulan penuh? Tentu dosanya lebih besar. Oleh kerana itu seorang yang ingin selamat di dalam kehidupannya, hendaklah dia melaksanakan perintah-perintah Allah dan meninggalkan larangan-larangan-Nya, sehingga meraih keberuntungan di dunia dan akhirat.


Melihatkan kepada nas dan hujah di atas, kami nyatakan bahawa orang yang sengaja berbuka puasa di dalam bulan Ramadhan adalah berdosa besar kerana meninggalkan salah satu daripada rukun Islam.


No comments:

Post a Comment

Haji Mabrur Yang Didambakan

Haji Mabrur Yang Didambakan Marilah kita merenung sejenak nikmat-nikmat yang Allah Subhanahuwata'ala telah kurniakan kepada kita. Nikmat...