Wednesday, November 30, 2022

Pemimpin berintegriti dan rakyat yang memilih.

Pemimpin berintegriti dan rakyat yang memilih.

Kepimpinan dalam Islam bukan satu kemegahan, keistimewaan atau kelebihan. Ianya adalah amanah, mandat yang berat dan kebertanggungjawabannya akan dipersoal di dunia lagi dan dihadapan Allah Subhanahuwata'ala. Pemimpin yang berintegriti, beramanah, ikhlas, adil, berakhlak dan mengutamakan kepentingan umum adalah golongan pertama yang mendapat naungan Allah Subhanahuwata'ala di akhirat kelak. Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ……


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; pemimpin yang adil,......". Bukhari(620).


Juga sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


عبد الله بن عمرو بن العاص -رضى الله عنهما- قال: قال رسول الله ﷺ: إن المُقٔسِطين عند الله على منَابِرَ من نور: الذين يعدلون في حكمهم وأهليهم وما وَلُوا.


Maksudnya:"Para pemimpin yang adil akan berada pada mimbar(panggung) dari cahaya, iaitu mereka yang selalu berlaku adil dalam hukum mereka, yang bersifat timbangrasa terhadap keluarga mereka dan terhadap sesiapa yang diserahkan penguasaannya". Muslim(1827)


Integriti adalah kepatuhan kepada prinsip-prinsip beragama, nilai dan norma sejagat dan etika yang kuat. Insan terbaik yang sangat kita cintai, iaitu junjungan besar Nabi kita Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam, Baginda telah menonjolkan dirinya sebagai ikon hamba Allah yang berintegriti tinggi, sehingga dikenali dengan gelaran ‘al-Amin’, iaitu ‘yang sangat dipercayai’ dalam kalangan masyarakat Islam ketika itu. Justeru kerana itu, Allah Subhanahuwata'ala berfirman  dalam Surah al-Ahzab ayat 21,


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا


Maksudnya:"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.


Nilai integriti adalah satu komponen pelengkap untuk menjadi ikutan dan pembentukan negara yang bahagia, aman makmur dan sejahtera. Integriti berlandaskan nilai-nilai Islam yang berpaksikan kepada kekuatan akidah, syariah dan akhlak adalah penyelesaian terbaik kepada kerosakan dan kemelut yang berlaku dalam diri, organisasi dan negara hari ini. Nilai amanah dan ikhlas seseorang pemimpin itu akan membentuk dan melahirkan dasar-dasar negara yang mampu mendukung kepentingan rakyat dan pembangunan negara yang seimbang di sudut spiritual dan fizikal. 


Pemimpin berintegriti adalah unsur utama dan berperanan besar dalam membina tingkah laku, manusia, masyarakat dan bagaimana sebuah negara dapat diurus dengan teratur, dihormati dan mampu mewariskan legasi baik untuk masa hadapan. Nilai yang baik (mahmudah) menampilkan norma dan piawaian tingkah laku yang terbaik dalam kehidupan seseorang pemimpin. Pemimpin berintegriti, jujur dan beramanah bukan sahaja akan mengubah landskap dan ekosistem kehidupan bermasyarakat, bahkan akan memacu negara untuk mencapai matlamat yang telah dirangka agar menjadi sebuah negara mampan, stabil, dihormati dan beridentiti, bukannya sebuah negara yang dikenali dengan kemunafikan, penuh dengan isu dan kontroversi salah guna kuasa, rasuah, pecah amanah, pengkhianatan serta adu domba yang merosakkan penjanaan keutuhan dan perpaduan bangsa dan negara.


Sebaliknya pemimpin yang hanya mahukan kuasa dan mencari kekayaan dunia akan menjadi perosak dan pengkhianat kepada rakyat dan negara.


Begitu juga, sekiranya seorang pemimpin itu cuai dan gagal dalam tanggungjawabnya sebagai pemimpin,maka ianya adalah suatu penghinaan serta penyesalan bagi seseorang yang memikul amanah. Diriwayatkan daripada Abu Dzar Radiallahuanhu,


عن أبي ذرٍ رضي الله عنه، قال: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللّهِ أَلاَ تَسْتَعْمِلُنِي؟ قَالَ: فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَىَ مَنْكِبِي. ثُمّ قَالَ: يَا أَبَا ذَرَ إنّكَ ضَعِيفٌ وَإنّهَا أَمَانَةٌ، وَإنّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إلاّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقّهَا وَأَدّى الّذِي عَلَيْهِ فِيهَا


Maksudnya:"Suatu hari, Abu Dzar berkata, “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau menjadikanku (seorang pemimpin)? Lalu, Rasul memukulkan tangannya di bahuku, dan bersabda, ‘Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah, dan sesungguhnya hal ini adalah amanah, ia merupakan kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat, kecuali orang yang mengambilnya dengan haknya, dan menunaikannya (dengan sebaik-baiknya).” Riwayat Muslim.


Hadith di atas menegaskan bahawa kepemimpinan yang ideal memiliki dua sifat dasar iaitu kuat (mampu) dan amanah. Selaras dengan  firman Allah Subhanahuwata'ala,


قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ


Maksudnya:"Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya".  Al-Qasas ayat  26.


Ayat 26 surah al-Qasas di atas berkenaan: "…Kisah Nabi Syuaib bertanya kepada anaknya tentang Nabi Musa. Wanita itu menceritakan kepada bapanya semua apa yang telah dilakukan oleh Nabi Musa, mulai dari mengangkat batu penutup perigi, juga tentang perkataannya…".  Lihat Tafsir Jalalayn.


Kuat atau mampu (profesional) bagi setiap pemimpin, bergantung kepada medan kepimpinannya. Kuat dalam memimpin negara adalah amanah dan adil serta kemampuan mentadbir urusan negara dan rakyat. Kuat dalam memimpin perang adalah keberanian jiwa dan keahlian dalam perang dan mengatur strategi. Kuat dalam menetapkan hukum di tengah masyarakat adalah tingkat keilmuannya memahami keadaan yang diajarkan Al-quran dan hadith, sekaligus kemampuan untuk menerapkan hukum. 


Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ


Maksudnya“...Kerana itu, janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir…".  Al-Maidah ayat 44.


Penyesalan yang terjadi adalah akibat melampaui batas kerana meninggalkan tanggungjawab yang diwajibkan selaku  sebagai pemimpin atau memakan barang yang diharamkan. 

Pernah Nabi Sallallahu'alaihiwasallam mengatakan kepada orang yang meminta supaya diberikan jabatan seperti ini kepadanya, begini sabdanya,


فقال النبي ﷺ: إنا والله لا نولِّي هذا العَمَلَ أحداً سأله، أو أحداً حَرَصَ عليه


Maksudnya:"....Demi Allah,kami tidak akan memberikan jabatan ini kepada sesiapa saja yang memohonnya, ataupun kepada sesiapa yang mengharap-harapnya". Bukhari(7149), Muslim(1733).


Janji masa depan yang dibuat oleh seseorang pemimpin itu adalah terlalu berharga bagi rakyat dan negara dan ianya perlulah realistik dan bersifat komprehensif yang meliputi setiap aspek keperluan rakyat dan masyarakat, kestabilan politik, keselamatan negara dan ketenteraman awam.


Oleh itu pemimpin yang dibebani amanah ‎oleh Allah untuk memimpin dan  mengurus rakyat yang berupa tugas ‎untuk menegakkan berbagai kemaslahatan mereka lalu mati dalam keadaan berkhianat kepada rakyatnya, maka Nabi Sallallahu'alaihiwasallam telah mengancam orang tersebut ‎dengan sabdanya yang bermaksud ‎‏"Melainkan Allah akan ‎mengharamkan syurga baginya". Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


عن معقل بن يسار رضي الله عنه مرفوعاً: ما من عبد يَسْتَرْعِيْهِ الله رَعِيَّةً، يموت يوم يموت، وهو غاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ؛ إلا حرَّم الله عليه الجنة.


Maksudnya:"Ma'qil bin Yasar -raḍiyallahu 'anhu- meriwayatkan secara marfu': "Tidaklah seorang hamba dibebani amanah ‎oleh Allah untuk memimpin rakyat lalu mati dalam keadaan berkhianat kepada rakyatnya; melainkan Allah akan ‎mengharamkan syurga baginya". Muttafaq 'alaih


Terdapat riwayat Abu Hurairah raḍiyallahu 'anhu, dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam sabdanya,


حَدَّثَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ طَلَبَ قَضَاءَ الْمُسْلِمِينَ حَتَّى يَنَالَهُ ثُمَّ غَلَبَ عَدْلُهُ جَوْرَهُ فَلَهُ الْجَنَّةُ وَمَنْ غَلَبَ جَوْرُهُ عَدْلَهُ فَلَهُ النَّارُ


Maksudnya:"Telah menceritakan kepadaku Abu Hurairah dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa menuntut jabatan kaum Muslim hingga dia mencapainya, kemudian keadilannya mengalahkan kezalimannya maka baginya Syurga, dan Barangsiapa yang kezalimannya mengalahkan keadilannya maka baginya Neraka". Abu Daud(3104)


Pemimpin yang menipu rakyat adalah berdosa besar, apatah lagi yang berlaku kejam terhadap rakyatnya. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


أَيُّما رَاعٍ غَشَّ رَعِيَّتَهُ فهوا في النار


Maksudnya:" setiap pemimpin yang menipu rakyatnya, maka dia akan memasuki neraka". Thabarani


Sedangkan sebagai pemimpin mestilah bertanggungjawab terhadap rakyatnya dan mesti mengambil tahu dari hal hidup mereka sehari-hari, termasuk penderitaan yang mereka tanggung dan kesusahan-kesusahan yang mereka pukul. Maka adalah menjadi tugas pemimpin untuk berusaha mengubah nasib mereka.


Juga sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


…مَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا


Maksudnya:"... barangsiapa menipu kami, maka bukanlah ia Dari golongan kami(Islam). Muslim (146)


Juga sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


مَنِ استَرْعَاهُ اللهُ رَعِيَّةً ثم لم يَحُطُّهَا بِنُصْحِهِ إلا حرم اللهُ عليه الجنة


Maksudnya:" Barangsiapa yang diangkat Allah menjadi pemimpin bagi rakyatnya,kemudian dia tidak membimbing rakyat itu dengan nasihatnya, maka Allah mengharamkan baginya memasuki syurga". Bukhari 


Juga sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اتَّقُوا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Maksudnya:"Dari Jabir bin 'Abdullah] bahwa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Hindarilah kezaliman, kerana kezaliman itu adalah mendatangkan kegelapan pada hari kiamat kelak". Muslim(4675)


Firman Allah Subhanahuwata'ala,


إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ


Maksudnya:"Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. Asy-Syura Ayat 42


وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ. مُهْطِعِينَ مُقْنِعِى رُءُوسِهِمْ لَا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ ۖ وَأَفْـِٔدَتُهُمْ هَوَآءٌ


Maksudnya:"Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak. Mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mangangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong". Ibrahim ayat 42-43


كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ


Maksudnya:"Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. Al-Maidah ayat 79.


Sebagai rakyat pula, janganlah memilih pemimpin yang hanya memperlekeh agamanya. Fakta sejarah menunjukkan ramai pemimpin yang meletakkan perjuangannya atas dasar agama, memelihara bangsa, mempamerkan ketelusan dan amanah, namun setelah berkuasa segalanya berubah. Hakikatnya, ketika berkuasa, hanya berlaku tindakan menjaga kepentingan kelompok dan kekuasaan. Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


عَنْ حُذَيْفَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنَّا وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلَا يَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ


Maksudnya:"Dari Nabi Sallallahu'alaihiwasalam bersabda: " Akan muncul pemimpin-pemimpin berdusta dan berbuat zalim, barangsiapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu mereka berbuat zalim maka tidak termasuk golongan kami dan aku tidak termasuk golongan mereka serta tidak akan mendatangi telagaku, dan barangsiapa yang tidak membenarkan kedustaan mereka dan tidak menolong mereka berbuat kezaliman maka ia termasuk golonganku dan aku termasuk golongannya serta akan mendatangi telagaku". Ahmad (22174)


Ancaman hadith ini amat berat terhadap para pemimpin yang suka membohongi rakyat untuk mengelirukan mereka dengan tipu helahnya, lalu ada pula sekumpulan orang yang sengaja mempercayai para pemimpin itu atau pura-pura mempercayainya. Lalu membantu mereka atas kezaliman yang dilakukannya.


Terdapat juga sebuah hadith yang menyebut mengenai golongan-golongan manusia di mana Allah Subhanahuwata'ala benci dan murka terhadap golongan ini di akhirat kelak. Antara golongan yang disebut adalah mereka yang berbaiah atau mengikut pemimpin hanya jika mereka diberikan sejumlah wang harta atau pemberian. Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


ثَلاَثَةٌ لاَ يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ رَجُلٌ مَنَعَ ابْنَ السَّبِيلِ فَضْلَ مَاءٍ عِنْدَهُ وَرَجُلٌ حَلَفَ عَلَى سِلْعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ - يَعْنِي كَاذِبًا - وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا فَإِنْ أَعْطَاهُ وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ لَمْ يَفِ لَهُ


Maksudnya: "Tiga golongan yang Allah berpaling daripada mereka di akhirat kelak; Golongan yang menyekat orang-orang di jalanan daripada akses air, golongan yang bersumpah atas sesuatu barang yang bermaksud pendustaan, dan golongan yang berbaiah kepada pemimpin di mana mereka mendapat habuan daripadanya, jika tidak ada habuan tersebut maka mereka tidak mentaatinya."

Abu Daud (3474)


Syeikh al-Azim Abadi dalam kitabnya menerangkan golongan terakhir yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah golongan manusia yang mengangkat pemimpin demi untuk habuan keduniaan.[Lihat: Aunul Ma’bud, 5/567]


Oleh kerana itu, hendaklah kita semua berwaspada dari penyakit serupa ini dan berusaha menjauhi darinya agar kita selamat di dunia dan di akhirat kelak

No comments:

Post a Comment

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah.

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah. Kita seharusnya benar-benar menyedari bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan dua pilihan jala...