Wednesday, November 16, 2022

Dosa (اَلإِثْمُ) membuatkan dada menjadi sesak dan engkau tidak suka menusia mengetahuinya.

Dosa (اَلإِثْمُ) membuatkan dada menjadi sesak dan engkau tidak suka menusia mengetahuinya.

Dosa ialah perlakuan maksiat yang dilakukan oleh seseorang.


Imam al-Qurthubi rahimahullah berkata, “Dosa ialah perbuatan yang menyebabkan pelakunya layak mendapatkan celaan". LihatbTafsir al-Qurthubi II/20.


Ibnu Hajar al-Haitami berkata, “اَلإِثْمُ (dosa) ialah satu kata yang mencakupi  setiap perbuatan buruk dan keji,baik yang besar mahupun yang kecil.”


Frman Allah Subhanahuwata'ala,


وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ 


“…Dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan…”. Al-Maidah ayat 2.


Boleh jadi, yang dimaksud dengan kata dosa dalam ayat tersebut ialah kemaksiatan-kemaksiatan, sedang yang dimaksud dengan kata permusuhan ialah menzalimi manusia. Atau  boleh jadi yang dimaksud dengan kata dosa tersebut ialah sesuatu yang diharamkan seperti zina, pencurian, meminum minuman keras dan yang dimaksud dengan kata permusuhan pada ayat tersebut ialah melebihi sesuatu yang diizinkan kepada sesuatu yang dilarang dikerjakan dari hal-hal yang jenisnya diizinkan, misalnya membunuh orang yang boleh dibunuh kerana qishas dan membunuh orang yang tidak boleh dibunuh, mengambil zakat melebihi yang diwajibkan, mencambuk melebihi jumlah yang diperintahkan, dan lain sebagainya". Lihat Jami’ul ‘Ulum wal Hikam II/98. oleh Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali.


Allah Subhanahuwata'ala berfirman,


إِن تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُم مُّدْخَلًا كَرِيمًا


Maksudnya: Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)". Surah al-Nisa’ ayat 31.


Ibnu Abbas R.Anhuma dalam menjelaskan ayat di atas dengan berkata,


الكَبِيْرَةُ كُلُّ ذَنْبٍ خَتَمَهُ اللهُ بِنَارٍ، أَوْ غَضَبٍ، أَوْ لَعْنَةٍ، أَوْ عَذَابٍ


Maksudnya: “Dosa besar adalah yang Allah akhiri dengan ancaman neraka, atau kemurkaan, atau laknat atau azab seksa.” (Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran, 5/59 dan Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/282)


Al-Hasan al-Basri menyatakan:


كُلّ ذَنْب نَسَبَهُ اللَّه تَعَالَى إِلَى النَّار فَهُوَ كَبِيرَةٌ


Maksudnya: “Setiap dosa yang Allah nisbahkan dengan neraka maka itu adalah dosa besar.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/285)


Dalam hadith Nabi Sallallahu'alaihiwasallam juga turut menyebut berkenaan adanya pembahagian dosa besar dan dosa kecil. Sabda Baginda Sallallahu'alaihiwasallam,


الصَّلاةُ الخمسُ والجمعةُ إلى الجمعةِ كفَّارةٌ لما بينَهنَّ ما لم تُغشَ الْكبائرُ


Maksudnya: “Solat lima waktu dan solat Jumaat ke solat Jum’at seterusnya, menghapuskan dosa-dosa di antara keduanya, selama mana tidak melakukan dosa besar". Riwayat Muslim (233)


Dosa adalah sesuatu yang akan menyesakkan dada dan jiwa serta tidak akan tenteram bahkan akan resah gelisah dan rasa tidak selamat jika diketahui orang lain.  

Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ


Maksudnya":Dari al-Nawwas bin Sam'an Al Anshari,dia berkata; "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda beliau: "Kebajikan itu ialah budi pekerti yang baik. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada(membuat bimbang/ragu hatimu), dan engkau sendiri benci jika perbuatanmu itu diketahui orang lain".  Riwayat Muslim(4632)


Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبِرُّ مَا سَكَنَتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَالْإِثْمُ مَا لَمْ تَسْكُنْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَلَمْ يَطْمَئِنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَإِنْ أَفْتَاكَ الْمُفْتُونَ وَقَالَ لَا تَقْرَبْ لَحْمَ الْحِمَارِ الْأَهْلِيِّ وَلَا ذَا نَابٍ مِنْ السِّبَاعِ


Maksudnya….."Nabi Sallallahu'alaihiwasallam lalu bersabda: "Kebaikan itu adalah sesuatu yang menjadikan jiwa tenang dan hati merasa tenteram. Sedangkan keburukan itu adalah sesuatu yang tidak dapat menjadikan jiwa tenang dan hati yang tentram, meskipun hasil sebuah fatwa." Beliau melanjutkan: "Dan janganlah kamu memakan daging Himar yang jinak dan jangan pula binatang buas yang bertaring". Riwayat Ahmad(17076). Dhaif.


Sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam dalam hadith an-Nawwas bin Sam’an al-Ansari, “........Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada(membuat bimbang/ragu hatimu), dan engkau sendiri benci jika perbuatanmu itu diketahui orang lain".  Riwayat Muslim(4632)


Sabda Beliau Sallallahu'alaihiwasallam ini hanya bagi orang yang hatinya bersih dan sihat. Baginya, semua yang menyesakkan jiwanya adalah perbuatan dosa dan ia tidak suka jika diketahui manusia.


Adapun orang yang tidak taat kepada Allah Subhanahuwata'ala dan hati mereka telah menjadi keras, maka mereka tidak akan peduli, atau malah berbangga diri ketika melakukan kemungkaran dan dosa. 


Pembicaraan di sini tidak bersifat umum yang berlaku bagi setiap orang, akan tetapi khusus bagi mereka yang memiliki hati yang sihat dan bersih. 


Sabda Beliau Sallallahu'alaihiwasallam di atas merupakan isyarat bahawa dosa ialah sesuatu yang meresap di dada, berupa kesempitan, kekalutan, stress, dan dada tidak senang kepadanya. Namun demikian, dosa tersebut ditolak manusia, dalam erti kata mereka menolaknya jika mereka melihatnya. Ini adalah tingkatan tertinggi pengetahuan terhadap dosa ketika perkara-perkara samar terjadi. Jadi, dosa ialah sesuatu yang ditolak manusia. Lihat Jami’ul ‘Ulum wal Hikam II/101.


Hal ini selaras seperti perkataan Ibnu Mas'ud Radhiyallahu anhu,


مَا رَآهُ الْـمُؤْمِنُوْنَ حَسَنًا فَهُوَ عِنْدَ اللهِ حَسَنٌ ، وَمَا رَآهُ الْـمُؤْمِنُوْنَ قَبِيْحًا فَهُوَ عِنْدَ اللهِ قَبِيْحٌ


Maksudnya:"Apa saja yang dipandang baik oleh kaum Mukminin, maka itu baik di sisi Allah Azza wa Jalla dan apa saja yang dipandang buruk oleh kaum Mukminin, maka itu buruk di sisi Allah Azza wa Jalla". Ahmad I/379


Dosa memiliki dua tanda:


Pertama: 

Tanda yang berasal dari dalam jiwa, iaitu seseorang merasakan kegelisahan dan kegoncangan di dalam jiwanya serta lari dan membencinya. Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


…وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ فِـيْ نَفْسِكَ …


“…Dosa ialah apa yang membuat bimbang (ragu/tidak tenang) di jiwamu…”


Maknanya: dosa ialah sesuatu yang meresap di dada, berupa kesempitan, kekalutan, stress, dan dada tidak senang dan tidak merasa tenteram kepadanya.


Kedua: 

Tanda yang berasal dari luar jiwa. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


…وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ


“…Dan engkau tidak suka manusia melihatnya.”


Suatu perbuatan yang tidak disukai jika dilihat oleh orang yang megutamakan  tanda dari dosa, dengan syarat bahawa pendorong ketidaksukaannya itu adalah kerana agama, bukan kerana adat kebiasaan.


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang.


Perlakuan dosa adalah sesuatu yang bakal mengundang malapetaka dan kemurkaan Allah Subhanahuwata'ala.

Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah Al-Ankabut ayat 40 mengingatkan kita tentang ancaman ini,


فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ


Maksudnya:"Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.


Al-Quran dengan jelas menyatakan bahawa kita hendaklah melakukan sebanyak mungkin kebaikan kerana ia boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Ini bererti amal kebaikan bakal menyelamatkan kita daripada azab dan seksaan Allah Subhanahuwata'ala. Firman Allah dalam surah Hud ayat 114 :


وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ



Maksudnya:"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.


Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar diampuni dosa kita dan juga mereka yang terdahulu daripada kita.


رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ


Maksudnya: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu". Surah al-Hasyr ayat 10.


Semoga Allah Subhanahuwata'ala menjauhkan kita daripada segala dosa besar mahupun dosa kecil serta mengurniakan petunjuk dan kekuatan dalam melaksankan titah perintah-Nya. آمين.





No comments:

Post a Comment

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah.

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah. Kita seharusnya benar-benar menyedari bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan dua pilihan jala...