Berdoa dalam sujud dan berdoa di dalam hati.
Solat lima waktu hukumnya wajib bagi setiap Muslim yang mukallaf, solat lima waktu juga adalah amalan pertama kali yang akan dihisab.
Nabi Sallalahu'alaihiwasallam telah bersabda,
إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ
Maksudnya: “Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada orang hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka jika baik solatnya maka dia akan berjaya dan menang, dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar) maka dia akan rugi dan menyesal.”
Riwayat al-Tirmizi (413), Ahmad (8017), Abu Daud (864) dan Ibn Majah (1425)
Allah Subhanahuwata'ala telah menyebut di dalam al-Quran tentang kedudukan penghuni neraka yang tidak mengerjakan solat. Firman Allah Subhanahuwata'ala:
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (٤٢) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (٤٣) وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ (٤٤) وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ (٤٥) وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ (٤٦) حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ (٤٧) فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ
Maksudnya: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini. Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu". Surah al-Mudassir ayat 42-48.
Solat adalah waktu terbaik dimana seorang hamba menenangkan diri dan mendekat kepada penciptanya. Solat diakukan kerana kewajipan sebagai seorang Muslim sekaligus sebagai jalan untuk ketenangan jiwa dan untuk memanjatkan doa kepada Allah.
Berdoa dalam sujud ketika solat adalah merupakan perbuatan yang dianjurkan untuk dilaksanakan oleh Muslim disaat melakukan solat.
Hukum berdoa disunatkan dalam semua sujud adalah hadith Yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
أقربُ مَا يَكونُ العبْدُ مِن ربِّهِ وَهَو ساجدٌ، فَأَكثِرُوا الدُّعاءَ
Maksudnya: "Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada berdoa sujud)".Riwayat Muslim dan al-Nasaie.
Nabi Sallallahu'alaihiwasallam juga bersabda.
أَمَّا الرُّكُوْعُ فَعَظَّمُوا فِيْهِ الرَّبَّ وَأَمَّا السُّجُوْدُ فَاجْتَهِدُوا فِى الدُّعَاءِفَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَلَكُمْ
Maksudnya:“Adapun rukuk maka agungkanlah Rabb-mu, sedangkan ketika sujud bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, nescaya segera dikabulkan untuk kalian". Riwayat Muslim.
Dibolehkan untuk memperbanyakkan doa sama ada secara lisan ataupun dalam hati. Terdapat khilaf untuk menggunakan bahasa selain Arab untuk berdoa secara lisan di dalam solat. Yang terpilih ialah hendaklah berdoa menggunakan bahasa Arab secara lisan di dalam solat. Adapun menggunakan bahasa selain bahasa Arab seperti bahasa Melayu contohnya, maka cukuplah di dalam hati.
Perbahasan tentang perbuatan berdoa di dalam hati:
1-Doa yang awal adalah muncul dari lubuk hati.
Berdoa dalam hati ketika sujud diperbolehkan kerana pada dasarnya doa adalah berasal atau berawal muncul dari hati.
Ketika seseorang mengiginkan atau mengharapkan sesuatu yang pada awalnya adalah berupa lintasan yang berada dalam hati dan fikiran kemudian pada saat itu pula disampaikan kepada Allah apa harapannya dari dalam hatinya.
Adapun ucapan lisan adalah sebagai pengikut kepada hati. Siapa yang menjadikan konsentrasinya saat berdoa pada lisan saja, maka akan melemah munajat hatinya. Oleh kerana itu seorang yang berada dalam keadaan genting, berdoa dengan hatinya. Sebuah doa yang membuka pintu kesulitan yang ia alami, yang sebelumnya tidak pernah terdetik dalam fikirannya.
2-Menurut pandangan ulama' bedoa di dalam hati;
Para ulama menyatakan, “Dalam membaca Al-quran seorang itu wajib menggerakkan lidah dan kedua bibirnya. Tanpa melakukan itu maka tidak dianggap sebagai bacaan, namun tetap terhitung sebagai tadabbur atau tafakkur. Oleh kerana itu seseorang yang sedang junub tidak dilarang membaca Al-quran dalam hatinya atau orang yang sedang buang hajat tidak dilarang untuk berzikir dalam hati.
Doa di dalam hati dibolehkan walaupun tanpa pengucapan di lisan, apabila diqiyaskan dengan zikir dalam hati yang mana ianya adalah amalan berpahala.
3-Lintasan hati tidak tercatat sebagai dosa
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُم بِهِ وَلَـٰكِن مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Maksudnya: “Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". Al-Ahzab ayat 5.
Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam pernah bersabda:
إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَكَلَّمْ
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah mengampunkan bagi umatku apa yang diwaswaskan dengannya di dalam hatinya selagimana dia tidak melakukan atau mengatakan (apa yang diwaswaskan)".
Riwayat al-Bukhari (2528)
Dalil di atas menunjukkan bahawa tidak menjadi kesalahan terhadap apa yang terlintas di dalam hati. Justeru itu tidak menjadi kesalahan untuk berdoa dalam hati ketika sujud kerana apa yang berupa pembicaraan hati tidaklah dianggap sebagai perbuatan dosa,ianya hanya berkaitan dengan cara mengungkapkan sesuatu kepada Allah tetapi manfaat doa dalam islam baik dalam hati ataupun lisan sama sama memberikan ketenangan.
4- Doa kepada Allah adalah berdasarkan prasangka hamba-Nya.
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى : أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ في نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً
Maksudnya:"Allah Ta’ala berfirman, ‘Aku tergantung persangkaan hamba kepada-Ku. Aku bersamanya kalau dia mengingat-Ku. Kalau dia mengingat-Ku pada dirinya, maka Aku mengingatnya pada diri-Ku. Kalau dia mengingat-Ku di keramaian, maka Aku akan mengingatnya di keramaian yang lebih baik dari mereka. Kalau dia mendekat sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Kalau dia mendekat kepada diri-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Kalau dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari". Riwayat Bukhari(7405) dan Muslim (2675).
Doa yang diucapan secara batin atau di dalam hati jika ia berkeyakinan Allah maha baik dan akan memberikan yang terbaik terhadap doanya maka itulah yang akan ia dapatkan, ia akan mendapat kebaikan dari Allah berupa dikabulkan doanya atau ditunda dalam waktu yang paling tepat atau bahkan diganti oleh Allah dalam urusan yang jauh lebih baik dari doa yang ia panjatkan kerana keyakinan mulianya itu.
Doa dengan cara apapun,samada dalam hati atau lisan dan dilakukan dalam sujud akan tetapi ia merasa tidak yakin akan kekuasaan Allah dan tidak percaya atau ragu bahawa Allah yang maha baik akan mengabulkan doanya maka itu pula yang akan diterima olehnya.
Intipatinya adalah semua doa itu baik, samada diucapkan secara lisan ataupun berupa pengharapan di dalam hati, namun yang terpentingnya ialah doa tersebut diyakini akan dikabulkan oleh Allah Subhanahuwata'ala.
Allah Subhanahuwata'ala menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
uhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. Al-Ghafir ayat 60
Imam Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya mengatakan bahawa pada ayat ini adalah dalil bahawa Allah Subhanahuwata'ala menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf di antara orang islam. [Lihat: Tafsir Ibn ‘Asyur, 183/24]
Daripada Abi Said al-Khudri RA, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا
Maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandung dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahmi, melainkan Allah Subhanahuwata'ala akan mengabulkannya dengan tiga cara: Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin, Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, dan Allah akan menjauhkan darinya kejelekan”. Riwayat Ahmad (11133)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah baik].
Sebagaimana diketahui bahawa berdoa boleh dilakukan dengan cara bagaimanapun asalkan tidak berlebihan, tidak mengganggu orang lain atau orang di sekitarnya, serta tidak disertai dengan berandai-andai seperti memohon sesuatu terlalu mendalam dan menganggap kehidupan tidak bererti jika doa yang dipanjatkan tersebut tidak tercapai sebab yang berhak untuk mengabulkan atau menunda doa hanyalah pada kekuasaan Allah semata sehingga Allah mengetahui yang terbaik.
No comments:
Post a Comment