Friday, July 8, 2022

Ihsan; Beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.

Ihsan; Beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. 

Maqam Ihsan adalah satu tingkatan hubungan yang tinggi dan paling akrab dengan Allah Subhanahuwata’ala. Iaitu apabila seseorang hamba itu beribadah kepada Allah  Subhanahuwata’ala dengan ikhlas, mengikut syara’ dan bersungguh-sungguh seolah-olah dia melihat Allah Subhanahuwata’ala.


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Umar bin Khattob yang menceritakan tentang kedatangan Jibril menemui Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam yang disaat itu sedang berkumpul bersama para sahabatnya. Diantara yang ditanyakan oleh Jibril kepada Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam adalah tentang makna ihsan lalu Beliau Sallallahu'alaihiwasallam menjawab, 


….قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ. قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك.……


Maksudnya:".....Lelaki itu berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu….". Riwayat Muslim


Antara tanggungjawab utama setiap Muslim agar selamat dunia dan akhirat, bukan sahaja wajib melaksanakan Rukun lslam yang lima iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan haji sekiranya mampu..


Juga bukan sahaja wajib meyakini Rukun lman yang enam iaitu beriman kepada Allah Subhanahuwata'ala, Malaikat-Nya, kitab-Nya, ‎Rasul-Nya, hari kiamat dan qadar baik serta buruk


Akan tetapi tanggungjawab utama setiap Muslim juga adalah mesti mencapai maqam 'ihsan' iaitu dia menyembah‏ ‏Allah seolah-olah melihat-Nya dan sekiranya dia tidak dapat ‎melihat-Nya, maka dia perlu merasai bahawa Allah sentiasa melihatnya.


Islam, iman dan ihsan adalah kesempurnaan agama bagi setiap Muslim yang sudah baligh dan berakal.‎ Demikian sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadith yang masyhur tentang pertanyaan Jibril AS kepada baginda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam mengenainya. 


عَنْ عُمَرَ أَيْضًا قَالَ: ” بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ ذَاتَ يَوْمٍ، إذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ. حَتَّى جَلَسَ إلَى النَّبِيِّ . فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخْذَيْهِ، وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنْ الْإِسْلَامِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إنْ اسْتَطَعْت إلَيْهِ سَبِيلًا. قَالَ: صَدَقْت . فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ! قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِيمَانِ. قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاَللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ: صَدَقْت. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ. قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ السَّاعَةِ. قَالَ: مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا؟ قَالَ: أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ. ثُمَّ انْطَلَقَ، فَلَبِثْنَا مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنْ السَّائِلُ؟. قَلَتْ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ “. (رواه مسلم


Maksudnya:"Daripada Sayyidina Umar Radhiallahu’anhu, katanya: Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu dia duduk bersama Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua peha Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, lalu ia berkata: Ya Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam?Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Islam itu ialah kamu bersaksi (bersyahadah) bahawa tiada ilah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasul Allah, dan hendaklah kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah jika kamu mampu mengerjakannya.


Lelaki itu berkata: Benar katamu.

(Berkata Umar Radhiallahu’anhu : Kami merasa hairan kepada tingkah laku lelaki itu, dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya)


Lelaki itu berkata lagi: Khabarkanlah kepada ku tentang iman?


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjawab: Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk.

Lelaki itu berkata: Benar katamu!


Lelaki itu berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu.


Lelaki itu berkata lagi:  Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?.


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjawab: Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.


Lelaki itu berkata lagi:  Khabarkan kepadaku tentang tanda-tandanya?


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya, apabila engkau melihat orang tidak berkasut, tidak berpakaian, pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.


Kemudian beredar keluar lelaki itu daripada majlis tersebut.


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Tahukan anda wahai Umar siapakah orang yang menyoal  tadi?


Aku (Umar) menjawab : Allah dan Rasul-Nya jua lebih mengetahui.


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Itulah Jibril yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran tentang din kamu". Riwayat Muslim. 


Meskipun ramai yang dapat memberi perhatian terhadap Rukun lslam dan Rukun lman, namun realiti semasa dunia pada hari ini seolah-olah menunjukkan ramai yang tidak memberi perhatian terhadap pencapaian maqam ihsan.


Jelas difahami dari hadith riwayat Sayyidina Umar al-Khattab bahawa terdapat dua peringkat bagi maqam ihsan iaitu:


قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ. قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك.……


Maksudnya:".....Lelaki itu berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu….". Riwayat Muslim


Hadith ini memberi pengertian bahawa; Sama ada 'kamu menyembah‏ ‏Allah seolah-olah kamu melihat-Nya (maqam musyahadah)  sebagai peringkat yang tertinggi dan sekiranya kamu tidak dapat ‎melihat-Nya maka sesungguhnya‏ ‏Dia melihatmu (maqam muraqabah) sebagai peringkat yang kedua di bawahnya. Tiada peringkat ketiga. Maka, sudah tentu cukup malang bagi orang yang tidak mencapai salah satu pun daripada dua peringkat itu.


Meskipun peringkat tertinggi lebih dahulu disebut dalam hadith, namun bagi mencapai maqam ihsan mestilah dimulai dengan peringkat kedua di bawahnya sebagai permulaan. Seseorang itu mesti berasakan bahawa dia sentiasa diperhatikan oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam setiap gerak-geri dan tingkah lakunya. Dia wajib meyakini tiada tempat di dunia ini yang dia boleh lari bersembunyi daripada pengetahuan Allah Subhanahuwata'ala.


Bagi memperoleh keyakinan maqam ihsan yang berterusan sudah tentu memerlukan kepada proses penyucian jiwa (tazkiyat an-nafs) yang berterusan juga. Ini kerana selagi hidup, manusia tidak boleh lari daripada godaan hawa nafsu dan hasutan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkannya sampailah dia meninggal dunia.


Penghasilan maqam ihsan dalam diri perlu dititikberatkan agar sinaran ihsan dapat  memimpin diri untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala. 


Namunpun begitu penghasilan maqam ihsan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Dimulai dengan penghasilan maqam ihsan peringkat kedua, kerana ianya lebih mudah untuk diusahakan dan diperoleh berbanding dengan peringkat ‎pertama. Sebagaimana sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, 


فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك


Maksudnya:"Sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu


Maka, sekurang-kurangnya peringkat inilah yang mesti dicapai oleh setiap Muslim.


Kemudian barulah diteruskan usaha  penghasilan maqam Ihsan peringkat pertama, kerana maqam ihsan  peringkat pertama tentunya peringkat yang agak sukar untuk dicapai oleh ‎semua orang. Sebagaimana sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, 


أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ، 


Maksudnya:"Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. 


Perincian tentang perbahasan peringkat maqam ihsan ini menghasilkan satu disiplin ilmu yang disebut 'ilmu tasawuf.


Tasawwuf berpegang kepada roh agama dan permata aqidah. Tasawwuf mengamalkan konsep kejernihan dan kesucian hati dari sebarang kekotoran serta menggalakkan individu menghiasi diri dengan perhiasan akhlak yang mulia dan mujahadah melawan nafsu.


Sebagaimana ahli tasawwuf meyakini seseorang manusia tidak akan dapat keluar dari penjara kebendaan, melainkan dengan kembali kepada kejernihan hati, kemantapan rohani dan nilai-nilai positif lain. 


Ihsan di dalam hadith inilah yang  perhatian dan diterjemahkan secara praktikal oleh golongan tasawwuf.  Ini kerana tasawwuf menghidupkan semangat muhasabah diri di dalam jiwa setiap manusia sehinggalah mereka dapat beramal dengan ikhlas kerana Allah.Semangat muhasabah diri ini difahami daripada ayat al-Quran berikut


إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ


Maksudnya:"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan(orang yang berusaha memperbaiki amalannya). Al-Nahl ayat 128)


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا


Maksudnya:"Sesunggunya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan yang baik(orang yang berusaha memperbaiki amalannya). Al-Kahfi ayat 30.


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا


Maksudnya:"Sesunggunya mereka yang beriman dan beramal soleh(sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya) , tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan yang baik". Al-Baqarah 112


 وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ ۗ وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ


Maksudnya:"Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah(dengan ikhlas), sedang dia orang yang berbuat kebaikan(berusaha berbuat kebaikan), maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan". Luqman ayat 22.


Dari sini, dapat difahami bahawa Ihsan mengandungi dua maqam; iaitu maqam muraqabah dan maqam musyahadah.  Di dalam hadith di atas, maqam musyahadah (kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, maka Allah memandang kamu).  Ini menunjukkan ketinggian dan kemuliaan maqam musyahadah melebihi maqam muraqabah.


Posisi Maqam Musyahadah (menyaksikan); iaitu seorang hamba yang beramal sebagai tuntutan kerana dirinya menyaksikan Allah dengan hatinya dikeranakan hatinya telah diterangi oleh cahaya keimanan, mata hatinya menembus pengetahuan sehingga menjadikan sesuatu yang ghaib seakan-akan terlihat, inilah hakikat ihsan yang diisyaratkan didalam hadith Jibril diatas.


Melihat dengan hatinya yang dipenuhi dengan cahaya keimanan kepada Allah Subhanahuwata'ala bukan dengan matanya dan bukan pula membayangkan zat Allah Subhanahuwata'ala dengan akal fikirannya yang serba terbatas untuk  mencapainya. Kerana dilarang bagi seorang hamba yang menghabiskan waktunya untuk merenungi atau memikirkan zat Allah Subhanahuwata'ala akan tetapi diperintahkan baginya untuk merenungi berbagai ciptaan-Nya yang ada di sekitarnya dikeranakan keterbatasan yang ada pada dirinya, sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala :


لاَّ تُدْرِكُهُ الأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ


Maksudnya : “Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah yang Maha Halus lagi Maha mengetahui". Al An’am ayat 103.


No comments:

Post a Comment

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya. Profesion sebagai seorang guru adalah ...