Friday, December 31, 2021

Lima wasiat Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam agar kita terselamat dari fitnah Dajjal.

Lima wasiat Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam agar kita terselamat dari fitnah Dajjal. 


Keluarnya Dajjal merupakan di antara tanda datangnya kiamat. Fitnah (ujian) yang ditimbulkan oleh Dajjal adalah seberat-berat ujian yang akan dihadapi oleh manusia. 


Dajal dikenali sebagai pembawa fitnah yang sangat besar. Sehinggakan orang yang beriman boleh bertukar keimanannya setelah melihat beberapa fitnah yang ditimbulkan. Fitnah Dajjal yang sangat hebat ini mampu menggugat keimanan kepada Allah Subhanahuwata'ala dan kepercayaan kepada-Nya.


Disebutkan dalam sebuah hadith, 


رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنْ الدَّجَّالِ


Maksudnya:"Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidak ada wujud manusia sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang lebih besar dari (fitnah/ujian) Dajjal". Riwayat Muslim(5239).


Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam berdiri di hadapan manusia lalu memuji Allah kerana hanya Dia-lah satu-satunya yang berhak atas pujian kemudian beliau menceritakan Dajjal. Beliau bersabda,


وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النَّاسِ فَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ثُمَّ ذَكَرَ الدَّجَّالَ فَقَالَ إِنِّي لَأُنْذِرُكُمُوهُ وَمَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ لَقَدْ أَنْذَرَ نُوحٌ قَوْمَهُ وَلَكِنِّي أَقُولُ لَكُمْ فِيهِ قَوْلًا لَمْ يَقُلْهُ نَبِيٌّ لِقَوْمِهِ تَعْلَمُونَ أَنَّهُ أَعْوَرُ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ


Maksudnya:"Berkata Ibnu 'Umar radhiallahu'anhuma; Rasulullah ﷺ berdiri di hadapan manusia lalu memuji Allah karena memang Dialah satu-satunya yang berhak atas pujian kemudian beliau menceritakan Dajjal, sabda beliau, "Aku akan menceritakannya kepada kalman dan tidak ada seorang Nabi pun melainkan telah menceritakan tentang ad-Dajjal kepada kaumnya. Sungguh Nabi Nuh 'alaihissalam telah mengingatkan kaumnya akan tetapi aku katakan kepada kalian tentangnya yang tidak pernah dikatakan oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya, yaitu Dajjal itu buta sebelah matanya sedang bahwa Allah tidaklah buta". Riwayat Bukhari(3089).


Lima wasiat Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam agar kita terselamat dari fitnah Dajjal.


Pertama: Menjauhkan diri dari keberadaan Dajjal.


Di saat Dajjal keluar, jangan sesekali cuba mendekatinya. Meskipun kita memandang ilmu dan iman kita sudah cukup kuat. Ini kerana syubhat yang dimunculkan oleh Dajjal adalah sangat berbisa dan teruji akan menggoncangkan keimanan.


Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ يُحَدِّثُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمَّا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ أَوْ لِمَا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ هَكَذَا قَالَ



MKsudnya:"Imran bin Hushain menceritakan, ia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Siapa yang mendengar (kedatangan) Dajjal hendaklah menjauhinya. Demi Allah, seorang laki-laki benar-benar akan mendatangi Dajjal dan mengira bahawa ia adalah seorang mukmin, lalu ia akan mengikuti setiap syubhat yang ditebarkannya." Demikian beliau mengatakannya". Ahmad (29029).


Dalam hadith yang lain, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam menerangkan,


أُمُّ شَرِيكٍ أَنَّهَا سَمِعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَيَفِرَّنَّ النَّاسُ مِنْ الدَّجَّالِ فِي الْجِبَالِ قَالَتْ أُمُّ شَرِيكٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَيْنَ الْعَرَبُ يَوْمَئِذٍ قَالَ هُمْ قَلِيلٌ


Maksudnya:"Ummu Syarik bahawa ia mendengar Nabi ﷺ bersabda, "Manusia akan lari dari Dajjal ke gunung." Ummu Syarik bertanya: Wahai Rasulullah, lalu dimana bangsa Arab saat itu? Beliau menjawab, "Mereka sedikit". Muslim(5238)



Kedua: Kenali Dajjal.


Bila keadaan memaksa berhadapan dengan Dajjal, maka kenalilah ciri-cirinya. Nabi Sallallahua’alaihiwasallam telah mengkhabarkan tentang ciri-ciri Dajjal dalam sabda-sabda Beliau. 


Kelak Dajjal akan mengistiharkan dirinya sebagai Tuhan. Melalui kelebihan-kelebihan luar biasa yang ada pada dirinya, dia akan memaksa manusia menjadi penyembahnya. Diantara kemampuannya, dia mampu memerintahkan langit untuk menurunkan hujan dan pula mampu menghentikan hujan, seakan hujan berada dalam kendalinya. Dia juga mampu menggerakkan awan, mengeluarkan harta-harta yang tersimpan di perut bumi dan kemampuan luarbiasa lainnya. Ramai orang yang terpedaya dengan kelebihannya ini, sehingga ada yang mempercayainya sebagai Tuhan.


Namun ingat…!!


Allah yang maha mulia tidaklah buta sebelah mata. Allah tuhan yang sebenarnya tidaklah memerlukan makan minum. Allah maha sempurna dengan terkumpul segala sifat yang kesempurnaan pada Zat-Nya, kedudukan dan perbuatan-Nya. Sementara Dajjal, matanya buta sebelah, dia manusia biasa seperti layaknya manusia, perlukan makan,minum, buang hajat, tidur dan  sebagainya. Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda,


قَتَادَةُ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا بَعَثَ اللَّهُ مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا أَنْذَرَ قَوْمَهُ الْأَعْوَرَ الْكَذَّابَ إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ


Maksudnya:"Qatadah berkata, aku mendengar Anas radhiallahu'anhu dari Nabi ﷺ, "Tidaklah Allah mengutus seorang nabi pun melainkan telah mengingatkan kaumnya terhadap si buta sebelah dan si pendusta, ingatlah bahawa Dajjal adalah buta sebelah, sedang Rabb kalian tidak buta sebelah, tertulis diantara kedua matanya  كَافِرٌ (Kafir)". Bukhari (6859).


Dalam riwayat lain diterangkan, bahawa tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang beriman, baik dia boleh membaca mahupun tidak boleh membaca, atau tidak mengerti tulisan arab sekalipun.


Dalam hadith Ibnu Umar diterangkan, sebelah mata yang buta itu seperti anggur yang menonjol keluar,


كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ طَافِيَةٌ


Maksudnya:"Matanya yang buta itu bagaikan anggur yang menonjol". Ahmad(5797)


Model rambutnya keriting. Nabi menerangkan,


جَعْدٍ قَطَطٍ أَعْوَرِ الْعَيْنِ الْيُمْنَى كَأَنَّهَا عِنَبَةٌ طَافِيَةٌ فَسَأَلْتُ مَنْ هَذَا فَقِيلَ هَذَا الْمَسِيحُ الدَّجَّالُ.


Maksudnya:"....Berambut keriting, mata kanannya buta seperti buah anggur yang masak ranum (maksudnya matanya keluar). Lalu aku bertanya, 'Siapa pula lelaki ini? ' Ada yang menjawab, 'Dia adalah al-Masih Dajjal' Muslim(246).


Dan tidak mungkin Allah Tuhan yang sebenanrnya, dapat dilihat di dunia.


لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ ۖ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ


Maksudnya:"Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dia-lah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.. (QS. Al-An’am : 103)


Ketiga: Hafalkan sepuluh ayat pertama surat Al-Kahfi.


Ingatlah pesanan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam jika memang ditakdirkan umur bertemu dengan masa munculnya Dajjal. Bacalah 10 ayat awal surat Al-Kahfi. 


ٍ فَمَنْ أَدْرَكَهُ مِنْكُمْ فَلْيَقْرَأْ عَلَيْهِ فَوَاتِحَ سُورَةِ الْكَهْفِ فَإِنَّهَا جِوَارُكُمْ مِنْ فِتْنَتِهِ


Maksudnya:"....Barangsiapa dari kalian berjumpa dengannya, hendaklah ia bacakan awal surah Al-Kahfi, sebab itu akan melindungi kalian dari fitnahnya...". Abu Daud(3764)


Hadith riwayat Abu Darda’ radhiyallahu’anhu Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menjelaskan,


ِ عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنْ الدَّجَّالِ



Maksudnya:"Abu Darda` bahawa Nabi ﷺ bersabda, "Siapa yang menghafal sepuluh ayat dari awal surah Al-Kahfi, maka ia akan terpelihara dari (kejahatan) Dajjall". Muslim(1342)


Keempat: Rutinkan membaca doa ini setelah selesai tasyahhud akhir, sebelum salam.


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menganjurkan agar membaca  doa berlindunglah dengan Allah daripada empat perkara selepas bacaan tahiyat akhir, 


أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنْ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Abu Hurairah berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Apabila kalian selesai dari tasyahud akhir, hendaklah memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara, yaitu; dari siksa neraka jahanam, dari siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta dari kejahatan Dajjal." Abu Daud (833)


اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-Dajjal”. Muslim (588)


Dalam doa ini, terdapat empat perkara yang diminta iaitu dijauhkan daripada azab neraka Jahanam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.


Ini menunjukkan kejahatan fitnah Dajjal dapat dielakkan dengan cara berdoa kepada Allah dan memohon kepada-Nya.


Kelima: Masuklah ke salah satu dua tanah suci, Makkah atau Madinah.


Kerana Dajjal tak akan mampu memasuki dua kota yang mulia ini.


Sahabat Anas bin Malik radhiyallahu’anhu menyampaikan hadis dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,


أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ


Maksudnya:"Anas bin Malik radhiallahu'anhu dari Nabi ﷺ bersabda, "Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah, kerana tidak ada satu pintu masukpun dari pintu-pintu gerbangnya kecuali ada para malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali sehingga Allah mengeluarkan orang-orang kafir dan munafik daripadanya". Bukhari(1748)




No comments:

Post a Comment

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah.

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah. Kita seharusnya benar-benar menyedari bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan dua pilihan jala...