Wednesday, December 29, 2021

Dajjal seberat-berat Fitnah(Ujian)

Dajjal seberat-berat Fitnah(Ujian) 


Berlari dan menjauhi dajjal adalah perkara yang perlu dimulakan dari sekarang dan bukan menunggu dajjal keluar terlebih dahulu. Apabila dajjal muncul, setiap Muslim mesti menjauhinya kerana pelbagai kesamaran dan kejadian luar biasa yang dikurniakan Allah Subhanahuwata'ala kepadanya menyebabkan ramai manusia akan mengikutinya. Maka kita perlu sentiasa memohon perlindungan Allah semoga dilindungi daripada fitnah dajjal.


عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ مِنْهُ ثَلَاثًا يَقُولُهَا فَإِنَّ الرَّجُلَ يَأْتِيهِ يَتَّبِعُهُ وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ صَادِقٌ بِمَا يُبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ


Maksudnya:"Dari 'Imran bin Hushain ia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa mendengar berita tentang Dajjal, maka menjauhlah darinya!." -beliau mengulanginya hingga tiga kali-, kerana orang yang mendatanginya, nescaya ia akan mengikutinya kerana menyangkanya sebagai orang yang benar dengan syubhat (kesamaran) yang Dajjal bawa". 

Ahmad (19118)


Keluarnya Dajjal merupakan di antara tanda datangnya kiamat. Fitnah (ujian) yang ditimbulkan oleh Dajjal adalah seberat-berat ujian yang akan dihadapi oleh manusia. Disebutkan dalam sebuah hadith, 


رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنْ الدَّجَّالِ


Maksudnya:"Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidak ada wujud manusia sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang lebih besar dari (fitnah/ujian) Dajjal". Riwayat Muslim(5239).


Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam berdiri di hadapan manusia lalu memuji Allah kerana hanya Dia-lah satu-satunya yang berhak atas pujian kemudian beliau menceritakan Dajjal. Beliau bersabda,


وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النَّاسِ فَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ثُمَّ ذَكَرَ الدَّجَّالَ فَقَالَ إِنِّي لَأُنْذِرُكُمُوهُ وَمَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ لَقَدْ أَنْذَرَ نُوحٌ قَوْمَهُ وَلَكِنِّي أَقُولُ لَكُمْ فِيهِ قَوْلًا لَمْ يَقُلْهُ نَبِيٌّ لِقَوْمِهِ تَعْلَمُونَ أَنَّهُ أَعْوَرُ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ


Maksudnya:"Berkata Ibnu 'Umar radhiallahu'anhuma; Rasulullah ﷺ berdiri di hadapan manusia lalu memuji Allah karena memang Dialah satu-satunya yang berhak atas pujian kemudian beliau menceritakan Dajjal, sabda beliau, "Aku akan menceritakannya kepada kalman dan tidak ada seorang Nabi pun melainkan telah menceritakan tentang ad-Dajjal kepada kaumnya. Sungguh Nabi Nuh 'alaihissalam telah mengingatkan kaumnya akan tetapi aku katakan kepada kalian tentangnya yang tidak pernah dikatakan oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya, yaitu Dajjal itu buta sebelah matanya sedang bahwa Allah tidaklah buta". Riwayat Bukhari(3089).


Dajal dikenali sebagai pembawa fitnah yang sangat besar. Sehinggakan orang yang beriman boleh bertukar keimanannya setelah melihat beberapa fitnah yang ditimbulkan. Fitnah Dajjal yang sangat hebat ini mampu menggugat keimanan kepada Allah Subhanahuwata'ala dan kepercayaan kepada-Nya.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah, dia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, " Jika salah seorang diantara kalian tasyahud, hendaklah meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara dan berdoa "

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

(Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu dari siksa jahanam dan siksa kubur, dan fitnah kehidupan dan kematian, serta keburukan fitnah Masihid Dajjal)". Riwayat Muslim(588)


ِ عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنْ الدَّجَّالِ


Maksudnya:"Dari Abu Darda` bahwa Nabi ﷺ bersabda, "Siapa yang menghafal sepuluh ayat dari awal surah Al-Kahfi, maka ia akan terpelihara dari (kejahatan) Dajjall". Muslim(1342)


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ آخِرِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ قَالَ حَجَّاجٌ مَنْ قَرَأَ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ سُورَةِ الْكَهْفِ


Maksudnya:"Dari Abu Darda' dari Nabi ﷺ, bahwa beliau bersabda, "Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal." Hajjaj menyebutkan, "Barangsiapa membaca sepuluh terakhir dari surah Al-Kahfi". Ahmad (26244)


Imam Nawawi menjelaskan bahawa pada ayat permulaan surah al-Kahfi menceritakan keajaiban dan tanda kebesaran-Nya maka sesiapa yang mengtadabburinya (membaca serta memahami maknanya) tidak akan terkena fitnah dajal dan begitu juga di akhirnya (akhir surah al-Kahfi).


Dalam hadith lain, baginda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ آخِرِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ


Maksudnya;"Dari Abu Darda' dari Nabi ﷺ, bahwa beliau bersabda, "Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal". Ahmad(26244)


Sepuluh ayat terawal surah al-Kahfi memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran. Sepuluh 10 ayat terakhir surah al-Kahfi pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur. Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah Subhanahuwata'ala daripada fitnah dajjal.


أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا


Maksudnya:"Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka Jahannam tempat tinggal bagi orang-orang kafir. Al-Kahfi ayat 102


Rasulullah berwasiat  agar umatnya berlindung dengan Allah daripada fitnah dajjal disebabkan manusia akhir zaman mendapat ujian keimanan yang begitu berat. Tambahan pula pada akhir zaman ini penentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ


Maksudnya:"Dari Anas bin Malik berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Akan datang kepada manusia suatu masa yang ketika itu orang yang sabar di atas agamanya seperti menggenggam bara api". Tirmizi(2186)


Hadith ini menggambarkan akan perihal dan keadaan manusia pada akhir zaman yang penuh dengan cabaran serta ujian bagi orang yang ingin berpegang dengan agama. Pada waktu itu, umat Islam perlulah menjaga agama mereka dan pada masa yang sama perlu meninggalkan nikmat dunia yang sementara ini. Tambahan pula, persekitaran dan suasana pada waktu itu tidak membantu seseorang untuk menunaikan segala kewajipan serta tuntutan agama, bahkan apa yang ada di sekelilingnya lebih mendorong untuk melakukan maksiat dan perkara yang boleh meruntuhkan keimanan seseorang. Disebabkan itu, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam mengumpamakan orang yang hidup pada zaman itu seperti seorang yang memegang bara api dalam melaksanakan tuntutan agama.


Selain itu, umat akhir zaman perlu sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahuwata'ala dan memperbanyakkan zikrullah agar diselamatkan daripada fitnah.


Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menganjurkan agar membaca  doa berlindunglah dengan Allah daripada empat perkara selepas bacaan tahiyat akhir, 


أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنْ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Abu Hurairah berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Apabila kalian selesai dari tasyahud akhir, hendaklah memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara, yaitu; dari siksa neraka jahanam, dari siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta dari kejahatan Dajjal." Abu Daud (833)


Dalam doa ini, terdapat empat perkara yang diminta iaitu dijauhkan daripada azab neraka Jahanam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.


Ini menunjukkan kejahatan fitnah Dajjal dapat dielakkan dengan cara berdoa kepada Allah dan memohon kepada-Nya.


Hari ini kita berada di akhir zaman yang mana manusia sudah mula jauh daripada ajaran al-Quran dan sunah. Justeru itu, menjadi tanggungjawab semua untuk sentiasa mempersiapkan diri daripda tidak terjerumus ke dalam fitnah yang boleh meruntuhkan tahap keimanan.





No comments:

Post a Comment

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah.

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah. Kita seharusnya benar-benar menyedari bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan dua pilihan jala...