Thursday, October 14, 2021

Penyakit umat akhir zaman : Cinta Dunia dan Takut Mati serta ciri-ciri mereka.

Penyakit umat akhir zaman : Cinta Dunia dan Takut Mati serta ciri-ciri mereka.

Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam telah mengkhabarkan tentang sebuah peristiwa yang akan menimpa umat Muslim. Peristiwa itu berkaitan dengan populasi Muslim yang banyak namun kewibawaannya hilang disebabkan dalam hati umat Muslim banyak yang mengalami Wahn (الْوَهْنُ) yakni cinta dunia dan takut atau benci akan kematian. 


Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, 


عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ 



Maksudnya:"Tsauban ia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Hampir-hampir bangsa-bangsa memperebutkan kalian (umat Islam), layaknya memperebutkan makanan yang berada di mangkuk." Seorang laki-laki berkata, "Apakah kami waktu itu berjumlah sedikit?" beliau menjawab, "Bahkan jumlah kalian pada waktu itu sangat banyak, namun kalian seperti buih di genangan air. Sungguh Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kalian, dan akan menanamkan ke dalam hati kalian Al wahn." Seseorang lalu berkata, "Wahai Rasulullah, apa itu Al wahn?" beliau menjawab, "Cinta dunia dan takut mati."

Riwayat Abu Daud  (4297) dan Ahmad (21363).


Hadith di atas menyatakan bahawa akan berlakunya keadaan ini apabila umat akhir zaman ini menghidap dua penyakit yang amat kronik iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Cinta dunia dan takut mati merupakan adalah dua penyakit sebagai tanda-tanda akhir zaman makin dekat.


Dari hadith di atas dapat dipelajari bahawa kelak akan datang suatu masa ketika bangsa-bangsa di dunia bersekutu dan memusuhi umat Islam. Para musuh Islam itu akan merompok semua kekayaan yang menjadi hak umat Muslim untuk dibahagikan dikalangan mereka. Bahkan  melalui hadith di atas diketahui meskipun keberadaan umat Muslim dalam jumlah yang ramai namun umat Muslim tidak memiliki kekuatan untuk berhadapan dengan bangsa-bangsa yang bersekutu memusuhi Islam.  


Ini kerana ketika  semua terjadi, umat Muslim bukan lagi satu umat yang memiliki akar yang kuat laksana pohon yang kokoh, melainkan menjadi seumpama buih dan kotoran yang diumbang-ambingkan oleh ombak. Ketika perselisihan ideologi dan emosional telah merobek-robek umat Muslim hingga menjadi kelompok-kelompok kecil, maka yang muncul kemudian adalah kemakmuran materi yang disuapkan oleh musuh-musuh umat Islam dan persekutuan mereka untuk melawan, mengalahkan dan menjajah umat Islam. 


Kebanyakan umat Muslim ketika saat ini telah menjadi orang-orang yang sangat takut mati dan begitu sangat mencintai dunia sehingga ketergantungan terhadap kehidupan dunia jauh lebih besar dibandingkan mereka yang tidak menyukai Islam. Musuh-musuh umat Islam telah mengetahui kelemahan umat Islam ini sehingga mereka dengan leluasa berhasil mengekploitasikan umat Islam habis-habisnya. 


Wahn(الْوَهْنُ) dalam bahasa arab bermaksud lemah. Tapi bila kita merujuk kepada hadith di atas, kita boleh mengertikan bahawa penyakit wahn adalah terlalu cinta dunia dan terlalu takut mati. Jadi boleh kita ertikan bahawa penyakit wahn adalah terlalu cinta dunia dan terlalu takut mati hingga membuat seseorang menjadi lemah. Lemah iman, lemah untuk berjihad di jalan Allah (Dalam berdakwah) dan lemah untuk amal ma’ruf serta nahi munkar.


Cinta dunia bukan bererti seorang hamba tidak boleh kaya. Bahkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Kita boleh irihati kepada orang kaya yang suka berinfaq. Sebagaimana yang difahami dari sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسُدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَتْلُوهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ فَهُوَ يَقُولُ لَوْ أُوتِيتُ مِثْلَ مَا أُوتِيَ هَذَا لَفَعَلْتُ كَمَا يَفْعَلُ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَهُوَ يُنْفِقُهُ فِي حَقِّهِ فَيَقُولُ لَوْ أُوتِيتُ مِثْلَ مَا أُوتِيَ عَمِلْتُ فِيهِ مِثْلَ مَا يَعْمَلُ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidak boleh iri kecuali dalam dua hal; seseorang yang Allah beri Al-Qur'an, kemudian ia membacanya sepanjang siang dan malam. Lalu orang yang iri itu berkata 'Kalaulah aku diberi kepandaian seperti orang itu, nescaya kulakukan sepertinya.' Dan seseorang yang diberi harta, lantas dia membelanjakannya dalam haknya. Lalu orang yang iri itu berkata, 'Kalaulah aku diberi harta si fulan, nescaya kulakukan seperti yang dilakukannya". Riwayat Bukhari (6974)


Itu menandakan bahawa sebagai muslim kita boleh “cinta dunia”, akan tetapi mempunyai tujuan untuk lebih bermanfaat bagi orang lain dan dengan “cinta dunia” juga tidak melalaikan kita dari  menghambakan diri kepada Allah. Sebagaimana yang difahami dari firman Allah Subhanahuwata'ala, 


 وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ


Maksudnya:"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan". Surah Al-Qashash ayat 77.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi. Surah Al-Munafiqun ayat 9.


Takut mati disini pula boleh diertikan bahawa takut mati yang kerananya akan meninggalkan harta yang telah dikumpulkan semasa hidup dan takut  tidak boleh merasakannya lagi. 

Dan tidak takut mati pula adalah bukan bermaksud dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang semborono atau sewenang-wenangnya tanpa memperhitungkan baik buruk dalam mengharungi kehidupan di dunia ini.


Bukankah fenomena ini yang sekarang banyak kita ketemukan? Umat Islam dengan jumlah besar namun kehilangan ‘kewibawaan’ seumpama harimau tanpa gigi atau tanpa taring. Hal ini disebabkan umat Islam ramai yang tertimpa dua penyakit berbahaya itu , yakni cinta dunia dan takut mati.


Bagaimanakah ciri-ciri cinta dunia dan takut mati yang boleh terlihat di dalam diri seseorang? Apakah kita termasuk orang yang terjangkiti penyakit berbahaya ini? نعوذ بالله من ذلك 


Berikut ini adalah beberapa ciri pecinta dunia, semoga kita terjauh darinya:


1-Selalu bermalas-malasan dan lalai dalam beribadah


Jika masih sempat solat di hujung waktu, mengapa harus sibuk solat di awal waktu? Para pecinta dunia tidak akan merasa rugi jika melalaikan ibadahnya, justeru itu pula mereka akan merasa rugi jika ibadah akan menghambat pekerjaan dan kenikmatan dunia yang mereka rasakan.


Sedang seronok bekerja ,sedang seronok bercengkrarama dengan anak dan keluarga, mengapa perlu dihentikan hanya kerana mendengar seruan untuk solat? Allah Maha Tahu kita  sedang dalam keadaan  darurat. Semacam itulah yang difikirkannya. Padahal jelas bahawa Allah senantiasa mengingatkan kita agar tidak lalai mengingat-Nya:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi. Surah Al-Munafiqun ayat 9.


2-Menunda-nunda taubat


Ciri pecinta dunia selanjutnya adalah ketika melakukan dosa, dan ia menyedari bahawa itu adalah dosa, akan tetapi hatinya tidak pernah tergerak untuk merasa menyesal, serta tidak ada terlintas di hatinya untuk menghentikan perbuatan dosa tersebut.


Para pecinta dunia biasa beranggapan bahawa hidupnya masih lama, bahawa kiamat itu tidak nyata, dan hidup setelah mati hanyalah keyakinan bodoh semata. Padahal, Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa dunia dan isinya itu terlaknat:


أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَلَا إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالَاهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ.“ 


Maksudnya:"Abu Hurairah berkata, aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, " Ketahuilah sesungguhnya dunia itu terlaknat dan segala isinya pun juga terlaknat, kecuali zikir kepada Allah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang alim atau orang yang belajar." Abu Isa berkata, Hadith ini hasan gharib.

Riwayat Tirmidzi(2244)


3-Tujuan hidup adalah kesenangan dunia


Visi hidup para pecinta dunia adalah kesenangan dunia semata, baik berupa harta, jabatan, wanita, mahupun populariti. Inilah yang mereka kejar, tak peduli jika harus melakukan hal-hal yang melanggar ajaran Agama, atau melanggar norma kemanusiaan sekalipun.


اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Maksudnya:"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Surah Al-Hadiid ayat 20.


4-Berani mengorbankan agama dan keimanan demi kenikmatan dunia


Para pecinta dunia berani menggadaikan agama dan keimanannya untuk ditukar dengan kenikmatan semu(tidak sebenar).


Umpama kata mereka hanya sekadar membuka aurat, meminum khamr, berkhalwat dengan lawan jenis, seperti bukan hal yang sulit untuk dilakukan demi memperlancarkan pekerjaan. 


مَن كَانَ یُرِیدُ ٱلۡحَیَوٰةَ ٱلدُّنۡیَا وَزِینَتَهَا نُوَفِّ إِلَیۡهِمۡ أَعۡمَـٰلَهُمۡ فِیهَا وَهُمۡ فِیهَا لَا یُبۡخَسُونَ (15) أُو۟لَـٰۤىِٕكَ ٱلَّذِینَ لَیۡسَ لَهُمۡ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ إِلَّا ٱلنَّارُۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا۟ فِیهَا وَبَـٰطِلࣱ مَّا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ (16)


Maksudnya:“Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. (15) Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan. (16)”. Surah Hud ayat 15 – 16.


5-Suka menumpuk harta dan enggan memberi sedekah


Para pecinta dunia juga biasanya mempunyai hobi menumpuk-numpukkan harta kekayaan, berbangga diri dengan apa yang dimiliki dan enggan berbagi. Mereka merasa apa yang diperoleh merupakan hasil kerja kerasnya, mengapa harus berbagi pada orang lain yang pemalas dan tidak boleh menghasilkan wang?


“عَنْ عَبَّاسِ بْنِ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ الزُّبَيْرِ عَلَى الْمِنْبَرِ بِمَكَّةَ فِي خُطْبَتِهِ يَقُولُ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ لَوْ أَنَّ ابْنَ آدَمَ أُعْطِيَ وَادِيًا مَلْئًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَانِيًا وَلَوْ أُعْطِيَ ثَانِيًا أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَالِثًا وَلَا يَسُدُّ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ


Maksudnya:"Dari 'Abbas bin Sahl bin Sa'd dia berkata; saya mendengar Ibnu Zubair dalam khutbahnya di atas mimbar ketika di Makkah, katanya, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Nabi ﷺ bersabda, 'Sekiranya anak Adam diberi satu bukit yang dipenuhi dengan emas, nescaya ia akan menginginkan bukit yang kedua, dan apabila diberi yang kedua, nescaya ia menginginkan bukit yang ketiga, dan tidaklah ada yang dapat memenuhi perut anak Adam melainkan tanah (kuburannya), dan Allah akan menerima taubat siapa saja yang bertobat.'

Riwayat Bukhari(5958)


6-Selalu merasa kurang dengan apa yang dimiliki dan irihati pada apa yang dimiliki orang lain yang lebih darinya


Melihat rumah orang lain lebih besar langsung merasa iri, melihat isteri orang lain lebih cantik langsung merasa kurang, melihat kenderaan rakan kerja lebih baik langsung tidak mahu kalah. Seperti itulah ciri pecinta dunia yang tidak pernah merasa cukup akan pemberian Allah padanya.


زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ (١٤) قُلْ أَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِنْ ذَلِكُمْ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ (١٥)


Maksudnya:“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).


Katakanlah: “Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?.” Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikurniakan) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya". Ali Imran 14-15


Semoga Allah menjauhkan kita dari ciri-ciri penyakit ‘Wahn’ di atas, yakni penyakit cinta dunia dan takut mati yang sudah pasti akan menghilangkan kelazatan beribadah pada Allah.


Padahal bagi Allah, dunia yang kita singgahi untuk sementara ini hanyalah seperti selonggok bangkai kambing yang cacat, bahkan lebih buruk lagi, mengapa    kita memperebutkan dan mencintai seonggok bangkai cacat?


Sebagaimana yang difahami dari sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, 


ِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِالسُّوقِ دَاخِلًا مِنْ بَعْضِ الْعَالِيَةِ وَالنَّاسُ كَنَفَتَهُ فَمَرَّ بِجَدْيٍ أَسَكَّ مَيِّتٍ فَتَنَاوَلَهُ فَأَخَذَ بِأُذُنِهِ ثُمَّ قَالَ أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنَّ هَذَا لَهُ بِدِرْهَمٍ فَقَالُوا مَا نُحِبُّ أَنَّهُ لَنَا بِشَيْءٍ وَمَا نَصْنَعُ بِهِ قَالَ أَتُحِبُّونَ أَنَّهُ لَكُمْ قَالُوا وَاللَّهِ لَوْ كَانَ حَيًّا كَانَ عَيْبًا فِيهِ لِأَنَّهُ أَسَكُّ فَكَيْفَ وَهُوَ مَيِّتٌ فَقَالَ فَوَاللَّهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللَّهِ مِنْ هَذَا عَلَيْكُمْ


Maksudnya:"Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah ﷺ melintas masuk ke pasar sewaktu pergi dari tempat-tempat tinggi sementara orang-orang berada di sisi beliau. Beliau melintasi bangkai anak kambing dengan telinga melekat, beliau mengangkat telinganya lalu bersabda, "Siapa diantara kalian yang mahu membeli ini seharga satu dirham?" mereka menjawab: Kami tidak mahu memilikinya, untuk apa? Beliau bersabda, "Apa kalian mahu (bangkai) ini milik kalian?" mereka menjawab: Demi Allah, andai masih hidup pun ada cacatnya kerana telinganya menempel, lalu bagaimana halnya dalam keadaan sudah mati? Beliau bersabda, "Demi Allah, dunia lebih hina bagi Allah melebihi (bangkai) ini pada pandangan kalian". 

Riwayat Muslim(5257)


Sebagaimana yang difahami dari sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, 


عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذِي الْحُلَيْفَةِ فَإِذَا هُوَ بِشَاةٍ مَيِّتَةٍ شَائِلَةٍ بِرِجْلِهَا فَقَالَ أَتُرَوْنَ هَذِهِ هَيِّنَةً عَلَى صَاحِبِهَا فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ عَلَى صَاحِبِهَا وَلَوْ كَانَتْ الدُّنْيَا تَزِنُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا قَطْرَةً أَبَدًا


dari Sahl bin Sa'd dia berkata, "Kami pernah bersama Rasulullah ﷺ di Dzul Khulaifah, tiba-tiba ada seekor kambing mati dengan kaki terangkat, maka beliau pun bersabda, "Bukankah kalian melihat bahwa hal ini merupakan suatu yang hina bagi pemiliknya? Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh dunia itu lebih hina di hadapan Allah daripada (bangkai) ini atas pemiliknya, sekiranya dunia itu memiliki nilai seberat sayap nyamuk di sisi Allah, niscaya Dia tidak akan memberikan setetes pun terhadap orang kafir." Riwayat Ibnu Majah(4100) Sahih. 


Sememangnya cinta dunia dan takut mati tidak ada ubatnya. Kecuali mereka yang bertakwa kepada Allah Subhanahuwata'ala yang akan meninggalkan cinta dunia dan menyiapkan bekal untuk mati.




No comments:

Post a Comment

Syaitan beraksi di setiap pintu masjid

Syaitan beraksi di setiap pintu masjid  Syaitan sentiasa mengunjungi tempat-tempat ibadah, majlis zikir, dan masjid-masjid. Di sana, ia beru...